Prince's Lover : Thelma

Prince's Lover : Thelma

last updateTerakhir Diperbarui : 2025-03-08
Oleh:  teaqahmOn going
Bahasa: Bahasa_indonesia
goodnovel18goodnovel
Belum ada penilaian
55Bab
510Dibaca
Baca
Tambahkan

Share:  

Lapor
Ringkasan
Katalog
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi

Thelma. Seorang perempuan yang sangat gemar mendengar cerita dari sang pencerita. Hidupnya penuh dengan warna-warni kehidupan dan terlahir dari rakyat biasa. Namun untuk mencari mata pencarian sehari-hari, kedua orang tuanya terpaksa berpindah ke kota. Ayahnya membuka kedai buku atas bantuan ayah kepada isterinya. Walter. Seorang lelaki yang dalam diam mendambakan cinta dari perempuan idamannya. Perasaan yang membuak-buak sehingga dia sanggup buat apa sahaja untuk perempuan idamannya menyedari kewujudannya. Namun ternyata hubungan terhalang dek kerana darjat mereka yang jauh berbeza. Bak kata orang mencintai itu tidak seharusnya memiliki. Dan itu juga yang Walter hadapi saat hatinya menginginkan Thelma, dirinya harus berhadapan dengan pilihan orang tuanya. Baginya hidup seorang manusia itu, bila mencari pasangan sehidup semati, tidak harus memandang pada darjat atau kekayaan semata. Tapi cinta. Namun pelbagai dugaan harus ditempuhi. Hubungan cinta mereka diuji dan Thelma memilih untuk pergi saat dirinya jatuh tersungkur. Adakah kesudahan bahagia menanti mereka berdua? Disaat seorang dari mereka beralah pergi, akan adakah peluang kedua untuk cinta mereka menyatu kembali?

Lihat lebih banyak

Bab 1

Bab 1

KESIBUKAN kota McCaron nyata menyerlahkan kegigihan berpuluh-puluh orang yang sedang bersedia untuk pergi ke tempat kerja. Ada yang tampak menunggu seseorang untuk dijemput. Ada pula berjalan kaki menuju ke stesen keretapi yang berdekatan. Segelintirnya menggunakan kereta sendiri memandu megah di atas jalan tar itu.

Di dalam kesibukan itu, ada seorang perempuan dengan rambutnya dibiarkan lepas ke bahu, berjalan kaki menuju ke kedai buku . Kedai buku itu terletak 10 meter dari rumahnya. Saat kakinya menginjak masuk ke dalam kedai buku Monroe's book family, mata bundarnya berwarna kecoklatan itu menyapa sang ayah yang sedang berada di kaunter.

"Selamat pagi, ayah!"

Sang ayah menyapa kembali. Dia tersenyum dan seperti hari selalunya, dia akan membantu ayahnya di kedai buku itu. Dia mengeluarkan semua papan promo untuk promosi bulan itu hingga hujung bulan depan. Dia menyusun apa yang patut di luar kedai itu sehinggalah dia siap segalanya.

Senang hatinya bila beberapa pelanggan mula berminat masuk ke dalam kedai buku itu. Ada yang bertanyakan tawaran promo berakhir bila. Selebihnya membeli buku yang diperlukan.

"Thelma, boleh tolong ayah sekejap,"

Serentak perempuan yang Thelma itu menoleh ke arah ayahnya berada. Thelma tersenyum seraya membantu ayahnya di kaunter. Dia memasukkan buku pelanggan ke dalam plastik. Bila pelanggan mula beransur pergi, barulah Thelma beredar menuju ke belakang. Tempat meja bacaan bersaizkan sederhana itu menjadi tempat saat lapangnya. Salah satu buku diambil lalu dibelek dalamannya satu persatu halaman.

"Thelma...ayah keluar sekejap ye. Ayah nak beli barang untuk makan tengahari kita. Ibu tak masak,"

"Baik, ayah,"

Sebaik ayahnya pergi, Thelma perlahan mengambil alih kerja ayahnya tadi. Bila pelanggan masuk, dia menyapa mesra seperti biasa. Meskipun dia masih agak janggal namun bila melibatkan buku-buku, dia sangat menyenanginya. Ayahnya juga merupakan kaki buku seperti yang ibunya ceritakan. Disebabkan itulah ayahnya berani untuk membuka kedai buku di tengah pekan ini. Juga salah satu sebab pendapatan kewangan mereka sekeluarga.

Thelma sibuk menyusun buku di rak yang selalu dikunjungi pelanggan. Tidak sedar ada pelanggan masuk. Thelma hiraukan. Dia meneruskan susunan buku di depannya. Selesai sahaja, barulah dia meliarkan pandangan di segenap ruang. Ada susuk belakang tubuh seorang lelaki yang menyapa pandangannya.

Dia tajamkan lagi pandangannya. Meskipun membelakangi tapi dia sangat memuja bentuk tinggi tubuh lelaki itu. Jelas berotot dan tegap. Namun tidak sepenuhnya maskulin.

Tidak perasan sejak bila lelaki itu masuk. Leka memerhatikan figura itu, tersentak dia dek libasan tangan di awangan depan mukanya. Thelma mengalih perhatiannya sepenuh pada pelanggan yang mahu bayar. Laju sahaja dia melakukan tugasnya, hilang terus keinginannya pada figura lelaki dipujanya dalam diam.

"Terima kasih," Thelma hulur senyum di bibir.

Bila pelanggan itu keluar, barulah Thelma menyambung kembali kerjanya. Dia keluar dari kaunter dan terkejut dia bila dirinya disapa oleh lelaki yang diperhatikannya tadi.

"Excuse me, miss!"

Thelma menoleh. Dia mencari posisi keberadaan lelaki itu dan mata mereka menyatu. Masing-masing saling berpandangan dan tenggelam dalam debaran dada yang tidak tentu rentaknya.

"Thelma!" Panggilan sang ayah menyentak masing-masing.

Thelma terus memperhatikan ayahnya yang baru masuk dengan membawa sebungkus makanan untuk mereka. Thelma kelihatan girang sekali dengan kembalinya sang ayah. Lupa terus tentang pelanggan yang sedang menantikan khidmat layanan darinya.

"Kamu masuk ruang belakang sekarang, makan dulu. Biar ayah sambung kerja kamu,"

"Baik, ayah!"

Thelma menurut. Wajahnya tampak gembira sekali bila satu plastik berisi makanan dihulurkan ke arahnya. Dengan senangnya dia menyambut lalu beredar ke ruang pantri di belakang dalam kedai buku tersebut.

Thelma makan penuh selera. Jarang sekali mereka membeli makanan di luar memandangkan ayahnya lebih mengutamakan penjimatan dalam kewangan keluarga mereka. Ibu pun seakan mengerti dan patuh. Duit sepenuhnya digunakan untuk barang keperluan harian mereka dan membiayai persekolahan adiknya, Theondre.

Dia mencuci tangannya dan selesai sahaja, dia kembali keluar menemui ayahnya. Ayahnya pasti lapar. Cepat sahaja dia menyuruh ayahnya makan tengahari dan dia membantu kerja ayahnya tadi. Bila kelibat ayahnya menghilang ke ruang belakang, Thelma menyibukkan dirinya menyusun buku di rak.

"Hai!" Sapaan suara garau kedengaran di belakangnya.

Thelma menoleh dan dirinya sedikit terkejut dengan gerangan lelaki itu.

"I know...I've should go but...I think I need to know you first," lelaki itu memulakan bicara.

Thelma tidak bereaksi. Matanya sahaja ralit memandang rupa lelaki yang telah membuat jantungnya berdetak lain macam. Jujur dia rasa sangat berbeza bila berdua dengan lelaki ini.

"I'm Walter...and you?"

Thelma terkebil-kebil. Tambah lagi dia rasa terpesona dengan senyuman lelaki itu.

"Can I know your name...?"

"Ouh...my name...is Thelma," Thelma senyum gugup.

Walter tersenyum. Ditatap penuh setia Thelma di depannya. Thelma mempunyai pesonanya tersendiri dan itu yang membuat Walter berani untuk menegur gadis itu.

"It's a beautiful name...like you,"

Thelma senyum malu. Dia tertunduk tersipu malu dengan pujian dari lelaki itu.

"It's nice to know you! Saya masih dalam sisa cuti saya. Next week saya kena pergi. Do you mind to spend time with me?"

Walter masih setia menatap wajah kemerahan itu. Sungguh dia mengagumi alunan gaya rambut Thelma yang sangat indah di matanya. Dibiarkan jatuh bebas ke bahu. Thelma memang asli cantik dan sudah tentu menjadi dambaan lelaki di luar sana.

"Err---saya bukan tak mahu tapi saya tak berani nak keluar dengan orang yang baru saya kenal. Lagipula saya kena bantu ayah saya,"

Thelma tunduk memandang ke bawah. Rasa malu kerana menolak pelawaan dari lelaki itu.

Walter senyum untuk menutup rasa kekecewaannya.

"It's okey! Maybe next time..." Walter cuba sedapkan hati masing-masing.

Thelma pandang Walter lalu seraya mengiyakan sahaja. Tiba-tiba suasana sunyi di antara mereka. Walter tidak tahu nak bicara apa namun matanya terus menatap Thelma. Thelma sebaliknya. Dia cuba menahan gemuruh di dadanya. Perasaan ini sangat begitu asing pada dirinya.

"I guess I should go..." Walter senyum lagi.

Thelma angguk senyum. Bila Walter mengunjukkan buku ke arahnya, Thelma jelas terpinga.

"I buy this book,"

"Ouh...okey," laju sahaja Thelma membawa buku itu ke kaunter.

Walter mengekori dari belakang lalu berdiri depan meja kaunter itu. Mereka saling menghadap. Thelma kelihatan sumbang sekali dengan gerak lakunya bila dia memasukkan bayaran harga buku lelaki itu. Walter tertawa dan menghulurkan duit kertas. Thelma menyambut huluran itu dan selesai urusan pembayaran, buku bertukar tangan.

"Thank you for today," ucap Walter dengan senyuman menghiasi bibirnya seperti tadi.

Thelma angguk malu.

"We'll see each other next time,"

Thelma tidak membalas namun dia hanya mampu hulurkan senyuman. Bila Walter beredar dan keluar dari kedai buku itu, barulah Thelma boleh bernafas normal. Jujur dia rasa sangat berbeza bila ada di dekat lelaki itu.

WALTER tersenyum lagi. Bagai sebuah mimpi dia boleh menegur dan menyapa gadis itu. Dia pandang buku yang dibelinya itu lalu diletak ke tepi. Dipandang rak buku yang sudah dipenuhi dengan buku-buku. Sengaja dia menyuruh orang untuk buat rak buku itu supaya buku-buku yang dia beli kelihatan tersusun rapi. Padahal satu helai buku tersebut tidak pernah dia baca.

Kenapa?

Sebab dia mencintai pemilik buku tersebut.

Walter tertawa bila mengingatkan semua itu. Niatnya yang hanya mahu mendekati gadis itu. Gadis itu sangat istimewa di matanya. Sangat indah. Sudah lama menjadi pujaan hati dan baru sekarang dia berani menyapa gadis itu setelah sekian lama.

Dia menyedari wujudnya Thelma pada satu tahun yang lalu dan selama itu dia memuja gadis itu dalam diam. Sudah banyak kali dia cuba untuk mendekat namun dia seringkali gagal. Dia tidak berani takut dirinya dianggap pervert.

Walter bangun lalu menyiapkan dirinya untuk mandi. Sekejap lagi ada dayang-dayang datang masuk ke biliknya untuk menyediakan pakaiannya. Dia masuk ke dalam bilik air dan membiarkan dirinya basah habis di bawah pancuran air hujan.

Tubuhnya bogel. Dia tidak peduli kerana hanya dia sendiri di dalam bilik air tersebut. Selesai mandi barulah dia keluar dengan bathrobe di tubuhnya.

Dia mengeringkan apa yang patut sebelum dia menyarung baju tidurnya yang sudah diletakkan di atas katilnya seperti selalu. Walter lengkap dengan pakaiannya dan barulah dia keluar dari biliknya itu. Ruang dapur besar dituju untuk menikmati makan malam bersama keluarganya. Kerusi ditarik oleh dayang lalu dia duduk. Sementara menunggu kemunculan ayahanda dan bonda, dia berbicara dengan salah satu adiknya yang tercomel. Senang kena buli olehnya.

"Jangan kacaulah!" Wanda menepis tangan Walter yang cuba menganggu ekor rambutnya.

Walter ketawa. Tidak dia hiraukan perilaku mereka diperhatikan oleh abang tua mereka dan kakak mereka.

"Besok Walter sibuk ke? Kalau tak boleh temani abang pergi uruskan perusahaan ayah," abangnya bersuara, William namanya.

"Hmmm...rasanya...dah ada janji dengan kawan adik. Abang pergilah dengan kakak. Kakak mesti bosan kan tinggal dalam istana besar ni," Walter pandang kakaknya, Wilma.

Wilma terus kerling ke arah Walter. Ada pandangan membunuh dia cuba sampaikan. Dia tahulah William tidak akan bawa dia sebab perempuan tidak sesuai dalam bidang lelaki. Semua urusan bisnes keluarga mereka akan diwarisi oleh anak lelaki sahaja. Meskipun dia sangat suka bidang bisnes namun dia sedar dirinya adalah perempuan.

"Wilma nak teman abang ke?" William menyoal.

Terpinga-pinga Wilma bila William tiba-tiba mengajaknya. Tidak pernah lagi William nak ajak dia pergi perusahaan keluarga mereka. Dulu nak ikut, kena tolak sahaja. Sekarang kenapa berbeza?

"Wanda nak ikut sekali boleh tak? Wanda bosanlah jalan-jalan dengan kawan Wanda," Wanda mencelah di dalam kesepian yang lama tadi.

"Boleh juga. Lagi ramai lagi meriah," William senyum gembira.

Mereka bersembang sehinggalah ayahanda dan bonda muncul di meja makan itu. Mereka makan penuh selera. Di atas meja makan yang besar itu tidak pernah terhidang sedikit juadah makanan. Bila tidak habis, sisanya akan diberikan kepada dayang-dayang untuk makan.

Begitulah kehidupannya di istana yang serba mewah itu. Walter tidak pernah mengeluh kerana hidupnya sangat senang. Dari kecil lagi dirinya dikelilingi kemewahan dan banyak teman mendampingi dirinya. Bukan sebab dia kaya dan anak raja, Walter juga terkenal dengan keramahannya. Dia tidak membezakan seseorang itu dari keturunan, pangkat juga darjatnya.

Andai Thelma tahu asal usulnya...dapatkah gadis itu menerima dirinya?

Tampilkan Lebih Banyak
Bab Selanjutnya
Unduh

Bab terbaru

To Readers

Selamat datang di dunia fiksi kami - Goodnovel. Jika Anda menyukai novel ini untuk menjelajahi dunia, menjadi penulis novel asli online untuk menambah penghasilan, bergabung dengan kami. Anda dapat membaca atau membuat berbagai jenis buku, seperti novel roman, bacaan epik, novel manusia serigala, novel fantasi, novel sejarah dan sebagainya yang berkualitas tinggi. Jika Anda seorang penulis, maka akan memperoleh banyak inspirasi untuk membuat karya yang lebih baik. Terlebih lagi, karya Anda menjadi lebih menarik dan disukai pembaca.

Komen

Tidak ada komentar
55 Bab
Bab 1
KESIBUKAN kota McCaron nyata menyerlahkan kegigihan berpuluh-puluh orang yang sedang bersedia untuk pergi ke tempat kerja. Ada yang tampak menunggu seseorang untuk dijemput. Ada pula berjalan kaki menuju ke stesen keretapi yang berdekatan. Segelintirnya menggunakan kereta sendiri memandu megah di atas jalan tar itu. Di dalam kesibukan itu, ada seorang perempuan dengan rambutnya dibiarkan lepas ke bahu, berjalan kaki menuju ke kedai buku . Kedai buku itu terletak 10 meter dari rumahnya. Saat kakinya menginjak masuk ke dalam kedai buku Monroe's book family, mata bundarnya berwarna kecoklatan itu menyapa sang ayah yang sedang berada di kaunter. "Selamat pagi, ayah!" Sang ayah menyapa kembali. Dia tersenyum dan seperti hari selalunya, dia akan membantu ayahnya di kedai buku itu. Dia mengeluarkan semua papan promo untuk promosi bulan itu hingga hujung bulan depan. Dia menyusun apa yang patut di luar kedai itu sehinggalah dia siap segalanya. Senang hatinya bila beberapa pelanggan mula
last updateTerakhir Diperbarui : 2024-05-03
Baca selengkapnya
Bab 2
THELMA terus mengatur langkahnya laju ke arah yang telah ayahnya berikan. Kedai buku ayahnya juga melakukan penghantaran secara percuma untuk kawasan terdekat sahaja. Tercunggap-cunggap dia keletihan dek mengejar masa. Sekejap lagi masuk waktu siang. Perutnya sudah berkeroncong minta diisi. Mujur ayahnya memberinya sedikit wang saku untuk beli makanan. "Terima kasih ye!" Pelanggan yang menerima tersenyum ramah. Thelma angguk mesra. Memang sudah tugasnya membantu ayahnya. Nanti kalau adiknya habis sekolah, adiknya itu akan menyambung urusan bisnes keluarga mereka."Tunggu sekejap," Thelma terbantut mahu pergi. Dia menunggu di luar sementara pelanggan tadi masuk ke dalam semula dengan tindakan yang pantas. Beberapa minit sahaja dia memunculkan dirinya lalu dihulurkan beberapa keping wang kertas kepadanya. Thelma tercenggang namun laju sahaja dia menolak pemberian pelanggannya itu."Ambillah...saya tahu awak bersusah payah pergi ke sini. Saya nampak awak kelihatan penat. Terimalah pemb
last updateTerakhir Diperbarui : 2024-05-03
Baca selengkapnya
Bab 3
KERTAS itu diunjuk pada perempuan yang bertanggungjawab dalam menerima kertas ujian dari semua orang yang hadir pada hari itu. Thelma kembali ke asalnya dan agak gugup bila ratanya semua yang hadir dari kalangan yang muda sebaya dengannya. Terlalu banyak yang memohon sehingga Thelma rasa kecil. Sekarang kertas ujian mereka sedang diperiksa oleh pihak atasan. Thelma dan lain hanya menanti penuh sabar. Degupan jantung Thelma tidak setenang tadi. Bila keputusan diumumkan, dia mula gugup. Matanya dilemparkan pada perempuan tadi. Dibalik badannya yang kecil itu, suaranya sangat lantang dan besar. Mudah untuk didengari oleh semua mereka di situ."Samantha Bently," Satu nama diucap. Serentak pemilik nama itu bersorak gembira."Lilibeth Jones," Satu persatu nama disebut yang diterima bekerja di tempat itu. Thelma masih menanti penuh harapan. Berharap namanya disebut di dalam senarai nama yang diterima itu."Thelma..."Thelma berdegup. Namanya disebut ke?"....Alfred," Thelma terkejut. Te
last updateTerakhir Diperbarui : 2024-05-03
Baca selengkapnya
Bab 4
SELESAI memakai pakaian uniform mereka, barulah mereka berdua mengekori langkah Gina dan Lily menuju ke dewan makan yang berada di belakang Beeston girl. Dengan kasut high heel Thelma cuba untuk beriak santai dan selesa. Padahal dalam hati menjerit sakit dan tidak suka. Tapi untuk jaga imej pekerja perempuan di situ, dia cuba hulur senyum palsu. Dipandang Selma yang begitu bangga berjalan dengan high heel nya. Meja makan yang kosong diduduki sebaik mereka selesai mengambil makanan masing-masing. "This is a place that we take our breakfast, lunch and also dinner. Breakfast start 7, lunch at 12 and dinner on 7. No strict rules here but we must obey the rules," Gina bersuara sebelum dia memakan spaghetti di pinggannya.Thelma mendengar sambil menikmati makanannya. Selma di sebelahnya juga turut mendengar."We are most like family here. Be friendly with others," Lily bersuara pula selepas Gina."After this breakfast, I'll bring both of you to Yvonne's office. She'll bring you to your wor
last updateTerakhir Diperbarui : 2024-05-04
Baca selengkapnya
Bab 5
MATANYA tergam pada satu gambar keluarga diraja yang terkini namun kelihatan begitu agak lama. Matanya mengecil sedikit untuk memandang gambar yang kian memudar dalam cetakan itu. King Albert dan Queen Bertha.Mereka mempunyai empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan. Putera William, Puteri Wilma, Putera Walter dan Puteri Wanda. Tapi di dalam gambar itu ketika mereka masih kecil. Sekarang mungkin dah tumbuh dewasa. Thelma menyerah bila dia tidak temui gambar baru keluarga diraja itu. Dia belek buku itu namun akhirnya dia menamatkan bacaannya sampai di situ sahaja. Buku ditutup lalu dia menyimpan kembali ke arah rak asalnya tadi. Bila melihat rak tersebut, hatinya mula merindukan sang keluarga yang ditinggalkan di Kota McCaron. Ayah...mama...Theodore...Hatinya bisik rindu akan nama tersebut. Mungkin sekarang ayahnya sedang di kedai buku mereka. Theodore mungkin masih ada kelas tambahan di sekolahnya. Ibunya mungkin tengah memasak untuk makan tengahari mereka sekeluarga di rum
last updateTerakhir Diperbarui : 2024-05-13
Baca selengkapnya
Bab 6
WILLIAM melihat beberapa maid yang ada di dewan makan tersebut menyediakan juadah makan malam untuk mereka. Wajahnya sentiasa serius sehingga banyak orang takut untuk bersua dengannya. Matanya jatuh pada kerusi kosong sebelah Wanda. Dia dikabarkan Walter pulang petang tadi tapi kenapa Walter tidak makan bersama mereka?"Abang, tak nak makan ke?" Wanda menegur bila perasan abangnya belum menjamah apa-apa."Nak makanlah ni," William lantas mencapai sudunya lalu dia makan sahaja lauk yang dimasukkan ke dalam pinggannya. Di meja makan memang senyap sebab Albert tidak suka berbicara ketika makan. Selesai makan baru mereka bersembang. William menoleh ke arah Wilma yang sedari tadi berwajah muram."Wilma, ada masalah ke?" William menegur. Tersentak Wilma bila namanya disebut abangnya itu. Seraya dia gelengkan kepalanya lalu tersenyum nipis. Dia tidak mahu kemuramannya diketahui abangnya. "Wilma okey," Wilma senyum."After this, jumpa abang dalam bilik abang," tegas William.Wilma angguk k
last updateTerakhir Diperbarui : 2024-05-13
Baca selengkapnya
Bab 7
LANGKAH kakinya perlahan mati di hadapan dinding kaca lutsinar itu. Kedua matanya tunak memandang ke arah satu figura tubuh di luar sana yang sedang gigih membersih kolam renang mewah itu. Perempuan itu sesekali mengelap peluhnya di dahinya. Dia tidak sendirian. Ada maid yang lain bersamanya melakukan hal yang sama. Walter tercegat di situ memerhati setiap gerak-geri perempuan itu. Meskipun berteman namun dia tahu betapa penatnya bekerja membersihkan kolam renang yang luas dan mewah miliknya itu. Mungkin Yvonne lupa yang maid perempuan tidak perlu membersihkan kolam renang itu. Hanya lelaki sahaja. Tapi tidak apa yang penting kerjanya ringan sahaja. Tidak perlu angkat baldi berisi air yang berat seperti tugasan lelaki.Baru sahaja dia mahu pergi menyapa, langkahnya sekali lagi mati. Bila melihat Thelma bangun dari duduknya, terserlah baju uniformnya yang sedikit basah. Mungkin terkena percikan air ketika pekerja lelaki sedang membersihkan dalam kolam renang itu. Hatinya jadi simpati
last updateTerakhir Diperbarui : 2024-05-18
Baca selengkapnya
Bab 8
YVONNE membuka langkah lalu mara mendekat satu susuk tubuh yang dia rasa sesuai untuk menemani putera Walter sedang berendam di dalam ruangan tab mandinya. Dia percaya pilihannya ini bakal tidak mendatangkan masalah. Sudah berapa kali putera Walter mengadu kepadanya tentang perangai gatal maid dibawah jagaannya. "This time...I choose you,"Mendengar suara Yvonne, Thelma langsung tayang muka tidak mahu. Dia tidak rela harus berdua lagi di dalam ruangan mandian putera itu. Namun gelengan kepalanya tidak diendahkan. Segala barang keperluan mandi putera Walter diserahkan kepadanya. Tubuh Thelma langsung ditolak masuk ke dalam kamar beradu putera Walter. Thelma terkebil-kebil memandang dalam ruangan kamar mewah itu. Tapi semuanya seketika bila Max berdiri di depannya lalu memberi arahan untuk masuk ke dalam ruangan bilik air.Rasa nak meletup jantungnya memandangkan dia ditinggalkan berdua dengan putera Walter. Inikah balasan atas dirinya cuba menghindari putera itu? Dengan langkah terp
last updateTerakhir Diperbarui : 2024-05-18
Baca selengkapnya
Bab 9
BERPELUH seluruh tubuhnya bila dia melakukan kardio ringan di pagi hari. Sejak dirinya menjadi seorang tentera, dia seringkali menjaga tubuhnya dan pola makanannya. Singlet ditubuh dilepaskan lalu dilempar ke dalam bakul basuh. Dia sedikit segar pagi itu. Tuala kecil dicapai lalu dibawa ke wajahnya. Peluhnya dilap. Melihat Max masih belum muncul, dia terus melangkah keluar dari bilik mini gym nya itu. Beberapa derapan langkah dia teruskan sebelum dirinya menyedari ada seseorang di dalam kamarnya itu. Dia lupa waktunya begini ada seorang maid akan mengemaskan katilnya. Matanya dikecilkan. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya kala itu. Walter berjalan untuk mendekat dan tekaannya tepat sekali. Semalam dia sengaja mahu mengenakan perempuan itu. Biar perempuan itu merayu kepadanya tapi malah sebaliknya. Thelma diam sahaja. "Are you okey?" Walter menyapa terus bila perasan perempuan itu dalam keadaan lemah.Thelma menoleh. Namun sekejap sahaja sebelum dia tunduk ke bawah. "Saya tanya..
last updateTerakhir Diperbarui : 2024-05-18
Baca selengkapnya
Bab 10
SEHARIAN suntuk itu dia hanya menjadi pemerhati bagaimana cara kerja William. Wilma di sebelahnya teliti mendengar. Dia mengerti bidang itu menjadi kegemaran kakaknya itu. Sebelum berangkat kerja, William sudah menegas untuk Wilma tidak mengikuti mereka. William nak sangat beri ilmunya pada Walter tentang dunia perniagaan. Tapi sayangnya Walter tidak berminat sama sekali. Hatinya lebih memilih untuk menjadi seorang tentera yang menjaga keselamatan negara. Ayahnya pun tidak membantah mimpinya itu. Selesai mesyuarat, barulah Walter boleh merenggangkan tubuhnya. Wilma kelihatan gembira sekali bila dirinya boleh menghadiri mesyuarat entah apa yang Walter sendiri pun tidak mengerti. Lagipun Wilma banyak kali menyampuk untuk memberi cadangan dan pendapat. Semuanya pendapatnya tadi diterima banyak orang. Wilma memang otaknya bergeliga sekali. "Nak lunch dekat mana?" William menyoal bila perutnya sudah terasa lapar. "Abang ada recommend mana-man
last updateTerakhir Diperbarui : 2024-05-25
Baca selengkapnya
Jelajahi dan baca novel bagus secara gratis
Akses gratis ke berbagai novel bagus di aplikasi GoodNovel. Unduh buku yang kamu suka dan baca di mana saja & kapan saja.
Baca buku gratis di Aplikasi
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi
DMCA.com Protection Status