WILLIAM melihat beberapa maid yang ada di dewan makan tersebut menyediakan juadah makan malam untuk mereka. Wajahnya sentiasa serius sehingga banyak orang takut untuk bersua dengannya. Matanya jatuh pada kerusi kosong sebelah Wanda. Dia dikabarkan Walter pulang petang tadi tapi kenapa Walter tidak makan bersama mereka?
"Abang, tak nak makan ke?" Wanda menegur bila perasan abangnya belum menjamah apa-apa. "Nak makanlah ni," William lantas mencapai sudunya lalu dia makan sahaja lauk yang dimasukkan ke dalam pinggannya. Di meja makan memang senyap sebab Albert tidak suka berbicara ketika makan. Selesai makan baru mereka bersembang. William menoleh ke arah Wilma yang sedari tadi berwajah muram. "Wilma, ada masalah ke?" William menegur. Tersentak Wilma bila namanya disebut abangnya itu. Seraya dia gelengkan kepalanya lalu tersenyum nipis. Dia tidak mahu kemuramannya diketahui abangnya. "Wilma okey," Wilma senyum. "After this, jumpa abang dalam bilik abang," tegas William. Wilma angguk kecil. Mengerti dan menurut tanpa membantah. Sebagai anak kedua dalam keluarga itu dia banyak menurut kata, mengalah dalam semua hal. Meskipun kebebasannya tersekat tapi siapalah dia untuk memberontak. Wilma menarik nafas lalu dihembuskan. Jantung yang tiba-tiba terasa gugup cuba untuk ditenangkan. Bila berdepan dengan William, tidak pernah lagi dia nak menipu untuk mengelak. Abangnya tegas seperti ayah mereka. "Kenapa waktu makan tadi muka muram je?" William menyoal di meja kerjanya sambil menatap beberapa keping kertas di atas mejanya. Wilma telan air liur. Tidak boleh ke William tidak tegas dengan mereka? "Wilma tak ada selera nak makan tadi," "Kenapa?" William mendongak. Wilma terus tunduk memandang lantai. Berpeluh dia bila berhadapan dengan abangnya itu. "Wilma ada satu permintaan dengan abang tapi sebelum ni abang tak pernah beri keizinan...Wilma bosan asyik luangkan masa di dalam istana ini," William senyum sinis. Dah tahu apa yang Wilma nak katakan kepadanya. Mesti isu yang sama seperti beberapa tahun yang lalu. "Wilma...abang tak setuju bila Wilma nak kerja dengan abang. Wilma should know in this era we don't need girl or woman to work. Wilma sepatutnya bersyukur sebab dah ada semuanya berbanding dengan perempuan di luar sana yang bersusah payah nak cari kerja untuk keluarga mereka," "Kalau perempuan di luar sana boleh kerja kenapa tidak Wilma? Wilma nak kebebasan yang Wilma nak. Itu je..." Wilma bersuara tidak bersetuju dengan pendapat abangnya itu. "Mereka tu berbeza dari Wilma yang sudah cukup setiap segi. Mereka tu desperate nak hidup stabil dan Wilma tak perlu bersusah payah nak kerja. Abang dengan ayahanda dah bagi duit pada Wilma untuk beli barang keperluan Wilma. Takkan tak cukup..." "Bukan tak cukup, abang. Semuanya mencukupi tapi Wilma nak juga rasa bekerja dan cari duit sendiri. Wilma tak nak susahkan abang dengan ayahanda. Wilma nak jadi independent woman. Wilma nak kebebasan Wilma. Tu je," Wilma hampir nak menangis nak jelaskan kemahuannya. Kalau kali ini juga William tidak bersetuju, dia tidak dapat nak buat apa-apa. Terpuruklah dia di dalam istana itu untuk selamanya. Dia tidak faham kenapa lelaki harus memandang rendah ke arah perempuan dalam masyarakat. Tidak semua perempuan di negara itu digalakkan untuk bekerja kecuali hal yang tidak dielakkan. Dia mahu mengubah prinsip tersebut biar lelaki dan perempuan dilayan dengan rata. Tapi nampaknya William tegas dengan pilihannya. "Tak boleh, Wilma. Perempuan tidak boleh diberi kebebasan keluar sesuka hati. Abang dengan ayahanda tengah bincang isu kes rogol yang sering berlaku setiap bulan. Kami tengah fikirkan untuk mengurangi jumlah kes rogol dalam sebulan tapi tengoklah disebabkan perempuan di luar sana degil nak keluar pergi kerja pulang lewat malam, inilah berlaku. Abang tak nak something happen dekat Wilma. So...abang tak akan bersetuju dengan permintaan Wilma. Abang tak nak bincang pasal Hal ni lagi," William merenung Wilma dengan wajah seriusnya. Bila abang dengan kuasa vetonya, Wilma akhirnya terdiam mengalah. Dia pun penat nak buka isu tentang perkara itu lagi. Dia nak curhat pun tidak ada guna juga. William memang tegas dengan keputusannya. "I hope...one day...Wilma boleh rasa hasil titik peluh Wilma sendiri," Usai katanya itu, Wilma lantas berganjak pergi meninggalkan William termangu seribu bahasa. William mengeluh. KETUKAN pada pintu mematikan lamunan panjangnya. Walter lantas duduk tegak dan melirik pada gerangan orang yang masuk ke dalam kamar beradunya itu. Bila gelagat Wilma muncul, hatinya sedikit lega. Namun wajah cemberut kakaknya itu menjadi pertanyaan dalam benaknya. Elok sahaja Wilma mengambil tempat duduk di birai katil, membelakangi dirinya. Ada keluhan terlepas dari kakaknya itu. "Kakak...are you okey?" Walter menegur. "Kenapalah kakak ni terlahir perempuan? Kalau kakak ni lelaki mungkin kakak dah bebas nak buat apa yang kakak mahu," "Kenapa kakak cakap macam tu? Apa masalah kakak?" Wilma mengeluh berat. Dengan wajah sebaknya dia menghadap Walter nak minta simpati. Segala keluh-kesahnya dia luahkan pada Walter dek adiknya itu suka mendengar. Curhat pun kadang boleh buat dirinya sedikit tenang. "I'm just hate that William tidak setuju dengan permintaan kakak. Kakak nak kerja dia tak bagi. Banyaklah alasan dia bagi ini itulah nak kurangkan kes rogollah whatsoever. Tapi kalau ditempatkan di posisi kakak, sepatutnya semua itu tak akan berlaku pun. Lagipun kakak ada bodyguard sendiri dan kakak tahulah nak jaga diri kakak. Tapi tulah...abang tegas sangat. Kakak tak sukalah terpuruk dalam istana yang besar ni. Kakak nak bebas macam perempuan di luar sana yang boleh pergi kerja," Walter tersenyum. Geli hati dengar curhat dari sang kakak. "Jangan senyum boleh tak," Wilma menjeling geram. Walter terus mati senyum. Demi si kakak yang dia sayang, dia menurut perintah. "Kalau pasal our rights to do everything ni Walter tak nak masuk campur. Sebab Walter sendiri pun tak dapat yang Walter inginkan. Kakak pun tahu abang sedang berusaha untuk kurangkan kes rogol setiap bulan. Bagus kakak dengar je cakap abang tu. Nak membantah pun keputusan abang juga yang buat," "Bebas ni tak semestinya pergi kelab ke pergi ke sana ke mari tak ada faedah. Kakak cuma nak pergi kerja dengan abang dalam syarikat ayah. Kakak nak rasa cari duit sendiri. Kakak bosanlah asyik terpuruk dalam istana besar ni. Kakak ni pun pandai jaga kelakuan kakak bukannya liar. Kakak masih pandai lagi jaga imej ayahanda dengan bonda," Wilma masih tidak mahu beralah. Dia mahu semua ketidakpuasannya dilepaskan saat itu juga. Kalau dia ada kuasa, dah lama dia berdebat dengan William. Tapi sebab dia tidak penyokong dari belakang jadi dia hanya pandai mengalah. "Walter tak tahu nak cakap apa tapi Walker nak kakak fikirkan cara dulu supaya abang dan ayahanda bersetuju. Bila bertindak kena ada strategi dulu. Walter tahu otak kakak bergeliga jadi gunakan idea apa yang ada untuk abang dengan ayahanda bersetuju. Walter akan selalu sokong kakak dari belakang," Walter senyum kecil. Dia mahu Wilma tidak stres memikirkan hal tersebut. Sudah acapkali Wilma berbicara akan hal itu tapi sering dibantah oleh William. Dia tahu Wilma tidak akan berhenti setakat di situ sahaja. "Terima kasih, Walter..." Wilma senyum terharu. Amarahnya kian mereda. Hatinya pun sedikit tenang. Semuanya indah saat Walter menyakinkannya sebagai penyokong dari belakang. Dia harus gunakan Walter untuk jadi penguatnya. TERKEJUT Walter bila kamarnya didatangi abangnya. Tadi kakak sekarang abang pula. Dahlah wajah serius. Apa lagi dia harus kena hadap selepas ini? Hanya keluhan dilepaskan di dalam hati. William berdiri di tengah ruang biliknya dengan matanya tajam merenung dirinya yang tengah baring di atas katil. "Kenapa tak makan di meja besar tadi?" Soal William, tegas. Walter duduk dari baringnya. "Walter masih penat. Nak bergerak ke meja besar tak larat," Memang benar rasa penatnya belum hilang semua. Meskipun dia sudah bersihkan tubuhnya tapi rasa penat itu masih ada. "Hmmm...okey..." William sekadar membalas ringkas. Tapi kehadirannya disitu sebenarnya adalah disebabkan dia melihat kelibat Wilma bergerak keluar dari kamar beradu adik lelakinya itu. Mesti Wilma mengadu curhat dengan adik lelakinya itu. Dia serba-serbi mengetahui betapa erat hubungan di antara adik dan kakak itu. "Ada nak abang sampaikan apa-apa lagi ke? Kalau tak Walter nak rehat," Walter bersuara setelah merasakan keadaan begitu sunyi di antara mereka. Daripada dia melihat William berdiri seperti patung di tengah ruangan kamarnya lagi bagus dia bermimpi tentang gadis pujaan hatinya. "Wilma buat apa tadi di sini? Dia ada mengadu apa-apa ke?" Soalan serkap jarang. William sengaja nak tahu tentang kegiatan Wilma. Dia tahu perangai Wilma yang tidak mahu mengalah dan kuat memberontak. Tangan Walter naik ke atas mengaru belakang kepalanya. Nak lari dari pertanyaan abangnya itu nanti dirinya dianggap berat sebelah kerana melebihkan kakaknya. Dia tidak begitu orangnya. William dia sayang, Wilma pun dia sayang. "Dia sapa Walter je tadi nak tanya khabar. Biasalah akak Wilma tu sengaja ganggu Walter bila Walter dah balik istana ni," William tidak bersuara. Lama dia berdiam membuatkan Walter tidak selesa dibuatnya. Baru dia hendak bersuara menegur, William akhirnya bersuara meminta diri untuk pergi. Lega terus hatinya bila William berganjak juga dari dalam kamar beradunya. Walter baring di atas katilnya yang luas itu. Tilam empuk menenggelamkan tubuhnya. Kenyamanan tilam itu tidak dapat menghentikan fikirannya ketika itu. Bayangan Thelma dengan pakaian maid istana memenuhi pandangan matanya. Seketika bibirnya menguntum senyum nan bahagia. Ternyata pujaan hatinya dekat dengannya. Dia akan gunakan masa cuti rehatnya itu untuk meraih hati Thelma secepat mungkin sebelum Thelma diambil orang. Bila dia membayangkan hari-harinya akan dipenuhi dengan Thelma selepas itu, dirinya tersenyum geli hati. Beginilah kalau sudah jatuh cinta serupa seperti orang tidak siuman. Walter tertawa sendiri.LANGKAH kakinya perlahan mati di hadapan dinding kaca lutsinar itu. Kedua matanya tunak memandang ke arah satu figura tubuh di luar sana yang sedang gigih membersih kolam renang mewah itu. Perempuan itu sesekali mengelap peluhnya di dahinya. Dia tidak sendirian. Ada maid yang lain bersamanya melakukan hal yang sama. Walter tercegat di situ memerhati setiap gerak-geri perempuan itu. Meskipun berteman namun dia tahu betapa penatnya bekerja membersihkan kolam renang yang luas dan mewah miliknya itu. Mungkin Yvonne lupa yang maid perempuan tidak perlu membersihkan kolam renang itu. Hanya lelaki sahaja. Tapi tidak apa yang penting kerjanya ringan sahaja. Tidak perlu angkat baldi berisi air yang berat seperti tugasan lelaki.Baru sahaja dia mahu pergi menyapa, langkahnya sekali lagi mati. Bila melihat Thelma bangun dari duduknya, terserlah baju uniformnya yang sedikit basah. Mungkin terkena percikan air ketika pekerja lelaki sedang membersihkan dalam kolam renang itu. Hatinya jadi simpati
YVONNE membuka langkah lalu mara mendekat satu susuk tubuh yang dia rasa sesuai untuk menemani putera Walter sedang berendam di dalam ruangan tab mandinya. Dia percaya pilihannya ini bakal tidak mendatangkan masalah. Sudah berapa kali putera Walter mengadu kepadanya tentang perangai gatal maid dibawah jagaannya. "This time...I choose you,"Mendengar suara Yvonne, Thelma langsung tayang muka tidak mahu. Dia tidak rela harus berdua lagi di dalam ruangan mandian putera itu. Namun gelengan kepalanya tidak diendahkan. Segala barang keperluan mandi putera Walter diserahkan kepadanya. Tubuh Thelma langsung ditolak masuk ke dalam kamar beradu putera Walter. Thelma terkebil-kebil memandang dalam ruangan kamar mewah itu. Tapi semuanya seketika bila Max berdiri di depannya lalu memberi arahan untuk masuk ke dalam ruangan bilik air.Rasa nak meletup jantungnya memandangkan dia ditinggalkan berdua dengan putera Walter. Inikah balasan atas dirinya cuba menghindari putera itu? Dengan langkah terp
BERPELUH seluruh tubuhnya bila dia melakukan kardio ringan di pagi hari. Sejak dirinya menjadi seorang tentera, dia seringkali menjaga tubuhnya dan pola makanannya. Singlet ditubuh dilepaskan lalu dilempar ke dalam bakul basuh. Dia sedikit segar pagi itu. Tuala kecil dicapai lalu dibawa ke wajahnya. Peluhnya dilap. Melihat Max masih belum muncul, dia terus melangkah keluar dari bilik mini gym nya itu. Beberapa derapan langkah dia teruskan sebelum dirinya menyedari ada seseorang di dalam kamarnya itu. Dia lupa waktunya begini ada seorang maid akan mengemaskan katilnya. Matanya dikecilkan. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya kala itu. Walter berjalan untuk mendekat dan tekaannya tepat sekali. Semalam dia sengaja mahu mengenakan perempuan itu. Biar perempuan itu merayu kepadanya tapi malah sebaliknya. Thelma diam sahaja. "Are you okey?" Walter menyapa terus bila perasan perempuan itu dalam keadaan lemah.Thelma menoleh. Namun sekejap sahaja sebelum dia tunduk ke bawah. "Saya tanya..
SEHARIAN suntuk itu dia hanya menjadi pemerhati bagaimana cara kerja William. Wilma di sebelahnya teliti mendengar. Dia mengerti bidang itu menjadi kegemaran kakaknya itu. Sebelum berangkat kerja, William sudah menegas untuk Wilma tidak mengikuti mereka. William nak sangat beri ilmunya pada Walter tentang dunia perniagaan. Tapi sayangnya Walter tidak berminat sama sekali. Hatinya lebih memilih untuk menjadi seorang tentera yang menjaga keselamatan negara. Ayahnya pun tidak membantah mimpinya itu. Selesai mesyuarat, barulah Walter boleh merenggangkan tubuhnya. Wilma kelihatan gembira sekali bila dirinya boleh menghadiri mesyuarat entah apa yang Walter sendiri pun tidak mengerti. Lagipun Wilma banyak kali menyampuk untuk memberi cadangan dan pendapat. Semuanya pendapatnya tadi diterima banyak orang. Wilma memang otaknya bergeliga sekali. "Nak lunch dekat mana?" William menyoal bila perutnya sudah terasa lapar. "Abang ada recommend mana-man
KAKINYA laju melangkah keluar dari teksi itu yang betul-betul parkir di depan kedai buku Monroe itu. Beg pakaiannya yang sederhana besar itu disandang di bahunya. Selesai membayar tambang, dia pergi meluru masuk ke dalam kedai buku itu. Wajah ayahnya dicari sebelum tubuhnya menerima pelukan dari seseorang. Siapa lagi kalau bukan adik lelakinya yang begitu manja dengannya. "Kakak!" Thelma tersenyum gembira bila akhirnya dia bertemu dengan keluarganya kembali. Dipeluk tubuh Theodore penuh erat, agar rindunya berkurangan. Dia pun mengerti perasaan rindu adiknya itu disebabkan hanya dia seorang sahaja yang menjadi tempat curhat adiknya itu. "Ayah mana?" "Tengah susun buku," Sebaik pelukan adik beradik itu terlerai, Thelma melangkah mencari keberadaan ayahnya yang dia rindukan. Bila matanya menangkap susuk tubuh ayahnya, laju sahaja dia berlari meluru mendakap tubuh ayahnya itu. Alfred menangis terharu sambil
PAGI itu hening sekali. Dengan matanya yang berat, dia cuba melawan rasa ngantuknya. Terpisat-pisat dia bangun lalu merenggangkan seluruh tubuhnya dek terasa lenguh. Lena sungguh tidurnya semalam siap bertemankan mimpi putera kesayangannya. Bila mengingatkan hal itu, bibirnya automatik mengukir senyum kecil. Ketukan di pintu membuat kepalanya menoleh. Terjenggul kepala sang ibu yang ingin membangunkannya. Marlene lega sekali bila anak perempuannya itu sudah bangun. Selepas itu ibunya beredar mahu menyediakan sarapan untuk mereka sekeluarga. Thelma bangun dari katilnya dan mengemaskan cadar tilamnya. Selimut nya dilipat kemas. Dia leka menepuk bantalnya lalu disusun penuh rapi. Biliknya akan kembali kosong bila dia pulang ke istana lagi. Baru dia mahu memusing tubuhnya untuk pergi, tiba-tiba ada satu tangan melingkar merangkul pinggangnya. Thelma menjerit terkejut lalu meronta untuk membebaskan dirinya. Namun sekejap sahaja bila matanya
DIRINYA tersedar bila ada seseorang bermain dengan tangannya. Dengan rasa ngantuknya yang masih ada, dia kuatkan diri untuk celikkan kedua matanya. Terbuka sahaja pandangannya dipenuhi dengan keindahan wajah Walter. Thelma langsung bangun bila menyedari lelaki itu sudah bangun. Dia duduk lalu memandang Walter."Kenapa tak bangunkan saya?" "Saya tak nak ganggu lena awak," Walter menarik tubuh Thelma agar merapat dengannya. Kepala perempuan itu dilentokkan di bahunya. Tangan mereka bersulam menyatu. Pandangan mereka ke depan. Balkoni yang terbuka itu menampakkan suasana pemandangan tasek yang indah belaka. "Kenapa awak tak tegur saya ketika awak datang ke kedai buku ayah saya?" Tiba-tiba Thelma menyoal bila teringatkan buku yang sudah penuh di rak dalam ruangan itu.Walter melihat rak buku dalam kamarnya itu. Bila melihat itu, bibirnya seraya menguntum senyum. Entah berapa kali dia datang ke kedai buku itu semata hanya mahu melihat anak
SELAMA dua minggu itu, rutinnya kembali ke asal. Dia kembali fokus membuat kerjanya. Dia rasa sepi sekali bila lelaki itu tidak berada di situ. Dia rindu berada dalam dakapan lelaki itu. Dia rindu bibirnya dihadiahkan dengan ciuman kasih. Dia rindu segalanya tentang lelaki itu. Kadang dia sampai terbayang-bayang lelaki itu ada di situ menemaninya bila dia sendirian. Dia jadi angau. Setiap saat fikirannya memikirkan lelaki itu. Namun semangat kerja masih sama. Tidurnya sering bermimpikan lelaki itu. Thelma merungut kecil. Ranting kecil yang diambilnya tadi dilempar ke air tasek penuh sebal. Hatinya sebal sebab dia merindukan figura lelaki itu siang dan malam. Ranting kayu diambil lagi lalu dilempar kuat. Bunyi kocakan air kedengaran. Dia malas bersama di situ. Lebih lama dia akan jadi gila sebab tergila-gilakan putera itu. Dia tidak mahu saban hari memikirkan lelaki itu sahaja. Dirinya pun kena urus juga. Thelma bangun lalu berpusing untuk berganjak dari
SETELAH pasti Tobias lena di dalam biliknya, barulah Thelma keluar lalu menuju ke kamarnya. Tobias kini sudah berumur empat tahun dan sudah petah bercakap. Namun lucunya Tobias begitu manja dengan atuk dan neneknya. Dia tidak gentar dengan Walter. Kalau nak apa-apa pasti tercapai. Thelma tersenyum bila suaminya sudah menantinya di atas katil. Lirikan matanya cukup menjelaskan dirinya yang tidak tahan mahu menerkam. Thelma melepaskan gaun malamnya yang tipis itu dan naik ke atas katil. Mereka berdua bercumbu. Bibir bertemu bibir. Basah dan menghangatkan. Mereka terleka dan hanyut dalam gelora nafsu mereka. Tubuh Thelma sepenuhnya diterokai oleh Walter. Habis pakaian mereka berselerakan di atas lantai. Namun tidak menghentikan aktiviti mereka yang lagi rancak menyatukan tubuh mereka. Dalam posisi missionari, Thelma di bawah, tubuhnya ditindih, Walter melajukan tujahannya. Bergetar katil itu seiring pinggul Walter bergerak
SEMBILAN bulan dia nantikan akhirnya tiba juga. Mekar senyumannya bila akhirnya dia bakal menjadi seorang ayah tidak lama lagi. Dalam beberapa detik lagi, dia akan menjadi saksi isterinya melahirkan anak mereka. Segala keperitan dia menjaga isterinya, tidak pernah lagi dia mengeluh. Meskipun Thelma agak sensitif dan cepat naik emosi tapi dia tidak peduli semua itu. Dirinya kini berada di dalam bilik bidan dan menunggu proses isterinya melahirkan. Jelas sekali wajah Thelma yang kesakitan kerana harus meneran sepenuh tenaganya.Tangan isterinya digenggam erat dan kemas. Dia cuba menyalurkan semangat untuk isterinya berhadapan kesakitan melahirkan itu. Mengelegar suara isterinya meneran di ruangan itu. Bidannya juga turut membantu memberi semangat. Berpeluh wajah Thelma dengan kesakitan yang maha luar biasa. Untuk ke sekian kalinya, dia meneran begitu kuat menggunakan seluruh tenaganya dan dia merasakan bayi di dalam perutnya mula meluncur keluar tanpa halangan. Mata
ENAM BULAN KEMUDIAN....Thelma menjerit girang bila dirinya disahkan mengandung. Patutlah menstruasinya tidak datang bulan itu. Dirinya pun sekejap lemah bila melakukan sebarang pekerjaan. Khabar itu terus dia maklumkan pada suaminya. Walter terkejut tidak percaya. Dialah yang paling gembira saat mengetahui isterinya sedang hamil. Dia teruja sekali nak jadi seorang ayah. Bertha dan Albert bertandang untuk mengucapkan tahniah atas kehamilannya itu. Mereka berdua jelas tidak sabar mahu menimang cucu. Lagipun isteri William sekarang sudah semakin sarat mengandung. Beberapa bulan nanti bakal melahirkan. Wilma pula masih tegas dengan keputusannya untuk tidak hamil di usia muda. Baginya kerjanya adalah segalanya. Suaminya pula akur dan selalu sibuk dengan kerja di syarikatnya. "Tahniah, Thelma," ucap Donna dengan dirinya yang sedikit payah mahu bergerak. Kelihatan perutnya memboyot ke depan.Thelma langsung mengucap terima kasih. Mereka berpelukan unt
THELMA terbangun bila cahaya matahari berjaya menerobos masuk ke dalam kamar itu. Tubuhnya menggeliat kecil dan dalam masih mamai, dia berusaha mencelikkan kedua matanya. Dia bangun perlahan sebelum menoleh ke sebelahnya. Ada suaminya sedang lena. Mujur hari itu dia tidak buka restorannya kerana cuti khas untuk pekerjanya. Kedua kakinya dilunjurkan ke bawah, mencecah lantai lalu dia berdiri. Kakinya diorak mencapai tuala mandinya lalu menuju ke bilik air. Dia membasuh wajahnya lalu memberus gigi seperti rutin hariannya tika bangun tidur.Tangannya mencapai pili shower lalu dipusingkan sehingga air shower itu membasahi seluruh tubuhnya yang bogel itu. Dia gosokkan tubuhnya dengan sabun yang harum itu dan bilas dengan air shower. Seketika dia pejam mata dan berdiri di bawah air shower yang tidak henti memuntahkan air. Segala kepenatan yang tubuhnya rasakan semalam hilang di bawah arus air shower itu. Bibirnya tidak semena tersenyum bila ingat kejadian sem
SEJAK kepulangan suaminya itu, mereka terus lenggang. Dua minggu dia tanggung rindu dan sibukkan dirinya dengan resepi masakannya. Atas bantuan dan sokongan dari Bertha, dia kini berjaya mendirikan sebuah restoran yang dia beri nama TheWal, gabungan nama mereka. Dia mula sibuk dengan kerjaya sebagai tukang chef dan malam harinya dia menjadi santapan kasih suaminya. Mereka menikmati momen indah mereka bersama.Thelma terhenti bila ada tangan merangkul tubuhnya dari belakang. Tidak usah diteka kerana dia tahu siapa orangnya. Dia tidak menoleh malah kembali fokus pada buku resepinya. Ada beberapa menu baru dia tambahkan. Kalau tidak siap hari itu nanti bakal membuat kekeliruan untuk para pelanggannya.Thelma tidak fokus bila bibir itu menjalar pada lehernya. Matanya perlahan terpejam menikmati sentuhan tangan suaminya di bawah di celah kelangkangnya. Bibirnya mendesah halus tanpa harus tertahan. Sesungguhnya...Walter sangat pandai membangkitkan nafsunya."Can
HAMPIR senja, Walter berangkat dan meninggalkannya di situ. Suaminya pergi ditemani oleh Max. Bila malam tiba, dia menikmati makan malamnya di meja besar itu bersama keluarga suaminya. Dia tidak sendirian kerana dirinya dilayan mesra oleh keluargan suaminya itu. Dia paling rapat dengan Wanda. Sepanjang mereka makan itu, tidak seorang pun buka bicara. Mereka menikmati kunyahan mereka penuh selera. Selesai makan, mereka dihidangkan lagi dengan pencuci mulut. Thelma gembira sangat. Sambil menikmati pencuci mulut itu, mereka di meja makan itu mulai bersuara untuk memecah keheningan. Pandangan Thelma tertuju pada William. Melihat layanan William yang begitu kasih pada Donna, hatinya tumpang bahagia. Tidak salah lagi dia menolak cinta dari abang iparnya itu. Akhirnya keluarga mereka bersatu atas permintaan Bertha. "Sampai hati kan Walter pergi tinggalkan Thelma sendirian...dahlah baru kahwin, boleh pula Walter pentingkan kerja dia," Wanda memulakan protes seb
KETIKA kapal itu mendarat dengan selamatnya, berpusu-pusu orang mahu keluar dari kapal itu secepat yang mungkin. Tidak mahu bersesakan. Ada yang tidak tahan dengan ombak. Pelbagai ragam manusia di dalam kapal tersebut. Namun tidak suami isteri yang begitu santai di tempat VIP itu. Segala bagasi mereka sudah dibawa keluar oleh pekerja kapal tersebut.Tinggal mereka untuk melangkah keluar dari tempat itu. Walter mencapai tangan isterinya dan mereka sama-sama menuruni anak tangga itu menuju ke daratan. Selamat kaki mereka mencecah daratan itu, kedatangan mereka disambut oleh seorang pekerja istana selaku pemandu. Kereta sudah disediakan dan mereka terus memasuki kereta tersebut tanpa banyak soal. "Ayahanda dengan bonda ada di istana ke sekarang?" Walter menanya pekerja itu yang bertanggungjawab menyambut kedatangan mereka hari itu."Ada, tuanku. Mereka tengah menanti kedatangan tuanku dengan isteri tuanku," Walter lepas keluh kecil. Fikirnya sampai
MALAM itu dia tidak mahu berakhir cepat. Dia rasa berat hati untuk pulang ke istana esok hari. Dia belum merelakan Walter untuk pergi kerja dan menyibukkan diri dengan kerjanya. Sedangkan dia tidak tahu nak buat apa di dalam istana itu. "Saya pun tidak mahu malam ini berakhir begitu saja," ujar Walter bersama dengan senyuman penuh makna.Thelma memandang suaminya untuk penjelasan lanjut. Dia tidak mengerti maksud Walter. Entah apa yang ada di fikiran suaminya saat itu dia tidak tahu. "Walter, saya nak awak fokus pada saya selepas ini. Bukan waktu cuti bulan madu ini saja tapi di istana nanti. Saya tidak mahu awak sibuk terus dengan kerja awak. Saya tidak mahu berpisah dua minggu dari awak. Awak suami saya dan saya nak awak beri sepenuh perhatian awak pada saya. Saya janji saya akan jadi isteri yang baik untuk awak. Layan awak bila awak nak. Saya akan berikan semuanya untuk awak tapi awak mesti ada di sisi saya selalu," Panjang lebar Thelma menj
WALTER selesa mengenakan tuxedo hitam di tubuhnya. Ditilik dirinya di hadapan cermin hias yang besar itu. Setelah pasti dengan penampilannya, barulah dia berpusing menghadap isterinya. Mata terpaku pada hujung gaun labuh isterinya itu yang mencecah lantai. Perlahan matanya naik ke atas dan terleka bila gaun itu sangat indah di tubuh isterinya.Walter terpesona dengan kecantikkan isterinya itu untuk beberapa minit yang lama. Wajah isterinya dihias cantik oleh orang kepercayaannya. Dia expert dalam bidang tersebut. Malah rambut isterinya pun didandan penuh kemas. Rambut atasnya dibuat seperti crown dan selebihnya lepas ke bawah. Setelah memastikan penampilannya tiada cacat celanya, Thelma mula menoleh ke arah suaminya. Mata mereka langsung bertembung dan bibir mereka seraya mengukir senyum lebar. "You look beautiful, lovely. Really really beautiful," ucap Walter sambil mendekati isterinya itu.Tangan Thelma dicapainya lalu dibawa ke atas mendekati