SEHARIAN suntuk itu dia hanya menjadi pemerhati bagaimana cara kerja William. Wilma di sebelahnya teliti mendengar. Dia mengerti bidang itu menjadi kegemaran kakaknya itu. Sebelum berangkat kerja, William sudah menegas untuk Wilma tidak mengikuti mereka. William nak sangat beri ilmunya pada Walter tentang dunia perniagaan. Tapi sayangnya Walter tidak berminat sama sekali. Hatinya lebih memilih untuk menjadi seorang tentera yang menjaga keselamatan negara. Ayahnya pun tidak membantah mimpinya itu. Selesai mesyuarat, barulah Walter boleh merenggangkan tubuhnya. Wilma kelihatan gembira sekali bila dirinya boleh menghadiri mesyuarat entah apa yang Walter sendiri pun tidak mengerti. Lagipun Wilma banyak kali menyampuk untuk memberi cadangan dan pendapat. Semuanya pendapatnya tadi diterima banyak orang. Wilma memang otaknya bergeliga sekali. "Nak lunch dekat mana?" William menyoal bila perutnya sudah terasa lapar. "Abang ada recommend mana-man
KAKINYA laju melangkah keluar dari teksi itu yang betul-betul parkir di depan kedai buku Monroe itu. Beg pakaiannya yang sederhana besar itu disandang di bahunya. Selesai membayar tambang, dia pergi meluru masuk ke dalam kedai buku itu. Wajah ayahnya dicari sebelum tubuhnya menerima pelukan dari seseorang. Siapa lagi kalau bukan adik lelakinya yang begitu manja dengannya. "Kakak!" Thelma tersenyum gembira bila akhirnya dia bertemu dengan keluarganya kembali. Dipeluk tubuh Theodore penuh erat, agar rindunya berkurangan. Dia pun mengerti perasaan rindu adiknya itu disebabkan hanya dia seorang sahaja yang menjadi tempat curhat adiknya itu. "Ayah mana?" "Tengah susun buku," Sebaik pelukan adik beradik itu terlerai, Thelma melangkah mencari keberadaan ayahnya yang dia rindukan. Bila matanya menangkap susuk tubuh ayahnya, laju sahaja dia berlari meluru mendakap tubuh ayahnya itu. Alfred menangis terharu sambil
PAGI itu hening sekali. Dengan matanya yang berat, dia cuba melawan rasa ngantuknya. Terpisat-pisat dia bangun lalu merenggangkan seluruh tubuhnya dek terasa lenguh. Lena sungguh tidurnya semalam siap bertemankan mimpi putera kesayangannya. Bila mengingatkan hal itu, bibirnya automatik mengukir senyum kecil. Ketukan di pintu membuat kepalanya menoleh. Terjenggul kepala sang ibu yang ingin membangunkannya. Marlene lega sekali bila anak perempuannya itu sudah bangun. Selepas itu ibunya beredar mahu menyediakan sarapan untuk mereka sekeluarga. Thelma bangun dari katilnya dan mengemaskan cadar tilamnya. Selimut nya dilipat kemas. Dia leka menepuk bantalnya lalu disusun penuh rapi. Biliknya akan kembali kosong bila dia pulang ke istana lagi. Baru dia mahu memusing tubuhnya untuk pergi, tiba-tiba ada satu tangan melingkar merangkul pinggangnya. Thelma menjerit terkejut lalu meronta untuk membebaskan dirinya. Namun sekejap sahaja bila matanya
DIRINYA tersedar bila ada seseorang bermain dengan tangannya. Dengan rasa ngantuknya yang masih ada, dia kuatkan diri untuk celikkan kedua matanya. Terbuka sahaja pandangannya dipenuhi dengan keindahan wajah Walter. Thelma langsung bangun bila menyedari lelaki itu sudah bangun. Dia duduk lalu memandang Walter."Kenapa tak bangunkan saya?" "Saya tak nak ganggu lena awak," Walter menarik tubuh Thelma agar merapat dengannya. Kepala perempuan itu dilentokkan di bahunya. Tangan mereka bersulam menyatu. Pandangan mereka ke depan. Balkoni yang terbuka itu menampakkan suasana pemandangan tasek yang indah belaka. "Kenapa awak tak tegur saya ketika awak datang ke kedai buku ayah saya?" Tiba-tiba Thelma menyoal bila teringatkan buku yang sudah penuh di rak dalam ruangan itu.Walter melihat rak buku dalam kamarnya itu. Bila melihat itu, bibirnya seraya menguntum senyum. Entah berapa kali dia datang ke kedai buku itu semata hanya mahu melihat anak
SELAMA dua minggu itu, rutinnya kembali ke asal. Dia kembali fokus membuat kerjanya. Dia rasa sepi sekali bila lelaki itu tidak berada di situ. Dia rindu berada dalam dakapan lelaki itu. Dia rindu bibirnya dihadiahkan dengan ciuman kasih. Dia rindu segalanya tentang lelaki itu. Kadang dia sampai terbayang-bayang lelaki itu ada di situ menemaninya bila dia sendirian. Dia jadi angau. Setiap saat fikirannya memikirkan lelaki itu. Namun semangat kerja masih sama. Tidurnya sering bermimpikan lelaki itu. Thelma merungut kecil. Ranting kecil yang diambilnya tadi dilempar ke air tasek penuh sebal. Hatinya sebal sebab dia merindukan figura lelaki itu siang dan malam. Ranting kayu diambil lagi lalu dilempar kuat. Bunyi kocakan air kedengaran. Dia malas bersama di situ. Lebih lama dia akan jadi gila sebab tergila-gilakan putera itu. Dia tidak mahu saban hari memikirkan lelaki itu sahaja. Dirinya pun kena urus juga. Thelma bangun lalu berpusing untuk berganjak dari
THELMA terjaga dari bangunnya bila dia mendengarkan suara tangisan yang sayup-sayup kedengaran di ruangan kamar itu. Dia mencelikkan matanya lalu mencari arah bunyi tangisan itu. Dua katil seniornya jelas tiada pergerakan. Dia mencuri pandang ke arah katil Selma. Meskipun gelap namun matanya dapat menangkap bahu yang terhinjut menahan tangisan itu. Thelma perlahan bangun lalu mendekati katil Selma. Selma jelas terkejut bila melihat Thelma di situ. Air matanya laju dikesat. Thelma duduk lalu memandang wajah Selma tika itu."Kita pergi balkoni depan," ajak Thelma separa berbisik.Thelma terus menarik tangan Selma pergi dari ruangan kamar itu. Mereka berhati-hati menuju ke balkoni di tingkat itu. Mujur tidak ada yang berlegar di aras itu. Pintu balkoni ditutup rapat kembali dan mereka duduk di situ menikmati pemandangan malam. "Kenapa awak menangis?" Selma diam. Namun wajahnya kelihatan sedih sekali. Thelma jadi kasihan melihat keadaan te
DIA terjaga dari lenanya yang panjang. Dia mengamati sekelilingnya dan dirinya terkejut bila dia masih berada di kamar Walter. Entah pukul berapa mereka pulang semalam dia pun tidak sedar. Melihat panty nya jatuh di lantai, lekas sahaja dia melihat dirinya di balik selimut tebal itu. Dia bogel. Dress nya robek tidak serupa dress yang dia pakai semalam. Pakaian Walter juga berterabur di lantai. Katilnya juga hancur dan tidak kemas. Apa yang terjadi semalam? Dia masih belum mengingati kejadian semalam sepenuhnya. Thelma memandang Walter yang nyenyak itu. Dia mahu menyelak selimut itu namun dia perasan pergelangan tangannya yang memerah itu. Tidak semena matanya menangkap satu tali pinggang di katil itu di hujung kaki Walter. Tidak semena adegan semalam muncul satu persatu di benaknya. Thelma menekup mulutnya. Semalam mereka pulang dalam keadaan mabuk. Walter tidak memandu tapi ada seseorang menghantar mereka pulang. Dia cuba mengingati bayangan lelaki itu meskipun
LARIAN semakin laju bila matanya menangkap figura tubuh yang dia ingin bersua sekali setelah seminggu kejadian itu. Selma mencari lelaki itu namun kelibatnya susah untuk kelihatan. Dia menanti di taman yang mereka pernah bertemu sebelum ini namun Max tidak kunjung tiba. Hampir sahaja dia mengalah namun dia harus meminta maaf dari lelaki itu. Biarlah permasalahan mereka selesai begitu sahaja. Dia berlari laju memotong lelaki itu. Dia berpusing lalu menghalang perjalanan lelaki itu. Selma masih dengan nafasnya tercungap-cungap namun matanya memandang lelaki itu."Saya minta maaf tentang kejadian hari itu. Saya tahu saya salah sebab tipu awak, ambil kesempatan ke atas awak. Tolong maafkan kesilapan saya sebab saya buat semua tu untuk dekat dengan awak. Saya nak awak jadi milik saya," kata Selma dengan wajahnya sekali tampak kesal dengan perbuatannya. "Please...forgive me," Selma merayu."You don't have to do that..." Ujar Max setelah lama mendengar
SETELAH pasti Tobias lena di dalam biliknya, barulah Thelma keluar lalu menuju ke kamarnya. Tobias kini sudah berumur empat tahun dan sudah petah bercakap. Namun lucunya Tobias begitu manja dengan atuk dan neneknya. Dia tidak gentar dengan Walter. Kalau nak apa-apa pasti tercapai. Thelma tersenyum bila suaminya sudah menantinya di atas katil. Lirikan matanya cukup menjelaskan dirinya yang tidak tahan mahu menerkam. Thelma melepaskan gaun malamnya yang tipis itu dan naik ke atas katil. Mereka berdua bercumbu. Bibir bertemu bibir. Basah dan menghangatkan. Mereka terleka dan hanyut dalam gelora nafsu mereka. Tubuh Thelma sepenuhnya diterokai oleh Walter. Habis pakaian mereka berselerakan di atas lantai. Namun tidak menghentikan aktiviti mereka yang lagi rancak menyatukan tubuh mereka. Dalam posisi missionari, Thelma di bawah, tubuhnya ditindih, Walter melajukan tujahannya. Bergetar katil itu seiring pinggul Walter bergerak
SEMBILAN bulan dia nantikan akhirnya tiba juga. Mekar senyumannya bila akhirnya dia bakal menjadi seorang ayah tidak lama lagi. Dalam beberapa detik lagi, dia akan menjadi saksi isterinya melahirkan anak mereka. Segala keperitan dia menjaga isterinya, tidak pernah lagi dia mengeluh. Meskipun Thelma agak sensitif dan cepat naik emosi tapi dia tidak peduli semua itu. Dirinya kini berada di dalam bilik bidan dan menunggu proses isterinya melahirkan. Jelas sekali wajah Thelma yang kesakitan kerana harus meneran sepenuh tenaganya.Tangan isterinya digenggam erat dan kemas. Dia cuba menyalurkan semangat untuk isterinya berhadapan kesakitan melahirkan itu. Mengelegar suara isterinya meneran di ruangan itu. Bidannya juga turut membantu memberi semangat. Berpeluh wajah Thelma dengan kesakitan yang maha luar biasa. Untuk ke sekian kalinya, dia meneran begitu kuat menggunakan seluruh tenaganya dan dia merasakan bayi di dalam perutnya mula meluncur keluar tanpa halangan. Mata
ENAM BULAN KEMUDIAN....Thelma menjerit girang bila dirinya disahkan mengandung. Patutlah menstruasinya tidak datang bulan itu. Dirinya pun sekejap lemah bila melakukan sebarang pekerjaan. Khabar itu terus dia maklumkan pada suaminya. Walter terkejut tidak percaya. Dialah yang paling gembira saat mengetahui isterinya sedang hamil. Dia teruja sekali nak jadi seorang ayah. Bertha dan Albert bertandang untuk mengucapkan tahniah atas kehamilannya itu. Mereka berdua jelas tidak sabar mahu menimang cucu. Lagipun isteri William sekarang sudah semakin sarat mengandung. Beberapa bulan nanti bakal melahirkan. Wilma pula masih tegas dengan keputusannya untuk tidak hamil di usia muda. Baginya kerjanya adalah segalanya. Suaminya pula akur dan selalu sibuk dengan kerja di syarikatnya. "Tahniah, Thelma," ucap Donna dengan dirinya yang sedikit payah mahu bergerak. Kelihatan perutnya memboyot ke depan.Thelma langsung mengucap terima kasih. Mereka berpelukan unt
THELMA terbangun bila cahaya matahari berjaya menerobos masuk ke dalam kamar itu. Tubuhnya menggeliat kecil dan dalam masih mamai, dia berusaha mencelikkan kedua matanya. Dia bangun perlahan sebelum menoleh ke sebelahnya. Ada suaminya sedang lena. Mujur hari itu dia tidak buka restorannya kerana cuti khas untuk pekerjanya. Kedua kakinya dilunjurkan ke bawah, mencecah lantai lalu dia berdiri. Kakinya diorak mencapai tuala mandinya lalu menuju ke bilik air. Dia membasuh wajahnya lalu memberus gigi seperti rutin hariannya tika bangun tidur.Tangannya mencapai pili shower lalu dipusingkan sehingga air shower itu membasahi seluruh tubuhnya yang bogel itu. Dia gosokkan tubuhnya dengan sabun yang harum itu dan bilas dengan air shower. Seketika dia pejam mata dan berdiri di bawah air shower yang tidak henti memuntahkan air. Segala kepenatan yang tubuhnya rasakan semalam hilang di bawah arus air shower itu. Bibirnya tidak semena tersenyum bila ingat kejadian sem
SEJAK kepulangan suaminya itu, mereka terus lenggang. Dua minggu dia tanggung rindu dan sibukkan dirinya dengan resepi masakannya. Atas bantuan dan sokongan dari Bertha, dia kini berjaya mendirikan sebuah restoran yang dia beri nama TheWal, gabungan nama mereka. Dia mula sibuk dengan kerjaya sebagai tukang chef dan malam harinya dia menjadi santapan kasih suaminya. Mereka menikmati momen indah mereka bersama.Thelma terhenti bila ada tangan merangkul tubuhnya dari belakang. Tidak usah diteka kerana dia tahu siapa orangnya. Dia tidak menoleh malah kembali fokus pada buku resepinya. Ada beberapa menu baru dia tambahkan. Kalau tidak siap hari itu nanti bakal membuat kekeliruan untuk para pelanggannya.Thelma tidak fokus bila bibir itu menjalar pada lehernya. Matanya perlahan terpejam menikmati sentuhan tangan suaminya di bawah di celah kelangkangnya. Bibirnya mendesah halus tanpa harus tertahan. Sesungguhnya...Walter sangat pandai membangkitkan nafsunya."Can
HAMPIR senja, Walter berangkat dan meninggalkannya di situ. Suaminya pergi ditemani oleh Max. Bila malam tiba, dia menikmati makan malamnya di meja besar itu bersama keluarga suaminya. Dia tidak sendirian kerana dirinya dilayan mesra oleh keluargan suaminya itu. Dia paling rapat dengan Wanda. Sepanjang mereka makan itu, tidak seorang pun buka bicara. Mereka menikmati kunyahan mereka penuh selera. Selesai makan, mereka dihidangkan lagi dengan pencuci mulut. Thelma gembira sangat. Sambil menikmati pencuci mulut itu, mereka di meja makan itu mulai bersuara untuk memecah keheningan. Pandangan Thelma tertuju pada William. Melihat layanan William yang begitu kasih pada Donna, hatinya tumpang bahagia. Tidak salah lagi dia menolak cinta dari abang iparnya itu. Akhirnya keluarga mereka bersatu atas permintaan Bertha. "Sampai hati kan Walter pergi tinggalkan Thelma sendirian...dahlah baru kahwin, boleh pula Walter pentingkan kerja dia," Wanda memulakan protes seb
KETIKA kapal itu mendarat dengan selamatnya, berpusu-pusu orang mahu keluar dari kapal itu secepat yang mungkin. Tidak mahu bersesakan. Ada yang tidak tahan dengan ombak. Pelbagai ragam manusia di dalam kapal tersebut. Namun tidak suami isteri yang begitu santai di tempat VIP itu. Segala bagasi mereka sudah dibawa keluar oleh pekerja kapal tersebut.Tinggal mereka untuk melangkah keluar dari tempat itu. Walter mencapai tangan isterinya dan mereka sama-sama menuruni anak tangga itu menuju ke daratan. Selamat kaki mereka mencecah daratan itu, kedatangan mereka disambut oleh seorang pekerja istana selaku pemandu. Kereta sudah disediakan dan mereka terus memasuki kereta tersebut tanpa banyak soal. "Ayahanda dengan bonda ada di istana ke sekarang?" Walter menanya pekerja itu yang bertanggungjawab menyambut kedatangan mereka hari itu."Ada, tuanku. Mereka tengah menanti kedatangan tuanku dengan isteri tuanku," Walter lepas keluh kecil. Fikirnya sampai
MALAM itu dia tidak mahu berakhir cepat. Dia rasa berat hati untuk pulang ke istana esok hari. Dia belum merelakan Walter untuk pergi kerja dan menyibukkan diri dengan kerjanya. Sedangkan dia tidak tahu nak buat apa di dalam istana itu. "Saya pun tidak mahu malam ini berakhir begitu saja," ujar Walter bersama dengan senyuman penuh makna.Thelma memandang suaminya untuk penjelasan lanjut. Dia tidak mengerti maksud Walter. Entah apa yang ada di fikiran suaminya saat itu dia tidak tahu. "Walter, saya nak awak fokus pada saya selepas ini. Bukan waktu cuti bulan madu ini saja tapi di istana nanti. Saya tidak mahu awak sibuk terus dengan kerja awak. Saya tidak mahu berpisah dua minggu dari awak. Awak suami saya dan saya nak awak beri sepenuh perhatian awak pada saya. Saya janji saya akan jadi isteri yang baik untuk awak. Layan awak bila awak nak. Saya akan berikan semuanya untuk awak tapi awak mesti ada di sisi saya selalu," Panjang lebar Thelma menj
WALTER selesa mengenakan tuxedo hitam di tubuhnya. Ditilik dirinya di hadapan cermin hias yang besar itu. Setelah pasti dengan penampilannya, barulah dia berpusing menghadap isterinya. Mata terpaku pada hujung gaun labuh isterinya itu yang mencecah lantai. Perlahan matanya naik ke atas dan terleka bila gaun itu sangat indah di tubuh isterinya.Walter terpesona dengan kecantikkan isterinya itu untuk beberapa minit yang lama. Wajah isterinya dihias cantik oleh orang kepercayaannya. Dia expert dalam bidang tersebut. Malah rambut isterinya pun didandan penuh kemas. Rambut atasnya dibuat seperti crown dan selebihnya lepas ke bawah. Setelah memastikan penampilannya tiada cacat celanya, Thelma mula menoleh ke arah suaminya. Mata mereka langsung bertembung dan bibir mereka seraya mengukir senyum lebar. "You look beautiful, lovely. Really really beautiful," ucap Walter sambil mendekati isterinya itu.Tangan Thelma dicapainya lalu dibawa ke atas mendekati