Share

Bab 13

Author: teaqahm
last update Last Updated: 2024-05-31 09:30:45

DIRINYA tersedar bila ada seseorang bermain dengan tangannya. Dengan rasa ngantuknya yang masih ada, dia kuatkan diri untuk celikkan kedua matanya. Terbuka sahaja pandangannya dipenuhi dengan keindahan wajah Walter. Thelma langsung bangun bila menyedari lelaki itu sudah bangun. Dia duduk lalu memandang Walter.

"Kenapa tak bangunkan saya?"

"Saya tak nak ganggu lena awak,"

Walter menarik tubuh Thelma agar merapat dengannya. Kepala perempuan itu dilentokkan di bahunya. Tangan mereka bersulam menyatu. Pandangan mereka ke depan. Balkoni yang terbuka itu menampakkan suasana pemandangan tasek yang indah belaka.

"Kenapa awak tak tegur saya ketika awak datang ke kedai buku ayah saya?" Tiba-tiba Thelma menyoal bila teringatkan buku yang sudah penuh di rak dalam ruangan itu.

Walter melihat rak buku dalam kamarnya itu. Bila melihat itu, bibirnya seraya menguntum senyum. Entah berapa kali dia datang ke kedai buku itu semata hanya mahu melihat anak
Locked Chapter
Continue Reading on GoodNovel
Scan code to download App

Related chapters

  • Prince's Lover : Thelma   Bab 14

    SELAMA dua minggu itu, rutinnya kembali ke asal. Dia kembali fokus membuat kerjanya. Dia rasa sepi sekali bila lelaki itu tidak berada di situ. Dia rindu berada dalam dakapan lelaki itu. Dia rindu bibirnya dihadiahkan dengan ciuman kasih. Dia rindu segalanya tentang lelaki itu. Kadang dia sampai terbayang-bayang lelaki itu ada di situ menemaninya bila dia sendirian. Dia jadi angau. Setiap saat fikirannya memikirkan lelaki itu. Namun semangat kerja masih sama. Tidurnya sering bermimpikan lelaki itu. Thelma merungut kecil. Ranting kecil yang diambilnya tadi dilempar ke air tasek penuh sebal. Hatinya sebal sebab dia merindukan figura lelaki itu siang dan malam. Ranting kayu diambil lagi lalu dilempar kuat. Bunyi kocakan air kedengaran. Dia malas bersama di situ. Lebih lama dia akan jadi gila sebab tergila-gilakan putera itu. Dia tidak mahu saban hari memikirkan lelaki itu sahaja. Dirinya pun kena urus juga. Thelma bangun lalu berpusing untuk berganjak dari

    Last Updated : 2024-05-31
  • Prince's Lover : Thelma   Bab 15

    THELMA terjaga dari bangunnya bila dia mendengarkan suara tangisan yang sayup-sayup kedengaran di ruangan kamar itu. Dia mencelikkan matanya lalu mencari arah bunyi tangisan itu. Dua katil seniornya jelas tiada pergerakan. Dia mencuri pandang ke arah katil Selma. Meskipun gelap namun matanya dapat menangkap bahu yang terhinjut menahan tangisan itu. Thelma perlahan bangun lalu mendekati katil Selma. Selma jelas terkejut bila melihat Thelma di situ. Air matanya laju dikesat. Thelma duduk lalu memandang wajah Selma tika itu."Kita pergi balkoni depan," ajak Thelma separa berbisik.Thelma terus menarik tangan Selma pergi dari ruangan kamar itu. Mereka berhati-hati menuju ke balkoni di tingkat itu. Mujur tidak ada yang berlegar di aras itu. Pintu balkoni ditutup rapat kembali dan mereka duduk di situ menikmati pemandangan malam. "Kenapa awak menangis?" Selma diam. Namun wajahnya kelihatan sedih sekali. Thelma jadi kasihan melihat keadaan te

    Last Updated : 2024-05-31
  • Prince's Lover : Thelma   Bab 16

    DIA terjaga dari lenanya yang panjang. Dia mengamati sekelilingnya dan dirinya terkejut bila dia masih berada di kamar Walter. Entah pukul berapa mereka pulang semalam dia pun tidak sedar. Melihat panty nya jatuh di lantai, lekas sahaja dia melihat dirinya di balik selimut tebal itu. Dia bogel. Dress nya robek tidak serupa dress yang dia pakai semalam. Pakaian Walter juga berterabur di lantai. Katilnya juga hancur dan tidak kemas. Apa yang terjadi semalam? Dia masih belum mengingati kejadian semalam sepenuhnya. Thelma memandang Walter yang nyenyak itu. Dia mahu menyelak selimut itu namun dia perasan pergelangan tangannya yang memerah itu. Tidak semena matanya menangkap satu tali pinggang di katil itu di hujung kaki Walter. Tidak semena adegan semalam muncul satu persatu di benaknya. Thelma menekup mulutnya. Semalam mereka pulang dalam keadaan mabuk. Walter tidak memandu tapi ada seseorang menghantar mereka pulang. Dia cuba mengingati bayangan lelaki itu meskipun

    Last Updated : 2024-06-08
  • Prince's Lover : Thelma   Bab 17

    LARIAN semakin laju bila matanya menangkap figura tubuh yang dia ingin bersua sekali setelah seminggu kejadian itu. Selma mencari lelaki itu namun kelibatnya susah untuk kelihatan. Dia menanti di taman yang mereka pernah bertemu sebelum ini namun Max tidak kunjung tiba. Hampir sahaja dia mengalah namun dia harus meminta maaf dari lelaki itu. Biarlah permasalahan mereka selesai begitu sahaja. Dia berlari laju memotong lelaki itu. Dia berpusing lalu menghalang perjalanan lelaki itu. Selma masih dengan nafasnya tercungap-cungap namun matanya memandang lelaki itu."Saya minta maaf tentang kejadian hari itu. Saya tahu saya salah sebab tipu awak, ambil kesempatan ke atas awak. Tolong maafkan kesilapan saya sebab saya buat semua tu untuk dekat dengan awak. Saya nak awak jadi milik saya," kata Selma dengan wajahnya sekali tampak kesal dengan perbuatannya. "Please...forgive me," Selma merayu."You don't have to do that..." Ujar Max setelah lama mendengar

    Last Updated : 2024-06-08
  • Prince's Lover : Thelma   Bab 18

    TIADA muzik. Hanya gerakan tubuh Thelma yang menarik perhatian mata lelakinya kala itu. Hembusan angin dari pintu balkoni yang sengaja dibuka itu, segala lentok tubuh perempuan itu sangat seksi dan menghairahkan. Baju gaun Thelma sangat nipis dan jelas kulit tubuhnya yang menawan. Dirinya tidak menggenakan sebarang bra, jadi buah dadanya bulat itu memang terlihat mengancam. Rambut panjangnya lepas ke bahunya dan beralun cantik setiap kali membuat gerakan dan goyangan yang menggoda hati Walter.Walter kemam bibir. Inilah pertunjukkan tarian Thelma yang menyeronokkan. Hati lelakinya menjerit ingin membelai tubuh menawan itu. Dia sangat suka bila dirinya digoda oleh perempuan itu. Thelma mara dengan langkah catwalk nya yang penuh menggoda. Baju gaunnya sangat seksi sekali. Walter tidak lepas mengamati tubuhnya dari awal. Punggungnya dihentakkan di paha lelaki itu namun dalam posisi membelakangi lelaki itu. Dia gerakkan pinggulnya penuh menggoda dan menggesel pada ben

    Last Updated : 2024-06-08
  • Prince's Lover : Thelma   Bab 19

    RENUNGAN Selma tidak dia hiraukan. Mujur hanya mereka berdua sahaja di dalam kamar itu. Bila pintu ditutup rapat, Selma terus menghujani dengan pertanyaan demi pertanyaan. Belum jawab yang satu dia sudah ajukan pertanyaan yang lain pula. Thelma langsung memandang Selma yang tidak sabar itu. Rasanya mungkin ini masa yang tepat untuk dia berterus-terang dengan kawannya itu. "Lelaki yang awak ceritakan pada saya tu siapa orangnya?" Thelma menyoal dulu tentang seorang lelaki yang memuja dirinya dalam diam yang dijelaskan oleh Selma dua kali kepadanya.Selma diam lama berfikir. Dia ragu mahu beritahu atau tidak. Tapi dia rasa Thelma harus tahu orangnya."Dia dekat awak. Your superior," jawab Selma."Awak tahu namanya? Dan dari mana awak tahu dia ada hati dekat saya?" Thelma duduk di katilnya, menghadap Selma di depannya. Katil mereka bersebelahan sahaja. Kedua tangannya ditongkatkan di atas katilnya, sisi tubuhnya. "Princ

    Last Updated : 2024-06-28
  • Prince's Lover : Thelma   Bab 20

    THELMA tidak suka bila dirinya dipaksa berdua dengan lelaki itu. Apalagi bila mereka berada di ruangan office Yvonne. Dia tidak mahu Yvonne salah faham tentang hubungannya dengan Jeremy. Tapi melihat Yvonne pergi meninggalkan mereka berdua di ruangan office nya itu, Thelma yakin Yvonne pasti berfikir buruk tentangnya. "Awak nak bicara soal apa?" Soal Thelma."Awak sudah fikir tentang bicara kita di perpustakaan beberapa hari yang lalu?" Thelma tersenyum sinis. Entah berapa kali dia harus jelaskan pada lelaki itu untuk tidak mengharap. Dia sama sekali tidak pernah terfikir mahu membalas perasaan lelaki itu. Hatinya utuh untuk Walter."Awak tahukan...jawapan saya..." "Awak kena ingat awak selamanya tidak bisa memiliki Walter. Dia berbeza dari kita," Jeremy bersuara untuk menyakini Thelma.Thelma bawa tangannya memeluk tubuh. "Apa bezanya dengan awak? Awak juga ada status noble dan saya pun tidak layak untuk bersama awa

    Last Updated : 2024-06-28
  • Prince's Lover : Thelma   Bab 21

    TIDAK percaya saat itu tempat jemuran pakaian penuh dengan maid dari lain tempat. Mereka berebut mahu mengambil pakaian yang mereka jemur tadi. Sebelum hujan menitiskan airnya, tangan mereka laju mencapai pakaian yang banyak yang mereka cuci tadi masuk ke dalam bakul. Thelma tidak kurang lajunya bila awan di atas kepala mula gelap. Sekejap lagi mahu hujan. Maid yang lain selesai sahaja kerja mereka, mereka terus bergegas ke tempat mereka. Tinggal Thelma terkial-kial dek dia datang terlalu lambat. Dia tidak tahu kalau tempat kediaman Wanda jauh dari tempat jemuran pakaian itu. Dia berlari penat ke tempat itu dan sekarang dia harus mencapai banyak pakaian untuk dimasukkan dalam bakul. Tidak semena dia merasakan ada titisan air membasahi tubuhnya. Thelma melihat ke atas dan beberapa titisan hujan turun dari kepulan awan hitam itu. Thelma laju mencapai beberapa pakaian yang tinggal dan tidak semena dia terlihat kemunculan susuk tubuh seseorang sedang membantunya. Bil

    Last Updated : 2024-07-20

Latest chapter

  • Prince's Lover : Thelma   Bab 48

    MALAM itu dia tidak mahu berakhir cepat. Dia rasa berat hati untuk pulang ke istana esok hari. Dia belum merelakan Walter untuk pergi kerja dan menyibukkan diri dengan kerjanya. Sedangkan dia tidak tahu nak buat apa di dalam istana itu. "Saya pun tidak mahu malam ini berakhir begitu saja," ujar Walter bersama dengan senyuman penuh makna.Thelma memandang suaminya untuk penjelasan lanjut. Dia tidak mengerti maksud Walter. Entah apa yang ada di fikiran suaminya saat itu dia tidak tahu. "Walter, saya nak awak fokus pada saya selepas ini. Bukan waktu cuti bulan madu ini saja tapi di istana nanti. Saya tidak mahu awak sibuk terus dengan kerja awak. Saya tidak mahu berpisah dua minggu dari awak. Awak suami saya dan saya nak awak beri sepenuh perhatian awak pada saya. Saya janji saya akan jadi isteri yang baik untuk awak. Layan awak bila awak nak. Saya akan berikan semuanya untuk awak tapi awak mesti ada di sisi saya selalu," Panjang lebar Thelma menj

  • Prince's Lover : Thelma   Bab 47

    WALTER selesa mengenakan tuxedo hitam di tubuhnya. Ditilik dirinya di hadapan cermin hias yang besar itu. Setelah pasti dengan penampilannya, barulah dia berpusing menghadap isterinya. Mata terpaku pada hujung gaun labuh isterinya itu yang mencecah lantai. Perlahan matanya naik ke atas dan terleka bila gaun itu sangat indah di tubuh isterinya.Walter terpesona dengan kecantikkan isterinya itu untuk beberapa minit yang lama. Wajah isterinya dihias cantik oleh orang kepercayaannya. Dia expert dalam bidang tersebut. Malah rambut isterinya pun didandan penuh kemas. Rambut atasnya dibuat seperti crown dan selebihnya lepas ke bawah. Setelah memastikan penampilannya tiada cacat celanya, Thelma mula menoleh ke arah suaminya. Mata mereka langsung bertembung dan bibir mereka seraya mengukir senyum lebar. "You look beautiful, lovely. Really really beautiful," ucap Walter sambil mendekati isterinya itu.Tangan Thelma dicapainya lalu dibawa ke atas mendekati

  • Prince's Lover : Thelma   Bab 46

    TERKEDU Thelma bila melihat bukit yang harus didaki untuk sampai ke puncak. Kalau bukan kerana Walter, dia tidak akan buat aktiviti itu. Namun mereka sudah bangun awal pagi untuk buat aktiviti itu bersama-sama. Mahu tidak mahu dia menurut. Walter mendahului di depan dan dia di belakang suaminya itu. Berpeluh tubuhnya meskipun berjalan tidak sampai lima meter. Peluh yang merenik di dahinya dikesat dengan tangannya. Thelma berjalan lagi bila Walter bergerak. Kakinya yang malas itu jadi rajin mendaki. Seluruh tubuhnya berpeluh bila mendaki beberapa minit. Tubuhnya rasa segar sekali. Otaknya pun rasa kosong saat mendaki itu. Bibirnya terukir senyuman senang. "Be careful," beritahu Walter bila jalan yang dia lalui tadi agak licin. Thelma berjalan penuh berhati-hati. Dia khuatir andai dia jatuh tergelincir. Kalau tanah rata tidak apa ini tanahnya membukit. Tergelincir sahaja mungkin sudah tergolek ke bawah. Dia terus fokus memandang ke bawah. Tidak mahu menga

  • Prince's Lover : Thelma   Bab 45

    MEREKA sarapan seperti biasa di dalam kamar penginapan itu. Thelma melirik pada Walter yang hanya beriak biasa sahaja itu. Dia pula yang malu bila mengingat kejadian mereka pulang ke hotel tersebut. Mujur tidak banyak orang tapi adalah seorang dua pekerja yang dia terserempak saat mereka kembali itu. Pakaiannya habis basah lencun namun dapat ditutup dengan baju suaminya. Suaminya yang tidak berbaju, hanya berseluar. Dalam fikirannya sudah penuh dengan pelbagai andaian dua orang pekerja itu saat melihat mereka sebegitu. Malunya dia."Hari ni nak pergi mana?" Soal Thelma sambil mengunyah makanan dalam mulut. "More adventure," balas Walter bersahaja. Berkerut kening Thelma tidak mengerti. Pandangannya mula terarah kepada suaminya itu."Maksud awak?" "Hiking," Terbeliak sepasang mata bundar itu bila mendengar perkataan yang baru keluar dari mulut suaminya itu. Hal yang meresahkannya. Dia tidak suka sangat dengan aktiviti lasak tapi kerana suaminya berminat jadi dia tidak bersuara. Dia

  • Prince's Lover : Thelma   Bab 44

    SEHARIAN itu mereka menjelajah percutian mereka di negeri orang. Sejak tiga hari mereka sampai di hotel itu, mereka berdua terus menikmati percutian itu dengan senang hati. Mereka lebih meluangkan masa bersama dan lebih intim. Walter lupa seketika akan kerjanya sebagai tentera. Thelma kian senang bila sepenuhnya Walter fokus kepadanya. Berpisah tiada. Hotel itu menjadi saksi hubungan erat mereka suami isteri sedang berbulan madu. Mereka berdua dilayan sebagai tetamu istimewa. Siangnya mereka pergi ke tempat yang menarik. Semuanya sudah diatur dengan baik. Jam makan mereka pun sudah disediakan oleh pihak hotel tersebut. Thelma begitu teruja bila pertama kalinya menginap di hotel yang mewah. Bilik hotelnya bukan kecil untuk cukup dua orang. Malah besar dan luas untuk 30 orang. Katilnya bersaizkan queen dan tilamnya empuk. Gebarnya tebal dan malam mereka tidak kesejukan. Bilik airnya juga sangat mewah. Tab mandinya luas sangat. Serupa seperti tinggal di dalam istana

  • Prince's Lover : Thelma   Bab 43

    THELMA menoleh bila Walter memanggil namanya. Mereka siap untuk pergi cuti bulan madu mereka di luar negeri. Semuanya sudah diatur oleh Permaisuri Bertha dan Raja Albert untuk mereka berdua. "Is this yours?" Walter menunjukkan rantai yang berada di tangannya. Sekian lama dia menyimpan rantai itu namun belum ada masa untuk disuakan kepada Thelma."Dari mana awak dapat?" Thelma terus mencapai rantai itu penuh teruja. Disangkakan hilang entah di mana ternyata ada bersama Walter."Dalam kamar saya. Di bawah katil dekat meja lampu," Thelma kian mengetahui bila hilangnya rantai itu. Namun dia cepat lupakan kisah hitam itu lalu bibirnya tersenyum lebar. Dia akan kembalikan rantai itu pada pemiliknya. Rantai itu tidak sesuai untuk dirinya kerana kini dia milik suaminya itu."Terima kasih sebab simpan rantai ini. Saya fikir saya tercicir rantai ini di luar istana. Terima kasih, Walter," Thelma langsung menghadiahkan suaminya dengan ciu

  • Prince's Lover : Thelma   Bab 42

    PERKAHWINAN antara Walter dan Thelma akhirnya berlangsung hari itu. Setelah menunggu begitu lama akhirnya mereka disatukan hari bahagia itu dengan disaksikan oleh keluarga mereka dan rakyat jelata. Seluruh negara menjadi saksi penyatuan dua hati itu. Seperti yang diduga, banyak perempuan yang patah hati dengan perkahwinan itu. Putera yang menjadi idaman kalbu kini dimiliki oleh orang lain. Thelma lah orang yang bertuah kerana dipilih menjadi pendamping hidup putera itu. Dan selama upacara majlis perkahwinan mereka itu diadakan, bibirnya tidak lekang dengan senyuman bahagia. Ada juga momen terharu bila Alfred harus melepas hak penjagaannya pada Walter.Indah tidak terkata bila perkahwinan itu direstui oleh dua belah pihak. Thelma menikmati momen indah itu dengan Walter berada di sampingnya. Tidak lupa juga, Thelma diperkenalkan dengan menteri-menteri negara itu. Bahkan beberapa orang terkenal yang banyak dia tidak ketahui. Dia juga turut diperkenalkan dengan kawan sekerja su

  • Prince's Lover : Thelma   Bab 41

    TIGA hari lagi mereka bakal akan disatukan. Bila dikabarkan tentang perkahwinan itu, banyak yang patah hati terutamanya sang perempuan. Putera Walter akhirnya menemukan jodohnya. Di usianya yang mahu menginjak 30, dia akhirnya memilih untuk menamatkan zaman bujangnya. Tidak menyangka tahun ini menjadi saksi perkahwinan mereka. Susun atur acara sudah diuruskan oleh beberapa pihak yang bertanggungjawab akan hal itu. Segala pakaian untuk pengantin sudah siap dijahit dan direka oleh fashion designer yang sangat popular saat itu. Thelma tersenyum sambil memandang pemandangan di depan matanya itu. Macam tidak percaya sekarang dia berada di dalam istana itu lagi. Kali ini di dalam kamar tetamu. Mereka sekeluarga tidur di istana itu sehingga selesai majlis perkahwinan nanti. Thelma bakal menetap di situ selamanya.Thelma mencuba untuk membiasakan dirinya di dalam istana itu. Dia berkenalan dengan seisi istana itu dan kedatangannya dialukan sekali. Meskipun dia rasa tidak

  • Prince's Lover : Thelma   Bab 40

    BUKAN main gembira lagi Thelma bila bertemu dengan Selma dan Yvonne di istana itu. Mereka berpelukan sama untuk melepas rasa rindu. Thelma memeluk tubuh Yvonne penuh erat sekali. Dia dapat rasa tepukan lembut di belakangnya. Dia sangat berterima kasih pada Yvonne. "Saya fikir keluarga mereka akan menolak awak dengan Walter tapi semuanya diluar dugaan," Selma bersuara, masih belum percaya.Thelma meleraikan pelukan lalu menghadap dua orang perempuan di hadapannya itu. Bibirnya tersenyum terus. "Mereka sebahagian keluarga ibu saya. Awalnya saya tidak tahu menahu. Lagipun saya kerja di sini tak pernah lagi terjumpa dengan permaisuri. Itulah tidak kenal langsung. Tapi bila terjumpa dengan Walter kembali, baru saya tahu. Saya pun masih belum dapat percaya tapi itulah...semuanya dah jadi begini. Terima je lah," kata Thelma dengan lapang dada."Saya bangga sekali lihat awak gembira seperti ini. Inilah Thelma yang saya kenal. Terima kasih sebab kuatkan

Scan code to read on App
DMCA.com Protection Status