RENUNGAN Selma tidak dia hiraukan. Mujur hanya mereka berdua sahaja di dalam kamar itu. Bila pintu ditutup rapat, Selma terus menghujani dengan pertanyaan demi pertanyaan. Belum jawab yang satu dia sudah ajukan pertanyaan yang lain pula.
Thelma langsung memandang Selma yang tidak sabar itu. Rasanya mungkin ini masa yang tepat untuk dia berterus-terang dengan kawannya itu."Lelaki yang awak ceritakan pada saya tu siapa orangnya?" Thelma menyoal dulu tentang seorang lelaki yang memuja dirinya dalam diam yang dijelaskan oleh Selma dua kali kepadanya.Selma diam lama berfikir. Dia ragu mahu beritahu atau tidak. Tapi dia rasa Thelma harus tahu orangnya."Dia dekat awak. Your superior," jawab Selma."Awak tahu namanya? Dan dari mana awak tahu dia ada hati dekat saya?"Thelma duduk di katilnya, menghadap Selma di depannya. Katil mereka bersebelahan sahaja. Kedua tangannya ditongkatkan di atas katilnya, sisi tubuhnya."PrincTHELMA tidak suka bila dirinya dipaksa berdua dengan lelaki itu. Apalagi bila mereka berada di ruangan office Yvonne. Dia tidak mahu Yvonne salah faham tentang hubungannya dengan Jeremy. Tapi melihat Yvonne pergi meninggalkan mereka berdua di ruangan office nya itu, Thelma yakin Yvonne pasti berfikir buruk tentangnya. "Awak nak bicara soal apa?" Soal Thelma."Awak sudah fikir tentang bicara kita di perpustakaan beberapa hari yang lalu?" Thelma tersenyum sinis. Entah berapa kali dia harus jelaskan pada lelaki itu untuk tidak mengharap. Dia sama sekali tidak pernah terfikir mahu membalas perasaan lelaki itu. Hatinya utuh untuk Walter."Awak tahukan...jawapan saya..." "Awak kena ingat awak selamanya tidak bisa memiliki Walter. Dia berbeza dari kita," Jeremy bersuara untuk menyakini Thelma.Thelma bawa tangannya memeluk tubuh. "Apa bezanya dengan awak? Awak juga ada status noble dan saya pun tidak layak untuk bersama awa
TIDAK percaya saat itu tempat jemuran pakaian penuh dengan maid dari lain tempat. Mereka berebut mahu mengambil pakaian yang mereka jemur tadi. Sebelum hujan menitiskan airnya, tangan mereka laju mencapai pakaian yang banyak yang mereka cuci tadi masuk ke dalam bakul. Thelma tidak kurang lajunya bila awan di atas kepala mula gelap. Sekejap lagi mahu hujan. Maid yang lain selesai sahaja kerja mereka, mereka terus bergegas ke tempat mereka. Tinggal Thelma terkial-kial dek dia datang terlalu lambat. Dia tidak tahu kalau tempat kediaman Wanda jauh dari tempat jemuran pakaian itu. Dia berlari penat ke tempat itu dan sekarang dia harus mencapai banyak pakaian untuk dimasukkan dalam bakul. Tidak semena dia merasakan ada titisan air membasahi tubuhnya. Thelma melihat ke atas dan beberapa titisan hujan turun dari kepulan awan hitam itu. Thelma laju mencapai beberapa pakaian yang tinggal dan tidak semena dia terlihat kemunculan susuk tubuh seseorang sedang membantunya. Bil
DIA dimaklumkan tentang kehadiran Putera Walter di kediamannya. Jeremy langsung bangun dari duduknya, keluar dari ruangan home office nya lalu menuju ke ruang tamu. Rumah mewah itu seringkali didatangi tetamu tapi tidak pernah lagi Walter ke rumahnya. Melihat tubuh Walter dari kejauhan, bibirnya mengulas senyum."Hey, friend!" Teruja Jeremy menegur.Walter membalas bersahaja. Setelah kejadian kemarin di mana Thelma berterus-terang dengannya tentang Jeremy, dia mula sakit hati dengan kawannya itu. Dia memperkenalkan Thelma kepada mereka sebab dia percaya kepada kawannya. Tapi Jeremy sudah melanggar batasan seorang kawan. Belum sempat Jeremy mahu duduk, Walter sudah bangun lalu melemparkan buku lamanya pada wajah Jeremy. Sekali tumbukannya sahaja, Jeremy sudah hilang imbangan sehingga tubuhnya rebah di atas sofa. Dia lekas menoleh ke arah Walter sebelum senyuman sinis dia hulurkan. Dia tahu kedatangan Walter hari itu sebab Thelma."Kau kawan jenis
BERDIRI dia di situ bersama beberapa maid yang lain untuk menemani putera itu sedang mandi di kolam renang yang luas itu. Peliknya dia mandi pada waktu malam dan Yvonne menerangkan bahawa ketika putera itu sedang dilanda masalah dan bermacam fikiran, dia akan luangkan masanya di kolam renang itu. Thelma sedikit demi sedikit mula mengetahui tentang sikap Walter. Segala tuala dan baju keringnya sudah disediakan. Mereka menunggu bila putera itu selesai. Tapi rasanya Walter kelihatan masih mengambil masa yang lama. Yang lain sudah menguap mahu pergi. Mungkin penat seharian membersih kediaman putera tersebut. Satu habuk tidak dibenarkan ada. Thelma tersenyum dalam hati. Dirinya sahaja yang sedang fokus memandang Walter berenang dengan tubuhnya separuh bogel itu. Maid yang lain dalam mode penat dan mahu pulang. Dia harap Walter menyedari hal itu. Mereka berdiri di situ umpama patung. Dari tadi tercegat di situ tidak bergerak sama sekali, hanya mata sahaja yang berkedip
ADA perubahan yang dia lihat pada Walter sejak dua menjak ini. William mulanya tidak peduli namun entah kenapa dia rasa ada sesuatu yang Walter sembunyikan darinya. Bila di meja makan, Walter hanya bersikap biasa. Tapi dia pelik bila Walter tidak menyuruh Wanda masuk ke dalam kamarnya tiap malam. Padahal Wanda selalu luangkan masa bersama abang kesayangannya itu.William merenung wajah gembira Walter itu penuh tanda tanya. Sepertinya ada sesuatu yang Walter rahsiakan dari pengetahuan mereka semua. Tambah lagi bila melihat wajahnya yang tampak berseri itu. Adakah...Walter sedang...jatuh cinta?!Tapi dia tidak pernah melihat Walter bersama sosok perempuan di mana-mana. Hatta pergi acara majlis pun dia tidak pernah Walter didekati mana-mana perempuan. Perempuan mengedik adalah dek kerana ketampanannya itu. "I'll excuse myself. I need to rest early cause tomorrow I need to wake up early,"Bicara Walter itu menyedarkan William dari renungan lamanya. K
TERUS menerus dia mengelamun. Fikirannya melayang memikirkan lelaki pujaan hatinya yang jauh di mata. Dia tidak sedar di sebelahnya ada Selma yang menantikannya untuk bersuara. Selma pun dah penat menunggu. Dia tahu Thelma rindu berat. Dia pun sama juga rindu dengan Max tapi tidak adalah sampai hilang fokus.Bahu Thelma ditepuk. Thelma langsung tersedar lalu menoleh ke sisinya. Lupa dia dirinya ditemani oleh Selma. Dia tayang sengih."Sorry...lupa dunia kejap," Thelma sengih lagi. Malu.Selma menjeling. Meluat."Saya rindu dengan Max tak adalah sampai hilang fokus!" Komplain Selma tidak puas hati."Dahnya kemaruk cinta. Awak dengan saya lain. Kita berbeza situasi," balas Thelma tidak mahu mengalah dengan kawannya itu."Kemaruk kemaruk juga. Tapi janganlah sampai lupakan kewujudan saya di sini sebelah awak. Saya cerita itu ini tadi mesti awak tak dengarkan..."Thelma tayang sengih lagi. Tapi bibirnya cepat mengucap perkat
HATINYA lega sekali dan dengan wajah senang, dia pergi menuju ke kamar peraduan Walter. Yvonne menyuruhnya mengemas apa yang patut dalam kamar itu. Dia menolak pintu kamar itu lalu memboloskan dirinya di dalam kamar mewah yang luas itu. Segala bayang-bayang memori dia bersama Walter muncul di mana-mana. Sebegitu itu dia merindukan lelaki itu yang jauh darinya. Dia leka melayan rasa rindunya. Tidak menyedari ada seseorang di dalam kamar itu sedang memperhatikannya. Thelma terkejut bila ada tangan merangkul tubuhnya dari belakang. Dia laju merungkaikan rangkulan itu dan bila matanya melihat Jeremy ada di dalam kamar itu, dia jadi tidak tenang. Sangkanya lelaki itu sudah pulang. Jeremy kian erat merangkul tubuh Thelma sehingga tubuh mereka merapat betul. Thelma resah. Entah apa yang Jeremy mahukan darinya."Kalau awak setuju dengan niat saya tadi, saya tidak akan perlakukan awak seperti ini, Thelma..." Sengaja Jeremy mengujar bicaranya itu dekat dengan teli
LEBIH dua minggu...dan baru sekarang dia boleh pulang ke istana. Jadualnya padat sekali bulan itu. Dia pun tiada masa untuk memaklumkan perkara itu pada Thelma melalui surat. Max pun sentiasa di sisinya. Mereka rehat pun untuk makan dan minum sahaja. Sejak pengambilan rekrut baharu, mereka jadi terlalu sibuk. Walter harus ada di mana-mana. Kedatangannya adalah dimestikan. Walter tersenyum bila matanya mula melihat perkarangan istana. Hatinya teruja untuk bertemu dengan kekasih hatinya. Dia sudah tidak sabar mahu memeluk tubuh kesayangannya itu untuk melepas rindunya yang menggunung. Dia memboloskan dirinya dari kereta. Laju sahaja kakinya diatur menuju ke arah kediamannya. Dia tidak peduli maid yang lain yang menyapanya di perjalanannya tadi. Kamar peraduannya ditolak lalu menapak masuk ke dalam. Sangkanya Thelma menanti kehadirannya di dalam kamar itu tapi ianya kosong. Sunyi.Walter meliarkan pandangannya di segenap kamarnya itu. Dia berjalan mencari s
SETELAH pasti Tobias lena di dalam biliknya, barulah Thelma keluar lalu menuju ke kamarnya. Tobias kini sudah berumur empat tahun dan sudah petah bercakap. Namun lucunya Tobias begitu manja dengan atuk dan neneknya. Dia tidak gentar dengan Walter. Kalau nak apa-apa pasti tercapai. Thelma tersenyum bila suaminya sudah menantinya di atas katil. Lirikan matanya cukup menjelaskan dirinya yang tidak tahan mahu menerkam. Thelma melepaskan gaun malamnya yang tipis itu dan naik ke atas katil. Mereka berdua bercumbu. Bibir bertemu bibir. Basah dan menghangatkan. Mereka terleka dan hanyut dalam gelora nafsu mereka. Tubuh Thelma sepenuhnya diterokai oleh Walter. Habis pakaian mereka berselerakan di atas lantai. Namun tidak menghentikan aktiviti mereka yang lagi rancak menyatukan tubuh mereka. Dalam posisi missionari, Thelma di bawah, tubuhnya ditindih, Walter melajukan tujahannya. Bergetar katil itu seiring pinggul Walter bergerak
SEMBILAN bulan dia nantikan akhirnya tiba juga. Mekar senyumannya bila akhirnya dia bakal menjadi seorang ayah tidak lama lagi. Dalam beberapa detik lagi, dia akan menjadi saksi isterinya melahirkan anak mereka. Segala keperitan dia menjaga isterinya, tidak pernah lagi dia mengeluh. Meskipun Thelma agak sensitif dan cepat naik emosi tapi dia tidak peduli semua itu. Dirinya kini berada di dalam bilik bidan dan menunggu proses isterinya melahirkan. Jelas sekali wajah Thelma yang kesakitan kerana harus meneran sepenuh tenaganya.Tangan isterinya digenggam erat dan kemas. Dia cuba menyalurkan semangat untuk isterinya berhadapan kesakitan melahirkan itu. Mengelegar suara isterinya meneran di ruangan itu. Bidannya juga turut membantu memberi semangat. Berpeluh wajah Thelma dengan kesakitan yang maha luar biasa. Untuk ke sekian kalinya, dia meneran begitu kuat menggunakan seluruh tenaganya dan dia merasakan bayi di dalam perutnya mula meluncur keluar tanpa halangan. Mata
ENAM BULAN KEMUDIAN....Thelma menjerit girang bila dirinya disahkan mengandung. Patutlah menstruasinya tidak datang bulan itu. Dirinya pun sekejap lemah bila melakukan sebarang pekerjaan. Khabar itu terus dia maklumkan pada suaminya. Walter terkejut tidak percaya. Dialah yang paling gembira saat mengetahui isterinya sedang hamil. Dia teruja sekali nak jadi seorang ayah. Bertha dan Albert bertandang untuk mengucapkan tahniah atas kehamilannya itu. Mereka berdua jelas tidak sabar mahu menimang cucu. Lagipun isteri William sekarang sudah semakin sarat mengandung. Beberapa bulan nanti bakal melahirkan. Wilma pula masih tegas dengan keputusannya untuk tidak hamil di usia muda. Baginya kerjanya adalah segalanya. Suaminya pula akur dan selalu sibuk dengan kerja di syarikatnya. "Tahniah, Thelma," ucap Donna dengan dirinya yang sedikit payah mahu bergerak. Kelihatan perutnya memboyot ke depan.Thelma langsung mengucap terima kasih. Mereka berpelukan unt
THELMA terbangun bila cahaya matahari berjaya menerobos masuk ke dalam kamar itu. Tubuhnya menggeliat kecil dan dalam masih mamai, dia berusaha mencelikkan kedua matanya. Dia bangun perlahan sebelum menoleh ke sebelahnya. Ada suaminya sedang lena. Mujur hari itu dia tidak buka restorannya kerana cuti khas untuk pekerjanya. Kedua kakinya dilunjurkan ke bawah, mencecah lantai lalu dia berdiri. Kakinya diorak mencapai tuala mandinya lalu menuju ke bilik air. Dia membasuh wajahnya lalu memberus gigi seperti rutin hariannya tika bangun tidur.Tangannya mencapai pili shower lalu dipusingkan sehingga air shower itu membasahi seluruh tubuhnya yang bogel itu. Dia gosokkan tubuhnya dengan sabun yang harum itu dan bilas dengan air shower. Seketika dia pejam mata dan berdiri di bawah air shower yang tidak henti memuntahkan air. Segala kepenatan yang tubuhnya rasakan semalam hilang di bawah arus air shower itu. Bibirnya tidak semena tersenyum bila ingat kejadian sem
SEJAK kepulangan suaminya itu, mereka terus lenggang. Dua minggu dia tanggung rindu dan sibukkan dirinya dengan resepi masakannya. Atas bantuan dan sokongan dari Bertha, dia kini berjaya mendirikan sebuah restoran yang dia beri nama TheWal, gabungan nama mereka. Dia mula sibuk dengan kerjaya sebagai tukang chef dan malam harinya dia menjadi santapan kasih suaminya. Mereka menikmati momen indah mereka bersama.Thelma terhenti bila ada tangan merangkul tubuhnya dari belakang. Tidak usah diteka kerana dia tahu siapa orangnya. Dia tidak menoleh malah kembali fokus pada buku resepinya. Ada beberapa menu baru dia tambahkan. Kalau tidak siap hari itu nanti bakal membuat kekeliruan untuk para pelanggannya.Thelma tidak fokus bila bibir itu menjalar pada lehernya. Matanya perlahan terpejam menikmati sentuhan tangan suaminya di bawah di celah kelangkangnya. Bibirnya mendesah halus tanpa harus tertahan. Sesungguhnya...Walter sangat pandai membangkitkan nafsunya."Can
HAMPIR senja, Walter berangkat dan meninggalkannya di situ. Suaminya pergi ditemani oleh Max. Bila malam tiba, dia menikmati makan malamnya di meja besar itu bersama keluarga suaminya. Dia tidak sendirian kerana dirinya dilayan mesra oleh keluargan suaminya itu. Dia paling rapat dengan Wanda. Sepanjang mereka makan itu, tidak seorang pun buka bicara. Mereka menikmati kunyahan mereka penuh selera. Selesai makan, mereka dihidangkan lagi dengan pencuci mulut. Thelma gembira sangat. Sambil menikmati pencuci mulut itu, mereka di meja makan itu mulai bersuara untuk memecah keheningan. Pandangan Thelma tertuju pada William. Melihat layanan William yang begitu kasih pada Donna, hatinya tumpang bahagia. Tidak salah lagi dia menolak cinta dari abang iparnya itu. Akhirnya keluarga mereka bersatu atas permintaan Bertha. "Sampai hati kan Walter pergi tinggalkan Thelma sendirian...dahlah baru kahwin, boleh pula Walter pentingkan kerja dia," Wanda memulakan protes seb
KETIKA kapal itu mendarat dengan selamatnya, berpusu-pusu orang mahu keluar dari kapal itu secepat yang mungkin. Tidak mahu bersesakan. Ada yang tidak tahan dengan ombak. Pelbagai ragam manusia di dalam kapal tersebut. Namun tidak suami isteri yang begitu santai di tempat VIP itu. Segala bagasi mereka sudah dibawa keluar oleh pekerja kapal tersebut.Tinggal mereka untuk melangkah keluar dari tempat itu. Walter mencapai tangan isterinya dan mereka sama-sama menuruni anak tangga itu menuju ke daratan. Selamat kaki mereka mencecah daratan itu, kedatangan mereka disambut oleh seorang pekerja istana selaku pemandu. Kereta sudah disediakan dan mereka terus memasuki kereta tersebut tanpa banyak soal. "Ayahanda dengan bonda ada di istana ke sekarang?" Walter menanya pekerja itu yang bertanggungjawab menyambut kedatangan mereka hari itu."Ada, tuanku. Mereka tengah menanti kedatangan tuanku dengan isteri tuanku," Walter lepas keluh kecil. Fikirnya sampai
MALAM itu dia tidak mahu berakhir cepat. Dia rasa berat hati untuk pulang ke istana esok hari. Dia belum merelakan Walter untuk pergi kerja dan menyibukkan diri dengan kerjanya. Sedangkan dia tidak tahu nak buat apa di dalam istana itu. "Saya pun tidak mahu malam ini berakhir begitu saja," ujar Walter bersama dengan senyuman penuh makna.Thelma memandang suaminya untuk penjelasan lanjut. Dia tidak mengerti maksud Walter. Entah apa yang ada di fikiran suaminya saat itu dia tidak tahu. "Walter, saya nak awak fokus pada saya selepas ini. Bukan waktu cuti bulan madu ini saja tapi di istana nanti. Saya tidak mahu awak sibuk terus dengan kerja awak. Saya tidak mahu berpisah dua minggu dari awak. Awak suami saya dan saya nak awak beri sepenuh perhatian awak pada saya. Saya janji saya akan jadi isteri yang baik untuk awak. Layan awak bila awak nak. Saya akan berikan semuanya untuk awak tapi awak mesti ada di sisi saya selalu," Panjang lebar Thelma menj
WALTER selesa mengenakan tuxedo hitam di tubuhnya. Ditilik dirinya di hadapan cermin hias yang besar itu. Setelah pasti dengan penampilannya, barulah dia berpusing menghadap isterinya. Mata terpaku pada hujung gaun labuh isterinya itu yang mencecah lantai. Perlahan matanya naik ke atas dan terleka bila gaun itu sangat indah di tubuh isterinya.Walter terpesona dengan kecantikkan isterinya itu untuk beberapa minit yang lama. Wajah isterinya dihias cantik oleh orang kepercayaannya. Dia expert dalam bidang tersebut. Malah rambut isterinya pun didandan penuh kemas. Rambut atasnya dibuat seperti crown dan selebihnya lepas ke bawah. Setelah memastikan penampilannya tiada cacat celanya, Thelma mula menoleh ke arah suaminya. Mata mereka langsung bertembung dan bibir mereka seraya mengukir senyum lebar. "You look beautiful, lovely. Really really beautiful," ucap Walter sambil mendekati isterinya itu.Tangan Thelma dicapainya lalu dibawa ke atas mendekati