LEBIH dua minggu...dan baru sekarang dia boleh pulang ke istana. Jadualnya padat sekali bulan itu. Dia pun tiada masa untuk memaklumkan perkara itu pada Thelma melalui surat. Max pun sentiasa di sisinya. Mereka rehat pun untuk makan dan minum sahaja. Sejak pengambilan rekrut baharu, mereka jadi terlalu sibuk. Walter harus ada di mana-mana. Kedatangannya adalah dimestikan.
Walter tersenyum bila matanya mula melihat perkarangan istana. Hatinya teruja untuk bertemu dengan kekasih hatinya. Dia sudah tidak sabar mahu memeluk tubuh kesayangannya itu untuk melepas rindunya yang menggunung.Dia memboloskan dirinya dari kereta. Laju sahaja kakinya diatur menuju ke arah kediamannya. Dia tidak peduli maid yang lain yang menyapanya di perjalanannya tadi. Kamar peraduannya ditolak lalu menapak masuk ke dalam. Sangkanya Thelma menanti kehadirannya di dalam kamar itu tapi ianya kosong. Sunyi.Walter meliarkan pandangannya di segenap kamarnya itu. Dia berjalan mencari sSELURUH tubuhnya rasa tidak enak. Tadi pagi dia bangun dia terus muntah. Mungkin sebab perutnya kosong. Namun selepas dia menikmati sarapan paginya, tubuhnya terasa lemah sekali. Dia memilih untuk berehat hari itu. Namun peliknya dia rasa loya bila tercium bau yang tidak nyaman di hidungnya. Hidungnya jadi sensitif hari itu. Adakah dia mempunyai alergik? Tapi setahunya dia tidak ada sebarang alergik pada sesuatu.Thelma cuba bangun dari duduknya. Namun sekejap sahaja kepalanya sudah naik pusing. Dia mengeluh kecil lalu kembali duduk di kerusi kayu itu. Kenapa dia seperti ini? Semalam dia makan banyak sekali sebab dia rasa lapar sangat. Tidak pernah lagi dia lapar dia makan terlalu banyak. Tapi semalam itu dia terkejut sangat. Mungkin hormon tubuhnya...Thelma tersedar dari lamunannya bila ada bunyi motosikal masuk di perkarangan rumahnya. Dia mengukir senyum bila melihat kehadiran Edmund di situ. Di tangannya ada plastik yang penuh dengan isi barangan rumahnya. Edm
DIA duduk di situ tekun mendengar setiap bait bicara Max kepadanya. Namun dirinya membelakangi Max. Pandangannya dilempar ke arah pemandangan di hadapannya. Tasek menghijau. "Keluarga dia miskin dan susah. Dia tidak habiskan sesi sekolahnya sebab orang tuanya tidak mampu nak tampung biaya pembelajarannya. Jadi dia berhenti dan sekarang kerja di kelab malam...""Dia mula kenal Yvonne sebab Yvonne pernah tolong dia sebelum ini tentang isu kewangan. Jadi Yvonne mengambil dia bekerja di bawah dia dan uruskan rumah lama orang tua Yvonne," "What's his name?" Walter bersuara."Edmund," Walter memusingkan kerusinya lalu menghadap Max berdiri saat itu. Dia akan berusaha untuk mencari jejak Thelma yang hilang. "Awak ada dengar desas-desus dalam istana?" Max geleng kepala. Walter terus mengukir senyuman sinis. Sungguh teliti Yvonne membuat kerjanya. "Panggil Wanda sekarang," Max akur menurut perintah. Dia p
KESIBUKAN kota McCaron nyata menyerlahkan kegigihan berpuluh-puluh orang yang sedang bersedia untuk pergi ke tempat kerja. Ada yang tampak menunggu seseorang untuk dijemput. Ada pula berjalan kaki menuju ke stesen keretapi yang berdekatan. Segelintirnya menggunakan kereta sendiri memandu megah di atas jalan tar itu. Di dalam kesibukan itu, ada seorang perempuan dengan rambutnya dibiarkan lepas ke bahu, berjalan kaki menuju ke kedai buku . Kedai buku itu terletak 10 meter dari rumahnya. Saat kakinya menginjak masuk ke dalam kedai buku Monroe's book family, mata bundarnya berwarna kecoklatan itu menyapa sang ayah yang sedang berada di kaunter. "Selamat pagi, ayah!" Sang ayah menyapa kembali. Dia tersenyum dan seperti hari selalunya, dia akan membantu ayahnya di kedai buku itu. Dia mengeluarkan semua papan promo untuk promosi bulan itu hingga hujung bulan depan. Dia menyusun apa yang patut di luar kedai itu sehinggalah dia siap segalanya. Senang hatinya bila beberapa pelanggan mula b
THELMA terus mengatur langkahnya laju ke arah yang telah ayahnya berikan. Kedai buku ayahnya juga melakukan penghantaran secara percuma untuk kawasan terdekat sahaja. Tercunggap-cunggap dia keletihan dek mengejar masa. Sekejap lagi masuk waktu siang. Perutnya sudah berkeroncong minta diisi. Mujur ayahnya memberinya sedikit wang saku untuk beli makanan. "Terima kasih ye!" Pelanggan yang menerima tersenyum ramah.Thelma angguk mesra. Memang sudah tugasnya membantu ayahnya. Nanti kalau adiknya habis sekolah, adiknya itu akan menyambung urusan bisnes keluarga mereka."Tunggu sekejap,"Thelma terbantut mahu pergi. Dia menunggu di luar sementara pelanggan tadi masuk ke dalam semula dengan tindakan yang pantas. Beberapa minit sahaja dia memunculkan dirinya lalu dihulurkan beberapa keping wang kertas kepadanya. Thelma tercenggang namun laju sahaja dia menolak pemberian pelanggannya itu."Ambillah...saya tahu awak bersusah payah pergi ke sini. Saya nampak awak kelihatan penat. Terimalah pembe
KERTAS itu diunjuk pada perempuan yang bertanggungjawab dalam menerima kertas ujian dari semua orang yang hadir pada hari itu. Thelma kembali ke asalnya dan agak gugup bila ratanya semua yang hadir dari kalangan yang muda sebaya dengannya. Terlalu banyak yang memohon sehingga Thelma rasa kecil. Sekarang kertas ujian mereka sedang diperiksa oleh pihak atasan. Thelma dan lain hanya menanti penuh sabar. Degupan jantung Thelma tidak setenang tadi. Bila keputusan diumumkan, dia mula gugup. Matanya dilemparkan pada perempuan tadi. Dibalik badannya yang kecil itu, suaranya sangat lantang dan besar. Mudah untuk didengari oleh semua mereka di situ."Samantha Bently," Satu nama diucap. Serentak pemilik nama itu bersorak gembira."Lilibeth Jones," Satu persatu nama disebut yang diterima bekerja di tempat itu. Thelma masih menanti penuh harapan. Berharap namanya disebut di dalam senarai nama yang diterima itu."Thelma..."Thelma berdegup. Namanya disebut ke?"....Alfred," Thelma terkejut. Te
SELESAI memakai pakaian uniform mereka, barulah mereka berdua mengekori langkah Gina dan Lily menuju ke dewan makan yang berada di belakang Beeston girl. Dengan kasut high heel Thelma cuba untuk beriak santai dan selesa. Padahal dalam hati menjerit sakit dan tidak suka. Tapi untuk jaga imej pekerja perempuan di situ, dia cuba hulur senyum palsu. Dipandang Selma yang begitu bangga berjalan dengan high heel nya. Meja makan yang kosong diduduki sebaik mereka selesai mengambil makanan masing-masing. "This is a place that we take our breakfast, lunch and also dinner. Breakfast start 7, lunch at 12 and dinner on 7. No strict rules here but we must obey the rules," Gina bersuara sebelum dia memakan spaghetti di pinggannya.Thelma mendengar sambil menikmati makanannya. Selma di sebelahnya juga turut mendengar."We are most like family here. Be friendly with others," Lily bersuara pula selepas Gina."After this breakfast, I'll bring both of you to Yvonne's office. She'll bring you to your wor
MATANYA tergam pada satu gambar keluarga diraja yang terkini namun kelihatan begitu agak lama. Matanya mengecil sedikit untuk memandang gambar yang kian memudar dalam cetakan itu. King Albert dan Queen Bertha.Mereka mempunyai empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan. Putera William, Puteri Wilma, Putera Walter dan Puteri Wanda. Tapi di dalam gambar itu ketika mereka masih kecil. Sekarang mungkin dah tumbuh dewasa. Thelma menyerah bila dia tidak temui gambar baru keluarga diraja itu. Dia belek buku itu namun akhirnya dia menamatkan bacaannya sampai di situ sahaja. Buku ditutup lalu dia menyimpan kembali ke arah rak asalnya tadi. Bila melihat rak tersebut, hatinya mula merindukan sang keluarga yang ditinggalkan di Kota McCaron. Ayah...mama...Theodore...Hatinya bisik rindu akan nama tersebut. Mungkin sekarang ayahnya sedang di kedai buku mereka. Theodore mungkin masih ada kelas tambahan di sekolahnya. Ibunya mungkin tengah memasak untuk makan tengahari mereka sekeluarga di rum
WILLIAM melihat beberapa maid yang ada di dewan makan tersebut menyediakan juadah makan malam untuk mereka. Wajahnya sentiasa serius sehingga banyak orang takut untuk bersua dengannya. Matanya jatuh pada kerusi kosong sebelah Wanda. Dia dikabarkan Walter pulang petang tadi tapi kenapa Walter tidak makan bersama mereka?"Abang, tak nak makan ke?" Wanda menegur bila perasan abangnya belum menjamah apa-apa."Nak makanlah ni," William lantas mencapai sudunya lalu dia makan sahaja lauk yang dimasukkan ke dalam pinggannya. Di meja makan memang senyap sebab Albert tidak suka berbicara ketika makan. Selesai makan baru mereka bersembang. William menoleh ke arah Wilma yang sedari tadi berwajah muram."Wilma, ada masalah ke?" William menegur. Tersentak Wilma bila namanya disebut abangnya itu. Seraya dia gelengkan kepalanya lalu tersenyum nipis. Dia tidak mahu kemuramannya diketahui abangnya. "Wilma okey," Wilma senyum."After this, jumpa abang dalam bilik abang," tegas William.Wilma angguk k
DIA duduk di situ tekun mendengar setiap bait bicara Max kepadanya. Namun dirinya membelakangi Max. Pandangannya dilempar ke arah pemandangan di hadapannya. Tasek menghijau. "Keluarga dia miskin dan susah. Dia tidak habiskan sesi sekolahnya sebab orang tuanya tidak mampu nak tampung biaya pembelajarannya. Jadi dia berhenti dan sekarang kerja di kelab malam...""Dia mula kenal Yvonne sebab Yvonne pernah tolong dia sebelum ini tentang isu kewangan. Jadi Yvonne mengambil dia bekerja di bawah dia dan uruskan rumah lama orang tua Yvonne," "What's his name?" Walter bersuara."Edmund," Walter memusingkan kerusinya lalu menghadap Max berdiri saat itu. Dia akan berusaha untuk mencari jejak Thelma yang hilang. "Awak ada dengar desas-desus dalam istana?" Max geleng kepala. Walter terus mengukir senyuman sinis. Sungguh teliti Yvonne membuat kerjanya. "Panggil Wanda sekarang," Max akur menurut perintah. Dia p
SELURUH tubuhnya rasa tidak enak. Tadi pagi dia bangun dia terus muntah. Mungkin sebab perutnya kosong. Namun selepas dia menikmati sarapan paginya, tubuhnya terasa lemah sekali. Dia memilih untuk berehat hari itu. Namun peliknya dia rasa loya bila tercium bau yang tidak nyaman di hidungnya. Hidungnya jadi sensitif hari itu. Adakah dia mempunyai alergik? Tapi setahunya dia tidak ada sebarang alergik pada sesuatu.Thelma cuba bangun dari duduknya. Namun sekejap sahaja kepalanya sudah naik pusing. Dia mengeluh kecil lalu kembali duduk di kerusi kayu itu. Kenapa dia seperti ini? Semalam dia makan banyak sekali sebab dia rasa lapar sangat. Tidak pernah lagi dia lapar dia makan terlalu banyak. Tapi semalam itu dia terkejut sangat. Mungkin hormon tubuhnya...Thelma tersedar dari lamunannya bila ada bunyi motosikal masuk di perkarangan rumahnya. Dia mengukir senyum bila melihat kehadiran Edmund di situ. Di tangannya ada plastik yang penuh dengan isi barangan rumahnya. Edm
LEBIH dua minggu...dan baru sekarang dia boleh pulang ke istana. Jadualnya padat sekali bulan itu. Dia pun tiada masa untuk memaklumkan perkara itu pada Thelma melalui surat. Max pun sentiasa di sisinya. Mereka rehat pun untuk makan dan minum sahaja. Sejak pengambilan rekrut baharu, mereka jadi terlalu sibuk. Walter harus ada di mana-mana. Kedatangannya adalah dimestikan. Walter tersenyum bila matanya mula melihat perkarangan istana. Hatinya teruja untuk bertemu dengan kekasih hatinya. Dia sudah tidak sabar mahu memeluk tubuh kesayangannya itu untuk melepas rindunya yang menggunung. Dia memboloskan dirinya dari kereta. Laju sahaja kakinya diatur menuju ke arah kediamannya. Dia tidak peduli maid yang lain yang menyapanya di perjalanannya tadi. Kamar peraduannya ditolak lalu menapak masuk ke dalam. Sangkanya Thelma menanti kehadirannya di dalam kamar itu tapi ianya kosong. Sunyi.Walter meliarkan pandangannya di segenap kamarnya itu. Dia berjalan mencari s
HATINYA lega sekali dan dengan wajah senang, dia pergi menuju ke kamar peraduan Walter. Yvonne menyuruhnya mengemas apa yang patut dalam kamar itu. Dia menolak pintu kamar itu lalu memboloskan dirinya di dalam kamar mewah yang luas itu. Segala bayang-bayang memori dia bersama Walter muncul di mana-mana. Sebegitu itu dia merindukan lelaki itu yang jauh darinya. Dia leka melayan rasa rindunya. Tidak menyedari ada seseorang di dalam kamar itu sedang memperhatikannya. Thelma terkejut bila ada tangan merangkul tubuhnya dari belakang. Dia laju merungkaikan rangkulan itu dan bila matanya melihat Jeremy ada di dalam kamar itu, dia jadi tidak tenang. Sangkanya lelaki itu sudah pulang. Jeremy kian erat merangkul tubuh Thelma sehingga tubuh mereka merapat betul. Thelma resah. Entah apa yang Jeremy mahukan darinya."Kalau awak setuju dengan niat saya tadi, saya tidak akan perlakukan awak seperti ini, Thelma..." Sengaja Jeremy mengujar bicaranya itu dekat dengan teli
TERUS menerus dia mengelamun. Fikirannya melayang memikirkan lelaki pujaan hatinya yang jauh di mata. Dia tidak sedar di sebelahnya ada Selma yang menantikannya untuk bersuara. Selma pun dah penat menunggu. Dia tahu Thelma rindu berat. Dia pun sama juga rindu dengan Max tapi tidak adalah sampai hilang fokus.Bahu Thelma ditepuk. Thelma langsung tersedar lalu menoleh ke sisinya. Lupa dia dirinya ditemani oleh Selma. Dia tayang sengih."Sorry...lupa dunia kejap," Thelma sengih lagi. Malu.Selma menjeling. Meluat."Saya rindu dengan Max tak adalah sampai hilang fokus!" Komplain Selma tidak puas hati."Dahnya kemaruk cinta. Awak dengan saya lain. Kita berbeza situasi," balas Thelma tidak mahu mengalah dengan kawannya itu."Kemaruk kemaruk juga. Tapi janganlah sampai lupakan kewujudan saya di sini sebelah awak. Saya cerita itu ini tadi mesti awak tak dengarkan..."Thelma tayang sengih lagi. Tapi bibirnya cepat mengucap perkat
ADA perubahan yang dia lihat pada Walter sejak dua menjak ini. William mulanya tidak peduli namun entah kenapa dia rasa ada sesuatu yang Walter sembunyikan darinya. Bila di meja makan, Walter hanya bersikap biasa. Tapi dia pelik bila Walter tidak menyuruh Wanda masuk ke dalam kamarnya tiap malam. Padahal Wanda selalu luangkan masa bersama abang kesayangannya itu.William merenung wajah gembira Walter itu penuh tanda tanya. Sepertinya ada sesuatu yang Walter rahsiakan dari pengetahuan mereka semua. Tambah lagi bila melihat wajahnya yang tampak berseri itu. Adakah...Walter sedang...jatuh cinta?!Tapi dia tidak pernah melihat Walter bersama sosok perempuan di mana-mana. Hatta pergi acara majlis pun dia tidak pernah Walter didekati mana-mana perempuan. Perempuan mengedik adalah dek kerana ketampanannya itu. "I'll excuse myself. I need to rest early cause tomorrow I need to wake up early,"Bicara Walter itu menyedarkan William dari renungan lamanya. K
BERDIRI dia di situ bersama beberapa maid yang lain untuk menemani putera itu sedang mandi di kolam renang yang luas itu. Peliknya dia mandi pada waktu malam dan Yvonne menerangkan bahawa ketika putera itu sedang dilanda masalah dan bermacam fikiran, dia akan luangkan masanya di kolam renang itu. Thelma sedikit demi sedikit mula mengetahui tentang sikap Walter. Segala tuala dan baju keringnya sudah disediakan. Mereka menunggu bila putera itu selesai. Tapi rasanya Walter kelihatan masih mengambil masa yang lama. Yang lain sudah menguap mahu pergi. Mungkin penat seharian membersih kediaman putera tersebut. Satu habuk tidak dibenarkan ada. Thelma tersenyum dalam hati. Dirinya sahaja yang sedang fokus memandang Walter berenang dengan tubuhnya separuh bogel itu. Maid yang lain dalam mode penat dan mahu pulang. Dia harap Walter menyedari hal itu. Mereka berdiri di situ umpama patung. Dari tadi tercegat di situ tidak bergerak sama sekali, hanya mata sahaja yang berkedip
DIA dimaklumkan tentang kehadiran Putera Walter di kediamannya. Jeremy langsung bangun dari duduknya, keluar dari ruangan home office nya lalu menuju ke ruang tamu. Rumah mewah itu seringkali didatangi tetamu tapi tidak pernah lagi Walter ke rumahnya. Melihat tubuh Walter dari kejauhan, bibirnya mengulas senyum."Hey, friend!" Teruja Jeremy menegur.Walter membalas bersahaja. Setelah kejadian kemarin di mana Thelma berterus-terang dengannya tentang Jeremy, dia mula sakit hati dengan kawannya itu. Dia memperkenalkan Thelma kepada mereka sebab dia percaya kepada kawannya. Tapi Jeremy sudah melanggar batasan seorang kawan. Belum sempat Jeremy mahu duduk, Walter sudah bangun lalu melemparkan buku lamanya pada wajah Jeremy. Sekali tumbukannya sahaja, Jeremy sudah hilang imbangan sehingga tubuhnya rebah di atas sofa. Dia lekas menoleh ke arah Walter sebelum senyuman sinis dia hulurkan. Dia tahu kedatangan Walter hari itu sebab Thelma."Kau kawan jenis
TIDAK percaya saat itu tempat jemuran pakaian penuh dengan maid dari lain tempat. Mereka berebut mahu mengambil pakaian yang mereka jemur tadi. Sebelum hujan menitiskan airnya, tangan mereka laju mencapai pakaian yang banyak yang mereka cuci tadi masuk ke dalam bakul. Thelma tidak kurang lajunya bila awan di atas kepala mula gelap. Sekejap lagi mahu hujan. Maid yang lain selesai sahaja kerja mereka, mereka terus bergegas ke tempat mereka. Tinggal Thelma terkial-kial dek dia datang terlalu lambat. Dia tidak tahu kalau tempat kediaman Wanda jauh dari tempat jemuran pakaian itu. Dia berlari penat ke tempat itu dan sekarang dia harus mencapai banyak pakaian untuk dimasukkan dalam bakul. Tidak semena dia merasakan ada titisan air membasahi tubuhnya. Thelma melihat ke atas dan beberapa titisan hujan turun dari kepulan awan hitam itu. Thelma laju mencapai beberapa pakaian yang tinggal dan tidak semena dia terlihat kemunculan susuk tubuh seseorang sedang membantunya. Bil