SEHARIAN suntuk itu dia hanya menjadi pemerhati bagaimana cara kerja William. Wilma di sebelahnya teliti mendengar. Dia mengerti bidang itu menjadi kegemaran kakaknya itu. Sebelum berangkat kerja, William sudah menegas untuk Wilma tidak mengikuti mereka. William nak sangat beri ilmunya pada Walter tentang dunia perniagaan. Tapi sayangnya Walter tidak berminat sama sekali. Hatinya lebih memilih untuk menjadi seorang tentera yang menjaga keselamatan negara. Ayahnya pun tidak membantah mimpinya itu.
Selesai mesyuarat, barulah Walter boleh merenggangkan tubuhnya. Wilma kelihatan gembira sekali bila dirinya boleh menghadiri mesyuarat entah apa yang Walter sendiri pun tidak mengerti. Lagipun Wilma banyak kali menyampuk untuk memberi cadangan dan pendapat. Semuanya pendapatnya tadi diterima banyak orang. Wilma memang otaknya bergeliga sekali. "Nak lunch dekat mana?" William menyoal bila perutnya sudah terasa lapar. "Abang ada recommend mana-manKAKINYA laju melangkah keluar dari teksi itu yang betul-betul parkir di depan kedai buku Monroe itu. Beg pakaiannya yang sederhana besar itu disandang di bahunya. Selesai membayar tambang, dia pergi meluru masuk ke dalam kedai buku itu. Wajah ayahnya dicari sebelum tubuhnya menerima pelukan dari seseorang. Siapa lagi kalau bukan adik lelakinya yang begitu manja dengannya. "Kakak!" Thelma tersenyum gembira bila akhirnya dia bertemu dengan keluarganya kembali. Dipeluk tubuh Theodore penuh erat, agar rindunya berkurangan. Dia pun mengerti perasaan rindu adiknya itu disebabkan hanya dia seorang sahaja yang menjadi tempat curhat adiknya itu. "Ayah mana?" "Tengah susun buku," Sebaik pelukan adik beradik itu terlerai, Thelma melangkah mencari keberadaan ayahnya yang dia rindukan. Bila matanya menangkap susuk tubuh ayahnya, laju sahaja dia berlari meluru mendakap tubuh ayahnya itu. Alfred menangis terharu sambil
PAGI itu hening sekali. Dengan matanya yang berat, dia cuba melawan rasa ngantuknya. Terpisat-pisat dia bangun lalu merenggangkan seluruh tubuhnya dek terasa lenguh. Lena sungguh tidurnya semalam siap bertemankan mimpi putera kesayangannya. Bila mengingatkan hal itu, bibirnya automatik mengukir senyum kecil. Ketukan di pintu membuat kepalanya menoleh. Terjenggul kepala sang ibu yang ingin membangunkannya. Marlene lega sekali bila anak perempuannya itu sudah bangun. Selepas itu ibunya beredar mahu menyediakan sarapan untuk mereka sekeluarga. Thelma bangun dari katilnya dan mengemaskan cadar tilamnya. Selimut nya dilipat kemas. Dia leka menepuk bantalnya lalu disusun penuh rapi. Biliknya akan kembali kosong bila dia pulang ke istana lagi. Baru dia mahu memusing tubuhnya untuk pergi, tiba-tiba ada satu tangan melingkar merangkul pinggangnya. Thelma menjerit terkejut lalu meronta untuk membebaskan dirinya. Namun sekejap sahaja bila matanya
DIRINYA tersedar bila ada seseorang bermain dengan tangannya. Dengan rasa ngantuknya yang masih ada, dia kuatkan diri untuk celikkan kedua matanya. Terbuka sahaja pandangannya dipenuhi dengan keindahan wajah Walter. Thelma langsung bangun bila menyedari lelaki itu sudah bangun. Dia duduk lalu memandang Walter."Kenapa tak bangunkan saya?" "Saya tak nak ganggu lena awak," Walter menarik tubuh Thelma agar merapat dengannya. Kepala perempuan itu dilentokkan di bahunya. Tangan mereka bersulam menyatu. Pandangan mereka ke depan. Balkoni yang terbuka itu menampakkan suasana pemandangan tasek yang indah belaka. "Kenapa awak tak tegur saya ketika awak datang ke kedai buku ayah saya?" Tiba-tiba Thelma menyoal bila teringatkan buku yang sudah penuh di rak dalam ruangan itu.Walter melihat rak buku dalam kamarnya itu. Bila melihat itu, bibirnya seraya menguntum senyum. Entah berapa kali dia datang ke kedai buku itu semata hanya mahu melihat anak
SELAMA dua minggu itu, rutinnya kembali ke asal. Dia kembali fokus membuat kerjanya. Dia rasa sepi sekali bila lelaki itu tidak berada di situ. Dia rindu berada dalam dakapan lelaki itu. Dia rindu bibirnya dihadiahkan dengan ciuman kasih. Dia rindu segalanya tentang lelaki itu. Kadang dia sampai terbayang-bayang lelaki itu ada di situ menemaninya bila dia sendirian. Dia jadi angau. Setiap saat fikirannya memikirkan lelaki itu. Namun semangat kerja masih sama. Tidurnya sering bermimpikan lelaki itu. Thelma merungut kecil. Ranting kecil yang diambilnya tadi dilempar ke air tasek penuh sebal. Hatinya sebal sebab dia merindukan figura lelaki itu siang dan malam. Ranting kayu diambil lagi lalu dilempar kuat. Bunyi kocakan air kedengaran. Dia malas bersama di situ. Lebih lama dia akan jadi gila sebab tergila-gilakan putera itu. Dia tidak mahu saban hari memikirkan lelaki itu sahaja. Dirinya pun kena urus juga. Thelma bangun lalu berpusing untuk berganjak dari
THELMA terjaga dari bangunnya bila dia mendengarkan suara tangisan yang sayup-sayup kedengaran di ruangan kamar itu. Dia mencelikkan matanya lalu mencari arah bunyi tangisan itu. Dua katil seniornya jelas tiada pergerakan. Dia mencuri pandang ke arah katil Selma. Meskipun gelap namun matanya dapat menangkap bahu yang terhinjut menahan tangisan itu. Thelma perlahan bangun lalu mendekati katil Selma. Selma jelas terkejut bila melihat Thelma di situ. Air matanya laju dikesat. Thelma duduk lalu memandang wajah Selma tika itu."Kita pergi balkoni depan," ajak Thelma separa berbisik.Thelma terus menarik tangan Selma pergi dari ruangan kamar itu. Mereka berhati-hati menuju ke balkoni di tingkat itu. Mujur tidak ada yang berlegar di aras itu. Pintu balkoni ditutup rapat kembali dan mereka duduk di situ menikmati pemandangan malam. "Kenapa awak menangis?" Selma diam. Namun wajahnya kelihatan sedih sekali. Thelma jadi kasihan melihat keadaan te
DIA terjaga dari lenanya yang panjang. Dia mengamati sekelilingnya dan dirinya terkejut bila dia masih berada di kamar Walter. Entah pukul berapa mereka pulang semalam dia pun tidak sedar. Melihat panty nya jatuh di lantai, lekas sahaja dia melihat dirinya di balik selimut tebal itu. Dia bogel. Dress nya robek tidak serupa dress yang dia pakai semalam. Pakaian Walter juga berterabur di lantai. Katilnya juga hancur dan tidak kemas. Apa yang terjadi semalam? Dia masih belum mengingati kejadian semalam sepenuhnya. Thelma memandang Walter yang nyenyak itu. Dia mahu menyelak selimut itu namun dia perasan pergelangan tangannya yang memerah itu. Tidak semena matanya menangkap satu tali pinggang di katil itu di hujung kaki Walter. Tidak semena adegan semalam muncul satu persatu di benaknya. Thelma menekup mulutnya. Semalam mereka pulang dalam keadaan mabuk. Walter tidak memandu tapi ada seseorang menghantar mereka pulang. Dia cuba mengingati bayangan lelaki itu meskipun
LARIAN semakin laju bila matanya menangkap figura tubuh yang dia ingin bersua sekali setelah seminggu kejadian itu. Selma mencari lelaki itu namun kelibatnya susah untuk kelihatan. Dia menanti di taman yang mereka pernah bertemu sebelum ini namun Max tidak kunjung tiba. Hampir sahaja dia mengalah namun dia harus meminta maaf dari lelaki itu. Biarlah permasalahan mereka selesai begitu sahaja. Dia berlari laju memotong lelaki itu. Dia berpusing lalu menghalang perjalanan lelaki itu. Selma masih dengan nafasnya tercungap-cungap namun matanya memandang lelaki itu."Saya minta maaf tentang kejadian hari itu. Saya tahu saya salah sebab tipu awak, ambil kesempatan ke atas awak. Tolong maafkan kesilapan saya sebab saya buat semua tu untuk dekat dengan awak. Saya nak awak jadi milik saya," kata Selma dengan wajahnya sekali tampak kesal dengan perbuatannya. "Please...forgive me," Selma merayu."You don't have to do that..." Ujar Max setelah lama mendengar
TIADA muzik. Hanya gerakan tubuh Thelma yang menarik perhatian mata lelakinya kala itu. Hembusan angin dari pintu balkoni yang sengaja dibuka itu, segala lentok tubuh perempuan itu sangat seksi dan menghairahkan. Baju gaun Thelma sangat nipis dan jelas kulit tubuhnya yang menawan. Dirinya tidak menggenakan sebarang bra, jadi buah dadanya bulat itu memang terlihat mengancam. Rambut panjangnya lepas ke bahunya dan beralun cantik setiap kali membuat gerakan dan goyangan yang menggoda hati Walter.Walter kemam bibir. Inilah pertunjukkan tarian Thelma yang menyeronokkan. Hati lelakinya menjerit ingin membelai tubuh menawan itu. Dia sangat suka bila dirinya digoda oleh perempuan itu. Thelma mara dengan langkah catwalk nya yang penuh menggoda. Baju gaunnya sangat seksi sekali. Walter tidak lepas mengamati tubuhnya dari awal. Punggungnya dihentakkan di paha lelaki itu namun dalam posisi membelakangi lelaki itu. Dia gerakkan pinggulnya penuh menggoda dan menggesel pada ben
THELMA menoleh bila Walter memanggil namanya. Mereka siap untuk pergi cuti bulan madu mereka di luar negeri. Semuanya sudah diatur oleh Permaisuri Bertha dan Raja Albert untuk mereka berdua. "Is this yours?" Walter menunjukkan rantai yang berada di tangannya. Sekian lama dia menyimpan rantai itu namun belum ada masa untuk disuakan kepada Thelma."Dari mana awak dapat?" Thelma terus mencapai rantai itu penuh teruja. Disangkakan hilang entah di mana ternyata ada bersama Walter."Dalam kamar saya. Di bawah katil dekat meja lampu," Thelma kian mengetahui bila hilangnya rantai itu. Namun dia cepat lupakan kisah hitam itu lalu bibirnya tersenyum lebar. Dia akan kembalikan rantai itu pada pemiliknya. Rantai itu tidak sesuai untuk dirinya kerana kini dia milik suaminya itu."Terima kasih sebab simpan rantai ini. Saya fikir saya tercicir rantai ini di luar istana. Terima kasih, Walter," Thelma langsung menghadiahkan suaminya dengan ciu
PERKAHWINAN antara Walter dan Thelma akhirnya berlangsung hari itu. Setelah menunggu begitu lama akhirnya mereka disatukan hari bahagia itu dengan disaksikan oleh keluarga mereka dan rakyat jelata. Seluruh negara menjadi saksi penyatuan dua hati itu. Seperti yang diduga, banyak perempuan yang patah hati dengan perkahwinan itu. Putera yang menjadi idaman kalbu kini dimiliki oleh orang lain. Thelma lah orang yang bertuah kerana dipilih menjadi pendamping hidup putera itu. Dan selama upacara majlis perkahwinan mereka itu diadakan, bibirnya tidak lekang dengan senyuman bahagia. Ada juga momen terharu bila Alfred harus melepas hak penjagaannya pada Walter.Indah tidak terkata bila perkahwinan itu direstui oleh dua belah pihak. Thelma menikmati momen indah itu dengan Walter berada di sampingnya. Tidak lupa juga, Thelma diperkenalkan dengan menteri-menteri negara itu. Bahkan beberapa orang terkenal yang banyak dia tidak ketahui. Dia juga turut diperkenalkan dengan kawan sekerja su
TIGA hari lagi mereka bakal akan disatukan. Bila dikabarkan tentang perkahwinan itu, banyak yang patah hati terutamanya sang perempuan. Putera Walter akhirnya menemukan jodohnya. Di usianya yang mahu menginjak 30, dia akhirnya memilih untuk menamatkan zaman bujangnya. Tidak menyangka tahun ini menjadi saksi perkahwinan mereka. Susun atur acara sudah diuruskan oleh beberapa pihak yang bertanggungjawab akan hal itu. Segala pakaian untuk pengantin sudah siap dijahit dan direka oleh fashion designer yang sangat popular saat itu. Thelma tersenyum sambil memandang pemandangan di depan matanya itu. Macam tidak percaya sekarang dia berada di dalam istana itu lagi. Kali ini di dalam kamar tetamu. Mereka sekeluarga tidur di istana itu sehingga selesai majlis perkahwinan nanti. Thelma bakal menetap di situ selamanya.Thelma mencuba untuk membiasakan dirinya di dalam istana itu. Dia berkenalan dengan seisi istana itu dan kedatangannya dialukan sekali. Meskipun dia rasa tidak
BUKAN main gembira lagi Thelma bila bertemu dengan Selma dan Yvonne di istana itu. Mereka berpelukan sama untuk melepas rasa rindu. Thelma memeluk tubuh Yvonne penuh erat sekali. Dia dapat rasa tepukan lembut di belakangnya. Dia sangat berterima kasih pada Yvonne. "Saya fikir keluarga mereka akan menolak awak dengan Walter tapi semuanya diluar dugaan," Selma bersuara, masih belum percaya.Thelma meleraikan pelukan lalu menghadap dua orang perempuan di hadapannya itu. Bibirnya tersenyum terus. "Mereka sebahagian keluarga ibu saya. Awalnya saya tidak tahu menahu. Lagipun saya kerja di sini tak pernah lagi terjumpa dengan permaisuri. Itulah tidak kenal langsung. Tapi bila terjumpa dengan Walter kembali, baru saya tahu. Saya pun masih belum dapat percaya tapi itulah...semuanya dah jadi begini. Terima je lah," kata Thelma dengan lapang dada."Saya bangga sekali lihat awak gembira seperti ini. Inilah Thelma yang saya kenal. Terima kasih sebab kuatkan
SELESAI mengenakan gaun paras pehanya itu, dia merapikan gaya rambutnya pula. Bibirnya dioles dengan gincu. Tarik nafas hembus nafas. Hatinya lega bila akhirnya dia selesai berdandan. Gaun di tubuhnya ditenung penuh kagum. Indah sekali rekaannya meskipun tidak terlalu mendedahkan. Ketukan di pintu menyedarkannya dari kekaguman itu. Dia menoleh dan terjengul kepala ibunya di muka pintu biliknya itu. Bibirnya seraya tersenyum."Dah siap?" Soal Marlene. "Dah," Marlene melangkah masuk. Tubuh anaknya dihampiri. Bibirnya tersenyum, dalam hati memuji kecantikan anaknya itu. "Kamu cantik sekali," "Ibu juga cantik," Mereka sama-sama tersenyum lebar. Mereka berdua sama-sama keluar dari bilik itu lalu menuju ke ruang depan di mana Alfred dan Theodore sedang menanti mereka. "Semua dah siap? Kereta dari istana sudah ada di luar," Alfred menanya memandangkan perjalanan mereka agak jauh kali ini. Dia tidak mahu mereka t
KEPULANGANNYA disambut oleh orang tuanya di muka pintu rumah. Thelma tersenyum memandangkan hari itu pertama kali dia mengajak Walter ke rumahnya untuk bertemu dengan orang tuanya. Thelma nak orang tuanya terima Walter apa adanya sebelum mereka disatukan nanti. "Silakan masuk," pelawa Marlene dengan senang hati. Walter senyum lalu melangkah masuk ke dalam rumah Thelma dan sekeluarga. Dulu rumah itu kecil sahaja tapi sekarang sudah diubahsuai menjadi agak besar sedikit. Walter henyak punggungnya di sebelah Thelma, berhadapan dengan Alfred dan Marlene. Matanya melilau mencari keberadaan Theodore di dalam ruang rumah itu."Theodore tak ada di rumah. Dia keluar sebentar tadi dengan kawan dia," beritahu Alfred bila perasan tingkah laku bakal menantunya itu.Walter angguk senyum. Marlene dan Thelma beredar ke ruang dapur. Tinggal Alfred di situ bersamanya. "Dah lama kenal dengan Thelma? Pak cik perasan hari itu awak berdua berbual tidak keko
PERTEMUAN kedua mereka akhirnya dilaksanakan hari itu. Thelma sangat cantik sekali. Dia seperti perempuan anggun dengan gaun longgarnya itu. Paras lututnya. Rambutnya dibiarkan lepas bebas tidak terikat. Saat itu dia duduk berhadapan dengan lelaki yang menutup separuh mukanya. Mereka sedang menikmati makan tengahari mereka di sebuah restoran mewah dan semuanya telah dibayar oleh lelaki itu.Thelma ukir senyuman bila mata mereka bertembung. Sepanjang mereka makan itu, tiada patah bicara keluar dari mulut mereka. Mereka menikmati hidangan makanan di atas meja itu. Usai makan tengahari itu, Tobias membawanya ke hotel yang mereka pernah sewa dulu cuma berlainan bilik sahaja. "Kenapa banyak tempat...awak bawa saya dekat sini?" Soal Thelma dengan senyuman di bibirnya."Privacy," Thelma angguk mengerti. Bibirnya masih tersenyum."Awak ada simpan rahsia yang saya tidak tahu ke?" Tiba-tiba Thelma menukar topik perbualan mereka. Tobias
HARI sudah menginjak ke petang. Namun suhu panasnya tidak berkurangan. Thelma mengibas tangannya ke muka untuk menyejukkan dirinya. Namun dia menanti juga di situ bersama kedua orang tuanya. Kalau bukan disebabkan Theodore, memang dari awal tadi dia sudah angkat kaki. Di depan kem itu, bukan mereka sahaja yang menunggu. Ada lagi keluarga lain yang tujuannya seperti mereka. Hari itu merupakan tamatnya kursus rekrut baru dan selepas ini mereka menjadi seorang tentera yang sejati. Thelma bangga dengan adiknya itu kerana cita-citanya sudah tercapai. Beberapa jam menanti, akhirnya keluar juga pasukan rekrut baru dalam barisan. Selesai barisan itu, mereka berpecah mencari keluarga masing-masing. Ada yang melepaskan tawa bahagia bersama, ada yang menangis terharu, ada juga gembira tidak terucap dengan kata-kata. Momen itu sangat indah bila dinikmati bersama keluarga tersayang. Theodore memunculkan dirinya. Berlari laju meluru ke arah Alfred da
BEBERAPA hari lalu dia menolak permintaan bondanya. Dia tidak suka dengan kahwin jodoh kerana hatinya sudah dimiliki oleh seorang perempuan yang sangat dia cintai. Dia sudah menunggu terlalu lama. Tapi Bertha tidak mengerti perasaannya itu. Bondanya terus menerus mendesaknya untuk bertemu dengan jodoh pilihannya itu. Bahkan mereka sudah dijodohkan dari kecil lagi tapi dia langsung tidak ingat gerangan perempuan merangkap teman kecilnya itu. Namun dia menurut juga. Di dalam bilik itu dia hanya berdua bersama perempuan itu. Bibirnya tersenyum namun hatinya gembira tidak terkira. Dia kenalkan dirinya sebagai Tobias padahal dirinya adalah lelaki yang Thelma kenal sangat. Dia takut Thelma pergi andai dia tahu perkara sebenar.Dia menutup separuh wajahnya kerana dia kenal sangat dengan Thelma. Thelma masih sama seperti dulu. Tidak menyangka mereka dipertemukan hari itu dalam hujan lebat. Mereka kebasahan dan larut dalam nafsu mereka. Tiada petanda hujan itu ma