KAKINYA laju melangkah keluar dari teksi itu yang betul-betul parkir di depan kedai buku Monroe itu. Beg pakaiannya yang sederhana besar itu disandang di bahunya. Selesai membayar tambang, dia pergi meluru masuk ke dalam kedai buku itu. Wajah ayahnya dicari sebelum tubuhnya menerima pelukan dari seseorang. Siapa lagi kalau bukan adik lelakinya yang begitu manja dengannya.
"Kakak!" Thelma tersenyum gembira bila akhirnya dia bertemu dengan keluarganya kembali. Dipeluk tubuh Theodore penuh erat, agar rindunya berkurangan. Dia pun mengerti perasaan rindu adiknya itu disebabkan hanya dia seorang sahaja yang menjadi tempat curhat adiknya itu. "Ayah mana?" "Tengah susun buku," Sebaik pelukan adik beradik itu terlerai, Thelma melangkah mencari keberadaan ayahnya yang dia rindukan. Bila matanya menangkap susuk tubuh ayahnya, laju sahaja dia berlari meluru mendakap tubuh ayahnya itu. Alfred menangis terharu sambilPAGI itu hening sekali. Dengan matanya yang berat, dia cuba melawan rasa ngantuknya. Terpisat-pisat dia bangun lalu merenggangkan seluruh tubuhnya dek terasa lenguh. Lena sungguh tidurnya semalam siap bertemankan mimpi putera kesayangannya. Bila mengingatkan hal itu, bibirnya automatik mengukir senyum kecil. Ketukan di pintu membuat kepalanya menoleh. Terjenggul kepala sang ibu yang ingin membangunkannya. Marlene lega sekali bila anak perempuannya itu sudah bangun. Selepas itu ibunya beredar mahu menyediakan sarapan untuk mereka sekeluarga. Thelma bangun dari katilnya dan mengemaskan cadar tilamnya. Selimut nya dilipat kemas. Dia leka menepuk bantalnya lalu disusun penuh rapi. Biliknya akan kembali kosong bila dia pulang ke istana lagi. Baru dia mahu memusing tubuhnya untuk pergi, tiba-tiba ada satu tangan melingkar merangkul pinggangnya. Thelma menjerit terkejut lalu meronta untuk membebaskan dirinya. Namun sekejap sahaja bila matanya
DIRINYA tersedar bila ada seseorang bermain dengan tangannya. Dengan rasa ngantuknya yang masih ada, dia kuatkan diri untuk celikkan kedua matanya. Terbuka sahaja pandangannya dipenuhi dengan keindahan wajah Walter. Thelma langsung bangun bila menyedari lelaki itu sudah bangun. Dia duduk lalu memandang Walter."Kenapa tak bangunkan saya?" "Saya tak nak ganggu lena awak," Walter menarik tubuh Thelma agar merapat dengannya. Kepala perempuan itu dilentokkan di bahunya. Tangan mereka bersulam menyatu. Pandangan mereka ke depan. Balkoni yang terbuka itu menampakkan suasana pemandangan tasek yang indah belaka. "Kenapa awak tak tegur saya ketika awak datang ke kedai buku ayah saya?" Tiba-tiba Thelma menyoal bila teringatkan buku yang sudah penuh di rak dalam ruangan itu.Walter melihat rak buku dalam kamarnya itu. Bila melihat itu, bibirnya seraya menguntum senyum. Entah berapa kali dia datang ke kedai buku itu semata hanya mahu melihat anak
SELAMA dua minggu itu, rutinnya kembali ke asal. Dia kembali fokus membuat kerjanya. Dia rasa sepi sekali bila lelaki itu tidak berada di situ. Dia rindu berada dalam dakapan lelaki itu. Dia rindu bibirnya dihadiahkan dengan ciuman kasih. Dia rindu segalanya tentang lelaki itu. Kadang dia sampai terbayang-bayang lelaki itu ada di situ menemaninya bila dia sendirian. Dia jadi angau. Setiap saat fikirannya memikirkan lelaki itu. Namun semangat kerja masih sama. Tidurnya sering bermimpikan lelaki itu. Thelma merungut kecil. Ranting kecil yang diambilnya tadi dilempar ke air tasek penuh sebal. Hatinya sebal sebab dia merindukan figura lelaki itu siang dan malam. Ranting kayu diambil lagi lalu dilempar kuat. Bunyi kocakan air kedengaran. Dia malas bersama di situ. Lebih lama dia akan jadi gila sebab tergila-gilakan putera itu. Dia tidak mahu saban hari memikirkan lelaki itu sahaja. Dirinya pun kena urus juga. Thelma bangun lalu berpusing untuk berganjak dari
THELMA terjaga dari bangunnya bila dia mendengarkan suara tangisan yang sayup-sayup kedengaran di ruangan kamar itu. Dia mencelikkan matanya lalu mencari arah bunyi tangisan itu. Dua katil seniornya jelas tiada pergerakan. Dia mencuri pandang ke arah katil Selma. Meskipun gelap namun matanya dapat menangkap bahu yang terhinjut menahan tangisan itu. Thelma perlahan bangun lalu mendekati katil Selma. Selma jelas terkejut bila melihat Thelma di situ. Air matanya laju dikesat. Thelma duduk lalu memandang wajah Selma tika itu."Kita pergi balkoni depan," ajak Thelma separa berbisik.Thelma terus menarik tangan Selma pergi dari ruangan kamar itu. Mereka berhati-hati menuju ke balkoni di tingkat itu. Mujur tidak ada yang berlegar di aras itu. Pintu balkoni ditutup rapat kembali dan mereka duduk di situ menikmati pemandangan malam. "Kenapa awak menangis?" Selma diam. Namun wajahnya kelihatan sedih sekali. Thelma jadi kasihan melihat keadaan te
DIA terjaga dari lenanya yang panjang. Dia mengamati sekelilingnya dan dirinya terkejut bila dia masih berada di kamar Walter. Entah pukul berapa mereka pulang semalam dia pun tidak sedar. Melihat panty nya jatuh di lantai, lekas sahaja dia melihat dirinya di balik selimut tebal itu. Dia bogel. Dress nya robek tidak serupa dress yang dia pakai semalam. Pakaian Walter juga berterabur di lantai. Katilnya juga hancur dan tidak kemas. Apa yang terjadi semalam? Dia masih belum mengingati kejadian semalam sepenuhnya. Thelma memandang Walter yang nyenyak itu. Dia mahu menyelak selimut itu namun dia perasan pergelangan tangannya yang memerah itu. Tidak semena matanya menangkap satu tali pinggang di katil itu di hujung kaki Walter. Tidak semena adegan semalam muncul satu persatu di benaknya. Thelma menekup mulutnya. Semalam mereka pulang dalam keadaan mabuk. Walter tidak memandu tapi ada seseorang menghantar mereka pulang. Dia cuba mengingati bayangan lelaki itu meskipun
LARIAN semakin laju bila matanya menangkap figura tubuh yang dia ingin bersua sekali setelah seminggu kejadian itu. Selma mencari lelaki itu namun kelibatnya susah untuk kelihatan. Dia menanti di taman yang mereka pernah bertemu sebelum ini namun Max tidak kunjung tiba. Hampir sahaja dia mengalah namun dia harus meminta maaf dari lelaki itu. Biarlah permasalahan mereka selesai begitu sahaja. Dia berlari laju memotong lelaki itu. Dia berpusing lalu menghalang perjalanan lelaki itu. Selma masih dengan nafasnya tercungap-cungap namun matanya memandang lelaki itu."Saya minta maaf tentang kejadian hari itu. Saya tahu saya salah sebab tipu awak, ambil kesempatan ke atas awak. Tolong maafkan kesilapan saya sebab saya buat semua tu untuk dekat dengan awak. Saya nak awak jadi milik saya," kata Selma dengan wajahnya sekali tampak kesal dengan perbuatannya. "Please...forgive me," Selma merayu."You don't have to do that..." Ujar Max setelah lama mendengar
TIADA muzik. Hanya gerakan tubuh Thelma yang menarik perhatian mata lelakinya kala itu. Hembusan angin dari pintu balkoni yang sengaja dibuka itu, segala lentok tubuh perempuan itu sangat seksi dan menghairahkan. Baju gaun Thelma sangat nipis dan jelas kulit tubuhnya yang menawan. Dirinya tidak menggenakan sebarang bra, jadi buah dadanya bulat itu memang terlihat mengancam. Rambut panjangnya lepas ke bahunya dan beralun cantik setiap kali membuat gerakan dan goyangan yang menggoda hati Walter.Walter kemam bibir. Inilah pertunjukkan tarian Thelma yang menyeronokkan. Hati lelakinya menjerit ingin membelai tubuh menawan itu. Dia sangat suka bila dirinya digoda oleh perempuan itu. Thelma mara dengan langkah catwalk nya yang penuh menggoda. Baju gaunnya sangat seksi sekali. Walter tidak lepas mengamati tubuhnya dari awal. Punggungnya dihentakkan di paha lelaki itu namun dalam posisi membelakangi lelaki itu. Dia gerakkan pinggulnya penuh menggoda dan menggesel pada ben
RENUNGAN Selma tidak dia hiraukan. Mujur hanya mereka berdua sahaja di dalam kamar itu. Bila pintu ditutup rapat, Selma terus menghujani dengan pertanyaan demi pertanyaan. Belum jawab yang satu dia sudah ajukan pertanyaan yang lain pula. Thelma langsung memandang Selma yang tidak sabar itu. Rasanya mungkin ini masa yang tepat untuk dia berterus-terang dengan kawannya itu. "Lelaki yang awak ceritakan pada saya tu siapa orangnya?" Thelma menyoal dulu tentang seorang lelaki yang memuja dirinya dalam diam yang dijelaskan oleh Selma dua kali kepadanya.Selma diam lama berfikir. Dia ragu mahu beritahu atau tidak. Tapi dia rasa Thelma harus tahu orangnya."Dia dekat awak. Your superior," jawab Selma."Awak tahu namanya? Dan dari mana awak tahu dia ada hati dekat saya?" Thelma duduk di katilnya, menghadap Selma di depannya. Katil mereka bersebelahan sahaja. Kedua tangannya ditongkatkan di atas katilnya, sisi tubuhnya. "Princ
BEBERAPA hari lalu dia menolak permintaan bondanya. Dia tidak suka dengan kahwin jodoh kerana hatinya sudah dimiliki oleh seorang perempuan yang sangat dia cintai. Dia sudah menunggu terlalu lama. Tapi Bertha tidak mengerti perasaannya itu. Bondanya terus menerus mendesaknya untuk bertemu dengan jodoh pilihannya itu. Bahkan mereka sudah dijodohkan dari kecil lagi tapi dia langsung tidak ingat gerangan perempuan merangkap teman kecilnya itu. Namun dia menurut juga. Di dalam bilik itu dia hanya berdua bersama perempuan itu. Bibirnya tersenyum namun hatinya gembira tidak terkira. Dia kenalkan dirinya sebagai Tobias padahal dirinya adalah lelaki yang Thelma kenal sangat. Dia takut Thelma pergi andai dia tahu perkara sebenar.Dia menutup separuh wajahnya kerana dia kenal sangat dengan Thelma. Thelma masih sama seperti dulu. Tidak menyangka mereka dipertemukan hari itu dalam hujan lebat. Mereka kebasahan dan larut dalam nafsu mereka. Tiada petanda hujan itu ma
ENTAH berapa lama dia menunggu di situ. Namun orang yang ingin ditemuinya belum kunjung tiba. Thelma mula bosan. Kakinya sudah penat berdiri di bawah pokok itu. Sudahlah hari nak gelap seperti mahu hujan. Kalau dia nak balik sekarang dia khuatir orang itu muncul disaat dirinya pergi. Jadi dia setia menunggu di situ.Thelma meliarkan pandangannya mencari-cari susuk tubuh yang menemuinya hari itu. Semuanya atas permintaan ibunya setelah mendapat surat dari mak cik Bertha beberapa hari yang lalu. Bukan main senang lagi Marlene suruh dia berdandan cantik dan memakai gaun yang dibelinya itu. Sekarang dia kenakan di tubuhnya untuk melihat dia lebih menarik. Awan mendung kian gelap di atas sana. Thelma tidak menyedari semua itu hingga dia merasakan titisan hujan menyentuh kulit bahunya. Beberapa saat sahaja hujan yang menitik lembut tadi kini menjadi lebat. Thelma gusar namun cepat sahaja kakinya berlari anak menuju ke arah sebuah pondok. Habis basah kuyup dirinya dek me
SETAHUN berlalu...Selama tempoh itu, Thelma tinggal bersama keluarganya yang sangat dia rindukan. Kota McCaron masih sibuk seperti selalunya dan selama itu dia bekerja di kedai buku ayahnya. Kedai buku ayahnya sekarang sedikit besar dan ayahnya sudah membuka satu lagi di tempat lain. Di kota tempatnya. Namun saat ini ayahnya meminta orang lain namun kepercayaan ayahnya menjaga kedai itu. Theodore pula sudah menamatkan persekolahannya. Kini dia sibuk menjaga dirinya. Bersenam untuk menguatkan stamina tubuhnya. Bulan lepas, dia sudah menghantar permohonan untuk menyertai pasukan tentera. Setelah mendapat keputusan yang dia telah diterima, bukan main gembira lagi Theodore kerana cita-citanya tercapai juga. Thelma tumpang gembira untuk adiknya itu.Usai menulis di buku diarinya, dia langsung membawa dirinya di atas katilnya yang sudah bertukar saiz itu. Dulu saiz single sekarang dah jadi King size. Tilamnya pun empuk sekali. Rumah mereka sudah diubahsuai ata
DIRINYA banyak mengelamun sejak hari dirinya diberitahu bayi dalam perutnya keguguran. Dia menangis dan terus menerus menyalahkan dirinya kerana tidak berhati-hati. Dia kehilangan satu nyawa yang tidak bersalah. Dia begitu gembira menerima kehadirannya dan ternyata hadirnya cuma sekejap. Layanannya pun begitu dingin pada Jeremy. Dia tidak benarkan lelaki itu masuk ke dalam wadnya menemuinya. Arahan tegas dia berikan pada jururawat di situ. Dia tidak peduli dengan rayuan dan kata maaf lelaki itu. Kalau bukan kerana kejadian hari itu, bayi dalam perutnya pasti masih hidup sehingga kini. Tapi semuanya hancur kerana kecuaiannya. Dia terlebih mengikut emosinya sehingga dia tidak sedar dirinya kecelakaan. Pintu wad ditolak seseorang. Thelma menoleh tanpa berminat. Namun bila melihat gerangan orang itu laju sahaja tangisannya pecah untuk sekian kali. "Selma!" Selma meluru mendapatkan Thelma. Tubuh kawannya itu dipeluk erat dan dia cuba menenangkan Th
AIR shower itu dibiarkan membasahi seluruh tubuhnya. Rasa melekit tadi kini hilang diganti dengan sebuah kesegaran. Thelma lama berdiri dalam kebasahan itu agar dia boleh membuang segala memori yang memeritkan dirinya. Dia tidak tahu kenapa perasaannya kala itu berbelah bahagi. Namun dia cuba untuk lupakan semuanya. Dia harap dia boleh keluar dari bilik mewah ini dan bebas menghirup udara luar yang segar. Thelma terperanjat kecil bila ada tangan melingkar di pinggangnya. Dia tidak menoleh sebab dia tahu gerangan orang tersebut. Terasa bibir hangat itu melekap di kulit bahunya. Mereka sama-sama basah di bawah air shower itu. Thelma tidak menolak sentuhan lelaki itu. Entah mengapa hatinya membuat dirinya begitu keliru. Sejak beberapa hari dia tinggal di bilik itu, dia jadi bukan Thelma yang dulu.Mungkin sebab anak di dalam perutnya...atau semua itu nafsu semata."Kenapa tak bangunkan saya?" Jeremy membisik lembut. Sempat lagi bibirnya mencium leher Thelma.
"SAYA mengandungkan anak awak," Jeremy terpempan. Dia cuba mencari kepastian dalam wajah penuh keyakinan itu. Namun dia tidak temui kegusaran dalam wajah itu. Thelma berkata benar. "Doktor dah periksa segalanya. Saya hamil dan usia kandungan ini dah masuk tiga minggu lebih," Jeremy cuba menghadam bicara itu. Dia tidak percaya akhirnya dia menjadi seorang ayah. Perlahan bibirnya tersenyum gembira. Thelma sudah memberinya zuriat meskipun tanpa cinta. Dia teringat lagi waktu kejadian dia merogol Thelma, dia langsung tidak pakai perlindungan. Dia main ceroboh sahaja bila nafsu merajai segalanya. Yakinlah dia Thelma mengandungkan zuriat hasil dari hubungan intim tanpa rela itu."Then...will you marry me?" Soal Jeremy begitu teruja. Namun gelengan Thelma membuatnya kecewa. Hatinya mendongkol marah. Lamarannya ditolak awal dan Thelma tidak pernah memberinya peluang untuk buktikan cintanya."Saya tak akan kahwin dengan awak meskipun
DIA duduk di situ tekun mendengar setiap bait bicara Max kepadanya. Namun dirinya membelakangi Max. Pandangannya dilempar ke arah pemandangan di hadapannya. Tasek menghijau. "Keluarga dia miskin dan susah. Dia tidak habiskan sesi sekolahnya sebab orang tuanya tidak mampu nak tampung biaya pembelajarannya. Jadi dia berhenti dan sekarang kerja di kelab malam...""Dia mula kenal Yvonne sebab Yvonne pernah tolong dia sebelum ini tentang isu kewangan. Jadi Yvonne mengambil dia bekerja di bawah dia dan uruskan rumah lama orang tua Yvonne," "What's his name?" Walter bersuara."Edmund," Walter memusingkan kerusinya lalu menghadap Max berdiri saat itu. Dia akan berusaha untuk mencari jejak Thelma yang hilang. "Awak ada dengar desas-desus dalam istana?" Max geleng kepala. Walter terus mengukir senyuman sinis. Sungguh teliti Yvonne membuat kerjanya. "Panggil Wanda sekarang," Max akur menurut perintah. Dia p
SELURUH tubuhnya rasa tidak enak. Tadi pagi dia bangun dia terus muntah. Mungkin sebab perutnya kosong. Namun selepas dia menikmati sarapan paginya, tubuhnya terasa lemah sekali. Dia memilih untuk berehat hari itu. Namun peliknya dia rasa loya bila tercium bau yang tidak nyaman di hidungnya. Hidungnya jadi sensitif hari itu. Adakah dia mempunyai alergik? Tapi setahunya dia tidak ada sebarang alergik pada sesuatu.Thelma cuba bangun dari duduknya. Namun sekejap sahaja kepalanya sudah naik pusing. Dia mengeluh kecil lalu kembali duduk di kerusi kayu itu. Kenapa dia seperti ini? Semalam dia makan banyak sekali sebab dia rasa lapar sangat. Tidak pernah lagi dia lapar dia makan terlalu banyak. Tapi semalam itu dia terkejut sangat. Mungkin hormon tubuhnya...Thelma tersedar dari lamunannya bila ada bunyi motosikal masuk di perkarangan rumahnya. Dia mengukir senyum bila melihat kehadiran Edmund di situ. Di tangannya ada plastik yang penuh dengan isi barangan rumahnya. Edm
LEBIH dua minggu...dan baru sekarang dia boleh pulang ke istana. Jadualnya padat sekali bulan itu. Dia pun tiada masa untuk memaklumkan perkara itu pada Thelma melalui surat. Max pun sentiasa di sisinya. Mereka rehat pun untuk makan dan minum sahaja. Sejak pengambilan rekrut baharu, mereka jadi terlalu sibuk. Walter harus ada di mana-mana. Kedatangannya adalah dimestikan. Walter tersenyum bila matanya mula melihat perkarangan istana. Hatinya teruja untuk bertemu dengan kekasih hatinya. Dia sudah tidak sabar mahu memeluk tubuh kesayangannya itu untuk melepas rindunya yang menggunung. Dia memboloskan dirinya dari kereta. Laju sahaja kakinya diatur menuju ke arah kediamannya. Dia tidak peduli maid yang lain yang menyapanya di perjalanannya tadi. Kamar peraduannya ditolak lalu menapak masuk ke dalam. Sangkanya Thelma menanti kehadirannya di dalam kamar itu tapi ianya kosong. Sunyi.Walter meliarkan pandangannya di segenap kamarnya itu. Dia berjalan mencari s