MATANYA tergam pada satu gambar keluarga diraja yang terkini namun kelihatan begitu agak lama. Matanya mengecil sedikit untuk memandang gambar yang kian memudar dalam cetakan itu.
King Albert dan Queen Bertha. Mereka mempunyai empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan. Putera William, Puteri Wilma, Putera Walter dan Puteri Wanda. Tapi di dalam gambar itu ketika mereka masih kecil. Sekarang mungkin dah tumbuh dewasa. Thelma menyerah bila dia tidak temui gambar baru keluarga diraja itu. Dia belek buku itu namun akhirnya dia menamatkan bacaannya sampai di situ sahaja. Buku ditutup lalu dia menyimpan kembali ke arah rak asalnya tadi. Bila melihat rak tersebut, hatinya mula merindukan sang keluarga yang ditinggalkan di Kota McCaron. Ayah...mama...Theodore... Hatinya bisik rindu akan nama tersebut. Mungkin sekarang ayahnya sedang di kedai buku mereka. Theodore mungkin masih ada kelas tambahan di sekolahnya. Ibunya mungkin tengah memasak untuk makan tengahari mereka sekeluarga di rumah. Seolah begitu lama dia berpisah dari keluarganya. Hatinya rindu berat. Beginilah rasanya bila berada di tempat yang baru. Dia sendiri pun masih menyesuaikan dirinya dengan keadaan baru tersebut. Melihat Emily terjaga dari lenanya, lantas sahaja Thelma bangun dari duduk selesanya di tepi dinding kaca lutsinar itu. Tiba saatnya mereka kembali menyambung kerja mereka. Sandra terjaga bila Emily yang bangunkan. Agak liat sekali mahu bangun namun akhirnya mereka bertiga keluar dari ruangan rehat itu. "Hai girls!" Sapa Yvonne bila mereka bertiga berdiri di depannya. Sapaan dibalas dengan sapaan. Yvonne kelihatan begitu ceria sekali memberitahu akan tugas mereka seterusnya. Sandra dan Emily memang dah agak mereka akan bersihkan ruangan librari Putera Walter. Mereka beredar menuju ke kediaman Putera Walter lalu mengambil alat pembersih yang mereka gunakan. Sandra menjadi petunjuk arah di mana ruangan librari putera tersebut. Saat Sandra menolak pintu tertera library itu, Thelma dah nampak betapa luasnya ruangan tersebut. Kakinya menapak masuk dan melihat begitu luasnya, dalam hati rasa nak menangis. Boleh siap ke kerja sebelum jam makan malam? "Don't worry...kemarin dah ada orang bersihkan tempat ni. Mesti habuk dan kotornya tak banyak," Emily bersuara untuk menyenangkan hati Thelma. Thelma hanya senyum sahaja. Mereka bertiga mula berbagi-bagi tugas. Thelma memilih untuk menyusun buku-buku di dalam rak sambil mengelap. Meskipun agak susah sedikit dek kerana dirinya yang pendek tapi dia guna kerusi bila dia tidak sampai di atas. "Awak nampak tak buku-buku dia?" Soal Sandra sambil menoleh ke arah Thelma. Thelma terus melirik setiap tajuk buku di rak tersebut. Matanya terbuka luas dek terkejut. Emily dan Sandra tertawa bersama. "Semua dalam library ni buku bacaan dewasa. No business no politic. Prince Walter ni memang pelik tapi bila tahu dia baca buku macam ni perempuan pun naik gersang dengan dia. Awak tahu kan...perempuan suka kalau lelaki ni banyak pengetahuan tentang sexual," Thelma diam. "Thelma...awak dah ada boyfriend ke?" Emily menyoal. "Tak ada," Thelma menjawab jujur. "Betul ke? Serius ke ni? Awak cantik macam ni tak ada boyfriend?" Bertubi-tubi Sandra menanya tidak percaya tentang status Thelma. "Yes, I am... sebab saya nak fokus dengan family saya dulu. Family saya bukan orang senang. Saya dapat kerja ni pun sebab saya nak tolong ayah saya," Sandra dan Emily angguk mengerti. Rasa kagum di dalam hati bila Thelma mengutamakan keluarganya di tangga teratas. Jadi mereka akui Thelma kelihatan polos. Selesai sembang, mereka kembali serius dengan kerja masing-masing. Tidak sedar masa beredar dengan lajunya. Diluar kelihatan gelap. Awannya yang cerah tadi bertukar mendung. Thelma terhenti menyusun bila gegendang telinganya mendengar bunyi pintu ditolak orang. Dia menoleh ke belakang namun pandangannya ditutupi dengan rak buku di dalam ruangan itu. "Sandra...Emily..." Thelma melaung nama kawannya yang kerja dengannya hari itu. Namun tiada sahutan dari mereka. Thelma perlahan-lahan turun dari tangga kayu itu. Hatinya gusar bila dia merasakan dia sendirian di dalam ruangan yang besar itu. Bila kakinya mencecah lantai, terus sahaja dia bergerak mencari kelibat Emily dan Sandra. Derapan tapak kasut seseorang membuat dirinya terdiam. Namun jantung berdegup tidak menentu. Takut. Thelma terhenti di antara rak buku. Pandangannya dipicingkan ke arah laluan tengah. Mana Sandra dengan Emily? Tap! Tap! Tap! Derapan kasut itu kian mendekat. Thelma telan air liur. Kedua tangannya mengenggam kuat hujung bajunya. Dia takut sangat. Bila kornea matanya menangkap figura seseorang melintas, dia terus tekup mulut. Mujur keberadaannya tidak diketahui figura itu. High heels di kaki dilepaskan penuh berhati-hati agar tidak melakukan sebarang bunyi. Dengan kaki yang berstokin itu dia memulakan lariannya tanpa menoleh ke belakang. Namun lariannya tidak laju yang disangkakan. Menjerit kuat dia bila tangannya disambar dari belakang. Matanya tertutup dengan usaha tenaganya cuba untuk membebaskan dirinya. Namun lain pula yang berlaku. Tubuhnya melayang jatuh lalu menghempap tubuh seseorang. Thelma terus bangun lalu mahu melarikan diri tapi kali ini tubuhnya ditindih orang itu. Enggan dia membuka matanya sebab dia takut teramat sangat. Nak terkencing dia. "Hey...I'm not ghost," bisik suara itu. Kedengaran garau. Thelma terkelu. Laju sahaja dia mencelikkan kedua matanya. Terkebil-kebil matanya memandang wajah orang yang sedang menindih tubuhnya. Lelaki. Macam pernah tengok. "It's you..." Lelaki itu memandang Thelma dengan senyuman manis sekali. Thelma masih ligat berfikir. Di mana mereka pernah jumpa sebelum ini? Wajah lelaki itu sangat familiar sekali. "I'm Walter...still remember me?" WALTER tersenyum bila Thelma terus menunduk hormat kepadanya. Mesti Thelma sudah tahu akan siapa dirinya. "Ampunkan saya, Tuanku. Saya tidak sepatutnya berfikir tuanku hantu tadi, nak menangis Thelma bila Walter yang dia kenal di depannya itu adalah putera raja. "Hal kecil je pun. Ni awak sendiri je ke yang bersih sini? Mana yang lain?" Walter melilaukan pandangannya. Mana tahu ada orang lain di situ. Lega hatinya bila hanya mereka berdua di situ. Tapi Thelma tunduk hormat tanpa memandangnya. Rindu nak tengok wajah gadis itu. Terkejutlah juga sebab boleh bertemu di situ. Dia tidak menyangka bersua lagi di dalam ruangan itu. Patutlah hatinya tergerak suruh dia balik istana rupanya gadis idamannya kerja di situ. "Tadi mereka ada tapi sekarang dah menghilang tak tahu dekat mana," "Thelma..." Thelma tunduk mendengar. "Please...speak informal with me bila kita berdua je. Saya kenal awak sebelum ni di kedai buku ayah awak. Tengok saya," Thelma ragu-ragu nak naikkan kepalanya. Dahlah putera raja, mana dia berani nak layan macam orang biasa. "Maafkan saya, tuanku...saya tak boleh. Saya nak minta diri dulu nak sambung kerja saya," Sekali lagi Thelma tunduk hormat sebelum kakinya mahu berganjak. Terkejut dirinya bila lengannya disambar dengan tubuhnya sekali terdorong merapat tubuh Walter. Terbuntang kedua matanya menatap wajah Walter yang dia cuba tidak mahu pandang tadi. Melihat bibir itu tersenyum, Thelma terkelu. Begitu sempurna sekali senyuman itu. "I miss you..." Thelma lantas tersedar. Panik dirinya lalu cuba menjauh dari tubuh putera raja itu. Dia tidak mahu terbuai-buai dengan perasaan itu. "Saya minta diri dulu, tuanku," Lekas sahaja Thelma beredar dari situ. Walter tidak sempat menahan gadis itu. Keluhan terhela. Sekarang dia sudah tahu di mana keberadaan gadis itu. Patutlah dia singgah kedai buku itu tadi, kelibat gadis itu tidak kelihatan. Rupanya Thelma kerja di dalam istana di bawahnya. Bibirnya seraya menyimpul senyum. Hatinya gembira suka. Tunggulah apa yang akan dia lakukan untuk memikat hati Thelma yang masih malu. DIAMBIL satu buku di dalam rak itu lalu pergi keluar dari ruangan librari itu. Dengan dirinya masih berbaju uniform tentara, dirinya kelihatan segak dan tampan sekali. Potongan badannya terserlah menarik dan memang menjadi idaman semua perempuan. Ruang bilik dituju. Sebaik dia masuk, matanya tertumpu pada rak buku yang kian penuh dengan buku. Melihat keberadaan buku tersebut, hatinya gembira. "Just now, I met your owner," bibirnya berucap separa berbisik. Bibirnya menguntum senyum indah. Buku di tangan dilempar ke atas katilnya. Pantas tangannya menanggalkan baju uniform di tubuhnya mendedahkan tubuh atasnya. Ketulan di perut kelihatan menawan. Ketukan di pintu dibiarkan begitu sahaja. Muncul Yvonne dengan beberapa maid istana dengan keperluan mandi untuk dia. Sudah agak mata perempuan di situ mencuri-curi ke arahnya. "Selamat malam, tuanku," Yvonne menyapa mesra. Walter hanya lempar senyum sebelum dia menuju ke kamar mandi yang begitu mewah dan luas. Tab mandi yang sudah diisi dengan air bunga itu dia tuju. "Ada perkembangan baru dari dalam ke?" Walter menanya sambil dia baring bersandar dalam tab mandi itu. "Untuk waktu ini cuma ambil pekerja baru sahaja. Bisnes masih berjalan macam biasa. Tiada perubahan apa-apa. Tapi kami di sini gembira sangat dapat uniform baru hasil designer kawan tuanku," "Terima kasih, tuanku," serentak maid di situ mengucap terima kasih pada Walter. Walter hanya senyum. Memang idea dia nak suruh tukar uniform baru sebab dia nak pembaharuan seriring zaman berubah. Tidak mahu orang fikir mereka masih mengekalkan pemikiran yang kolot. Conservative mind. "Yvonne, pekerja baru yang diambil ada berapa ye?" Walter menyoal. "Kalau sekarang ada 16 pekerja baru dan dipecahbelahkan menjadi empat bahagian. Empat di bahagian tuanku and the rest with others. Ouh ya lupa nak bagitahu nama pekerja baru...Maria, Thelma dan Sophia," Walter pandang Yvonne. "Seorang lagi mana?" Tanyanya. "Miranda masuk minggu depan. Saya dapat surat balas dari dia yang dia tengah sakit sekarang," Walter angguk mengerti. Selesai berendam, dia keluar dari tab mandi tersebut. Yvonne dan maid bersamanya tadi berpaling arah membelakangi Walter. Walter dengan selambanya berbogel di bawah air shower itu. Dia tahu tidak ada ada orang akan berani nak curi pandang ke arahnya saat dia mandi. Yvonne memberi tuala bila diarah. Bila Walter selesai bertuala, barulah mereka menyediakan pakaian kering untuk putera itu. "Nak makan malam di meja besar atau sendiri?" Yvonne menyoal bila teringatkan Walter belum makan malam. "I eat here,"WILLIAM melihat beberapa maid yang ada di dewan makan tersebut menyediakan juadah makan malam untuk mereka. Wajahnya sentiasa serius sehingga banyak orang takut untuk bersua dengannya. Matanya jatuh pada kerusi kosong sebelah Wanda. Dia dikabarkan Walter pulang petang tadi tapi kenapa Walter tidak makan bersama mereka?"Abang, tak nak makan ke?" Wanda menegur bila perasan abangnya belum menjamah apa-apa."Nak makanlah ni," William lantas mencapai sudunya lalu dia makan sahaja lauk yang dimasukkan ke dalam pinggannya. Di meja makan memang senyap sebab Albert tidak suka berbicara ketika makan. Selesai makan baru mereka bersembang. William menoleh ke arah Wilma yang sedari tadi berwajah muram."Wilma, ada masalah ke?" William menegur. Tersentak Wilma bila namanya disebut abangnya itu. Seraya dia gelengkan kepalanya lalu tersenyum nipis. Dia tidak mahu kemuramannya diketahui abangnya. "Wilma okey," Wilma senyum."After this, jumpa abang dalam bilik abang," tegas William.Wilma angguk k
LANGKAH kakinya perlahan mati di hadapan dinding kaca lutsinar itu. Kedua matanya tunak memandang ke arah satu figura tubuh di luar sana yang sedang gigih membersih kolam renang mewah itu. Perempuan itu sesekali mengelap peluhnya di dahinya. Dia tidak sendirian. Ada maid yang lain bersamanya melakukan hal yang sama. Walter tercegat di situ memerhati setiap gerak-geri perempuan itu. Meskipun berteman namun dia tahu betapa penatnya bekerja membersihkan kolam renang yang luas dan mewah miliknya itu. Mungkin Yvonne lupa yang maid perempuan tidak perlu membersihkan kolam renang itu. Hanya lelaki sahaja. Tapi tidak apa yang penting kerjanya ringan sahaja. Tidak perlu angkat baldi berisi air yang berat seperti tugasan lelaki.Baru sahaja dia mahu pergi menyapa, langkahnya sekali lagi mati. Bila melihat Thelma bangun dari duduknya, terserlah baju uniformnya yang sedikit basah. Mungkin terkena percikan air ketika pekerja lelaki sedang membersihkan dalam kolam renang itu. Hatinya jadi simpati
YVONNE membuka langkah lalu mara mendekat satu susuk tubuh yang dia rasa sesuai untuk menemani putera Walter sedang berendam di dalam ruangan tab mandinya. Dia percaya pilihannya ini bakal tidak mendatangkan masalah. Sudah berapa kali putera Walter mengadu kepadanya tentang perangai gatal maid dibawah jagaannya. "This time...I choose you,"Mendengar suara Yvonne, Thelma langsung tayang muka tidak mahu. Dia tidak rela harus berdua lagi di dalam ruangan mandian putera itu. Namun gelengan kepalanya tidak diendahkan. Segala barang keperluan mandi putera Walter diserahkan kepadanya. Tubuh Thelma langsung ditolak masuk ke dalam kamar beradu putera Walter. Thelma terkebil-kebil memandang dalam ruangan kamar mewah itu. Tapi semuanya seketika bila Max berdiri di depannya lalu memberi arahan untuk masuk ke dalam ruangan bilik air.Rasa nak meletup jantungnya memandangkan dia ditinggalkan berdua dengan putera Walter. Inikah balasan atas dirinya cuba menghindari putera itu? Dengan langkah terp
BERPELUH seluruh tubuhnya bila dia melakukan kardio ringan di pagi hari. Sejak dirinya menjadi seorang tentera, dia seringkali menjaga tubuhnya dan pola makanannya. Singlet ditubuh dilepaskan lalu dilempar ke dalam bakul basuh. Dia sedikit segar pagi itu. Tuala kecil dicapai lalu dibawa ke wajahnya. Peluhnya dilap. Melihat Max masih belum muncul, dia terus melangkah keluar dari bilik mini gym nya itu. Beberapa derapan langkah dia teruskan sebelum dirinya menyedari ada seseorang di dalam kamarnya itu. Dia lupa waktunya begini ada seorang maid akan mengemaskan katilnya. Matanya dikecilkan. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya kala itu. Walter berjalan untuk mendekat dan tekaannya tepat sekali. Semalam dia sengaja mahu mengenakan perempuan itu. Biar perempuan itu merayu kepadanya tapi malah sebaliknya. Thelma diam sahaja. "Are you okey?" Walter menyapa terus bila perasan perempuan itu dalam keadaan lemah.Thelma menoleh. Namun sekejap sahaja sebelum dia tunduk ke bawah. "Saya tanya..
SEHARIAN suntuk itu dia hanya menjadi pemerhati bagaimana cara kerja William. Wilma di sebelahnya teliti mendengar. Dia mengerti bidang itu menjadi kegemaran kakaknya itu. Sebelum berangkat kerja, William sudah menegas untuk Wilma tidak mengikuti mereka. William nak sangat beri ilmunya pada Walter tentang dunia perniagaan. Tapi sayangnya Walter tidak berminat sama sekali. Hatinya lebih memilih untuk menjadi seorang tentera yang menjaga keselamatan negara. Ayahnya pun tidak membantah mimpinya itu. Selesai mesyuarat, barulah Walter boleh merenggangkan tubuhnya. Wilma kelihatan gembira sekali bila dirinya boleh menghadiri mesyuarat entah apa yang Walter sendiri pun tidak mengerti. Lagipun Wilma banyak kali menyampuk untuk memberi cadangan dan pendapat. Semuanya pendapatnya tadi diterima banyak orang. Wilma memang otaknya bergeliga sekali. "Nak lunch dekat mana?" William menyoal bila perutnya sudah terasa lapar. "Abang ada recommend mana-man
KAKINYA laju melangkah keluar dari teksi itu yang betul-betul parkir di depan kedai buku Monroe itu. Beg pakaiannya yang sederhana besar itu disandang di bahunya. Selesai membayar tambang, dia pergi meluru masuk ke dalam kedai buku itu. Wajah ayahnya dicari sebelum tubuhnya menerima pelukan dari seseorang. Siapa lagi kalau bukan adik lelakinya yang begitu manja dengannya. "Kakak!" Thelma tersenyum gembira bila akhirnya dia bertemu dengan keluarganya kembali. Dipeluk tubuh Theodore penuh erat, agar rindunya berkurangan. Dia pun mengerti perasaan rindu adiknya itu disebabkan hanya dia seorang sahaja yang menjadi tempat curhat adiknya itu. "Ayah mana?" "Tengah susun buku," Sebaik pelukan adik beradik itu terlerai, Thelma melangkah mencari keberadaan ayahnya yang dia rindukan. Bila matanya menangkap susuk tubuh ayahnya, laju sahaja dia berlari meluru mendakap tubuh ayahnya itu. Alfred menangis terharu sambil
PAGI itu hening sekali. Dengan matanya yang berat, dia cuba melawan rasa ngantuknya. Terpisat-pisat dia bangun lalu merenggangkan seluruh tubuhnya dek terasa lenguh. Lena sungguh tidurnya semalam siap bertemankan mimpi putera kesayangannya. Bila mengingatkan hal itu, bibirnya automatik mengukir senyum kecil. Ketukan di pintu membuat kepalanya menoleh. Terjenggul kepala sang ibu yang ingin membangunkannya. Marlene lega sekali bila anak perempuannya itu sudah bangun. Selepas itu ibunya beredar mahu menyediakan sarapan untuk mereka sekeluarga. Thelma bangun dari katilnya dan mengemaskan cadar tilamnya. Selimut nya dilipat kemas. Dia leka menepuk bantalnya lalu disusun penuh rapi. Biliknya akan kembali kosong bila dia pulang ke istana lagi. Baru dia mahu memusing tubuhnya untuk pergi, tiba-tiba ada satu tangan melingkar merangkul pinggangnya. Thelma menjerit terkejut lalu meronta untuk membebaskan dirinya. Namun sekejap sahaja bila matanya
DIRINYA tersedar bila ada seseorang bermain dengan tangannya. Dengan rasa ngantuknya yang masih ada, dia kuatkan diri untuk celikkan kedua matanya. Terbuka sahaja pandangannya dipenuhi dengan keindahan wajah Walter. Thelma langsung bangun bila menyedari lelaki itu sudah bangun. Dia duduk lalu memandang Walter."Kenapa tak bangunkan saya?" "Saya tak nak ganggu lena awak," Walter menarik tubuh Thelma agar merapat dengannya. Kepala perempuan itu dilentokkan di bahunya. Tangan mereka bersulam menyatu. Pandangan mereka ke depan. Balkoni yang terbuka itu menampakkan suasana pemandangan tasek yang indah belaka. "Kenapa awak tak tegur saya ketika awak datang ke kedai buku ayah saya?" Tiba-tiba Thelma menyoal bila teringatkan buku yang sudah penuh di rak dalam ruangan itu.Walter melihat rak buku dalam kamarnya itu. Bila melihat itu, bibirnya seraya menguntum senyum. Entah berapa kali dia datang ke kedai buku itu semata hanya mahu melihat anak
MEREKA sarapan seperti biasa di dalam kamar penginapan itu. Thelma melirik pada Walter yang hanya beriak biasa sahaja itu. Dia pula yang malu bila mengingat kejadian mereka pulang ke hotel tersebut. Mujur tidak banyak orang tapi adalah seorang dua pekerja yang dia terserempak saat mereka kembali itu. Pakaiannya habis basah lencun namun dapat ditutup dengan baju suaminya. Suaminya yang tidak berbaju, hanya berseluar. Dalam fikirannya sudah penuh dengan pelbagai andaian dua orang pekerja itu saat melihat mereka sebegitu. Malunya dia."Hari ni nak pergi mana?" Soal Thelma sambil mengunyah makanan dalam mulut. "More adventure," balas Walter bersahaja.Berkerut kening Thelma tidak mengerti. Pandangannya mula terarah kepada suaminya itu."Maksud awak?" "Hiking," Terbeliak sepasang mata bundar itu bila mendengar perkataan yang baru keluar dari mulut suaminya itu. Hal yang meresahkannya. Dia tidak suka sangat dengan aktiviti lasak tap
SEHARIAN itu mereka menjelajah percutian mereka di negeri orang. Sejak tiga hari mereka sampai di hotel itu, mereka berdua terus menikmati percutian itu dengan senang hati. Mereka lebih meluangkan masa bersama dan lebih intim. Walter lupa seketika akan kerjanya sebagai tentera. Thelma kian senang bila sepenuhnya Walter fokus kepadanya. Berpisah tiada. Hotel itu menjadi saksi hubungan erat mereka suami isteri sedang berbulan madu. Mereka berdua dilayan sebagai tetamu istimewa. Siangnya mereka pergi ke tempat yang menarik. Semuanya sudah diatur dengan baik. Jam makan mereka pun sudah disediakan oleh pihak hotel tersebut. Thelma begitu teruja bila pertama kalinya menginap di hotel yang mewah. Bilik hotelnya bukan kecil untuk cukup dua orang. Malah besar dan luas untuk 30 orang. Katilnya bersaizkan queen dan tilamnya empuk. Gebarnya tebal dan malam mereka tidak kesejukan. Bilik airnya juga sangat mewah. Tab mandinya luas sangat. Serupa seperti tinggal di dalam istana
THELMA menoleh bila Walter memanggil namanya. Mereka siap untuk pergi cuti bulan madu mereka di luar negeri. Semuanya sudah diatur oleh Permaisuri Bertha dan Raja Albert untuk mereka berdua. "Is this yours?" Walter menunjukkan rantai yang berada di tangannya. Sekian lama dia menyimpan rantai itu namun belum ada masa untuk disuakan kepada Thelma."Dari mana awak dapat?" Thelma terus mencapai rantai itu penuh teruja. Disangkakan hilang entah di mana ternyata ada bersama Walter."Dalam kamar saya. Di bawah katil dekat meja lampu," Thelma kian mengetahui bila hilangnya rantai itu. Namun dia cepat lupakan kisah hitam itu lalu bibirnya tersenyum lebar. Dia akan kembalikan rantai itu pada pemiliknya. Rantai itu tidak sesuai untuk dirinya kerana kini dia milik suaminya itu."Terima kasih sebab simpan rantai ini. Saya fikir saya tercicir rantai ini di luar istana. Terima kasih, Walter," Thelma langsung menghadiahkan suaminya dengan ciu
PERKAHWINAN antara Walter dan Thelma akhirnya berlangsung hari itu. Setelah menunggu begitu lama akhirnya mereka disatukan hari bahagia itu dengan disaksikan oleh keluarga mereka dan rakyat jelata. Seluruh negara menjadi saksi penyatuan dua hati itu. Seperti yang diduga, banyak perempuan yang patah hati dengan perkahwinan itu. Putera yang menjadi idaman kalbu kini dimiliki oleh orang lain. Thelma lah orang yang bertuah kerana dipilih menjadi pendamping hidup putera itu. Dan selama upacara majlis perkahwinan mereka itu diadakan, bibirnya tidak lekang dengan senyuman bahagia. Ada juga momen terharu bila Alfred harus melepas hak penjagaannya pada Walter.Indah tidak terkata bila perkahwinan itu direstui oleh dua belah pihak. Thelma menikmati momen indah itu dengan Walter berada di sampingnya. Tidak lupa juga, Thelma diperkenalkan dengan menteri-menteri negara itu. Bahkan beberapa orang terkenal yang banyak dia tidak ketahui. Dia juga turut diperkenalkan dengan kawan sekerja su
TIGA hari lagi mereka bakal akan disatukan. Bila dikabarkan tentang perkahwinan itu, banyak yang patah hati terutamanya sang perempuan. Putera Walter akhirnya menemukan jodohnya. Di usianya yang mahu menginjak 30, dia akhirnya memilih untuk menamatkan zaman bujangnya. Tidak menyangka tahun ini menjadi saksi perkahwinan mereka. Susun atur acara sudah diuruskan oleh beberapa pihak yang bertanggungjawab akan hal itu. Segala pakaian untuk pengantin sudah siap dijahit dan direka oleh fashion designer yang sangat popular saat itu. Thelma tersenyum sambil memandang pemandangan di depan matanya itu. Macam tidak percaya sekarang dia berada di dalam istana itu lagi. Kali ini di dalam kamar tetamu. Mereka sekeluarga tidur di istana itu sehingga selesai majlis perkahwinan nanti. Thelma bakal menetap di situ selamanya.Thelma mencuba untuk membiasakan dirinya di dalam istana itu. Dia berkenalan dengan seisi istana itu dan kedatangannya dialukan sekali. Meskipun dia rasa tidak
BUKAN main gembira lagi Thelma bila bertemu dengan Selma dan Yvonne di istana itu. Mereka berpelukan sama untuk melepas rasa rindu. Thelma memeluk tubuh Yvonne penuh erat sekali. Dia dapat rasa tepukan lembut di belakangnya. Dia sangat berterima kasih pada Yvonne. "Saya fikir keluarga mereka akan menolak awak dengan Walter tapi semuanya diluar dugaan," Selma bersuara, masih belum percaya.Thelma meleraikan pelukan lalu menghadap dua orang perempuan di hadapannya itu. Bibirnya tersenyum terus. "Mereka sebahagian keluarga ibu saya. Awalnya saya tidak tahu menahu. Lagipun saya kerja di sini tak pernah lagi terjumpa dengan permaisuri. Itulah tidak kenal langsung. Tapi bila terjumpa dengan Walter kembali, baru saya tahu. Saya pun masih belum dapat percaya tapi itulah...semuanya dah jadi begini. Terima je lah," kata Thelma dengan lapang dada."Saya bangga sekali lihat awak gembira seperti ini. Inilah Thelma yang saya kenal. Terima kasih sebab kuatkan
SELESAI mengenakan gaun paras pehanya itu, dia merapikan gaya rambutnya pula. Bibirnya dioles dengan gincu. Tarik nafas hembus nafas. Hatinya lega bila akhirnya dia selesai berdandan. Gaun di tubuhnya ditenung penuh kagum. Indah sekali rekaannya meskipun tidak terlalu mendedahkan. Ketukan di pintu menyedarkannya dari kekaguman itu. Dia menoleh dan terjengul kepala ibunya di muka pintu biliknya itu. Bibirnya seraya tersenyum."Dah siap?" Soal Marlene. "Dah," Marlene melangkah masuk. Tubuh anaknya dihampiri. Bibirnya tersenyum, dalam hati memuji kecantikan anaknya itu. "Kamu cantik sekali," "Ibu juga cantik," Mereka sama-sama tersenyum lebar. Mereka berdua sama-sama keluar dari bilik itu lalu menuju ke ruang depan di mana Alfred dan Theodore sedang menanti mereka. "Semua dah siap? Kereta dari istana sudah ada di luar," Alfred menanya memandangkan perjalanan mereka agak jauh kali ini. Dia tidak mahu mereka t
KEPULANGANNYA disambut oleh orang tuanya di muka pintu rumah. Thelma tersenyum memandangkan hari itu pertama kali dia mengajak Walter ke rumahnya untuk bertemu dengan orang tuanya. Thelma nak orang tuanya terima Walter apa adanya sebelum mereka disatukan nanti. "Silakan masuk," pelawa Marlene dengan senang hati. Walter senyum lalu melangkah masuk ke dalam rumah Thelma dan sekeluarga. Dulu rumah itu kecil sahaja tapi sekarang sudah diubahsuai menjadi agak besar sedikit. Walter henyak punggungnya di sebelah Thelma, berhadapan dengan Alfred dan Marlene. Matanya melilau mencari keberadaan Theodore di dalam ruang rumah itu."Theodore tak ada di rumah. Dia keluar sebentar tadi dengan kawan dia," beritahu Alfred bila perasan tingkah laku bakal menantunya itu.Walter angguk senyum. Marlene dan Thelma beredar ke ruang dapur. Tinggal Alfred di situ bersamanya. "Dah lama kenal dengan Thelma? Pak cik perasan hari itu awak berdua berbual tidak keko
PERTEMUAN kedua mereka akhirnya dilaksanakan hari itu. Thelma sangat cantik sekali. Dia seperti perempuan anggun dengan gaun longgarnya itu. Paras lututnya. Rambutnya dibiarkan lepas bebas tidak terikat. Saat itu dia duduk berhadapan dengan lelaki yang menutup separuh mukanya. Mereka sedang menikmati makan tengahari mereka di sebuah restoran mewah dan semuanya telah dibayar oleh lelaki itu.Thelma ukir senyuman bila mata mereka bertembung. Sepanjang mereka makan itu, tiada patah bicara keluar dari mulut mereka. Mereka menikmati hidangan makanan di atas meja itu. Usai makan tengahari itu, Tobias membawanya ke hotel yang mereka pernah sewa dulu cuma berlainan bilik sahaja. "Kenapa banyak tempat...awak bawa saya dekat sini?" Soal Thelma dengan senyuman di bibirnya."Privacy," Thelma angguk mengerti. Bibirnya masih tersenyum."Awak ada simpan rahsia yang saya tidak tahu ke?" Tiba-tiba Thelma menukar topik perbualan mereka. Tobias