Share

Bab 2

Penulis: teaqahm
last update Terakhir Diperbarui: 2024-05-03 19:14:18

THELMA terus mengatur langkahnya laju ke arah yang telah ayahnya berikan. Kedai buku ayahnya juga melakukan penghantaran secara percuma untuk kawasan terdekat sahaja. Tercunggap-cunggap dia keletihan dek mengejar masa. Sekejap lagi masuk waktu siang. Perutnya sudah berkeroncong minta diisi. Mujur ayahnya memberinya sedikit wang saku untuk beli makanan.

"Terima kasih ye!" Pelanggan yang menerima tersenyum ramah.

Thelma angguk mesra. Memang sudah tugasnya membantu ayahnya. Nanti kalau adiknya habis sekolah, adiknya itu akan menyambung urusan bisnes keluarga mereka.

"Tunggu sekejap,"

Thelma terbantut mahu pergi. Dia menunggu di luar sementara pelanggan tadi masuk ke dalam semula dengan tindakan yang pantas. Beberapa minit sahaja dia memunculkan dirinya lalu dihulurkan beberapa keping wang kertas kepadanya. Thelma tercenggang namun laju sahaja dia menolak pemberian pelanggannya itu.

"Ambillah...saya tahu awak bersusah payah pergi ke sini. Saya nampak awak kelihatan penat. Terimalah pemberian saya ni. Saya ikhlas. Awak gunalah duit ni untuk makan siang awak,"

Jarang sekali bertemu dengan pelanggan yang berhati murni. Thelma teragak-agak untuk mengambil namun jelas keikhlasan terpancar pada wajah pelanggannya itu. Banyak kali dia ucapkan terima kasih atas kebaikan pelanggannya itu.

Thelma beredar lalu menuju ke restauran yang selalu ayahnya belikan. Dia mengeluh di dalam hati bila restauran itu kini dipenuhi oleh orang. Dia terpaksa menunggu lama pesanannya. Mahu tidak mahu dia terpaksa menunggu di situ. Dia cuba menahan dirinya dari keriuhan dan kesesakan di dalam restauran itu. Pelayannya pun sibuk menghantar makanan ke meja.

Thelma tercenggang bila seorang pelayan mendatanginya lalu menghulurkan minuman padanya.

"Maaf, saya tak order minuman ni," Thelma membetulkan.

Pelayan itu tersenyum sebelum dia menoleh pada seseorang.

"Lelaki tu yang bagi,"

Thelma terus memandang pada pelayan itu lemparkan. Terpana Thelma bila figura tubuh itu sedang melambai ke arahnya. Thelma pandang semula pada pelayan tadi lalu menyambut minuman itu.

"Boleh tak cakap terima kasih dekat lelaki tu,"

"Baik, cik," pelayan itu pergi.

Beberapa minit sahaja, pesanannya sudah siap. Thelma lega bila penantiannya sampai di situ sahaja. Laju sahaja dia mahu pergi namun terhalang bila lelaki tadi mendatanginya di luar restauran itu. Thelma tekan perut yang sedari tadi menahan lapar.

"Thelma, we meet again," Walter menyapa mesra.

"Errr---hi!" Thelma membalas dengan senyuman kelat. Segan bila keberadaan mereka menjadi perhatian orang di situ.

"I'm sorry, Walter....I've gotta go now," perutnya berbunyi dan itu membuatkan Thelma malu. Pipinya jelas merona merah.

Walter tersenyum. Dalam hati sudah tertawa nyaman. Lucu!

"I'll see you next week...please wait for me," Walter mengatakan itu. Sungguh dia terpesona dengan seorang gadis bernama Thelma.

Thelma senyum nipis. Namun cepat sahaja dia meminta diri untuk pergi. Walter berteriak memanggil namanya bila di kejauhan. Bila Thelma menoleh, lelaki itu melambaikan tangannya dengan senyuman menawan di bibirnya. Thelma membalas lambaian itu lalu pergi.

WALTER kembali ke mejanya. Bukan main seronok lagi kawannya bersorak untuknya. Semua tertanya-tanya gerangan perempuan yang dia kejar tadi. Dia tersipu malu namun hati lelakinya cemburu bila hampir semua kawannya di situ memuji kecantikkan perempuan pujaannya itu.

"Cantik dia. Kalau kau tak tegur tadi, aku pun nak approach dia tadi," Brooke bersuara sedikit kecewa bila mengetahui perempuan itu milik Walter.

"We're still friends..." Balas Walter.

"Tapi kami tahu kau suka dia," kali ini Fred berkata.

"Pandai sungguh kau sembunyi. Diam-diam kau suka orang tanpa pengetahuan kita semua," Jeremy tayang muka tidak puas hati.

Walter senyum. Bukan dia nak sembunyi tapi kerana dia belum ada hubungan apa-apa pun dengan perempuan itu. Masih terlalu awal untuk dia berkongsi, khuatir dirinya kecewa.

"Sorry, guys...aku tak ada niat nak sembunyi dari kamu semua. Aku dan dia masih kawan. Kami masih dalam fasa perkenalan. When we got close enough then I'll introduce her to all of you," Walter cuba memujuk kawannya yang sudah merajuk dengannya.

"Kami okey je...tapi dia tahu ke siapa kau sebenarnya?" Fred menyoal. Jelas ketara perempuan pujaan kawannya itu dari kalangan orang biasa sahaja.

"Aku akan beritahu dia nanti,"

Walter yakin sekali perempuan itu akan menerima dirinya. Selesai berbicara, mereka berempat pun terus menikmati juadah makanan yang mereka pesan tadi. Masing-masing lain selera.

KENYANG sungguh perutnya. Dia tersenyum senang lalu dia bangun untuk mencuci tangannya. Bekas makanannya dibuang ke dalam tong sampah. Bila melihat tong sampah yang sudah penuh itu, laju sahaja tangannya mengikat plastik sampah itu lalu dibawa menuju ke pembuangan sampah besar berdekatan dengan kedai buku ayahnya itu.

Dia mencuci tangannya bila terlihat ada satu paip air dibuat di situ. Dikeringkan pada bajunya dan barulah dia berjalan kembali ke kedai buku. Namun langkahnya serta-merta mati bila matanya terpandangkan sesuatu. Dia mengatur langkahnya mendekati papan dimana penuh dengan kertas tertampal.

Namun seribu kertas ditampal di papan tersebut, ada satu kertas sahaja yang berjaya menarik perhatiannya. Dibaca penuh fokus pada tulisan di dalam kertas itu dan bibirnya perlahan mengukir senyum.

Selesai sahaja bacaannya, laju kakinya berlari masuk ke dalam kedai buku. Dia mencari kelibat ayahnya. Dengan nafasnya tercunggap-cunggap dia membicarakan hal yang gembira itu.

"Kamu betul ke nak kerja di sana?" Ayahnya menyoal serius.

Thelma laju menganggukkan kepalanya. Wajahnya teruja. Dia cukup dewasa untuk berkerja di tempat lain. Tapi memang keinginannya mahu berkerja di tempat itu.

"Ayah bukan menghalang kamu tapi kamu harus bulat dengan keputusan kamu agar kamu tidak menyesal kemudian. Tempat itu bukan tempat biasa. Kemungkinan kamu akan jarang bertemu dengan kami. Kamu bersedia ke?"

"Saya bersedia, ayah," Thelma menjawab penuh yakin.

Ayahnya tersenyum. Thelma sudah membesar dengan baik. Tiba saatnya Thelma mengambil pengalaman berkerja di tempat lain. Dia juga tidak mahu mengongkong hidup anak perempuannya itu.

Ditarik Thelma ke dalam pelukannya. Thelma senyum dan membalas pelukan itu.

"Terima kasih, ayah..." Ucap Thelma dengan senyuman di bibirnya. Bahagia di dalam hatinya.

"Ayah nak kamu gembira, bukan sekat keinginan kamu. Nanti pulang ayah akan bicarakan hal ni dengan ibu. Ayah akan pujuk ibu kalau ibu tidak setuju. Soal kedai buku ni, jangan risau. Adik kamu tu dah nak habis sekolah hujung tahun ni,"

"Sayang ayah," kian kemas pelukan Thelma pada ayahnya itu.

Ayahnya tersenyum. Dibelai rambut anaknya itu. Mereka kelihatan sangat bahagia. Adegan gembira itu selesai di situ bila pelanggan mula memasuki kedai buku itu. Ayahnya beredar ke kaunter manakala Thelma menyelesaikan susunan buku baru di rak.

Bab terkait

  • Prince's Lover : Thelma   Bab 3

    KERTAS itu diunjuk pada perempuan yang bertanggungjawab dalam menerima kertas ujian dari semua orang yang hadir pada hari itu. Thelma kembali ke asalnya dan agak gugup bila ratanya semua yang hadir dari kalangan yang muda sebaya dengannya. Terlalu banyak yang memohon sehingga Thelma rasa kecil. Sekarang kertas ujian mereka sedang diperiksa oleh pihak atasan. Thelma dan lain hanya menanti penuh sabar. Degupan jantung Thelma tidak setenang tadi. Bila keputusan diumumkan, dia mula gugup. Matanya dilemparkan pada perempuan tadi. Dibalik badannya yang kecil itu, suaranya sangat lantang dan besar. Mudah untuk didengari oleh semua mereka di situ."Samantha Bently," Satu nama diucap. Serentak pemilik nama itu bersorak gembira."Lilibeth Jones," Satu persatu nama disebut yang diterima bekerja di tempat itu. Thelma masih menanti penuh harapan. Berharap namanya disebut di dalam senarai nama yang diterima itu."Thelma..."Thelma berdegup. Namanya disebut ke?"....Alfred," Thelma terkejut. Te

    Terakhir Diperbarui : 2024-05-03
  • Prince's Lover : Thelma   Bab 4

    SELESAI memakai pakaian uniform mereka, barulah mereka berdua mengekori langkah Gina dan Lily menuju ke dewan makan yang berada di belakang Beeston girl. Dengan kasut high heel Thelma cuba untuk beriak santai dan selesa. Padahal dalam hati menjerit sakit dan tidak suka. Tapi untuk jaga imej pekerja perempuan di situ, dia cuba hulur senyum palsu. Dipandang Selma yang begitu bangga berjalan dengan high heel nya. Meja makan yang kosong diduduki sebaik mereka selesai mengambil makanan masing-masing. "This is a place that we take our breakfast, lunch and also dinner. Breakfast start 7, lunch at 12 and dinner on 7. No strict rules here but we must obey the rules," Gina bersuara sebelum dia memakan spaghetti di pinggannya.Thelma mendengar sambil menikmati makanannya. Selma di sebelahnya juga turut mendengar."We are most like family here. Be friendly with others," Lily bersuara pula selepas Gina."After this breakfast, I'll bring both of you to Yvonne's office. She'll bring you to your wor

    Terakhir Diperbarui : 2024-05-04
  • Prince's Lover : Thelma   Bab 5

    MATANYA tergam pada satu gambar keluarga diraja yang terkini namun kelihatan begitu agak lama. Matanya mengecil sedikit untuk memandang gambar yang kian memudar dalam cetakan itu. King Albert dan Queen Bertha.Mereka mempunyai empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan. Putera William, Puteri Wilma, Putera Walter dan Puteri Wanda. Tapi di dalam gambar itu ketika mereka masih kecil. Sekarang mungkin dah tumbuh dewasa. Thelma menyerah bila dia tidak temui gambar baru keluarga diraja itu. Dia belek buku itu namun akhirnya dia menamatkan bacaannya sampai di situ sahaja. Buku ditutup lalu dia menyimpan kembali ke arah rak asalnya tadi. Bila melihat rak tersebut, hatinya mula merindukan sang keluarga yang ditinggalkan di Kota McCaron. Ayah...mama...Theodore...Hatinya bisik rindu akan nama tersebut. Mungkin sekarang ayahnya sedang di kedai buku mereka. Theodore mungkin masih ada kelas tambahan di sekolahnya. Ibunya mungkin tengah memasak untuk makan tengahari mereka sekeluarga di rum

    Terakhir Diperbarui : 2024-05-13
  • Prince's Lover : Thelma   Bab 6

    WILLIAM melihat beberapa maid yang ada di dewan makan tersebut menyediakan juadah makan malam untuk mereka. Wajahnya sentiasa serius sehingga banyak orang takut untuk bersua dengannya. Matanya jatuh pada kerusi kosong sebelah Wanda. Dia dikabarkan Walter pulang petang tadi tapi kenapa Walter tidak makan bersama mereka?"Abang, tak nak makan ke?" Wanda menegur bila perasan abangnya belum menjamah apa-apa."Nak makanlah ni," William lantas mencapai sudunya lalu dia makan sahaja lauk yang dimasukkan ke dalam pinggannya. Di meja makan memang senyap sebab Albert tidak suka berbicara ketika makan. Selesai makan baru mereka bersembang. William menoleh ke arah Wilma yang sedari tadi berwajah muram."Wilma, ada masalah ke?" William menegur. Tersentak Wilma bila namanya disebut abangnya itu. Seraya dia gelengkan kepalanya lalu tersenyum nipis. Dia tidak mahu kemuramannya diketahui abangnya. "Wilma okey," Wilma senyum."After this, jumpa abang dalam bilik abang," tegas William.Wilma angguk k

    Terakhir Diperbarui : 2024-05-13
  • Prince's Lover : Thelma   Bab 7

    LANGKAH kakinya perlahan mati di hadapan dinding kaca lutsinar itu. Kedua matanya tunak memandang ke arah satu figura tubuh di luar sana yang sedang gigih membersih kolam renang mewah itu. Perempuan itu sesekali mengelap peluhnya di dahinya. Dia tidak sendirian. Ada maid yang lain bersamanya melakukan hal yang sama. Walter tercegat di situ memerhati setiap gerak-geri perempuan itu. Meskipun berteman namun dia tahu betapa penatnya bekerja membersihkan kolam renang yang luas dan mewah miliknya itu. Mungkin Yvonne lupa yang maid perempuan tidak perlu membersihkan kolam renang itu. Hanya lelaki sahaja. Tapi tidak apa yang penting kerjanya ringan sahaja. Tidak perlu angkat baldi berisi air yang berat seperti tugasan lelaki.Baru sahaja dia mahu pergi menyapa, langkahnya sekali lagi mati. Bila melihat Thelma bangun dari duduknya, terserlah baju uniformnya yang sedikit basah. Mungkin terkena percikan air ketika pekerja lelaki sedang membersihkan dalam kolam renang itu. Hatinya jadi simpati

    Terakhir Diperbarui : 2024-05-18
  • Prince's Lover : Thelma   Bab 8

    YVONNE membuka langkah lalu mara mendekat satu susuk tubuh yang dia rasa sesuai untuk menemani putera Walter sedang berendam di dalam ruangan tab mandinya. Dia percaya pilihannya ini bakal tidak mendatangkan masalah. Sudah berapa kali putera Walter mengadu kepadanya tentang perangai gatal maid dibawah jagaannya. "This time...I choose you,"Mendengar suara Yvonne, Thelma langsung tayang muka tidak mahu. Dia tidak rela harus berdua lagi di dalam ruangan mandian putera itu. Namun gelengan kepalanya tidak diendahkan. Segala barang keperluan mandi putera Walter diserahkan kepadanya. Tubuh Thelma langsung ditolak masuk ke dalam kamar beradu putera Walter. Thelma terkebil-kebil memandang dalam ruangan kamar mewah itu. Tapi semuanya seketika bila Max berdiri di depannya lalu memberi arahan untuk masuk ke dalam ruangan bilik air.Rasa nak meletup jantungnya memandangkan dia ditinggalkan berdua dengan putera Walter. Inikah balasan atas dirinya cuba menghindari putera itu? Dengan langkah terp

    Terakhir Diperbarui : 2024-05-18
  • Prince's Lover : Thelma   Bab 9

    BERPELUH seluruh tubuhnya bila dia melakukan kardio ringan di pagi hari. Sejak dirinya menjadi seorang tentera, dia seringkali menjaga tubuhnya dan pola makanannya. Singlet ditubuh dilepaskan lalu dilempar ke dalam bakul basuh. Dia sedikit segar pagi itu. Tuala kecil dicapai lalu dibawa ke wajahnya. Peluhnya dilap. Melihat Max masih belum muncul, dia terus melangkah keluar dari bilik mini gym nya itu. Beberapa derapan langkah dia teruskan sebelum dirinya menyedari ada seseorang di dalam kamarnya itu. Dia lupa waktunya begini ada seorang maid akan mengemaskan katilnya. Matanya dikecilkan. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya kala itu. Walter berjalan untuk mendekat dan tekaannya tepat sekali. Semalam dia sengaja mahu mengenakan perempuan itu. Biar perempuan itu merayu kepadanya tapi malah sebaliknya. Thelma diam sahaja. "Are you okey?" Walter menyapa terus bila perasan perempuan itu dalam keadaan lemah.Thelma menoleh. Namun sekejap sahaja sebelum dia tunduk ke bawah. "Saya tanya..

    Terakhir Diperbarui : 2024-05-18
  • Prince's Lover : Thelma   Bab 10

    SEHARIAN suntuk itu dia hanya menjadi pemerhati bagaimana cara kerja William. Wilma di sebelahnya teliti mendengar. Dia mengerti bidang itu menjadi kegemaran kakaknya itu. Sebelum berangkat kerja, William sudah menegas untuk Wilma tidak mengikuti mereka. William nak sangat beri ilmunya pada Walter tentang dunia perniagaan. Tapi sayangnya Walter tidak berminat sama sekali. Hatinya lebih memilih untuk menjadi seorang tentera yang menjaga keselamatan negara. Ayahnya pun tidak membantah mimpinya itu. Selesai mesyuarat, barulah Walter boleh merenggangkan tubuhnya. Wilma kelihatan gembira sekali bila dirinya boleh menghadiri mesyuarat entah apa yang Walter sendiri pun tidak mengerti. Lagipun Wilma banyak kali menyampuk untuk memberi cadangan dan pendapat. Semuanya pendapatnya tadi diterima banyak orang. Wilma memang otaknya bergeliga sekali. "Nak lunch dekat mana?" William menyoal bila perutnya sudah terasa lapar. "Abang ada recommend mana-man

    Terakhir Diperbarui : 2024-05-25

Bab terbaru

  • Prince's Lover : Thelma   Bab 35

    BEBERAPA hari lalu dia menolak permintaan bondanya. Dia tidak suka dengan kahwin jodoh kerana hatinya sudah dimiliki oleh seorang perempuan yang sangat dia cintai. Dia sudah menunggu terlalu lama. Tapi Bertha tidak mengerti perasaannya itu. Bondanya terus menerus mendesaknya untuk bertemu dengan jodoh pilihannya itu. Bahkan mereka sudah dijodohkan dari kecil lagi tapi dia langsung tidak ingat gerangan perempuan merangkap teman kecilnya itu. Namun dia menurut juga. Di dalam bilik itu dia hanya berdua bersama perempuan itu. Bibirnya tersenyum namun hatinya gembira tidak terkira. Dia kenalkan dirinya sebagai Tobias padahal dirinya adalah lelaki yang Thelma kenal sangat. Dia takut Thelma pergi andai dia tahu perkara sebenar.Dia menutup separuh wajahnya kerana dia kenal sangat dengan Thelma. Thelma masih sama seperti dulu. Tidak menyangka mereka dipertemukan hari itu dalam hujan lebat. Mereka kebasahan dan larut dalam nafsu mereka. Tiada petanda hujan itu ma

  • Prince's Lover : Thelma   Bab 34

    ENTAH berapa lama dia menunggu di situ. Namun orang yang ingin ditemuinya belum kunjung tiba. Thelma mula bosan. Kakinya sudah penat berdiri di bawah pokok itu. Sudahlah hari nak gelap seperti mahu hujan. Kalau dia nak balik sekarang dia khuatir orang itu muncul disaat dirinya pergi. Jadi dia setia menunggu di situ.Thelma meliarkan pandangannya mencari-cari susuk tubuh yang menemuinya hari itu. Semuanya atas permintaan ibunya setelah mendapat surat dari mak cik Bertha beberapa hari yang lalu. Bukan main senang lagi Marlene suruh dia berdandan cantik dan memakai gaun yang dibelinya itu. Sekarang dia kenakan di tubuhnya untuk melihat dia lebih menarik. Awan mendung kian gelap di atas sana. Thelma tidak menyedari semua itu hingga dia merasakan titisan hujan menyentuh kulit bahunya. Beberapa saat sahaja hujan yang menitik lembut tadi kini menjadi lebat. Thelma gusar namun cepat sahaja kakinya berlari anak menuju ke arah sebuah pondok. Habis basah kuyup dirinya dek me

  • Prince's Lover : Thelma   Bab 33

    SETAHUN berlalu...Selama tempoh itu, Thelma tinggal bersama keluarganya yang sangat dia rindukan. Kota McCaron masih sibuk seperti selalunya dan selama itu dia bekerja di kedai buku ayahnya. Kedai buku ayahnya sekarang sedikit besar dan ayahnya sudah membuka satu lagi di tempat lain. Di kota tempatnya. Namun saat ini ayahnya meminta orang lain namun kepercayaan ayahnya menjaga kedai itu. Theodore pula sudah menamatkan persekolahannya. Kini dia sibuk menjaga dirinya. Bersenam untuk menguatkan stamina tubuhnya. Bulan lepas, dia sudah menghantar permohonan untuk menyertai pasukan tentera. Setelah mendapat keputusan yang dia telah diterima, bukan main gembira lagi Theodore kerana cita-citanya tercapai juga. Thelma tumpang gembira untuk adiknya itu.Usai menulis di buku diarinya, dia langsung membawa dirinya di atas katilnya yang sudah bertukar saiz itu. Dulu saiz single sekarang dah jadi King size. Tilamnya pun empuk sekali. Rumah mereka sudah diubahsuai ata

  • Prince's Lover : Thelma   Bab 32

    DIRINYA banyak mengelamun sejak hari dirinya diberitahu bayi dalam perutnya keguguran. Dia menangis dan terus menerus menyalahkan dirinya kerana tidak berhati-hati. Dia kehilangan satu nyawa yang tidak bersalah. Dia begitu gembira menerima kehadirannya dan ternyata hadirnya cuma sekejap. Layanannya pun begitu dingin pada Jeremy. Dia tidak benarkan lelaki itu masuk ke dalam wadnya menemuinya. Arahan tegas dia berikan pada jururawat di situ. Dia tidak peduli dengan rayuan dan kata maaf lelaki itu. Kalau bukan kerana kejadian hari itu, bayi dalam perutnya pasti masih hidup sehingga kini. Tapi semuanya hancur kerana kecuaiannya. Dia terlebih mengikut emosinya sehingga dia tidak sedar dirinya kecelakaan. Pintu wad ditolak seseorang. Thelma menoleh tanpa berminat. Namun bila melihat gerangan orang itu laju sahaja tangisannya pecah untuk sekian kali. "Selma!" Selma meluru mendapatkan Thelma. Tubuh kawannya itu dipeluk erat dan dia cuba menenangkan Th

  • Prince's Lover : Thelma   Bab 31

    AIR shower itu dibiarkan membasahi seluruh tubuhnya. Rasa melekit tadi kini hilang diganti dengan sebuah kesegaran. Thelma lama berdiri dalam kebasahan itu agar dia boleh membuang segala memori yang memeritkan dirinya. Dia tidak tahu kenapa perasaannya kala itu berbelah bahagi. Namun dia cuba untuk lupakan semuanya. Dia harap dia boleh keluar dari bilik mewah ini dan bebas menghirup udara luar yang segar. Thelma terperanjat kecil bila ada tangan melingkar di pinggangnya. Dia tidak menoleh sebab dia tahu gerangan orang tersebut. Terasa bibir hangat itu melekap di kulit bahunya. Mereka sama-sama basah di bawah air shower itu. Thelma tidak menolak sentuhan lelaki itu. Entah mengapa hatinya membuat dirinya begitu keliru. Sejak beberapa hari dia tinggal di bilik itu, dia jadi bukan Thelma yang dulu.Mungkin sebab anak di dalam perutnya...atau semua itu nafsu semata."Kenapa tak bangunkan saya?" Jeremy membisik lembut. Sempat lagi bibirnya mencium leher Thelma.

  • Prince's Lover : Thelma   Bab 30

    "SAYA mengandungkan anak awak," Jeremy terpempan. Dia cuba mencari kepastian dalam wajah penuh keyakinan itu. Namun dia tidak temui kegusaran dalam wajah itu. Thelma berkata benar. "Doktor dah periksa segalanya. Saya hamil dan usia kandungan ini dah masuk tiga minggu lebih," Jeremy cuba menghadam bicara itu. Dia tidak percaya akhirnya dia menjadi seorang ayah. Perlahan bibirnya tersenyum gembira. Thelma sudah memberinya zuriat meskipun tanpa cinta. Dia teringat lagi waktu kejadian dia merogol Thelma, dia langsung tidak pakai perlindungan. Dia main ceroboh sahaja bila nafsu merajai segalanya. Yakinlah dia Thelma mengandungkan zuriat hasil dari hubungan intim tanpa rela itu."Then...will you marry me?" Soal Jeremy begitu teruja. Namun gelengan Thelma membuatnya kecewa. Hatinya mendongkol marah. Lamarannya ditolak awal dan Thelma tidak pernah memberinya peluang untuk buktikan cintanya."Saya tak akan kahwin dengan awak meskipun

  • Prince's Lover : Thelma   Bab 29

    DIA duduk di situ tekun mendengar setiap bait bicara Max kepadanya. Namun dirinya membelakangi Max. Pandangannya dilempar ke arah pemandangan di hadapannya. Tasek menghijau. "Keluarga dia miskin dan susah. Dia tidak habiskan sesi sekolahnya sebab orang tuanya tidak mampu nak tampung biaya pembelajarannya. Jadi dia berhenti dan sekarang kerja di kelab malam...""Dia mula kenal Yvonne sebab Yvonne pernah tolong dia sebelum ini tentang isu kewangan. Jadi Yvonne mengambil dia bekerja di bawah dia dan uruskan rumah lama orang tua Yvonne," "What's his name?" Walter bersuara."Edmund," Walter memusingkan kerusinya lalu menghadap Max berdiri saat itu. Dia akan berusaha untuk mencari jejak Thelma yang hilang. "Awak ada dengar desas-desus dalam istana?" Max geleng kepala. Walter terus mengukir senyuman sinis. Sungguh teliti Yvonne membuat kerjanya. "Panggil Wanda sekarang," Max akur menurut perintah. Dia p

  • Prince's Lover : Thelma   Bab 28

    SELURUH tubuhnya rasa tidak enak. Tadi pagi dia bangun dia terus muntah. Mungkin sebab perutnya kosong. Namun selepas dia menikmati sarapan paginya, tubuhnya terasa lemah sekali. Dia memilih untuk berehat hari itu. Namun peliknya dia rasa loya bila tercium bau yang tidak nyaman di hidungnya. Hidungnya jadi sensitif hari itu. Adakah dia mempunyai alergik? Tapi setahunya dia tidak ada sebarang alergik pada sesuatu.Thelma cuba bangun dari duduknya. Namun sekejap sahaja kepalanya sudah naik pusing. Dia mengeluh kecil lalu kembali duduk di kerusi kayu itu. Kenapa dia seperti ini? Semalam dia makan banyak sekali sebab dia rasa lapar sangat. Tidak pernah lagi dia lapar dia makan terlalu banyak. Tapi semalam itu dia terkejut sangat. Mungkin hormon tubuhnya...Thelma tersedar dari lamunannya bila ada bunyi motosikal masuk di perkarangan rumahnya. Dia mengukir senyum bila melihat kehadiran Edmund di situ. Di tangannya ada plastik yang penuh dengan isi barangan rumahnya. Edm

  • Prince's Lover : Thelma   Bab 27

    LEBIH dua minggu...dan baru sekarang dia boleh pulang ke istana. Jadualnya padat sekali bulan itu. Dia pun tiada masa untuk memaklumkan perkara itu pada Thelma melalui surat. Max pun sentiasa di sisinya. Mereka rehat pun untuk makan dan minum sahaja. Sejak pengambilan rekrut baharu, mereka jadi terlalu sibuk. Walter harus ada di mana-mana. Kedatangannya adalah dimestikan. Walter tersenyum bila matanya mula melihat perkarangan istana. Hatinya teruja untuk bertemu dengan kekasih hatinya. Dia sudah tidak sabar mahu memeluk tubuh kesayangannya itu untuk melepas rindunya yang menggunung. Dia memboloskan dirinya dari kereta. Laju sahaja kakinya diatur menuju ke arah kediamannya. Dia tidak peduli maid yang lain yang menyapanya di perjalanannya tadi. Kamar peraduannya ditolak lalu menapak masuk ke dalam. Sangkanya Thelma menanti kehadirannya di dalam kamar itu tapi ianya kosong. Sunyi.Walter meliarkan pandangannya di segenap kamarnya itu. Dia berjalan mencari s

DMCA.com Protection Status