PELAJAR TERUNGGUL (BAHASA MALAYSIA)

PELAJAR TERUNGGUL (BAHASA MALAYSIA)

last updateLast Updated : 2022-03-19
By:   Iqmal Izzat  Ongoing
Language: Bahasa_melayu
goodnovel12goodnovel
10
1 rating. 1 review
20Chapters
2.8Kviews
Read
Add to library

Share:  

Report
Overview
Catalog
Leave your review on App

'Pandai bukan syarat menjadi seorang pelajar terunggul, tetapi keperibadian seseorang pelajar itu.' Kisah kehidupan seorang remaja bernama Zain bersama rakan-rakannya yang baru sahaja menginjak usia remaja. Dikala itu, Adrian yang cemburu terhadap Zain menyebabkan dia telah merencana pelbagai strategi untuk mengenakan Zain supaya dia dapat menggondol populariti 'musuh'nya itu. Tetapi, adakah ianya akan berjaya? Bagaimanakah Zain mampu menghadapinya? (Blurb bahagian 1)

View More

Latest chapter

Free Preview

BAB 1 PT

Hari yang paling dinanti-nantikan oleh Zain akhirnya tiba. Sememangnya setiap minggu, itulah hari yang paling disukainya. Sebab yang pertama adalah kerana hari Jumaat digelar penghulu segala hari ... penuh keberkatan dan kerahmatan daripada ilahi.Sebab yang kedua pula adalah kerana sesi persekolahan pada hari tersebut adalah sedikit singkat daripada hari lainnya, jadi bolehlah dia pulang awal ke rumah dan pergi ke masjid awal. Namun, hari Jumaat kali ini lebih istimewa kerana ia adalah hari terakhir persekolahan.Di kelas 6 Beta, kelihatan suasananya sedikit riuh rendah dengan pelbagai gelagat pelajarnya. Ketika itu pelbagai ragam dapat dilihat. Ada yang bergosip, bermain kad, ada juga yang bergurau senda, malah siap ada yang menyanyi!Begitulah keadaannya apabila tiada guru di dalam kelas. Mereka memang terlihat seronok meskipun keputusan UPSR mereka ada yang lulus dengan cemerlang, setakat lulus dan gagal pun ada! Ada juga yang kelihatan monyok sa...

Interesting books of the same period

Comments

user avatar
RED SCARLET
up lagi jika ada klapangan dik
2021-08-04 20:54:06
1
20 Chapters
BAB 1 PT
Hari yang paling dinanti-nantikan oleh Zain akhirnya tiba. Sememangnya setiap minggu, itulah hari yang paling disukainya. Sebab yang pertama adalah kerana hari Jumaat digelar penghulu segala hari ... penuh keberkatan dan kerahmatan daripada ilahi. Sebab yang kedua pula adalah kerana sesi persekolahan pada hari tersebut adalah sedikit singkat daripada hari lainnya, jadi bolehlah dia pulang awal ke rumah dan pergi ke masjid awal. Namun, hari Jumaat kali ini lebih istimewa kerana ia adalah hari terakhir persekolahan.Di kelas 6 Beta, kelihatan suasananya sedikit riuh rendah dengan pelbagai gelagat pelajarnya. Ketika itu pelbagai ragam dapat dilihat. Ada yang bergosip, bermain kad, ada juga yang bergurau senda, malah siap ada yang menyanyi! Begitulah keadaannya apabila tiada guru di dalam kelas. Mereka memang terlihat seronok meskipun keputusan UPSR mereka ada yang lulus dengan cemerlang, setakat lulus dan gagal pun ada! Ada juga yang kelihatan monyok sa
last updateLast Updated : 2021-07-08
Read more
BAB 2 PT
PETANG ITU, Zain masih terlentang di atas katil. Puan Siti masuk ke dalam bilik sambil menatang semangkuk bubur nasi ikan keli bersama segelas air. Plastik berisi ubat-ubatan turut dibawa bersama.  "Zain, kamu tak tukar baju lagi? Tak akanlah kamu nak pakai baju sekolah tu sampai esok," Puan Siti menghampiri Zain. Dulang itu diletakkan di atas meja belajar Zain. "Macam mana nak tukar kalau dah macam ni," Zain membangkitkan tubuhnya yang sedari tadi hanya tersembam di atas tilam. "Kamu ingat bila dah macam tu, kamu tak boleh nak berjalan ambil baju? Bangun, mak ada bawa bubur untuk kamu. Selepas ni kamu kena makan ubat," Puan Siti melabuh punggung di pinggir katil Zain. "Mak, Zain nak tanya, ayah buat Zain macam ni sebab ayah marah dengan Zain ke?" Zain bertanya sambil merenung ibunya.  "Kenapa pulak?" Berkerut kening Puan Siti mendengarkan pertanyaan anaknya itu. "Bukan apa, Zain tahu, Zain dah kecewakan mak dengan ayah sebab
last updateLast Updated : 2021-07-08
Read more
BAB 3 PT
SEAWAL jam lapan pagi, terlihat sudah ramai ibu bapa bersama anak-anak masing-masing telah tiba di sekolah untuk sesi orientasi.Pelajar lelaki memakai baju kemeja putih kosong beserta seluar hijau tua manakala pelajar perempuan memakai baju kurung dan tudung putih bagi pelajar Islam beserta kain biru muda. Bagi bukan Islam, mereka mempunyai pilihan untuk mengenakan pinafone mahupun baju kurung.Ramai pelajar bersama ibu bapa sedang beratur untuk mendaftar. Sebelum itu, para pelajar akan menyemak dahulu di kelas manakah mereka ditempatkan dengan menyemak senarai kelas yang ditampal di papan kenyataan yang telah disediakan. "Zain, kau kelas mana?" Kazirul menegur Zain yang baru sahaja selesai membuat pendaftaran. "Aku kelas 1 Inovatif. Kau?""Eh, kita sama kelas. Bolehlah kita duduk sama-sama nanti," Kazirul menepuk bahu Zain. "Ha baguslah tu, jom kita beratur dulu," ajak Zain. Pada hari itu, majlis orientasi be
last updateLast Updated : 2021-07-08
Read more
BAB 4 PT
MASJID AT-TAUBAH,ZAIN tercenung. Mindanya menerawang, mengimbau sejarah yang tidak pernah berlaku sepanjang hayatnya iaitu kehilangan seluar secara tiba-tiba dan dibelasah oleh ibu sendiri. Kisah yang mungkin lucu bagi pembaca tetapi tidak bagi Zain yang melaluinya.Dia dipaksa pulang berjalan kaki dengan mengendong buku-buku teksnya. Sampai sahaja di rumah, kakaknya iaitu Ziana mengusiknya pula menambahkan rasa tidak puas hati terhadap apa yang telah terjadi padanya."Assalamualaikum Zain." Sapa satu suara, sekaligus mematikan lamunan Zain.Zain memaling roman muka, melihat Pak Hassan yang sedang tersenyum padanya. Lelaki itu kemudian duduk di sebelah Zain."Waalaikumussalam, Pak Hassan," Zain menjawab salam. Mereka berjabat tangan."Lama tak nampak, mana pergi?" Pak Hassan memulakan kalam bicara. "Tak ada pergi mana. Adalah balik kampung sekejap tapi sebelum tu saya berpantang dulu kat rumah," balas Zain sambil tersenyum mema
last updateLast Updated : 2021-07-08
Read more
BAB 5 PT
Suasana pada pagi itu cerah dengan pancaran matahati yang menyinari seluruh pelosok bumi. Siapa sangka sebelum itu hujan telah turun dengan lebat sekitar jam lima pagi sehinggalah jam sepuluh pagi tadi. Kini walaupun bumi disinari terik matahari, persekitaran tetap terasa dingin dan nyaman. Zain, Harith dan Kazirul berjalan menuju ke Sekolah Menengah Bintang Unggul bersama-sama pada pagi itu. Jam menunjukkan 11.30 pagi.  Mereka di tingkatan satu bersekolah di sesi petang. Sekali sekala, langkah mereka tersimpang untuk mengelak lopak-lopak air yang masih bertakung di jalan raya.  "Weh, kau orang dah siap nota kepentingan mempelajari Sains yang Cikgu Aslah suruh buat semalam?" tanya Zain yang terselit diantara Harith dan Kazirul.  "Sudah," jawab Kazirul. "Kau Harith? Sudah siap nota Sains?"  "Sudah. Eh, kau orang berdua boleh tengokkan tak? Mana tahu ada yang aku lupa nak salin." Harith berkata sambil menghentikan langkahnya
last updateLast Updated : 2021-07-08
Read more
BAB 6 PT
Deringan loceng sekolah dibunyikan tepat pada waktunya. Kesemua pelajar tingkatan satu dan dua yang dari tadi berada di kawasan sekitar sekolah kini semua menuju ke arah tempat yang sama. Destinasinya di mana? Sudah tentulah dewan sekolah yang terletak di hujung bangunan tiga tingkat itu. Kelihatan ada segelintir pelajar mengambil masa dengan berjalan perlahan-lahan. Cerita yang dikongsi bersama-sama rakan-rakan tadi jelas masih belum tamat lagi. Sebahagiannya pula kelihatan bergegas-gegas tanpa ingin melengahkan waktu. Dewan yang tadinya lengang terus dimeriahkan dengan kehadiran pelajar-pelajar pada petang itu.  Pengawas-pengawas yang bertugas di situ terus menjalankan tanggungjawab masing-masing dan memerhatikan pelajar-pelajar itu. Sesekali mereka memberi amaran agar pelajar-pelajar semua tidak membuat bising. Siapa yang ingar maka dalam buku nota pengawas tersebutlah nama mereka dicatatkan.  Disebabkan hari itu bukan hari Isnin, maka perhimpuna
last updateLast Updated : 2021-07-08
Read more
BAB 7 PT
SEMENTARA pelajar lain sedang tekun menulis sinopsis tentang cerpen Oren yang mereka baru sahaja belajar tadi, Adrian dan Aiman yang terpaksa berdiri di belakang kelas tidak habis-habis menjeling ke arah Zain sambil berbisik-bisik. Zain langsung tidak mengendahkan mereka malah dia tahu, pasti mereka sedang mengutuknya puas-puas. Namun di pinggir hatinya, dia tertanya-tanya apa sebenarnya masalah Adrian? Dia terlalu sombong, riak dan suka merendah-rendahkan orang lain. Tidakkah dia sedar tiada siapa suka berkawan dengan orang yang berperangai sedemikian? Jangan katakan Adrian, Aiman pun sama!  Mungkin kerana itulah ke mana sahaja Adrian pergi pasti hanya Aiman sahaja yang menemaninya dan begitulah juga disebaliknya.  "Adrian, Aiman! Jangan nak bercakap sahaja! Cepat siapkan sinopsis!" Suara lantang Cikgu Suraya bergema secara mengejut di dalam kelas itu. Tersentak semua penghuni kelas itu hanya kerana Aiman dan Adrian yang membuat hal. Terkes
last updateLast Updated : 2021-07-08
Read more
BAB 8 PT
Sedar tak sedar, sudah pertengahan bulan Mac. Rasa sekejap sahaja masa berlalu dan kini tiba masanya para pelajar SMBU (Sekolah Menengah Bintang Unggul) menghadapi peperiksaan awal tahun atau ujian 1. Pastinya para pelajar akan mengulangkaji subjek-subjek yang telah dipelajari sebelum menjawab kertas peperiksaan. Banyak ragam yang dapat dilihat, ada yang ulangkaji saat-saat akhir, ada yang bertawakal malah santai-santai pun sahaja. Zain kelihatan tenang. Dia tidak terlalu kelam-kabut bahkan dia sudah membuat jadual waktu sendiri di rumah. Telefonnya juga disimpan di dalam sebuah almari berkunci dan kuncinya pula diserahkan pada ayahnya.  Hari-hari peperiksaan berjalan lancar. Satu persatu kertas soalan dijawab sehingga tamat minggu peperiksaan. Di sekolah menengah, Zain tahu bahawa dia mempunyai ramai saingan, disebabkan itu, dia cuma berharap agar keputusannya tidak menghampakan. "Akhirnya, dapat juga kita habiskan minggu peperiksaan dengan tena
last updateLast Updated : 2021-07-08
Read more
BAB 9 PT
"Tolong? Tolong apa?" Adrian lantas berkalih ke arah Nadzri bersama kerutan di kening sabitnya."Ingat lagi tak perhimpunan hari Isnin lepas?" tanya Nadzri."Ingat? Tapi apa kena-mengena aku dengan perhimpunan Isnin lepas?" soal Adrian. "Ha, soalan yang bagus," kata Nadzri sambil memetik jari, "Kau perasan tak ada cikgu ada panggil beberapa orang ke tepi dewan? Perasan tak?" lanjut Nadzri seraya menunding jari ke arah Adrian."Perasan. Aku nampak kau dengan Zain," kata Zain sambil mengisar bebola mata ketika menyebut nama Zain. Meluat betul gayanya. "Ha, perasan pun. Kita orang dipanggil hari tu sebab cikgu bagi kita orang satu surat tawaran. Surat tawaran menjadi pengawas sekolah," Nadzri memberitahu. "Jadi? Apa kena mengena dengan aku? Kau nak denda aku? Tulis nama aku? Begitu? Sudahlah kau!" Adrian berkata dengan nada marah lalu bingkas dari situ."Eh sabar dulu! Aku tak habis cakap lagi. Duduk dulu," lantas Nadzr
last updateLast Updated : 2021-07-08
Read more
BAB 10 PT
Buat kali pertama dalam hidupnya dilantik sebagai pengawas sekolah. Setelah beberapa minggu menjadi pengawas percubaan, kini dia menyarung baju kemeja bewarna biru dan seluar biru tua dan dikemaskan lagi dengan tali leher. Disebabkan dia masih belum punya pengalaman dalam menggalas tugas tersebut, maka dia akan sentiasa bertugas bersama Helmi yang sudah menggalas tugas itu sejak berada di darjah empat."Bertuahlah kau, masa sekolah rendah dah pegang jawatan pengawas, masuk sekolah menengah, pegang jawatan lagi sekali," Zain menepuk bahu Helmi ketika mereka sedang bertugas di pintu pagar sekolah. "Dah rezeki, nak buat macam mana " Helmi tersenyum manis bak syakar mendengarkan kata-kata Zain.Sekarang, mereka sudah sebulan menggalas tugas sebagai pengawas sekolah. Kadang-kala ada yang meluahkan kekecewaan kerana tidak dapat menjadi pengawas walaupun sangat berakhlak dan berdisiplin.Zain tidak mudah terasa dan sombong malah memberikan mer
last updateLast Updated : 2021-07-08
Read more
DMCA.com Protection Status