PETANG ITU, Zain masih terlentang di atas katil. Puan Siti masuk ke dalam bilik sambil menatang semangkuk bubur nasi ikan keli bersama segelas air. Plastik berisi ubat-ubatan turut dibawa bersama. "Zain, kamu tak tukar baju lagi? Tak akanlah kamu nak pakai baju sekolah tu sampai esok," Puan Siti menghampiri Zain. Dulang itu diletakkan di atas meja belajar Zain. "Macam mana nak tukar kalau dah macam ni," Zain membangkitkan tubuhnya yang sedari tadi hanya tersembam di atas tilam. "Kamu ingat bila dah macam tu, kamu tak boleh nak berjalan ambil baju? Bangun, mak ada bawa bubur untuk kamu. Selepas ni kamu kena makan ubat," Puan Siti melabuh punggung di pinggir katil Zain. "Mak, Zain nak tanya, ayah buat Zain macam ni sebab ayah marah dengan Zain ke?" Zain bertanya sambil merenung ibunya. "Kenapa pulak?" Berkerut kening Puan Siti mendengarkan pertanyaan anaknya itu. "Bukan apa, Zain tahu, Zain dah kecewakan mak dengan ayah sebab
Read more