SEAWAL jam lapan pagi, terlihat sudah ramai ibu bapa bersama anak-anak masing-masing telah tiba di sekolah untuk sesi orientasi.
Pelajar lelaki memakai baju kemeja putih kosong beserta seluar hijau tua manakala pelajar perempuan memakai baju kurung dan tudung putih bagi pelajar Islam beserta kain biru muda. Bagi bukan Islam, mereka mempunyai pilihan untuk mengenakan pinafone mahupun baju kurung.
Ramai pelajar bersama ibu bapa sedang beratur untuk mendaftar. Sebelum itu, para pelajar akan menyemak dahulu di kelas manakah mereka ditempatkan dengan menyemak senarai kelas yang ditampal di papan kenyataan yang telah disediakan.
"Zain, kau kelas mana?" Kazirul menegur Zain yang baru sahaja selesai membuat pendaftaran.
"Aku kelas 1 Inovatif. Kau?"
"Eh, kita sama kelas. Bolehlah kita duduk sama-sama nanti," Kazirul menepuk bahu Zain.
"Ha baguslah tu, jom kita beratur dulu," ajak Zain.
Pada hari itu, majlis orientasi berjalan lancar. Sesi taklimat daripada pengetua dan pengerusi PIBG untuk para ibu bapa berlangsung di dewan sekolah. Sementara itu, para murid dibawa ke kelas mereka.
Selain Zain dan Kazirul, ada juga beberapa rakan mereka dari sekolah rendah yang sama, bahkan sekelas dengan mereka. Antaranya ialah Harith, Hana, Mona dan Faridah. Mereka berenam merupakan antara pelajar yang pintar, juga satu kelas.
Mereka juga antara pelajar top 10 di sekolah lama mereka. Jadi tidak mustahillah mereka ditempatkan di kelas top 3.
Rakan-rakan Zain yang berlima ini semuanya mencapai keputusan UPSR yang cemerlang, dia sahaja yang ganjil, Setakat cukup-cukup makan. Tetapi baginya 3A 3B sudah memadai daripada gred E.
Jika diikutkan perancangan keluarga mereka, masing-masing mahu dihantar ke sekolah berasrama, tetapi ia terasa begitu awal kerana mereka anak bongsu malah belum puas lagi untuk bermanja bersama kedua orang tua.
Mereka juga mempunyai identiti yang hampir serupa, iaitu rajin. Suruhlah apa-apa, terus mereka bertukar menjadi lipas kudung. Adakah ini kebetulan?
"Uish, tak sangka kita berenam sama sekolah dan sekelas," Harith berkata pada Zain dan Kazirul yang duduk di meja hadapannya.
"Haah, macam kebetulan. Kan Zain?" Kazirul membalas lalu berkalih, memandang Zain di sebelahnya. Zain hanya mengangguk.
Di dalam kelas, mereka berkenalan dengan guru dan pelajar-pelajar yang lain. Guru kelas mereka ialah Cikgu Suraya. Cikgu yang manis dan cantik rupanya bak bidadari. Jika ditenung lama-lama, risau melebur macam ais pula nanti!
Ketua kelas juga AJK telah dilantik. Ketua kelas 1 Inovatif tahun ini ialah Adrian, seorang remaja lelaki berketurunan Melayu-Amerika. Sebelum ini dia bersekolah di Amerika, tetapi atas urusan keluarga di Malaysia, dia berpindah ke sini.
Taklimat di dewan telah selesai, para ibu bapa segera ke kelas anak masing-masing untuk urusan pembayaran buku.
"Fuh, Adrian tu hensem doh. Kalau aku dapat ni, hmm ... nyum, nyum." Mona mengelamun sendiri, menopang dagu sambil merenung Adrian.
"Oi Mona! Kau mengelamun apa? Agak-agaklah kalau nak mengelamun sekalipun. Malulah orang tengok perangai kau macam ini," Idah (Faridah) menepuk bahu Mona.
Mona tersentak.
"Hak alah kau ni, potong stim betullah. Aku baru je nak mengetahui kesedapan si Adrian tu, kau kacau aku pula," Mona mengomel.
"Hah? Kesedapan apa pula kau ni Mona? Lailahaillah ..." Idah mengucap terus tatkala mendengarkan kata-kata Mona itu.
"Kau jangan macam-macam, Mona. Aku tahulah kau tengok dan layan anime tu. Adoilah ... bawalah bertaubat wahai sahabatku Mona ..." tiba-tiba Hana bersuara lalu menghampiri Mona.
"Bertaubatlah ... bertaubatlah ..." Hana dan Idah mengawang-awangkan tangan di hadapan Idah.
"Oi! Kau orang ni dah kenapa?" Lantas Mona menepuk meja.
"Aku fikirkan bagaimana rasanya kehenseman di Adrian tu. Yang kau orang kaitkan aku dengan anime tu dah kenapa? Aku bukannya tengok anime lucah. Agak-agak ah," gusar Mona.
"Oi, sudahlah tu, mak kau orang ada kat sini, baik kau orang pergi daripada terus bergaduh kat sini," Zain menegur mereka.
Mereka bertiga merenung Zain tajam. Tajamnya renungan itu umpama jarum yang halus dan menyakitkan jika dicucuk pada tangan. Zain menjuih bibir sebagai penunjuk arah. Pandangan tajam tiga gadis itu bertukar hala.
Ketiga-tiga mereka terus berpecah lalu mendapatkan ibu masing-masing. Zain memerhatikan sahaja gelagat tiga sekawan itu.
Puan Siti sudah selesai membuat bayaran, tetapi dia tidak boleh membawa anaknya pulang lagi.
Selepas ini para pelajar akan turun ke bilik SPBT untuk mengambil buku teks. Sekarang pelajar 1 Inovatif hanya perlu menunggu pengawas bertugas memanggil mereka turun.
Sebaik dipanggil, para pelajar 1 Inovatif turun ke bilik SPBT. Dari atas, Puan Siti memerhatikan sahaja gelagat anaknya yang sedang berketawa bersama rakannya.
"Seronok betul kamu bila ada kawan ya," Puan Siti tersengih, sambil ekor matanya memerhatikan Zain dari koridor kelas.
Para ibu bapa sudah dibenarkan membawa anak mereka pulang. 14 buah buku teks dimasukkan ke dalam beg lalu disandang. Mereka mengorak langkah ke pintu pagar sekolah."Zain, berat tu, boleh bawa tak? Kalau tidak mak bawakan separuh," Puan Siti bertanya.
"Boleh ... Anak mak ni kan kuat," jawab Zain yakin. Jika dia menjawab tidak boleh, jatuhlah maruahnya sebagai seorang lelaki nanti.
"Yalah, anak mak ni kan baru lepas bersunat ... Kalau tidak, bakul baju pun tak terangkat sebab tak cukup matang," Puan Siti berseloroh walakin dia tahu Zain tidaklah terlalu lemah sehinggakan bakul baju pun tidak terangkat.
"Hish mak ni, mana ada sampai macam itu sekali. Ada baik juga ayah tiba-tiba bawa Zain pergi bersunat hari tu. Mak tengoklah, anak mak ni dah tak semanja dulu," Zain mencuit lengan ibunya.
"Ish, dah tak manja tapi dah ganas," Puan Siti mengusap lengannya yang sakit dicuit oleh anaknya.
Zain tiba-tiba mematikan langkah, "Mak. Zain nak buang air dulu, boleh? Sebab daripada tadi sebenarnya Zain tahan,"
"Masa orang nak balik, masa itulah kamu nak buang air. Cepat sikit, mak tunggu kat sini,"
Zain segera meletakkan begnya di atas bangku berhampiran, kemudiannya berlari anak ke tandas berhampiran.
Zain terus menyerbu masuk ke dalam tandas. Pintu segera dikunci dan kasut pula ditanggalkan untuk memudahkan dia menanggalkan seluar.
Seluar tergantung, tetapi pemakainya kencing berdiri, itulah masalah seseorang yang baru hendak matang ini.
Zain leka melepaskan air yang tidak putus-putus sehingga tidak sedar ada tangan menyusur masuk dari atas dan mengambil seluarnya.
Getah paip dicapai lalu dia mencuci dengan air yang mengalir perlahan. Dia meraba-raba dinding tempatnya menyangkut seluar sebentar tadi, tetapi seluarnya hilang.
"Eh? Mana perginya pula seluar aku ni? Tak akanlah aku nak keluar dengan keadaan begini?" Zain amat terkejut ketika itu.
"Tak akanlah seluar pun nak curi kut ... Tadi aku masuk bukannya ada orang. Aduh, macam mana ni," Zain mula dihurung buntu. Tergaru-garu kepalanya memikirkan rasa resah yang membelit diri.
"Lamanya anak aku ni buang air. Buang air besar ke apa?" Puan Siti tertanya-tanya. Jam di pergelangan tangan dikerling sekilas, sudah sepuluh minit dia menunggu."Puan, tunggu siapa kat sini?" tegur seorang guru.
"Eh, Cikgu Suraya. Saya tunggu anak saya, Zain. Katanya pergi tandas, tapi sudah sepuluh minit saya tunggu, tak sampai-sampai lagi," Puan Siti memberitahu.
"Oh ya ke, seluar ni seluar anak puan ke? Sebab ada tanda nama 'Zain' dekat seluar ni," Cikgu Suraya menghulurkan sehelai seluar hijau kepada Puan Siti.
"Eh, mana cikgu jumpa ni?" Puan Siti bertanya.
"Luar kelas, terlipat kemas atas tong sampah," jawab Cikgu Suraya.
"Macam mana pula seluar anak saya boleh ada kat sana? Dia tanggal seluar kat luar kelas ke apa?" Puan Siti mula mengarut.
"Eh. Gila ke apa murid baru sekolah ni nak buat hal. Saya rasa baik puan pergi ke tandas, entah-entah ada gangguan mistik yang mengganggu anak puan ni,"
"Gangguan mistik?" Puan Siti mengerutkan kening.
"Saya pun tak pasti. Banyak aduan daripada pelajar kami terima berkenaan perkara ini. Rasanya mungkin ada pelajar lain yang mahu bergurau dengan anak puan kut," jelas Cikgu Suraya.
"Yalah cikgu, saya pergi sekarang ya," Puan Siti mula mengatur langkah, meninggalkan Cikgu Suraya di situ.
"Apalah nasib aku hari ini. Terpaksa berkurung dalam tandas dalam keadaan macam ni," Zain merintih sendiri sambil duduk di dalam tandas.Tiba-tiba dia dikejutkan dengan bunyi ketukkan pintu. Zain mula berasa takut. Badannya mengigil-gigil. Dia mengetap gigi sambil merapatkan tubuhnya di penjuru tandas.
"Zain! Buka pintu ni!" suara itu menyeru namanya, bersilih ganti dengan bunyi ketukan pintu.
Zain mengorak sila lalu menapak menghampiri pintu tandas. Terketar-ketar tangannya ketika ingin membuka pintu. Sebaik pengunci pintu dibuka, pintu terus tertolak dan ...
"Ah hantu!" Zain berteriak sambil menutup mukanya dengan lengan tangan. Serentak itu, dia tidak sengaja terpancutkan air kencing dan hampir terkena peha kaki kanan Puan Siti.
Puan Siti lantas mengelak. Mujurlah pancutan mengejut itu tidak mengenai seluarnya, tetapi terkena pada selipar berjenamanya.
"Zain! Tengoklah, habis selipar mak kena kencing kamu. Kamu ni memang nak kena!"
Puan Siti mencekak kolar baju anaknya dengan tangan kirinya sehingga Zain tersandar rapat pada dinding. Tangan kanannya memulas-mulas anaknya kerana terlalu geram.
"Mak! Jangan mak! Sakit!" Zain menjerit meronta-ronta. Dia masih tidak mahu dilepaskan oleh Puan Siti bahkan tidak hirau pun jika terjadi apa-apa pada luka yang baru sembuh itu.
Di tandas bersebelahan tempat berlaku pergelutan, terdapat kelibat seseorang. Tidak pasti sama ada dia manusia ataupun bukan.
MASJID AT-TAUBAH,ZAIN tercenung. Mindanya menerawang, mengimbau sejarah yang tidak pernah berlaku sepanjang hayatnya iaitu kehilangan seluar secara tiba-tiba dan dibelasah oleh ibu sendiri. Kisah yang mungkin lucu bagi pembaca tetapi tidak bagi Zain yang melaluinya.Dia dipaksa pulang berjalan kaki dengan mengendong buku-buku teksnya. Sampai sahaja di rumah, kakaknya iaitu Ziana mengusiknya pula menambahkan rasa tidak puas hati terhadap apa yang telah terjadi padanya."Assalamualaikum Zain." Sapa satu suara, sekaligus mematikan lamunan Zain.Zain memaling roman muka, melihat Pak Hassan yang sedang tersenyum padanya. Lelaki itu kemudian duduk di sebelah Zain."Waalaikumussalam, Pak Hassan," Zain menjawab salam. Mereka berjabat tangan."Lama tak nampak, mana pergi?" Pak Hassan memulakan kalam bicara."Tak ada pergi mana. Adalah balik kampung sekejap tapi sebelum tu saya berpantang dulu kat rumah," balas Zain sambil tersenyum mema
Suasana pada pagi itu cerah dengan pancaran matahati yang menyinari seluruh pelosok bumi. Siapa sangka sebelum itu hujan telah turun dengan lebat sekitar jam lima pagi sehinggalah jam sepuluh pagi tadi. Kini walaupun bumi disinari terik matahari, persekitaran tetap terasa dingin dan nyaman. Zain, Harith dan Kazirul berjalan menuju ke Sekolah Menengah Bintang Unggul bersama-sama pada pagi itu. Jam menunjukkan 11.30 pagi. Mereka di tingkatan satu bersekolah di sesi petang. Sekali sekala, langkah mereka tersimpang untuk mengelak lopak-lopak air yang masih bertakung di jalan raya. "Weh, kau orang dah siap nota kepentingan mempelajari Sains yang Cikgu Aslah suruh buat semalam?" tanya Zain yang terselit diantara Harith dan Kazirul. "Sudah," jawab Kazirul. "Kau Harith? Sudah siap nota Sains?" "Sudah. Eh, kau orang berdua boleh tengokkan tak? Mana tahu ada yang aku lupa nak salin." Harith berkata sambil menghentikan langkahnya
Deringan loceng sekolah dibunyikan tepat pada waktunya. Kesemua pelajar tingkatan satu dan dua yang dari tadi berada di kawasan sekitar sekolah kini semua menuju ke arah tempat yang sama. Destinasinya di mana? Sudah tentulah dewan sekolah yang terletak di hujung bangunan tiga tingkat itu. Kelihatan ada segelintir pelajar mengambil masa dengan berjalan perlahan-lahan. Cerita yang dikongsi bersama-sama rakan-rakan tadi jelas masih belum tamat lagi. Sebahagiannya pula kelihatan bergegas-gegas tanpa ingin melengahkan waktu. Dewan yang tadinya lengang terus dimeriahkan dengan kehadiran pelajar-pelajar pada petang itu. Pengawas-pengawas yang bertugas di situ terus menjalankan tanggungjawab masing-masing dan memerhatikan pelajar-pelajar itu. Sesekali mereka memberi amaran agar pelajar-pelajar semua tidak membuat bising. Siapa yang ingar maka dalam buku nota pengawas tersebutlah nama mereka dicatatkan. Disebabkan hari itu bukan hari Isnin, maka perhimpuna
SEMENTARA pelajar lain sedang tekun menulis sinopsis tentang cerpen Oren yang mereka baru sahaja belajar tadi, Adrian dan Aiman yang terpaksa berdiri di belakang kelas tidak habis-habis menjeling ke arah Zain sambil berbisik-bisik. Zain langsung tidak mengendahkan mereka malah dia tahu, pasti mereka sedang mengutuknya puas-puas. Namun di pinggir hatinya, dia tertanya-tanya apa sebenarnya masalah Adrian? Dia terlalu sombong, riak dan suka merendah-rendahkan orang lain. Tidakkah dia sedar tiada siapa suka berkawan dengan orang yang berperangai sedemikian? Jangan katakan Adrian, Aiman pun sama! Mungkin kerana itulah ke mana sahaja Adrian pergi pasti hanya Aiman sahaja yang menemaninya dan begitulah juga disebaliknya. "Adrian, Aiman! Jangan nak bercakap sahaja! Cepat siapkan sinopsis!" Suara lantang Cikgu Suraya bergema secara mengejut di dalam kelas itu. Tersentak semua penghuni kelas itu hanya kerana Aiman dan Adrian yang membuat hal. Terkes
Sedar tak sedar, sudah pertengahan bulan Mac. Rasa sekejap sahaja masa berlalu dan kini tiba masanya para pelajar SMBU (Sekolah Menengah Bintang Unggul) menghadapi peperiksaan awal tahun atau ujian 1. Pastinya para pelajar akan mengulangkaji subjek-subjek yang telah dipelajari sebelum menjawab kertas peperiksaan. Banyak ragam yang dapat dilihat, ada yang ulangkaji saat-saat akhir, ada yang bertawakal malah santai-santai pun sahaja. Zain kelihatan tenang. Dia tidak terlalu kelam-kabut bahkan dia sudah membuat jadual waktu sendiri di rumah. Telefonnya juga disimpan di dalam sebuah almari berkunci dan kuncinya pula diserahkan pada ayahnya. Hari-hari peperiksaan berjalan lancar. Satu persatu kertas soalan dijawab sehingga tamat minggu peperiksaan. Di sekolah menengah, Zain tahu bahawa dia mempunyai ramai saingan, disebabkan itu, dia cuma berharap agar keputusannya tidak menghampakan. "Akhirnya, dapat juga kita habiskan minggu peperiksaan dengan tena
"Tolong? Tolong apa?" Adrian lantas berkalih ke arah Nadzri bersama kerutan di kening sabitnya."Ingat lagi tak perhimpunan hari Isnin lepas?" tanya Nadzri."Ingat? Tapi apa kena-mengena aku dengan perhimpunan Isnin lepas?" soal Adrian."Ha, soalan yang bagus," kata Nadzri sambil memetik jari, "Kau perasan tak ada cikgu ada panggil beberapa orang ke tepi dewan? Perasan tak?" lanjut Nadzri seraya menunding jari ke arah Adrian."Perasan. Aku nampak kau dengan Zain," kata Zain sambil mengisar bebola mata ketika menyebut nama Zain. Meluat betul gayanya."Ha, perasan pun. Kita orang dipanggil hari tu sebab cikgu bagi kita orang satu surat tawaran. Surat tawaran menjadi pengawas sekolah," Nadzri memberitahu."Jadi? Apa kena mengena dengan aku? Kau nak denda aku? Tulis nama aku? Begitu? Sudahlah kau!" Adrian berkata dengan nada marah lalu bingkas dari situ."Eh sabar dulu! Aku tak habis cakap lagi. Duduk dulu," lantas Nadzr
Buat kali pertama dalam hidupnya dilantik sebagai pengawas sekolah. Setelah beberapa minggu menjadi pengawas percubaan, kini dia menyarung baju kemeja bewarna biru dan seluar biru tua dan dikemaskan lagi dengan tali leher.Disebabkan dia masih belum punya pengalaman dalam menggalas tugas tersebut, maka dia akan sentiasa bertugas bersama Helmi yang sudah menggalas tugas itu sejak berada di darjah empat."Bertuahlah kau, masa sekolah rendah dah pegang jawatan pengawas, masuk sekolah menengah, pegang jawatan lagi sekali," Zain menepuk bahu Helmi ketika mereka sedang bertugas di pintu pagar sekolah."Dah rezeki, nak buat macam mana " Helmi tersenyum manis bak syakar mendengarkan kata-kata Zain.Sekarang, mereka sudah sebulan menggalas tugas sebagai pengawas sekolah. Kadang-kala ada yang meluahkan kekecewaan kerana tidak dapat menjadi pengawas walaupun sangat berakhlak dan berdisiplin.Zain tidak mudah terasa dan sombong malah memberikan mer
Pintu kereta bahagian belakang yang membawa Adrian terpelangah. Dalam pada masa yang sama, Adrian keluar dari perut kereta. Pintu ditutup lalu kereta pacuan empat roda itu bergerak meninggalkan sekolah itu.Adrian berjalan mendekati pondok pengawal. Di situ, seorang pengawas sedang duduk di kerusi yang terletak di sebelah meja buku kehadiran pelawat. Nadzrin, dia duduk di situ untuk menantikan ketibaan Adrian."Ha, sampai pun kau!" lantas Nadzrin membingkas dari kerusi, melangkah menghampiri Adrian."Ha, aku lupa nak tanya, macam mana dengan perancangan kau tu? Berjalan ke tidak?" Adrian terus bertanya."Ala, sabar dulu. Benda baru nak mula ... Kau pun aku tengok dah mula ramai orang nak berkawan dengan kau. Cikgu-cikgu pun dah nampak mula okey dengan kau," ujar Nadzri seraya berjalan beriringan ke dewan bersama Adrian."Ini semua dari perancangan kau tau. Kalau kau tak ada, mungkin aku dah tewas terus dah. Tapi, bila kau na
ALIRAN angin bernafas lembut. Terasa hangat apabila digauli dengan terik sinar matahari. Hari ini Dhani datang awal ke sekolah dengan dua tujuan. Pertama, mengambil seluar sekolahnya yang tertinggal dan yang kedua, menuntut ilmu macam biasa.“Belajar elok-elok, niat kerana Allah.” Encik Shaari berpesan.“Baik, ayah.” Dhani sekadar menguntum senyum. Tidak akan pernah jemu telinganya ditadahkan dengan nasihat dan pesanan yang dititipkan untuk kebaikannya.Melangkah masuk ke dalam sekolah, beg sekolah terus diletakkan di dewan. Kawasan sekolah diteroka untuk mencari Pak Cik Sahak, pastinya lelaki itu telah menunggu kehadirannya sejak semalam kerana janji telah termeterai.“Pak cik, pak cik!” Menjerit-jerit Dhani apabila kelibat Pak Cik Sahak berjaya ditangkap oleh pandangan matanya.“Ha, pak cik ingatkan kamu dah tak nak seluar tu lagi. Lama pak cik tunggu semalam. Siap ada yang tanya seluar t
SEMANGAT. Sukar untuk digambarkan perasaan itu melalui bait-bait bicara mahupun aksara. Setelah sebulan bercuti panjang, kini lembaran tahun baharu sudah dibuka. Sekaligus menutup lembaran tahun lalu.Zain masih setia menanti kehadiran rakan-rakannya di perhentian bas yang berlokasi di pintu masuk utama kawasan perumahan Taman Unggul. Dikerling jam yang tersarung pada pergelangan tangannya. 11.30 minit pagi. Kelibat yang ditunggu masih belum berkunjung tiba.Sebuah kereta Honda HR-V menyapa pandangan matanya. Zain bingkas berdiri. Senyuman tersibak di bibir melihatkan kereta itu menghampiri perhentian bas yang dihuninya.“Zain, marilah naik! Belakang ada ruang untuk kau tumpang sekali.” Melangsing tinggi suara Adrian sejurus tingkap kereta bahagian depan diturunkan.“Eh, tapi Harith dengan Kazirul belum sampai lagi. Tak akanlah aku nak tinggalkan dia orang pula.” Rasa gembira, sudah tentu berakar di perdu hatinya. Tetapi mengingatk
"Kau orang tunggu sini, biar aku pergi dulu. Aku pasti dia ada di sekitar belakang semak ni," kata Zain pada rakan-rakannya. Rakan-rakannya hanya membalas dengan anggukkan kepala. Tetapi itu tidak memberi istilah 'relaks' kerana mereka perlu bersiap sedia dan bertindak jika berlaku apa-apa terhadap Zain. HARITH tidak mampu meloloskan diri. Dia yang terduduk di sebatang pokok sudah diikat kaki dan tangannya. "Kau ingat kau boleh senang-senang nak dapatkan Zain? Kalau kau nak tahu, dia pernah belajar silat kat kampung dia. Sekali dia sampai, jangan haraplah kau akan terlepas." Kata Harith pada Adrian yang tercegat tidak jauh darinya. Adrian berkalih, langkahnya diatur tenang menghampiri Harith. Wajah Harith dijenaki. "Relaks, Zain kan profesional orangnya, tak akanlah dia nak pukul aku kalau nampak kau okey, tak ada cedera apa-apa. Aku cuma mahukan populariti dia saja, bukannya nak suruh dia berambus dari sekolah tu!"
Hana melenggung memandang kertas lukisannya. Kertas yang asalnya suci bersih, kini telah bertukar warna pudar. Di atasnya penuh dengan habuk-habuk pemadam. Dia terkurung di penjara masalah, mengapa kali ini dirinya terlalu sukar untuk menyiapkan tugasan melukis poster yang diberikan oleh Cikgu Fatimah? Walhal benda senang kut. "Ish, geramnya aku!" Hana merentap pemadamnya lalu diseka permukaan kertas lukisan itu dengan kasar sehingga terkoyak. "Alamak!" Kertas yang telah berlubang itu diangkat. Hana menoleh Faridah di sebelah sambil mengernyih. Faridah menoleh memandang Hana. Melihatkan Hana mengangkat kertas lukisan yang berlubang sambil tersengih merenungnya, Faridah menepuk dahi. Daripada riak wajah Faridah, pasti akan berdesing telinganya jika Faridah membelu-belai. Mana tidaknya, Faridah sudah memberikan tiga helai kertas lukisan pada Hana, tetapi tiga-tiga habis berlubang. "Astagfirullahal-Adzim, Hana ...
SEJAK perkenalan Adrian dan Yana, hubungan mereka semakin lama semakin erat. Setiap kali sebelum masuk sekolah, memang tidak sah jika tidak bertemu di taman tasik, dah macam suami isteri!Sepanjang persahabatan mereka juga, corak kehidupannya semakin berubah. Adrian amat gembira. Dalam pada itu, Adrian dan Yana semakin ramai kawan, namun tugasnya sebagai seorang pelajar tetap dia utamakan demi cita-cita dan masa depan.Oh ya, juga untuk mengekalkan kedudukan nombor satu di peperiksaan akan datang untuk mengalahkan pesaing utamanya, Zain.Sementara itu, Shah Huanran dan Faris pula terasa dipinggirkan sahabat sendiri. Kadang-kadang, rasa menyesal pun ada. Menyesal kerana mengajak Adrian untuk melepak di taman tasik itu.Namun, hubungan Adrian dan Yana tidak bertahan lama. Satu peristiwa duka berlaku dalam hidup mereka.Mereka ralit berbual sesama sendiri di bawah limbu pohon-pohon menghijau. Mereka tertawa dan bercanda bersama
RINTIK-RINTIK hujan di perkarangan sekolah masih belum reda. Namun begitu, keriuhan penghuni-penghuninya masih belum padam. Suasana masih rancak. Adrian duduk keseorangan melayani diri. Pen di tangan dipusing-pusing, buku modul di hadapan masih suci dengan contengan dakwat pen."Apa yang dimenungkan tu, Adrian? Kau nak kena marah ke sebab tak siapkan kerja," getus satu suara.Mendengar suara itu, Adrian terkejut dan tergamam seketika. Dia memandang ke belakang, ke arah suara yang menegurnya."Oh, kau Ana. Ingatkan siapa tadi," balas Adrian menyambut sapaan Ana."Mengapa Adrian? Aku tengok kau ni diam semacam saja? Kau terdiam sebab soalan susah, atau kau dah tak sabar-sabar nak balik?" tanya Ana, cuba mengorek rahsia."Tak ada apa-apa. Biasa saja. Soalan ni pun bukannya susah mana untuk aku," jawab Adrian.Tiba-tiba perbualan mereka terhenti oleh deringan loceng yang menandakan waktu belajar telah tamat dan tiba masa untuk pulang. Adri
Sejak peristiwa salah gam kasut di bab lepas, Nadzri sudah tidak mahu membantu Adrian lagi. Dia merajuk. Habis rosak kasutnya. Mujurlah itu kasut lamanya. Jika tidak, pasti Adrian perlu menggantikannya.Disebabkan Nadzri sudah tidak mahu membantunya lagi, terpaksalah dia menggunakan cara lain. Sama ada cara kekerasan atau cara lembut, itu perancangannya. Dia akan berusaha sehingga berjaya.Di sekolah, dia tidak menunjukkan sebarang reaksi untuk menjalankan perancangan malah kelakuannya seperti murid lain, biasa saja. Dia juga mula bergaul dengan rakan-rakan yang lain yang mahu rapat dengannya.Aiman, kemudiannya Nadzri dan setelah itu Syah Huanran dan Faris. Mereka berdua bukanlah pelajar yang cemerlang dalam pelajaran, keputusan pun sekadar ala-ala kadar sahaja tetapi apa yang membuatkan Adrian mudah serasi dengan mereka ialah kerana mereka mudah menerimanya menjadi kawan.
ZAIN merenung langit dan suasana di persekitaran kawasan bersebelahan kantin. Pokok-pokok bunga yang ditanam menyejukkan mata yang memandang. Semak-samun juga kelihatan kemas dan tersusun, maklumlah baru dicantas."Zain, jauh termenung," tegur Helmi yang sudah lama duduk di sebelah Zain, tanpa disedari."Tak adalah," Zain menafikan seraya tersenyum memandang Helmi. "Malas nak borak."Helmi tersenyum sinis mendengar kata-kata Zain dan kemudian mengangguk. "Aku faham tapi termenung tu janganlah sampai lupa tugas kau, nanti tak fasal-fasal ada pula yang ambil kesempatan untuk lucutkan jawatan kau."Selepas itu Helmi bangun meninggalkan Zain. Zain menceber bibir. Diperhatikan sahaja gerak-geri Helmi yang sedang berjalan itu. Memanglah dia tahu akan tugasnya, tetapi tidak salahkan jika mahu mengelamun seketika.Jika Zain dan Helmi selalu melekat semasa bertugas, begitu jugalah Adrian dan Nadzri. Sambil mendahar, sambil Adrian menemani Nadzri
ZAIN berlari pantas menuju ke bawah pohon ketapang. Di situ, rakan-rakannya yang berlima itu sudah menunggu. Sebaik sahaja Zain tiba, Kazirul terus menarik lengan Zain supaya membongkok. Dia hanya menurut sahaja tanpa membantah. "Ha, sampai pun kau. Kenapa kau lambat?" Harith bertanya setelah berkelit di balik bangku tempat duduk. "Sorry geng. Aku sakit perut tadi." jawab Zain. "Okey, kereta tu dah pergi," kata Kazirul yang sedari tadi ralit mengendap. “Mana?” soal Zain. Meliar anak matanya mencari kereta yang dimaksudkan. “Kat sana, tadi,” jawab Hana sambil menunding jari jauh ke arah simpang sana. "Ada dua orang lelaki dalam kereta tu tadi, tapi lelaki gila tu dah masuk ke rumah.” lanjutnya. Zain menghela nafas panjang. Kehadiran Zain yang tergesa-gesa tadi pasti berbahaya kepada mereka berenam yang mahu mengintip, mujurlah Kazirul cepat bertindak sebentar tadi. “Apa kita nak tunggu lagi?” soal Zain tiba-tiba, sekaligus