Sejak peristiwa salah gam kasut di bab lepas, Nadzri sudah tidak mahu membantu Adrian lagi. Dia merajuk. Habis rosak kasutnya. Mujurlah itu kasut lamanya. Jika tidak, pasti Adrian perlu menggantikannya.
Disebabkan Nadzri sudah tidak mahu membantunya lagi, terpaksalah dia menggunakan cara lain. Sama ada cara kekerasan atau cara lembut, itu perancangannya. Dia akan berusaha sehingga berjaya.
Di sekolah, dia tidak menunjukkan sebarang reaksi untuk menjalankan perancangan malah kelakuannya seperti murid lain, biasa saja. Dia juga mula bergaul dengan rakan-rakan yang lain yang mahu rapat dengannya.
Aiman, kemudiannya Nadzri dan setelah itu Syah Huanran dan Faris. Mereka berdua bukanlah pelajar yang cemerlang dalam pelajaran, keputusan pun sekadar ala-ala kadar sahaja tetapi apa yang membuatkan Adrian mudah serasi dengan mereka ialah kerana mereka mudah menerimanya menjadi kawan.
RINTIK-RINTIK hujan di perkarangan sekolah masih belum reda. Namun begitu, keriuhan penghuni-penghuninya masih belum padam. Suasana masih rancak. Adrian duduk keseorangan melayani diri. Pen di tangan dipusing-pusing, buku modul di hadapan masih suci dengan contengan dakwat pen."Apa yang dimenungkan tu, Adrian? Kau nak kena marah ke sebab tak siapkan kerja," getus satu suara.Mendengar suara itu, Adrian terkejut dan tergamam seketika. Dia memandang ke belakang, ke arah suara yang menegurnya."Oh, kau Ana. Ingatkan siapa tadi," balas Adrian menyambut sapaan Ana."Mengapa Adrian? Aku tengok kau ni diam semacam saja? Kau terdiam sebab soalan susah, atau kau dah tak sabar-sabar nak balik?" tanya Ana, cuba mengorek rahsia."Tak ada apa-apa. Biasa saja. Soalan ni pun bukannya susah mana untuk aku," jawab Adrian.Tiba-tiba perbualan mereka terhenti oleh deringan loceng yang menandakan waktu belajar telah tamat dan tiba masa untuk pulang. Adri
SEJAK perkenalan Adrian dan Yana, hubungan mereka semakin lama semakin erat. Setiap kali sebelum masuk sekolah, memang tidak sah jika tidak bertemu di taman tasik, dah macam suami isteri!Sepanjang persahabatan mereka juga, corak kehidupannya semakin berubah. Adrian amat gembira. Dalam pada itu, Adrian dan Yana semakin ramai kawan, namun tugasnya sebagai seorang pelajar tetap dia utamakan demi cita-cita dan masa depan.Oh ya, juga untuk mengekalkan kedudukan nombor satu di peperiksaan akan datang untuk mengalahkan pesaing utamanya, Zain.Sementara itu, Shah Huanran dan Faris pula terasa dipinggirkan sahabat sendiri. Kadang-kadang, rasa menyesal pun ada. Menyesal kerana mengajak Adrian untuk melepak di taman tasik itu.Namun, hubungan Adrian dan Yana tidak bertahan lama. Satu peristiwa duka berlaku dalam hidup mereka.Mereka ralit berbual sesama sendiri di bawah limbu pohon-pohon menghijau. Mereka tertawa dan bercanda bersama
Hana melenggung memandang kertas lukisannya. Kertas yang asalnya suci bersih, kini telah bertukar warna pudar. Di atasnya penuh dengan habuk-habuk pemadam. Dia terkurung di penjara masalah, mengapa kali ini dirinya terlalu sukar untuk menyiapkan tugasan melukis poster yang diberikan oleh Cikgu Fatimah? Walhal benda senang kut. "Ish, geramnya aku!" Hana merentap pemadamnya lalu diseka permukaan kertas lukisan itu dengan kasar sehingga terkoyak. "Alamak!" Kertas yang telah berlubang itu diangkat. Hana menoleh Faridah di sebelah sambil mengernyih. Faridah menoleh memandang Hana. Melihatkan Hana mengangkat kertas lukisan yang berlubang sambil tersengih merenungnya, Faridah menepuk dahi. Daripada riak wajah Faridah, pasti akan berdesing telinganya jika Faridah membelu-belai. Mana tidaknya, Faridah sudah memberikan tiga helai kertas lukisan pada Hana, tetapi tiga-tiga habis berlubang. "Astagfirullahal-Adzim, Hana ...
"Kau orang tunggu sini, biar aku pergi dulu. Aku pasti dia ada di sekitar belakang semak ni," kata Zain pada rakan-rakannya. Rakan-rakannya hanya membalas dengan anggukkan kepala. Tetapi itu tidak memberi istilah 'relaks' kerana mereka perlu bersiap sedia dan bertindak jika berlaku apa-apa terhadap Zain. HARITH tidak mampu meloloskan diri. Dia yang terduduk di sebatang pokok sudah diikat kaki dan tangannya. "Kau ingat kau boleh senang-senang nak dapatkan Zain? Kalau kau nak tahu, dia pernah belajar silat kat kampung dia. Sekali dia sampai, jangan haraplah kau akan terlepas." Kata Harith pada Adrian yang tercegat tidak jauh darinya. Adrian berkalih, langkahnya diatur tenang menghampiri Harith. Wajah Harith dijenaki. "Relaks, Zain kan profesional orangnya, tak akanlah dia nak pukul aku kalau nampak kau okey, tak ada cedera apa-apa. Aku cuma mahukan populariti dia saja, bukannya nak suruh dia berambus dari sekolah tu!"
SEMANGAT. Sukar untuk digambarkan perasaan itu melalui bait-bait bicara mahupun aksara. Setelah sebulan bercuti panjang, kini lembaran tahun baharu sudah dibuka. Sekaligus menutup lembaran tahun lalu.Zain masih setia menanti kehadiran rakan-rakannya di perhentian bas yang berlokasi di pintu masuk utama kawasan perumahan Taman Unggul. Dikerling jam yang tersarung pada pergelangan tangannya. 11.30 minit pagi. Kelibat yang ditunggu masih belum berkunjung tiba.Sebuah kereta Honda HR-V menyapa pandangan matanya. Zain bingkas berdiri. Senyuman tersibak di bibir melihatkan kereta itu menghampiri perhentian bas yang dihuninya.“Zain, marilah naik! Belakang ada ruang untuk kau tumpang sekali.” Melangsing tinggi suara Adrian sejurus tingkap kereta bahagian depan diturunkan.“Eh, tapi Harith dengan Kazirul belum sampai lagi. Tak akanlah aku nak tinggalkan dia orang pula.” Rasa gembira, sudah tentu berakar di perdu hatinya. Tetapi mengingatk
ALIRAN angin bernafas lembut. Terasa hangat apabila digauli dengan terik sinar matahari. Hari ini Dhani datang awal ke sekolah dengan dua tujuan. Pertama, mengambil seluar sekolahnya yang tertinggal dan yang kedua, menuntut ilmu macam biasa.“Belajar elok-elok, niat kerana Allah.” Encik Shaari berpesan.“Baik, ayah.” Dhani sekadar menguntum senyum. Tidak akan pernah jemu telinganya ditadahkan dengan nasihat dan pesanan yang dititipkan untuk kebaikannya.Melangkah masuk ke dalam sekolah, beg sekolah terus diletakkan di dewan. Kawasan sekolah diteroka untuk mencari Pak Cik Sahak, pastinya lelaki itu telah menunggu kehadirannya sejak semalam kerana janji telah termeterai.“Pak cik, pak cik!” Menjerit-jerit Dhani apabila kelibat Pak Cik Sahak berjaya ditangkap oleh pandangan matanya.“Ha, pak cik ingatkan kamu dah tak nak seluar tu lagi. Lama pak cik tunggu semalam. Siap ada yang tanya seluar t
Hari yang paling dinanti-nantikan oleh Zain akhirnya tiba. Sememangnya setiap minggu, itulah hari yang paling disukainya. Sebab yang pertama adalah kerana hari Jumaat digelar penghulu segala hari ... penuh keberkatan dan kerahmatan daripada ilahi.Sebab yang kedua pula adalah kerana sesi persekolahan pada hari tersebut adalah sedikit singkat daripada hari lainnya, jadi bolehlah dia pulang awal ke rumah dan pergi ke masjid awal. Namun, hari Jumaat kali ini lebih istimewa kerana ia adalah hari terakhir persekolahan.Di kelas 6 Beta, kelihatan suasananya sedikit riuh rendah dengan pelbagai gelagat pelajarnya. Ketika itu pelbagai ragam dapat dilihat. Ada yang bergosip, bermain kad, ada juga yang bergurau senda, malah siap ada yang menyanyi!Begitulah keadaannya apabila tiada guru di dalam kelas. Mereka memang terlihat seronok meskipun keputusan UPSR mereka ada yang lulus dengan cemerlang, setakat lulus dan gagal pun ada! Ada juga yang kelihatan monyok sa
PETANG ITU, Zain masih terlentang di atas katil. Puan Siti masuk ke dalam bilik sambil menatang semangkuk bubur nasi ikan keli bersama segelas air. Plastik berisi ubat-ubatan turut dibawa bersama. "Zain, kamu tak tukar baju lagi? Tak akanlah kamu nak pakai baju sekolah tu sampai esok," Puan Siti menghampiri Zain. Dulang itu diletakkan di atas meja belajar Zain. "Macam mana nak tukar kalau dah macam ni," Zain membangkitkan tubuhnya yang sedari tadi hanya tersembam di atas tilam. "Kamu ingat bila dah macam tu, kamu tak boleh nak berjalan ambil baju? Bangun, mak ada bawa bubur untuk kamu. Selepas ni kamu kena makan ubat," Puan Siti melabuh punggung di pinggir katil Zain. "Mak, Zain nak tanya, ayah buat Zain macam ni sebab ayah marah dengan Zain ke?" Zain bertanya sambil merenung ibunya. "Kenapa pulak?" Berkerut kening Puan Siti mendengarkan pertanyaan anaknya itu. "Bukan apa, Zain tahu, Zain dah kecewakan mak dengan ayah sebab
ALIRAN angin bernafas lembut. Terasa hangat apabila digauli dengan terik sinar matahari. Hari ini Dhani datang awal ke sekolah dengan dua tujuan. Pertama, mengambil seluar sekolahnya yang tertinggal dan yang kedua, menuntut ilmu macam biasa.“Belajar elok-elok, niat kerana Allah.” Encik Shaari berpesan.“Baik, ayah.” Dhani sekadar menguntum senyum. Tidak akan pernah jemu telinganya ditadahkan dengan nasihat dan pesanan yang dititipkan untuk kebaikannya.Melangkah masuk ke dalam sekolah, beg sekolah terus diletakkan di dewan. Kawasan sekolah diteroka untuk mencari Pak Cik Sahak, pastinya lelaki itu telah menunggu kehadirannya sejak semalam kerana janji telah termeterai.“Pak cik, pak cik!” Menjerit-jerit Dhani apabila kelibat Pak Cik Sahak berjaya ditangkap oleh pandangan matanya.“Ha, pak cik ingatkan kamu dah tak nak seluar tu lagi. Lama pak cik tunggu semalam. Siap ada yang tanya seluar t
SEMANGAT. Sukar untuk digambarkan perasaan itu melalui bait-bait bicara mahupun aksara. Setelah sebulan bercuti panjang, kini lembaran tahun baharu sudah dibuka. Sekaligus menutup lembaran tahun lalu.Zain masih setia menanti kehadiran rakan-rakannya di perhentian bas yang berlokasi di pintu masuk utama kawasan perumahan Taman Unggul. Dikerling jam yang tersarung pada pergelangan tangannya. 11.30 minit pagi. Kelibat yang ditunggu masih belum berkunjung tiba.Sebuah kereta Honda HR-V menyapa pandangan matanya. Zain bingkas berdiri. Senyuman tersibak di bibir melihatkan kereta itu menghampiri perhentian bas yang dihuninya.“Zain, marilah naik! Belakang ada ruang untuk kau tumpang sekali.” Melangsing tinggi suara Adrian sejurus tingkap kereta bahagian depan diturunkan.“Eh, tapi Harith dengan Kazirul belum sampai lagi. Tak akanlah aku nak tinggalkan dia orang pula.” Rasa gembira, sudah tentu berakar di perdu hatinya. Tetapi mengingatk
"Kau orang tunggu sini, biar aku pergi dulu. Aku pasti dia ada di sekitar belakang semak ni," kata Zain pada rakan-rakannya. Rakan-rakannya hanya membalas dengan anggukkan kepala. Tetapi itu tidak memberi istilah 'relaks' kerana mereka perlu bersiap sedia dan bertindak jika berlaku apa-apa terhadap Zain. HARITH tidak mampu meloloskan diri. Dia yang terduduk di sebatang pokok sudah diikat kaki dan tangannya. "Kau ingat kau boleh senang-senang nak dapatkan Zain? Kalau kau nak tahu, dia pernah belajar silat kat kampung dia. Sekali dia sampai, jangan haraplah kau akan terlepas." Kata Harith pada Adrian yang tercegat tidak jauh darinya. Adrian berkalih, langkahnya diatur tenang menghampiri Harith. Wajah Harith dijenaki. "Relaks, Zain kan profesional orangnya, tak akanlah dia nak pukul aku kalau nampak kau okey, tak ada cedera apa-apa. Aku cuma mahukan populariti dia saja, bukannya nak suruh dia berambus dari sekolah tu!"
Hana melenggung memandang kertas lukisannya. Kertas yang asalnya suci bersih, kini telah bertukar warna pudar. Di atasnya penuh dengan habuk-habuk pemadam. Dia terkurung di penjara masalah, mengapa kali ini dirinya terlalu sukar untuk menyiapkan tugasan melukis poster yang diberikan oleh Cikgu Fatimah? Walhal benda senang kut. "Ish, geramnya aku!" Hana merentap pemadamnya lalu diseka permukaan kertas lukisan itu dengan kasar sehingga terkoyak. "Alamak!" Kertas yang telah berlubang itu diangkat. Hana menoleh Faridah di sebelah sambil mengernyih. Faridah menoleh memandang Hana. Melihatkan Hana mengangkat kertas lukisan yang berlubang sambil tersengih merenungnya, Faridah menepuk dahi. Daripada riak wajah Faridah, pasti akan berdesing telinganya jika Faridah membelu-belai. Mana tidaknya, Faridah sudah memberikan tiga helai kertas lukisan pada Hana, tetapi tiga-tiga habis berlubang. "Astagfirullahal-Adzim, Hana ...
SEJAK perkenalan Adrian dan Yana, hubungan mereka semakin lama semakin erat. Setiap kali sebelum masuk sekolah, memang tidak sah jika tidak bertemu di taman tasik, dah macam suami isteri!Sepanjang persahabatan mereka juga, corak kehidupannya semakin berubah. Adrian amat gembira. Dalam pada itu, Adrian dan Yana semakin ramai kawan, namun tugasnya sebagai seorang pelajar tetap dia utamakan demi cita-cita dan masa depan.Oh ya, juga untuk mengekalkan kedudukan nombor satu di peperiksaan akan datang untuk mengalahkan pesaing utamanya, Zain.Sementara itu, Shah Huanran dan Faris pula terasa dipinggirkan sahabat sendiri. Kadang-kadang, rasa menyesal pun ada. Menyesal kerana mengajak Adrian untuk melepak di taman tasik itu.Namun, hubungan Adrian dan Yana tidak bertahan lama. Satu peristiwa duka berlaku dalam hidup mereka.Mereka ralit berbual sesama sendiri di bawah limbu pohon-pohon menghijau. Mereka tertawa dan bercanda bersama
RINTIK-RINTIK hujan di perkarangan sekolah masih belum reda. Namun begitu, keriuhan penghuni-penghuninya masih belum padam. Suasana masih rancak. Adrian duduk keseorangan melayani diri. Pen di tangan dipusing-pusing, buku modul di hadapan masih suci dengan contengan dakwat pen."Apa yang dimenungkan tu, Adrian? Kau nak kena marah ke sebab tak siapkan kerja," getus satu suara.Mendengar suara itu, Adrian terkejut dan tergamam seketika. Dia memandang ke belakang, ke arah suara yang menegurnya."Oh, kau Ana. Ingatkan siapa tadi," balas Adrian menyambut sapaan Ana."Mengapa Adrian? Aku tengok kau ni diam semacam saja? Kau terdiam sebab soalan susah, atau kau dah tak sabar-sabar nak balik?" tanya Ana, cuba mengorek rahsia."Tak ada apa-apa. Biasa saja. Soalan ni pun bukannya susah mana untuk aku," jawab Adrian.Tiba-tiba perbualan mereka terhenti oleh deringan loceng yang menandakan waktu belajar telah tamat dan tiba masa untuk pulang. Adri
Sejak peristiwa salah gam kasut di bab lepas, Nadzri sudah tidak mahu membantu Adrian lagi. Dia merajuk. Habis rosak kasutnya. Mujurlah itu kasut lamanya. Jika tidak, pasti Adrian perlu menggantikannya.Disebabkan Nadzri sudah tidak mahu membantunya lagi, terpaksalah dia menggunakan cara lain. Sama ada cara kekerasan atau cara lembut, itu perancangannya. Dia akan berusaha sehingga berjaya.Di sekolah, dia tidak menunjukkan sebarang reaksi untuk menjalankan perancangan malah kelakuannya seperti murid lain, biasa saja. Dia juga mula bergaul dengan rakan-rakan yang lain yang mahu rapat dengannya.Aiman, kemudiannya Nadzri dan setelah itu Syah Huanran dan Faris. Mereka berdua bukanlah pelajar yang cemerlang dalam pelajaran, keputusan pun sekadar ala-ala kadar sahaja tetapi apa yang membuatkan Adrian mudah serasi dengan mereka ialah kerana mereka mudah menerimanya menjadi kawan.
ZAIN merenung langit dan suasana di persekitaran kawasan bersebelahan kantin. Pokok-pokok bunga yang ditanam menyejukkan mata yang memandang. Semak-samun juga kelihatan kemas dan tersusun, maklumlah baru dicantas."Zain, jauh termenung," tegur Helmi yang sudah lama duduk di sebelah Zain, tanpa disedari."Tak adalah," Zain menafikan seraya tersenyum memandang Helmi. "Malas nak borak."Helmi tersenyum sinis mendengar kata-kata Zain dan kemudian mengangguk. "Aku faham tapi termenung tu janganlah sampai lupa tugas kau, nanti tak fasal-fasal ada pula yang ambil kesempatan untuk lucutkan jawatan kau."Selepas itu Helmi bangun meninggalkan Zain. Zain menceber bibir. Diperhatikan sahaja gerak-geri Helmi yang sedang berjalan itu. Memanglah dia tahu akan tugasnya, tetapi tidak salahkan jika mahu mengelamun seketika.Jika Zain dan Helmi selalu melekat semasa bertugas, begitu jugalah Adrian dan Nadzri. Sambil mendahar, sambil Adrian menemani Nadzri
ZAIN berlari pantas menuju ke bawah pohon ketapang. Di situ, rakan-rakannya yang berlima itu sudah menunggu. Sebaik sahaja Zain tiba, Kazirul terus menarik lengan Zain supaya membongkok. Dia hanya menurut sahaja tanpa membantah. "Ha, sampai pun kau. Kenapa kau lambat?" Harith bertanya setelah berkelit di balik bangku tempat duduk. "Sorry geng. Aku sakit perut tadi." jawab Zain. "Okey, kereta tu dah pergi," kata Kazirul yang sedari tadi ralit mengendap. “Mana?” soal Zain. Meliar anak matanya mencari kereta yang dimaksudkan. “Kat sana, tadi,” jawab Hana sambil menunding jari jauh ke arah simpang sana. "Ada dua orang lelaki dalam kereta tu tadi, tapi lelaki gila tu dah masuk ke rumah.” lanjutnya. Zain menghela nafas panjang. Kehadiran Zain yang tergesa-gesa tadi pasti berbahaya kepada mereka berenam yang mahu mengintip, mujurlah Kazirul cepat bertindak sebentar tadi. “Apa kita nak tunggu lagi?” soal Zain tiba-tiba, sekaligus