HASRAT (BAHASA MALAYSIA)
NADZMI SAAD, hidupnya tidak pernah ada istilah bahagia. Dipisahkan dengan ibu kandungnya sejak berusia lapan tahun, ianya bukanlah sesuatu yang mudah diterima olehnya. Zaman kanak-kanaknya berlalu begitu sahaja, bersama kenangan pahit dan penuh derita baginya.
Sejak dahulu lagi, hubungan Nadzmi dengan ayahnya begitu dingin. Dia sendiri tidak mahu selalu bertegur sapa dengan ayahnya termasuklah ibu tirinya. Baginya merekalah punca kepada derita yang dihadapinya sekarang.
Umurnya kini 15 tahun. Dia berfikir, hasrat yang selama ini dipendam untuk membebaskan diri daripada 'penjara derita' ini perlu dia laksanakan meskipun tidak dia ketahui akan segala onak dan durinya. Penderitaan itu sudah tidak mampu ditanggung lebih lama lagi, ianya sudah semakin kuat mencengkam dirinya.
Adakah hasratnya itu tercapai demi sebuah kebebasan dan kasih sayang yang telah dia dambakan selama ini?
Read
Chapter: HASRAT | EPILOGZIYYAD menerima kunjungan seseorang yang amat dirinduinya, yakni Mei Lim. Wanita itu berpakaian putih, wajahnya berseri suci murni.Seraut senyuman memancar indah di laman wajah itu. “Ziyyad … jangan bersedih lagi, ya. Di sini, ibu bahagia. Ibu akan tunggu kamu di sini.”Sejurus itu, wanita berkenaan berpaling. Dia melangkah pergi tanpa menoleh ke belakang lagi. Ke satu arah yang tidak dipastikan hala tujunya.Terjaga dari lena, Ziyyad terus merebaskan air matanya yang tidak tertahan lagi. Air mata yang terkandung rasa syukur yang tidak terhingga, yang sarat rasa bahagia.~~~‘DAHULU aku berhasrat untuk bebas dan bahagia. Dan apabila aku sudah menge-capinya, aku berhasrat pula untuk men-yelamatkan ayahku daripada terus terperangkap dalam jerat yang diciptakan si Kamelia itu. Ini semua atas pertolongan-MU, YA ALLAH kerana engkau telah membantu hamba-MU ini dalam menunaikan hasratku. Aku gembira, aku juga bahagia. Terima kasih, YA ALLAH.Pecah lamunan Nadzmi tatkala Izzah menepuk bahun
Last Updated: 2022-08-20
Chapter: HASRAT | BAB 20KAMELIA dihadapkan ke mahkamah. Kes culik yang membuatkan budak perempuan tempoh hari trauma dan penderaan terhadap Nadzmi Saad bin Mifzar.Mendengar namanya disebut ketika perbicaraan, Nadzmi berasa terkejut. Dipandang wajah ibunya. Rupanya sebelum ini Izzah telah melaporkan hal itu kepada pihak polis untuk dibicarakan bersama.“Jenayah ini jika disabitkan, pesalah akan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh sehingga tujuh ta-hun dan dikenakan sebatan sebanyak tiga kali men-gikut seksyen 326 kanun keseksaan kerana tertuduh pernah menggunakan pisau untuk mencederakan alat sulit mangsa selain memukul dengan objek keras dan yang lainnya. Hukuman yang dijatuhkan ini juga ter-masuk untuk kes culik yang dilakukan oleh tertuduh beberapa hari yang lalu.”Jeriji besi dan tembok batu yang tebal akan men-jadi dunianya selepas ini. Hanya kerana nafsu yang tidak terkawal. Yang akhirnya membinasakan dirinya sendiri.~~~HABIS perbicaraan, yang hadir kesemuanya mulai beredar.“Kamelia, aku ceraikan
Last Updated: 2022-08-20
Chapter: HASRAT | BAB 19Yayasan Ar-Rahman,PAGI itu cerah lagi menyenangkan. Cicipan bu-rung yang melayang bebas di angkasa, menjadi melodi indah di halwa telinga. Terorak senyu-man tipis di wajah Ziyyad, hatinya serba sedikit be-rasa terhibur.Sejak dia menumpang teduh di yayasan ini, dia sering mendiamkan diri. Suka menyendiri dan kurang bergaul dengan penghuni yayasan yang lain.Kerinduan terhadap ibu angkatnya masih berbekas di hati. Ibarat pungguk rindukan bulan, hanya mam-pu mendambakan ia tetapi tiada daya untuk men-gecapinya.Di kejauhan, Amir memerhatikannya. Dia mafhum akan perasaan yang sedang berkalung dalam diri re-maja itu kerana dia juga pernah melalui situasi sama.Sementara Helena yang sedang membantu mema-yang bawang di dapur, terhiris tangannya. Wajahnya berkerut-merut, darah mulai tumpah. Padah melanda bilamana dia hanyut ke arus lamunan tika sedang melakukan kerja.Suasana menjadi huru-hara seketika.Cepat-cepat dicuci di singki, kemudian jarinya yang terluka dibalut dengan cebisan kain
Last Updated: 2022-08-20
Chapter: HASRAT | BAB 18ZULMAT malam pekat menyaluti alam. Cecair mudah terbakar disimbah ke seke-liling rumah itu. Niatnya mahu Nadzmi dan Izzah mati. Pemetik api dinyalakan. Rumah itu mula rakus dijilat api.Kamelia yang berhodie hitam dan berpelitup muka segera melarikan diri. Sejurus sahaja men-yelusup masuk ke perut kereta, dia tersenyum puas hati. Terhibur melihatkan api yang marak membakar itu.Adnan, sekali lagi menjadi hero. Dia yang terlihat kebakaran itu, berlari mendapatkan ayahnya.Perasaan cemas terus menyerbu Pak Saidi, dan sejurus itu dia terus memekik ke sekitar kejiranan. Bomba segera dihubungi, sambil-sambil beberapa orang lelaki berusaha memadamkan api supaya ia tidak merebak dan memamah kediaman mereka pula.Jiran-jiran lain turut dilanda cemas. Mereka langsung tidak nampak kelibat dua beranak itu. Masih hidupkah mereka? Adakah mereka sudah rentung atau masih terperangkap?Kemunculan trak bomba menyelamatkan keadaan supaya tidak bertambah parah. Setelah itu, pemeriksaan dilakukan dan pih
Last Updated: 2022-07-01
Chapter: HASRAT | BAB 17‘Setiap manusia akan salah dan berbuat dosa sama ada sedar atau tidak. Yang beruntung adalah mereka yang segera menyedari kemudian bertaubat.’~KHAIRY termenung panjang seusai sahaja membaca baris ayat yang terpampang di satu siaran yang lalu di ‘fyp’ ketika dia leka melayari Instagram.Dia merasa seakan ditegur.Adakah itu hidayah daripada-NYA?Nafas dihela perlahan, terasa bergetar bila dikenang akan segala dosa yang dilakukannya selama ini. Di usia setahun jagung, dikala masih ‘rebung’. Keinsafan mula menyerkup jiwanya.Galeri dibuka, sebelum album ‘private’ yang lengkap dengan kata laluan pula dibuka. Sungguh banyak kandungan yang penuh noda di dalamnya. Yang dirakam menggunakan gajet itu sendiri. Mujurlah ia tidak dimuatnaik dalam laman web. Jika tidak, pasti ‘akaun dosanya’ lebih berganda jumlahnya berbanding ‘akaun pahala’.Dipadam kesemuanya tanpa meninggalkan satu pun video atau gambar yang menghairahkan itu.~KAMELIA bengang apabila mendapat tahu orang upahannya sudah dita
Last Updated: 2022-07-01
Chapter: HASRAT | BAB 16DAUN pintu digegar kuat. Nadzmi masih bertahan, segala kudrat yang dia punya diguna semampu mungkin untuk menahan pintu. Dia tidak mahu rumahnya diceroboh, dia tidak mahu diculik!Pintu dirempuh kuat. Nadzmi akhirnya tercampak, terjelupuk menyembah lantai. Dua lelaki itu sudah berdiri di hadapannya.“Mantap! Buka pintu mangsa terus ada depan mata. Siap ada pakej ‘jackpot’ lagi tu … Berbaloi gila job yang kita dapat kali ni!” Si lampai yang mengenakan singlet hitam herot senyum jahat.Pagi nan sepi ini nampaknya akan jadi pagi yang paling membahagiakan. Sudah lama dia tidak ‘menebuk’ tubuh wanita sejak bekerja dengan ‘Man Boss’. Manakan tidak, prosedur kerjanya hanyalah menculik budak-budak!Melihatkan sekujur tubuh yang sedang berbaring di sofa itu sahaja sudah cukup menaikkan syahwat nafsunya.Nadzmi segera bangkit, ingin melarikan diri. Tetapi lelaki yang bertubuh sedikit sasa dan bertatu ringkas di tangan itu lebih cekap. Disilang kaki Nadzmi. Remaja itu tersembam jatuh, terlantar
Last Updated: 2022-07-01
Chapter: EPILOG“MAMA dengan papa tak sayang kakak lagi ke? Asyik dengan baby je. Nanti bila adik dah keluar, mesti mama lagi sayangkan adik, kan?” Suara kecil yang pelat manja mengejutkan pasangan suami isteri Amir dan Sofea.Mereka meledak tawa kecil.“Mari sini, sayang.” Amir memanggil, kemudian didukungnya anak gadis yang baru pandai bertatih itu mendapatkan mamanya yang sedang mengusap perutnya di buaian yang terletak di taman yayasan.Tangan kecil itu dilekapkan atas perut Sofea yang sedang memboyot itu.“Ini adik kakak, ada dua tau. Mesti seronok kakak tak sunyi lagi selepas ni.” Amir memujuk anak gadisnya yang merajuk itu. Ubun-ubun itu kemudian diusap pula oleh Sofea.“Ada dua? Kembar? Sejak bila kita ada keturunan kembar?” Tiba-tiba suara Salmah mencelah dari tepi.“Yalah, sebelah mama pun tak ada.” Datin Maria pula menyampuk.Tertawa Amir dan Sofea, pecah pula rahsia mereka untuk buat kejutan.“Kalau macam tu, dari kamilah …” Spontan Amir menjawab. Sofea sekadar menahan tawanya daripada te
Last Updated: 2022-05-16
Chapter: BAB 77SEBAGAI penyatuan dua cinta, kedua-dua keluarga tidak melupakan adat. Segalanya berjalan mengikut adat. Merisik, meminang, bertunang. Tidak perlu menunggu lama untuk bernikah, kedua-dua pihak bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan tiga bulan dari tarikh bertunang.Segala persiapan perkahwinan tidaklah terlalu sukar untuk mereka kerana persiapan berupa kenduri dibuat oleh team syarikatnya sendiri manakala persiapan lain pula banyak dibantu dan disokong oleh rakan-rakan persatuan NGO.Pastinya insan yang paling sibuk ialah ibu Amir dan mama Sofea.Datin Maria amat cerewet dalam bab penjagaan kesihatan dan kecantikan Sofea. Dia akan memastikan Sofea benar-benar sihat. Makan pakainya, keselamatannya dipantau setiap masa. Sehingga hampir setiap detik Datin Maria berada di samping Sofea.“You are the only one my daughter, Sofea. Pertama dan terakhir. Mama tak akan ada detik-detik macam ni lagi selepas Sofea bernikah nanti. Dan … mama ingin pastikan yang kali ini tiada apa-apa yang buruk
Last Updated: 2022-05-16
Chapter: BAB 76AMIR kembali semula ke pejabatnya selepas begitu lama dia bercuti. Kasihan dia terhadap Ah Cheng kerana terpaksa meng-galas tugasnya ketika ketiadaannya.“Tak apa, Amir. Aku faham perasaan kau, bukan masalah yang kau cari pun. Nasib baik kita tak ada projek besar lagi. Mudahlah sikit,” ujar Ah Cheng apabila Amir berkali-kali memohon maaf.Sebelum menghidupkan komputer ribanya, Amir teringat semula gurauannya bersama ibu dan kakaknya malam tadi. Dia tersenyum sendiri. Teringat juga dia terhadap uncang berisi loket kristal yang diberikan oleh Amira tempoh hari.Uncang itu masih selamat dalam simpanan-nya.Selepas waktu pejabat, seperti biasa Sofea akan singgah di yayasan. Ketika tiba di sana, Salina sedang berkaraoke bersama penghuni yayasan yang lain. Ketibaannya tidak disedari kerana Sofea menyelinap masuk secara senyap melalui belakang tempat duduk.Dia mencuri dengar nyanyian Salina yang memukau bak bangsi buluh perindu. Sofea terpegun, benarlah cerita daripada Amir. Salina merupaka
Last Updated: 2022-05-16
Chapter: BAB 75“AMIRA, kau tetap nak pergi?” Soalan Sofea menyentuh hatinya. Seraya mengangguk perlahan, dia mengukir senyuman simpul di bibir.“Aku ingatkan kedatangan kau kali ni adalah kepulangan kau untuk selamanya. Kau nak tinggalkan Amir lagi?” Buat kesekian kalinya Sofea bertanya.Hati Amira kian tersentuh. Digenggamnya jari-jemari Sofea dan merenung tepat ke dalam anak mata Sofea.“Pada perancangan asal. Ya, tetapi jawapan yang aku peroleh adalah sebaliknya. Aku dah pun dapat jawapan yang sebenarnya, Sofea. Jawapan yang pasti,” jawab Amira jujur.Sofea terpana seketika. Dia seolah-olah tidak faham atau enggan memahaminya. Amira mengerti akan reaksi yang dipamerkan oleh Sofea. Tetapi, dia hanya membiarkan masa dan takdir yang menentukan. Harap Sofea memahaminya.Selepas bersalaman dan saling berpelukan, Amira melambai ke arah Sofea sekeluarga sambil memacu langkah menuju ke teksi yang telah menantinya di luar pagar kediaman Sofea.Amira pergi sendiri. Dia tidak mahu sesiapa pun menghantarnya
Last Updated: 2022-05-16
Chapter: BAB 74AMIRA tiba di hadapan pintu kediaman Amir. Kelihatannya sunyi. ‘Mungkin dia orang kat yayasan. Tapi … masih terlalu awal.’ Fikir Amira.Baru sahaja dia ingin menghubungi Amir, tiba-tiba daun pintu itu terkuak. Salmah terkejut meli-hatkan susuk tubuh Amira yang tercegat di hadapan pintu sementara Amira tergamam melihatkan mereka sekeluarga berpakaian serba hitam dan sedang bersedih.Tanpa banyak bicara, Amira menyertai mereka mengiringi jenazah Zakuan ke tanah perkuburan.Keluangsa Zakuan apatah lagi. Kehilangan Zakuan secara tiba-tiba itu memberi tamparan hebat kepada mereka. Tetapi sebagai orang Islam yang beriman, mereka menerima takdir qada dan qadar yang telah ditentukan.Amir kelihatannya begitu sedih. Kehadiran Amira tanpa sebarang khabar mengejutkan Amir, tetapi dia tidak menebarkan sebarang reaksi.Amira mafhum, dia juga terkejut sebenarnya. Pelbagai peristiwa tragis telah berlaku dan dia mengetahuinya dengan menyaksikan sendiri di hadapan matanya.“Sofea … mengapa kau mesti l
Last Updated: 2022-05-16
Chapter: BAB 73SOFEA mengerling ke arah cermin pandang belakang keretanya, sesekali cermin sisi pula. Dia berasa tidak sedap hati. Mungkin sangkaannya sahaja gamaknya.Sejak beberapa hari ini, dia berasa seperti diekori. Kebimbangan yang merusuh disuarakan kepada Zakuan. Perjaka itu hanya memintanya berdoa dan berhati-hati. Jika perlu, dia akan menemani jika ada urusan yang memerlukan dia keluar kawasan.Zakuan juga terpaksa meminta bantuan Amir untuk mengawasi Sofea terutama sekali jika Sofea ke yayasan kerana dia juga selalu ke luar daerah.“Siapa pula yang ganggu Sofea? Sofea ada musuh ke?” Zakuan mengutarakan persoalan itu ketika mereka bertiga berkumpul di yayasan.Sofea dan Amir termenung sejenak.“Tak mungkin Haris. Aku tak rasa dia akan berdendam atas apa yang berlaku pada kami.” Sofea menyatakan pendapatnya.Gangguan-gangguan pelik seperti nota dan mesej misteri agak menganggu benak fikirannya. Entah apa motif pengirim berkenaan. Sofea sendiri tidak faham.Amir juga cuba mencari jawapan. Da
Last Updated: 2022-05-16
Chapter: BAB 2 (BAHAGIAN 2)ALIRAN angin bernafas lembut. Terasa hangat apabila digauli dengan terik sinar matahari. Hari ini Dhani datang awal ke sekolah dengan dua tujuan. Pertama, mengambil seluar sekolahnya yang tertinggal dan yang kedua, menuntut ilmu macam biasa.“Belajar elok-elok, niat kerana Allah.” Encik Shaari berpesan.“Baik, ayah.” Dhani sekadar menguntum senyum. Tidak akan pernah jemu telinganya ditadahkan dengan nasihat dan pesanan yang dititipkan untuk kebaikannya.Melangkah masuk ke dalam sekolah, beg sekolah terus diletakkan di dewan. Kawasan sekolah diteroka untuk mencari Pak Cik Sahak, pastinya lelaki itu telah menunggu kehadirannya sejak semalam kerana janji telah termeterai.“Pak cik, pak cik!” Menjerit-jerit Dhani apabila kelibat Pak Cik Sahak berjaya ditangkap oleh pandangan matanya.“Ha, pak cik ingatkan kamu dah tak nak seluar tu lagi. Lama pak cik tunggu semalam. Siap ada yang tanya seluar t
Last Updated: 2022-03-19
Chapter: BAB 1 (BAHAGIAN 2)SEMANGAT. Sukar untuk digambarkan perasaan itu melalui bait-bait bicara mahupun aksara. Setelah sebulan bercuti panjang, kini lembaran tahun baharu sudah dibuka. Sekaligus menutup lembaran tahun lalu.Zain masih setia menanti kehadiran rakan-rakannya di perhentian bas yang berlokasi di pintu masuk utama kawasan perumahan Taman Unggul. Dikerling jam yang tersarung pada pergelangan tangannya. 11.30 minit pagi. Kelibat yang ditunggu masih belum berkunjung tiba.Sebuah kereta Honda HR-V menyapa pandangan matanya. Zain bingkas berdiri. Senyuman tersibak di bibir melihatkan kereta itu menghampiri perhentian bas yang dihuninya.“Zain, marilah naik! Belakang ada ruang untuk kau tumpang sekali.” Melangsing tinggi suara Adrian sejurus tingkap kereta bahagian depan diturunkan.“Eh, tapi Harith dengan Kazirul belum sampai lagi. Tak akanlah aku nak tinggalkan dia orang pula.” Rasa gembira, sudah tentu berakar di perdu hatinya. Tetapi mengingatk
Last Updated: 2022-01-07
Chapter: BAB 18 PT"Kau orang tunggu sini, biar aku pergi dulu. Aku pasti dia ada di sekitar belakang semak ni," kata Zain pada rakan-rakannya. Rakan-rakannya hanya membalas dengan anggukkan kepala. Tetapi itu tidak memberi istilah 'relaks' kerana mereka perlu bersiap sedia dan bertindak jika berlaku apa-apa terhadap Zain. HARITH tidak mampu meloloskan diri. Dia yang terduduk di sebatang pokok sudah diikat kaki dan tangannya. "Kau ingat kau boleh senang-senang nak dapatkan Zain? Kalau kau nak tahu, dia pernah belajar silat kat kampung dia. Sekali dia sampai, jangan haraplah kau akan terlepas." Kata Harith pada Adrian yang tercegat tidak jauh darinya. Adrian berkalih, langkahnya diatur tenang menghampiri Harith. Wajah Harith dijenaki. "Relaks, Zain kan profesional orangnya, tak akanlah dia nak pukul aku kalau nampak kau okey, tak ada cedera apa-apa. Aku cuma mahukan populariti dia saja, bukannya nak suruh dia berambus dari sekolah tu!"
Last Updated: 2021-07-08
Chapter: BAB 17 PTHana melenggung memandang kertas lukisannya. Kertas yang asalnya suci bersih, kini telah bertukar warna pudar. Di atasnya penuh dengan habuk-habuk pemadam. Dia terkurung di penjara masalah, mengapa kali ini dirinya terlalu sukar untuk menyiapkan tugasan melukis poster yang diberikan oleh Cikgu Fatimah? Walhal benda senang kut. "Ish, geramnya aku!" Hana merentap pemadamnya lalu diseka permukaan kertas lukisan itu dengan kasar sehingga terkoyak. "Alamak!" Kertas yang telah berlubang itu diangkat. Hana menoleh Faridah di sebelah sambil mengernyih. Faridah menoleh memandang Hana. Melihatkan Hana mengangkat kertas lukisan yang berlubang sambil tersengih merenungnya, Faridah menepuk dahi. Daripada riak wajah Faridah, pasti akan berdesing telinganya jika Faridah membelu-belai. Mana tidaknya, Faridah sudah memberikan tiga helai kertas lukisan pada Hana, tetapi tiga-tiga habis berlubang. "Astagfirullahal-Adzim, Hana ...
Last Updated: 2021-07-08
Chapter: BAB 16 PTSEJAK perkenalan Adrian dan Yana, hubungan mereka semakin lama semakin erat. Setiap kali sebelum masuk sekolah, memang tidak sah jika tidak bertemu di taman tasik, dah macam suami isteri!Sepanjang persahabatan mereka juga, corak kehidupannya semakin berubah. Adrian amat gembira. Dalam pada itu, Adrian dan Yana semakin ramai kawan, namun tugasnya sebagai seorang pelajar tetap dia utamakan demi cita-cita dan masa depan.Oh ya, juga untuk mengekalkan kedudukan nombor satu di peperiksaan akan datang untuk mengalahkan pesaing utamanya, Zain.Sementara itu, Shah Huanran dan Faris pula terasa dipinggirkan sahabat sendiri. Kadang-kadang, rasa menyesal pun ada. Menyesal kerana mengajak Adrian untuk melepak di taman tasik itu.Namun, hubungan Adrian dan Yana tidak bertahan lama. Satu peristiwa duka berlaku dalam hidup mereka.Mereka ralit berbual sesama sendiri di bawah limbu pohon-pohon menghijau. Mereka tertawa dan bercanda bersama
Last Updated: 2021-07-08
Chapter: BAB 15 PTRINTIK-RINTIK hujan di perkarangan sekolah masih belum reda. Namun begitu, keriuhan penghuni-penghuninya masih belum padam. Suasana masih rancak. Adrian duduk keseorangan melayani diri. Pen di tangan dipusing-pusing, buku modul di hadapan masih suci dengan contengan dakwat pen."Apa yang dimenungkan tu, Adrian? Kau nak kena marah ke sebab tak siapkan kerja," getus satu suara.Mendengar suara itu, Adrian terkejut dan tergamam seketika. Dia memandang ke belakang, ke arah suara yang menegurnya."Oh, kau Ana. Ingatkan siapa tadi," balas Adrian menyambut sapaan Ana."Mengapa Adrian? Aku tengok kau ni diam semacam saja? Kau terdiam sebab soalan susah, atau kau dah tak sabar-sabar nak balik?" tanya Ana, cuba mengorek rahsia."Tak ada apa-apa. Biasa saja. Soalan ni pun bukannya susah mana untuk aku," jawab Adrian.Tiba-tiba perbualan mereka terhenti oleh deringan loceng yang menandakan waktu belajar telah tamat dan tiba masa untuk pulang. Adri
Last Updated: 2021-07-08