SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)

SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)

last updateLast Updated : 2022-05-16
By:   Iqmal Izzat  Completed
Language: Bahasa_melayu
goodnovel4goodnovel
Not enough ratings
79Chapters
2.9Kviews
Read
Add to library

Share:  

Report
Overview
Catalog
Leave your review on App

Pertemuan antara Amir dan Sofea, menggelopakkan bunga-bunga cinta menjadi kalungan indah. Melakar satu impian untuk direalisasikan bersama. Tetapi, mereka dipisahkan kerana perbezaan darjat yang ibarat langit dengan bumi. Mereka bertemu semula di perantauan setelah bertahun berpisah, tetapi segalanya telah berubah. Sementara Syahir di tanah air, tidak pernah berhenti meneroka ke setiap lorong dan lokasi yang penuh dengan noda dan kegelapan untuk mencari si Salina. Dengan niat untuk menyatukan kembali keluarga sahabatnya, supaya janji yang telah dipateri oleh Amir kepada ibunya dapat ditunaikan. Menyuntik semangat juang tidak semudah menarik rambut di dalam tepung. Sememangnya terlalu payah untuk mencipta bahagia yang seindah pelangi, kerana hujan panas terlebih dahulu membasahi perjuangan mereka.

View More

Latest chapter

Free Preview

PROLOG

AMIR menelan liurnya yang terasa kelat. Dia sudah agak, berurusan dengan penjenayah memang tiada jujurnya. Tetapi, dia sudah tiada pilihan lain. Dia hanya diam dan tidak melawan supaya keadaan tidak bertambah keruh.Ketua samseng memberi arahan kepada pengikutnya. Kali ini mereka bersenjatakan senapang pula. Amir dan Salina diawasi oleh dua orang bersenjatakan senapang itu sementara ketua samseng berdiri di tepi sungai menunggu sesuatu.Beberapa minit berselang, sebuah lagi bot tiba. Bot dari Thailand dan mereka berurusan menggunakan bahasa yang tidak difahami oleh Amir, kemungkinan juga Salina.Rupa-rupanya bot itu sudah tersedia dengan dadah dan senjata api yang diseludup dari seberang. Nilainya RM1 juta! Syahir dibawa keluar dari bot itu sambil diawasi dengan senapang oleh orang-orang samseng dari Thailand. Syahir amat terkejut melihat Amir di situ.“Bravo, good job! Kawan kesayangan kau pandai berurusan. Job besar! Tak sia-sia kau serah diri pad...

Interesting books of the same period

Comments

No Comments
79 Chapters
PROLOG
AMIR menelan liurnya yang terasa kelat. Dia sudah agak, berurusan dengan penjenayah memang tiada jujurnya. Tetapi, dia sudah tiada pilihan lain. Dia hanya diam dan tidak melawan supaya keadaan tidak bertambah keruh.Ketua samseng memberi arahan kepada pengikutnya. Kali ini mereka bersenjatakan senapang pula. Amir dan Salina diawasi oleh dua orang bersenjatakan senapang itu sementara ketua samseng berdiri di tepi sungai menunggu sesuatu.Beberapa minit berselang, sebuah lagi bot tiba. Bot dari Thailand dan mereka berurusan menggunakan bahasa yang tidak difahami oleh Amir, kemungkinan juga Salina.Rupa-rupanya bot itu sudah tersedia dengan dadah dan senjata api yang diseludup dari seberang. Nilainya RM1 juta! Syahir dibawa keluar dari bot itu sambil diawasi dengan senapang oleh orang-orang samseng dari Thailand. Syahir amat terkejut melihat Amir di situ.“Bravo, good job! Kawan kesayangan kau pandai berurusan. Job besar! Tak sia-sia kau serah diri pad
last updateLast Updated : 2022-02-04
Read more
BAB 1
DI kejauhan kesibukan bandaraya metropolitan Kuala Lumpur, terdengar suara anak-anak kecil sedang berkejar-kejaran keriangan bermain. Walaupun taman ‘permainan’ mereka hanyalah sebatang lorong kecil dan kotor, mereka tetap gembira bagaikan berada di syurga.Tong-tong buruk, kayu-kayan mereput, tin kosong malah botol kosong dijadikan alat permainan bagi anak-anak kecil ini.Dua orang sahabat, Amir dan Syahir adalah yang paling gembira di ‘taman’ permainan ini kerana apabila mereka pulang nanti, mereka tahu tawa mereka akan terhenti.Menjelang waktu senja, akan duduk duduk melepaskan lelah setelah puas bermain. Sejak kecil lagi, wasilah hubungan mereka tersimpul kuat dan tiada sesiapa mampu memutuskannya. Kini, mereka sudah remaja. Akan menghadapi peperiksaan SPM tidak lama lagi.Mereka adalah anak-anak dari keluarga yang daif dan miskin. Mujurlah mereka masih mempunyai tempat untuk berteduh. Itupun hanya sebuah rumah kecil di celah-
last updateLast Updated : 2022-02-04
Read more
BAB 2
HARI ini adalah hari paling gembira bagi Amir. Ingin sahaja dia ‘terbang’ pulang. Langkahnya terasa lambat, tak sabar rasanya dia ingin melompat dan memeluk ibu kesayangannya.‘Tak sabarnya aku nak bagitahu ibu tentang kejayaan aku ni. Mesti ibu sangat gembira.’ Amir bermonolog sendiri. Bibirnya mekar dengan kelopak senyuman. Ada kegembiraan di sebalik lirikan senyum itu.“Ibu! Ibu!” Amir menjerit memanggil ibunya, dia berlari anak mendapatkan Salmah. Tanpa segan silu, dipeluknya ibunya itu sekuat hati. “Ibu, Amir terpilih jadi pelajar terbaik kat sekolah! Doa ibu termakbul!”Salmah tersenyum syukur, dia gembira bukan kepalang. Dicium-ciumnya pipi anak bujangnya itu berulang kali sambil air mata kegembiraan berjurai jatuh membasahi lekuk pipinya.Tetapi sayang, kegembiraan mereka tidak bertahan lama. Sedang mereka berpelukan, tiba-tiba ada tangan kasar meragut dan menarik Amir dari pelukan ibunya. Amir terse
last updateLast Updated : 2022-02-04
Read more
BAB 3
“AMIR, kamu jangan risaukan ibu kat sini ya. Ibu okey saja dekat sini. Ibu cuma risaukan kamu seorang diri kat luar sana.” Demikian bicara yang diatur ketika ketika mereka beradu mata, bilamana Amir datang melawatnya di penjara.Amir cuba mengorak senyum. Sejak peristiwa itu dia amat terkejut. Berhari-hari dia cuba mendamaikan hatinya yang rusuh. Semuanya seolah-olah mimpi ngeri. Sudah berminggu dia tidak hadir ke sekolah kerana trauma sementelah dia tinggal berseorangan diri tanpa sesiapa di sisi.Peristiwa hitam itu setiap detik menghantui hidupnya. Takut juga jika pengikut-pengikut Acong datang membalas dendam padanya. Mujurlah Syahir datang menemani setiap hari dengan membawakan makanan sebagai santapannya.Guru-guru sekolah juga tampil menghulurkan semangat kepada Amir dan membantu apa yang perlu. Mereka bimbang semangat anak muda ini akan terpadam akibat trauma yang dialami sejak tragedi hitam itu berlaku.“Ibu, boleh Amir tanya se
last updateLast Updated : 2022-02-04
Read more
BAB 4
‘DALAM dunia yang kejam dan mementingkan diri, ada juga insan yang berhati mulia.’ Monolog Amir sendiri. Lensa pandangannya masih terpaku pada kelibat gelandangan yang sedang beratur mendapatkan makanan.Dia mula berminat dan tanpa dia sedari, jangkah kakinya sudah membawanya dekat dengan tempat pengagihan makanan tersebut.“Adik nak makanan? Sila beratur ya.” Seorang petugas menyapa Amir.“Eh tak, saya cuma datang nak tengok saja,” balas Amir. Masih meninjau-ninjau ekor matanya ke arah tempat pengagihan makanan itu.Seorang lagi petugas datang menghampiri Amir, “Berminat nak sertai kami? Tapi tiada gaji, suka rela je.”Amir mencungkit senyum. Syahir pula tiba-tiba menghilang. Puas dia mencari di seluruh pelusuk lorong itu, rupa-rupanya Syahir sedang berbual mesra dengan seorang gadis, salah seorang petugas di tapak gelandangan itu.Syahir tidak berminat untuk menyertai mereka tetapi tidak pula
last updateLast Updated : 2022-02-04
Read more
BAB 5
SEMINGGU sekali di tapak gelandangan, bukan sahaja Amir dan Sofea semakin rapat, Syahir juga tidak melepaskan peluang bertemu mesra dengan buah hatinya, iaitu Bella. Perkenalan pertama Syahir dan Bella menjadikan mereka semakin mesra dan sering keluar bersama dengan pergi menonton wayang.Bila ada masa terluang, mereka akan berdating. Syahir yang belum pernah kenal erti cinta terasa amat bahagia. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi buah hatinya malah sanggup ‘berhabis’ demi memenuhi permintaan kekasihnya.Lautan api pun tidak mampu untuk diredah, inikan pula sanggup berhabis demi buah hati.Namun sejak kebelakangan ini, Bella seolah-olah cuba mengelak daripada berjumpa dengan Syahir. Bermacam-macam aneka alasan dicurahkan. Sibuklah, tak sempatlah, itulah inilah, dan sebagainya.Syahir telah cuba bermacam-macam cara untuk memujuk Bella, namun pujukan tersebut tidak diendahkan. Dia mula tidak tentu arah. Rindunya sudah tidak berbalas lagi. Ben
last updateLast Updated : 2022-02-04
Read more
BAB 6
AMIR menjalani rutin hariannya seperti biasa. Di sekolah, keakraban Amir dan Sofea telah dihidu oleh banyak pihak. Dari rakan-rakan sehinggalah guru-guru. Di kalangan murid, ramai yang tidak menyenangi hubungan mereka.Berbagai-bagai perumpamaan dicetuskan. Bagai enggang dengan pipit, bagai langit dengan bumi, bagai si kudung mendapat cincin, dan pelbagai lagi terutama di kalangan pelajar lelaki.Mereka sangat cemburu kerana Sofea tidak pernah melayan mereka sebaik Amir jauh sekali membalas cinta mereka. Gosip dan cerita mereka juga sampai ke pengetahuan bapa Sofea, yakni Datuk Zaki. Kemarahannya bagaikan gunung berapi meletus apabila mengetahui latar belakang dan kisah hidup Amir. Sedang berada di pejabat sambil menatap satu artikel yang dikongsikan kepadanya, Datuk Zaki mendengus sendiri, "Oh, anak pembunuh tu rupanya kau jadikan kekasih ya, Sofea. Tak apa, siap kau nanti."    "KAMU buta ke
last updateLast Updated : 2022-02-24
Read more
BAB 7
AMIR langsung tidak dapat melelapkan mata walaupun seminit pada malam itu. Tidurnya seolah-olah bermimpi dalam realiti.“Kenapa malam ni?” Amir kebingungan. Rindu dan risau terhadap Sofea. Tangisannya mendesah kuping telinga. Ketika Sofea menangis, mahu sahaja dia ‘terbang’ mendapatkan Sofea dan memujuknya.Kepalanya ligat berfikir dan berfikir. Sehinggalah terbit fajar, Amir masih tidak melelapkan mata. Kepalanya terasa berat dan sakit akibat tidak tidur kerana tangisan. Mujurlah hari minggu yang menjelmakan diri.Menjelang tengah hari, Amir duduk terpekur sambil menyandarkan belakang tubuh di jenang pintu rumah dengan keadaan yang tidak terurus. Langsung terlupa terhadap makan dan minum.“La, kat sini rupanya kau. Aku ingatkan kau kat pasar. Aku carilah kau kat sana. Mr.Wong cakap kau tak datang kerja hari ni. Kenapa?” Muncul Syahir menyapanya.Syahir berkutik hairan melihat keadaan sahabatnya. Dengan lesu, dit
last updateLast Updated : 2022-02-24
Read more
BAB 8
WARITA tentang Sofea ditukar sekolah serta-merta dan Amir dibelasah oleh papa Sofea, hangat diperkatakan dalam warga sekolah. Ada yang menzahirkan rasa simpati, namun majoritinya bersorak gembira.“Padan muka, tak sedar diri.” Antara yang tercetus dari mulut-mulut lancang para pelajar.Dalam kalangan guru-guru, berita tersebut amat membimbangkan sementelah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir.Amir diberi surat MC selama dua hari. Sofea juga mereka bimbangkan. Mampukah dua orang anak muda itu bertahan? Malah, kuatkah mereka untuk menghadapi dugaan ini?Setibanya Amir di pintu pagar sekolah, dialah yang menjadi tumpuan utama para pelajar. Ke mana sahaja dia pergi, pasti ada pelajar akan berbisik sesama sendiri berkenaannya.Dalam kelas, Amir tidak dapat mengunci sepenuh perhatian semasa gurunya mengajar. Selain daripada gangguan orang sekeliling, bayangan Sofea juga ada di mana-mana. Kepedihan yang memaku hatinya dik
last updateLast Updated : 2022-02-24
Read more
BAB 9
“AWAK stress?” Gadis seksi itu menyapa. Tebal solekannya menutupi roman wajah sebenarnya, membuatkan Amir terdiam kaku kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan.“Minumlah, I belanja. Pertama kali datang ke sini ye?” bisik gadis seksi itu seraya menyuakan segelas ‘air’ kepada Amir yang dilihatnya begitu janggal.Amir menggangguk lemah dan cuba mengukir seraut senyum. Teragak-agak huluran itu disambutnya.“Minumlah, hilangkan stress tu.” Gadis itu menggoda lagi. Amir yang kelihatan ‘malu-malu kucing’ cuba membiasakan diri.Sejurus gelas tadi menyentuh bibir, dia seperti tercium bau yang sering diciumnya dahulu. Bau yang dibawa pulang oleh oleh ayahnya. Arak! Bau yang membuatkan ibunya merana kerana dipukul ketika ayahnya mabuk!Seakan terjaga dari alam mimpi, gelas dalam pegangannya terus terlepas dan berderai menjadi kepingan yang tidak terhitung jumlahnya, berteraburan atas lantai.
last updateLast Updated : 2022-02-24
Read more
DMCA.com Protection Status