“AMIR, kamu jangan risaukan ibu kat sini ya. Ibu okey saja dekat sini. Ibu cuma risaukan kamu seorang diri kat luar sana.” Demikian bicara yang diatur ketika ketika mereka beradu mata, bilamana Amir datang melawatnya di penjara.
Amir cuba mengorak senyum. Sejak peristiwa itu dia amat terkejut. Berhari-hari dia cuba mendamaikan hatinya yang rusuh. Semuanya seolah-olah mimpi ngeri. Sudah berminggu dia tidak hadir ke sekolah kerana trauma sementelah dia tinggal berseorangan diri tanpa sesiapa di sisi.
Peristiwa hitam itu setiap detik menghantui hidupnya. Takut juga jika pengikut-pengikut Acong datang membalas dendam padanya. Mujurlah Syahir datang menemani setiap hari dengan membawakan makanan sebagai santapannya.
Guru-guru sekolah juga tampil menghulurkan semangat kepada Amir dan membantu apa yang perlu. Mereka bimbang semangat anak muda ini akan terpadam akibat trauma yang dialami sejak tragedi hitam itu berlaku.
“Ibu, boleh Amir tanya sesuatu?” pertanyaan itu didengari menerusi corong telefon. Matanya masih setia merenung wajah ibunya dibalik cermin yang memisahkan mereka.
Kepala si ibu kelihatan mengangguk perlahan. Tanda membenarkan.
“Masa tragedi hari tu, ibu ada sebut yang ibu ada anak perempuan, anak perempuan yang dijual?” Amir bertanya lembut. Dia bimbang hati ibunya kembali diruntun kesedihan.
Imbauan lintasan silam yang berhampuran daripada nostalgia ingatan membuatkan Salmah tercenung seketika. Membungkam menahan emosi yang menderu masuk ke dalam hati. Dengan perlahan dia menjawab,
“Ya Mir, kamu ada kakak. Masa tu kamu kecil lagi, masih belum tahu apa-apa. Disebabkan sikap ayah kamu yang yang gila judi tu, hutangnya langsung tak terbayar sampaikan kita diugut bunuh.”
“… Mulanya ibu dipaksa jadi pelacur untuk bayar hutang ayah kamu. Tetapi ingatkan selepas hutang langsai, ayah kamu berubah. Tapi tidak. Kita lagi jadi mangsa perbuatan ayah kamu dan jumlahnya, Ya Allah ... jadi lagi besar. Disebabkan itu, ayah kamu jual kakak kamu untuk langsai segala hutang.”
Amir terkelu. Pernyataan yang menampar gegendang telinganya ini bukan mimpi. Ini adalah realiti!
“… Masa tu ibu tak ada kekuatan, takut dan bodoh. Walaupun ibu meraung masa kakak kamu dirampas dari ibu, itu tidak dapat nak pulangkan kakak kamu semula. Ibu menyesal sangat. Kesian dia. Apa agaknya khabar dia sekarang.”
Kali ini butiran jernih mula terlihat di pelupuk matanya. Bergentayangan di layar mata wajah anak perempuannya meraung menangis ketika dibawa pergi. Salmah menyeka air matanya yang gugur menempiasi pipi.
“Disebabkan itu, ibu sanggup membunuh kali ini. Ibu tak sanggup ulang kesilapan ibu dulu. Ibu sanggup mati kerana sangat berdosa dengan kakak kamu,” lanjutnya.
Amir merenung wajah Salmah. Wajah ibunya yang tertampal kesal itu terlihat ada cahaya kepuasan. Salmah berjaya menyelamatkan seorang lagi zuriatnya, zuriat yang telah dia besarkan dengan penuh curahan kasih sayang.
Pandangan mata masih terkunci pada lekuk wajah itu. Lidahnya terasa patah untuk menyusun kata walaupun sebaris, tetapi suara batin jelas berdengung-dengung dalam diri. “Patutlah setiap malam aku selalu dengar ibu mengigau dan meracau macam dalam kesedihan.”
Amir mengatup kelopak mata, kepalanya tertunduk namun gagang telefon masih setia di genggaman. Dia berdoa di dalam hati agar ibunya diberikan kekuatan untuk menghadapi segala ujian dan dugaan ini.
“Amir, kamu janji dengan ibu, kamu jaga diri kamu dekat luar sana. Kamu kena kuat. Impian ibu satu saja Mir, ibu nak kamu berjaya satu hari nanti. Ubah nasib kamu ya!” pinta Salmah bersungguh-sungguh.
“Insya-Allah ibu!” Amir tersenyum. Ada takungan cecair jernih di kolam matanya.
“Demi ibu dan kakak, akan aku cari kakak sampai jumpa dan pulangkan semula pada ibu. Amir janji ibu, Amir janji!” Janji itu dilafazkan, sekadar didengar oleh dirinya sendiri.
•
Minggu hadapan,
HARI perbicaraan Salmah bermula, kisahnya lagi sekali menjadi liputan media. Setelah dibicara, Salmah dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun dibawah seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh dengan niat mempertahankan diri.
Hujah peguam pembelaan juga kuat kerana tertuduh telah terlalu lama menderita fikizal dan mental akibat perlakuan suaminya. Salmah juga diperintahkan untuk menjalani kaunseling akibat trauma yang dialami.
•
Sebulan kemudian,
AMIR menjalani liku-liku kehidupan tanpa ibu di sisi dengan tabah. Bila pulang dari sekolah atau ketika cuti sekolah, Amir akan bekerja dengan Mr.Wong, majikan tempat ibunya bekerja dahulu. Mr.Wong amat menyayangi Amir kerana kerajinan dan kesungguhannya ketika bekerja.
Amir juga amat berterima kasih kepada Mr.Wong kerana sudi menerimanya bekerja. Sejak ketiadaan ibunya, Amir perlu menyara hidupnya sendiri. Tetapi, apa yang lebih utama baginya sekarang ialah meneruskan amanat ibunya malah bertekad untuk menunaikan w*’ad nya.
•
KUAH malam tampak pekat menyaluti alam. Bintang-bintang yang gemerlapan memancar berkelip-kelipan. Cahaya bulan dirasakan lembut tumpah ke bumi. Amir dan Syahir mengambil peluang untuk bersiar-siar di pasar malam bersama.
“Lama betul kita tak melepak sama-sama. Kau pergi mana? Asyik hilang je. Kau pun dah lama tak melepak kat rumah aku. Lagipun, sejak kau kena buang sekolah, jarang aku dapat tahu perkembangan fasal kau,” tanya Amir.
“Ala, adalah job aku. Lagipun aku mana boleh lekat dengan rumah. Nanti berperang dengan mak bapak aku tu.” Syahir menjawab selamba.
“Job? Kau kerja apa?” Amir berkerut kening memandang Syahir.
“Adalah!” Sepatah jawapan yang dihamburkan. Dia tidak mahu Amir menumpahkan lebih banyak persoalan jika dia berterus-terang. Amir yang faham benar dengan fiil Syahir, hanya diam membungkam mengunci lidah.
Langkah kaki terus diorak mencari makanan kegemaran mereka. Setelah itu, mereka melepak di tepi tasik sambil bergelak-tawa bercerita. Sesekali mereka berlumba lari mengenangkan masa kecil.
“Mir, kau nampak tak apa yang aku nampak? Awek cun tu ...” Terbelalak mata Syahir melihat dua gadis comel yang sedang bersiar-siar di tepi tasik.
Amir melirik ke arah dua gadis tersebut. Bila diamati lebih mendalam, salah seorang seperti biasa dilihat. Menyelongkar kotak fikiran, rupanya gadis tersebut ialah Sofea. Gadis itu satu sekolah dengannya. Kecantikan dan kecomelannya terserlah apabila dia mengenakan tudung bawal bewarna merah.
Tetapi, Amir tidak berani berkenalan dengan mana-mana gadis. Dia sedar siapa dirinya. Mahu merenung lebih-lebih, niat itu sememangnya tenggelam jauh ke dasar samudera. Dia bimbang dirinya akan dicerca dan dihina.
“Kau tak nak cuba ke?” Syahir menyigung lengan Amir. Keningnya sengaja dijongket beberapa kali.
“Tak apalah. Jom kita pergi tempat lain.” Amir menukar topik, bingkas berdiri untuk terus bersiar-siar mengelilingi kawasan sekitar. Syahir sekadar menggeleng kepala, dia ikutkan sahaja rentak Amir.
Sambil bersiar-siar, mereka terlihat di satu lorong terdapat ramai orang sedang beratur untuk mendapatkan sesuatu.
“Jom kita pergi ke sana, ada apa tu?” Melihatkan satu lorong yang terdapat ramai orang sedang beratur untuk mendapatkan sesuatu, terus Amir mengajak Syahir ke sana. Mindanya diasak aneka pertanyaan, dia ingin tahu.
“Itu gelandanganlah, tengah beratur untuk dapatkan makanan. Kau tak tahu ke?”
“Ada orang bagi makanan percuma? Baiknya dia orang. Siapa yang bagi tu ya?” Amir terpinga-pinga sendiri, keraguan yang bergumpal dalam benak fikiran tergetus dari bibirnya.
Meledak tawa Syahir bilamana persoalan rakannya itu menghunjam ekor telinganya. Nampak benar rakannya itu tidak pernah keluar dari lorong. Dunianya hanya lorong, sekolah dan pasar. Tidak pernah meneroka dunia lain, hanya kekal mengembara dalam lubuk sendiri.
“Jomlah kita pergi sana.” Buat kesekian kalinya Amir mengajak. Langkah diatur ke sana. Syahir layankan sahaja kehendak Amir tanpa melemparkan sebarang alasan.
‘DALAM dunia yang kejam dan mementingkan diri, ada juga insan yang berhati mulia.’ Monolog Amir sendiri. Lensa pandangannya masih terpaku pada kelibat gelandangan yang sedang beratur mendapatkan makanan.Dia mula berminat dan tanpa dia sedari, jangkah kakinya sudah membawanya dekat dengan tempat pengagihan makanan tersebut.“Adik nak makanan? Sila beratur ya.” Seorang petugas menyapa Amir.“Eh tak, saya cuma datang nak tengok saja,” balas Amir. Masih meninjau-ninjau ekor matanya ke arah tempat pengagihan makanan itu.Seorang lagi petugas datang menghampiri Amir, “Berminat nak sertai kami? Tapi tiada gaji, suka rela je.”Amir mencungkit senyum. Syahir pula tiba-tiba menghilang. Puas dia mencari di seluruh pelusuk lorong itu, rupa-rupanya Syahir sedang berbual mesra dengan seorang gadis, salah seorang petugas di tapak gelandangan itu.Syahir tidak berminat untuk menyertai mereka tetapi tidak pula
SEMINGGU sekali di tapak gelandangan, bukan sahaja Amir dan Sofea semakin rapat, Syahir juga tidak melepaskan peluang bertemu mesra dengan buah hatinya, iaitu Bella. Perkenalan pertama Syahir dan Bella menjadikan mereka semakin mesra dan sering keluar bersama dengan pergi menonton wayang.Bila ada masa terluang, mereka akan berdating. Syahir yang belum pernah kenal erti cinta terasa amat bahagia. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi buah hatinya malah sanggup ‘berhabis’ demi memenuhi permintaan kekasihnya.Lautan api pun tidak mampu untuk diredah, inikan pula sanggup berhabis demi buah hati.Namun sejak kebelakangan ini, Bella seolah-olah cuba mengelak daripada berjumpa dengan Syahir. Bermacam-macam aneka alasan dicurahkan. Sibuklah, tak sempatlah, itulah inilah, dan sebagainya.Syahir telah cuba bermacam-macam cara untuk memujuk Bella, namun pujukan tersebut tidak diendahkan. Dia mula tidak tentu arah. Rindunya sudah tidak berbalas lagi. Ben
AMIR menjalani rutin hariannya seperti biasa. Di sekolah, keakraban Amir dan Sofea telah dihidu oleh banyak pihak. Dari rakan-rakan sehinggalah guru-guru. Di kalangan murid, ramai yang tidak menyenangi hubungan mereka.Berbagai-bagai perumpamaan dicetuskan. Bagai enggang dengan pipit, bagai langit dengan bumi, bagai si kudung mendapat cincin, dan pelbagai lagi terutama di kalangan pelajar lelaki.Mereka sangat cemburu kerana Sofea tidak pernah melayan mereka sebaik Amir jauh sekali membalas cinta mereka.Gosip dan cerita mereka juga sampai ke pengetahuan bapa Sofea, yakni Datuk Zaki. Kemarahannya bagaikan gunung berapi meletus apabila mengetahui latar belakang dan kisah hidup Amir.Sedang berada di pejabat sambil menatap satu artikel yang dikongsikan kepadanya, Datuk Zaki mendengus sendiri, "Oh, anak pembunuh tu rupanya kau jadikan kekasih ya, Sofea. Tak apa, siap kau nanti.""KAMU buta ke
AMIR langsung tidak dapat melelapkan mata walaupun seminit pada malam itu. Tidurnya seolah-olah bermimpi dalam realiti.“Kenapa malam ni?” Amir kebingungan. Rindu dan risau terhadap Sofea. Tangisannya mendesah kuping telinga. Ketika Sofea menangis, mahu sahaja dia ‘terbang’ mendapatkan Sofea dan memujuknya.Kepalanya ligat berfikir dan berfikir. Sehinggalah terbit fajar, Amir masih tidak melelapkan mata. Kepalanya terasa berat dan sakit akibat tidak tidur kerana tangisan. Mujurlah hari minggu yang menjelmakan diri.Menjelang tengah hari, Amir duduk terpekur sambil menyandarkan belakang tubuh di jenang pintu rumah dengan keadaan yang tidak terurus. Langsung terlupa terhadap makan dan minum.“La, kat sini rupanya kau. Aku ingatkan kau kat pasar. Aku carilah kau kat sana. Mr.Wong cakap kau tak datang kerja hari ni. Kenapa?” Muncul Syahir menyapanya.Syahir berkutik hairan melihat keadaan sahabatnya. Dengan lesu, dit
WARITA tentang Sofea ditukar sekolah serta-merta dan Amir dibelasah oleh papa Sofea, hangat diperkatakan dalam warga sekolah. Ada yang menzahirkan rasa simpati, namun majoritinya bersorak gembira.“Padan muka, tak sedar diri.” Antara yang tercetus dari mulut-mulut lancang para pelajar.Dalam kalangan guru-guru, berita tersebut amat membimbangkan sementelah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir.Amir diberi surat MC selama dua hari. Sofea juga mereka bimbangkan. Mampukah dua orang anak muda itu bertahan? Malah, kuatkah mereka untuk menghadapi dugaan ini?Setibanya Amir di pintu pagar sekolah, dialah yang menjadi tumpuan utama para pelajar. Ke mana sahaja dia pergi, pasti ada pelajar akan berbisik sesama sendiri berkenaannya.Dalam kelas, Amir tidak dapat mengunci sepenuh perhatian semasa gurunya mengajar. Selain daripada gangguan orang sekeliling, bayangan Sofea juga ada di mana-mana. Kepedihan yang memaku hatinya dik
“AWAK stress?” Gadis seksi itu menyapa. Tebal solekannya menutupi roman wajah sebenarnya, membuatkan Amir terdiam kaku kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan.“Minumlah, I belanja. Pertama kali datang ke sini ye?” bisik gadis seksi itu seraya menyuakan segelas ‘air’ kepada Amir yang dilihatnya begitu janggal.Amir menggangguk lemah dan cuba mengukir seraut senyum. Teragak-agak huluran itu disambutnya.“Minumlah, hilangkan stress tu.” Gadis itu menggoda lagi. Amir yang kelihatan ‘malu-malu kucing’ cuba membiasakan diri.Sejurus gelas tadi menyentuh bibir, dia seperti tercium bau yang sering diciumnya dahulu. Bau yang dibawa pulang oleh oleh ayahnya. Arak! Bau yang membuatkan ibunya merana kerana dipukul ketika ayahnya mabuk!Seakan terjaga dari alam mimpi, gelas dalam pegangannya terus terlepas dan berderai menjadi kepingan yang tidak terhitung jumlahnya, berteraburan atas lantai.
KESIHATAN Amir semakin pulih. Emosinya juga semakin stabil. Dia sudah boleh duduk tetapi perutnya masih sakit dek kesan cucian oleh doktor untuk mengeluarkan sisa ubat tidur yang ditelannya tempoh hari.Syahir datang melawat. Melabuh duduk di sebelah katil Amir, pelbagai aneka rasa mula bergumpal menjadi satu rencah ketika retina itu menyaksikan keadaan sahabatnya.“Sori Mir, kalau bukan aku yang bawa kau ke sana, mesti kau tak jadi macam ni.” Tersimpul rasa kesal dalam ujaran yang meniti di bibir Syahir.Amir menepuk bahu Syahir, “Bukan salah kau, Syahir. Kau langsung tak bersalah dalam hal ni. Aku sendiri yang nak ikut kau kan. Jadi kau tak payah fikir lagi fasal tu, okey? Relakslah, kita kan sahabat ...”Syahir tersenyum, menyelinap rasa lega dalam hatinya mendengarkan kata-kata Amir. Tetapi wajah itu masih masih sugul, Amir cuba berseloroh untuk menghiburkannya. “Weh Syahir, awek seksi malam tadi tu cun j
SEPANJANG berada di rumah Mr.Wong, Amir dijaga dengan baik oleh mereka sekeluarga. Bila tiba waktu makan, Amir akan singgah di rumah Mak Temah, jiran Mr.Wong yang tinggal bersebelahan rumahnya. Bila tiba waktu solat pula, Amir akan mengikuti Pak Din, suami Makcik Timah ke masjid berdekatan.Amir dan Ah Cheng akan belajar dan menghabiskan masa terluang bersama. Sesekali Syahir akan menyertai mereka bermain bola atau beriadah di taman tasik.Pada suatu petang, mereka sedang ralit bermain catur di laman rumah. Seorang budak perempuan terlihat sedang berlari anak menghampiri mereka.“Mei Mei, buyao darao women. Zai qita difang wan (Mei Mei, jangan ganggu kami. Mainlah di tempat lain),” kata Ah Cheng pada budak perempuan berkenaan.“Aii, comelnya dia. Siapa tu, Ah Cheng?” tanya Amir, tersenyum melihat kecomelan anak cina tersebut. Rambutnya diikat tocang dan dihiasi riben merah. Ada anak patung kecil dalam dakapannya.
“MAMA dengan papa tak sayang kakak lagi ke? Asyik dengan baby je. Nanti bila adik dah keluar, mesti mama lagi sayangkan adik, kan?” Suara kecil yang pelat manja mengejutkan pasangan suami isteri Amir dan Sofea.Mereka meledak tawa kecil.“Mari sini, sayang.” Amir memanggil, kemudian didukungnya anak gadis yang baru pandai bertatih itu mendapatkan mamanya yang sedang mengusap perutnya di buaian yang terletak di taman yayasan.Tangan kecil itu dilekapkan atas perut Sofea yang sedang memboyot itu.“Ini adik kakak, ada dua tau. Mesti seronok kakak tak sunyi lagi selepas ni.” Amir memujuk anak gadisnya yang merajuk itu. Ubun-ubun itu kemudian diusap pula oleh Sofea.“Ada dua? Kembar? Sejak bila kita ada keturunan kembar?” Tiba-tiba suara Salmah mencelah dari tepi.“Yalah, sebelah mama pun tak ada.” Datin Maria pula menyampuk.Tertawa Amir dan Sofea, pecah pula rahsia mereka untuk buat kejutan.“Kalau macam tu, dari kamilah …” Spontan Amir menjawab. Sofea sekadar menahan tawanya daripada te
SEBAGAI penyatuan dua cinta, kedua-dua keluarga tidak melupakan adat. Segalanya berjalan mengikut adat. Merisik, meminang, bertunang. Tidak perlu menunggu lama untuk bernikah, kedua-dua pihak bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan tiga bulan dari tarikh bertunang.Segala persiapan perkahwinan tidaklah terlalu sukar untuk mereka kerana persiapan berupa kenduri dibuat oleh team syarikatnya sendiri manakala persiapan lain pula banyak dibantu dan disokong oleh rakan-rakan persatuan NGO.Pastinya insan yang paling sibuk ialah ibu Amir dan mama Sofea.Datin Maria amat cerewet dalam bab penjagaan kesihatan dan kecantikan Sofea. Dia akan memastikan Sofea benar-benar sihat. Makan pakainya, keselamatannya dipantau setiap masa. Sehingga hampir setiap detik Datin Maria berada di samping Sofea.“You are the only one my daughter, Sofea. Pertama dan terakhir. Mama tak akan ada detik-detik macam ni lagi selepas Sofea bernikah nanti. Dan … mama ingin pastikan yang kali ini tiada apa-apa yang buruk
AMIR kembali semula ke pejabatnya selepas begitu lama dia bercuti. Kasihan dia terhadap Ah Cheng kerana terpaksa meng-galas tugasnya ketika ketiadaannya.“Tak apa, Amir. Aku faham perasaan kau, bukan masalah yang kau cari pun. Nasib baik kita tak ada projek besar lagi. Mudahlah sikit,” ujar Ah Cheng apabila Amir berkali-kali memohon maaf.Sebelum menghidupkan komputer ribanya, Amir teringat semula gurauannya bersama ibu dan kakaknya malam tadi. Dia tersenyum sendiri. Teringat juga dia terhadap uncang berisi loket kristal yang diberikan oleh Amira tempoh hari.Uncang itu masih selamat dalam simpanan-nya.Selepas waktu pejabat, seperti biasa Sofea akan singgah di yayasan. Ketika tiba di sana, Salina sedang berkaraoke bersama penghuni yayasan yang lain. Ketibaannya tidak disedari kerana Sofea menyelinap masuk secara senyap melalui belakang tempat duduk.Dia mencuri dengar nyanyian Salina yang memukau bak bangsi buluh perindu. Sofea terpegun, benarlah cerita daripada Amir. Salina merupaka
“AMIRA, kau tetap nak pergi?” Soalan Sofea menyentuh hatinya. Seraya mengangguk perlahan, dia mengukir senyuman simpul di bibir.“Aku ingatkan kedatangan kau kali ni adalah kepulangan kau untuk selamanya. Kau nak tinggalkan Amir lagi?” Buat kesekian kalinya Sofea bertanya.Hati Amira kian tersentuh. Digenggamnya jari-jemari Sofea dan merenung tepat ke dalam anak mata Sofea.“Pada perancangan asal. Ya, tetapi jawapan yang aku peroleh adalah sebaliknya. Aku dah pun dapat jawapan yang sebenarnya, Sofea. Jawapan yang pasti,” jawab Amira jujur.Sofea terpana seketika. Dia seolah-olah tidak faham atau enggan memahaminya. Amira mengerti akan reaksi yang dipamerkan oleh Sofea. Tetapi, dia hanya membiarkan masa dan takdir yang menentukan. Harap Sofea memahaminya.Selepas bersalaman dan saling berpelukan, Amira melambai ke arah Sofea sekeluarga sambil memacu langkah menuju ke teksi yang telah menantinya di luar pagar kediaman Sofea.Amira pergi sendiri. Dia tidak mahu sesiapa pun menghantarnya
AMIRA tiba di hadapan pintu kediaman Amir. Kelihatannya sunyi. ‘Mungkin dia orang kat yayasan. Tapi … masih terlalu awal.’ Fikir Amira.Baru sahaja dia ingin menghubungi Amir, tiba-tiba daun pintu itu terkuak. Salmah terkejut meli-hatkan susuk tubuh Amira yang tercegat di hadapan pintu sementara Amira tergamam melihatkan mereka sekeluarga berpakaian serba hitam dan sedang bersedih.Tanpa banyak bicara, Amira menyertai mereka mengiringi jenazah Zakuan ke tanah perkuburan.Keluangsa Zakuan apatah lagi. Kehilangan Zakuan secara tiba-tiba itu memberi tamparan hebat kepada mereka. Tetapi sebagai orang Islam yang beriman, mereka menerima takdir qada dan qadar yang telah ditentukan.Amir kelihatannya begitu sedih. Kehadiran Amira tanpa sebarang khabar mengejutkan Amir, tetapi dia tidak menebarkan sebarang reaksi.Amira mafhum, dia juga terkejut sebenarnya. Pelbagai peristiwa tragis telah berlaku dan dia mengetahuinya dengan menyaksikan sendiri di hadapan matanya.“Sofea … mengapa kau mesti l
SOFEA mengerling ke arah cermin pandang belakang keretanya, sesekali cermin sisi pula. Dia berasa tidak sedap hati. Mungkin sangkaannya sahaja gamaknya.Sejak beberapa hari ini, dia berasa seperti diekori. Kebimbangan yang merusuh disuarakan kepada Zakuan. Perjaka itu hanya memintanya berdoa dan berhati-hati. Jika perlu, dia akan menemani jika ada urusan yang memerlukan dia keluar kawasan.Zakuan juga terpaksa meminta bantuan Amir untuk mengawasi Sofea terutama sekali jika Sofea ke yayasan kerana dia juga selalu ke luar daerah.“Siapa pula yang ganggu Sofea? Sofea ada musuh ke?” Zakuan mengutarakan persoalan itu ketika mereka bertiga berkumpul di yayasan.Sofea dan Amir termenung sejenak.“Tak mungkin Haris. Aku tak rasa dia akan berdendam atas apa yang berlaku pada kami.” Sofea menyatakan pendapatnya.Gangguan-gangguan pelik seperti nota dan mesej misteri agak menganggu benak fikirannya. Entah apa motif pengirim berkenaan. Sofea sendiri tidak faham.Amir juga cuba mencari jawapan. Da
PENAMPILAN Sofea tampak sederhana sahaja. Permintaannya hanya untuk makan di sebuah benteng terbuka di tengah-tengah kotaraya. Zakuan hanya menurut, dia juga datang dari keluarga yang sederhana.Sofea tersenyum, terhibur dengan nyanyian kumpulan buskers yang membuat persembahan tika itu.“Kau sukakan nyanyian dan lagu mereka, Sofea?” tanya Zakuan apabila dilihatnya Sofea seolah-olah menghayati nyanyian mereka.Sofea mengangguk, “Sesekali apa salahnya kita menghargai bakat mereka. Nyanyian santai macam ni ... seronok pula bila didengar. Mungkin satu hari nanti, aku nak bawa penghuni yayasan buat persembahan macam inilah.”Zakuan cuma tersenyum.Sejak mengenali Sofea, orangnya tidak pernah melupakan penghuni yayasan dibawah naungan-nya. Setiap apa yang dilakukan, mesti terselit yayasannya bersama. Seolah-olah Sofea dan yayasan adalah roh dan jasadnya.Teringat akan cerita Datuk Zaki kepadanya, Sofea amat mencintai kerja kebajikannya. Itu jugalah sebab dia jatuh hati terhadap Sofea. Dia
SOFEA memerhatikan Amir yang sedang berbincang dengan seorang peguam yang akan mewakili seorang daripada ahli yayasan. Hatinya berbunga lega melihatkan Amir kembali pulih daripada kesedihannya.Tetapi Sofea tahu, Amir tidak sepenuhnya pulih. Jiwanya hambar dan kosong. Dia tidak gembira. Amir hanya melalui hari-harinya sekadar memenuhi tuntutan tanggungjawabnya kepada keluarga, syarikat dan yayasan.Teringat akan perbualannya dengan Amir petang semalam. Sofea telah mengetahui kisah sebenar disebalik konflik yang mereka hadapi. Sofea meminta Amir mengejar cintanya. Sofea juga dapat menyelami betapa sayangnya Amir terhadap Amira. Begitu juga sebaliknya.Amir cuma diam membisu, tidak memberi sebarang respons mahupun jawapan. Hatinya telah membeku. Dia sendiri tidak pasti perasaan apa yang sedang bergurindam dalam hatinya sekarang.Hatinya yang berkuntuman bunga bahagia dan ceria, tiba-tiba direnggut pergi oleh kekasihnya tanpa belas kasihan dengan alasan akan menemui kebahagiaan yang lebi
AMIR sudah tidak terkira berapa lama dia hanya mengurung diri dalam dunianya yang tersendiri. Semakin dia terkurung, semakin bertunjang kebuntuannya.Wajah Amira ada di mana-mana. Suaranya sentiasa mendesah kuping telinga. Namun, jawapan yang dicari masih juga belum ditemui.Kunci keretanya dicapai. Dia memandu tanpa arah. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Cepat-cepat Amir menukar gear dan memecut ke destinasi. Sudah lama dia tidak menjengah sahabatnya. Mengapalah dia boleh terlupa, sesalnya …Syahir cuma tertawa kecil melihat sahabatnya itu. Menyaksikan keadaannya sudah cukup mem-beri jawapan kepada ketidakhadiran sahabatnya itu untuk tempoh yang lama.“Putus cinta?” Pendek pertanyaan Syahir.Amir mengangguk lemah. Tersedik rasa kasihan dalam hati Syahir melihatkan keadaan sahabatnya.“Tapi … betul ke? Apa yang terjadi? Kau atau Amira yang curang?” Syahir mula berteka-teki.“Entah, dua-dua pun tak. Aku tak tahu.”Kecelaruan bergayut di tampang wajahnya. Syahir juga jadi keliru. Tiba