Share

BAB 2

Author: Iqmal Izzat
last update Last Updated: 2022-02-04 00:21:12

HARI ini adalah hari paling gembira bagi Amir. Ingin sahaja dia ‘terbang’ pulang. Langkahnya terasa lambat, tak sabar rasanya dia ingin melompat dan memeluk ibu kesayangannya.

‘Tak sabarnya aku nak bagitahu ibu tentang kejayaan aku ni. Mesti ibu sangat gembira.’ Amir bermonolog sendiri. Bibirnya mekar dengan kelopak senyuman. Ada kegembiraan di sebalik lirikan senyum itu.

“Ibu! Ibu!” Amir menjerit memanggil ibunya, dia berlari anak mendapatkan Salmah. Tanpa segan silu, dipeluknya ibunya itu sekuat hati. “Ibu, Amir terpilih jadi pelajar terbaik kat sekolah! Doa ibu termakbul!”

Salmah tersenyum syukur, dia gembira bukan kepalang. Dicium-ciumnya pipi anak bujangnya itu berulang kali sambil air mata kegembiraan berjurai jatuh membasahi lekuk pipinya.

Tetapi sayang, kegembiraan mereka tidak bertahan lama. Sedang mereka berpelukan, tiba-tiba ada tangan kasar meragut dan menarik Amir dari pelukan ibunya. Amir tersepuk jatuh ke tanah.

“Hoi! Drama apa ni, hah! Mana duit aku!” jerkah ayahnya dengan wajah menyinga.

Selintas kilat penamparnya hinggap di pipi Salmah sehingga dia turut tersungkur mencium bumi gersang. Salmah mengerang kesakitan. Habis bibirnya pecah dan berdarah akibat tamparan kuat lelaki itu.

Amir berang melihat ibunya diperlakukan begitu. Dia lantas cuba menahan ayahnya dari terus memukul ibunya tetapi tenaga orang pemabuk itu lebih kuat dan perkasa, tidak terlawan olehnya.

Dia hanya mampu memeluk Salmah dan menjadikan tubuhnya sebagai benteng pertahanan buat sang ibu tercinta.

Akibat terlalu marah, tubuhnya ditendang dan rambutnya direnggut kasar. Belum sempat sebiji penumbuk hinggap di mukanya, tiba-tiba sekumpulan samseng tiba. Malik yang terkejut, lantas melepaskan pegangan tangannnya dari rambut Amir.

Kali ini Malik pula dibelasah oleh kumpulan samseng tersebut. Amir dan Salmah berpelukan sesama sendiri. Mereka hanya mampu menyaksikan Malik dibelasah oleh kumpulan samseng itu tanpa berbuat apa-apa.

Setelah puas Malik dibelasah, muncul ketua kumpulan gangster tersebut menghampiri Malik. Pistol yang tersisip kemas di pinggang, ditarik sebelum diacungkan ke arah lelaki yang telah cedera parah itu.

“Mana mau lari? Hutang bila mau setel?” soal Acong.

“Aku janji, aku bayar!” balas Malik terketar-ketar.

“Mana mungkin lu boleh bayar, sudah ratus ribu, kasi bunuh!” Acong meletuskan arahan kepada kuncu-kuncunya untuk membunuh Malik. Arahan dituruti, langkah larian diatur untuk mendapatkan sasaran mereka, sekaligus melangsaikan arahan yang diberi.

Penghuni lain di lorong itu hanya berpeluk tubuh. Masing-masing hanya berkurung dalam rumah kerana tidak mahu terlibat. Ada juga yang mengintai melalui celahan tingkap untuk melihat apa yang terjadi.

Malik mengigil ketakutan dan kesakitan. Belum sempat dia dikerjakan, tak semena-mena ekor matanya memberi isyarat jeling ke arah Amir sebagai tatapan Acong. Retina mata lelaki itu berganjak hala memandang Amir. Ketakutan mula menggempur diri remaja itu.

“Lu mau jual dia pula ha ...” Meleret ujaran itu terbit dari bibir Acong. Langkah kaki diheret mendekati Amir. Ekor tengkuk baju Amir dicekaknya sebelum dijelajah tubuh itu dari hujung kaki hingga hujung rambut.

Salmah yang masih terduduk atas tanah dikerlingnya. Ada leretan sengih di bibir lelaki itu. Kebetulan kain yang dipakai oleh Salmah sedikit terselak hingga ke bahagian betis. Amir yang terasa berang cuba melawan, tetapi dia dibelasah.

Salmah meraung melihat anaknya dibelasah. Malik pula cuba meloloskan diri tetapi gagal apabila ditahan oleh pengikut Acong. Dalam pada masa sama, Syahir tiba di lorong itu. Niatnya hendak mengajak Amir minum di sebuah gerai berhampiran.

“Amir!” Berlari Syahir hendak menyelamatkan sahabatnya, tetapi disebabkan kumpulan samseng tersebut ramai dan kuat, dia tewas dengan mudah. Amir yang sudah terkulai akibat dibelasah diheret ke hadapan Malik.

“Okey! Aku ambil ini. Dia masih muda. Lu punya bini simpan dulu, dia boleh jadi perempuan simpanan,” kata Acong seraya tersenyum lebar, kemudiannya meledakkan tawa.

Malik mengangguk.

Amir amat terkejut! Demi hutang, sanggup Malik menjual anak sendiri. Salmah apatah lagi. Dia yang amat berang dengan tindakan bodoh suaminya terus bangkit tanpa menghiraukan kesakitan yang menguasai urat sarafnya. Segera dia berlari mendapatkan anaknya.

“Jangan rampas anak aku lagi! Jangan!” Salmah memengkis.

Salmah ditolak sehingga jatuh. Amir meronta cuba meloloskan diri tetapi dibelasah oleh pengikut Acong.

Tidak sanggup kehilangan anak lagi, Salmah terus bangkit dengan kekuatan yang bersisa. Dia berlari ke arah Acong. Pistol yang tersisip di pinggang lelaki itu dirampas sebelum satu das tembakan dilepaskan ke kepala Acong. Sekujur tubuh itu jatuh menyembah bumi.

Amir tergamam. Lidahnya kelu kehilangan kata.

Pengikut Acong terkesima. Mereka segera membuka langkah seribu melihatkan Salmah seolah-olah sedang diserang histeria. Malik juga. Dia merangkak untuk melarikan diri.

“Setan kau! Kau memang setan! Binatang! Tak puas kau jual tubuh aku untuk langsai hutang kau, kau jual anak perempuan aku, ni kau nak jual anak lelaki aku pula! Kau memang setan!” jerkah Salmah sambil membelasah suaminya, melampiaskan segala rasa yang bertemali dalam lubuk rasa. Yang telah dipendamnya sekian lama.

“Kau yang paksa aku, sekarang kau mati!”

Salmah mengacu pistol ke arah suaminya pula. Anak matanya tajam menikam sasaran. Segera Amir bangkit, dia mahu menghentikan ibunya daripada meneruskan tindakan itu.

“Ibu, jangan ibu!” Suara Amir melangsi tinggi, menegah ibunya.

Tanpa menghiraukan tegahan anaknya, Salmah melepaskan berdas-das tembakan membunuh suaminya. Darah segar mula membanjiri, pistol terlepas dari genggaman. Salmah terduduk, dia mula dibasahi air mata. Segera Amir memeluknya, seerat-eratnya.

Pada tarikh yang sama, lorong gelap itu menjadi tumpuan negara. Berita tragedi lorong menjadi liputan luas. Ketua samseng paling berkuasa di Kuala Lumpur dan suami dayus telah mati dibunuh.

Salmah ditahan polis atas kesalahan membunuh. Reaksi orang ramai dan netizen bermacam-macam. Salmah yang kelihatan tenang tidak banyak berkata-kata.

Dia reda dan menerima sahaja ketentuan Ilahi. Dia tidak hirau lagi akan nasib dirinya asalkan zuriatnya selamat. Dia sanggup berkorban apa sahaja demi anaknya. Cukuplah sekali dia tersilap, dia tidak mahu mengulang kesilapan sama.

SEPANJANG penyiasatan kes, Syahir sentiasa menemani Amir. Tambahan pula dia saksi kepada peristiwa tersebut. Mereka diberikan rawatan sepanjang siasatan berlangsung.

“Kesian kau Syahir. Kau pula yang kena belasah dengan samseng tu,” kata Amir bersulam kesal. Kerana Syahir ingin menyelamatkannya, sudahnya sahabatnya itu turut terluka sama.

“Tak apa Mir, aku okey. Kitakan dah macam adik-beradik, tak akanlah aku nak tengok saja sahabat aku ni kena belasah,” katanya. Pandangannya tepat memaku wajah Amir yang berona kesal.

Seorang pegawai polis melangkah menghampiri Amir, “Dik, selepas ni kamu ikut kami ke balai untuk keterangan lebih lanjut ya.”

“Baiklah.” Amir mengangguk setuju.

“Amir, aku teman kau ya.” Syahir menyapa lembut bahu Amir.

“Terima kasih, Syahir. Kaulah satu-satunya sahabat aku sehidup semati.” Amir melukiskan sekulum senyuman tipis di laman wajahnya sebagai tatapan Syahir.

“Sama-sama, kita kan sahabat.” Syahir merangkul leher Amir, mesra.

Related chapters

  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   BAB 3

    “AMIR, kamu jangan risaukan ibu kat sini ya. Ibu okey saja dekat sini. Ibu cuma risaukan kamu seorang diri kat luar sana.” Demikian bicara yang diatur ketika ketika mereka beradu mata, bilamana Amir datang melawatnya di penjara.Amir cuba mengorak senyum. Sejak peristiwa itu dia amat terkejut. Berhari-hari dia cuba mendamaikan hatinya yang rusuh. Semuanya seolah-olah mimpi ngeri. Sudah berminggu dia tidak hadir ke sekolah kerana trauma sementelah dia tinggal berseorangan diri tanpa sesiapa di sisi.Peristiwa hitam itu setiap detik menghantui hidupnya. Takut juga jika pengikut-pengikut Acong datang membalas dendam padanya. Mujurlah Syahir datang menemani setiap hari dengan membawakan makanan sebagai santapannya.Guru-guru sekolah juga tampil menghulurkan semangat kepada Amir dan membantu apa yang perlu. Mereka bimbang semangat anak muda ini akan terpadam akibat trauma yang dialami sejak tragedi hitam itu berlaku.“Ibu, boleh Amir tanya se

    Last Updated : 2022-02-04
  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   BAB 4

    ‘DALAM dunia yang kejam dan mementingkan diri, ada juga insan yang berhati mulia.’ Monolog Amir sendiri. Lensa pandangannya masih terpaku pada kelibat gelandangan yang sedang beratur mendapatkan makanan.Dia mula berminat dan tanpa dia sedari, jangkah kakinya sudah membawanya dekat dengan tempat pengagihan makanan tersebut.“Adik nak makanan? Sila beratur ya.” Seorang petugas menyapa Amir.“Eh tak, saya cuma datang nak tengok saja,” balas Amir. Masih meninjau-ninjau ekor matanya ke arah tempat pengagihan makanan itu.Seorang lagi petugas datang menghampiri Amir, “Berminat nak sertai kami? Tapi tiada gaji, suka rela je.”Amir mencungkit senyum. Syahir pula tiba-tiba menghilang. Puas dia mencari di seluruh pelusuk lorong itu, rupa-rupanya Syahir sedang berbual mesra dengan seorang gadis, salah seorang petugas di tapak gelandangan itu.Syahir tidak berminat untuk menyertai mereka tetapi tidak pula

    Last Updated : 2022-02-04
  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   BAB 5

    SEMINGGU sekali di tapak gelandangan, bukan sahaja Amir dan Sofea semakin rapat, Syahir juga tidak melepaskan peluang bertemu mesra dengan buah hatinya, iaitu Bella. Perkenalan pertama Syahir dan Bella menjadikan mereka semakin mesra dan sering keluar bersama dengan pergi menonton wayang.Bila ada masa terluang, mereka akan berdating. Syahir yang belum pernah kenal erti cinta terasa amat bahagia. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi buah hatinya malah sanggup ‘berhabis’ demi memenuhi permintaan kekasihnya.Lautan api pun tidak mampu untuk diredah, inikan pula sanggup berhabis demi buah hati.Namun sejak kebelakangan ini, Bella seolah-olah cuba mengelak daripada berjumpa dengan Syahir. Bermacam-macam aneka alasan dicurahkan. Sibuklah, tak sempatlah, itulah inilah, dan sebagainya.Syahir telah cuba bermacam-macam cara untuk memujuk Bella, namun pujukan tersebut tidak diendahkan. Dia mula tidak tentu arah. Rindunya sudah tidak berbalas lagi. Ben

    Last Updated : 2022-02-04
  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   BAB 6

    AMIR menjalani rutin hariannya seperti biasa. Di sekolah, keakraban Amir dan Sofea telah dihidu oleh banyak pihak. Dari rakan-rakan sehinggalah guru-guru. Di kalangan murid, ramai yang tidak menyenangi hubungan mereka.Berbagai-bagai perumpamaan dicetuskan. Bagai enggang dengan pipit, bagai langit dengan bumi, bagai si kudung mendapat cincin, dan pelbagai lagi terutama di kalangan pelajar lelaki.Mereka sangat cemburu kerana Sofea tidak pernah melayan mereka sebaik Amir jauh sekali membalas cinta mereka.Gosip dan cerita mereka juga sampai ke pengetahuan bapa Sofea, yakni Datuk Zaki. Kemarahannya bagaikan gunung berapi meletus apabila mengetahui latar belakang dan kisah hidup Amir.Sedang berada di pejabat sambil menatap satu artikel yang dikongsikan kepadanya, Datuk Zaki mendengus sendiri, "Oh, anak pembunuh tu rupanya kau jadikan kekasih ya, Sofea. Tak apa, siap kau nanti.""KAMU buta ke

    Last Updated : 2022-02-24
  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   BAB 7

    AMIR langsung tidak dapat melelapkan mata walaupun seminit pada malam itu. Tidurnya seolah-olah bermimpi dalam realiti.“Kenapa malam ni?” Amir kebingungan. Rindu dan risau terhadap Sofea. Tangisannya mendesah kuping telinga. Ketika Sofea menangis, mahu sahaja dia ‘terbang’ mendapatkan Sofea dan memujuknya.Kepalanya ligat berfikir dan berfikir. Sehinggalah terbit fajar, Amir masih tidak melelapkan mata. Kepalanya terasa berat dan sakit akibat tidak tidur kerana tangisan. Mujurlah hari minggu yang menjelmakan diri.Menjelang tengah hari, Amir duduk terpekur sambil menyandarkan belakang tubuh di jenang pintu rumah dengan keadaan yang tidak terurus. Langsung terlupa terhadap makan dan minum.“La, kat sini rupanya kau. Aku ingatkan kau kat pasar. Aku carilah kau kat sana. Mr.Wong cakap kau tak datang kerja hari ni. Kenapa?” Muncul Syahir menyapanya.Syahir berkutik hairan melihat keadaan sahabatnya. Dengan lesu, dit

    Last Updated : 2022-02-24
  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   BAB 8

    WARITA tentang Sofea ditukar sekolah serta-merta dan Amir dibelasah oleh papa Sofea, hangat diperkatakan dalam warga sekolah. Ada yang menzahirkan rasa simpati, namun majoritinya bersorak gembira.“Padan muka, tak sedar diri.” Antara yang tercetus dari mulut-mulut lancang para pelajar.Dalam kalangan guru-guru, berita tersebut amat membimbangkan sementelah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir.Amir diberi surat MC selama dua hari. Sofea juga mereka bimbangkan. Mampukah dua orang anak muda itu bertahan? Malah, kuatkah mereka untuk menghadapi dugaan ini?Setibanya Amir di pintu pagar sekolah, dialah yang menjadi tumpuan utama para pelajar. Ke mana sahaja dia pergi, pasti ada pelajar akan berbisik sesama sendiri berkenaannya.Dalam kelas, Amir tidak dapat mengunci sepenuh perhatian semasa gurunya mengajar. Selain daripada gangguan orang sekeliling, bayangan Sofea juga ada di mana-mana. Kepedihan yang memaku hatinya dik

    Last Updated : 2022-02-24
  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   BAB 9

    “AWAK stress?” Gadis seksi itu menyapa. Tebal solekannya menutupi roman wajah sebenarnya, membuatkan Amir terdiam kaku kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan.“Minumlah, I belanja. Pertama kali datang ke sini ye?” bisik gadis seksi itu seraya menyuakan segelas ‘air’ kepada Amir yang dilihatnya begitu janggal.Amir menggangguk lemah dan cuba mengukir seraut senyum. Teragak-agak huluran itu disambutnya.“Minumlah, hilangkan stress tu.” Gadis itu menggoda lagi. Amir yang kelihatan ‘malu-malu kucing’ cuba membiasakan diri.Sejurus gelas tadi menyentuh bibir, dia seperti tercium bau yang sering diciumnya dahulu. Bau yang dibawa pulang oleh oleh ayahnya. Arak! Bau yang membuatkan ibunya merana kerana dipukul ketika ayahnya mabuk!Seakan terjaga dari alam mimpi, gelas dalam pegangannya terus terlepas dan berderai menjadi kepingan yang tidak terhitung jumlahnya, berteraburan atas lantai.

    Last Updated : 2022-02-24
  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   BAB 10

    KESIHATAN Amir semakin pulih. Emosinya juga semakin stabil. Dia sudah boleh duduk tetapi perutnya masih sakit dek kesan cucian oleh doktor untuk mengeluarkan sisa ubat tidur yang ditelannya tempoh hari.Syahir datang melawat. Melabuh duduk di sebelah katil Amir, pelbagai aneka rasa mula bergumpal menjadi satu rencah ketika retina itu menyaksikan keadaan sahabatnya.“Sori Mir, kalau bukan aku yang bawa kau ke sana, mesti kau tak jadi macam ni.” Tersimpul rasa kesal dalam ujaran yang meniti di bibir Syahir.Amir menepuk bahu Syahir, “Bukan salah kau, Syahir. Kau langsung tak bersalah dalam hal ni. Aku sendiri yang nak ikut kau kan. Jadi kau tak payah fikir lagi fasal tu, okey? Relakslah, kita kan sahabat ...”Syahir tersenyum, menyelinap rasa lega dalam hatinya mendengarkan kata-kata Amir. Tetapi wajah itu masih masih sugul, Amir cuba berseloroh untuk menghiburkannya. “Weh Syahir, awek seksi malam tadi tu cun j

    Last Updated : 2022-02-26

Latest chapter

  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   EPILOG

    “MAMA dengan papa tak sayang kakak lagi ke? Asyik dengan baby je. Nanti bila adik dah keluar, mesti mama lagi sayangkan adik, kan?” Suara kecil yang pelat manja mengejutkan pasangan suami isteri Amir dan Sofea.Mereka meledak tawa kecil.“Mari sini, sayang.” Amir memanggil, kemudian didukungnya anak gadis yang baru pandai bertatih itu mendapatkan mamanya yang sedang mengusap perutnya di buaian yang terletak di taman yayasan.Tangan kecil itu dilekapkan atas perut Sofea yang sedang memboyot itu.“Ini adik kakak, ada dua tau. Mesti seronok kakak tak sunyi lagi selepas ni.” Amir memujuk anak gadisnya yang merajuk itu. Ubun-ubun itu kemudian diusap pula oleh Sofea.“Ada dua? Kembar? Sejak bila kita ada keturunan kembar?” Tiba-tiba suara Salmah mencelah dari tepi.“Yalah, sebelah mama pun tak ada.” Datin Maria pula menyampuk.Tertawa Amir dan Sofea, pecah pula rahsia mereka untuk buat kejutan.“Kalau macam tu, dari kamilah …” Spontan Amir menjawab. Sofea sekadar menahan tawanya daripada te

  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   BAB 77

    SEBAGAI penyatuan dua cinta, kedua-dua keluarga tidak melupakan adat. Segalanya berjalan mengikut adat. Merisik, meminang, bertunang. Tidak perlu menunggu lama untuk bernikah, kedua-dua pihak bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan tiga bulan dari tarikh bertunang.Segala persiapan perkahwinan tidaklah terlalu sukar untuk mereka kerana persiapan berupa kenduri dibuat oleh team syarikatnya sendiri manakala persiapan lain pula banyak dibantu dan disokong oleh rakan-rakan persatuan NGO.Pastinya insan yang paling sibuk ialah ibu Amir dan mama Sofea.Datin Maria amat cerewet dalam bab penjagaan kesihatan dan kecantikan Sofea. Dia akan memastikan Sofea benar-benar sihat. Makan pakainya, keselamatannya dipantau setiap masa. Sehingga hampir setiap detik Datin Maria berada di samping Sofea.“You are the only one my daughter, Sofea. Pertama dan terakhir. Mama tak akan ada detik-detik macam ni lagi selepas Sofea bernikah nanti. Dan … mama ingin pastikan yang kali ini tiada apa-apa yang buruk

  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   BAB 76

    AMIR kembali semula ke pejabatnya selepas begitu lama dia bercuti. Kasihan dia terhadap Ah Cheng kerana terpaksa meng-galas tugasnya ketika ketiadaannya.“Tak apa, Amir. Aku faham perasaan kau, bukan masalah yang kau cari pun. Nasib baik kita tak ada projek besar lagi. Mudahlah sikit,” ujar Ah Cheng apabila Amir berkali-kali memohon maaf.Sebelum menghidupkan komputer ribanya, Amir teringat semula gurauannya bersama ibu dan kakaknya malam tadi. Dia tersenyum sendiri. Teringat juga dia terhadap uncang berisi loket kristal yang diberikan oleh Amira tempoh hari.Uncang itu masih selamat dalam simpanan-nya.Selepas waktu pejabat, seperti biasa Sofea akan singgah di yayasan. Ketika tiba di sana, Salina sedang berkaraoke bersama penghuni yayasan yang lain. Ketibaannya tidak disedari kerana Sofea menyelinap masuk secara senyap melalui belakang tempat duduk.Dia mencuri dengar nyanyian Salina yang memukau bak bangsi buluh perindu. Sofea terpegun, benarlah cerita daripada Amir. Salina merupaka

  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   BAB 75

    “AMIRA, kau tetap nak pergi?” Soalan Sofea menyentuh hatinya. Seraya mengangguk perlahan, dia mengukir senyuman simpul di bibir.“Aku ingatkan kedatangan kau kali ni adalah kepulangan kau untuk selamanya. Kau nak tinggalkan Amir lagi?” Buat kesekian kalinya Sofea bertanya.Hati Amira kian tersentuh. Digenggamnya jari-jemari Sofea dan merenung tepat ke dalam anak mata Sofea.“Pada perancangan asal. Ya, tetapi jawapan yang aku peroleh adalah sebaliknya. Aku dah pun dapat jawapan yang sebenarnya, Sofea. Jawapan yang pasti,” jawab Amira jujur.Sofea terpana seketika. Dia seolah-olah tidak faham atau enggan memahaminya. Amira mengerti akan reaksi yang dipamerkan oleh Sofea. Tetapi, dia hanya membiarkan masa dan takdir yang menentukan. Harap Sofea memahaminya.Selepas bersalaman dan saling berpelukan, Amira melambai ke arah Sofea sekeluarga sambil memacu langkah menuju ke teksi yang telah menantinya di luar pagar kediaman Sofea.Amira pergi sendiri. Dia tidak mahu sesiapa pun menghantarnya

  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   BAB 74

    AMIRA tiba di hadapan pintu kediaman Amir. Kelihatannya sunyi. ‘Mungkin dia orang kat yayasan. Tapi … masih terlalu awal.’ Fikir Amira.Baru sahaja dia ingin menghubungi Amir, tiba-tiba daun pintu itu terkuak. Salmah terkejut meli-hatkan susuk tubuh Amira yang tercegat di hadapan pintu sementara Amira tergamam melihatkan mereka sekeluarga berpakaian serba hitam dan sedang bersedih.Tanpa banyak bicara, Amira menyertai mereka mengiringi jenazah Zakuan ke tanah perkuburan.Keluangsa Zakuan apatah lagi. Kehilangan Zakuan secara tiba-tiba itu memberi tamparan hebat kepada mereka. Tetapi sebagai orang Islam yang beriman, mereka menerima takdir qada dan qadar yang telah ditentukan.Amir kelihatannya begitu sedih. Kehadiran Amira tanpa sebarang khabar mengejutkan Amir, tetapi dia tidak menebarkan sebarang reaksi.Amira mafhum, dia juga terkejut sebenarnya. Pelbagai peristiwa tragis telah berlaku dan dia mengetahuinya dengan menyaksikan sendiri di hadapan matanya.“Sofea … mengapa kau mesti l

  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   BAB 73

    SOFEA mengerling ke arah cermin pandang belakang keretanya, sesekali cermin sisi pula. Dia berasa tidak sedap hati. Mungkin sangkaannya sahaja gamaknya.Sejak beberapa hari ini, dia berasa seperti diekori. Kebimbangan yang merusuh disuarakan kepada Zakuan. Perjaka itu hanya memintanya berdoa dan berhati-hati. Jika perlu, dia akan menemani jika ada urusan yang memerlukan dia keluar kawasan.Zakuan juga terpaksa meminta bantuan Amir untuk mengawasi Sofea terutama sekali jika Sofea ke yayasan kerana dia juga selalu ke luar daerah.“Siapa pula yang ganggu Sofea? Sofea ada musuh ke?” Zakuan mengutarakan persoalan itu ketika mereka bertiga berkumpul di yayasan.Sofea dan Amir termenung sejenak.“Tak mungkin Haris. Aku tak rasa dia akan berdendam atas apa yang berlaku pada kami.” Sofea menyatakan pendapatnya.Gangguan-gangguan pelik seperti nota dan mesej misteri agak menganggu benak fikirannya. Entah apa motif pengirim berkenaan. Sofea sendiri tidak faham.Amir juga cuba mencari jawapan. Da

  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   BAB 72

    PENAMPILAN Sofea tampak sederhana sahaja. Permintaannya hanya untuk makan di sebuah benteng terbuka di tengah-tengah kotaraya. Zakuan hanya menurut, dia juga datang dari keluarga yang sederhana.Sofea tersenyum, terhibur dengan nyanyian kumpulan buskers yang membuat persembahan tika itu.“Kau sukakan nyanyian dan lagu mereka, Sofea?” tanya Zakuan apabila dilihatnya Sofea seolah-olah menghayati nyanyian mereka.Sofea mengangguk, “Sesekali apa salahnya kita menghargai bakat mereka. Nyanyian santai macam ni ... seronok pula bila didengar. Mungkin satu hari nanti, aku nak bawa penghuni yayasan buat persembahan macam inilah.”Zakuan cuma tersenyum.Sejak mengenali Sofea, orangnya tidak pernah melupakan penghuni yayasan dibawah naungan-nya. Setiap apa yang dilakukan, mesti terselit yayasannya bersama. Seolah-olah Sofea dan yayasan adalah roh dan jasadnya.Teringat akan cerita Datuk Zaki kepadanya, Sofea amat mencintai kerja kebajikannya. Itu jugalah sebab dia jatuh hati terhadap Sofea. Dia

  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   BAB 71

    SOFEA memerhatikan Amir yang sedang berbincang dengan seorang peguam yang akan mewakili seorang daripada ahli yayasan. Hatinya berbunga lega melihatkan Amir kembali pulih daripada kesedihannya.Tetapi Sofea tahu, Amir tidak sepenuhnya pulih. Jiwanya hambar dan kosong. Dia tidak gembira. Amir hanya melalui hari-harinya sekadar memenuhi tuntutan tanggungjawabnya kepada keluarga, syarikat dan yayasan.Teringat akan perbualannya dengan Amir petang semalam. Sofea telah mengetahui kisah sebenar disebalik konflik yang mereka hadapi. Sofea meminta Amir mengejar cintanya. Sofea juga dapat menyelami betapa sayangnya Amir terhadap Amira. Begitu juga sebaliknya.Amir cuma diam membisu, tidak memberi sebarang respons mahupun jawapan. Hatinya telah membeku. Dia sendiri tidak pasti perasaan apa yang sedang bergurindam dalam hatinya sekarang.Hatinya yang berkuntuman bunga bahagia dan ceria, tiba-tiba direnggut pergi oleh kekasihnya tanpa belas kasihan dengan alasan akan menemui kebahagiaan yang lebi

  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   BAB 70

    AMIR sudah tidak terkira berapa lama dia hanya mengurung diri dalam dunianya yang tersendiri. Semakin dia terkurung, semakin bertunjang kebuntuannya.Wajah Amira ada di mana-mana. Suaranya sentiasa mendesah kuping telinga. Namun, jawapan yang dicari masih juga belum ditemui.Kunci keretanya dicapai. Dia memandu tanpa arah. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Cepat-cepat Amir menukar gear dan memecut ke destinasi. Sudah lama dia tidak menjengah sahabatnya. Mengapalah dia boleh terlupa, sesalnya …Syahir cuma tertawa kecil melihat sahabatnya itu. Menyaksikan keadaannya sudah cukup mem-beri jawapan kepada ketidakhadiran sahabatnya itu untuk tempoh yang lama.“Putus cinta?” Pendek pertanyaan Syahir.Amir mengangguk lemah. Tersedik rasa kasihan dalam hati Syahir melihatkan keadaan sahabatnya.“Tapi … betul ke? Apa yang terjadi? Kau atau Amira yang curang?” Syahir mula berteka-teki.“Entah, dua-dua pun tak. Aku tak tahu.”Kecelaruan bergayut di tampang wajahnya. Syahir juga jadi keliru. Tiba

DMCA.com Protection Status