KESIHATAN Amir semakin pulih. Emosinya juga semakin stabil. Dia sudah boleh duduk tetapi perutnya masih sakit dek kesan cucian oleh doktor untuk mengeluarkan sisa ubat tidur yang ditelannya tempoh hari.
Syahir datang melawat. Melabuh duduk di sebelah katil Amir, pelbagai aneka rasa mula bergumpal menjadi satu rencah ketika retina itu menyaksikan keadaan sahabatnya.
“Sori Mir, kalau bukan aku yang bawa kau ke sana, mesti kau tak jadi macam ni.” Tersimpul rasa kesal dalam ujaran yang meniti di bibir Syahir.
Amir menepuk bahu Syahir, “Bukan salah kau, Syahir. Kau langsung tak bersalah dalam hal ni. Aku sendiri yang nak ikut kau kan. Jadi kau tak payah fikir lagi fasal tu, okey? Relakslah, kita kan sahabat ...”
Syahir tersenyum, menyelinap rasa lega dalam hatinya mendengarkan kata-kata Amir. Tetapi wajah itu masih masih sugul, Amir cuba berseloroh untuk menghiburkannya. “Weh Syahir, awek seksi malam tadi tu cun j
SEPANJANG berada di rumah Mr.Wong, Amir dijaga dengan baik oleh mereka sekeluarga. Bila tiba waktu makan, Amir akan singgah di rumah Mak Temah, jiran Mr.Wong yang tinggal bersebelahan rumahnya. Bila tiba waktu solat pula, Amir akan mengikuti Pak Din, suami Makcik Timah ke masjid berdekatan.Amir dan Ah Cheng akan belajar dan menghabiskan masa terluang bersama. Sesekali Syahir akan menyertai mereka bermain bola atau beriadah di taman tasik.Pada suatu petang, mereka sedang ralit bermain catur di laman rumah. Seorang budak perempuan terlihat sedang berlari anak menghampiri mereka.“Mei Mei, buyao darao women. Zai qita difang wan (Mei Mei, jangan ganggu kami. Mainlah di tempat lain),” kata Ah Cheng pada budak perempuan berkenaan.“Aii, comelnya dia. Siapa tu, Ah Cheng?” tanya Amir, tersenyum melihat kecomelan anak cina tersebut. Rambutnya diikat tocang dan dihiasi riben merah. Ada anak patung kecil dalam dakapannya.
“HOI! Kau intip siapa tu?” Amir menyergah. Syahir yang tersentak cepat-cepat memberi isyarat supaya Amir dan Ah Cheng tidak melagukan sebarang kata.Amir cuba melihat apa yang diintip oleh Syahir. Disebalik tiang, retinanya tertancap pada sepasang kekasih sedang berpeluk-pelukkan sambil berjalan. Sesekali mereka beraksi manja tanpa segan silu walaupun sedar orang di sekeliling kurang senang melihatnya.“Oh, Bella bekas EX girlfriend kau rupanya. Kau masih ingatkan dia lagi, Syahir?” Amir bertanya. Dijenaki wajah Syahir yang terkilat rasa marah dan dendam itu.“Aku ingatkan kau dah move on. Yalah, awek kat pusat disko tu bukan ke lagi power daripada Bella?" Amir mengusik.Tiada respons yang terungkap walaupun tawa kecil kerana hal itu tiada istilah lucu bagi Syahir. Selepas dipermainkan oleh Bella, semua perempuan hanya bahan ‘permainan’, tempat hiburan semata-mata.“Su
HARI ini Amir masih cuti sekolah sempena menyambut hari pekerja. Amir termenung dan memikirkan air muka Syahir semasa dia mengintip Bella tempoh hari. Dia berasa tidak sedap hati.Ketika bersekolah dulu, hanya kerana dendam Syahir sanggup memukul seorang pelajar hingga parah akibat diejek dan dihina kerana miskin. Dia tidak peduli dengan tindakan disiplin dan dibuang sekolah. Tidak menjadi ‘kudis’ pun baginya, asalkan puas hati.Amir berjalan ke rumahnya dengan niat untuk menjengah keadaan rumahnya dan membersihkan apa yang patut. Setibanya di sebatang lorong, dia terlihat Syahir sedang berbual dengan beberapa orang yang, juga sangat Amir kenali.Amir menyembunyikan diri disebalik dinding untuk mengelakkan kehadirannya disedari oleh mereka.Dilihatnya Syahir sedang membincangkan sesuatu dengan budak-budak samseng lorong tersebut. Amir tidak mendengar butir perkataan yang mereka bincangkan tetapi dia dapat mengagak mereka sedang merancang sesua
DENGAN tekad dan kekuatan yang ada, Amir menendang pintu rumah usang tersebut sekuat hatinya. Usaha itu berjaya. Pintu terkuak luas. Syahir dan kekasih Bella terkejut.Meronta-ronta kekasih Bella cuba menjerit meminta tolong walaupun jeritannya tidak kedengaran kerana mulutnya diikat. Syahir lebih-lebih lagi terkejut. Bagaimana Amir boleh muncul di sini! Marahnya dia pada tiga semseng tadi kerana melarikan diri.“Syahir! Berhenti! Jangan lakukannya Syahir! Mengucap Syahir! Istigfar banyak-banyak!” Amir berlari mendapatkan Syahir. Dipeluknya Syahir sekuat hati sehingga Syahir tidak boleh bernafas.Di dalam kekalutan itu Bella tersedar dari pengsannya. Dia amat terkejut apabila menyedari dirinya sudah separuh bogel malah kaki dan tanganmya diikat. Dia tidak boleh berbuat apa-apa apatah lagi apabila mulutnya diikat dengan kain. Dia hanya mampu menangis dan meronta.“Syahir, tolonglah Syahir. Jangan lakukannya. Sabar Syahir,
PERMULAAN hari yang ‘segar’ bagi Amir dengan tekad dan azam baru. Dia sudah tidak mahu lagi lalai dan dibuai perasaan lagi. Dia mesti kuat demi janjinya kepada ibu tercinta. Mulai saat ini juga bayangan Sofea harus digantikan dengan dengan wajah ibu. Ibunya keutamaan Amir sekarang. Setibanya di sekolah, Amir disambut gembira oleh guru-gurunya.Lega hati mereka melihat Amir lebih bersemangat, lebih sihat malah lebih tampan kerana perpakaian baharu dengan rambut yang kemas baru diguntingkan.Kehadiran Amir ke sekolah memang dinanti-nantikan oleh Pengetua, iaitu Datin Aini. Dia ingin cepat-cepat melaksanakan program yang telah dirancang bersama guru-guru tingkatan lima tempoh hari.Murid-murid yang senasib dengan Amir telah dikenal pasti. Majoriti diantara mereka tidak cemerlang dalam pelajaran kerana masalah hidup dan mereka sendiri sudah hilang semangat untuk belajar. Mereka meneruskan persekolahan hanya kerana ingin menamatkan tingkatan
MEMASUKI bulan ketiga yakni bulan terakhir sebelum peperiksaan bermula, perserta program telah bertambah ramai. Rupa-rupanya, ramai juga yang berminat untuk menyertainya.Golongan ibu bapa yang berkemampuan telah menaja pelbagai kemudahan untuk keselesaan anak-anak ini. Murid-murid yang kurang bernasib baik pula dibantu dengan kelengkapan belajar dan buku-buku rujukan.Kian marak api semangat guru-guru dibuatnya kerana mendapat sokongan daripada pihak ibu bapa dan PIBG dalam menjayakan program ini. Mereka juga bersetuju untuk mengadakan perkhemahan di kawasan padang sekolah. Jadi, murid yang tinggal jauh tidak perlu bersusah-payah untuk berulang-alik dari rumah ke sekolah kerana sesi pembelajaran juga berlangsung di sebelah malam.Ibu bapa yang merindukan anak mereka dan ingin menjenguk anak mereka dibenarkan untuk menyertai anak-anak mereka semasa sesi BBQ. Ada juga ibu bapa yang memasak dan turut menyediakan makanan. Sesekali keluarga Ah Cheng
SEMENTARA menunggu keputusan SPM keluar, Amir meneruskan pekerjaannya bersama Mr.Wong. Apabila tugasnya sudah selesai, Amir membantu Ah Cheng mengendalikan hal-hal pejabat seperti mengambil pesanan, purchase dan akaun.Malam itu Amir terasa ingin bersiar-siar di bandar. Terasa lama benar dia tidak keluar berjalan-jalan selepas peristiwa dia dipukul oleh ayah Sofea serta pengikutnya pada beberapa bulan yang lalu. Detik yang penuh kegelapan, diselubung penderitaan.Setibanya Amir di sebuah lorong, kornea matanya berlabuh pada sekumpulan gelandangan yang sedang beratur untuk mendapatkan makanan.“Amir, ke sini kau! Mana kau hilang?” laung salah seorang petugas NGO. Amir tidak boleh mengelak lagi, terus sahaja dia menghayun langkah menghampiri petugas berkenaan.“Kau ni Mir, dah tak ingat pada kita orang lagi ke? Dah tak nak sertai kami lagi dah?” tanya seorang lagi petugas NGO.Amir tertunduk membisu.“Ala
SEBELUM bersurai, sesi bergambar beramai-ramai diadakan. Seramai 20 orang pelajar cemerlang dengan straight A bergambar bersama Datin Aini serta guru pentadbiran sekolah termasuklah Ah Cheng.Selepas Amir ditemu ramah wartawan yang hadir, Ah Cheng menegurnya, “Wah, kau dah glamour lupa kat aku ye.” Usiknya. Barulah dia dapat menyapa Amir kerana daripada awal lagi Amir begitu sibuk melayani para wartawan dan guru-guru.“Ala kau ni, itupun nak merajuk. Keputusan kau pun okey juga, cuma tak boleh lawan akulah.” Amir tertawa kecil.Ah Cheng mencebikkan bibirnya. Keputusan mereka sama sahaja cuma keputusan Amir terlebih perkataan plus.“Hai, pandang sini. Senyum!” Tiba-tiba Mr.Wong muncul dengan telefon pintar baharu di tangannya. Gambar spontan kedua-dua anak muda ini dirakamkan.“Wah, papa beli telefon baru.” Ah Cheng tersengih melihat papanya memegang telefon baharu berjenama Huawei Ma
“MAMA dengan papa tak sayang kakak lagi ke? Asyik dengan baby je. Nanti bila adik dah keluar, mesti mama lagi sayangkan adik, kan?” Suara kecil yang pelat manja mengejutkan pasangan suami isteri Amir dan Sofea.Mereka meledak tawa kecil.“Mari sini, sayang.” Amir memanggil, kemudian didukungnya anak gadis yang baru pandai bertatih itu mendapatkan mamanya yang sedang mengusap perutnya di buaian yang terletak di taman yayasan.Tangan kecil itu dilekapkan atas perut Sofea yang sedang memboyot itu.“Ini adik kakak, ada dua tau. Mesti seronok kakak tak sunyi lagi selepas ni.” Amir memujuk anak gadisnya yang merajuk itu. Ubun-ubun itu kemudian diusap pula oleh Sofea.“Ada dua? Kembar? Sejak bila kita ada keturunan kembar?” Tiba-tiba suara Salmah mencelah dari tepi.“Yalah, sebelah mama pun tak ada.” Datin Maria pula menyampuk.Tertawa Amir dan Sofea, pecah pula rahsia mereka untuk buat kejutan.“Kalau macam tu, dari kamilah …” Spontan Amir menjawab. Sofea sekadar menahan tawanya daripada te
SEBAGAI penyatuan dua cinta, kedua-dua keluarga tidak melupakan adat. Segalanya berjalan mengikut adat. Merisik, meminang, bertunang. Tidak perlu menunggu lama untuk bernikah, kedua-dua pihak bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan tiga bulan dari tarikh bertunang.Segala persiapan perkahwinan tidaklah terlalu sukar untuk mereka kerana persiapan berupa kenduri dibuat oleh team syarikatnya sendiri manakala persiapan lain pula banyak dibantu dan disokong oleh rakan-rakan persatuan NGO.Pastinya insan yang paling sibuk ialah ibu Amir dan mama Sofea.Datin Maria amat cerewet dalam bab penjagaan kesihatan dan kecantikan Sofea. Dia akan memastikan Sofea benar-benar sihat. Makan pakainya, keselamatannya dipantau setiap masa. Sehingga hampir setiap detik Datin Maria berada di samping Sofea.“You are the only one my daughter, Sofea. Pertama dan terakhir. Mama tak akan ada detik-detik macam ni lagi selepas Sofea bernikah nanti. Dan … mama ingin pastikan yang kali ini tiada apa-apa yang buruk
AMIR kembali semula ke pejabatnya selepas begitu lama dia bercuti. Kasihan dia terhadap Ah Cheng kerana terpaksa meng-galas tugasnya ketika ketiadaannya.“Tak apa, Amir. Aku faham perasaan kau, bukan masalah yang kau cari pun. Nasib baik kita tak ada projek besar lagi. Mudahlah sikit,” ujar Ah Cheng apabila Amir berkali-kali memohon maaf.Sebelum menghidupkan komputer ribanya, Amir teringat semula gurauannya bersama ibu dan kakaknya malam tadi. Dia tersenyum sendiri. Teringat juga dia terhadap uncang berisi loket kristal yang diberikan oleh Amira tempoh hari.Uncang itu masih selamat dalam simpanan-nya.Selepas waktu pejabat, seperti biasa Sofea akan singgah di yayasan. Ketika tiba di sana, Salina sedang berkaraoke bersama penghuni yayasan yang lain. Ketibaannya tidak disedari kerana Sofea menyelinap masuk secara senyap melalui belakang tempat duduk.Dia mencuri dengar nyanyian Salina yang memukau bak bangsi buluh perindu. Sofea terpegun, benarlah cerita daripada Amir. Salina merupaka
“AMIRA, kau tetap nak pergi?” Soalan Sofea menyentuh hatinya. Seraya mengangguk perlahan, dia mengukir senyuman simpul di bibir.“Aku ingatkan kedatangan kau kali ni adalah kepulangan kau untuk selamanya. Kau nak tinggalkan Amir lagi?” Buat kesekian kalinya Sofea bertanya.Hati Amira kian tersentuh. Digenggamnya jari-jemari Sofea dan merenung tepat ke dalam anak mata Sofea.“Pada perancangan asal. Ya, tetapi jawapan yang aku peroleh adalah sebaliknya. Aku dah pun dapat jawapan yang sebenarnya, Sofea. Jawapan yang pasti,” jawab Amira jujur.Sofea terpana seketika. Dia seolah-olah tidak faham atau enggan memahaminya. Amira mengerti akan reaksi yang dipamerkan oleh Sofea. Tetapi, dia hanya membiarkan masa dan takdir yang menentukan. Harap Sofea memahaminya.Selepas bersalaman dan saling berpelukan, Amira melambai ke arah Sofea sekeluarga sambil memacu langkah menuju ke teksi yang telah menantinya di luar pagar kediaman Sofea.Amira pergi sendiri. Dia tidak mahu sesiapa pun menghantarnya
AMIRA tiba di hadapan pintu kediaman Amir. Kelihatannya sunyi. ‘Mungkin dia orang kat yayasan. Tapi … masih terlalu awal.’ Fikir Amira.Baru sahaja dia ingin menghubungi Amir, tiba-tiba daun pintu itu terkuak. Salmah terkejut meli-hatkan susuk tubuh Amira yang tercegat di hadapan pintu sementara Amira tergamam melihatkan mereka sekeluarga berpakaian serba hitam dan sedang bersedih.Tanpa banyak bicara, Amira menyertai mereka mengiringi jenazah Zakuan ke tanah perkuburan.Keluangsa Zakuan apatah lagi. Kehilangan Zakuan secara tiba-tiba itu memberi tamparan hebat kepada mereka. Tetapi sebagai orang Islam yang beriman, mereka menerima takdir qada dan qadar yang telah ditentukan.Amir kelihatannya begitu sedih. Kehadiran Amira tanpa sebarang khabar mengejutkan Amir, tetapi dia tidak menebarkan sebarang reaksi.Amira mafhum, dia juga terkejut sebenarnya. Pelbagai peristiwa tragis telah berlaku dan dia mengetahuinya dengan menyaksikan sendiri di hadapan matanya.“Sofea … mengapa kau mesti l
SOFEA mengerling ke arah cermin pandang belakang keretanya, sesekali cermin sisi pula. Dia berasa tidak sedap hati. Mungkin sangkaannya sahaja gamaknya.Sejak beberapa hari ini, dia berasa seperti diekori. Kebimbangan yang merusuh disuarakan kepada Zakuan. Perjaka itu hanya memintanya berdoa dan berhati-hati. Jika perlu, dia akan menemani jika ada urusan yang memerlukan dia keluar kawasan.Zakuan juga terpaksa meminta bantuan Amir untuk mengawasi Sofea terutama sekali jika Sofea ke yayasan kerana dia juga selalu ke luar daerah.“Siapa pula yang ganggu Sofea? Sofea ada musuh ke?” Zakuan mengutarakan persoalan itu ketika mereka bertiga berkumpul di yayasan.Sofea dan Amir termenung sejenak.“Tak mungkin Haris. Aku tak rasa dia akan berdendam atas apa yang berlaku pada kami.” Sofea menyatakan pendapatnya.Gangguan-gangguan pelik seperti nota dan mesej misteri agak menganggu benak fikirannya. Entah apa motif pengirim berkenaan. Sofea sendiri tidak faham.Amir juga cuba mencari jawapan. Da
PENAMPILAN Sofea tampak sederhana sahaja. Permintaannya hanya untuk makan di sebuah benteng terbuka di tengah-tengah kotaraya. Zakuan hanya menurut, dia juga datang dari keluarga yang sederhana.Sofea tersenyum, terhibur dengan nyanyian kumpulan buskers yang membuat persembahan tika itu.“Kau sukakan nyanyian dan lagu mereka, Sofea?” tanya Zakuan apabila dilihatnya Sofea seolah-olah menghayati nyanyian mereka.Sofea mengangguk, “Sesekali apa salahnya kita menghargai bakat mereka. Nyanyian santai macam ni ... seronok pula bila didengar. Mungkin satu hari nanti, aku nak bawa penghuni yayasan buat persembahan macam inilah.”Zakuan cuma tersenyum.Sejak mengenali Sofea, orangnya tidak pernah melupakan penghuni yayasan dibawah naungan-nya. Setiap apa yang dilakukan, mesti terselit yayasannya bersama. Seolah-olah Sofea dan yayasan adalah roh dan jasadnya.Teringat akan cerita Datuk Zaki kepadanya, Sofea amat mencintai kerja kebajikannya. Itu jugalah sebab dia jatuh hati terhadap Sofea. Dia
SOFEA memerhatikan Amir yang sedang berbincang dengan seorang peguam yang akan mewakili seorang daripada ahli yayasan. Hatinya berbunga lega melihatkan Amir kembali pulih daripada kesedihannya.Tetapi Sofea tahu, Amir tidak sepenuhnya pulih. Jiwanya hambar dan kosong. Dia tidak gembira. Amir hanya melalui hari-harinya sekadar memenuhi tuntutan tanggungjawabnya kepada keluarga, syarikat dan yayasan.Teringat akan perbualannya dengan Amir petang semalam. Sofea telah mengetahui kisah sebenar disebalik konflik yang mereka hadapi. Sofea meminta Amir mengejar cintanya. Sofea juga dapat menyelami betapa sayangnya Amir terhadap Amira. Begitu juga sebaliknya.Amir cuma diam membisu, tidak memberi sebarang respons mahupun jawapan. Hatinya telah membeku. Dia sendiri tidak pasti perasaan apa yang sedang bergurindam dalam hatinya sekarang.Hatinya yang berkuntuman bunga bahagia dan ceria, tiba-tiba direnggut pergi oleh kekasihnya tanpa belas kasihan dengan alasan akan menemui kebahagiaan yang lebi
AMIR sudah tidak terkira berapa lama dia hanya mengurung diri dalam dunianya yang tersendiri. Semakin dia terkurung, semakin bertunjang kebuntuannya.Wajah Amira ada di mana-mana. Suaranya sentiasa mendesah kuping telinga. Namun, jawapan yang dicari masih juga belum ditemui.Kunci keretanya dicapai. Dia memandu tanpa arah. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Cepat-cepat Amir menukar gear dan memecut ke destinasi. Sudah lama dia tidak menjengah sahabatnya. Mengapalah dia boleh terlupa, sesalnya …Syahir cuma tertawa kecil melihat sahabatnya itu. Menyaksikan keadaannya sudah cukup mem-beri jawapan kepada ketidakhadiran sahabatnya itu untuk tempoh yang lama.“Putus cinta?” Pendek pertanyaan Syahir.Amir mengangguk lemah. Tersedik rasa kasihan dalam hati Syahir melihatkan keadaan sahabatnya.“Tapi … betul ke? Apa yang terjadi? Kau atau Amira yang curang?” Syahir mula berteka-teki.“Entah, dua-dua pun tak. Aku tak tahu.”Kecelaruan bergayut di tampang wajahnya. Syahir juga jadi keliru. Tiba