Share

SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)
SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)
Author: Iqmal Izzat

PROLOG

Author: Iqmal Izzat
last update Last Updated: 2022-02-04 00:14:27

AMIR menelan liurnya yang terasa kelat. Dia sudah agak, berurusan dengan penjenayah memang tiada jujurnya. Tetapi, dia sudah tiada pilihan lain. Dia hanya diam dan tidak melawan supaya keadaan tidak bertambah keruh.

Ketua samseng memberi arahan kepada pengikutnya. Kali ini mereka bersenjatakan senapang pula. Amir dan Salina diawasi oleh dua orang bersenjatakan senapang itu sementara ketua samseng berdiri di tepi sungai menunggu sesuatu.

Beberapa minit berselang, sebuah lagi bot tiba. Bot dari Thailand dan mereka berurusan menggunakan bahasa yang tidak difahami oleh Amir, kemungkinan juga Salina.

Rupa-rupanya bot itu sudah tersedia dengan dadah dan senjata api yang diseludup dari seberang. Nilainya RM1 juta! Syahir dibawa keluar dari bot itu sambil diawasi dengan senapang oleh orang-orang samseng dari Thailand. Syahir amat terkejut melihat Amir di situ.

“Bravo, good job! Kawan kesayangan kau pandai berurusan. Job besar! Tak sia-sia kau serah diri pada aku. Aku offer kau join aku, kau tak mahu. Kau hanya mahukan perempuan tu saja! Kau tak nak jadi kaya! Ha! Ha! Ha!” Ketua samseng ketawa besar melihat Syahir yang baginya bodoh kerana menolak tuah.

Ketua samseng mengalihkan pandangannya melihat Amir.

“Ini kawan kesayangan kau. Aku nak duit aku, atau ...” kali ini muncung senapang pula diacu ke kepala Syahir.

Syahir yang masih terkejut melihat kelibat Amir di situ bertambah terkejutnya apabila mengetahui ada wang tunai yang telah disediakan. Dia langsung tidak menyangka bahawa Amir telah berjaya menyediakan wang sebanyak itu kerana dia telah ditawan oleh samseng sebelum Amir sempat memaklumkan padanya tentang wang tunai tersebut.

Syahir merasa amat berang kerana dia telah ditipu dan dipergunakan hidup-hidup, tetapi dia tidak boleh berbuat apa-apa kerana hujung senapang betul-betul berada di kepalanya.

Amir mengambil sebuah lagi beg berisi separuh lagi wang tunai yang disorokkan di belakang semak. Beg itu diserahkan kepada ketua samseng dan sekali lagi ia dikira satu per satu sehingga selesai. Ketua samseng disergap gembira yang bukan kepalang. Urusannya hari ini sangat berbaloi dan keuntungannya berlipat kali ganda.

Sebelum meninggalkan tempat itu, ketua samseng mengarahkan pengikutnya supaya tidak melepaskan mereka bertiga lagi. Ikatan di tangan Salina dileraikan. Salina memeluk erat tangan adiknya.

Dia dapat merasakan tidak semudah itu mereka akan dilepaskan, apatah lagi setelah semua kegiatan mereka telah terbongkar. Tidak mungkin mereka akan meninggalkan saksi. Syahir turut merasakan hal yang sama. Semua terdiam memikirkan jalan keluar.

‘Ya Allah, jika di sini pengakhiran hidupku, bagaimana dengan ibuku?’ Tubuh Amir dihujani peluh dingin. Dia mencium ubun-ubun kakaknya dengan penuh kasih sayang.

Ketua samseng menghampiri Amir. Dipandangnya Amir bersama rasa dendam bersulam amarah. Terbayang-bayang di layar matanya mayat abangnya yang mati ditembak oleh ibu kedua beradik ini.

Hutang darah akan dibayar darah!

Related chapters

  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   BAB 1

    DI kejauhan kesibukan bandaraya metropolitan Kuala Lumpur, terdengar suara anak-anak kecil sedang berkejar-kejaran keriangan bermain. Walaupun taman ‘permainan’ mereka hanyalah sebatang lorong kecil dan kotor, mereka tetap gembira bagaikan berada di syurga.Tong-tong buruk, kayu-kayan mereput, tin kosong malah botol kosong dijadikan alat permainan bagi anak-anak kecil ini.Dua orang sahabat, Amir dan Syahir adalah yang paling gembira di ‘taman’ permainan ini kerana apabila mereka pulang nanti, mereka tahu tawa mereka akan terhenti.Menjelang waktu senja, akan duduk duduk melepaskan lelah setelah puas bermain. Sejak kecil lagi, wasilah hubungan mereka tersimpul kuat dan tiada sesiapa mampu memutuskannya. Kini, mereka sudah remaja. Akan menghadapi peperiksaan SPM tidak lama lagi.Mereka adalah anak-anak dari keluarga yang daif dan miskin. Mujurlah mereka masih mempunyai tempat untuk berteduh. Itupun hanya sebuah rumah kecil di celah-

    Last Updated : 2022-02-04
  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   BAB 2

    HARI ini adalah hari paling gembira bagi Amir. Ingin sahaja dia ‘terbang’ pulang. Langkahnya terasa lambat, tak sabar rasanya dia ingin melompat dan memeluk ibu kesayangannya.‘Tak sabarnya aku nak bagitahu ibu tentang kejayaan aku ni. Mesti ibu sangat gembira.’ Amir bermonolog sendiri. Bibirnya mekar dengan kelopak senyuman. Ada kegembiraan di sebalik lirikan senyum itu.“Ibu! Ibu!” Amir menjerit memanggil ibunya, dia berlari anak mendapatkan Salmah. Tanpa segan silu, dipeluknya ibunya itu sekuat hati. “Ibu, Amir terpilih jadi pelajar terbaik kat sekolah! Doa ibu termakbul!”Salmah tersenyum syukur, dia gembira bukan kepalang. Dicium-ciumnya pipi anak bujangnya itu berulang kali sambil air mata kegembiraan berjurai jatuh membasahi lekuk pipinya.Tetapi sayang, kegembiraan mereka tidak bertahan lama. Sedang mereka berpelukan, tiba-tiba ada tangan kasar meragut dan menarik Amir dari pelukan ibunya. Amir terse

    Last Updated : 2022-02-04
  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   BAB 3

    “AMIR, kamu jangan risaukan ibu kat sini ya. Ibu okey saja dekat sini. Ibu cuma risaukan kamu seorang diri kat luar sana.” Demikian bicara yang diatur ketika ketika mereka beradu mata, bilamana Amir datang melawatnya di penjara.Amir cuba mengorak senyum. Sejak peristiwa itu dia amat terkejut. Berhari-hari dia cuba mendamaikan hatinya yang rusuh. Semuanya seolah-olah mimpi ngeri. Sudah berminggu dia tidak hadir ke sekolah kerana trauma sementelah dia tinggal berseorangan diri tanpa sesiapa di sisi.Peristiwa hitam itu setiap detik menghantui hidupnya. Takut juga jika pengikut-pengikut Acong datang membalas dendam padanya. Mujurlah Syahir datang menemani setiap hari dengan membawakan makanan sebagai santapannya.Guru-guru sekolah juga tampil menghulurkan semangat kepada Amir dan membantu apa yang perlu. Mereka bimbang semangat anak muda ini akan terpadam akibat trauma yang dialami sejak tragedi hitam itu berlaku.“Ibu, boleh Amir tanya se

    Last Updated : 2022-02-04
  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   BAB 4

    ‘DALAM dunia yang kejam dan mementingkan diri, ada juga insan yang berhati mulia.’ Monolog Amir sendiri. Lensa pandangannya masih terpaku pada kelibat gelandangan yang sedang beratur mendapatkan makanan.Dia mula berminat dan tanpa dia sedari, jangkah kakinya sudah membawanya dekat dengan tempat pengagihan makanan tersebut.“Adik nak makanan? Sila beratur ya.” Seorang petugas menyapa Amir.“Eh tak, saya cuma datang nak tengok saja,” balas Amir. Masih meninjau-ninjau ekor matanya ke arah tempat pengagihan makanan itu.Seorang lagi petugas datang menghampiri Amir, “Berminat nak sertai kami? Tapi tiada gaji, suka rela je.”Amir mencungkit senyum. Syahir pula tiba-tiba menghilang. Puas dia mencari di seluruh pelusuk lorong itu, rupa-rupanya Syahir sedang berbual mesra dengan seorang gadis, salah seorang petugas di tapak gelandangan itu.Syahir tidak berminat untuk menyertai mereka tetapi tidak pula

    Last Updated : 2022-02-04
  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   BAB 5

    SEMINGGU sekali di tapak gelandangan, bukan sahaja Amir dan Sofea semakin rapat, Syahir juga tidak melepaskan peluang bertemu mesra dengan buah hatinya, iaitu Bella. Perkenalan pertama Syahir dan Bella menjadikan mereka semakin mesra dan sering keluar bersama dengan pergi menonton wayang.Bila ada masa terluang, mereka akan berdating. Syahir yang belum pernah kenal erti cinta terasa amat bahagia. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi buah hatinya malah sanggup ‘berhabis’ demi memenuhi permintaan kekasihnya.Lautan api pun tidak mampu untuk diredah, inikan pula sanggup berhabis demi buah hati.Namun sejak kebelakangan ini, Bella seolah-olah cuba mengelak daripada berjumpa dengan Syahir. Bermacam-macam aneka alasan dicurahkan. Sibuklah, tak sempatlah, itulah inilah, dan sebagainya.Syahir telah cuba bermacam-macam cara untuk memujuk Bella, namun pujukan tersebut tidak diendahkan. Dia mula tidak tentu arah. Rindunya sudah tidak berbalas lagi. Ben

    Last Updated : 2022-02-04
  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   BAB 6

    AMIR menjalani rutin hariannya seperti biasa. Di sekolah, keakraban Amir dan Sofea telah dihidu oleh banyak pihak. Dari rakan-rakan sehinggalah guru-guru. Di kalangan murid, ramai yang tidak menyenangi hubungan mereka.Berbagai-bagai perumpamaan dicetuskan. Bagai enggang dengan pipit, bagai langit dengan bumi, bagai si kudung mendapat cincin, dan pelbagai lagi terutama di kalangan pelajar lelaki.Mereka sangat cemburu kerana Sofea tidak pernah melayan mereka sebaik Amir jauh sekali membalas cinta mereka.Gosip dan cerita mereka juga sampai ke pengetahuan bapa Sofea, yakni Datuk Zaki. Kemarahannya bagaikan gunung berapi meletus apabila mengetahui latar belakang dan kisah hidup Amir.Sedang berada di pejabat sambil menatap satu artikel yang dikongsikan kepadanya, Datuk Zaki mendengus sendiri, "Oh, anak pembunuh tu rupanya kau jadikan kekasih ya, Sofea. Tak apa, siap kau nanti.""KAMU buta ke

    Last Updated : 2022-02-24
  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   BAB 7

    AMIR langsung tidak dapat melelapkan mata walaupun seminit pada malam itu. Tidurnya seolah-olah bermimpi dalam realiti.“Kenapa malam ni?” Amir kebingungan. Rindu dan risau terhadap Sofea. Tangisannya mendesah kuping telinga. Ketika Sofea menangis, mahu sahaja dia ‘terbang’ mendapatkan Sofea dan memujuknya.Kepalanya ligat berfikir dan berfikir. Sehinggalah terbit fajar, Amir masih tidak melelapkan mata. Kepalanya terasa berat dan sakit akibat tidak tidur kerana tangisan. Mujurlah hari minggu yang menjelmakan diri.Menjelang tengah hari, Amir duduk terpekur sambil menyandarkan belakang tubuh di jenang pintu rumah dengan keadaan yang tidak terurus. Langsung terlupa terhadap makan dan minum.“La, kat sini rupanya kau. Aku ingatkan kau kat pasar. Aku carilah kau kat sana. Mr.Wong cakap kau tak datang kerja hari ni. Kenapa?” Muncul Syahir menyapanya.Syahir berkutik hairan melihat keadaan sahabatnya. Dengan lesu, dit

    Last Updated : 2022-02-24
  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   BAB 8

    WARITA tentang Sofea ditukar sekolah serta-merta dan Amir dibelasah oleh papa Sofea, hangat diperkatakan dalam warga sekolah. Ada yang menzahirkan rasa simpati, namun majoritinya bersorak gembira.“Padan muka, tak sedar diri.” Antara yang tercetus dari mulut-mulut lancang para pelajar.Dalam kalangan guru-guru, berita tersebut amat membimbangkan sementelah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir.Amir diberi surat MC selama dua hari. Sofea juga mereka bimbangkan. Mampukah dua orang anak muda itu bertahan? Malah, kuatkah mereka untuk menghadapi dugaan ini?Setibanya Amir di pintu pagar sekolah, dialah yang menjadi tumpuan utama para pelajar. Ke mana sahaja dia pergi, pasti ada pelajar akan berbisik sesama sendiri berkenaannya.Dalam kelas, Amir tidak dapat mengunci sepenuh perhatian semasa gurunya mengajar. Selain daripada gangguan orang sekeliling, bayangan Sofea juga ada di mana-mana. Kepedihan yang memaku hatinya dik

    Last Updated : 2022-02-24

Latest chapter

  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   EPILOG

    “MAMA dengan papa tak sayang kakak lagi ke? Asyik dengan baby je. Nanti bila adik dah keluar, mesti mama lagi sayangkan adik, kan?” Suara kecil yang pelat manja mengejutkan pasangan suami isteri Amir dan Sofea.Mereka meledak tawa kecil.“Mari sini, sayang.” Amir memanggil, kemudian didukungnya anak gadis yang baru pandai bertatih itu mendapatkan mamanya yang sedang mengusap perutnya di buaian yang terletak di taman yayasan.Tangan kecil itu dilekapkan atas perut Sofea yang sedang memboyot itu.“Ini adik kakak, ada dua tau. Mesti seronok kakak tak sunyi lagi selepas ni.” Amir memujuk anak gadisnya yang merajuk itu. Ubun-ubun itu kemudian diusap pula oleh Sofea.“Ada dua? Kembar? Sejak bila kita ada keturunan kembar?” Tiba-tiba suara Salmah mencelah dari tepi.“Yalah, sebelah mama pun tak ada.” Datin Maria pula menyampuk.Tertawa Amir dan Sofea, pecah pula rahsia mereka untuk buat kejutan.“Kalau macam tu, dari kamilah …” Spontan Amir menjawab. Sofea sekadar menahan tawanya daripada te

  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   BAB 77

    SEBAGAI penyatuan dua cinta, kedua-dua keluarga tidak melupakan adat. Segalanya berjalan mengikut adat. Merisik, meminang, bertunang. Tidak perlu menunggu lama untuk bernikah, kedua-dua pihak bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan tiga bulan dari tarikh bertunang.Segala persiapan perkahwinan tidaklah terlalu sukar untuk mereka kerana persiapan berupa kenduri dibuat oleh team syarikatnya sendiri manakala persiapan lain pula banyak dibantu dan disokong oleh rakan-rakan persatuan NGO.Pastinya insan yang paling sibuk ialah ibu Amir dan mama Sofea.Datin Maria amat cerewet dalam bab penjagaan kesihatan dan kecantikan Sofea. Dia akan memastikan Sofea benar-benar sihat. Makan pakainya, keselamatannya dipantau setiap masa. Sehingga hampir setiap detik Datin Maria berada di samping Sofea.“You are the only one my daughter, Sofea. Pertama dan terakhir. Mama tak akan ada detik-detik macam ni lagi selepas Sofea bernikah nanti. Dan … mama ingin pastikan yang kali ini tiada apa-apa yang buruk

  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   BAB 76

    AMIR kembali semula ke pejabatnya selepas begitu lama dia bercuti. Kasihan dia terhadap Ah Cheng kerana terpaksa meng-galas tugasnya ketika ketiadaannya.“Tak apa, Amir. Aku faham perasaan kau, bukan masalah yang kau cari pun. Nasib baik kita tak ada projek besar lagi. Mudahlah sikit,” ujar Ah Cheng apabila Amir berkali-kali memohon maaf.Sebelum menghidupkan komputer ribanya, Amir teringat semula gurauannya bersama ibu dan kakaknya malam tadi. Dia tersenyum sendiri. Teringat juga dia terhadap uncang berisi loket kristal yang diberikan oleh Amira tempoh hari.Uncang itu masih selamat dalam simpanan-nya.Selepas waktu pejabat, seperti biasa Sofea akan singgah di yayasan. Ketika tiba di sana, Salina sedang berkaraoke bersama penghuni yayasan yang lain. Ketibaannya tidak disedari kerana Sofea menyelinap masuk secara senyap melalui belakang tempat duduk.Dia mencuri dengar nyanyian Salina yang memukau bak bangsi buluh perindu. Sofea terpegun, benarlah cerita daripada Amir. Salina merupaka

  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   BAB 75

    “AMIRA, kau tetap nak pergi?” Soalan Sofea menyentuh hatinya. Seraya mengangguk perlahan, dia mengukir senyuman simpul di bibir.“Aku ingatkan kedatangan kau kali ni adalah kepulangan kau untuk selamanya. Kau nak tinggalkan Amir lagi?” Buat kesekian kalinya Sofea bertanya.Hati Amira kian tersentuh. Digenggamnya jari-jemari Sofea dan merenung tepat ke dalam anak mata Sofea.“Pada perancangan asal. Ya, tetapi jawapan yang aku peroleh adalah sebaliknya. Aku dah pun dapat jawapan yang sebenarnya, Sofea. Jawapan yang pasti,” jawab Amira jujur.Sofea terpana seketika. Dia seolah-olah tidak faham atau enggan memahaminya. Amira mengerti akan reaksi yang dipamerkan oleh Sofea. Tetapi, dia hanya membiarkan masa dan takdir yang menentukan. Harap Sofea memahaminya.Selepas bersalaman dan saling berpelukan, Amira melambai ke arah Sofea sekeluarga sambil memacu langkah menuju ke teksi yang telah menantinya di luar pagar kediaman Sofea.Amira pergi sendiri. Dia tidak mahu sesiapa pun menghantarnya

  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   BAB 74

    AMIRA tiba di hadapan pintu kediaman Amir. Kelihatannya sunyi. ‘Mungkin dia orang kat yayasan. Tapi … masih terlalu awal.’ Fikir Amira.Baru sahaja dia ingin menghubungi Amir, tiba-tiba daun pintu itu terkuak. Salmah terkejut meli-hatkan susuk tubuh Amira yang tercegat di hadapan pintu sementara Amira tergamam melihatkan mereka sekeluarga berpakaian serba hitam dan sedang bersedih.Tanpa banyak bicara, Amira menyertai mereka mengiringi jenazah Zakuan ke tanah perkuburan.Keluangsa Zakuan apatah lagi. Kehilangan Zakuan secara tiba-tiba itu memberi tamparan hebat kepada mereka. Tetapi sebagai orang Islam yang beriman, mereka menerima takdir qada dan qadar yang telah ditentukan.Amir kelihatannya begitu sedih. Kehadiran Amira tanpa sebarang khabar mengejutkan Amir, tetapi dia tidak menebarkan sebarang reaksi.Amira mafhum, dia juga terkejut sebenarnya. Pelbagai peristiwa tragis telah berlaku dan dia mengetahuinya dengan menyaksikan sendiri di hadapan matanya.“Sofea … mengapa kau mesti l

  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   BAB 73

    SOFEA mengerling ke arah cermin pandang belakang keretanya, sesekali cermin sisi pula. Dia berasa tidak sedap hati. Mungkin sangkaannya sahaja gamaknya.Sejak beberapa hari ini, dia berasa seperti diekori. Kebimbangan yang merusuh disuarakan kepada Zakuan. Perjaka itu hanya memintanya berdoa dan berhati-hati. Jika perlu, dia akan menemani jika ada urusan yang memerlukan dia keluar kawasan.Zakuan juga terpaksa meminta bantuan Amir untuk mengawasi Sofea terutama sekali jika Sofea ke yayasan kerana dia juga selalu ke luar daerah.“Siapa pula yang ganggu Sofea? Sofea ada musuh ke?” Zakuan mengutarakan persoalan itu ketika mereka bertiga berkumpul di yayasan.Sofea dan Amir termenung sejenak.“Tak mungkin Haris. Aku tak rasa dia akan berdendam atas apa yang berlaku pada kami.” Sofea menyatakan pendapatnya.Gangguan-gangguan pelik seperti nota dan mesej misteri agak menganggu benak fikirannya. Entah apa motif pengirim berkenaan. Sofea sendiri tidak faham.Amir juga cuba mencari jawapan. Da

  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   BAB 72

    PENAMPILAN Sofea tampak sederhana sahaja. Permintaannya hanya untuk makan di sebuah benteng terbuka di tengah-tengah kotaraya. Zakuan hanya menurut, dia juga datang dari keluarga yang sederhana.Sofea tersenyum, terhibur dengan nyanyian kumpulan buskers yang membuat persembahan tika itu.“Kau sukakan nyanyian dan lagu mereka, Sofea?” tanya Zakuan apabila dilihatnya Sofea seolah-olah menghayati nyanyian mereka.Sofea mengangguk, “Sesekali apa salahnya kita menghargai bakat mereka. Nyanyian santai macam ni ... seronok pula bila didengar. Mungkin satu hari nanti, aku nak bawa penghuni yayasan buat persembahan macam inilah.”Zakuan cuma tersenyum.Sejak mengenali Sofea, orangnya tidak pernah melupakan penghuni yayasan dibawah naungan-nya. Setiap apa yang dilakukan, mesti terselit yayasannya bersama. Seolah-olah Sofea dan yayasan adalah roh dan jasadnya.Teringat akan cerita Datuk Zaki kepadanya, Sofea amat mencintai kerja kebajikannya. Itu jugalah sebab dia jatuh hati terhadap Sofea. Dia

  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   BAB 71

    SOFEA memerhatikan Amir yang sedang berbincang dengan seorang peguam yang akan mewakili seorang daripada ahli yayasan. Hatinya berbunga lega melihatkan Amir kembali pulih daripada kesedihannya.Tetapi Sofea tahu, Amir tidak sepenuhnya pulih. Jiwanya hambar dan kosong. Dia tidak gembira. Amir hanya melalui hari-harinya sekadar memenuhi tuntutan tanggungjawabnya kepada keluarga, syarikat dan yayasan.Teringat akan perbualannya dengan Amir petang semalam. Sofea telah mengetahui kisah sebenar disebalik konflik yang mereka hadapi. Sofea meminta Amir mengejar cintanya. Sofea juga dapat menyelami betapa sayangnya Amir terhadap Amira. Begitu juga sebaliknya.Amir cuma diam membisu, tidak memberi sebarang respons mahupun jawapan. Hatinya telah membeku. Dia sendiri tidak pasti perasaan apa yang sedang bergurindam dalam hatinya sekarang.Hatinya yang berkuntuman bunga bahagia dan ceria, tiba-tiba direnggut pergi oleh kekasihnya tanpa belas kasihan dengan alasan akan menemui kebahagiaan yang lebi

  • SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)   BAB 70

    AMIR sudah tidak terkira berapa lama dia hanya mengurung diri dalam dunianya yang tersendiri. Semakin dia terkurung, semakin bertunjang kebuntuannya.Wajah Amira ada di mana-mana. Suaranya sentiasa mendesah kuping telinga. Namun, jawapan yang dicari masih juga belum ditemui.Kunci keretanya dicapai. Dia memandu tanpa arah. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Cepat-cepat Amir menukar gear dan memecut ke destinasi. Sudah lama dia tidak menjengah sahabatnya. Mengapalah dia boleh terlupa, sesalnya …Syahir cuma tertawa kecil melihat sahabatnya itu. Menyaksikan keadaannya sudah cukup mem-beri jawapan kepada ketidakhadiran sahabatnya itu untuk tempoh yang lama.“Putus cinta?” Pendek pertanyaan Syahir.Amir mengangguk lemah. Tersedik rasa kasihan dalam hati Syahir melihatkan keadaan sahabatnya.“Tapi … betul ke? Apa yang terjadi? Kau atau Amira yang curang?” Syahir mula berteka-teki.“Entah, dua-dua pun tak. Aku tak tahu.”Kecelaruan bergayut di tampang wajahnya. Syahir juga jadi keliru. Tiba

Scan code to read on App
DMCA.com Protection Status