Cheonsa, Saranghae! (Bahasa Malaysia)

Cheonsa, Saranghae! (Bahasa Malaysia)

last updateHuling Na-update : 2023-01-18
By:   Lucyana  Kumpleto
Language: Bahasa_melayu
goodnovel16goodnovel
10
1 Rating. 1 Rebyu
40Mga Kabanata
1.1Kviews
Basahin
Idagdag sa library

Share:  

Iulat
Buod
katalogo
Leave your review on App

Rapuhnya hati seorang anak lelaki apabila melihat ibu dan ayah seringkali berkelahi antara satu sama lain, menyebabkan dia nekad mahu mengejar impian. Namun, kedatangan seorang gadis bernama Bella Kim telah mewujudkan rasa cintanya yang mendalam. Tetapi... “Apa yang awak buat ni? Saya cuma anggap awak kawan je. Tak lebih dari itu!” – BELLA KIM Pahit perlu ditelan sendiri, dalam waktu yang sama kehadiran seorang gadis bernama Jung Sherin menambahkan lagi api yang sedang marak membara. “Woojin! Saya cuma nak bantu awak, tak lebih daripada apa yang awak tengah fikirkan pasal saya.” – JUNG SHERIN “Dahlah perempuan, jangan masuk campur urusan aku boleh tak?” – NAM WOOJIN. Keeogan yang menguasai, akhirnya memakan dirinya sendiri! Satu-persatu orang yang disayangi pergi menjauhi. Apakah kesudahan Nam Woojin? Mampukah dia hadapi semua itu dengan rasa tenang hati? Semuanya dalam sebuah kisah Cheonsa, Saranghae!

view more

Pinakabagong kabanata

Libreng Preview

CS ¦ 01

"JANGANLAH main-main dengan aku, Sora. Aku tahu kau ada duit! Bagi aku sekarang duit tu!" Nam Jungwoo bersuara nyaring sambil tangan Han Sora ditarik kasar. "Awak faham ke tidak ni Jungwoo? Saya kan dah kata, saya tak ada duit. Saya tak ada duitlah! Yang awak nak paksa-paksa saya ni kenapa?" Han Sora turut menyaringkan suaranya menandakan dia memang tiada duit. Tangan Jungwoo yang mencengkam kuat tangannya tadi ditepis kasar. "Kau jangan nak tipu aku Sora, aku tahu kau ada duit! Apa guna kau kerja siang malam tapi bila aku minta duit langsung tak ada? Kau jangan nak menipu!" Akibat dari rasa amarah yang kian bergelodak di dalam jiwa, tangannya terus naik menampar wajah isterinya apabila permintaannya tidak ditunaikan oleh Sora. Sora terjatuh ke sisi sehingga menyebabkan kepalanya terhantuk di kaki meja solek yang berada tidak jauh darinya.Jungwoo langsung tidak peduli akan keadaan si isteri, sebaliknya laju dia menggeledah bahagian laci meja solek Sora. Apa yang difikirnya saat i...

Magandang libro sa parehong oras

Mga Comments

user avatar
Lucyana
Cerita Cheonsa, Saranghae! Sudah tamat. Kini, saya sedang menulis cerita baru bertajuk Satu Bintang, sebuah karya Fantasi. Jemputlah baca ya. Terima kasih semua.
2023-01-19 18:01:48
0
40 Kabanata
CS ¦ 01
"JANGANLAH main-main dengan aku, Sora. Aku tahu kau ada duit! Bagi aku sekarang duit tu!" Nam Jungwoo bersuara nyaring sambil tangan Han Sora ditarik kasar. "Awak faham ke tidak ni Jungwoo? Saya kan dah kata, saya tak ada duit. Saya tak ada duitlah! Yang awak nak paksa-paksa saya ni kenapa?" Han Sora turut menyaringkan suaranya menandakan dia memang tiada duit. Tangan Jungwoo yang mencengkam kuat tangannya tadi ditepis kasar. "Kau jangan nak tipu aku Sora, aku tahu kau ada duit! Apa guna kau kerja siang malam tapi bila aku minta duit langsung tak ada? Kau jangan nak menipu!" Akibat dari rasa amarah yang kian bergelodak di dalam jiwa, tangannya terus naik menampar wajah isterinya apabila permintaannya tidak ditunaikan oleh Sora. Sora terjatuh ke sisi sehingga menyebabkan kepalanya terhantuk di kaki meja solek yang berada tidak jauh darinya.Jungwoo langsung tidak peduli akan keadaan si isteri, sebaliknya laju dia menggeledah bahagian laci meja solek Sora. Apa yang difikirnya saat i
last updateHuling Na-update : 2022-08-15
Magbasa pa
CS ¦ 02
KINI, Woojin sedang berjalan di hadapan sebuah kawasan kunjungan orang ramai. Pengunjung tempat itu semuanya melibatkan orang dewasa sahaja. Dia tidak dibenarkan masuk kerana masih di bawah umur. Jadi, dia terpaksa menunggu di luar sehingga orang yang mahu dia temui itu muncul di sekitar situ."Haha... nakallah abang ni, malam ni kita nak pergi mana?""Macam biasalah, balik rumah haha...."Woojin yang sedang menyandarkan tubuh ke dinding sambil menyilangkan tangan ke dada terus menoleh. Dia dapat cam suara lelaki itu walaupun tanpa melihat wajahnya.Keriangan pasangan tersebut Woojin hiraukan, langkah kakinya laju mengejar lelaki berusia 50-an di hadapannya lalu lengan lelaki tua itu direntap kasar. "Hey! Siapa ni?" "Ayah! Sampai bila ayah nak jadi macam ni?" soal Woojin, nada suaranya cuba dilembutkan sebaik mungkin. Walau hati sakit seperti dihiris belati namun, hormatnya masih tetap ada untuk sang ayah."Kau siapa? Siapa ayah kau? Aku tak kenal!" Bau minuman keras yang keluar dar
last updateHuling Na-update : 2022-08-16
Magbasa pa
CS ¦ 03
3 tahun kemudian,“WOOJIN-ah! najung-e seodulleo haggyoe gada. - (cepatlah nanti lambat nak ke sekolah)”Jeritan Sora dari bawah membuatkan Woojin kelam-kabut menyisipkan rambutnya dengan tangan. Beg sekolah di atas katil terus digapai, langkah perlahan dibuka menuju ke pintu. Jam di dinding sempat dia melirik sekilas.“Cepatlah woi!" jerit seseorang yang juga dari bawah. Woojin menuruni anak tangga dengan perlahan, kerutan di dahinya mula timbul. Wajah Mingi menyapa mata.“Bersiap kalah perempuanlah kau ni, dah habis mi semangkuk aku telan kau tahu?” Seloroh Mingi di samping sisa mi di dalam mangkuk dihirupnya dengan rakus.“Mimpi apa kau ni, pagi-pagi buta dah muncul dalam rumah aku?” soal Woojin sambil mengambil tempat duduk disisi Mingi.Sora datang semula dengan mendulang mangkuk mi sup untuk anak kesayangannya.“Ibu tak makan sekali?” tanya Woojin apabila ibunya tidak terus duduk selepas meletakkan makanan di atas meja sebaliknya membuka langkah menuju ke dapur.“Ibu nak siapk
last updateHuling Na-update : 2022-08-17
Magbasa pa
CS ¦ 04
“SORA!”Sora terkejut apabila mangkuk-mangkuk yang belum dicucinya sengaja dijatuhkan oleh Jungwoo. Lelaki tua itu, tiba-tiba saja muncul di gerai Sora kerana ingin membuat kacau.“Jungwoo! Awak nak apa lagi? Saya tak ada duit nak bagi awak! Jadi, tolong pergi! Jangan ganggu saya!” Tegas Sora bersuara. Hampir kesemua pelanggan Sora yang berada di situ menyaksikan pertelingkahan di antara bekas pasangan suami isteri tersebut. “Berani kau nak melawan aku ya sekarang ni? Aku tak kira! Aku nak duit! Bagi aku cepat! Kalau tidak kau tunggulah nasib kau betina tua!” “Apa guna kaki dan tangan awak ada kalau awak tak reti nak cari duit sendiri. Ini tempat saya cari rezeki! Awak jangan ganggu saya. Jangan takutkan pelanggan-pelanggan saya!” sekali lagi Sora bertegas kerana dia tidak mahu digertak oleh Jungwoo. Dia sudah tidak mahu kelihatan lemah lagi di hadapan lelaki itu.“Argh! Aku peduli apa? Kau nak beri aku wang atau kau nak aku ambil secara kasar!”“Saya tak ada duit! Saya kerja bukan
last updateHuling Na-update : 2022-08-18
Magbasa pa
CS ¦ 05
“MINUMLAH nak, terima kasih sebab sudi bantu imo tadi.”Air suam yang baru diambil diruangan dapur diletakkan di atas meja makan sambil Sora melabuhkan punggung di atas kerusi. “Tak apa-apa imo, saya cuma tak suka ahjusi tu berkasar dengan imo.”Air yang dihulur Sora diambil oleh gadis itu lalu diteguk sedikit selepas meminta izin dengan isyarat kepala. Sora hanya tersenyum melihat gadis itu segan-segan untuk meminum air tersebut.“Apa nama kamu, nak?” soal Sora ingin tahu. “Nama saya Jung Sherin.” Semakin melebar senyuman Sora apabila mendengarkan nama gadis itu. Baginya, gadis ini mempunyai keberanian yang tidak ada pada gadis lain.“Sherin makan malam dekat rumah imo ya? Sebagai tanda terima kasih tolong imo tadi. Kalau Sherin tak ada, mungkin lagi teruk imo kena tadi.”“Eh, tak apalah Imo, buat susah-susah imo je.” “Eish, tak susahlah. Makan malam rumah imo ya?”Akhirnya, Sherin terpaksa mengangguk setuju agar tidak menghampakan harapan Sora.“Imo, kalau saya nak tanya sesuatu
last updateHuling Na-update : 2022-08-19
Magbasa pa
CS ¦ 06
USAI makan malam, Sherin cuba membantu Puan Sora mengemas meja makan. Baru saja Sherin hendak mengangkat pinggan mangkuk ke dapur. Puan Sora terus menghalangnya.“Eh Sherin. Tak perlulah susah-susah, hari dah lewat. Kamu tak apa ke balik lambat?”Mata Sherin terus melirik ke jam tangan.“Dah pukul 10 malam, lama juga saya duduk rumah imo.”Sengihan sumbing Sherin terukir. Baru pertama kali bertemu, Sherin dan Puan Sora sudah terlalu mesra seolah-olah mereka sudah berkenalan lama.“Tak apalah, saya bantu imo mengemas sekejap. Kejap lagi dah selesai saya baliklah.”“Eish! Janganlah macam tu, Woojin. Kamu hantarkan Sherin balik ya? Kasihan dia, dia kan perempuan bahaya kalau jalan sorang-sorang malam sangat dah ni.”Kepala Woojin terus menoleh memandang Puan Sora. Hati mahu mengatakan 'tidak', tetapi entah mengapa tidak terkeluar dari kerongkong suara.“Hm.…” Akhirnya, Woojin hanya mengumam perlahan. Menandakan yang dia akan menghantar Sherin pulang dalam keterpaksaan.“Aku tak dapat t
last updateHuling Na-update : 2022-08-20
Magbasa pa
CS ¦ 07
SELEPAS Woojin meninggalkan rumah Sherin. Gerak langkah membawa dia berjalan perlahan menyusuri kaki lima sebuah kedai serbaneka. Tiba-tiba suara seorang gadis sedang menjerit nyaring menusuk halwa telinga. Pandangan Woojin tertoleh ke arah lorong sempit di tepinya. Perlahan-lahan dia menghampiri lorong gelap itu. “Lepaskan akulah! Jantan tak guna!” Suara gadis itu masih menjerit sambil tangan cuba menolak dada seorang lelaki yang sedang berdiri menghalang laluannya. “Lepaskan aku! Argh!” “Diam!” Rambut gadis itu direntap kasar sehingga menimbulkan jeritan nyaring sekali lagi.Woojin yang menyaksikan kejadian itu mula berasa tidak tenteram dengan situasi itu. “Hoi!” Kedua-dua mereka menoleh apabila suara Woojin menjerkah mereka turut berbunyi nyaring dan bergema. “Alamak, kau siapa pula nak hoi hoi kan aku? Mengacau betul!” Bicara lelaki itu diakhiri dengan meludah air liur ke tepi. “
last updateHuling Na-update : 2022-08-21
Magbasa pa
CS ¦ 08
WOOJIN melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah. Dilihat pintu rumah terbuka luas membuatkan dahi berkerut.Pandangan menoleh ke kiri dan ke kanan mencari-cari kelibat Puan Sora jika ibunya itu berada di luar, tetapi sayangnya tiada. Laju langkah dibuka mendekati pintu utama.“Ibu?” panggil Woojin ketika dia menolak pintu rumah untuk masuk ke dalam lantas pandangan Woojin disajikan dengan cecair berwarna merah yang bergelimpangan di atas lantai ruang tamu rumah.Mata Woojin terbuntang luas. Pandangan melirik ke sekeliling rumah.“Ibu!” jerit Woojin lantas kaki segera berlari menaiki anak tangga mahu mencari di mana Puan Sora berada.“Ibu!” jeritan demi jeritan dilaung, namun tiada sahutan.Woojin kembali turun ke bawah dalam keadaan cemas. Setibanya dia di bawah, rambut dikusutkan. Keadaan Woojin sudah tidak menentu arah. Muka diraup berkali-kali.“Ibuuu!” je
last updateHuling Na-update : 2022-08-22
Magbasa pa
CS ¦ 09
SEBULAN kemudian, Pengajian Woojin di sekolah tinggi Seoul akhirnya tamat. Selepas kejadian Puan Sora hampir-hampir terbunuh. Woojin sepakat dengan ibunya mahu berpindah keluar dari rumah itu dan memulakan kehidupan baru. Kini, Woojin hanya membantu Puan Sora di gerai mereka sementara menunggu mendapat tawaran sambung belajar ke peringkat lebih tinggi. “Woojin, bawa mi ni juga ya?” laung Puan Sora yang sedang sibuk di bahagian dapur memasak. Mangkuk yang sudah terisi dengan mi sup diletakkan di atas dulang. Puan Sora sibuk menguruskan bahagian memasak manakala Woojin pula sibuk melayani pelanggan di hadapan. Tidak putus-putus kunjungan pelanggan datang ke gerai mereka menyebabkan mereka agak sedikit keletihan. Woojin yang berada di bahagian luar hanya menyahut saja laungan ibunya itu. Woojin cuba mengubah diri secara perlahan-lahan selepas Puan Sora hamper kehilangan nyawa. Dia tidak mahu sakit bernanah yang dialami sejak kecil itu me
last updateHuling Na-update : 2022-08-23
Magbasa pa
CS ¦ 10
SELESAI Woojin berbual dengan Mingi di hujung talian. Akhirnya panggilan ditamatkan.“Siapa yang telefon Woojin?” tanya Puan Sora.“Mingi ibu, tak tahulah apa dia nak. Dia ajak jumpa kejap lagi. Ada perkara penting dia nak cakap, katanya.” Balas Woojin sambil menyimpan semula telefon bimbit ke dalam poket seluar.“Kalau begitu, selesai makan ni. Woojin pergilah jumpa dia, ibu tak apa-apa boleh balik dengan Sherin. Sherin boleh temankan imo kan?" Pandangan Puan Sora teralih ke arah Sherin yang sedari tadi asyik mendiamkan diri.“Boleh imo, tak ada masalah. Kalau awak ada urusan. Awak pergilah. Saya boleh temankan imo, awak jangan risau.”“Aku tak nak menyusahkan kau.” Suara Woojin mula kedengaran dingin.“Taklah, tak susahkan saya pun. Lagipun, boleh saya berborak panjang dengan imo. Sebulan tak jumpa, banyak perkara yang nak dibualkan." Senyuman Sherin teruk
last updateHuling Na-update : 2022-08-24
Magbasa pa
DMCA.com Protection Status