WARDAH AZKIYA - Setelah tiga tahun berkelana di negara orang, akhirnya dia pulang ke tanah air. Namun, tugasnya sebagai doktor psikiatri tiba-tiba bertukar berat apabila hanya dia sahaja yang boleh menyedarkan kapten pasukan Psychic Eagle daripada koma. AHWAZ ZULFAN - Disebabkan permainan maya bernama RS, atlet e-sport negara yang disegani dunia ini terkandas di dalam dunia digital. Gara-gara Reaper, jasadnya statik di alam realiti, namun jiwanya terperangkap di dalam BTA2121. "Sudikah tuan hamba mengikut beta pulang, Kazz?" - Puteri Indah Kencana. "Siapa kau sebenarnya... tuanku puteri?" - Sultan Nadim Alam. Di saat Wardah berjaya mengembalikan memori Ahwaz, Reaper muncul menuntut dirinya. Kata lelaki itu, Puteri Indah Kencana adalah miliknya. Baik Ahwaz ataupun lelaki lain, mereka semua tidak boleh menjadikan Wardah sebagai isteri mereka. Masa kian menghambat, Wardah tertambat. Jika dia terlambat, maka Ahwaz akan bersemadi di dunia digital. Dia... tidak mahu perkara itu terjadi. Selama-lamanya, jejaka itu adalah belahan jiwanya walaupun hubungan mereka tidak direstui. Jadi, walau apa pun yang berlaku, dia bertekad untuk menjadi heroin yang akan menyelamatkan heronya. Bunny kan, hanya milik Kazz seorang!
View MoreMarkas Rahsia Black Greeth, Jerman. BERITA kejayaan pasukan Psychic Eagle yang sekali lagi menempa nama dalam arena sukan e-sport disambut dengan dengusan kasar oleh Den Smith. Dalam geram, jejaka berusia 23 tahun tersebut mencapai sebuah bingkai foto lalu membalingnya sekuat hati ke dinding. Pecah berderai kaca bingkai yang menunjukkan figura lima orang pemain kumpulan mereka sedang bergembira meraikan kejayaan menewaskan kumpulan lawan dari Malaysia. Sungguh, hatinya teramat marah apabila berita tersebut diulang tayang oleh hampir keseluruhan stesen TV yang ditontonnya. "Kapten," tegur salah seorang ahli pasukan Black Greeth. "Diam!" Den mengetap bibir. Matanya dikalihkan pula ke wajah Ahwaz Zulfan, kapten pasukan Psychic Eagle. Kemarahannya kini semakin meluap-luap melihatkan senyuman gembira jejaka tersebut dan juga ahli pasukannya yang lain kerana memperoleh kemenangan besar dalam kejohanan antarabangsa e-sport 2021.
Ruang Legar, Malaysia Sport Centre Hospital."Seorang pemain e-sport bertaraf dunia dari Jerman ditemui mati di dalam rumahnya di sebuah pangsapuri. Mendiang disahkan meninggal dunia lewat pagi semalam akibat renjatan elektrik ketika bermain permainan digital yang masih dalam peringkat percubaan. Mengikut jurucakap pihak yang terlibat, mangsa bertindak sendiri tanpa kebenaran. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut."Baik Ahwaz, Wardah, Isbah, Hariri dan Aina, masing-masing terdiam tanpa kata apabila berita dunia yang dibacakan oleh seorang pemberita wanita bertudung litup ke udara. Jauh di sudut hati, mereka berasa kesal dengan apa yang berlaku.Namun, perkara itu bukan salah mereka bahkan ia adalah pilihan Ethan sendiri. Adik tiri Ahwaz itu yang memilih untuk mati di dunia sana dengan menikam dirinya sendiri di saat formasi game mengalami keruntuhan maha hebat. Ini semua terjadi akibat daripada cinta gilanya yang hanya be
Medan Pancung, Istana Besar Sakti Kota. KTING! Bunyi pedang berlaga seiring bunyinya dengan guruh berdentum. Ketika ini, baik Ahwaz mahupun Ethan, kedua-duanya kelelahan dan kesejukan dek ditimpa hujan lebat dan ditiup angin kencang. Dalam masing-masing sibuk berlawan, hampir juga mereka ditimpa oleh pokok yang mulai tumbang menyembah tanah. Namun, dalam masa yang sama mereka gagal mengelak daripada diterpa reranting pokok, kayu kecil dan dedaun yang berterbangan ditiup angin kencang. "Berhenti, Ethan. Insaflah. Kau takkan dapat apa-apa pun kalau kau bunuh aku ataupun Wardah," kata Ahwaz seraya melepaskan lelah. Dadanya sesak! "Aku takkan berhenti! Aku lebih rela mati di sini daripada tengok kau orang bahagia!" jawab Ethan separa menjerit. "Kau ada segala-galanya. Mak ayah, kekasih. Game pula, asyik-asyik kau je yang menang. Aku?" jeritnya pula. "Tu sebab kau tak hargai apa yang ada di depan mata kau.
Medan Pancung, Istana Besar Sakti Kota. "KAU patut tanya soalan tu dekat diri kau sendiri. Kau dah bersedia ke nak meringkuk di dalam penjara, Sultan Nadim Alam palsu?" Tiba-tiba, satu suara maha sinis kedengaran di telinga Ethan berserta rasa sejuk di kulit lehernya. Dia yang ketika itu seronok menyaksikan ketakutan dan kesakitan Wardah akibat pisau yang ditekan ke leher gadis itu semakin mendalam lalu menghiris kulit terus terbungkam. "Kazz!" desisnya marah. "Ya, adik. Takkan kau tak kenal abang sendiri?" provok Ahwaz. Di tangannya, terhunus sebilah pedang nan berkilat. Kilatannya sahaja pun sudah cukup untuk menggerunkan musuh. Kini, hadiah daripada Maharaja China yang dititipkan melalui Saudagar Bai Yu digunakan sebaik-baiknya. "Kazz!" Kedengaran bergetar di telinga Ahwaz suara Wardah menyebut namanya. "Yes, my heroine tuanku puteri." Ahwaz menghadiahkan senyuman menenangkan kepada gadis tersebut.
Kawasan Istana Besar Sakti Kota. SUARA gegak-gempita para pengawal yang mengejarnya semakin membuatkan Wardah berasa suka hati. Bagus, kejarlah lagi sampai penat! "Aku rancang nak kurung je mamat tu dekat sini. Jadi, aku nak kau alihkan perhatian dia. Masa tu, aku akan serang serang dia dari belakang. Bila aku dapat je mamat tu, kau terus lari. Tapi, lari dalam arah bulatan. Maknanya, kau akan berhenti dekat sini. Faham tak?" Perancangan Ahwaz yang dibisikkan kepadanya tadi terus terngiang-ngiang di telinga. Kalau dikira, bagus juga pelan itu. Dengannya, mereka berdua boleh melarikan diri sejauh mungkin daripada Ethan dan dalam masa yang sama, mungkin sempat mengejar masa sebelum formasi game runtuh sepenuhnya. "Ciah! Ciah!" Wardah memacu keras lagi kudanya. Ringkikan kudanya semakin deras, dia pula semakin berkeras dalam memacu pantas tali kudanya. Nun jauh di belakang sana, geng-geng pengawal sema
Rumah Usang, Pinggir Istana Besar Sakti Kota. "MATI kau, Kazz!" tempik Ethan lantang. Hiargh! Dengan kelajuan maksimum, dia melibas batang tombak yang direntap kasar dari pengawalnya ke arah Ahwaz lalu menghunusnya kejam dengan gaya lencongan. Namun, belum pun sempat hunusannya sampai ke arah target, Wardah yang berada di hadapan Ahwaz terlebih dahulu menukar formasi kedudukannya dengan jejaka tersebut. "Kau sanggup ke bunuh aku, Ethan?" psiko Wardah. "Ke tepi!" pantas Ethan menghentikan libasannya. Tak guna! Kini, Wardah yang tadinya berada di hadapan Ahwaz bergerak pula ke tepi bagi melindungi jejaka itu daripada ditombak. Jika tindakannya memberhentikan libasannya tidak cepat, mungkin sudah berlubang badan gadis tersebut ditembusi batang besi. "Ahwaz pun pesakit aku. Aku bertanggunggjawab atas dia, Ethan. Kalau kau sayangkan aku, tindakan kau bunuh dia sama je macam kau bunuh aku," tekan War
Rumah Usang, Pinggir Istana Besar Sakti Kota "KALAU kau dapat kalahkan aku, Wardah akan selamat. Kalau tak, kita bertiga akan mati sama-sama di sini. Jangan risau, bugs yang aku pasang tempoh hari sangat taat pada perintah aku. Dalam masa 30 minit lagi, formasi BTA2121 ni akan hancur sama seperti RS. Kau bersedia, Kazz?" sengih Reaper. 'Psiko!' Memori di RS terus bersimpang-siur memenuhi ruang ingatan Ahwaz. Kini, ruang rahsia istana bertukar menjadi medan peperangan. Mereka berdua, masing-masing mula bersiaga menanti serangan. Siapa yang menyerang terlebih dahulu dan siapa pula yang kena berada dalam posisi bertahan, kedua-dua persoalan tersebut masih belum terjawab. Cumanya, keadaan di situ kian terasa panas. "Bunny tak sesuai untuk kau, Kazz." Reaper mencerlung tajam ke arah Ahwaz yang turut sama menentang garang pandangannya. "Jadi, kau bahayakan atlet negara aku disebabkan Bunny?" Ahwaz mengepal penumbuknya lebih
Unit Kecemasan Khas, Malaysia Sport Centre Hospital.ISBAH, Hariri, Aina, Prof. Zhou dan Prof. Dr. Adnan menanti dengan penuh debar tindakan yang bakal dilakukan oleh Ahwaz di alam sana.Dengan penambahbaikan sistem yang berjaya dilakukan oleh Aina dan pasukannya tadi, kini mereka dapat melihat dengan jelas figura Ahwaz yang sedang berhadapan dengan Reaper.Sungguh, tidaklah mereka sangka bahawa Reaper adalah adik tiri Ahwaz jikalau tidak Puan Suhana meraung tadi apabila melihat anaknya sedang bertarung dengan Reaper. Kepada Wardah pula, berkali-kali dia meminta maaf apabila menyedari tindakan bodohnya turut bakal menyebabkan anaknya terkorban."Wardah, lawan dia!" sorak Aina."Kazz! Kazz, elak! Urgh!" Hariri mengepal penumbuk."Kalaulah aku boleh bantu, memang aku bantu terus. Prof, tak boleh ke bagi saya masuk ke sana?" Isbah berpaling kepada Prof. Zhou yang sedang menggenggam erat tangannya."Kamu belum pu
Rumah Usang, Pinggir Istana Besar Sakti Kota.“TAK guna!”Satu jerkahan kuat berserta tujahan padu ke muka pintu serta-merta menghentikan tangan Ethan daripada terus membenamkan mata pisau ke dada Wardah. Pintu yang diperbuat daripada kayu jati tersebut terus tercabut lalu jatuh menyembah lantai. Berdegung bunyinya dek efek hentaman jitu tersebut."Ahwaz!" tempik Ethan.Menggeletar tangannya menahan marah kepada pendatang asing di bumi Sakti Kota yang disuruh menyamar sebagai dirinya. Kehadiran mengejut jejaka itu sekali gus menghalangnya daripada menikam Bunny si cinta hatinya amat memuncakkan amarahnya!"Ahwaz?" Pantas Wardah membuka matanya yang tadi dikatup rapat.Figura Ahwaz yang kemudiannya pantas menyentak pisau dari tangan Ethan lalu memacakkannya ke dinding dipandang dengan penuh kagum. Kemudian, langkah berang Ethan yang turut dipangkah kemas oleh Ahwaz lagilah membuatkannya tidak terkata."Jang
Ruang Rahsia, Istana Besar Sakti Kota. "TUAN hamba perlu menolong beta. Tolong beta dapatkan Puteri Indah Kencana," desak Sultan Nadim kepada Ahwaz. "Ampun, tuanku. Patik... patik..." Ahwaz tunduk memandang lantai. Sumpah, dia tidak berani membohongi gadis kerabat diraja kerajaan Gelang Putih tersebut. Dia bukannya pengecut, tetapi dia berpegang kepada pendustaan adalah salah satu perkara yang mendatangkan dosa. "Tuan hamba hanya perlu menjadi beta. Itu pun payah ke, Satria?" sembur Sultan Nadim tanpa berlapik lagi. Dia murka dengan pendatang tanpa izin ini! Melihatkan itu, sekali lagi Ahwaz berasa resah. Pengecut? Tidak. Dia bukannya takutkan si raksasa yang berada di depan matanya ketika ini. Tetapi, dia kebengangan. Kenapa dia yang perlu melalui semua ini? Dia Ahwaz Zulfan dari tahun 2021, bukan Sultan Nadim dari tahun 1021. Hanya kerana muka mereka seiras, ia tidak b...
Comments