MY HEROINE TUANKU PUTERI
WARDAH AZKIYA - Setelah tiga tahun berkelana di negara orang, akhirnya dia pulang ke tanah air. Namun, tugasnya sebagai doktor psikiatri tiba-tiba bertukar berat apabila hanya dia sahaja yang boleh menyedarkan kapten pasukan Psychic Eagle daripada koma.
AHWAZ ZULFAN - Disebabkan permainan maya bernama RS, atlet e-sport negara yang disegani dunia ini terkandas di dalam dunia digital. Gara-gara Reaper, jasadnya statik di alam realiti, namun jiwanya terperangkap di dalam BTA2121.
"Sudikah tuan hamba mengikut beta pulang, Kazz?" - Puteri Indah Kencana.
"Siapa kau sebenarnya... tuanku puteri?" - Sultan Nadim Alam.
Di saat Wardah berjaya mengembalikan memori Ahwaz, Reaper muncul menuntut dirinya. Kata lelaki itu, Puteri Indah Kencana adalah miliknya. Baik Ahwaz ataupun lelaki lain, mereka semua tidak boleh menjadikan Wardah sebagai isteri mereka.
Masa kian menghambat, Wardah tertambat. Jika dia terlambat, maka Ahwaz akan bersemadi di dunia digital. Dia... tidak mahu perkara itu terjadi. Selama-lamanya, jejaka itu adalah belahan jiwanya walaupun hubungan mereka tidak direstui.
Jadi, walau apa pun yang berlaku, dia bertekad untuk menjadi heroin yang akan menyelamatkan heronya. Bunny kan, hanya milik Kazz seorang!
Read
Chapter: EPILOGMarkas Rahsia Black Greeth, Jerman. BERITA kejayaan pasukan Psychic Eagle yang sekali lagi menempa nama dalam arena sukan e-sport disambut dengan dengusan kasar oleh Den Smith. Dalam geram, jejaka berusia 23 tahun tersebut mencapai sebuah bingkai foto lalu membalingnya sekuat hati ke dinding. Pecah berderai kaca bingkai yang menunjukkan figura lima orang pemain kumpulan mereka sedang bergembira meraikan kejayaan menewaskan kumpulan lawan dari Malaysia. Sungguh, hatinya teramat marah apabila berita tersebut diulang tayang oleh hampir keseluruhan stesen TV yang ditontonnya. "Kapten," tegur salah seorang ahli pasukan Black Greeth. "Diam!" Den mengetap bibir. Matanya dikalihkan pula ke wajah Ahwaz Zulfan, kapten pasukan Psychic Eagle. Kemarahannya kini semakin meluap-luap melihatkan senyuman gembira jejaka tersebut dan juga ahli pasukannya yang lain kerana memperoleh kemenangan besar dalam kejohanan antarabangsa e-sport 2021.
Last Updated: 2021-08-15
Chapter: BAB 32Ruang Legar, Malaysia Sport Centre Hospital."Seorang pemain e-sport bertaraf dunia dari Jerman ditemui mati di dalam rumahnya di sebuah pangsapuri. Mendiang disahkan meninggal dunia lewat pagi semalam akibat renjatan elektrik ketika bermain permainan digital yang masih dalam peringkat percubaan. Mengikut jurucakap pihak yang terlibat, mangsa bertindak sendiri tanpa kebenaran. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut."Baik Ahwaz, Wardah, Isbah, Hariri dan Aina, masing-masing terdiam tanpa kata apabila berita dunia yang dibacakan oleh seorang pemberita wanita bertudung litup ke udara. Jauh di sudut hati, mereka berasa kesal dengan apa yang berlaku.Namun, perkara itu bukan salah mereka bahkan ia adalah pilihan Ethan sendiri. Adik tiri Ahwaz itu yang memilih untuk mati di dunia sana dengan menikam dirinya sendiri di saat formasi game mengalami keruntuhan maha hebat. Ini semua terjadi akibat daripada cinta gilanya yang hanya be
Last Updated: 2021-08-15
Chapter: BAB 31Medan Pancung, Istana Besar Sakti Kota. KTING! Bunyi pedang berlaga seiring bunyinya dengan guruh berdentum. Ketika ini, baik Ahwaz mahupun Ethan, kedua-duanya kelelahan dan kesejukan dek ditimpa hujan lebat dan ditiup angin kencang. Dalam masing-masing sibuk berlawan, hampir juga mereka ditimpa oleh pokok yang mulai tumbang menyembah tanah. Namun, dalam masa yang sama mereka gagal mengelak daripada diterpa reranting pokok, kayu kecil dan dedaun yang berterbangan ditiup angin kencang. "Berhenti, Ethan. Insaflah. Kau takkan dapat apa-apa pun kalau kau bunuh aku ataupun Wardah," kata Ahwaz seraya melepaskan lelah. Dadanya sesak! "Aku takkan berhenti! Aku lebih rela mati di sini daripada tengok kau orang bahagia!" jawab Ethan separa menjerit. "Kau ada segala-galanya. Mak ayah, kekasih. Game pula, asyik-asyik kau je yang menang. Aku?" jeritnya pula. "Tu sebab kau tak hargai apa yang ada di depan mata kau.
Last Updated: 2021-08-15
Chapter: BAB 30Medan Pancung, Istana Besar Sakti Kota. "KAU patut tanya soalan tu dekat diri kau sendiri. Kau dah bersedia ke nak meringkuk di dalam penjara, Sultan Nadim Alam palsu?" Tiba-tiba, satu suara maha sinis kedengaran di telinga Ethan berserta rasa sejuk di kulit lehernya. Dia yang ketika itu seronok menyaksikan ketakutan dan kesakitan Wardah akibat pisau yang ditekan ke leher gadis itu semakin mendalam lalu menghiris kulit terus terbungkam. "Kazz!" desisnya marah. "Ya, adik. Takkan kau tak kenal abang sendiri?" provok Ahwaz. Di tangannya, terhunus sebilah pedang nan berkilat. Kilatannya sahaja pun sudah cukup untuk menggerunkan musuh. Kini, hadiah daripada Maharaja China yang dititipkan melalui Saudagar Bai Yu digunakan sebaik-baiknya. "Kazz!" Kedengaran bergetar di telinga Ahwaz suara Wardah menyebut namanya. "Yes, my heroine tuanku puteri." Ahwaz menghadiahkan senyuman menenangkan kepada gadis tersebut.
Last Updated: 2021-08-15
Chapter: BAB 29Kawasan Istana Besar Sakti Kota. SUARA gegak-gempita para pengawal yang mengejarnya semakin membuatkan Wardah berasa suka hati. Bagus, kejarlah lagi sampai penat! "Aku rancang nak kurung je mamat tu dekat sini. Jadi, aku nak kau alihkan perhatian dia. Masa tu, aku akan serang serang dia dari belakang. Bila aku dapat je mamat tu, kau terus lari. Tapi, lari dalam arah bulatan. Maknanya, kau akan berhenti dekat sini. Faham tak?" Perancangan Ahwaz yang dibisikkan kepadanya tadi terus terngiang-ngiang di telinga. Kalau dikira, bagus juga pelan itu. Dengannya, mereka berdua boleh melarikan diri sejauh mungkin daripada Ethan dan dalam masa yang sama, mungkin sempat mengejar masa sebelum formasi game runtuh sepenuhnya. "Ciah! Ciah!" Wardah memacu keras lagi kudanya. Ringkikan kudanya semakin deras, dia pula semakin berkeras dalam memacu pantas tali kudanya. Nun jauh di belakang sana, geng-geng pengawal sema
Last Updated: 2021-08-15
Chapter: BAB 28Rumah Usang, Pinggir Istana Besar Sakti Kota. "MATI kau, Kazz!" tempik Ethan lantang. Hiargh! Dengan kelajuan maksimum, dia melibas batang tombak yang direntap kasar dari pengawalnya ke arah Ahwaz lalu menghunusnya kejam dengan gaya lencongan. Namun, belum pun sempat hunusannya sampai ke arah target, Wardah yang berada di hadapan Ahwaz terlebih dahulu menukar formasi kedudukannya dengan jejaka tersebut. "Kau sanggup ke bunuh aku, Ethan?" psiko Wardah. "Ke tepi!" pantas Ethan menghentikan libasannya. Tak guna! Kini, Wardah yang tadinya berada di hadapan Ahwaz bergerak pula ke tepi bagi melindungi jejaka itu daripada ditombak. Jika tindakannya memberhentikan libasannya tidak cepat, mungkin sudah berlubang badan gadis tersebut ditembusi batang besi. "Ahwaz pun pesakit aku. Aku bertanggunggjawab atas dia, Ethan. Kalau kau sayangkan aku, tindakan kau bunuh dia sama je macam kau bunuh aku," tekan War
Last Updated: 2021-08-15