Jabatan Psikiatri, Malaysia Sport Centre Hospital. PAGI itu, cuaca sangat baik. Setelah semalam bumi ditimpa hujan, kini sang mentari mulai muncul memberikan senyuman kepada warga dunia. Dan, hari ini juga, Wardah berasa jiwanya agak tenang berbanding dengan sebelum ini. Seketika, gambar ibu bapanya di atas meja ditenung lembut sebelum perlahan-lahan, bibirnya mengulaskan senyuman.Apa khabar agaknya ibu bapanya di kampung? Sudah agak lama dia tidak bertanya khabar. Maklumlah, dia selalu sibuk. Hospital tempatnya berkhidmat ini memang gah dan terkenal di seantero dunia. Jadi, sesuai dengan nama baiknya, hospital ini selalu padat dengan pesakit berprofil tinggi dari seluruh dunia. Makanya, dia sendiri turut terpalit sama dengan kesibukan tersebut."Dr. Azkiya, pengarah nak jumpa."Dalam sibuk dia mengelamun, satu suara halus tiba-tiba menerpa deria pendengarannya. Tanpa ketukan, tanpa salam. Aina, si jururawat merangkap teman
Read more