Home / Mystery/Thriller / MY HEROINE TUANKU PUTERI / Chapter 21 - Chapter 30

All Chapters of MY HEROINE TUANKU PUTERI: Chapter 21 - Chapter 30

34 Chapters

BAB 20

Kamar Peraduan Sultan, Istana Besar Sakti Kota. AYAT berani sang puteri terus mengundang tawa keras Ahwaz. Berair matanya dalam menghabiskan sisa tawa yang bagaikan malas pula merangkak pergi. Apa? Puteri Indah Kencana nak culik dia? Helo polis, mohon datang ke sini sekarang. Ada puteri sewel sedang buat drama percumalah. "Aku serius ni," balas Wardah. Eh, boleh pula Ahwaz ketawakan dia? Tapi… seriuslah Ahwaz sudah reti ketawa? Rasanya sejak putus tunang, muka jejaka ini sudah seperti diskru ketat. Senyum jarang sekali, ketawa haram terus. Itulah dia gerangan Ahwaz Zulfan sejak tiga tahun lalu, katanya Isbah. "Sorry la. Tapi, aku tak boleh break. Hahaha," gelak Ahwaz lagi. Seronok pula dia berasa apabila puteri sewel ini datang ke mari. Hilang terus rasa sesak, senak, serabut dan lain-lain lagi yang menghurung jiwa sejak sekian lama. Baginya, kehadiran si puteri ini membawa rahmat dalam hidupnya, wala
Read more

BAB 21

Di sebuah Pangsapuri, Jerman. ETHAN mengepal kedua-duanya belah tangannya lalu menghentaknya kuat ke meja. Berdegung bunyinya efek daripada hentaman tersebut. Ketika ini, hatinya panas membara melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh kekasih hati dalam diamnya berserta abang tirinya di dalam game BTA2121. Tanpa berfikir panjang, telefon yang berada di dalam poket bajunya dikeluarkan lalu nombor telefon seseorang didail. Dengan dengusan kasar diluahkan, dia menanti dengan sabar panggilan di talian sana bersambut. Sedetik, dua detik, panggilan tetap tidak diangkat sehinggalah pada deringan kelima, satu suara serak-serak basah seperti baru bangun dari tidur bersuara di talian. Kepada Ethan, si penerima panggilan bertanya malas. "Helo, siapa ni?" "Hoi, betina! Aku suruh kau putuskan pertunangan anak kau dengan Wardah, tapi kenapa dia orang tetap berhubungan?" jerkah Ethan. Puk! Bunyi sesuat
Read more

BAB 22

Rumah Usang, Pinggir Istana Besar Sakti Kota.   "WARDAH sayang..." tutur lembaga 'Ahwaz' di hadapan Wardah. "Wardah?" Kedengaran suara Inang Sejahtera dan Imam Habib berbicara sendiri. "Kau, siapa? Mana tuanku sultan?" Berhati-hati, Wardah melontarkan pertanyaan walaupun dia sudah sedia maklum bahawa manusia menyerupai Ahwaz di hadapannya adalah Sultan Nadim Alam. Ya, memang sah itu adalah sultan kasanova sebenar. Sultan itu jugalah yang ingin melamarnya sebagai gundik ke-100 tapi atas nama sebagai isteri. Memang tak guna, jantan keparat! Kalaulah dia ini hidup di dunia realiti, rasanya sudah kena kecam berjemaah dengan mak cik kepoh si pengumpat cap ayam. "Hey, sweety. Don't you know me anymore? (Hei, si manis. Kamu dah tak kenal aku ke?)" soal Sultan Nadim Alam. Eh? Berbahasa Inggeris? Sedetik dua, Wardah terdiam dalam mencerna maklumat yang baru sahaja didengarinya. Ra
Read more

BAB 23

Anjung Seri, Istana Besar Sakti Kota. AHWAZ melepaskan lelah dengan menyandarkan badannya di tiang seri. Laju betul sultan sebenar itu menghilangkan diri. Ketika menjelma, senyapnya bagaikan halimunan. Menghilang pula, lajunya seperti pelesit. Sekarang, dia kebuntuan. Apatah lagi,  Mamanda Gagah secara senyap-senyap memberitahunya bahawa sultan itu merancang sesuatu yang tidak elok kepada Puteri Indah Kencana. Dia terdengar percakapan sultan itu dengan seorang pengawal, katanya Mamanda Gagah. "Tuanku kejar siapa?" Panglima Tangkas yang turut sama mengejar tetapi tidak tahu apa yang dikejar bertanya pelik. Ketika ini dia pun sama saja dengan Ahwaz, kelelahan dek berkejaran ke sana ke mari mengikut jejak jejaka itu yang tangkas berlari. "Sultan Nadim Alam," jawab Ahwaz sambil menarik nafas panjang. "Eh? Bukan ke sultan tu tuanku? Patik tak faham." Giliran Hulubalang Kasturi pula menyoal pelik. Baik dia mahup
Read more

BAB 24

Rumah Usang, Pinggir Istana Besar Sakti Kota.WARDAH mengerling sekilas kepada Sultan Nadim Alam atau lebih dikenalinya sebagai Ethan Smith. Sungguh, tidaklah dia sangka bahawa pesakit mental yang dijadikan sebagai subjek kajian kesnya ketika menyelesaikan pengajian peringkat Master’s tempoh hari sukakannya dalam diam.Figura Ethan yang sekejap mengalirkan air mata sedih dan sekejap ketawa gembira dipandang dengan pelbagai rasa yang berbaur dalam diri. Dia ingatkan selepas sesi rawatan yang berlangsung selama tiga tahun itu telah selesai, keadaan lelaki berusia 23 tahun itu semakin pulih.Namun, adalah sangat mengejutkan apabila Aina memberitahu pula bahawa lelaki ini tidak lagi memakan ubat dan meneruskan sesi rawatan dengan doktor lain setelah dia menamatkan sesi viva-voce pengajiannya pada tiga bulan lepas. Jadi, sebagai doktor yang pernah merawat Ethan, terbit jugalah rasa geram kepada lelaki ini."Macam mana kau boleh ada dekat
Read more

BAB 25

Rumah Usang, Pinggir Istana Besar Sakti Kota.“TAK guna!”Satu jerkahan kuat berserta tujahan padu ke muka pintu serta-merta menghentikan tangan Ethan daripada terus membenamkan mata pisau ke dada Wardah. Pintu yang diperbuat daripada kayu jati tersebut terus tercabut lalu jatuh menyembah lantai. Berdegung bunyinya dek efek hentaman jitu tersebut."Ahwaz!" tempik Ethan.Menggeletar tangannya menahan marah kepada pendatang asing di bumi Sakti Kota yang disuruh menyamar sebagai dirinya. Kehadiran mengejut jejaka itu sekali gus menghalangnya daripada menikam Bunny si cinta hatinya amat memuncakkan amarahnya!"Ahwaz?" Pantas Wardah membuka matanya yang tadi dikatup rapat.Figura Ahwaz yang kemudiannya pantas menyentak pisau dari tangan Ethan lalu memacakkannya ke dinding dipandang dengan penuh kagum. Kemudian, langkah berang Ethan yang turut dipangkah kemas oleh Ahwaz lagilah membuatkannya tidak terkata."Jang
Read more

BAB 26

Unit Kecemasan Khas, Malaysia Sport Centre Hospital.ISBAH, Hariri, Aina, Prof. Zhou dan Prof. Dr. Adnan menanti dengan penuh debar tindakan yang bakal dilakukan oleh Ahwaz di alam sana.Dengan penambahbaikan sistem yang berjaya dilakukan oleh Aina dan pasukannya tadi, kini mereka dapat melihat dengan jelas figura Ahwaz yang sedang berhadapan dengan Reaper.Sungguh, tidaklah mereka sangka bahawa Reaper adalah adik tiri Ahwaz jikalau tidak Puan Suhana meraung tadi apabila melihat anaknya sedang bertarung dengan Reaper. Kepada Wardah pula, berkali-kali dia meminta maaf apabila menyedari tindakan bodohnya turut bakal menyebabkan anaknya terkorban."Wardah, lawan dia!" sorak Aina."Kazz! Kazz, elak! Urgh!" Hariri mengepal penumbuk."Kalaulah aku boleh bantu, memang aku bantu terus. Prof, tak boleh ke bagi saya masuk ke sana?" Isbah berpaling kepada Prof. Zhou yang sedang menggenggam erat tangannya."Kamu belum pu
Read more

BAB 27

Rumah Usang, Pinggir Istana Besar Sakti Kota "KALAU kau dapat kalahkan aku, Wardah akan selamat. Kalau tak, kita bertiga akan mati sama-sama di sini. Jangan risau, bugs yang aku pasang tempoh hari sangat taat pada perintah aku. Dalam masa 30 minit lagi, formasi BTA2121 ni akan hancur sama seperti RS. Kau bersedia, Kazz?" sengih Reaper. 'Psiko!' Memori di RS terus bersimpang-siur memenuhi ruang ingatan Ahwaz. Kini, ruang rahsia istana bertukar menjadi medan peperangan. Mereka berdua, masing-masing mula bersiaga menanti serangan. Siapa yang menyerang terlebih dahulu dan siapa pula yang kena berada dalam posisi bertahan, kedua-dua persoalan tersebut masih belum terjawab. Cumanya, keadaan di situ kian terasa panas. "Bunny tak sesuai untuk kau, Kazz." Reaper mencerlung tajam ke arah Ahwaz yang turut sama menentang garang pandangannya. "Jadi, kau bahayakan atlet negara aku disebabkan Bunny?" Ahwaz mengepal penumbuknya lebih
Read more

BAB 28

Rumah Usang, Pinggir Istana Besar Sakti Kota. "MATI kau, Kazz!" tempik Ethan lantang. Hiargh! Dengan kelajuan maksimum, dia melibas batang tombak yang direntap kasar dari pengawalnya ke arah Ahwaz lalu menghunusnya kejam dengan gaya lencongan. Namun, belum pun sempat hunusannya sampai ke arah target, Wardah yang berada di hadapan Ahwaz terlebih dahulu menukar formasi kedudukannya dengan jejaka tersebut. "Kau sanggup ke bunuh aku, Ethan?" psiko Wardah. "Ke tepi!" pantas Ethan menghentikan libasannya. Tak guna! Kini, Wardah yang tadinya berada di hadapan Ahwaz bergerak pula ke tepi bagi melindungi jejaka itu daripada ditombak. Jika tindakannya memberhentikan libasannya tidak cepat, mungkin sudah berlubang badan gadis tersebut ditembusi batang besi. "Ahwaz pun pesakit aku. Aku bertanggunggjawab atas dia, Ethan. Kalau kau sayangkan aku, tindakan kau bunuh dia sama je macam kau bunuh aku," tekan War
Read more

BAB 29

Kawasan Istana Besar Sakti Kota. SUARA gegak-gempita para pengawal yang mengejarnya semakin membuatkan Wardah berasa suka hati. Bagus, kejarlah lagi sampai penat! "Aku rancang nak kurung je mamat tu dekat sini. Jadi, aku nak kau alihkan perhatian dia. Masa tu, aku akan serang serang dia dari belakang. Bila aku dapat je mamat tu, kau terus lari. Tapi, lari dalam arah bulatan. Maknanya, kau akan berhenti dekat sini. Faham tak?" Perancangan Ahwaz yang dibisikkan kepadanya tadi terus terngiang-ngiang di telinga. Kalau dikira, bagus juga pelan itu. Dengannya, mereka berdua boleh melarikan diri sejauh mungkin daripada Ethan dan dalam masa yang sama, mungkin sempat mengejar masa sebelum formasi game runtuh sepenuhnya. "Ciah! Ciah!" Wardah memacu keras lagi kudanya. Ringkikan kudanya semakin deras, dia pula semakin berkeras dalam memacu pantas tali kudanya. Nun jauh di belakang sana, geng-geng pengawal sema
Read more
PREV
1234
DMCA.com Protection Status