Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia)

Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia)

last updateLast Updated : 2021-09-23
By:   Kasturi Madu  Ongoing
Language: Bahasa_melayu
goodnovel16goodnovel
10
40 ratings. 40 reviews
19Chapters
11.0Kviews
Read
Add to library

Share:  

Report
Overview
Catalog
Leave your review on App

Berkahwin dengan kawan baik abah? Eiiuu bunyinya pun dah sangat menggelikan. Tapi apa pilihan yang Naura Khalisha ada apabila abah kesayangannya itu memaksa si anak gadis yang baru berusia 23 tahun itu menamatkan zaman bujangnya dengan lelaki yang telah pun berusia hampir 47 tahun itu. Mahu pitam dia dibuatnya. Hafiz Rahim tak menyangka jodoh yang ditunggu-tunggu selama ini adalah anak kawan baiknya sendiri. Dia dengan hati yang terbuka menerima Naura sebagai isterinya yang sah. Bermacam ragam Hafiz kena hadap apabila menjadi suami kepada Naura. Naik pening kepalanya harus melayan tingkah Naura. Kadang-kadang Naura seperti sengaja mahu menguji tahap kesabarannya. Elok melayari bahtera perkahwinan, satu rahsia yang disimpan kemas oleh Hafiz terbongkar juga. Hati yang sudah diberikan kepada lelaki yang bergelar suaminya itu hancur remuk. Naura benar-benar dirundum rasa kecewa. "Sampai hati pak cik tipu saya," - Naura Khalisha. "Abang takde niat pun nak tipu Naura sayang," - Hafiz Rahim. Adakah mereka akan kekal menjadi suami isteri atau perpisahan adalah jalan terbaik buat Naura dan Hafiz? Dan apakah rahsia sebenarnya yang telah disembunyikan oleh Hafiz daripada pengetahuan Naura?

View More

Latest chapter

Free Preview

PROLOG

"PENIPU..! Penipu..! Tak sangka selama ni saya dah kena tipu bulat-bulat dengan awak..!""Tak sayang.. Abang takde niat pun nak tipu sayang. Abang terpaksa. Please sayang bagi abang peluang untuk jelaskan semua benda ni," rayu sang suami."Saya betul-betul menyesal kahwin dengan lelaki macam awak ni. Sepatutnya dari awal lagi saya tak patut kahwin dengan awak. Saya dah gadaikan masa depan saya untuk awak. Tapi apa yang saya dapat adalah sebuah penipuan. Saya betul-betul kecewa dengan semua ni," jerkah sang isteri. Air mata sudah laju merembes keluar."Abang tahu abang salah. Tapi please sayang dengar dulu apa yang abang nak cakap. Abang boleh jelaskan pada sayang. Please..""Takde apa lagi yang perlu dijelaskan. Semuanya dah jelas lagi nyata. Cukuplah awak menipu saya selama ni. Saya betul-betul dah letih dengan semua ni.." ujar si isteri lemah."Abang minta maaf sayang. Please j...

Interesting books of the same period

Comments

10
100%(40)
9
0%(0)
8
0%(0)
7
0%(0)
6
0%(0)
5
0%(0)
4
0%(0)
3
0%(0)
2
0%(0)
1
0%(0)
10 / 10.0
40 ratings · 40 reviews
Leave your review on App
user avatar
alin hussin
pls jgn buat cite tergantung...mn sambungannye
2023-08-02 02:06:38
0
user avatar
Siti Maziah Muhamad Nor
bila nak update
2023-05-09 15:20:38
0
user avatar
Eneng Susanti
suka sekali bertemu cerita ini.
2022-07-20 00:57:59
0
user avatar
Ainol Yaqin M
Bila nak update
2021-11-10 23:35:38
3
user avatar
Ashaa
bila nk update thor :(
2021-11-08 09:28:32
0
user avatar
Azriyaty Ahmad
mcm mane lah kalau naura tau tu,,
2021-09-27 20:28:08
0
user avatar
Masyitah
i like this book
2021-09-23 13:48:24
0
user avatar
RIDZWANDA
Yeke Naura hate Hafiz...... Penasaran siapa Delina dan Daris ni...
2021-09-08 15:04:33
0
user avatar
Kakak Manez
Best.. Nak lagi please
2021-09-03 11:50:44
0
user avatar
RIDZWANDA
Siap kau Nana.. Suka hati je curi baju kesayangan Abang Tarzan ...
2021-09-01 12:58:38
0
user avatar
Hi you
next sis !
2021-08-12 18:38:10
0
user avatar
Nimzaron Azil
baru sempat marathon..best sgt.. next chapter please
2021-08-11 23:01:43
1
user avatar
Stella Entanak
Naura2...... kelakar sangat
2021-08-11 18:51:32
0
user avatar
ms_rough
bestttttttttttt
2021-08-06 12:18:11
1
user avatar
Stella Entanak
Happynya Pengantin baru
2021-08-06 12:16:20
1
  • 1
  • 2
  • 3
19 Chapters
PROLOG
"PENIPU..! Penipu..! Tak sangka selama ni saya dah kena tipu bulat-bulat dengan awak..!" "Tak sayang.. Abang takde niat pun nak tipu sayang. Abang terpaksa. Please sayang bagi abang peluang untuk jelaskan semua benda ni," rayu sang suami. "Saya betul-betul menyesal kahwin dengan lelaki macam awak ni. Sepatutnya dari awal lagi saya tak patut kahwin dengan awak. Saya dah gadaikan masa depan saya untuk awak. Tapi apa yang saya dapat adalah sebuah penipuan. Saya betul-betul kecewa dengan semua ni," jerkah sang isteri. Air mata sudah laju merembes keluar. "Abang tahu abang salah. Tapi please sayang dengar dulu apa yang abang nak cakap. Abang boleh jelaskan pada sayang. Please.." "Takde apa lagi yang perlu dijelaskan. Semuanya dah jelas lagi nyata. Cukuplah awak menipu saya selama ni. Saya betul-betul dah letih dengan semua ni.." ujar si isteri lemah. "Abang minta maaf sayang. Please j
last updateLast Updated : 2021-06-26
Read more
BAB 1
  TUK TUK   BUNYI ketukan kuat dimuka pintu itu menyentakkan Naura daripada lena panjangnya itu. Tangan naik menggosok matanya yang terasa begitu pedih sekali. Dengan rasa sebal dia segera bangun dan melangkah ke arah pintu.   Buka saja daun pintu wajah adiknya Natrah dipandang dengan pandangan bosan. Tiada orang lain lagi yang suka menganggunya dicuti hujung minggu ini kecuali adik perempuannya ini.   "Kau nak apa ganggu aku pagi-pagi buta ni?" tanya Naura geram. Makin geram melihat wajah tak bersalah adiknya itu.   "Pagi kau cakap kak? Kak, cuba kau tengok jam tu dah pukul berapa? Dah pukul 11 tau. Pagi apa laginya ha?" bebel Natrah.   "Pagi lah tu. 11 pagi. Hesy.. Kau ni kalau sehari tak membebel macam mak nenek tak boleh ke? Bosanlah aku dengar," ucap Naura. Langkah kembali diatur menuju ke arah katil miliknya.
last updateLast Updated : 2021-06-26
Read more
BAB 2
DAUN pintu di kuak perlahan-lahan. Naura yang sedang leka mengulang kaji pelajaran itu di pandang bersama senyuman tipis. Deheman kuat sengaja di berikan bagi menyedarkan anak gadisnya itu.   Naura yang sedar dengan bunyi deheman seseorang itu laju menolehkan kepalanya. Bibir turut membalas senyuman tipis milik sang bapa yang kini sudah tercegat di hadapan muka pintu.   "Naura sibuk ke tu?" soal Encik Kamarul.   "Takdelah. Kenapa abah?" soal Naura lembut.   "Boleh abah masuk?" pinta Encik Kamarul.   "Eh masuklah bah. Lupa pulak Naura nak pelawa abah tadi," sengihan kerang busuk dilorekkan.   "Naura buat apa tadi tu?" soal Encik Kamarul berbasa basi. Punggung dilabuhkan duduk diatas birai katil milik Naura.   "Oo takde apa pun. Buat research sikit pasal assignment yang
last updateLast Updated : 2021-06-26
Read more
BAB 3
PAVILION KUALA LUMPUR menjadi destinasi persinggahan buat Naura dan Hafiz menghabiskan masa buat kali pertama ini. Elok saja kereta masuk ke ruangan parkir, Naura segera membuka pintu kereta itu. Laju tubuhnya di bawa keluar daripada kereta mewah milik Hafiz. Usai itu pintu kereta sengaja di tutup secara kuat. Memang sengaja mahu menyakitkan hati Hafiz yang terkebil-kebil merenung ke arahnya.   "Hei budak ni macam nak menjahanamkan kereta aku je," omel Hafiz.   Melihatkan Naura yang mahu membuka langkah itu, dia laju keluar daripada perut kereta. Langkah sama di atur ke arah Naura yang sudah berjalan laju di hadapannya saat ini. Nasib baik kakinya yang panjang itu memudahkan untuk dia mengejar langkah Naura.   "Hei tunggulah dulu. Jalan laju-laju nak pergi mana? Mall ni tak lari pun lah," ujar Hafiz.   "Saja. Kenapa pak cik penat dah ke?" soal Naura sinis.  
last updateLast Updated : 2021-07-03
Read more
BAB 4
PINTU kereta di tutup kasar. Usai itu langkah di atur menuju masuk ke dalam rumah. Bibir usah di kata sudah muncung sedepa.   Natrah yang sedar akan kepulangan kakaknya itu, lekas merapati. Wajah Naura yang masam mencuka itu di pandang dengan pandangan bosan. Pasti ada sesuatu yang membuatkan kakaknya itu berwajah cemberut.   "Hai kak biasa orang balik daripada dating happy je. Kau asal ni muka dah macam ayam berak kapur je aku tengok," sempat lagi Natrah memerli Naura.   "Diamlah kau," marah Naura.   Berkerut kening Natrah apabila menerima jawapan daripada kakaknya itu. "Hai aku tanya pun kau dah nak marah?" cebik Natrah.   Hafiz yang baru saja datang menghampiri kedua orang gadis itu melemparkan senyuman tipis.   Natrah yang sedar akan kedatangan bakal iparnya itu mula menyapa mesra. "Hai Abang Hafiz. Seronok ke keluar dating
last updateLast Updated : 2021-07-07
Read more
BAB 5
"Good morning abah.. Good morning umi.." sapa Naura teruja. Pipi Encik Kamarul dan Puan Ramlah dikucup mesra. Punggung dilabuhkan duduk bersebelahan kiri Encik Kamarul. "Morning... Hai happy nampak?" tegur Encik Kamarul senada. "Aik kenapa abah tanya? Naura nak happy pun salah ke?" cebik Naura. "Tak salah pun. Cuma pelik je. Kamu biasakan kalau pagi-pagi macam ni mood selalu ke laut. Ni nampak happy je kenapa? Ada apa-apa yang nak di share dengan kami semua ke?" soal Encik Kamarul. Nasi goreng kembali disuap ke dalam mulutnya. "Abah, Kak Naura happy tu sebab tak lama lagi nak kahwin. Orang tengah bahagia tu abah," celah Natrah. "Eh kau memandai je ya," marah Naura. "Betul lah apa aku kata ni kak," tukas Natrah. "Sudah-sudahlah tu. Kamu berdua ni depan rezeki pun nak bertekakkan? Pantang berjumpa ada je benda nak digaduhkan. Peninglah umi dengan perangai kamu berdua ni.," celah Puan Ramlah yang
last updateLast Updated : 2021-07-09
Read more
BAB 6
SEBUAH kereta mewah berjenama Chevrolet Camaro memasuki halaman rumah keluarga Naura. Hafiz keluar dengan penuh gaya sekali daripada perut kereta. Dia melangkah penuh berkarisma menuju masuk ke dalam rumah banglo 2 tingkat itu."Assalamualaikum.. " salam dilaung penuh tertib. Almaklumlah nak menghadap keluarga mentua mestilah kena tunjukkan sikap yang bagus."Waalaikumusalam.. Ha sampai pun kau Hafiz. Masuklah," pelawa Encik Kamarul ramah.Hafiz dah tersengih bagai kerang busuk. Ajakan Encik Kamarul disambut baik. Dia segera masuk dan melabuhkan duduk di ruang tamu. Mata dah tercari-cari pemilik hatinya itu. Dimanakah keberadaan si cantik manis itu? "Naura mana?" soal Hafiz tak sabar."Naura ada dekat atas lagi. Tengah bersiaplah tu. Kau bawak bersabar sikit ya. Anak dara aku tu kalau bersiap memang mengalahkan tuan puteri," ujar Encik Kamarul. Bukan dia tak nampak sejak masuk ke dalam rumah Hafiz bagaikan tercari-cari bayang anaknya itu.
last updateLast Updated : 2021-07-15
Read more
BAB 7
GAUN putih yang tersarung ditubuh langsingnya ditilik atas bawah. Melalui pantuan cermin yang ada di hadapannya saat ini, mata tunak merenung pula ke arah wajahnya. Dengan solekan yang cukup tipis sahaja cukup untuk menaikkan seri diwajahnya. Ini semua adalah hasil sentuhan daripada salah seorang juru solek terkenal yang ditempah khas oleh Hafiz buat Naura. Siapa sangka malam semalam tepat jam 9 malam Naura dan Hafiz selamat diijab kabulkan. Kini dia sudah sah bergelar isteri buat lelaki berusia 47 tahun itu. Dan apa yang pasti selepas ini kehidupannya juga pasti akan berubah.  "Tak siap lagi ke?"  Naura yang sedang larut dengan lamunannya itu tersentak seketika apabila dengan tiba-tiba Puan Ramlah datang menyapanya. Puan Ramlah yang baru saja melangkah masuk ke dalam ruangan bilik hotel itu datang mendekati Naura dengan senyuman manis yang tak lekang dibibir.  "Naura kenapa ni? Monyok
last updateLast Updated : 2021-07-21
Read more
BAB 8
TUALA hotel yang sudah digunakan dicampakkan kasar ke dalam bakul pakaian kotor. Kaki melangkah merapati Naura yang sedang duduk bersantai diatas katil. Punggung dilabuhkan duduk bersebelahan cik isteri.Naura yang tadinya leka merenung ke arah skrin telefon bimbitnya mendongak sedikit apabila sedar akan kehadiran Hafiz. Liur ditelan kesat apabila melihat ke arah Hafiz yang tidak mengenakan baju itu. Tersembur otot-otot six pax dibahagian perut lelaki itu. Malah haruman maskulin yang terbit dari tubuh lelaki itu sedikit membuatkan dia terpesona."Naura? Dengar tak apa yang saya cakap ni?" soal Hafiz. Tangannya dah melambai-lambai ke hadapan wajah Naura yang sudah mengelamun jauh itu."Ha? Pak cik cakap apa?" terkebil-kebil Naura membalas pandangan Hafiz. "Hesy Naura ni. Tu lah mengelamun lagi sampai apa saya cakap pun Naura tak dengar," cebik Hafiz. "Ala sorry lah saya tak sengajalah. Pak cik nak cakap apa sebenarnya ni?" soal Naura ber
last updateLast Updated : 2021-07-26
Read more
BAB 9
BEG bagasi berisi pakaian milik Hafiz dan Naura diletakkan ke dalam bonet kereta. Usai itu pintu kereta di bahagian penumpang di sebelah hadapan di bukakan khas buat cik isteri kesayangan. Bibir tak lekang melorekkan senyuman manis bak gula yang tertumpah. Tutup saja daun pintu, Hafiz segera berlari menuju ke arah pintu di bahagian pemandu. Usai memakaikan tali pinggang keledar ke tubuh sasanya dia menoleh sebentar ke arah Naura. "Are you ready sayang?" soal Hafiz. "Yes I'm ready..!" sahut Naura teruja. Terhambur tawa Hafiz melihatkan keterujaan yang dipamerkan oleh Naura. Dengan lafaz Bismillah, perlahan-lahan pedal minyak kereta di tekan. Sekaligus meninggalkan perkarangan hotel mewah tempat mereka bermalam. Kereta dikemudi menuju masuk ke dalam laluan lebuh raya. Hafiz dan Naura sudah merancang mahu menghabiskan cuti mereka dengan pergi berbulan madu bersama. Pada mulanya Hafiz mahu mengajak Naura untuk pergi berbulan madu di luar negara ta
last updateLast Updated : 2021-07-30
Read more
DMCA.com Protection Status