PINTU kereta di tutup kasar. Usai itu langkah di atur menuju masuk ke dalam rumah. Bibir usah di kata sudah muncung sedepa.
Natrah yang sedar akan kepulangan kakaknya itu, lekas merapati. Wajah Naura yang masam mencuka itu di pandang dengan pandangan bosan. Pasti ada sesuatu yang membuatkan kakaknya itu berwajah cemberut.
"Hai kak biasa orang balik daripada dating happy je. Kau asal ni muka dah macam ayam berak kapur je aku tengok," sempat lagi Natrah memerli Naura.
"Diamlah kau," marah Naura.
Berkerut kening Natrah apabila menerima jawapan daripada kakaknya itu. "Hai aku tanya pun kau dah nak marah?" cebik Natrah.
Hafiz yang baru saja datang menghampiri kedua orang gadis itu melemparkan senyuman tipis.
Natrah yang sedar akan kedatangan bakal iparnya itu mula menyapa mesra. "Hai Abang Hafiz. Seronok ke keluar dating?" mesra sekali Natrah menyoal.
Naura yang mendengarkan kata-kata Natrah mula merengus geram. Wajah Natrah di pandang tajam. "Abang Hafiz kau panggil pak cik ni? Eiiuu tak sesuai langsung," meliang liuk tubuh Naura menahan kegelian.
"Eh kau ni dah kenapa kak? Abang Hafiz ni kan bakal abang ipar aku mestilah aku kena panggil dia dengan panggilan abang. Takkan nak panggil pak cik pulak?" bidas Natrah.
"Betul kata Natrah tu. Awak pun sepatutnya kena panggil saya abang. Ni tak asyik panggil pak cik je," celah Hafiz pula.
"Eiiuu please lah," jawab Naura selamba.
"Hmm takpe sekarang saya benarkan awak panggil saya pak cik tapi lepas je kita dah kahwin saya tak nak lagi awak panggil saya pak cik. Awak mesti kena panggil saya abang. Ada faham sayang," romantis sekali Hafiz bersuara. Dengan selamba mata di kenyitkan.
Bulat mata Naura melihatkan aksi selamba Hafiz. Wajah dah berubah merah padam. Geram benar dengan perangai tak semenggah Hafiz ni.
"Yuhuuu.. Abang Hafiz ni kut ya pun kalau nak main kenyit-kenyit mata ingatlah sikit Natrah ada lagi dekat depan kau orang ni," bidas Natrah. Bibir mengukirkan senyuman nakal.
"Opss sorry Abang Hafiz tak perasaan tadi. Biasalah bila dah di lamun cinta ni serasa seperti dunia ini ana yang punya," terkekeh-kekeh Hafiz ketawa.
"Dahlah Natrah kau tak payah layan pak cik ni. Dia ni bukan betul sangat pun. Ni aku nak tanya umi dengan abah mana? Senyap je rumah ni," soal Naura. Lebih baik dia segera menukar topik perbualan sebelum si Hafiz ni merepek perkara yang bukan-bukan dengan Natrah.
"Kau ni macam tak tahu pulak petang-petang macam ni umi dengan abah dekat mana lagi. Ada dekat kebun belakang tu lah," beritahu Natrah.
"Hmm yalah.." menggangguk faham Naura.
"Ha ni Abang Hafiz jomlah masuk dalam. Takkan kita nak berbual dekat sini pulak kan. Umi dengan abah ada dekat belakang tu, kejap Natrah panggilkan," sopan Natrah mempelawa si bakal abang ipar.
"Eh tak payahlah Natrah, Abang Hafiz singgah kejap je ni," tolak Hafiz.
"La ya ke? Tak nak masuk dulu ke?" soal Natrah lagi.
"Hesy kau ni Natrah, dah pak cik tu tak nak masuk tak payahlah di paksa lagi. Biarkan dia. Ha pak cik boleh lah balik sekarang," selamba benar Naura menghalau Hafiz supaya pulang ke rumah lelaki itu.
Bulat mata Natrah melihat perlakuan si kakak yang jelas tidak sopan itu. "Kak tak baiklah kau halau Abang Hafiz balik. Kalau abah tahu ni memang siap kau kena berleter sampai 7 keturunan tak habis," ujar Natrah.
Naura mencebik geram. Wajah berubah cemberut. "Abah takkan tahu kalau kau dengan pak cik ni tak bagi tahu. Diam-diam sudahlah," senang sekali Naura berbicara.
"Okay lah kau orang tak payahlah nak bergaduh sebab saya. Natrah is okay takpe Abang Hafiz memang nak balik dah. Next time je jumpa dengan abah kau orang tu ya," celah Hafiz. Naik pening dia melihatkan pertelingkahan antara kedua beradik itu.
"Ha dengar tu, dia sendiri pun dah balik. Kau tak payah susah-susah nak pelawa dia masuk bagai," bidas Naura.
"Hmm yalah.." cebik Natrah.
"Okay lah Abang Hafiz balik dulu. Tapi sebelum tu nah ni untuk Natrah," satu beg kertas berwarna coklat di hulurkan kepada gadis remaja itu.
"Untuk Natrah? Apa ni Abang Hafiz?" soal Natrah. Huluran beg bertukar tangan.
"Hadiah dari Abang Hafiz," pendek sekali jawapan Hafiz.
"Hadiah? Hadiah apa pulak ni? Birthday Natrah lambat lagi lah," ujar Natrah. Lekas isi beg kertas itu di tilik seketika. Ada sebuah kotak kecil yang isinya Natrah tidak tahu apa.
"Hadiah dari Abang Hafiz semperna bakal menjadi abang ipar kepada Natrah. Dan suami kepada kakak Natrah yang cantik ni," mata di kenyitkan ke arah Naura yang hanya memerhatikan mereka berdua bersama dengan riak wajah menyampah.
Bersinar mata Natrah menerima hadiah mahal itu. Bibir dah tersenyum lebar sampai ke telinga. Suka benar dia. "Wah belum jadi abang ipar pun Natrah dah dapat hadiah mahal macam ni. Kalau dah jadi abang ipar silap hari bulan nanti Natrah boleh dapat hadiah banglo sebiji kan," terkekeh-kekeh Natrah. Berbunga benar hatinya.
Menyampah benar Naura melihatkan gelak tawa Natrah dan Hafiz yang begitu seronok sekali. "Amboi kau Natrah sampai mintak hadiah banglo bagai. Ingat sikit kau tu sekolah lagi. Belajar pun tak habis lagi. Aku pun takde dapat banglo kau pulak ada hati nak banglo ya," cebik Naura.
"Eleh kak, aku gurau jelah. Takkan gurau pun tak boleh. Tapi kan bunyi macam ada orang jealous je aku dapat hadiah,. Jealous ke tu?" perli Natrah.
"Jealous? Sorry sikit aku pun ada okay," beg kertas berjenama Louis Vuitton di layangkan di hadapan wajah Natrah.
"Fuyo belum apa-apa dah dapat beg LV kau ya. Kelas kau jahh," ujar Natrah.
"Takpelah kalau Naura nak banglo nanti lepas kahwin abang belikan untuk Naura. Jangan katakan banglo istana pasir berdegung pun abang sanggup belikan asalkan Naura sudi jadi isteri abang," usik Hafiz.
"Amboi perli nampak," geram Naura.
"Tak mana ada abang perli. Serius abang cakap. Lepas kita kahwin cakaplah apa saja yang Naura nak abang pasti akan tunaikan," janji Hafiz.
"Untunglah kau kak dapat laki kaya macam Abang Hafiz ni. Dahlah kaya, handsome pulak tu. Kira cukup pakej lah Abang Hafiz ni," puji Natrah.
"Apa-apa jelah. Kau kalau nak borak dengan bakal abang ipar kesayangan kau ni, kau boraklah ya. Aku nak masuk dalam. Melayan kau orang berdua ni sampai esok pun tak habis," ujar Naura. Di tinggalkan saja Natrah dan Hafiz di halaman rumah mereka begitu sahaja.
Naura yang sudah masuk ke dalam rumah itu di renung sehingga bayangnya tidak lagi kelihatan. Usai itu wajah Natrah di pandang bersama senyuman tipis.
"Abang Hafiz balik dululah ya. Natrah kirim salam je dekat abah dengan umi," pamit Hafiz.
"Beres.." ibu jari dan jari telunjuk di satukan menunjukkan tanda okey kepada Hafiz.
"Assalamualaikum.."
"Waalaikumusalam.."
Hafiz membuka langkah menuju ke arah kereta mewahnya. Enjin kereta segera di hidupkan. Kemudian perlahan-lahan pedal minyak di tekan, meninggalkan perkarangan rumah banglo milik keluarga Naura.
"MACAM mana keluar dengan Hafiz siang tadi? Okay ke tak?" soal Puan Ramlah setelah lama berdiam diri. Wajah Naura yang sedang duduk sambil mengunyah mangga potong itu di renung lama.
"Okay je," jawab Naura senada. Bosan apabila mendengarkan nama Hafiz.
"Aik okay je? Takde apa-apa ke yang kamu nak share dengan umi?" duga Puan Ramlah.
"Takde pun umi. Dahlah tak payahlah cakap pasal pak cik Hafiz tu. Bosan lah Naura nak dengar nama dia tu," rungut Naura.
"Naura cuba kamu ubah sikit panggilan kamu pada Hafiz tu. Tak sopan tahu kamu panggil dia pak cik. Takkan bila dia dah jadi suami kamu, kamu masih nak gelarkan dia pak cik lagi?" keluh Puan Ramlah. Dah naik berbuih mulut dia dan Encik Kamarul menasihati tapi Naura tetap menggelarkan Hafiz dengan gelaran pak cik.
"Pasal tu umi tak payahlah risau, nanti kalau Naura dah jadi isteri dia pandailah Naura ubah panggilan tu. Naura pun tahu nak hormatkan suami macam mana. Cumanya buat masa sekarang Naura selesa nak panggil dia pak cik," tersengih Naura menampakkan barisan gigi yang cantik tersusun.
Menggeleng kepala Puan Ramlah melihatkan tingkah Naura. "Bertuah punya anak. Kamu esok kalau dah jadi isteri si Hafiz tu jangan duk buat perangai tak semenggah kamu tu. Esok naik pening Hafiz tu nak melayan peel kamu tu," pesan Puan Ramlah.
"Nak tak nak dia kenalah layan. Dia yang beria nak sangat kahwin dengan Naura. Naura tak nak pun dekat dia," cebik Naura.
"Amboi kamu Naura kalau bercakap memang suka ikut sedap mulut kan? Ni lah yang umi tak suka, kamu kalau dah bercakap langsung tak berlapik. Cubalah sebelum nak bercakap tu fikir dulu baik buruknya. Jangan di sebabkan sikap mulut lepas kamu ni nanti Hafiz tu angkat kaki tinggalkan kamu," ujar Puan Ramlah.
"Lagi bagus umi. Naura tak kisah pun. Suka lagi ada lah," jawab Naura yakin.
"Tak kisah? Tak kisah ke nak jadi janda?" sinis sekali Puan Ramlah membidas.
Kelu lidah Naura mahu membalas. Terdiam dia seketika.
"Naura jadi janda tu tak salah sebenarnya. Tapi kehidupan seorang janda tu bukan mudah yang macam kamu fikirkan. Tohmahan orang sekeliling memang dah jadi asam garam dah dalam kehidupan mereka. Belum masuk lagi orang pandang serong dengan buruk sangka dengan golongan janda ni. Bukan mudah tahu nak lalui kehidupan seorang janda. Pada mata masyrakat mereka yang janda ni semua jahat, semuanya penggoda pada hal hakikatnya tak semuanya begitu," panjang lebar Puan Ramlah berkata.
"Takkan lah sampai macam tu sekali umi?" soal Naura tidak percaya.
"Itulah realiti yang perlu mereka semua kena lalui. Kalau kamu, kamu sanggup ke nak lalui semuanya tu? Umi yakin kamu sendiri pun tak sanggup kalau harus berada di tempat mereka," ujar Puan Ramlah.
"Takutlah pulak Naura dengar apa yang umi cakap ni," jujur Naura.
"Tahu pulak takut. Sebab tu umi suruh kamu ubah perangai kamu. Lagi satu umi nak kamu buang perangai kepala batu kamu tu. Kalau ada masalah atau perselisihan faham bincang elok-elok. Kalau kamu nak tahu dalam perkahwinan ni sebenarnya kena banyak belajar saling memaafkan. Jangan lokek untuk minta maaf dan memaafkan kesilapan yang pasangan kita dah lakukan. Paling penting belajar untuk saling menghargai antara satu sama lain," panjang lebar Puan Ramlah menitipkan pesanan buat anak sulungnya itu.
Naura menggangguk faham. Menerima baik setiap apa yang di katakan sang ibu kepadanya. "Insya-Allah Naura akan ingat semua pesanan yang umi dah bagi tahu dekat Naura tadi. Naura akan cuba untuk belajar menerima dan menghargai Hafiz. Cumanya mungkin Naura perlukan masa untuk semua ni. Sebab semua ni datang secara mengejut dekat Naura," ujar Naura.
"Umi faham. Takpe nanti kalau kamu dah kahwin dengan si Hafiz tu, dah duduk sebumbung dengan dia lama-lama perasaan sayang dan cinta tu akan datang perlahan-lahan. Umi yakin lama kelamaan kamu boleh terima Hafiz tu sebagai suami kamu, sebagai bapa kepada anak-anak kamu."
"Insya-Allah umi.."
"Good morning abah.. Good morning umi.." sapa Naura teruja. Pipi Encik Kamarul dan Puan Ramlah dikucup mesra. Punggung dilabuhkan duduk bersebelahan kiri Encik Kamarul."Morning... Hai happy nampak?" tegur Encik Kamarul senada."Aik kenapa abah tanya? Naura nak happy pun salah ke?" cebik Naura."Tak salah pun. Cuma pelik je. Kamu biasakan kalau pagi-pagi macam ni mood selalu ke laut. Ni nampak happy je kenapa? Ada apa-apa yang nak di share dengan kami semua ke?" soal Encik Kamarul. Nasi goreng kembali disuap ke dalam mulutnya."Abah, Kak Naura happy tu sebab tak lama lagi nak kahwin. Orang tengah bahagia tu abah," celah Natrah."Eh kau memandai je ya," marah Naura."Betul lah apa aku kata ni kak," tukas Natrah."Sudah-sudahlah tu. Kamu berdua ni depan rezeki pun nak bertekakkan? Pantang berjumpa ada je benda nak digaduhkan. Peninglah umi dengan perangai kamu berdua ni.," celah Puan Ramlah yang
SEBUAH kereta mewah berjenama Chevrolet Camaro memasuki halaman rumah keluarga Naura. Hafiz keluar dengan penuh gaya sekali daripada perut kereta. Dia melangkah penuh berkarisma menuju masuk ke dalam rumah banglo 2 tingkat itu."Assalamualaikum.. " salam dilaung penuh tertib. Almaklumlah nak menghadap keluarga mentua mestilah kena tunjukkan sikap yang bagus."Waalaikumusalam.. Ha sampai pun kau Hafiz. Masuklah," pelawa Encik Kamarul ramah.Hafiz dah tersengih bagai kerang busuk. Ajakan Encik Kamarul disambut baik. Dia segera masuk dan melabuhkan duduk di ruang tamu. Mata dah tercari-cari pemilik hatinya itu. Dimanakah keberadaan si cantik manis itu?"Naura mana?" soal Hafiz tak sabar."Naura ada dekat atas lagi. Tengah bersiaplah tu. Kau bawak bersabar sikit ya. Anak dara aku tu kalau bersiap memang mengalahkan tuan puteri," ujar Encik Kamarul. Bukan dia tak nampak sejak masuk ke dalam rumah Hafiz bagaikan tercari-cari bayang anaknya itu.
GAUN putih yang tersarung ditubuh langsingnya ditilik atas bawah. Melalui pantuan cermin yang ada di hadapannya saat ini, mata tunak merenung pula ke arah wajahnya. Dengan solekan yang cukup tipis sahaja cukup untuk menaikkan seri diwajahnya. Ini semua adalah hasil sentuhan daripada salah seorang juru solek terkenal yang ditempah khas oleh Hafiz buat Naura.Siapa sangka malam semalam tepat jam 9 malam Naura dan Hafiz selamat diijab kabulkan. Kini dia sudah sah bergelar isteri buat lelaki berusia 47 tahun itu. Dan apa yang pasti selepas ini kehidupannya juga pasti akan berubah."Tak siap lagi ke?"Naura yang sedang larut dengan lamunannya itu tersentak seketika apabila dengan tiba-tiba Puan Ramlah datang menyapanya. Puan Ramlah yang baru saja melangkah masuk ke dalam ruangan bilik hotel itu datang mendekati Naura dengan senyuman manis yang tak lekang dibibir."Naura kenapa ni? Monyok
TUALA hotel yang sudah digunakan dicampakkan kasar ke dalam bakul pakaian kotor. Kaki melangkah merapati Naura yang sedang duduk bersantai diatas katil. Punggung dilabuhkan duduk bersebelahan cik isteri.Naura yang tadinya leka merenung ke arah skrin telefon bimbitnya mendongak sedikit apabila sedar akan kehadiran Hafiz. Liur ditelan kesat apabila melihat ke arah Hafiz yang tidak mengenakan baju itu. Tersembur otot-otot six pax dibahagian perut lelaki itu. Malah haruman maskulin yang terbit dari tubuh lelaki itu sedikit membuatkan dia terpesona."Naura? Dengar tak apa yang saya cakap ni?" soal Hafiz. Tangannya dah melambai-lambai ke hadapan wajah Naura yang sudah mengelamun jauh itu."Ha? Pak cik cakap apa?" terkebil-kebil Naura membalas pandangan Hafiz."Hesy Naura ni. Tu lah mengelamun lagi sampai apa saya cakap pun Naura tak dengar," cebik Hafiz."Ala sorry lah saya tak sengajalah. Pak cik nak cakap apa sebenarnya ni?" soal Naura ber
BEG bagasi berisi pakaian milik Hafiz dan Naura diletakkan ke dalam bonet kereta. Usai itu pintu kereta di bahagian penumpang di sebelah hadapan di bukakan khas buat cik isteri kesayangan. Bibir tak lekang melorekkan senyuman manis bak gula yang tertumpah. Tutup saja daun pintu, Hafiz segera berlari menuju ke arah pintu di bahagian pemandu. Usai memakaikan tali pinggang keledar ke tubuh sasanya dia menoleh sebentar ke arah Naura. "Are you ready sayang?" soal Hafiz. "Yes I'm ready..!" sahut Naura teruja. Terhambur tawa Hafiz melihatkan keterujaan yang dipamerkan oleh Naura. Dengan lafaz Bismillah, perlahan-lahan pedal minyak kereta di tekan. Sekaligus meninggalkan perkarangan hotel mewah tempat mereka bermalam. Kereta dikemudi menuju masuk ke dalam laluan lebuh raya. Hafiz dan Naura sudah merancang mahu menghabiskan cuti mereka dengan pergi berbulan madu bersama. Pada mulanya Hafiz mahu mengajak Naura untuk pergi berbulan madu di luar negara ta
GAUN tidur nipis yang sudah tersarung ditubuh langsingnya ditilik atas bawah. Bibir bawah digigit perlahan-lahan. Wajah dah memerah apabila melihatkan penampilan yang dirasakan cukup seksi. Tak pernah langsung Naura berpakaian sebegini seumur hidupnya. Tapi demi suami yang sedang merajuk di paksakan jua tubuhnya menyarung gaun tidur hasil pemberian si umi tercinta. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Naura segera melangkah keluar dari kamar mandi mewah itu. Perasaan gugup yang bertandang di dalam hati di kawal sebaik mungkin. Keluar saja dari kamar mandi kepala dah terjenguk-jenguk mencari bayang encik suami. Mata dah melilau ke sekeliling kamar tidur itu, namun bayang Hafiz langsung tidak kelihatan. "Mana pulak pergi orang tua ni?" omel Naura tanpa sedar. Tak betah terus di belenggu dengan rasa penasaran, kaki di atur menuju keluar dari kamar tidur. Saat k
MATA yang tadinya terpejam rapat di buka perlahan-lahan. Mata yang terasa begitu pedih di usap seketika, membuang rasa kantuk yang masih tersisa.Tubuh segera dipusingkan menghadap ke sebelah kanan. Tersungging senyuman manis di bibir apabila melihatkan wajah tenang sang isteri yang sedang elok di buai mimpi indah dengan beralaskan lengan sasanya.Melihatkan wajah kepenatan sang isteri bibir automatik mengulumkan senyuman bahagia. Mengingati peristiwa keramat semalam membuatkan Hafiz tak henti mengukirkan senyuman manis. Dia benar-benar rasa bahagia. Naura kini dengan rasminya sudah sah menjadi hak miliknya. Dan Hafiz yakin tidak akan ada sesiapa pun yang mampu memisahkan mereka lagi. Cintanya kini hanya untuk Naura Khalisha. Isteri kesayangannya. "Hmm..." suara rengekan Naura menyentakkan Hafiz yang larut dengan lamunannya itu. Di palingkan wajah menghadap ke arah Naura yang erat memeluknya itu. "Morning sayang..." ujar Hafiz. Tubuh Naura di pe
BEBOLA mata dah melingas ke kiri dan ke kanan. Hati dah di landa dengan perbagai persoalan saat melihat deretan rumah-rumah banglo mewah yang melatari pemandangan matanya saat ini. Wajah tenang Hafiz yang sedang santai memandu itu di kerling seketika sebelum mata sekali lagi melabuh pandang ke arah deretan rumah banglo yang tersergam indah mengisi ruang mata. Tak betah lagi terus diasak dengan perbagai tanda tanya Naura lekas mengutarakan soalan buat encik suami yang kelihatan tenang memandu. "Abang kita nak pergi mana ni?" soal Naura. Mendengarkan suara halus sang isteri, Hafiz lekas menoleh seketika ke arah Naura. Bibir tercalit senyuman manis sebelum soalan cik isteri di jawab. "Kita nak balik rumah kita lah sayang oi," jawab Hafiz. "Balik rumah kita?" soal Naura tak percaya. "Yalah..." jawab Hafiz. Naura yang mahu meneru
BANGUNAN pencakar langit yang berada di hadapan matanya saat ini di pandang dengan penuh rasa keterujaan. Kaki kemudian dibuka melangkah dengan penuh yakin menuju masuk ke dalam bangunan yang sedang berdiri megah itu.Masuk sahaja ke dalam bangunan serba mewah itu, kaki selamba dibawa menuju ke arah pintu lif. Mata-mata yang dah memandang penuh kehairanan ke arahnya langsung tidak diperdulikan. Keluar sahaja daripada pintu lif, kaki menapak laju menuju ke arah sebuah bilik pejabat yang bakal menjadi persinggahan buatnya seketika nanti. TUK TUK"I nak jumpa dengan Tuan Hafiz..." ucap Delina. Wajah tanpa riak dipamerkan. Mata merenung kosong ke arah Man, setiausaha sulit kepada Hafiz Rahim.Tercenggang Man melihatkan figura wanita yang sedang berdiri tegak di hadapannya saat ini. Jelaslah dia sendiri terkejut dengan kunjungan yang diterimanya secara tiba-tiba ini. Nafas ditarik dalam sebelum dihembus dengan perlahan-lahan."
MUTIARA-MUTIARA jernih yang mengalir laju dari tubir mata di lap kasar menggunakan tisu yang berada di atas meja. Bibir yang sudah membengkak itu di usap perlahan-lahan. Merah padam wajahnya dek kerana di kerjakan si isteri muda."Sampai hati Naura buat abang macam ni?" luah Hafiz sebak."Naura buat apa pada abang ni?" berlapis dahi Naura. Telefon yang berada di pegangan tangan di letakkan ke tepi. Diberikan tumpuan sepenuhnya kepada encik suami kertu. Eheks!"Apa benda yang Naura masak ni? Naura cuba nak bunuh abang ke?" tersedu sedan Hafiz menyoal. Mangkuk yang masih berisi separuh mi goreng itu di tolak kasar ke tengah meja. "Apa abang merepek ni? Nak bunuh apanya? Kalau Naura nak bunuh abang tak adanya Naura pun makan benda yang sama dengan abang. Mesti Naura biarkan je abang makan mi ni sorang diri," merengus kasar Naura. Tak suka di tuduh sedemikian rupa oleh encik suami."Habis tu mi apa yang Naura masak ni? Pedas nak mampu
"KAU tahu kenapa aku panggil kau datang jumpa aku ni?" soal Hafiz serius. Wajahnya langsung tak terbias dengan secalit senyuman pun. "Tak... Tak... Ada apa ya tuan?" soal Nana gugup."Aku panggil kau ke mari sebab kau dah pun buat salah besar dekat dalam rumah aku ni," ujar Hafiz tegas."Sa... Salah? Salah besar apa yang saya dah buat ni tuan?" gusar Nana menyoal. Wajah tegang Hafiz di pandang gerun."Aku sebenarnya paling benci dengan orang jenis kaki pencuri ni. Depan nampak baik tapi belakang buat kerja mencuri. Pantang tengok barang orang sikit mulalah jadi panjang tangan," sinis Hafiz berkata. "Apa... Apa maksud tuan? Saya tak faham..." soal Nana takut. Terjongket kening Hafiz seketika. Bibir terukir dengan senyuman sinis. "Kau tak faham ke atau sengaja buat-buat tak faham? Tak apa meh sini aku fahamkan kau."Gagang telefon di capai. Butang interkom di tekan, sekaligus menghubungkan dia dengan pembantu peribad
"PAK Abu nanti tolong berhentikan Naura dekat depan pasaraya tu boleh tak? Naura ada nak beli barang sikit," pinta Naura lembut. "Baik madam..." akur Pak Abu selaku pemandu yang telah di upah oleh Hafiz untuk membawa isteri majikannya itu ke mana sahaja yang Naura mahu pergi. Kereta yang tadinya bergerak laju mula di berhentikan di hadapan salah sebuah pasaraya mini, sesuai seperti yang di minta oleh Naura sebentar saja tadi. Naura yang mahu membuka pintu kereta di bahagian penumpang belakang terhenti pergerakkannya seketika apabila dia mula teringatkan sesuatu. Di tolehkan wajah ke arah Pak Abu yang duduk di bahagian pemandu. "Pak Abu ada nak apa-apa tak? Naura boleh tolong belikan," soal Naura lembut. "Tak ada madam... Madam beli jelah apa yang madam nak. Pak Abu tak apa. Kalau Pak Abu nak apa-apa Pak Abu boleh beli sendiri," jawab Pak Abu. "Okay kala
FAIL yang tersusun di atas meja kerja di semak satu persatu. Hembusan nafas bosan mula kedengaran terpacul di bibirnya. Sekali sekala tangan naik memicit pelipis di dahinya.Akibat terlalu lama bercuti panjang, hari ini mahu tak mahu Hafiz terpaksa kembali semula bekerja. Bukan dia saja, malah Naura juga turut sudah kembali fokus kepada pembelajarannya di universiti. Bunyi ketukan kuat di pintu bilik kerja menganggu fokus Hafiz yang sedang bekerja itu. Tanpa sempat dia memberikan arahan untuk membenarkan tetamu yang tidak di undang itu masuk tiba-tiba saja pintu kayu itu sudah pun di rempuh masuk. Mata Hafiz dah tajam merenung ke arah figura yang sedang tersengih bagaikan kerang busuk itu."Tuan Hafiz Rahim kita dah balik... Apa macam bro? Seronok bercuti?" soal Aiman. Punggung dah di labuhkan duduk di atas sebuah kerusi berhadapan dengan Hafiz. "Kau memang jenis suka terjah masuk bilik orang kan? Memang tak reti nak sabar?" bidas Hafiz
"AKU betul-betul tak sangka wife Tuan Hafiz tu muda sangat. Entah-entah dia tu lebih muda daripada kita ni," ujar Nana salah seorang pembantu rumah di dalam rumah besar milik Hafiz."Betul kata kau tu, aku sendiri pun terkejut. Macam tak percaya Tuan Hafiz kahwin dengan perempuan muda macam tu. Aku syak umur dia tu lebih muda daripada kita semua ni," setuju Mimi rakan sekerja Nana yang juga merupakan pembantu rumah."Apa yang kamu semua nak pelik sangat? Zaman sekarang ni orang dah tak heranlah. Muda ke tua ke kalau dah namanya jodoh tu tak ada siapa pun yang boleh halang," celah Mak Bi selaku tukang masak di rumah itu."Memanglah orang tak heran Mak Bi, tapi Madam Naura dengan Tuan Hafiz tu saya tengok jauh sangat perbezaan usianya. Kalau beza 4 ke 5 tahun saya tak pelik tapi pada pandangan mata kasar saya, Madam Naura dengan Tuan Hafiz tu jarak usianya terlalu jauh. Dah macam anak dengan bapak. Madam Naura tu nampak sangat macam budak-budak ka
BEBOLA mata dah melingas ke kiri dan ke kanan. Hati dah di landa dengan perbagai persoalan saat melihat deretan rumah-rumah banglo mewah yang melatari pemandangan matanya saat ini. Wajah tenang Hafiz yang sedang santai memandu itu di kerling seketika sebelum mata sekali lagi melabuh pandang ke arah deretan rumah banglo yang tersergam indah mengisi ruang mata. Tak betah lagi terus diasak dengan perbagai tanda tanya Naura lekas mengutarakan soalan buat encik suami yang kelihatan tenang memandu. "Abang kita nak pergi mana ni?" soal Naura. Mendengarkan suara halus sang isteri, Hafiz lekas menoleh seketika ke arah Naura. Bibir tercalit senyuman manis sebelum soalan cik isteri di jawab. "Kita nak balik rumah kita lah sayang oi," jawab Hafiz. "Balik rumah kita?" soal Naura tak percaya. "Yalah..." jawab Hafiz. Naura yang mahu meneru
MATA yang tadinya terpejam rapat di buka perlahan-lahan. Mata yang terasa begitu pedih di usap seketika, membuang rasa kantuk yang masih tersisa.Tubuh segera dipusingkan menghadap ke sebelah kanan. Tersungging senyuman manis di bibir apabila melihatkan wajah tenang sang isteri yang sedang elok di buai mimpi indah dengan beralaskan lengan sasanya.Melihatkan wajah kepenatan sang isteri bibir automatik mengulumkan senyuman bahagia. Mengingati peristiwa keramat semalam membuatkan Hafiz tak henti mengukirkan senyuman manis. Dia benar-benar rasa bahagia. Naura kini dengan rasminya sudah sah menjadi hak miliknya. Dan Hafiz yakin tidak akan ada sesiapa pun yang mampu memisahkan mereka lagi. Cintanya kini hanya untuk Naura Khalisha. Isteri kesayangannya. "Hmm..." suara rengekan Naura menyentakkan Hafiz yang larut dengan lamunannya itu. Di palingkan wajah menghadap ke arah Naura yang erat memeluknya itu. "Morning sayang..." ujar Hafiz. Tubuh Naura di pe
GAUN tidur nipis yang sudah tersarung ditubuh langsingnya ditilik atas bawah. Bibir bawah digigit perlahan-lahan. Wajah dah memerah apabila melihatkan penampilan yang dirasakan cukup seksi. Tak pernah langsung Naura berpakaian sebegini seumur hidupnya. Tapi demi suami yang sedang merajuk di paksakan jua tubuhnya menyarung gaun tidur hasil pemberian si umi tercinta. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Naura segera melangkah keluar dari kamar mandi mewah itu. Perasaan gugup yang bertandang di dalam hati di kawal sebaik mungkin. Keluar saja dari kamar mandi kepala dah terjenguk-jenguk mencari bayang encik suami. Mata dah melilau ke sekeliling kamar tidur itu, namun bayang Hafiz langsung tidak kelihatan. "Mana pulak pergi orang tua ni?" omel Naura tanpa sedar. Tak betah terus di belenggu dengan rasa penasaran, kaki di atur menuju keluar dari kamar tidur. Saat k