Share

BAB 2

Author: Kasturi Madu
last update Last Updated: 2024-10-29 19:42:56

DAUN pintu di kuak perlahan-lahan. Naura yang sedang leka mengulang kaji pelajaran itu di pandang bersama senyuman tipis. Deheman kuat sengaja di berikan bagi menyedarkan anak gadisnya itu.

Naura yang sedar dengan bunyi deheman seseorang itu laju menolehkan kepalanya. Bibir turut membalas senyuman tipis milik sang bapa yang kini sudah tercegat di hadapan muka pintu.

"Naura sibuk ke tu?" soal Encik Kamarul.

"Takdelah. Kenapa abah?" soal Naura lembut.

"Boleh abah masuk?" pinta Encik Kamarul.

"Eh masuklah bah. Lupa pulak Naura nak pelawa abah tadi," sengihan kerang busuk dilorekkan.

"Naura buat apa tadi tu?" soal Encik Kamarul berbasa basi. Punggung dilabuhkan duduk diatas birai katil milik Naura.

"Oo takde apa pun. Buat research sikit pasal assignment yang nak kena hantar bulan depan," jujur Naura.

"Oo macam tu," terangguk-angguk kepala Encik Kamarul.

"Kenapa abah?" wajah Encik Kamarul di pandang hairan.

"Naura dah buat keputusan ke belum? Soal permintaan abah tu?" soal Encik Kamarul berterus terang.

"Pasal abah nak Naura kahwin dengan pak cik Hafiz tu ke?" tebak Naura.

"Yalah."

"Abah sebenarnya kenapa abah nak sangat Naura kahwin dengan pak cik Hafiz tu? Dia dah tualah abah. Tak sesuai langsung kalau nak di jadikan suami. Dah takde orang lain dah ke yang abah nak jadikan suami untuk Naura?" sebal Naura.

"Tua kamu cakap? Hafiz tu muda lagi lah. Umur dia baru 47 tahun tau. Kalau nak di bandingkan dia dengan abah muda dia lagi tau," puji Encik Kamarul.

"Muda abah cakap? Muda apanya kalau abah dengan dia cuma beza 3 tahun jelah. Abah 50 tahun dia 47 tahun. Abah kalau Naura berjalan dengan dia memang sah orang akan cakap Naura ni anak dia tau. Ah semua ni gila. Tak masuk dek akal," menggeleng kepalanya apabila memikirkan soal itu.

"Alah umur tu cuma nombor. Tua-tua dia pun segak lagi. Market tinggi lagi tu. Kalau kamu nak tahu dia tu lelaki kegilaan ramai wanita seantero dunia tau. Mana-mana perempuan yang tengok dia memang confirm cair tau," melambung Encik Kamarul memuji.

"Ha eloklah tu. Kalau dia lelaki kegilaan wanita seantero dunia ni apa kata dia kahwin je dengan mana-mana perempuan yang duk gilakan dia tu. Habis cerita," mudah Naura memberikan idea.

"Kamu ni kalau bercakap suka sangat ambik mudahkan? Abah tetap nak kamu kahwin jugak dengan Hafiz tu. Hafiz tu orangnya baik. Abah yakin dia boleh jaga kamu lagi baik daripada abah dengan umi jaga kamu," bersungguh Encik Kamarul meyakinkan Naura.

Mendengarkan apa yang dikatakan oleh Encik Kamarul, Naura meregus kasar. Wajah abahnya di pandang dengan pandangan tidak puas hati. "Naura betul-betul tak faham kenapa abah beria sangat nak Naura kahwin dengan pak cik tua tu. Dah macam takde orang lain ke yang abah nak jodohkan? Tak pasal-pasal Naura pulak yang kena kahwin dengan pak cik tarzan tu" soal Naura geram.

"Pak cik tarzan kamu panggil dia? Hesy budak ni kalau dengar dek orang tu mahu kecil hati dia nanti," menggeleng kepala Encik Kamarul dengan tingkah Naura.

"Eleh baru cakap macam tu dah kecil hati. Nampak sangat hati tisu. Muka je ganas tapi dalam hati ada taman. Menyampah Naura," bibir di cebikkan.

"Dia tu manusia Naura bukannya robot. Sah-sah ada hati dan perasaan. Bukan macam kamu ni hati kering," bidas Encik Kamarul.

"Tak kisahlah semua tu. Sekarang ni abah tak jawab lagi soalan Naura. Daripada tadi lagi Naura tunggu abah jawab soalan Naura tu."

"Soalan apa lagi ni?" berkerut dahi Encik Kamarul tidak faham.

"Yalah sekarang ni Naura betul-betul tak faham kenapa abah beria sangat nak Naura kahwin dengan pak cik tarzan tu. Cuba abah cakap terus terang sebab apa?" soal Naura tidak puas hati. Wajah Encik Kamarul di renung meminta sebuah jawapan.

Nafas dihela berat. Wajah Naura yang duduk di hadapannya di pandang bersama senyuman tipis. "Hafiz tu dulu dah banyak bantu keluarga kita. Abah ingat lagi masa mula-mula abah nak berjinak-jinak masuk ke dalam dunia perniagaan ni dia lah orang yang banyak bagi tunjuk ajar dekat abah. Bukan setakat tu je modal nak buka syarikat kita tu pun dia yang bagi. Dia tu sebenarnya dah banyak bantu keluarga kita. Jasa dia, abah tak mampu nak balas," cerita Encik Kamarul.

"Abah bayar jelah duit modal yang dia dah bagi dekat abah tu. Habis cerita. Jadi abah dah takde hutang apa-apa dengan dia. Naura pun tak payah susah-susah kahwin dengan pak cik tu," senang Naura memberikan idea.

"Kamu ni Naura kalau bab bercakap ke main pandaikan. Masalahnya bukan abah tak nak bayar tapi dia yang tak nak. Dia cakap dia ikhlas tolong keluarga kita. Abah ingat lagi masa kamu kecil-kecil masa tu abah memang takde duit langsung nak beli susu dengan pampers kamu. Hafiz tulah yang tolong abah belikan keperluan untuk kamu masa tu. Abah dengan umi sangat-sangat berterima kasih dengan dia. Kalau takde dia, abah rasa mungkin kita takkan rasa kehidupan sesenang macam sekarang ni," panjang lebar Encik Kamarul bercerita.

"Hmm baik jugak pak cik tarzan tu ya," dalam tak sedar Naura mula memuji dengan kebaikan Hafiz.

Tersenyum Encik Kamarul mendengarkan kata-kata yang terpacul dari bibir si anak. "Dia memang baik. Sebab tu abah tak ralat nak kahwinkan kamu dengan dia. Sebab abah dah tahu hati budi dia macam mana. Abah yakin kalau kamu kahwin dengan dia kamu takkan menyesal. Dia tu lelaki yang baik. Dia boleh bahagiakan kamu lebih dari abah dengan umi bahagiakan kamu," ucap Encik Kamarul yakin.

Terdiam Naura seketika. Wajah penuh pengharapan Encik Kamarul di pandang sebelum nafas di hela perlahan-lahan. "Abah memang berharap sangat ke Naura kahwin dengan pak cik Hafiz tu?" soal Naura perlahan.

"Yalah," jawab Encik Kamarul sepatah.

"Okay lah. Kalau itu yang abah mahukan, Naura akan setuju untuk kahwin dengan pak cik Hafiz tu," jawab Naura tenang.

"Betul ke apa yang Naura cakap ni?" soal Encik Kamarul tidak percaya.

"Betul," jawab Naura sepatah.

"Alhamdullilah.. Abah tahu Naura anak yang baik. Abah tahu Naura takkan pernah kecewakan abah. Terima kasih sayang," ucap Encik Kamarul teruja. Tangan Naura di capai dan di gengam erat.

"Sama-sama. Naura buat semua ni demi abah dengan umi jugak," jawab Naura perlahan. Melihatkan senyuman lebar diwajah Encik Kamarul Naura tidak sampai hati mahu menghampakan hati si abah yang dah banyak berjasa kepada dia dan keluarganya.

"Abah yakin kamu takkan menyesal kahwin dengan Hafiz. Dia boleh bahagiakan kamu," yakin Encik Kamarul.

"Hmm yalah abah," jawab Naura senada.

"Ha kalau macam tu kamu pergi lah bersiap cepat. Pakai lawa-lawa sikit," arah Encik Kamarul.

"Bersiap? Bersiap nak ke mana pulak abah ni? Abah nak ajak Naura keluar ke?" polos Naura menyoal.

"Kejap lagi Hafiz datang. Dia kata nak ajak kamu keluar. Dia nak kenal-kenal lah dengan kamu dulu sebelum kau orang berdua kahwin," beritahu Encik Kamarul.

"Hah?!" bulat mata Naura tidak percaya.

"Eh yang kamu ni dah kenapa?" berkerut pelik Encik Kamarul.

"Perlu ke Naura keluar dengan dia? Ala tak payahlah abah. Abah cakap jelah Naura sibuk ke apa ke. Yang penting Naura tak payah keluar dengan pak cik tarzan tu," wajah cantiknya sudah bertukar cemberut.

"Eh takde-takde. Kamu jangan bagi banyak alasan Naura. Kamu tak kesian ke dekat si Hafiz tu datang jauh-jauh sebab nak jumpa dengan kamu. Tapi boleh pulak kamu buat dia macam tu. Tak baik susahkan orang Naura," nasihat Encik Kamarul.

"Naura tak suruh pun dia datang sini kan? Dia je yang gatal nak datang rumah kita ni," cebik Naura.

"Abah tak nak dengar apa-apa alasan daripada kamu lagi. Baik kamu bersiap cepat sebelum Hafiz datang. Nanti lama pulak dia nak menunggu kamu tu ha. Kamu tu dah lah kalau bersiap ke main lamanya. Dahlah abah keluar dulu," arah Encik Kamarul sekali lagi. Tanpa menunggu balasan daripada Naura, dia melangkah meninggalkan bilik tidur anak sulungnya itu. Langkah di atur menuju ke ruangan bawah.

"Hesy abah ni suka sangat memaksa. Pak cik tarzan ni pun satu hari tu dah jumpa ni nak jumpa lagi. Kalau handsome takpelah jugak. Dasar kerepot," kutuk Naura.

Dalam terpaksa dia akhirnya akur jua dengan arahan yang telah diberikan Encik Kamarul kepadanya. Membantah pun tak guna lagi silap hari bulan boleh terbalik rumah mereka kerana menerima amukan si abah yang garang macam singa tua.

"KAU tak bagi tahu dia ke pasal hal tu?" wajah tegang jelas terpamer di riak wajah milik Hafiz. Wajah tenang Encik Kamarul di renung menanti sebuah jawapan.

Mendengarkan soalan yang terpacul daripada bibir Hafiz, Encik Kamarul hanya mampu tersenyum nipis. Bahu Hafiz di tepuk perlahan-lahan. "Tu kan hal peribadi kau, aku tak boleh nak masuk campur. Aku rasa yang patut berterus terang dengan Naura adalah kau bukan aku," ujar Encik Kamarul.

"Kau rasa kalau Naura tahu pasal benda ni dia masih boleh terima aku ke sebagai suami dia?" soal Hafiz.

"Insya-Allah.. Anak aku tu dia nampak je keras dekat luar tapi sebenarnya dia tu berhati tisu. Kalau pun dia tahu pasal hal ni kau orang bincang lah benda ni baik-baik. Aku yakin dia akan faham dengan situasi kau," nasihat Encik Kamarul.

"Aku..." baru saja Hafiz mahu menyambung bicaranya bayang Naura yang sedang melangkah menghampiri mereka berdua mematikan kata-katanya. Lebih baik dia diam daripada nanti rahsia besarnya bakal terbongkar.

"Abah..." sapa Naura. Bibir dah muncung sedepa. Hafiz yang melihatkan wajah cemberut Naura tercuit suka. Hilang terus gelora yang ada dalam hatinya saat itu.

"Siap dah?" soal Encik Kamarul. Naura yang sedang berdiri di hadapannya di pandang dari atas hingga bawah.

"Dah.." sahut Naura malas.

"Macam ni je kamu pakai nak keluar dengan Hafiz?" soal Encik Kamarul tidak puas hati.

Mendengarkan soalan si abah Naura sudah berkerut pelik. Penampilannya di tilik sekali lagi. Apa masalahnya? Seluar jenis jogger berwarna putih dan baju panas turut dari rona warna yang sama menjadi pilihan Naura. Cukup santai namun apa yang paling penting dia rasa cukup selesa.

"Takpelah kalau pak cik tak suka dengan apa yang saya pakai tak payahlah keluar. Habis cerita," cebik Naura.

"Pak cik? Kamu ni Naura apa panggil macam tu pulak. Tak eloklah kalau orang lain dengar. Hafiz ni bakal suami kamu tahu. Cubalah bahasakan dia abang ke sayang ke tak pun baby ke. Sedap sikit telinga abah ni dengar," tegur Encik Kamarul.

Baby? Mahu termuntah Naura mendengarkan panggilan yang terpacul dari dibibir si abah. Paling menyakitkan hati apabila dia terpandangkan wajah Hafiz yang jelas sedang tersenyum manis itu. Rasa mahu di tarik saja jambang yang meliar di wajah tua Hafiz Rahim.

"Apa-apa jelah abah. Dah tu nak keluar ke tak nak ni?" soal Naura kepada Hafiz yang sedari tadi berdiam diri.

"Er... Jomlah kita," jawab Hafiz. Wajah di maniskan sebaik mungkin.

Dengar saja ajakan daripada Hafiz, Naura segera bersalaman dengan Encik Kamarul. Sempat dia mencium lembut pipi si abah. "Naura pergi dulu," beritahu Naura.

"Yalah. Hati-hati," pesan Encik Kamarul.

"Okay.." menggangguk faham Naura. Tanpa menunggu Hafiz dia menonong saja menuju ke arah kereta Hafiz yang elok terpakir di halaman rumah keluarganya itu.

"Aku pinjam anak kau sekejap. Nanti aku pulangkan balik ya," ujar Hafiz yang sudah berdiri tegak di hadapan Encik Kamarul.

"Pinjamlah. Jangan balik lewat sangat," pesan Encik Kamarul.

"Okay kau jangan risaulah pasal tu," janji Hafiz.

"Pak cik cepatlah. Berapa lama nak saya tunggu ni," jeritan Naura menyentakkan mereka berdua.

"Ya... Ya... Kamarul aku pergi dulu ya," pamit Hafiz.

"Yalah. Hati-hati bawak kereta tu," ujar Encik Kamarul.

"Insya-Allah..."

Laju kaki melangkah merapati keretanya itu. Wajah cemberut Naura di pandang bersama senyuman tipis. "Janganlah marah nanti tak cantik," usik Hafiz.

"Diamlah pak cik," meregus kasar Naura.

"Garangnya dia," ucap Hafiz. Bibir sudah tercarik dengan senyuman lebar.

Masuk saja ke dalam kereta tali pinggang keledar segera di pakaikan ke tubuh langsingnya. Bibir mencebik geram. "Apa-apa jelah. Cepatlah jalan," arah Naura selamba.

"Ya sabar," sahut Hafiz.

Enjin kereta segera di hidupkan. Usai itu perlahan-lahan pedal minyak di tekan dan meninggalkan kediaman milik keluarga Naura. Jauh di benak fikiran Naura sudah merancang berbagai agenda. Bibir mengukirkan senyuman penuh makna.

'Siap pak cik tarzan nanti.'

Related chapters

  • Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia)    BAB 3

    PAVILION KUALA LUMPUR menjadi destinasi persinggahan buat Naura dan Hafiz menghabiskan masa buat kali pertama ini. Elok saja kereta masuk ke ruangan parkir, Naura segera membuka pintu kereta itu. Laju tubuhnya di bawa keluar daripada kereta mewah milik Hafiz. Usai itu pintu kereta sengaja di tutup secara kuat. Memang sengaja mahu menyakitkan hati Hafiz yang terkebil-kebil merenung ke arahnya. "Hei budak ni macam nak menjahanamkan kereta aku je," omel Hafiz. Melihatkan Naura yang mahu membuka langkah itu, dia laju keluar daripada perut kereta. Langkah sama di atur ke arah Naura yang sudah berjalan laju di hadapannya saat ini. Nasib baik kakinya yang panjang itu memudahkan untuk dia mengejar langkah Naura. "Hei tunggulah dulu. Jalan laju-laju nak pergi mana? Mall ni tak lari pun lah," ujar Hafiz. "Saja. Kenapa pak cik penat dah ke?" soal Naura sinis.

  • Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia)    BAB 4

    PINTU kereta di tutup kasar. Usai itu langkah di atur menuju masuk ke dalam rumah. Bibir usah di kata sudah muncung sedepa. Natrah yang sedar akan kepulangan kakaknya itu, lekas merapati. Wajah Naura yang masam mencuka itu di pandang dengan pandangan bosan. Pasti ada sesuatu yang membuatkan kakaknya itu berwajah cemberut. "Hai kak biasa orang balik daripada dating happy je. Kau asal ni muka dah macam ayam berak kapur je aku tengok," sempat lagi Natrah memerli Naura. "Diamlah kau," marah Naura. Berkerut kening Natrah apabila menerima jawapan daripada kakaknya itu. "Hai aku tanya pun kau dah nak marah?" cebik Natrah. Hafiz yang baru saja datang menghampiri kedua orang gadis itu melemparkan senyuman tipis. Natrah yang sedar akan kedatangan bakal iparnya itu mula menyapa mesra. "Hai Abang Hafiz. Seronok ke keluar dating

  • Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia)    BAB 5

    "Good morning abah.. Good morning umi.." sapa Naura teruja. Pipi Encik Kamarul dan Puan Ramlah dikucup mesra. Punggung dilabuhkan duduk bersebelahan kiri Encik Kamarul."Morning... Hai happy nampak?" tegur Encik Kamarul senada."Aik kenapa abah tanya? Naura nak happy pun salah ke?" cebik Naura."Tak salah pun. Cuma pelik je. Kamu biasakan kalau pagi-pagi macam ni mood selalu ke laut. Ni nampak happy je kenapa? Ada apa-apa yang nak di share dengan kami semua ke?" soal Encik Kamarul. Nasi goreng kembali disuap ke dalam mulutnya."Abah, Kak Naura happy tu sebab tak lama lagi nak kahwin. Orang tengah bahagia tu abah," celah Natrah."Eh kau memandai je ya," marah Naura."Betul lah apa aku kata ni kak," tukas Natrah."Sudah-sudahlah tu. Kamu berdua ni depan rezeki pun nak bertekakkan? Pantang berjumpa ada je benda nak digaduhkan. Peninglah umi dengan perangai kamu berdua ni.," celah Puan Ramlah yang

  • Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia)    BAB 6

    SEBUAH kereta mewah berjenama Chevrolet Camaro memasuki halaman rumah keluarga Naura. Hafiz keluar dengan penuh gaya sekali daripada perut kereta. Dia melangkah penuh berkarisma menuju masuk ke dalam rumah banglo 2 tingkat itu."Assalamualaikum.. " salam dilaung penuh tertib. Almaklumlah nak menghadap keluarga mentua mestilah kena tunjukkan sikap yang bagus."Waalaikumusalam.. Ha sampai pun kau Hafiz. Masuklah," pelawa Encik Kamarul ramah.Hafiz dah tersengih bagai kerang busuk. Ajakan Encik Kamarul disambut baik. Dia segera masuk dan melabuhkan duduk di ruang tamu. Mata dah tercari-cari pemilik hatinya itu. Dimanakah keberadaan si cantik manis itu?"Naura mana?" soal Hafiz tak sabar."Naura ada dekat atas lagi. Tengah bersiaplah tu. Kau bawak bersabar sikit ya. Anak dara aku tu kalau bersiap memang mengalahkan tuan puteri," ujar Encik Kamarul. Bukan dia tak nampak sejak masuk ke dalam rumah Hafiz bagaikan tercari-cari bayang anaknya itu.

  • Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia)    BAB 7

    GAUN putih yang tersarung ditubuh langsingnya ditilik atas bawah. Melalui pantuan cermin yang ada di hadapannya saat ini, mata tunak merenung pula ke arah wajahnya. Dengan solekan yang cukup tipis sahaja cukup untuk menaikkan seri diwajahnya. Ini semua adalah hasil sentuhan daripada salah seorang juru solek terkenal yang ditempah khas oleh Hafiz buat Naura.Siapa sangka malam semalam tepat jam 9 malam Naura dan Hafiz selamat diijab kabulkan. Kini dia sudah sah bergelar isteri buat lelaki berusia 47 tahun itu. Dan apa yang pasti selepas ini kehidupannya juga pasti akan berubah."Tak siap lagi ke?"Naura yang sedang larut dengan lamunannya itu tersentak seketika apabila dengan tiba-tiba Puan Ramlah datang menyapanya. Puan Ramlah yang baru saja melangkah masuk ke dalam ruangan bilik hotel itu datang mendekati Naura dengan senyuman manis yang tak lekang dibibir."Naura kenapa ni? Monyok

  • Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia)    BAB 8

    TUALA hotel yang sudah digunakan dicampakkan kasar ke dalam bakul pakaian kotor. Kaki melangkah merapati Naura yang sedang duduk bersantai diatas katil. Punggung dilabuhkan duduk bersebelahan cik isteri.Naura yang tadinya leka merenung ke arah skrin telefon bimbitnya mendongak sedikit apabila sedar akan kehadiran Hafiz. Liur ditelan kesat apabila melihat ke arah Hafiz yang tidak mengenakan baju itu. Tersembur otot-otot six pax dibahagian perut lelaki itu. Malah haruman maskulin yang terbit dari tubuh lelaki itu sedikit membuatkan dia terpesona."Naura? Dengar tak apa yang saya cakap ni?" soal Hafiz. Tangannya dah melambai-lambai ke hadapan wajah Naura yang sudah mengelamun jauh itu."Ha? Pak cik cakap apa?" terkebil-kebil Naura membalas pandangan Hafiz."Hesy Naura ni. Tu lah mengelamun lagi sampai apa saya cakap pun Naura tak dengar," cebik Hafiz."Ala sorry lah saya tak sengajalah. Pak cik nak cakap apa sebenarnya ni?" soal Naura ber

  • Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia)    BAB 9

    BEG bagasi berisi pakaian milik Hafiz dan Naura diletakkan ke dalam bonet kereta. Usai itu pintu kereta di bahagian penumpang di sebelah hadapan di bukakan khas buat cik isteri kesayangan. Bibir tak lekang melorekkan senyuman manis bak gula yang tertumpah. Tutup saja daun pintu, Hafiz segera berlari menuju ke arah pintu di bahagian pemandu. Usai memakaikan tali pinggang keledar ke tubuh sasanya dia menoleh sebentar ke arah Naura. "Are you ready sayang?" soal Hafiz. "Yes I'm ready..!" sahut Naura teruja. Terhambur tawa Hafiz melihatkan keterujaan yang dipamerkan oleh Naura. Dengan lafaz Bismillah, perlahan-lahan pedal minyak kereta di tekan. Sekaligus meninggalkan perkarangan hotel mewah tempat mereka bermalam. Kereta dikemudi menuju masuk ke dalam laluan lebuh raya. Hafiz dan Naura sudah merancang mahu menghabiskan cuti mereka dengan pergi berbulan madu bersama. Pada mulanya Hafiz mahu mengajak Naura untuk pergi berbulan madu di luar negara ta

  • Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia)    BAB 10

    GAUN tidur nipis yang sudah tersarung ditubuh langsingnya ditilik atas bawah. Bibir bawah digigit perlahan-lahan. Wajah dah memerah apabila melihatkan penampilan yang dirasakan cukup seksi. Tak pernah langsung Naura berpakaian sebegini seumur hidupnya. Tapi demi suami yang sedang merajuk di paksakan jua tubuhnya menyarung gaun tidur hasil pemberian si umi tercinta. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Naura segera melangkah keluar dari kamar mandi mewah itu. Perasaan gugup yang bertandang di dalam hati di kawal sebaik mungkin. Keluar saja dari kamar mandi kepala dah terjenguk-jenguk mencari bayang encik suami. Mata dah melilau ke sekeliling kamar tidur itu, namun bayang Hafiz langsung tidak kelihatan. "Mana pulak pergi orang tua ni?" omel Naura tanpa sedar. Tak betah terus di belenggu dengan rasa penasaran, kaki di atur menuju keluar dari kamar tidur. Saat k

Latest chapter

  • Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia)    BAB 18

    BANGUNAN pencakar langit yang berada di hadapan matanya saat ini di pandang dengan penuh rasa keterujaan. Kaki kemudian dibuka melangkah dengan penuh yakin menuju masuk ke dalam bangunan yang sedang berdiri megah itu.Masuk sahaja ke dalam bangunan serba mewah itu, kaki selamba dibawa menuju ke arah pintu lif. Mata-mata yang dah memandang penuh kehairanan ke arahnya langsung tidak diperdulikan. Keluar sahaja daripada pintu lif, kaki menapak laju menuju ke arah sebuah bilik pejabat yang bakal menjadi persinggahan buatnya seketika nanti. TUK TUK"I nak jumpa dengan Tuan Hafiz..." ucap Delina. Wajah tanpa riak dipamerkan. Mata merenung kosong ke arah Man, setiausaha sulit kepada Hafiz Rahim.Tercenggang Man melihatkan figura wanita yang sedang berdiri tegak di hadapannya saat ini. Jelaslah dia sendiri terkejut dengan kunjungan yang diterimanya secara tiba-tiba ini. Nafas ditarik dalam sebelum dihembus dengan perlahan-lahan."

  • Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia)    BAB 17

    MUTIARA-MUTIARA jernih yang mengalir laju dari tubir mata di lap kasar menggunakan tisu yang berada di atas meja. Bibir yang sudah membengkak itu di usap perlahan-lahan. Merah padam wajahnya dek kerana di kerjakan si isteri muda."Sampai hati Naura buat abang macam ni?" luah Hafiz sebak."Naura buat apa pada abang ni?" berlapis dahi Naura. Telefon yang berada di pegangan tangan di letakkan ke tepi. Diberikan tumpuan sepenuhnya kepada encik suami kertu. Eheks!"Apa benda yang Naura masak ni? Naura cuba nak bunuh abang ke?" tersedu sedan Hafiz menyoal. Mangkuk yang masih berisi separuh mi goreng itu di tolak kasar ke tengah meja. "Apa abang merepek ni? Nak bunuh apanya? Kalau Naura nak bunuh abang tak adanya Naura pun makan benda yang sama dengan abang. Mesti Naura biarkan je abang makan mi ni sorang diri," merengus kasar Naura. Tak suka di tuduh sedemikian rupa oleh encik suami."Habis tu mi apa yang Naura masak ni? Pedas nak mampu

  • Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia)    BAB 16

    "KAU tahu kenapa aku panggil kau datang jumpa aku ni?" soal Hafiz serius. Wajahnya langsung tak terbias dengan secalit senyuman pun. "Tak... Tak... Ada apa ya tuan?" soal Nana gugup."Aku panggil kau ke mari sebab kau dah pun buat salah besar dekat dalam rumah aku ni," ujar Hafiz tegas."Sa... Salah? Salah besar apa yang saya dah buat ni tuan?" gusar Nana menyoal. Wajah tegang Hafiz di pandang gerun."Aku sebenarnya paling benci dengan orang jenis kaki pencuri ni. Depan nampak baik tapi belakang buat kerja mencuri. Pantang tengok barang orang sikit mulalah jadi panjang tangan," sinis Hafiz berkata. "Apa... Apa maksud tuan? Saya tak faham..." soal Nana takut. Terjongket kening Hafiz seketika. Bibir terukir dengan senyuman sinis. "Kau tak faham ke atau sengaja buat-buat tak faham? Tak apa meh sini aku fahamkan kau."Gagang telefon di capai. Butang interkom di tekan, sekaligus menghubungkan dia dengan pembantu peribad

  • Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia)    BAB 15

    "PAK Abu nanti tolong berhentikan Naura dekat depan pasaraya tu boleh tak? Naura ada nak beli barang sikit," pinta Naura lembut. "Baik madam..." akur Pak Abu selaku pemandu yang telah di upah oleh Hafiz untuk membawa isteri majikannya itu ke mana sahaja yang Naura mahu pergi. Kereta yang tadinya bergerak laju mula di berhentikan di hadapan salah sebuah pasaraya mini, sesuai seperti yang di minta oleh Naura sebentar saja tadi. Naura yang mahu membuka pintu kereta di bahagian penumpang belakang terhenti pergerakkannya seketika apabila dia mula teringatkan sesuatu. Di tolehkan wajah ke arah Pak Abu yang duduk di bahagian pemandu. "Pak Abu ada nak apa-apa tak? Naura boleh tolong belikan," soal Naura lembut. "Tak ada madam... Madam beli jelah apa yang madam nak. Pak Abu tak apa. Kalau Pak Abu nak apa-apa Pak Abu boleh beli sendiri," jawab Pak Abu. "Okay kala

  • Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia)    BAB 14

    FAIL yang tersusun di atas meja kerja di semak satu persatu. Hembusan nafas bosan mula kedengaran terpacul di bibirnya. Sekali sekala tangan naik memicit pelipis di dahinya.Akibat terlalu lama bercuti panjang, hari ini mahu tak mahu Hafiz terpaksa kembali semula bekerja. Bukan dia saja, malah Naura juga turut sudah kembali fokus kepada pembelajarannya di universiti. Bunyi ketukan kuat di pintu bilik kerja menganggu fokus Hafiz yang sedang bekerja itu. Tanpa sempat dia memberikan arahan untuk membenarkan tetamu yang tidak di undang itu masuk tiba-tiba saja pintu kayu itu sudah pun di rempuh masuk. Mata Hafiz dah tajam merenung ke arah figura yang sedang tersengih bagaikan kerang busuk itu."Tuan Hafiz Rahim kita dah balik... Apa macam bro? Seronok bercuti?" soal Aiman. Punggung dah di labuhkan duduk di atas sebuah kerusi berhadapan dengan Hafiz. "Kau memang jenis suka terjah masuk bilik orang kan? Memang tak reti nak sabar?" bidas Hafiz

  • Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia)    BAB 13

    "AKU betul-betul tak sangka wife Tuan Hafiz tu muda sangat. Entah-entah dia tu lebih muda daripada kita ni," ujar Nana salah seorang pembantu rumah di dalam rumah besar milik Hafiz."Betul kata kau tu, aku sendiri pun terkejut. Macam tak percaya Tuan Hafiz kahwin dengan perempuan muda macam tu. Aku syak umur dia tu lebih muda daripada kita semua ni," setuju Mimi rakan sekerja Nana yang juga merupakan pembantu rumah."Apa yang kamu semua nak pelik sangat? Zaman sekarang ni orang dah tak heranlah. Muda ke tua ke kalau dah namanya jodoh tu tak ada siapa pun yang boleh halang," celah Mak Bi selaku tukang masak di rumah itu."Memanglah orang tak heran Mak Bi, tapi Madam Naura dengan Tuan Hafiz tu saya tengok jauh sangat perbezaan usianya. Kalau beza 4 ke 5 tahun saya tak pelik tapi pada pandangan mata kasar saya, Madam Naura dengan Tuan Hafiz tu jarak usianya terlalu jauh. Dah macam anak dengan bapak. Madam Naura tu nampak sangat macam budak-budak ka

  • Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia)    BAB 12

    BEBOLA mata dah melingas ke kiri dan ke kanan. Hati dah di landa dengan perbagai persoalan saat melihat deretan rumah-rumah banglo mewah yang melatari pemandangan matanya saat ini. Wajah tenang Hafiz yang sedang santai memandu itu di kerling seketika sebelum mata sekali lagi melabuh pandang ke arah deretan rumah banglo yang tersergam indah mengisi ruang mata. Tak betah lagi terus diasak dengan perbagai tanda tanya Naura lekas mengutarakan soalan buat encik suami yang kelihatan tenang memandu. "Abang kita nak pergi mana ni?" soal Naura. Mendengarkan suara halus sang isteri, Hafiz lekas menoleh seketika ke arah Naura. Bibir tercalit senyuman manis sebelum soalan cik isteri di jawab. "Kita nak balik rumah kita lah sayang oi," jawab Hafiz. "Balik rumah kita?" soal Naura tak percaya. "Yalah..." jawab Hafiz. Naura yang mahu meneru

  • Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia)    BAB 11

    MATA yang tadinya terpejam rapat di buka perlahan-lahan. Mata yang terasa begitu pedih di usap seketika, membuang rasa kantuk yang masih tersisa.Tubuh segera dipusingkan menghadap ke sebelah kanan. Tersungging senyuman manis di bibir apabila melihatkan wajah tenang sang isteri yang sedang elok di buai mimpi indah dengan beralaskan lengan sasanya.Melihatkan wajah kepenatan sang isteri bibir automatik mengulumkan senyuman bahagia. Mengingati peristiwa keramat semalam membuatkan Hafiz tak henti mengukirkan senyuman manis. Dia benar-benar rasa bahagia. Naura kini dengan rasminya sudah sah menjadi hak miliknya. Dan Hafiz yakin tidak akan ada sesiapa pun yang mampu memisahkan mereka lagi. Cintanya kini hanya untuk Naura Khalisha. Isteri kesayangannya. "Hmm..." suara rengekan Naura menyentakkan Hafiz yang larut dengan lamunannya itu. Di palingkan wajah menghadap ke arah Naura yang erat memeluknya itu. "Morning sayang..." ujar Hafiz. Tubuh Naura di pe

  • Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia)    BAB 10

    GAUN tidur nipis yang sudah tersarung ditubuh langsingnya ditilik atas bawah. Bibir bawah digigit perlahan-lahan. Wajah dah memerah apabila melihatkan penampilan yang dirasakan cukup seksi. Tak pernah langsung Naura berpakaian sebegini seumur hidupnya. Tapi demi suami yang sedang merajuk di paksakan jua tubuhnya menyarung gaun tidur hasil pemberian si umi tercinta. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Naura segera melangkah keluar dari kamar mandi mewah itu. Perasaan gugup yang bertandang di dalam hati di kawal sebaik mungkin. Keluar saja dari kamar mandi kepala dah terjenguk-jenguk mencari bayang encik suami. Mata dah melilau ke sekeliling kamar tidur itu, namun bayang Hafiz langsung tidak kelihatan. "Mana pulak pergi orang tua ni?" omel Naura tanpa sedar. Tak betah terus di belenggu dengan rasa penasaran, kaki di atur menuju keluar dari kamar tidur. Saat k

DMCA.com Protection Status