Share

BAB 1

Author: Kasturi Madu
last update Huling Na-update: 2024-10-29 19:42:56

TUK TUK

BUNYI ketukan kuat dimuka pintu itu menyentakkan Naura daripada lena panjangnya itu. Tangan naik menggosok matanya yang terasa begitu pedih sekali. Dengan rasa sebal dia segera bangun dan melangkah ke arah pintu.

Buka saja daun pintu wajah adiknya Natrah dipandang dengan pandangan bosan. Tiada orang lain lagi yang suka menganggunya dicuti hujung minggu ini kecuali adik perempuannya ini.

"Kau nak apa ganggu aku pagi-pagi buta ni?" tanya Naura geram. Makin geram melihat wajah tak bersalah adiknya itu.

"Pagi kau cakap kak? Kak, cuba kau tengok jam tu dah pukul berapa? Dah pukul 11 tau. Pagi apa laginya ha?" bebel Natrah.

"Pagi lah tu. 11 pagi. Hesy.. Kau ni kalau sehari tak membebel macam mak nenek tak boleh ke? Bosanlah aku dengar," ucap Naura. Langkah kembali diatur menuju ke arah katil miliknya.

"Eleh aku baru cakap sikit kau dah cop aku membebel. Menyampah aku dengan kau ni kak," wajah menyampah dipamerkan diwajah manisnya. Tanpa sebarang ajakan dia masuk dan duduk dibirai katil si kakak.

"Ada apa kau datang sini?" soal Naura.

"Abah dengan umi suruh kau siap-siap. Lepas tu turun bawah. Ada orang nak jumpa kau," beritahu Natrah niat asal dia ke mari.

Wajah Naura sudah berkerut pelik. Wajah selamba Natrah direnung meminta sebuah jawapan. "Ada orang nak jumpa aku? Siapa?" soal Naura.

"Umi cakap tu kawan abah. Dia memang nak sangat jumpa dengan kau," ucap Diana.

"Kawan abah? Apa hal pulak dia nak jumpa dengan aku? Sah-sah tu kawan abah, jumpa abah je dah la. Kawan abah bukan ada kaitan dengan aku pun," kepala yang tidak gatal digaru. Bermacam soalan sudah bermain dibenak fikirannya saat ini.

"Hesy kau ni banyak tanyalah kak. Baik kau pergi mandi lepas tu turun bawah cepat. Kang kau lambat membebel pulak abah tu baru kau tahu," arah Natrah. Dia sudah pun bangun dan mahu menapak pergi.

"Hesy yalah-yalah kejap lagi aku turun. Pak cik ni pun satu mengacau je orang nak berehat hujung-hujung minggu ni," dengan rasa sebal arahan yang diberikan dituruti jua. Lebih baik dia segera membersihkan diri sebelum telinganya harus menghadap bebelan si abah dan umi nya nanti.

Selesai sahaja membersihkan diri, Naura menapak turun ke ruangan bawah. Langkah tidak terus diatur ke ruang tamu, malah dilencongkan ke arah dapur. Baik dia mengisi perut dahulu sebelum bertemu dengan tetamu misteri itu.

Elok saja dia menjejakkan kaki di ruangan dapur, mata bertaut pandangan dengan sang ibu yang sibuk mengacau sesuatu di dalam kuali. Bibir sudah mengukirkan senyuman manis.

"Good morning umi," ceria Naura menyapa. Tubuh Puan Ramlah dipeluk kejap.

"Hesy budak bertuah ni. Morning apa nya lagi ha. Tengok luar tu matahari dah tegak atas kepala baru nak bangun. Anak dara jenis apalah kamu ni Naura," bebel Puan Ramlah.

"Alah umi ni, bukan selalu pun Naura bangun lambat kan? Cuma hari weekend macam ni je Naura ada peluang nak bermalas-malasan dekat rumah ni. Kalau hari biasa Naura busy dengan kelas, dengan assignment lagi. Ni pun semalam Naura busy siapkan assignment. Umi tak kesian ke dekat anak umi ni? Naura penat tau," wajah kesian ditayangkan.

"Eleh siapkan assignment konon. Padahal semalam masa umi lalu depan bilik kamu, umi nampak dengan mata kepala umi sendiri yang kamu duk terbongkang atas katil tu sambil tengok drama Korea. Itu kamu kata sibuk buat assignment," bidas Puan Ramlah.

Terkulat-kulat Naura. Sedar akan tembelangnya sudah pecah sengihan kerang busuk diberikan. "Er.. Memanglah semalam Naura ada tengok drama Korea tapi kejap je. Satu episod je umi. Lepas tu Naura fokus balik buat assignment tu," bersungguh Naura berbicara.

"Satu episod lah sangat. Umi tak percayalah cakap kamu tu. Kamu kalau dah menghadap drama Korea tu biar tak makan pun takpe. Janji dapat tatap wajah hero mata sepet kamu tu. Apa yang seronok sangat pun umi tak tahu. Kamu ni Naura daripada kamu layan drama Korea baik kamu tengok drama melayu tu lagi banyak faedahnya. Kita sebagai orang melayu ni kena sokong drama buatan anak seni negara kita sendiri. Barulah berkembang industri tanah air kita," panjang lebar Puan Ramlah berbicara.

"Umi nak suruh Naura layan drama melayu macam yang umi tengok petang-petang tu? Umi drama melayu ni klise lah. Naura rasa otak Naura tak berkembang tau layan drama melayu ni. Sesepet-sepet hero Korea tu pun handsome tau. Kalau dapat suami orang Korea pun best," ucap Naura gatal.

Menggeleng kepala Puan Ramlah melihatkan tingkah Naura yang sudah tergedik-gedik seperti cacing kepanasan. "Amboi bukan main gatal lagi kamu ya. Ni kamu masuk dapur ni nak apa? Bukan ke abah tunggu kamu dekat depan sana tu?" soal Puan Ramlah.

"Hehe.. Lupa pulak. Naura lapar. Umi masak apa hari ni? Breakfast ada lagi tak?" perutnya diusap lembut. Wajah kesian ditayangkan.

"Bawah tudung saji tu ada sikit lagi mi goreng. Kamu pergi habiskan. Makan cepat sikit lepas tu pergi jumpa abah dekat depan. Lama dah tetamu tu tunggu kamu turun. Tak elok buat orang tertunggu-tunggu macam tu," tegas Puan Ramlah memberikan arahan.

"Naura tak suruh pun dia tunggu Naura. Tapi kan umi sebut pasal tetamu tu kan, umi tahu ke siapa dia tu? Natrah cakap kawan abah. Yang Naura tak faham kenapa dia nak jumpa Naura? Jumpa abah sorang je dah lah. Dia kan kawan abah, bukannya kawan Naura," soal Naura penuh curiga.

"Adalah sebabnya kenapa dia nak sangat jumpa dengan kamu. Dah jangan cakap banyak. Makan cepat," arah Puan Ramlah segera.

"Yalah.." sahut Naura malas.

Selesai sahaja bersarapan pagi, Naura menapak perlahan-lahan ke arah ruang tamu dirumah mereka. Daripada pandangan matanya jelas terlihat seorang lelaki yang sedang duduk membelakanginya sambil berbual bersama Encik Kamarul, abah si Naura.

"Abah.." Sapaan lembut Naura menyentakkan kedua orang lelaki yang sedang rancak berbual itu. Naura melakarkan senyuman nipis bagi menghilangkan rasa kekok yang bertandang. Tanpa disuruh punggung dilabuhkan duduk berhadapan jejaka yang dikatakan sahabat kepada abahnya itu.

"Ha ni lah anak aku. Naura Khalisha. Anak sulung aku," perkenal Encik Kamarul tanpa dipinta.

Naura mula melorekkan senyuman nipis. Segan pula dia rasakan saat ini.

"Besar dah anak kau ya. Dah jadi anak dara dah pun. Dulu masa aku jumpa dia kecil lagi. Tak silap aku pakai pampers lagi masa tu," sahut si jejaka. Bibir turut mengukirkan senyuman lebar.

"Lama dah masa kau jumpa dia tu. Kalau tak silap aku usia dia pun masa tu baru 2 ke 3 tahun. Naura kamu kenal lagi tak dengan Hafiz ni? Dia ni kawan baik abah. Dulu masa kamu kecil-kecil Hafiz ni selalu datang jenguk kita dekat rumah lama kita tu," cerita Encik Kamarul.

Terkebil-kebil Naura mendengarkan setiap butir bicara abahnya itu. Wajah lelaki yang dikatakan sebagai sahabat abahnya itu direnung dengan pandangan pelik.

"Hesy kau ni apa punya soalan lah kau tanya. Sahlah Naura tak ingat. Lagi pun masa tu dia kecil lagi. Aku pun memang dah lama tak jumpa dengan dia. Betul tak Naura?" soal Hafiz. Wajah Naura direnung bersama senyuman tipis.

"Er.. Betul lah tu. Naura tak kenal lah siapa pak cik ni abah," jawab Naura berterus terang.

"Eh apa pulak panggil pak cik. Panggil je Abang Hafiz," selar Encik Kamarul.

Membuntang mata Naura mendengarkan arahan yang diberikan oleh abahnya itu. Wajah Hafiz yang duduk berhadapannya direnung dengan pandangan tidak percaya. Ditilik penampilan Hafiz dari atas ke bawah. Jejaka ini hanya mengenakan tshirt berwarna putih dan dipadankan dengan seluar denim berwarna biru lembut.

Apa yang menarik perhatian mata Naura adalah lelaki berjambang tebal dengan rambut panjang yang disanggulkan ini turut mengenakan beberapa urat rantai dilehernya. Malah dikiri dan kanan tangan lelaki itu turut dipakaikan dengan beberapa urat gelang. Tak terkecuali cincin turut disarungkan ke jari jemarinya.

Mana mungkin Naura mahu menggelarkan lelaki ini dengan gelaran abang. Tengok penampilan dan usianya sudah pasti tidak sesuai dipanggil dengan gelaran sedemikian. Abahnya pun satu sudah buang tabiat ke apa? Sudah pasti lelaki ini usianya hampir sebaya dengan Encik Kamarul, jadi mana mungkin Naura mahu menggelarkan lelaki ini dengan gelaran abang. Mahu kembang tekaknya nanti.

Melihatkan kebisuan Naura, Hafiz segera bersuara. Mengamit Naura kembali ke alam realiti. "Hmm Rul, kalau kau tak keberatan boleh aku bercakap berdua dengan Naura?" soal Hafiz lembut.

"Eh boleh-boleh. Memang kau datang sini pun nak jumpa dengan dia kan. Ha korang borak-boraklah dulu. Aku nak masuk dalam tengok apa Ramlah tu buat dekat dapur," ucap Encik Kamarul. Belum sempat dia membuka langkah meninggalkan Naura dan Hafiz berdua, dia kembali bersuara. Wajah kebingungan Naura dipandang. "Naura please behave ya," pesan Encik Kamarul. Tidak mahu menganggu, ruang tamu segera ditinggalkan.

Terpinga-pinga Naura apabila dia tiba-tiba saja ditinggalkan sendirian bersama dengan lelaki yang baru dia kenali beberapa minit yang lalu. Wajah Hafiz yang sedang tersenyum manis itu dipandang pelik. Dah kenapa mamat ni duk senyum je dekat aku?

           

"Naura apa khabar? Sihat?" soal Hafiz berbasa basi.

"Er.. Si.. Sihat.." jawab Naura gugup.

"Dah lama kita tak jumpa. Naura makin cantik sekarang," ujar Hafiz lagi.

"Naura biasa je. Err sebenarnya pak cik ni siapa? Sebelum ni kita pernah jumpa ke? Maaf kalau Naura tak ingat siapa pak cik," terus terang Naura.

"Takpe saya faham. Rasanya tak perlu Naura panggil saya pak cik. Panggil je Hafiz atau mungkin Abang Hafiz," senyuman manis diberikan kepada Naura.

Berkerut kening Naura mendengarkan apa yang dikatakan oleh Hafiz. "Abah cakap tak baik kita panggil orang yang lagi tua dengan panggilan nama je. Saya panggil pak cik Hafiz dengan panggilan pak cik sebab saya hormatkan pak cik. Pak cik kan kawan abah saya. Saya tak nak nanti digelar kurang ajar," tegas Naura.

"Memanglah saya ni kawan abah Naura. Tapi rasanya saya ni takdelah tua mana lagi kan?" kening dijongketkan berkali-kali.

"Hmm.. Tak tualah sangat. Aku tengok dah macam orang zaman purba pun ada," gumam Naura perlahan.

"Naura cakap apa? Saya tak dengar."

"Eh takde apa-apalah. Hehe.." kepala yang tidak gatal digaru.

Menggeleng kepala Hafiz melihatkan tingkah Naura. Tercuit hatinya dengan keletah gadis manis yang duduk di hadapannya saat kini.

"Sebenarnya pak cik datang rumah saya ni ada apa ya?" soal Naura apabila sedar tiada tanda-tanda Hafiz mahu membuka mulut. Baik dia segera bertanya. Tidak mahu dia dari terus duduk berlama-lama dengan Hafiz. Pandangan mata lelaki itu buatkan dia rasa tidak selesa.

"Saja melawat kawan lama..." bibir mengukirkan senyuman sebelum dia menyambung bicaranya "sambil datang tengok bakal isteri," jawab Hafiz perlahan.

"Oo.. Kiranya pak cik datang sini melawat abah dengan umi lah ya?"

"Lebih kurang," bahu dijongketkan.

"Kalau macam tu pak cik duduklah dulu. Saya panggilkan abah," belum sempat Hafiz ingin membalas Naura segera bangun dan berlalu meninggalkan Hafiz seorang diri. Terpinga-pinga Hafiz ditinggalkan sendirian diruang tamu rumah itu.

Bukan niat Naura mahu bersikap biadap dengan tetamu, cumanya dia rasa sungguh tidak selesa untuk berduaan dengan lelaki tua itu. Lagi pula apabila melihatkan pandangan mata Hafiz yang jelas kelihatan miang itu.

PUNGGUNG dilabuhkan duduk disalah satu kerusi kosong diruang tamu. Wajah umi dan abahnya dipandang silih berganti. Natrah yang sedang menonton drama di kaca televisyen dipandang dari ekor mata.

Selepas sahaja makan malam bersama keluarganya, abah dan uminya ada memberikan arahan supaya mereka sekeluarga berkumpul diruang tamu. Katanya ada perkara yang mahu dibincangkan. Naura hanya akur, tidak mahu membantah. Malas dia mahu mendengar bebelan si bapa dan ibunya itu.

Melihatkan Encik Kamarul yang sepertinya tiada tanda-tanda mahu memulakan perbualan, Naura pantas menyoal tujuan asal sebenar kenapa dia dan Natrah dipanggil berkumpul pada malam ini.

"Abah dengan umi cakap tadi ada perkara nak bincang. Abah dengan umi nak bincang pasal apa ni?" soal Naura.

Encik Kamarul menoleh sebentar ke arah Puan Ramlah. Melihatkan anggukan sang isteri dia lekas menjawab pertanyaan anak sulungnya itu. "Macam mana perjumpaan kamu dengan Hafiz tu tadi?" soal Encik Kamarul.

"Maksud abah pak cik Hafiz tu ke?"

"Janganlah panggil dia pak cik. Tak manis bunyinya tu," celah Puan Ramlah.

"Eh umi ni apa pulak tak manisnya? Dah memang dia pak cik kan? Dia tu kan kawan abah takkan Naura nak panggil dia abang pulak? Hesy gelilah," meliang liuk badannya kegelian.

"Memang dia tu kawan abah. Tapi lepas ni kamu kena biasakan diri untuk panggil dia tu dengan panggilan abang. Abah tak nak lagi lepas ni kamu panggil dia dengan gelaran pak cik. Tak sopan bunyinya tau," pesan Encik Kamarul.

Membuntang mata Naura mendengarkan arahan tidak masuk akal daripada abahnya itu. Wajah pelik ditayang bersama kerutan halus. "Eh abah ni dah merepek apa ni? Kenapa pulak Naura nak kena panggil dia abang? Dia tu dah boleh jadi bapak Naura tau. Tak naklah Naura. Nanti dia ingat Naura ni nak menggatal dengan dia."

"Takde maknanya dia fikir kamu nak menggatal dengan dia. Abah yakin dia mesti lagi suka kalau kamu panggil dia abang. Dah mulai daripada hari ni kamu kena biasakan diri untuk panggil dia abang," tegas Encik Kamarul.

"Naura tak faham dengan abah ni. Yang abah beria nak Naura panggil pak cik tu dengan panggilan abang dah kenapa? Apa yang special sangat mamat berjambang tu?" meregus kasar Naura tidak faham.

"Baik abang terus terang je dengan Naura ni tentang perkara sebenar," cadang Puan Ramlah.

Semakin tidak faham Naura dengan apa yang dikatakan oleh uminya sebentar saja tadi. Sepertinya ada sesuatu yang cuba mahu disampaikan oleh orang tuanya itu.

Nafas ditarik dan dihela perlahan-lahan. Wajah kebingungan Naura dipandang sebelum dia bersuara. Menyampaikan satu berita yang dia yakin bakal mengejutkan anak sulungnya itu. "Abah dah buat keputusan. Abah nak kamu kahwin dengan Hafiz tu," dengan hanya sekali nafas Encik Kamarul menyampaikan berita itu.

Membulat mata Naura mendengarkan apa yang dikatakan oleh abahnya itu. Mulut sudah ternganga tidak percaya. Bukan hanya Naura, malah Natrah yang tadinya elok menonton televisyen juga turut tersentak dengan berita yang disampaikan oleh abahnya itu. Apa abahnya sudah hilang akal ke?

"Ka... Kahwin..? Dengan pak cik tu?!" soal Naura tidak percaya.

"Yalah," sahut Encik Kamarul.

"Fuyo.. Bestnya tak lama lagi kau nak kahwin. Congratulations kak.." sorak Natrah teruja.

"Natrah kau boleh tolong diam tak? Sekarang bukan masanya untuk kau bersorak gembira tahu tak?!" jerkah Naura geram.

"Asal pulak? Kau nak kahwin kak mestilah aku kena happy. Ni kan dinamakan berita gembira," jawab Natrah berani.

"Natrah, kau boleh tolong diam tak? Kang tak pasal-pasal aku sumbat mulut kau dengan remote tv tu," geram Naura.

"Sudah.. Sudah kamu berdua ni kalau tak bertekak tak sahkan? Naura pun satu yang kamu nak marahkan si Natrah tu dah kenapa?" tegur Puan Ramlah.

"Werk.. Padan muka," ejek Natrah. Lidah dijelirkan tanda mengejek si kakak yang sedang berwajah cemberut itu.

"Sudah-sudahlah tu. Sekarang abah nak tahu apa keputusan kamu Naura?" soal Encik Kamarul setelah lama berdiam diri.

Nafas ditarik kasar sebelum dihela perlahan-lahan. Wajah orang tuanya dipandang silih berganti. "Abah, Naura bukan nak kecewakan abah. Tapi abah tahukan Naura ni muda lagi. Naura belajar pun tak habis lagi. Takkan tiba-tiba abah nak suruh Naura kahwin pulak? Kahwin pulak dengan pak cik tua tu. Tak sesuailah," jawab Naura.

"Abah tahu tu. Tapi tak salah pun kalau kamu kahwin waktu kamu tengah belajar. Lagi pun Hafiz dah cakap dia tak kisah. Dan dia sendiri cakap dia takkan halang kamu nak teruskan pengajian kamu dan capai cita-cita kamu," ujar Encik Kamarul.

"Tapi abah kenapa abah beria sangat nak Naura kahwin dengan pak cik tu? Kalau pun abah nak sangat Naura kahwin carilah orang yang muda sikit. Ni dah tua kerepot tau. Hesy tak naklah Naura," wajahnya sudah masam mencuka.

"Tua-tua pun handsome tau kak Abang Hafiz tu. Ala kak, kau tak payah nak demand sangatlah kau pun bukannya cantik sangat pun. Kira eloklah Abang Hafiz tu nak dekat kau tau," perli Natrah.

"Abang Hafiz? Kalau kau rasa dia handsome sangat apa kata kau je kahwin dengan dia," cadang Naura.

"Kau ni merepek je kan? Aku SPM pun tak habis lagi. Lagi pun abah suruh kau bukan suruh aku," bidas Natrah.

"Sudah jangan bergaduh. Kalau kamu terus bergaduh sampai bila-bila pun perbincangan kita takkan selesai," selar Encik Kamarul.

"Naura tak nak abah. Naura minta maaf. Naura naik atas dulu," usai sahaja berkata Naura bingkas bangun. Meninggalkan ahli keluarganya yang jelas terpinga-pinga itu.

Melihatkan kepergian Naura, Encik Kamarul hanya mampu mengeluh panjang. Kepala yang terasa berdenyut diurut perlahan. Bukan niat dia mahu memaksa anaknya itu menikahi Hafiz. Dia lakukannya adalah kerana mahu membalas jasa sahabat baiknya itu yang telah banyak membantunya selama ini.

Lagi pula Encik Kamarul yakin, Hafiz lelaki yang baik, jika Naura bernikah dengan lelaki itu, dia yakin Naura pasti akan bahagia.

"Kita bagi Naura masa dulu bang. Dia pun baru je tahu. Mesti dia masih terkejut. Nanti kita slow talk dengan dia ya," pujuk Puan Ramlah. Belakang badan Encik Kamarul diusap lembut.

"Hmm harapnya macam tulah," keluhan berat dilepaskan perlahan-lahan.

Mga Comments (1)
goodnovel comment avatar
ALISSA ALEE
KIKIKI.. nk panggil abg ya...
Tignan lahat ng Komento

Kaugnay na kabanata

  • Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia)    BAB 2

    DAUN pintu di kuak perlahan-lahan. Naura yang sedang leka mengulang kaji pelajaran itu di pandang bersama senyuman tipis. Deheman kuat sengaja di berikan bagi menyedarkan anak gadisnya itu. Naura yang sedar dengan bunyi deheman seseorang itu laju menolehkan kepalanya. Bibir turut membalas senyuman tipis milik sang bapa yang kini sudah tercegat di hadapan muka pintu. "Naura sibuk ke tu?" soal Encik Kamarul. "Takdelah. Kenapa abah?" soal Naura lembut. "Boleh abah masuk?" pinta Encik Kamarul. "Eh masuklah bah. Lupa pulak Naura nak pelawa abah tadi," sengihan kerang busuk dilorekkan. "Naura buat apa tadi tu?" soal Encik Kamarul berbasa basi. Punggung dilabuhkan duduk diatas birai katil milik Naura. "Oo takde apa pun. Buat research sikit pasal assignment yang

    Huling Na-update : 2024-10-29
  • Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia)    BAB 3

    PAVILION KUALA LUMPUR menjadi destinasi persinggahan buat Naura dan Hafiz menghabiskan masa buat kali pertama ini. Elok saja kereta masuk ke ruangan parkir, Naura segera membuka pintu kereta itu. Laju tubuhnya di bawa keluar daripada kereta mewah milik Hafiz. Usai itu pintu kereta sengaja di tutup secara kuat. Memang sengaja mahu menyakitkan hati Hafiz yang terkebil-kebil merenung ke arahnya. "Hei budak ni macam nak menjahanamkan kereta aku je," omel Hafiz. Melihatkan Naura yang mahu membuka langkah itu, dia laju keluar daripada perut kereta. Langkah sama di atur ke arah Naura yang sudah berjalan laju di hadapannya saat ini. Nasib baik kakinya yang panjang itu memudahkan untuk dia mengejar langkah Naura. "Hei tunggulah dulu. Jalan laju-laju nak pergi mana? Mall ni tak lari pun lah," ujar Hafiz. "Saja. Kenapa pak cik penat dah ke?" soal Naura sinis.

    Huling Na-update : 2024-10-29
  • Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia)    BAB 4

    PINTU kereta di tutup kasar. Usai itu langkah di atur menuju masuk ke dalam rumah. Bibir usah di kata sudah muncung sedepa. Natrah yang sedar akan kepulangan kakaknya itu, lekas merapati. Wajah Naura yang masam mencuka itu di pandang dengan pandangan bosan. Pasti ada sesuatu yang membuatkan kakaknya itu berwajah cemberut. "Hai kak biasa orang balik daripada dating happy je. Kau asal ni muka dah macam ayam berak kapur je aku tengok," sempat lagi Natrah memerli Naura. "Diamlah kau," marah Naura. Berkerut kening Natrah apabila menerima jawapan daripada kakaknya itu. "Hai aku tanya pun kau dah nak marah?" cebik Natrah. Hafiz yang baru saja datang menghampiri kedua orang gadis itu melemparkan senyuman tipis. Natrah yang sedar akan kedatangan bakal iparnya itu mula menyapa mesra. "Hai Abang Hafiz. Seronok ke keluar dating

    Huling Na-update : 2024-10-29
  • Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia)    BAB 5

    "Good morning abah.. Good morning umi.." sapa Naura teruja. Pipi Encik Kamarul dan Puan Ramlah dikucup mesra. Punggung dilabuhkan duduk bersebelahan kiri Encik Kamarul."Morning... Hai happy nampak?" tegur Encik Kamarul senada."Aik kenapa abah tanya? Naura nak happy pun salah ke?" cebik Naura."Tak salah pun. Cuma pelik je. Kamu biasakan kalau pagi-pagi macam ni mood selalu ke laut. Ni nampak happy je kenapa? Ada apa-apa yang nak di share dengan kami semua ke?" soal Encik Kamarul. Nasi goreng kembali disuap ke dalam mulutnya."Abah, Kak Naura happy tu sebab tak lama lagi nak kahwin. Orang tengah bahagia tu abah," celah Natrah."Eh kau memandai je ya," marah Naura."Betul lah apa aku kata ni kak," tukas Natrah."Sudah-sudahlah tu. Kamu berdua ni depan rezeki pun nak bertekakkan? Pantang berjumpa ada je benda nak digaduhkan. Peninglah umi dengan perangai kamu berdua ni.," celah Puan Ramlah yang

    Huling Na-update : 2024-10-29
  • Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia)    BAB 6

    SEBUAH kereta mewah berjenama Chevrolet Camaro memasuki halaman rumah keluarga Naura. Hafiz keluar dengan penuh gaya sekali daripada perut kereta. Dia melangkah penuh berkarisma menuju masuk ke dalam rumah banglo 2 tingkat itu."Assalamualaikum.. " salam dilaung penuh tertib. Almaklumlah nak menghadap keluarga mentua mestilah kena tunjukkan sikap yang bagus."Waalaikumusalam.. Ha sampai pun kau Hafiz. Masuklah," pelawa Encik Kamarul ramah.Hafiz dah tersengih bagai kerang busuk. Ajakan Encik Kamarul disambut baik. Dia segera masuk dan melabuhkan duduk di ruang tamu. Mata dah tercari-cari pemilik hatinya itu. Dimanakah keberadaan si cantik manis itu?"Naura mana?" soal Hafiz tak sabar."Naura ada dekat atas lagi. Tengah bersiaplah tu. Kau bawak bersabar sikit ya. Anak dara aku tu kalau bersiap memang mengalahkan tuan puteri," ujar Encik Kamarul. Bukan dia tak nampak sejak masuk ke dalam rumah Hafiz bagaikan tercari-cari bayang anaknya itu.

    Huling Na-update : 2024-10-29
  • Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia)    BAB 7

    GAUN putih yang tersarung ditubuh langsingnya ditilik atas bawah. Melalui pantuan cermin yang ada di hadapannya saat ini, mata tunak merenung pula ke arah wajahnya. Dengan solekan yang cukup tipis sahaja cukup untuk menaikkan seri diwajahnya. Ini semua adalah hasil sentuhan daripada salah seorang juru solek terkenal yang ditempah khas oleh Hafiz buat Naura.Siapa sangka malam semalam tepat jam 9 malam Naura dan Hafiz selamat diijab kabulkan. Kini dia sudah sah bergelar isteri buat lelaki berusia 47 tahun itu. Dan apa yang pasti selepas ini kehidupannya juga pasti akan berubah."Tak siap lagi ke?"Naura yang sedang larut dengan lamunannya itu tersentak seketika apabila dengan tiba-tiba Puan Ramlah datang menyapanya. Puan Ramlah yang baru saja melangkah masuk ke dalam ruangan bilik hotel itu datang mendekati Naura dengan senyuman manis yang tak lekang dibibir."Naura kenapa ni? Monyok

    Huling Na-update : 2024-10-29
  • Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia)    BAB 8

    TUALA hotel yang sudah digunakan dicampakkan kasar ke dalam bakul pakaian kotor. Kaki melangkah merapati Naura yang sedang duduk bersantai diatas katil. Punggung dilabuhkan duduk bersebelahan cik isteri.Naura yang tadinya leka merenung ke arah skrin telefon bimbitnya mendongak sedikit apabila sedar akan kehadiran Hafiz. Liur ditelan kesat apabila melihat ke arah Hafiz yang tidak mengenakan baju itu. Tersembur otot-otot six pax dibahagian perut lelaki itu. Malah haruman maskulin yang terbit dari tubuh lelaki itu sedikit membuatkan dia terpesona."Naura? Dengar tak apa yang saya cakap ni?" soal Hafiz. Tangannya dah melambai-lambai ke hadapan wajah Naura yang sudah mengelamun jauh itu."Ha? Pak cik cakap apa?" terkebil-kebil Naura membalas pandangan Hafiz."Hesy Naura ni. Tu lah mengelamun lagi sampai apa saya cakap pun Naura tak dengar," cebik Hafiz."Ala sorry lah saya tak sengajalah. Pak cik nak cakap apa sebenarnya ni?" soal Naura ber

    Huling Na-update : 2024-10-29
  • Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia)    BAB 9

    BEG bagasi berisi pakaian milik Hafiz dan Naura diletakkan ke dalam bonet kereta. Usai itu pintu kereta di bahagian penumpang di sebelah hadapan di bukakan khas buat cik isteri kesayangan. Bibir tak lekang melorekkan senyuman manis bak gula yang tertumpah. Tutup saja daun pintu, Hafiz segera berlari menuju ke arah pintu di bahagian pemandu. Usai memakaikan tali pinggang keledar ke tubuh sasanya dia menoleh sebentar ke arah Naura. "Are you ready sayang?" soal Hafiz. "Yes I'm ready..!" sahut Naura teruja. Terhambur tawa Hafiz melihatkan keterujaan yang dipamerkan oleh Naura. Dengan lafaz Bismillah, perlahan-lahan pedal minyak kereta di tekan. Sekaligus meninggalkan perkarangan hotel mewah tempat mereka bermalam. Kereta dikemudi menuju masuk ke dalam laluan lebuh raya. Hafiz dan Naura sudah merancang mahu menghabiskan cuti mereka dengan pergi berbulan madu bersama. Pada mulanya Hafiz mahu mengajak Naura untuk pergi berbulan madu di luar negara ta

    Huling Na-update : 2024-10-29

Pinakabagong kabanata

  • Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia)    BAB 18

    BANGUNAN pencakar langit yang berada di hadapan matanya saat ini di pandang dengan penuh rasa keterujaan. Kaki kemudian dibuka melangkah dengan penuh yakin menuju masuk ke dalam bangunan yang sedang berdiri megah itu.Masuk sahaja ke dalam bangunan serba mewah itu, kaki selamba dibawa menuju ke arah pintu lif. Mata-mata yang dah memandang penuh kehairanan ke arahnya langsung tidak diperdulikan. Keluar sahaja daripada pintu lif, kaki menapak laju menuju ke arah sebuah bilik pejabat yang bakal menjadi persinggahan buatnya seketika nanti. TUK TUK"I nak jumpa dengan Tuan Hafiz..." ucap Delina. Wajah tanpa riak dipamerkan. Mata merenung kosong ke arah Man, setiausaha sulit kepada Hafiz Rahim.Tercenggang Man melihatkan figura wanita yang sedang berdiri tegak di hadapannya saat ini. Jelaslah dia sendiri terkejut dengan kunjungan yang diterimanya secara tiba-tiba ini. Nafas ditarik dalam sebelum dihembus dengan perlahan-lahan."

  • Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia)    BAB 17

    MUTIARA-MUTIARA jernih yang mengalir laju dari tubir mata di lap kasar menggunakan tisu yang berada di atas meja. Bibir yang sudah membengkak itu di usap perlahan-lahan. Merah padam wajahnya dek kerana di kerjakan si isteri muda."Sampai hati Naura buat abang macam ni?" luah Hafiz sebak."Naura buat apa pada abang ni?" berlapis dahi Naura. Telefon yang berada di pegangan tangan di letakkan ke tepi. Diberikan tumpuan sepenuhnya kepada encik suami kertu. Eheks!"Apa benda yang Naura masak ni? Naura cuba nak bunuh abang ke?" tersedu sedan Hafiz menyoal. Mangkuk yang masih berisi separuh mi goreng itu di tolak kasar ke tengah meja. "Apa abang merepek ni? Nak bunuh apanya? Kalau Naura nak bunuh abang tak adanya Naura pun makan benda yang sama dengan abang. Mesti Naura biarkan je abang makan mi ni sorang diri," merengus kasar Naura. Tak suka di tuduh sedemikian rupa oleh encik suami."Habis tu mi apa yang Naura masak ni? Pedas nak mampu

  • Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia)    BAB 16

    "KAU tahu kenapa aku panggil kau datang jumpa aku ni?" soal Hafiz serius. Wajahnya langsung tak terbias dengan secalit senyuman pun. "Tak... Tak... Ada apa ya tuan?" soal Nana gugup."Aku panggil kau ke mari sebab kau dah pun buat salah besar dekat dalam rumah aku ni," ujar Hafiz tegas."Sa... Salah? Salah besar apa yang saya dah buat ni tuan?" gusar Nana menyoal. Wajah tegang Hafiz di pandang gerun."Aku sebenarnya paling benci dengan orang jenis kaki pencuri ni. Depan nampak baik tapi belakang buat kerja mencuri. Pantang tengok barang orang sikit mulalah jadi panjang tangan," sinis Hafiz berkata. "Apa... Apa maksud tuan? Saya tak faham..." soal Nana takut. Terjongket kening Hafiz seketika. Bibir terukir dengan senyuman sinis. "Kau tak faham ke atau sengaja buat-buat tak faham? Tak apa meh sini aku fahamkan kau."Gagang telefon di capai. Butang interkom di tekan, sekaligus menghubungkan dia dengan pembantu peribad

  • Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia)    BAB 15

    "PAK Abu nanti tolong berhentikan Naura dekat depan pasaraya tu boleh tak? Naura ada nak beli barang sikit," pinta Naura lembut. "Baik madam..." akur Pak Abu selaku pemandu yang telah di upah oleh Hafiz untuk membawa isteri majikannya itu ke mana sahaja yang Naura mahu pergi. Kereta yang tadinya bergerak laju mula di berhentikan di hadapan salah sebuah pasaraya mini, sesuai seperti yang di minta oleh Naura sebentar saja tadi. Naura yang mahu membuka pintu kereta di bahagian penumpang belakang terhenti pergerakkannya seketika apabila dia mula teringatkan sesuatu. Di tolehkan wajah ke arah Pak Abu yang duduk di bahagian pemandu. "Pak Abu ada nak apa-apa tak? Naura boleh tolong belikan," soal Naura lembut. "Tak ada madam... Madam beli jelah apa yang madam nak. Pak Abu tak apa. Kalau Pak Abu nak apa-apa Pak Abu boleh beli sendiri," jawab Pak Abu. "Okay kala

  • Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia)    BAB 14

    FAIL yang tersusun di atas meja kerja di semak satu persatu. Hembusan nafas bosan mula kedengaran terpacul di bibirnya. Sekali sekala tangan naik memicit pelipis di dahinya.Akibat terlalu lama bercuti panjang, hari ini mahu tak mahu Hafiz terpaksa kembali semula bekerja. Bukan dia saja, malah Naura juga turut sudah kembali fokus kepada pembelajarannya di universiti. Bunyi ketukan kuat di pintu bilik kerja menganggu fokus Hafiz yang sedang bekerja itu. Tanpa sempat dia memberikan arahan untuk membenarkan tetamu yang tidak di undang itu masuk tiba-tiba saja pintu kayu itu sudah pun di rempuh masuk. Mata Hafiz dah tajam merenung ke arah figura yang sedang tersengih bagaikan kerang busuk itu."Tuan Hafiz Rahim kita dah balik... Apa macam bro? Seronok bercuti?" soal Aiman. Punggung dah di labuhkan duduk di atas sebuah kerusi berhadapan dengan Hafiz. "Kau memang jenis suka terjah masuk bilik orang kan? Memang tak reti nak sabar?" bidas Hafiz

  • Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia)    BAB 13

    "AKU betul-betul tak sangka wife Tuan Hafiz tu muda sangat. Entah-entah dia tu lebih muda daripada kita ni," ujar Nana salah seorang pembantu rumah di dalam rumah besar milik Hafiz."Betul kata kau tu, aku sendiri pun terkejut. Macam tak percaya Tuan Hafiz kahwin dengan perempuan muda macam tu. Aku syak umur dia tu lebih muda daripada kita semua ni," setuju Mimi rakan sekerja Nana yang juga merupakan pembantu rumah."Apa yang kamu semua nak pelik sangat? Zaman sekarang ni orang dah tak heranlah. Muda ke tua ke kalau dah namanya jodoh tu tak ada siapa pun yang boleh halang," celah Mak Bi selaku tukang masak di rumah itu."Memanglah orang tak heran Mak Bi, tapi Madam Naura dengan Tuan Hafiz tu saya tengok jauh sangat perbezaan usianya. Kalau beza 4 ke 5 tahun saya tak pelik tapi pada pandangan mata kasar saya, Madam Naura dengan Tuan Hafiz tu jarak usianya terlalu jauh. Dah macam anak dengan bapak. Madam Naura tu nampak sangat macam budak-budak ka

  • Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia)    BAB 12

    BEBOLA mata dah melingas ke kiri dan ke kanan. Hati dah di landa dengan perbagai persoalan saat melihat deretan rumah-rumah banglo mewah yang melatari pemandangan matanya saat ini. Wajah tenang Hafiz yang sedang santai memandu itu di kerling seketika sebelum mata sekali lagi melabuh pandang ke arah deretan rumah banglo yang tersergam indah mengisi ruang mata. Tak betah lagi terus diasak dengan perbagai tanda tanya Naura lekas mengutarakan soalan buat encik suami yang kelihatan tenang memandu. "Abang kita nak pergi mana ni?" soal Naura. Mendengarkan suara halus sang isteri, Hafiz lekas menoleh seketika ke arah Naura. Bibir tercalit senyuman manis sebelum soalan cik isteri di jawab. "Kita nak balik rumah kita lah sayang oi," jawab Hafiz. "Balik rumah kita?" soal Naura tak percaya. "Yalah..." jawab Hafiz. Naura yang mahu meneru

  • Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia)    BAB 11

    MATA yang tadinya terpejam rapat di buka perlahan-lahan. Mata yang terasa begitu pedih di usap seketika, membuang rasa kantuk yang masih tersisa.Tubuh segera dipusingkan menghadap ke sebelah kanan. Tersungging senyuman manis di bibir apabila melihatkan wajah tenang sang isteri yang sedang elok di buai mimpi indah dengan beralaskan lengan sasanya.Melihatkan wajah kepenatan sang isteri bibir automatik mengulumkan senyuman bahagia. Mengingati peristiwa keramat semalam membuatkan Hafiz tak henti mengukirkan senyuman manis. Dia benar-benar rasa bahagia. Naura kini dengan rasminya sudah sah menjadi hak miliknya. Dan Hafiz yakin tidak akan ada sesiapa pun yang mampu memisahkan mereka lagi. Cintanya kini hanya untuk Naura Khalisha. Isteri kesayangannya. "Hmm..." suara rengekan Naura menyentakkan Hafiz yang larut dengan lamunannya itu. Di palingkan wajah menghadap ke arah Naura yang erat memeluknya itu. "Morning sayang..." ujar Hafiz. Tubuh Naura di pe

  • Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia)    BAB 10

    GAUN tidur nipis yang sudah tersarung ditubuh langsingnya ditilik atas bawah. Bibir bawah digigit perlahan-lahan. Wajah dah memerah apabila melihatkan penampilan yang dirasakan cukup seksi. Tak pernah langsung Naura berpakaian sebegini seumur hidupnya. Tapi demi suami yang sedang merajuk di paksakan jua tubuhnya menyarung gaun tidur hasil pemberian si umi tercinta. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Naura segera melangkah keluar dari kamar mandi mewah itu. Perasaan gugup yang bertandang di dalam hati di kawal sebaik mungkin. Keluar saja dari kamar mandi kepala dah terjenguk-jenguk mencari bayang encik suami. Mata dah melilau ke sekeliling kamar tidur itu, namun bayang Hafiz langsung tidak kelihatan. "Mana pulak pergi orang tua ni?" omel Naura tanpa sedar. Tak betah terus di belenggu dengan rasa penasaran, kaki di atur menuju keluar dari kamar tidur. Saat k

DMCA.com Protection Status