sesungguhnya cinta itu akan menjadi indah apabila tiada pengkhianatan.. "KENAPA AKU SEPERTI PERNAH BERTEMU DENGANNYA?" KAPT.ZAKUAN EDAN "DAH BERKALI AKU KATAKAN CINTA! KAU HARUS LENYAPKAN DIA DARI HIDUP KAU!!" ALISYA KIRANA
View MoreWINSTAR CASINO AND RESORT,OKLAHOMA.PERTUNJUKAN tari tiang masih lagi rancak di atas pentas kemilau. Beberapa orang lelaki separa mabuk yang kalah judi mengerumuni tiga penari tiang bertubuh mungil tersebut. Tangan serta kaki terawang-awang seolah mahu menangkap penari-penari seksi yang asyik meliuk-lentok tubuh. Dari jauh, Tuan Elissandro tersenyum sambil menghisap curut dan makin dalam hisapan. Dia tersenyum melihat kemeriahan pusat kasino miliknya itu. Sedang asyik memerhati datang seseorang terus membisik sesuatu ke telinganya. Hembusan huruf O naik ke udara bergilir-gilir bagaikan putaran roda meja judi Roulette. Terdengar sahaja nama anaknya itu, Tuan Elissandro terus merenyuk curut walau mas
WINSTAR CASINO AND RESORT, OKLAHOMA. PERTUNJUKAN tari tiang masih lagi rancak di atas pentas kemilau. Beberapa orang lelaki separa mabuk yang kalah judi mengerumuni tiga penari tiang bertubuh mungil tersebut. Tangan serta kaki terawang-awang seolah mahu menangkap penari-penari seksi yang asyik meliuk-lentok tubuh. Dari jauh, Tuan Elissandro tersenyum sambil menghisap curut dan makin dalam hisapan. Dia tersenyum melihat kemeriahan pusat kasino miliknya itu. Sedang asyik memerhati datang seseorang terus membisik sesuatu ke telinganya. Hembusan huruf O naik ke udara bergilir-gilir bagaikan putaran roda meja judi Roulette. Terdengar sahaja nama anaknya itu, Tuan Elissandro terus merenyuk curut walau masih ada bara hujungnya.&nbs
TAS TANGAN berjenama VERSACE dilemparkan atas katil. Rambut palsu juga ditarik secara kasar. Mekap indah terus disememehkan tanpa melihat cermin. Bahagian paling kerap dia tenyeh dengan kasar adalah bibir entah apa yang melekat pada bahagian itu, sebenarnya. Hanya dia seorang yang tahu. “Argh, benci. Aku jijik. Aku jijik tahu tak!” bebelnya menunduk tergeleng. Apa perkara yang sedang merunsingkan jiwa susuk tubuh itu. “Aku dah katakan takde jantan yang baik dalam dunia ini tapi kau degil. Tetap juga nak teruskan hidup yang kau anggap normal sangat itu. Siapa dia?” soal satu suara dari arah sebelah. Wanita itu terus mendongak serta pandang sisi. Dia menggeleng kemudian tertunduk semula.&n
“DATO E kan?” Alicia menapak laju apabila terpandang seseorang yang pada ketika itu sedang minum kopi seorang diri di kafe pusat beli-belah tersebut. Lelaki separuh baya namun masih kacak bergaya ditambahi pula dengan statusnya sebagai ahli korporat berjaya membuatkan dia kelihatan segak dan muda. Kopi tidak jadi diteguk kala mata menilik sekujur tubuh tegak berdiri sambil melemparkan senyuman padanya. Alicia tanpa dipelawa terus melabuhkan tubuhnya berhadapan dengan Dato E. Kacamata dari jenis Aviator Rayban ditarik keluar lalu menonjolkan lagi kejelitaan wajah kacukan tersebut. Dato E, pada mulanya agak terkejut dengan sapaan serta kehadiran wanita persis seorang model itu lantas dia cuba untuk tersenyum. Alicia menyilangkan kakinya yang terdedah dek kerana skirt ketat hitam yang dipakainya paras paha
“MACAMANA boleh tahu?” soal Drake sedikit melenting apabila pemergiannya itu telah diketahui oleh Tuan Elissandro. Sudah pastilah Tuan Elissandro memarahinya kini. Dia bukan sengaja atau jalan-jalan ke Malaysia, tetapi ada misi dia harus jalankan. Jika tidak dia takkan sanggup belah awan Brazil untuk ke seberang Lautan Pasifik. “What? Shit! How come?” Drake menekan semakin kuat suaranya apatah lagi dengan berita tersebut. Drake diburui. Rokok masih berbara seraya dikeronyok tanpa ada rasa panas. Drake pasti, tentu ada yang telah memberitahu Tuan Elissandro, dalam hati dia yakin siapakah orangnya. “Argh, tak guna!!!” tengkingnya menghempas telefon pintar ke meja sehingga pecah. Talian ant
“TUNGGU!” “Tunggu dulu awak... awak tunggu saya... awak tolong dengar kata-kata saya dahulu.. awak ... jangan awak.. jangan!!” Zakuan terus terbangun. Mata meliar ke setiap arah dalam kubikel sederhana luas tersebut. Gendang jantung masih bertalu. Muka diraup kasar seraya bibir ucapkan istigfar. “Aku bermimpi lagi....” bisiknya setelah wajah dikeringkan sedikit. Selimut diselak ke tepi dan Zakuan juga tergamam dengan satu lagi susuk tubuh sedang berbaring menghadap ke arahnya. Zakuan terdongak dengan kerutan dahi berlapisan. Mata dari pandang siling kini dia arahkan pula ke bawah dan bergerak pada longgokan pakaian miliknya serta pakaian perempuan. “Hei sayang dah bangun ke? Uhuh...” soal satu suara lebih pada rengekan. Daisy Aqila sengaja tidak mahu menarik selimut dan terus memeluk tubuh Zaku
RIO DE JANEIRO,WAKTU TEMPATAN.LIONS NIGHTCLUB,PANG! Semua yang ada dalam kamar eksklusif itu kaku. Dari bersuara meningkah kini membisu. Si gadis pula terus terbangun dari atas ribaan. Bergolek-golek botol hijau tinggal separuh ke dinding kamar berpenghawa dingin itu. Elissandro terus bangun dan curut di lemparkan ke tepi, panas hatinya panas mendengar perkhabaran tersebut. “Argh shit! How dare you are hah Antonio?” sanggahnya menyepak dan menampar secara rawak para konconya yang tidak bernasib baik. Kekasih hati yang mahu mendekati terus terhenti langkahnya. Ternyata baran Tuan Elissandro bukan kepalang mainan. Tidak kisah perempuan atau lelaki pasti akan kena tempias dan jika tidak bernasib
DEAR LOVE ( new episode) “SORRY!” ujar satu suara garau. Kapt. Zakuan terus menunduk untuk mengambil semula topi pilot yang terjatuh atas lantai. Begitu juga dengan lelaki berwajah orang Eropah tersebut, dia juga turut menunduk untuk mengutip topi yang sama. “It’s okay that’s my fault too...” terang Zakuan mengalihkan wajahnya dari pandang lantai dan topi ke wajah figura di sebelahnya itu. Ukiran senyuman menjadi sedikit kaku apabila lelaki berwajah orang Eropah itu menanggalkan kaca matanya. Sinar zamrud pada bola matanya telah membangkitkan semula sebuah memori lama. Susuk tubuh berjaket kulit hitam serta berseluar jeans juga dari rona sama mengangkat tubuhnya dengan pantas. Ada garis senyum dia lorekkan pada bibir namun kelihatan sinis. Zakuan juga turut
NELLY AUFIYA mengigit bibir. 'Aku tak boleh kalah, aku takkan mengalah pada betina gila tuh! You're mine ... You're mine!' hatikecil bertegas.Tangan Nelly juga spontan mengusap perutnya. "Takkan ada sesiapa yang tahu ini benih dari siapa," bisiknya tetap tersenyum walau hati semakin luluh.Memang dia ada skandal dengan Dato'E merangkap papa Zakuan tetapi Nelly pasti benih yang mulai bercambah dalam rahimnya itu bukan dari lelaki tua itu.Seperti biasa itu hanya sekadar poin untuk pasang perangkap untuk menjerat cinta lelaki-lelaki kaya dan bergelar di luar sana. Bukannya Dato Ebraheem sahaja yang telah Nelly Aufiya peluk cium!"Ini anak you Zack!" ujar Nelly terus merenung ke arah Cinta Alisya. Nelly tidak menyedari kelainan yang sedang berlaku pada waktu itu. Nelly hanya tahu tentang kewujudan semula Dr Kamal Pakar Psikiatri yang selama ini telah diwartakan sebagai arw
"CINTA ALISYA?" Soal seorang lelaki kacak lengkap berpakaian seorang Pilot. Ditangannya pula, terdapat sekeping kad berukuran 3r dan di dalam kad itu terlekatnya sekeping gambar berukuran pasport. "Lama tunggu?" Sapa si figura yang sedang merenung wajah tampan tersebut dengan agak lama. Senyum lebarnya mulai mengendur tatkala teman di sisi tetap membisu dan kaki bagaikan terpaku. "You ? Are you still here ? Who's card this is?" Pramugari jelita itu menaikkan sedikit oktaf suaranya pabila mata terenung nama dalam kad tersebut. Kad terus dia rampas dari tangan lelaki kacak berpakaian seorang juruterbang itu dengan kasar. "Who is she! I
Comments