"TAK sangka ya kita berjumpa lagi? Apa awak buat kat sini?" soal Zakuan tetap tersenyum walaupun gadis di depannya itu seolah-olah tidak menyedari akan kehadiran dia di situ.
Cinta Alisya tetap dengan kamera ditangan. Dipetik berkali dan setelah itu, di lihat semula. Zakuan memang berasa berat untuk duduk di sebelah gadis ayu itu, Zakuan bersiul untuk menarik perhatian gadis itu lagi dengan harapan gadis ayu berkenaan akan mempelawanya duduk. Dia agak penat kini... Maklumlah baru lepas ke sana dan sini mencari barang untuk dibawa ke Malaysia nanti.
"Zack? Kau Zack kan?". Pertanyaan itu telah mendongakkan wajah Zakuan yang sedari dia hadir tadi, begitu ralit merenung wajah ayu milik gadis yang sedang duduk di hadapannya itu. Cinta Alisya juga turut mendongak dan matanya meneliti empunya wajah tersebut dengan agak lama. Entah kenapa hati tenangnya kian berantakkan setelah memandang wajah lelaki itu.
" Kamal? Dr Kamal?"
"Ya aku .." sahut lelaki yang kelihatan kacak berkacamata tersebut sambil menyambut huluran salam Kapt.Zakuan. Dalam masa yang sama juga Dr Kamal menaikkan keningnya seraya merenung Cinta Alisya. Dia bertembung lagi dengan Zakuan. Dan Zakuan pula masih lagi bersama dengan gadis yang dia temui dua malam yang lepas."Tak sangka aku, kita boleh berjumpa semula kat taman ni pula.." Sahut Dr Kamal cuba tersenyum pada Cinta Alisya. Cinta tetap dengan wajah tanpa romannya.
"Tula.. Aku pun.." jawab Zakuan lalu membiarkan Dr Kamal mendekati dirinya. Telinganya pula sedang dibisikkan dengan sesuatu.
"Kau dengan Cinta ni ada apa-apa ke? Dah dua kali aku terserempak kau dengan dia.. Kau dah tak dengan Nelly? Bukannya aku tak tahu perangai si Nell tu.." bisik Dr Kamal.
Zakuan yang pada mulanya tersipu-sipu, kini berubah seketika tampangnya. Dr Kamal perasan akan perubahan pada wajah tersebut.
"Kau okay ke ni Zack? Hei aku tanya je.. Takkan kau nak marah kot?" Soal Dr Kamal membuatkan Cinta juga merenung wajah Zakuan dan Dr Kamal silih-berganti. Tetapi renungan mata Cinta kelihatan tajam terarah pada Dr Kamal.
Tiba-tiba perutnya terasa memulas. "heh korang kejap ya ada nature call," ujarnya kelam- kabut meninggalkan kedua mereka. Yang sebenarnya Zakuan sedang cuba menahan kesakitan bukan kerana soalan dari Dr Kamal.
"Bro, teman kejap Cinta ya. Aku.. Aku tak tahan sangat ni!" tekan Zakuan lagi tertunduk-tunduk dia kini. Setelah meminta supaya Cinta Alisya tunggu sekejap untuk berbual sesuatu, Zakuan Edan berlari ke arah tandas awam.
"Boleh i duduk?" soal Dr Kamal cuba beramah dengan Cinta Alisya. Memang dah lama dia perhatikan kedinginan gadis tersebut. Sebagai seorang doktor dalam bidang Psikologi, sudah tentu Dr Kamal boleh membaca minda seseorang hanya melalui airmukanya sahaja.
"Ke mana dan di mana saja aku berada kau mesti adakan? huh.." Cinta terus mendongak setelah selesai berkata demikian. Dr Kamal merenung dengan sedalam- dalamnya ke dalam bolamata hitam milik Cinta Alisya. Lalu Dr Kamal tersenyum senget, telahannya betul. Memang ada yang tidak kena pada gadis berkenaan.
"Apalagi kau mahu? Kenapa mesti ekori aku? Bukankah aku dah stabil? Jadi mengapa tak biarkan aku hidup bebas seperti orang lain?" Oktaf suara Cinta Alisya sedikit meninggi bukan itu sahaja nadanya juga turut berubah.
"Alisya mana..." Dr Kamal tidak dapat menghabiskan ayatnya itu pabila suara Zakuan kedengaran. Dr Kamal terus berpaling dan tersenyum kembali. Begitu juga dengan Cinta melihat kamera semula dan berkeadaan seperti tiada apa yang berlaku.
Dan soalan Dr Kamal tergantung begitu sahaja. Namun dia perasan akan senyuman yang tersungging dibibir Cinta Alisya, senyuman yang penuh dengan makna yang mendalam.
"Bro, ok lah aku rasa aku kena pergi dahulu..". terang Dr Kamal langsung mengangkat briefcase miliknya yang telah dia letakkan tepi gadis yang kembali merenung kameranya itu.
" Lah, cepatnya .. Aku ingat nak belanja kau orang berdua lunch, maklumlah aku tak lama dah kat sini.." ujar Zakuan agak sayu merenung ulah dingin Cinta Alisya yang langsung tak mahu berbual.
Cinta Alisya menelan liurnya sedetik. Entah kenapa, hati kerasnya lentur sedikit dek kata-kata berbaur sindiran lembut tersebut. Sementelahan dia yang memulakan dahulu dan kini dia pula dengan sengaja bersikap dingin.
"Sorry bro i'm really busy .. What if this night? Your departure when?" Soal Dr Kamal yang sememangnya mahu keluar lagi dengan pasangan tersebut. Apatah lagi ada sesuatu yang ingin dia bincangkan dengan Cinta Alisya.
"Cinta, awak pula bagaimana? Saya harap awak tak mengecewakan permintaan saya ini..." pinta Zakuan Edan penuh mengharap. Memang benar dia telah mulai jatuh hati pada Cinta Alisya.
"Bro, kalau ini pilihan kau.. Kau kena berterus-terang pada Nelly. Jangan biarkan dia lagi mengharap.. Aku doktor Psiko bro.. Aku lebih tahu.." ujar Dr Kamal dan terus menepuk perlahan bahu Kapten muda itu.
Zakuan Edan hanya mampu tersenyun, hanya dia sahaja yang tahu. Tidak mudah untuk menundukkan gadis bernama Cinta Alisya.
*******
"ARGH!!!" pekik Nelly melemparkan segala kusyen kecil tanpa arah. Hatinya benar-benar sakit kini. Skrin laptop yang masih lagi memaparkan gambar diantara Zakuan Edan dengan seorang gadis di muka buku masih lagi kaku tergeletak atas lantai setelah dibaling. Entahkan rosak entahkan tidak komputer riba dari jenama LENOVO tersebut.
"Kalau aku tak dapatkan kau Zack ! Jangan harap betina lain boleh dapat ! Over my dead body!" bentaknya lagi. Nelly terus terdongak tangan yang mengusut-gusutkan rambut kini dilepaskan lalu tancapan Nelly tajam sekali terarah pada pisau yang terpacak atas buah epal di meja makan.
"You're mine Zack.. You're mine!!!".
******
DR KAMAL dengan pantas mengeluarkan telefon pintarnya dari dalam poket kemeja sebelum dia tekan pada satu aplikasi. Dia tahu dirinya sedang diekori intuisi terlalu kuat. Setelah menekan aplikasi tersebut, Dr Kamal terus mengangkat fonselnya itu separas muka. Dia kini dapat melihat dengan jelas biarpun dari berlainan arah.
Figura berbaju serba gelap itu kini tegak berdiri betul-betul di hadapan Dr Kamal. Tangannya masih lagi tersorok dalam poket jaket kulitnya. Wajahnya dibiarkan tanpa sebarang pelindung kerana sudah berada di dalam gelap.
Hanya biasan cahaya dari sebatang lampu jalan menerangi lorong tersebut walaupun ia bukanlah lorong belakang. Dr Kamal tetap mengangkat kakinya dan bergerak ke arah figura berkenaan tanpa ada rasa gementar. Hanya Allah SWT yang perlu dia tegur Dr Kamal dahulu. Dia yakin itu memang Alisya. Dr Kamal amat mengenali personaliti tersebut. Gadis itu juga diantara yang terbaik ditempat mereka. Dan oleh kerana itulah, Alisya dibenarkan pulang biarpun Dr Kamal tidak mengizinkan.
"Huh.. Doktor... Doktor.." Figura yang kini sedang berada di hadapan bersuara dan mengoyakkan senyuman sinikalnya dari balik kegelapan. Hanya bibir yang dihiasi lipstik merah pekat kelihatan.
"Alisya kenapa awak lakukan lagi pembunuhan? Kenapa awak seksa tubuh yang awak sedang tumpangi ini?"
"Diam! Aku tak menumpang sesiapa pun. Kenapa dengan kau hah doktor? Tak habis-habis nak menyusahkan aku? Tubuh ini yang perlukan aku! Dia terlalu lemah!"
"Alisya sudah menemui dia kan? Tolong Alisya jangan ganggu dia lagi.."
"Kenapa? Kau takut kalau aku dapat bunuh dia? Apa salahkah aku balas dendam! Dia.. Dia yang menyebabkan aku wujud!"
MAHU tak mahu, Kapt.Zakuan terpaksa menerbangkan semula pesawat Boeing 777 ke Malaysia biarpun hatinya masih lagi berada di Taiwan. 'Sampainya hati kau, Cinta... Kau langsung tak mahu berjumpa dengan aku buat kali terakhir' lirihnya dengan berkali-kali. Kapt.Zakuan juga tidak memberi tumpuan pada penerbangan itu. Jarinya memetik setiap punat yang ada tanpa melihatnya dengan terlebih dahulu. "Zack!" "Zack!!" "Hey Zack are you hear me? We're going down!! Please pay attention to your rudder!!" Zakuan baru tersedar dari alam lamunan, lalu merenung teman disebelah yang semakin pantas menekan punat-punat papan asimilator at
"KAU kenal ke dengan mereka tu, Cinta. Aku tengok tenungan mata kau tu lain macam jer tambah kat lelaki Pilot tu!" Laila melajukan lagi langkah kakinya untuk menuruti Cinta Alisya yang secara tiba-tiba berjalan laju."Cinta, kau dengar tak apa aku soal kau tadi? Ke pura-pura tak dengar?" sindir Laila rakan sebilik Cinta. Panas pula hatinya melihat tingkah gadis tersebut yang terang-terangan cuba untuk tidak memperendahkan soalannya itu. Bukannya Laila tak perasan akan pandangan Cinta pada lelaki yang sedang berkepit dengan kekasihnya itu."Cinta!!" Laila terpaksa menaikkan oktaf suara memandangkan Cinta Alisya masih lagi dengan wajah tanpa perasaannya itu.Langkah terhenti. Lalu Cinta Alisya memalingkan wajahnya supaya dapat bertemu dengan mata Laila. Dan Laila pula, telah bersedia dengan jawapan gadis tersebut."Kenapa kau mahu tahu?""Tak salahkan?""Ya, aku kenal dengan mereka. Puas h
"WHAT mummy no! No! It can't be... Zack cannot cancel it!!! No mummy! No..." sanggah Nelly Aufiya mulai ingin meroyan. Dia terus terduduk lantas mata dia talakan ke arah perutnya yang makin hari makin membesar. Niatnya yang ingin ketemu Brian terus terencat disaat Puan Sri Luna memberitahunya akan berita tersebut. Wanita jelita bergelar vvip itu juga agak terkejut dengan berita yang baru dia dengari dari mulut Puan Esya. Itupun hanya melalui talian telefon. Keluarga Zakuan mahu memutuskan juga pertunangan tersebut biarpun mereka tahu akan risikonya. "Tak boleh mami, Nell tak benarkan ia berlaku. Zack tak boleh putus tunang dengan Nell.. Apa? Takkan mereka tak t
"PLEASE sayang, you tak boleh tinggalkan i... You tak boleh buat I begini Zack. I masih cintakan you, Zack. I'm begging you don't ever leave me. I'm still need you..." Nelly Aufiya berterusan memujuk rayu lelaki yang sedang berpeluk tubuh sambil pandangannya pula dihalakan ke arah bawah cenuram tersebut. Dari jauh bangunan tinggi-tinggi yang ada di kota Kl kelihatan seperti susunan lego sahaja.Nelly takkan sesekali melepaskan Zakuan Edan pada mana-mana perempuan dan ini termasuklah pada Cinta Alisya. Apatah lagi benih Ebraheem dan lelaki-lelaki lain yang pernah Nelly tiduri, makin hari makin tampak bentuknya. Tak mungkin boleh diselindungkan lagi. Nelly harus percepatkan tarikh pernikahan antara dia dengan Zakuan. Papa dan mami tak boleh tahu status sebenar bayi dalam perutnya i
ALISYA tahu bahawa dirinya itu sedang diekori oleh seseorang. Dia tetap membuka langkah dengan tenang. Laluan pula akan dia lencongkan ke satu lagi lorong yang tiada para kupu-kupu malam mahu pun gelandangan.Dari jauh kelihatan ada dua orang dalam pakaian jaket hoodie saling mengekori antara satu sama lain. Seorang melangkah dengan gerakkan yang laju dan yang di hadapan pula tetap menapak dengan tenang."Mana perempuan ni nak bawa aku ni, dia dah tahu aku sedang mengekorinya ke atau apa hah?" omel Nelly yang makin rimas dan panas dalam pakaian sedemikian."Euu.. Apa pula aku pijak ni?" sungutnya terpaksa berhenti tatkala terdengar bunyi ciapan seperti terpijak benda licin. Mahu tak mahu, Nelly dengan wajah jijiknya mengangkat kaki lalu melihat apa yang ada di permukaan tapak kasut sukannya."Euuu.. Tahi? Siapa bodoh sangat ni melepas ikut dan je lah! Argh tak guna?" sela Nelly terus menggeser-ges
"KENAPA dengan you ni Nelly, I tengok you semenjak-dua menjak ni lain je I tengok. Anything happened to you or got a problem. Come on don't say doesn't have any solution.." ujar Dato'E seraya meraih jari-jemari wanita anggun berbaju satin paras paha itu lalu dibawakan ke bibir. Dato'E sedikit menunduk sebelum dia hadiahkan satu kucupan pada belakang telapak tangan Nelly Aufiya. Nelly sekadar memberikan senyuman kosongnya. Hatinya masih lagi berkocakkan dengan peristiwa dua hari sudah apatah lagi sehingga hari ini dia masih belum ada kesempatan untuk menemui Zack. Zakuan atau Zack perlu tahu perkara itu.
SEHINGGA ke hari ini, tiada satu khabar berita pun dari Nelly. Manakala Ebraheem pula seperti sediakala berkelakuan seperti orang yang tiada kesalahan."Zack, hari ini Zack cutikan ada nak ke mana-mana tak," soal Puan Esya sambil menuangkan air kopi susu ke dalam cangkir miliknya setelah dia mengisi cangkir Zakuan dan suaminya, Ebraheem yang masih lagi belum turun untuk sarapan.Zakuan yang baru sahaja ingin menjawab soalan mamanya itu terus tidak jadi apabila Ebraheem menyampuk dari atas tangga. Puan Esya seraya bangun dan menarik kerusi untuk Ebraheem duduk."Zack, papa perlukan pertolongan Zack. Papa tahu Zack tahu tentang perkara ini," terang Ebraheem tidak sepenuhnya. Puan Esya yang memasang telinga hanya mendiamkan diri dan tangan ligat menyapu jem atas permukaan roti Gardenia."Papa nak Zack bantu? Tapi Zack bukan pakar komputer, Zack pilot pa.." sahut Zakuan tahu apakah p
"MANA pula dia pergi ni, takkan begitu cepat sekali dia berjalan?" omel Kapten Zakuan Edan. Dia yang baru nak ke arah bilik papanya, Dato'Ebraheem telah dikejutkan dengan kemunculan Cinta Alisya!"Apa dia buat kat sini? Dan kenapa pula dia mahu bertemu dengan papa? Ada apa Cinta sama papa?" soal Zakuan sambil bercekak pinggang."Benarkah itu Cinta? Kenapa dia nampak aku, dia lari? Takkan tak kenal aku kot atau dia berpura-pura tidak kenal? Motif?" soalnya lagi makin bertambah kedut pada dahinya."Zack, papa panggil kenapa tak masuk lagi?" tegur kak Siti merangkap setiausaha kewangan Dato'Ebraheem kelihatan agak tergesa-gesa. Ditangannya pula telah tersusun fail-fail laporan yang akan dibentangkan pada minit mesyuarat sebentar sahaja lagi. "Zack, kamu tunggu apa lagi? Cepatlah nanti papa kamu tu bising.." sela Kak Siti sambil terbetul-betul cermin matanya yan
WINSTAR CASINO AND RESORT,OKLAHOMA.PERTUNJUKAN tari tiang masih lagi rancak di atas pentas kemilau. Beberapa orang lelaki separa mabuk yang kalah judi mengerumuni tiga penari tiang bertubuh mungil tersebut. Tangan serta kaki terawang-awang seolah mahu menangkap penari-penari seksi yang asyik meliuk-lentok tubuh. Dari jauh, Tuan Elissandro tersenyum sambil menghisap curut dan makin dalam hisapan. Dia tersenyum melihat kemeriahan pusat kasino miliknya itu. Sedang asyik memerhati datang seseorang terus membisik sesuatu ke telinganya. Hembusan huruf O naik ke udara bergilir-gilir bagaikan putaran roda meja judi Roulette. Terdengar sahaja nama anaknya itu, Tuan Elissandro terus merenyuk curut walau mas
WINSTAR CASINO AND RESORT, OKLAHOMA. PERTUNJUKAN tari tiang masih lagi rancak di atas pentas kemilau. Beberapa orang lelaki separa mabuk yang kalah judi mengerumuni tiga penari tiang bertubuh mungil tersebut. Tangan serta kaki terawang-awang seolah mahu menangkap penari-penari seksi yang asyik meliuk-lentok tubuh. Dari jauh, Tuan Elissandro tersenyum sambil menghisap curut dan makin dalam hisapan. Dia tersenyum melihat kemeriahan pusat kasino miliknya itu. Sedang asyik memerhati datang seseorang terus membisik sesuatu ke telinganya. Hembusan huruf O naik ke udara bergilir-gilir bagaikan putaran roda meja judi Roulette. Terdengar sahaja nama anaknya itu, Tuan Elissandro terus merenyuk curut walau masih ada bara hujungnya.&nbs
TAS TANGAN berjenama VERSACE dilemparkan atas katil. Rambut palsu juga ditarik secara kasar. Mekap indah terus disememehkan tanpa melihat cermin. Bahagian paling kerap dia tenyeh dengan kasar adalah bibir entah apa yang melekat pada bahagian itu, sebenarnya. Hanya dia seorang yang tahu. “Argh, benci. Aku jijik. Aku jijik tahu tak!” bebelnya menunduk tergeleng. Apa perkara yang sedang merunsingkan jiwa susuk tubuh itu. “Aku dah katakan takde jantan yang baik dalam dunia ini tapi kau degil. Tetap juga nak teruskan hidup yang kau anggap normal sangat itu. Siapa dia?” soal satu suara dari arah sebelah. Wanita itu terus mendongak serta pandang sisi. Dia menggeleng kemudian tertunduk semula.&n
“DATO E kan?” Alicia menapak laju apabila terpandang seseorang yang pada ketika itu sedang minum kopi seorang diri di kafe pusat beli-belah tersebut. Lelaki separuh baya namun masih kacak bergaya ditambahi pula dengan statusnya sebagai ahli korporat berjaya membuatkan dia kelihatan segak dan muda. Kopi tidak jadi diteguk kala mata menilik sekujur tubuh tegak berdiri sambil melemparkan senyuman padanya. Alicia tanpa dipelawa terus melabuhkan tubuhnya berhadapan dengan Dato E. Kacamata dari jenis Aviator Rayban ditarik keluar lalu menonjolkan lagi kejelitaan wajah kacukan tersebut. Dato E, pada mulanya agak terkejut dengan sapaan serta kehadiran wanita persis seorang model itu lantas dia cuba untuk tersenyum. Alicia menyilangkan kakinya yang terdedah dek kerana skirt ketat hitam yang dipakainya paras paha
“MACAMANA boleh tahu?” soal Drake sedikit melenting apabila pemergiannya itu telah diketahui oleh Tuan Elissandro. Sudah pastilah Tuan Elissandro memarahinya kini. Dia bukan sengaja atau jalan-jalan ke Malaysia, tetapi ada misi dia harus jalankan. Jika tidak dia takkan sanggup belah awan Brazil untuk ke seberang Lautan Pasifik. “What? Shit! How come?” Drake menekan semakin kuat suaranya apatah lagi dengan berita tersebut. Drake diburui. Rokok masih berbara seraya dikeronyok tanpa ada rasa panas. Drake pasti, tentu ada yang telah memberitahu Tuan Elissandro, dalam hati dia yakin siapakah orangnya. “Argh, tak guna!!!” tengkingnya menghempas telefon pintar ke meja sehingga pecah. Talian ant
“TUNGGU!” “Tunggu dulu awak... awak tunggu saya... awak tolong dengar kata-kata saya dahulu.. awak ... jangan awak.. jangan!!” Zakuan terus terbangun. Mata meliar ke setiap arah dalam kubikel sederhana luas tersebut. Gendang jantung masih bertalu. Muka diraup kasar seraya bibir ucapkan istigfar. “Aku bermimpi lagi....” bisiknya setelah wajah dikeringkan sedikit. Selimut diselak ke tepi dan Zakuan juga tergamam dengan satu lagi susuk tubuh sedang berbaring menghadap ke arahnya. Zakuan terdongak dengan kerutan dahi berlapisan. Mata dari pandang siling kini dia arahkan pula ke bawah dan bergerak pada longgokan pakaian miliknya serta pakaian perempuan. “Hei sayang dah bangun ke? Uhuh...” soal satu suara lebih pada rengekan. Daisy Aqila sengaja tidak mahu menarik selimut dan terus memeluk tubuh Zaku
RIO DE JANEIRO,WAKTU TEMPATAN.LIONS NIGHTCLUB,PANG! Semua yang ada dalam kamar eksklusif itu kaku. Dari bersuara meningkah kini membisu. Si gadis pula terus terbangun dari atas ribaan. Bergolek-golek botol hijau tinggal separuh ke dinding kamar berpenghawa dingin itu. Elissandro terus bangun dan curut di lemparkan ke tepi, panas hatinya panas mendengar perkhabaran tersebut. “Argh shit! How dare you are hah Antonio?” sanggahnya menyepak dan menampar secara rawak para konconya yang tidak bernasib baik. Kekasih hati yang mahu mendekati terus terhenti langkahnya. Ternyata baran Tuan Elissandro bukan kepalang mainan. Tidak kisah perempuan atau lelaki pasti akan kena tempias dan jika tidak bernasib
DEAR LOVE ( new episode) “SORRY!” ujar satu suara garau. Kapt. Zakuan terus menunduk untuk mengambil semula topi pilot yang terjatuh atas lantai. Begitu juga dengan lelaki berwajah orang Eropah tersebut, dia juga turut menunduk untuk mengutip topi yang sama. “It’s okay that’s my fault too...” terang Zakuan mengalihkan wajahnya dari pandang lantai dan topi ke wajah figura di sebelahnya itu. Ukiran senyuman menjadi sedikit kaku apabila lelaki berwajah orang Eropah itu menanggalkan kaca matanya. Sinar zamrud pada bola matanya telah membangkitkan semula sebuah memori lama. Susuk tubuh berjaket kulit hitam serta berseluar jeans juga dari rona sama mengangkat tubuhnya dengan pantas. Ada garis senyum dia lorekkan pada bibir namun kelihatan sinis. Zakuan juga turut
NELLY AUFIYA mengigit bibir. 'Aku tak boleh kalah, aku takkan mengalah pada betina gila tuh! You're mine ... You're mine!' hatikecil bertegas.Tangan Nelly juga spontan mengusap perutnya. "Takkan ada sesiapa yang tahu ini benih dari siapa," bisiknya tetap tersenyum walau hati semakin luluh.Memang dia ada skandal dengan Dato'E merangkap papa Zakuan tetapi Nelly pasti benih yang mulai bercambah dalam rahimnya itu bukan dari lelaki tua itu.Seperti biasa itu hanya sekadar poin untuk pasang perangkap untuk menjerat cinta lelaki-lelaki kaya dan bergelar di luar sana. Bukannya Dato Ebraheem sahaja yang telah Nelly Aufiya peluk cium!"Ini anak you Zack!" ujar Nelly terus merenung ke arah Cinta Alisya. Nelly tidak menyedari kelainan yang sedang berlaku pada waktu itu. Nelly hanya tahu tentang kewujudan semula Dr Kamal Pakar Psikiatri yang selama ini telah diwartakan sebagai arw