"CINTA! Kau bermimpi lagi?" soal si rakan berpaling ke arah katil. Dia yang sedang bercermin, terus terbaling sikat ke cermin kerana terkejut dengan jeritan yang tidak tersangka itu.
Cinta Alisya terbangun sambil meliarkan pandangan mata ke setiap arah. Helaan nafas terdengar begitu ketara sekali seolah-olah dia terlihat sesuatu. Alisya Kirana pula menggelengkan kepalanya dia yakin tentu mimpi yang sama lagi.
Tidur sahabatnya itu tak pernah selena sebelum berlakunya perkara jahanam tersebut!
"Sampai bila kau harus begini,Cinta? Aku dah kata kau kena balas dendam pada lelaki tak guna tu! Aku mahu lena dia juga tak menentu sama seperti kau,Cinta Alisya..."
"Kau cakap memang senang Alisya, sebab bukan kau yang menanggungnya tapi aku Alisya! Akuuu!" bentak Cinta terus memeluk lututnya. Airmata yang cuba dia tahankan dari mengalir kini berjuraian juga.
"Siapa kata aku tak faham?! Kau tentu tahu siapa aku. Kita di jalan yang sama.. Sebab itulah aku mahu kau cari dia balik.. Kata cinta yang pernah lelaki tak guna lafazkan pada kau itu sebenarnya tidak ikhlas. Kau kena ingat tu.. Aku dah tak sanggup nak tengok kau macamni.. Sedangkan dia disana bahagia!" tegas Alisya langsung bangun lalu menapak ke katil.
Setelah sampai, Alisya Kirana terus menarik tangan Cinta lalu dia meletakkan sesuatu atas telapak tangan gadis malang itu sebelum dia menyeka airmata Cinta yang masih lagi membasahi pipi.
Cinta yang terkejut dengan benda tersebut terus merenung Alisya minta jawapan untuk tujuan apa Alisya memberi barang itu.
" Apa maksud kau, Alisya Kirana?" Cinta agak menggeletar memegang barang tersebut. Biarpun jauh dalam hatinya dia akui kata-kata Alisya Kirana tentang lelaki tak guna tersebut.
"Dah tiba masanya.. Aku yakin dia juga tahu siapa kau yang sebenarnya.." Ada senyuman sumbing Alisya titipkan bersama dengan kata-katanya itu. Cinta makin ternganga, dan dia masih cuba mahu menghadam setiap penjelasan yang Alisya sedang perkatakan.
"Tapi aku..."
"Tapi apa lagi Cinta? Takkan kau nak lepaskan peluang ini, Cinta? Apa kau pikir apabila dia dah pergi nanti dia akan datang semula? Jangan harap!". bantah Alisya cuba meracuni fikiran Cinta Alisya." Pergi Cinta pergi... Kau perlu balas balik apa yang telah lelaki tak guna itu lakukan pada kau! Aku tahu kau masih sakit lagi.. Dan aku tak tega untuk melihat kau dalam keadaaan begini" arah gadis tersebut lalu senyuman penuh makna dia koyakkan dari cermin.
************
PAKK!
Telefon pintar terus dia hempaskan ke atas meja. Gambar-gambar mesra antara Nelly dan seorang jejaka bermata biru masih lagi terpapar diruangan aplikasi W******ps.Zakuan benar-benar kecewa dengan Nelly. Kerana itulah dia makin ralat untuk meneruskan perhubungan ini. Kesetiaan sememangnya tiada dalam hati anak vvip itu. Zakuan terpaksa teruskan kerana keluarga terutama sekali mama!
"Macamana Zack nak kawen mama! Nelly takkan pernah berubah.. Zack benci dia mak.. Zack benci .." Zakuan yang tersandar semula pada penyandar sofa berbentuk L sambil mengambil semula telefon. Laju jari menari atas permukaan lutsinar telefon bimbit sehingga munculnya satu potret figura yang tersenyum manis.
Ting tong!
"Siapa pula ni? Apa pula mahunya datang time-time begini? Aku dahlah tengah stress ni!" tekan Zakuan Edan terus bangun tanpa menghiraukan keadaan dirinya yang tidak terurus tersebut. Zakuan Edan bukan begini orangnya...
Ting Tong!
Ting Tong!Pintu kini terkuak sedikit luas lalu kepala lelaki kacak merangkap juruterbang itu menjengokkan kepalanya melalui grille yang tidak dia bukakan. Sengaja dia kuncikan untuk keselamatan.
"Hai!" Sapa seorang gadis manis berbaju gaun paras lutut sambil tersenyum. Terserlah lesung pipitnya yang melekuk ke dalam. Zakuan yang terperanjat dengan kedatangan gadis itu kini tergoda pula dengan senyuman tersebut.
Senyuman yang dia idam-idamkan pada setiap gadis atau wanita yang tak pernah ada pada kesemuanya yang pernah singgah dalam sanubari seorang lelaki bernama Zakuan Edan. Senyuman yang kelihatan agak dingin dan penuh misterius."Hellooo" Cinta Alisya masih lagi melambaikan tangannya pada hadapan muka Kapten muda tersebut dengan harapan lelaki itu tersedar dari lamunannya.
"Hah.. Ya, ada apa? Boleh i tahu? Actually i don't think that you will come again.. But what a surprise!" ujar Zakuan teruja. Zakuan juga agak khuatir jika perkara tempohari membikin hati gadis itu panas. Namun telahannya itu sekurang-kurangnya hanyalah satu hipotesis.
"Apakah saya menganggu malam Encik..."
"Just call me Zack darling.." Zakuan yang tersedar akan kelancangan mulutnya itu terus menampar bibirnya sendiri. Nampak sangat dia telah terjatuh hati pada gadis di depannya itu.
Manakala Cinta pula tersenyum.
"Sebenarnya kalau Zack tak keberatan lah.. Saya nak belanja minum, ala dekat-dekat sini saja.. Lagipun esok lusa mungkin kita dah tak berjumpa lagi.. Itupun kalau Zack sudilah keluar dengan Sya.. Maklumlah Zack tu terkenal ..." sinikal Cinta Alisya yang baru sahaja mencari maklumat tentang Zakuan Edan di sosial media. Tekan saja nama Zakuan Edan pada Google keluarlah semua media peribadi miliknya.
"Eh, apa salahnya.. Saya pun memang dah bersiap untuk ambil angin,". ujar Zakuan tanpa dia sedar keadaan dirinya diketika itu.
" Bersiap?" Soal Cinta Alisya pula seraya merenung keadaan pakaian kapten kacak tersebut. Zakuan yang tersedar keadaannya itu langsung menutup pintu. Dia perlu menukar pakaian dahulu. Dan Cinta Alisya pula sedang menahan sabar.
"Zack apalah kau ni bikin malu aja.." selanya seraya menepuk dahi. Dia yang tersandar terus menegakkan tubuhnya sebelum bergegas ke bilik. Zakuan tak menyedari ada seseorang dibalik pintu yang sedang menemui Cinta Alisya.
"Kau buat apa datang? Aku tahulah macamana nanti.. Ingat plan aku juga.." pangkas Cinta Alisya pada seseorang yang diketika itu sedang membelakangi tubuhnya. Sekali pandang wajah keduanya agak mirip.
Zakuan yang telah berdiri tegak di depan pintu, buat-buat tak dengar akan perbualan tersebut biarpun dia tertanya dengan siapa Cinta sedang bercakap, sedangkan dia datang tadi tanpa peneman, tombol pintu terus lelaki kacak itu pusingkan dan kini Zakuan Edan telah pun siap tegak berdiri di hadapan Cinta Alisya. Kekacakan dan keharumannya mengoyahkan hati Cinta Alisya diketika itu.
"Shall we?" Zakuan sekali lagi mempelawa gadis yang masih lagi terkesima dengan dirinya itu agar bergerak sekarang. Memang Zakuan mahu melepaskan segala bebanan yang memenuhi pundaknya itu.
Pucuk dicita ulam mendatang kehadiran Cinta Alisya telah membuka peluangnya untuk keluar.
*********
MATA tajam tersebut masih lagi kekal menyoroti wajah ayu milik Cinta Alisya. Cinta Alisya pula makin berasa tidak selesa dengan tancapan tersebut. Kedua mereka sedang berinteraksi melalui renungan tanpa Zakuan sedari.
'Bagaimana mereka boleh kenal?' Hati kecil Cinta Alisya tidak akan tenang selagi jawapan belum ditemui.
"Bila kau terbang balik, bro!" Dr Kamal sengaja memenangkan Cinta Alisya yang masih lagi melirik tajam pada dirinya itu. Dr Kamal juga pelik kenapa gadis itu kelihatan tidak selesa.
"TAK sangka ya kita berjumpa lagi? Apa awak buat kat sini?" soal Zakuan tetap tersenyum walaupun gadis di depannya itu seolah-olah tidak menyedari akan kehadiran dia di situ. Cinta Alisya tetap dengan kamera ditangan. Dipetik berkali dan setelah itu, di lihat semula. Zakuan memang berasa berat untuk duduk di sebelah gadis ayu itu, Zakuan bersiul untuk menarik perhatian gadis itu lagi dengan harapan gadis ayu berkenaan akan mempelawanya duduk. Dia agak penat kini... Maklumlah baru lepas ke sana dan sini mencari barang untuk dibawa ke Malaysia nanti. "Zack? Kau Zack kan?". Pertanyaan itu telah mendongakkan wajah Zakuan yang sedari dia hadir tadi, begitu ralit merenung wajah ayu milik gadis yang sedang duduk di hadapannya itu. Cinta Alisya juga turut mendongak dan matanya meneliti empunya wajah tersebut dengan agak lama. Entah kenapa hati tenangn
MAHU tak mahu, Kapt.Zakuan terpaksa menerbangkan semula pesawat Boeing 777 ke Malaysia biarpun hatinya masih lagi berada di Taiwan. 'Sampainya hati kau, Cinta... Kau langsung tak mahu berjumpa dengan aku buat kali terakhir' lirihnya dengan berkali-kali. Kapt.Zakuan juga tidak memberi tumpuan pada penerbangan itu. Jarinya memetik setiap punat yang ada tanpa melihatnya dengan terlebih dahulu. "Zack!" "Zack!!" "Hey Zack are you hear me? We're going down!! Please pay attention to your rudder!!" Zakuan baru tersedar dari alam lamunan, lalu merenung teman disebelah yang semakin pantas menekan punat-punat papan asimilator at
"KAU kenal ke dengan mereka tu, Cinta. Aku tengok tenungan mata kau tu lain macam jer tambah kat lelaki Pilot tu!" Laila melajukan lagi langkah kakinya untuk menuruti Cinta Alisya yang secara tiba-tiba berjalan laju."Cinta, kau dengar tak apa aku soal kau tadi? Ke pura-pura tak dengar?" sindir Laila rakan sebilik Cinta. Panas pula hatinya melihat tingkah gadis tersebut yang terang-terangan cuba untuk tidak memperendahkan soalannya itu. Bukannya Laila tak perasan akan pandangan Cinta pada lelaki yang sedang berkepit dengan kekasihnya itu."Cinta!!" Laila terpaksa menaikkan oktaf suara memandangkan Cinta Alisya masih lagi dengan wajah tanpa perasaannya itu.Langkah terhenti. Lalu Cinta Alisya memalingkan wajahnya supaya dapat bertemu dengan mata Laila. Dan Laila pula, telah bersedia dengan jawapan gadis tersebut."Kenapa kau mahu tahu?""Tak salahkan?""Ya, aku kenal dengan mereka. Puas h
"WHAT mummy no! No! It can't be... Zack cannot cancel it!!! No mummy! No..." sanggah Nelly Aufiya mulai ingin meroyan. Dia terus terduduk lantas mata dia talakan ke arah perutnya yang makin hari makin membesar. Niatnya yang ingin ketemu Brian terus terencat disaat Puan Sri Luna memberitahunya akan berita tersebut. Wanita jelita bergelar vvip itu juga agak terkejut dengan berita yang baru dia dengari dari mulut Puan Esya. Itupun hanya melalui talian telefon. Keluarga Zakuan mahu memutuskan juga pertunangan tersebut biarpun mereka tahu akan risikonya. "Tak boleh mami, Nell tak benarkan ia berlaku. Zack tak boleh putus tunang dengan Nell.. Apa? Takkan mereka tak t
"PLEASE sayang, you tak boleh tinggalkan i... You tak boleh buat I begini Zack. I masih cintakan you, Zack. I'm begging you don't ever leave me. I'm still need you..." Nelly Aufiya berterusan memujuk rayu lelaki yang sedang berpeluk tubuh sambil pandangannya pula dihalakan ke arah bawah cenuram tersebut. Dari jauh bangunan tinggi-tinggi yang ada di kota Kl kelihatan seperti susunan lego sahaja.Nelly takkan sesekali melepaskan Zakuan Edan pada mana-mana perempuan dan ini termasuklah pada Cinta Alisya. Apatah lagi benih Ebraheem dan lelaki-lelaki lain yang pernah Nelly tiduri, makin hari makin tampak bentuknya. Tak mungkin boleh diselindungkan lagi. Nelly harus percepatkan tarikh pernikahan antara dia dengan Zakuan. Papa dan mami tak boleh tahu status sebenar bayi dalam perutnya i
ALISYA tahu bahawa dirinya itu sedang diekori oleh seseorang. Dia tetap membuka langkah dengan tenang. Laluan pula akan dia lencongkan ke satu lagi lorong yang tiada para kupu-kupu malam mahu pun gelandangan.Dari jauh kelihatan ada dua orang dalam pakaian jaket hoodie saling mengekori antara satu sama lain. Seorang melangkah dengan gerakkan yang laju dan yang di hadapan pula tetap menapak dengan tenang."Mana perempuan ni nak bawa aku ni, dia dah tahu aku sedang mengekorinya ke atau apa hah?" omel Nelly yang makin rimas dan panas dalam pakaian sedemikian."Euu.. Apa pula aku pijak ni?" sungutnya terpaksa berhenti tatkala terdengar bunyi ciapan seperti terpijak benda licin. Mahu tak mahu, Nelly dengan wajah jijiknya mengangkat kaki lalu melihat apa yang ada di permukaan tapak kasut sukannya."Euuu.. Tahi? Siapa bodoh sangat ni melepas ikut dan je lah! Argh tak guna?" sela Nelly terus menggeser-ges
"KENAPA dengan you ni Nelly, I tengok you semenjak-dua menjak ni lain je I tengok. Anything happened to you or got a problem. Come on don't say doesn't have any solution.." ujar Dato'E seraya meraih jari-jemari wanita anggun berbaju satin paras paha itu lalu dibawakan ke bibir. Dato'E sedikit menunduk sebelum dia hadiahkan satu kucupan pada belakang telapak tangan Nelly Aufiya. Nelly sekadar memberikan senyuman kosongnya. Hatinya masih lagi berkocakkan dengan peristiwa dua hari sudah apatah lagi sehingga hari ini dia masih belum ada kesempatan untuk menemui Zack. Zakuan atau Zack perlu tahu perkara itu.
SEHINGGA ke hari ini, tiada satu khabar berita pun dari Nelly. Manakala Ebraheem pula seperti sediakala berkelakuan seperti orang yang tiada kesalahan."Zack, hari ini Zack cutikan ada nak ke mana-mana tak," soal Puan Esya sambil menuangkan air kopi susu ke dalam cangkir miliknya setelah dia mengisi cangkir Zakuan dan suaminya, Ebraheem yang masih lagi belum turun untuk sarapan.Zakuan yang baru sahaja ingin menjawab soalan mamanya itu terus tidak jadi apabila Ebraheem menyampuk dari atas tangga. Puan Esya seraya bangun dan menarik kerusi untuk Ebraheem duduk."Zack, papa perlukan pertolongan Zack. Papa tahu Zack tahu tentang perkara ini," terang Ebraheem tidak sepenuhnya. Puan Esya yang memasang telinga hanya mendiamkan diri dan tangan ligat menyapu jem atas permukaan roti Gardenia."Papa nak Zack bantu? Tapi Zack bukan pakar komputer, Zack pilot pa.." sahut Zakuan tahu apakah p
WINSTAR CASINO AND RESORT,OKLAHOMA.PERTUNJUKAN tari tiang masih lagi rancak di atas pentas kemilau. Beberapa orang lelaki separa mabuk yang kalah judi mengerumuni tiga penari tiang bertubuh mungil tersebut. Tangan serta kaki terawang-awang seolah mahu menangkap penari-penari seksi yang asyik meliuk-lentok tubuh. Dari jauh, Tuan Elissandro tersenyum sambil menghisap curut dan makin dalam hisapan. Dia tersenyum melihat kemeriahan pusat kasino miliknya itu. Sedang asyik memerhati datang seseorang terus membisik sesuatu ke telinganya. Hembusan huruf O naik ke udara bergilir-gilir bagaikan putaran roda meja judi Roulette. Terdengar sahaja nama anaknya itu, Tuan Elissandro terus merenyuk curut walau mas
WINSTAR CASINO AND RESORT, OKLAHOMA. PERTUNJUKAN tari tiang masih lagi rancak di atas pentas kemilau. Beberapa orang lelaki separa mabuk yang kalah judi mengerumuni tiga penari tiang bertubuh mungil tersebut. Tangan serta kaki terawang-awang seolah mahu menangkap penari-penari seksi yang asyik meliuk-lentok tubuh. Dari jauh, Tuan Elissandro tersenyum sambil menghisap curut dan makin dalam hisapan. Dia tersenyum melihat kemeriahan pusat kasino miliknya itu. Sedang asyik memerhati datang seseorang terus membisik sesuatu ke telinganya. Hembusan huruf O naik ke udara bergilir-gilir bagaikan putaran roda meja judi Roulette. Terdengar sahaja nama anaknya itu, Tuan Elissandro terus merenyuk curut walau masih ada bara hujungnya.&nbs
TAS TANGAN berjenama VERSACE dilemparkan atas katil. Rambut palsu juga ditarik secara kasar. Mekap indah terus disememehkan tanpa melihat cermin. Bahagian paling kerap dia tenyeh dengan kasar adalah bibir entah apa yang melekat pada bahagian itu, sebenarnya. Hanya dia seorang yang tahu. “Argh, benci. Aku jijik. Aku jijik tahu tak!” bebelnya menunduk tergeleng. Apa perkara yang sedang merunsingkan jiwa susuk tubuh itu. “Aku dah katakan takde jantan yang baik dalam dunia ini tapi kau degil. Tetap juga nak teruskan hidup yang kau anggap normal sangat itu. Siapa dia?” soal satu suara dari arah sebelah. Wanita itu terus mendongak serta pandang sisi. Dia menggeleng kemudian tertunduk semula.&n
“DATO E kan?” Alicia menapak laju apabila terpandang seseorang yang pada ketika itu sedang minum kopi seorang diri di kafe pusat beli-belah tersebut. Lelaki separuh baya namun masih kacak bergaya ditambahi pula dengan statusnya sebagai ahli korporat berjaya membuatkan dia kelihatan segak dan muda. Kopi tidak jadi diteguk kala mata menilik sekujur tubuh tegak berdiri sambil melemparkan senyuman padanya. Alicia tanpa dipelawa terus melabuhkan tubuhnya berhadapan dengan Dato E. Kacamata dari jenis Aviator Rayban ditarik keluar lalu menonjolkan lagi kejelitaan wajah kacukan tersebut. Dato E, pada mulanya agak terkejut dengan sapaan serta kehadiran wanita persis seorang model itu lantas dia cuba untuk tersenyum. Alicia menyilangkan kakinya yang terdedah dek kerana skirt ketat hitam yang dipakainya paras paha
“MACAMANA boleh tahu?” soal Drake sedikit melenting apabila pemergiannya itu telah diketahui oleh Tuan Elissandro. Sudah pastilah Tuan Elissandro memarahinya kini. Dia bukan sengaja atau jalan-jalan ke Malaysia, tetapi ada misi dia harus jalankan. Jika tidak dia takkan sanggup belah awan Brazil untuk ke seberang Lautan Pasifik. “What? Shit! How come?” Drake menekan semakin kuat suaranya apatah lagi dengan berita tersebut. Drake diburui. Rokok masih berbara seraya dikeronyok tanpa ada rasa panas. Drake pasti, tentu ada yang telah memberitahu Tuan Elissandro, dalam hati dia yakin siapakah orangnya. “Argh, tak guna!!!” tengkingnya menghempas telefon pintar ke meja sehingga pecah. Talian ant
“TUNGGU!” “Tunggu dulu awak... awak tunggu saya... awak tolong dengar kata-kata saya dahulu.. awak ... jangan awak.. jangan!!” Zakuan terus terbangun. Mata meliar ke setiap arah dalam kubikel sederhana luas tersebut. Gendang jantung masih bertalu. Muka diraup kasar seraya bibir ucapkan istigfar. “Aku bermimpi lagi....” bisiknya setelah wajah dikeringkan sedikit. Selimut diselak ke tepi dan Zakuan juga tergamam dengan satu lagi susuk tubuh sedang berbaring menghadap ke arahnya. Zakuan terdongak dengan kerutan dahi berlapisan. Mata dari pandang siling kini dia arahkan pula ke bawah dan bergerak pada longgokan pakaian miliknya serta pakaian perempuan. “Hei sayang dah bangun ke? Uhuh...” soal satu suara lebih pada rengekan. Daisy Aqila sengaja tidak mahu menarik selimut dan terus memeluk tubuh Zaku
RIO DE JANEIRO,WAKTU TEMPATAN.LIONS NIGHTCLUB,PANG! Semua yang ada dalam kamar eksklusif itu kaku. Dari bersuara meningkah kini membisu. Si gadis pula terus terbangun dari atas ribaan. Bergolek-golek botol hijau tinggal separuh ke dinding kamar berpenghawa dingin itu. Elissandro terus bangun dan curut di lemparkan ke tepi, panas hatinya panas mendengar perkhabaran tersebut. “Argh shit! How dare you are hah Antonio?” sanggahnya menyepak dan menampar secara rawak para konconya yang tidak bernasib baik. Kekasih hati yang mahu mendekati terus terhenti langkahnya. Ternyata baran Tuan Elissandro bukan kepalang mainan. Tidak kisah perempuan atau lelaki pasti akan kena tempias dan jika tidak bernasib
DEAR LOVE ( new episode) “SORRY!” ujar satu suara garau. Kapt. Zakuan terus menunduk untuk mengambil semula topi pilot yang terjatuh atas lantai. Begitu juga dengan lelaki berwajah orang Eropah tersebut, dia juga turut menunduk untuk mengutip topi yang sama. “It’s okay that’s my fault too...” terang Zakuan mengalihkan wajahnya dari pandang lantai dan topi ke wajah figura di sebelahnya itu. Ukiran senyuman menjadi sedikit kaku apabila lelaki berwajah orang Eropah itu menanggalkan kaca matanya. Sinar zamrud pada bola matanya telah membangkitkan semula sebuah memori lama. Susuk tubuh berjaket kulit hitam serta berseluar jeans juga dari rona sama mengangkat tubuhnya dengan pantas. Ada garis senyum dia lorekkan pada bibir namun kelihatan sinis. Zakuan juga turut
NELLY AUFIYA mengigit bibir. 'Aku tak boleh kalah, aku takkan mengalah pada betina gila tuh! You're mine ... You're mine!' hatikecil bertegas.Tangan Nelly juga spontan mengusap perutnya. "Takkan ada sesiapa yang tahu ini benih dari siapa," bisiknya tetap tersenyum walau hati semakin luluh.Memang dia ada skandal dengan Dato'E merangkap papa Zakuan tetapi Nelly pasti benih yang mulai bercambah dalam rahimnya itu bukan dari lelaki tua itu.Seperti biasa itu hanya sekadar poin untuk pasang perangkap untuk menjerat cinta lelaki-lelaki kaya dan bergelar di luar sana. Bukannya Dato Ebraheem sahaja yang telah Nelly Aufiya peluk cium!"Ini anak you Zack!" ujar Nelly terus merenung ke arah Cinta Alisya. Nelly tidak menyedari kelainan yang sedang berlaku pada waktu itu. Nelly hanya tahu tentang kewujudan semula Dr Kamal Pakar Psikiatri yang selama ini telah diwartakan sebagai arw