"WHAT mummy no! No! It can't be... Zack cannot cancel it!!! No mummy! No..." sanggah Nelly Aufiya mulai ingin meroyan. Dia terus terduduk lantas mata dia talakan ke arah perutnya yang makin hari makin membesar. Niatnya yang ingin ketemu Brian terus terencat disaat Puan Sri Luna memberitahunya akan berita tersebut.
Wanita jelita bergelar vvip itu juga agak terkejut dengan berita yang baru dia dengari dari mulut Puan Esya. Itupun hanya melalui talian telefon. Keluarga Zakuan mahu memutuskan juga pertunangan tersebut biarpun mereka tahu akan risikonya.
"Tak boleh mami, Nell tak benarkan ia berlaku. Zack tak boleh putus tunang dengan Nell.. Apa? Takkan mereka tak t
"PLEASE sayang, you tak boleh tinggalkan i... You tak boleh buat I begini Zack. I masih cintakan you, Zack. I'm begging you don't ever leave me. I'm still need you..." Nelly Aufiya berterusan memujuk rayu lelaki yang sedang berpeluk tubuh sambil pandangannya pula dihalakan ke arah bawah cenuram tersebut. Dari jauh bangunan tinggi-tinggi yang ada di kota Kl kelihatan seperti susunan lego sahaja.Nelly takkan sesekali melepaskan Zakuan Edan pada mana-mana perempuan dan ini termasuklah pada Cinta Alisya. Apatah lagi benih Ebraheem dan lelaki-lelaki lain yang pernah Nelly tiduri, makin hari makin tampak bentuknya. Tak mungkin boleh diselindungkan lagi. Nelly harus percepatkan tarikh pernikahan antara dia dengan Zakuan. Papa dan mami tak boleh tahu status sebenar bayi dalam perutnya i
ALISYA tahu bahawa dirinya itu sedang diekori oleh seseorang. Dia tetap membuka langkah dengan tenang. Laluan pula akan dia lencongkan ke satu lagi lorong yang tiada para kupu-kupu malam mahu pun gelandangan.Dari jauh kelihatan ada dua orang dalam pakaian jaket hoodie saling mengekori antara satu sama lain. Seorang melangkah dengan gerakkan yang laju dan yang di hadapan pula tetap menapak dengan tenang."Mana perempuan ni nak bawa aku ni, dia dah tahu aku sedang mengekorinya ke atau apa hah?" omel Nelly yang makin rimas dan panas dalam pakaian sedemikian."Euu.. Apa pula aku pijak ni?" sungutnya terpaksa berhenti tatkala terdengar bunyi ciapan seperti terpijak benda licin. Mahu tak mahu, Nelly dengan wajah jijiknya mengangkat kaki lalu melihat apa yang ada di permukaan tapak kasut sukannya."Euuu.. Tahi? Siapa bodoh sangat ni melepas ikut dan je lah! Argh tak guna?" sela Nelly terus menggeser-ges
"KENAPA dengan you ni Nelly, I tengok you semenjak-dua menjak ni lain je I tengok. Anything happened to you or got a problem. Come on don't say doesn't have any solution.." ujar Dato'E seraya meraih jari-jemari wanita anggun berbaju satin paras paha itu lalu dibawakan ke bibir. Dato'E sedikit menunduk sebelum dia hadiahkan satu kucupan pada belakang telapak tangan Nelly Aufiya. Nelly sekadar memberikan senyuman kosongnya. Hatinya masih lagi berkocakkan dengan peristiwa dua hari sudah apatah lagi sehingga hari ini dia masih belum ada kesempatan untuk menemui Zack. Zakuan atau Zack perlu tahu perkara itu.
SEHINGGA ke hari ini, tiada satu khabar berita pun dari Nelly. Manakala Ebraheem pula seperti sediakala berkelakuan seperti orang yang tiada kesalahan."Zack, hari ini Zack cutikan ada nak ke mana-mana tak," soal Puan Esya sambil menuangkan air kopi susu ke dalam cangkir miliknya setelah dia mengisi cangkir Zakuan dan suaminya, Ebraheem yang masih lagi belum turun untuk sarapan.Zakuan yang baru sahaja ingin menjawab soalan mamanya itu terus tidak jadi apabila Ebraheem menyampuk dari atas tangga. Puan Esya seraya bangun dan menarik kerusi untuk Ebraheem duduk."Zack, papa perlukan pertolongan Zack. Papa tahu Zack tahu tentang perkara ini," terang Ebraheem tidak sepenuhnya. Puan Esya yang memasang telinga hanya mendiamkan diri dan tangan ligat menyapu jem atas permukaan roti Gardenia."Papa nak Zack bantu? Tapi Zack bukan pakar komputer, Zack pilot pa.." sahut Zakuan tahu apakah p
"MANA pula dia pergi ni, takkan begitu cepat sekali dia berjalan?" omel Kapten Zakuan Edan. Dia yang baru nak ke arah bilik papanya, Dato'Ebraheem telah dikejutkan dengan kemunculan Cinta Alisya!"Apa dia buat kat sini? Dan kenapa pula dia mahu bertemu dengan papa? Ada apa Cinta sama papa?" soal Zakuan sambil bercekak pinggang."Benarkah itu Cinta? Kenapa dia nampak aku, dia lari? Takkan tak kenal aku kot atau dia berpura-pura tidak kenal? Motif?" soalnya lagi makin bertambah kedut pada dahinya."Zack, papa panggil kenapa tak masuk lagi?" tegur kak Siti merangkap setiausaha kewangan Dato'Ebraheem kelihatan agak tergesa-gesa. Ditangannya pula telah tersusun fail-fail laporan yang akan dibentangkan pada minit mesyuarat sebentar sahaja lagi. "Zack, kamu tunggu apa lagi? Cepatlah nanti papa kamu tu bising.." sela Kak Siti sambil terbetul-betul cermin matanya yan
"JANGAN!!" pekik Cinta Alisya sambil tergawang-gawang tangannya ada ketikanya tangan Cinta Alisya seakan mahu memukul seseorang.Cinta Alisya masih lagi meronta dengan menolak-nolak tubuh tersebut. Setelah percubaannya untuk menarik keluar topeng muka si penceroboh tidak berjaya."Aku kata jangan!!!""Tolonglah jangan buat aku begini.."Namun segala rayuan Cinta, tiada sedikit pun yang boleh mengubah niat jahat si pencerobohnya itu. Sempat juga matanya dan mata Cinta Alisya berpandangan lama.Entah kenapa, Cinta seakan dapat merasai satu aura pada cahaya dari suluhan anak mata hazel tersebut. Renungannya seperti cuba mahu mengingatkan Cinta Alisya pada seseorang yang pernah dia kenali.Si penceroboh itu pula tahu bahawa dirinya itu semakin kesuntukan masa tetapi dia tetap masih belum berjaya untuk menakluki mahkota terpelihara Cinta Alisya."Arghh!"
ALISYA KIRANA sekali lagi berpaling belakang lalu tersenyum sebelum dia tarik hud yang dia londehkan tadi ke atas kepala semula. "Mana kau pergi ni Cinta? Kenapa kau sanggup biarkan aku kejar kau macam ini? Aduh nak tercabut rasanya kaki aku ni.." rungut Kapt. Zakuan termengah-mengah. Peluh yang memercik pada dahi sekali sapuan sahaja menggunakan lengan kemejanya. Tiada lagi mahu kawal ketrampilan saat darurat! "Aku harus temui Cinta juga. Aku tak mahu dia salah faham pada aku. Kau Nelly memang spoil kan malam aku!" bentak Zakuan berang. Sudahlah dia berhabisan untuk membuatkan malam ini satu malam yang paling indah untuk diingati kini jadi hambar pula. "Mana kau ni Cinta? Aku call kau langsung tak nak jawab kenapa? Besar sangat kah salah aku pada kau, hah Cinta Alisya?" soal Zakuan seakan merintih sambil memandang lesu panggi
NELLY AUFIYA dan Dato'Ebraheem saling berpandangan. Manakala Puan Sofia pula masih lagi menangis tatkala melihat keadaan anaknya begitu. Berbalut sebahagian dari abdomennya. Laporan telah pun usai dibuat hanya menanti tindakan. Nelly tetap tidak berpuas hati dia tetap akan cari jalan bagaimana untuk memberitahu pada pihak polis akan perkara sebenar. Pada malam itu... Selepas mendengar jeritan Nelly, Alisya Kirana terus menolak kasar kepala Zakuan Edan. Dia sendiri tidak sedar bila dan kenapa dia perlu berbuat demikian pada lelaki yang paling dia benci itu. "Kau memang dasar pembunuh Cinta! Aku repot polis! Aku repot polis!" Belum sempat Nelly menarik keluar telefon bimbitnya, Alisya terus bangun lalu memeluk leher Nelly dengan begitu kejap sekali. "Argh sakitlah bodoh! Lepaskan aku perempuan gila!" tengking Nelly sehabis daya meronta untuk dilepaska
WINSTAR CASINO AND RESORT,OKLAHOMA.PERTUNJUKAN tari tiang masih lagi rancak di atas pentas kemilau. Beberapa orang lelaki separa mabuk yang kalah judi mengerumuni tiga penari tiang bertubuh mungil tersebut. Tangan serta kaki terawang-awang seolah mahu menangkap penari-penari seksi yang asyik meliuk-lentok tubuh. Dari jauh, Tuan Elissandro tersenyum sambil menghisap curut dan makin dalam hisapan. Dia tersenyum melihat kemeriahan pusat kasino miliknya itu. Sedang asyik memerhati datang seseorang terus membisik sesuatu ke telinganya. Hembusan huruf O naik ke udara bergilir-gilir bagaikan putaran roda meja judi Roulette. Terdengar sahaja nama anaknya itu, Tuan Elissandro terus merenyuk curut walau mas
WINSTAR CASINO AND RESORT, OKLAHOMA. PERTUNJUKAN tari tiang masih lagi rancak di atas pentas kemilau. Beberapa orang lelaki separa mabuk yang kalah judi mengerumuni tiga penari tiang bertubuh mungil tersebut. Tangan serta kaki terawang-awang seolah mahu menangkap penari-penari seksi yang asyik meliuk-lentok tubuh. Dari jauh, Tuan Elissandro tersenyum sambil menghisap curut dan makin dalam hisapan. Dia tersenyum melihat kemeriahan pusat kasino miliknya itu. Sedang asyik memerhati datang seseorang terus membisik sesuatu ke telinganya. Hembusan huruf O naik ke udara bergilir-gilir bagaikan putaran roda meja judi Roulette. Terdengar sahaja nama anaknya itu, Tuan Elissandro terus merenyuk curut walau masih ada bara hujungnya.&nbs
TAS TANGAN berjenama VERSACE dilemparkan atas katil. Rambut palsu juga ditarik secara kasar. Mekap indah terus disememehkan tanpa melihat cermin. Bahagian paling kerap dia tenyeh dengan kasar adalah bibir entah apa yang melekat pada bahagian itu, sebenarnya. Hanya dia seorang yang tahu. “Argh, benci. Aku jijik. Aku jijik tahu tak!” bebelnya menunduk tergeleng. Apa perkara yang sedang merunsingkan jiwa susuk tubuh itu. “Aku dah katakan takde jantan yang baik dalam dunia ini tapi kau degil. Tetap juga nak teruskan hidup yang kau anggap normal sangat itu. Siapa dia?” soal satu suara dari arah sebelah. Wanita itu terus mendongak serta pandang sisi. Dia menggeleng kemudian tertunduk semula.&n
“DATO E kan?” Alicia menapak laju apabila terpandang seseorang yang pada ketika itu sedang minum kopi seorang diri di kafe pusat beli-belah tersebut. Lelaki separuh baya namun masih kacak bergaya ditambahi pula dengan statusnya sebagai ahli korporat berjaya membuatkan dia kelihatan segak dan muda. Kopi tidak jadi diteguk kala mata menilik sekujur tubuh tegak berdiri sambil melemparkan senyuman padanya. Alicia tanpa dipelawa terus melabuhkan tubuhnya berhadapan dengan Dato E. Kacamata dari jenis Aviator Rayban ditarik keluar lalu menonjolkan lagi kejelitaan wajah kacukan tersebut. Dato E, pada mulanya agak terkejut dengan sapaan serta kehadiran wanita persis seorang model itu lantas dia cuba untuk tersenyum. Alicia menyilangkan kakinya yang terdedah dek kerana skirt ketat hitam yang dipakainya paras paha
“MACAMANA boleh tahu?” soal Drake sedikit melenting apabila pemergiannya itu telah diketahui oleh Tuan Elissandro. Sudah pastilah Tuan Elissandro memarahinya kini. Dia bukan sengaja atau jalan-jalan ke Malaysia, tetapi ada misi dia harus jalankan. Jika tidak dia takkan sanggup belah awan Brazil untuk ke seberang Lautan Pasifik. “What? Shit! How come?” Drake menekan semakin kuat suaranya apatah lagi dengan berita tersebut. Drake diburui. Rokok masih berbara seraya dikeronyok tanpa ada rasa panas. Drake pasti, tentu ada yang telah memberitahu Tuan Elissandro, dalam hati dia yakin siapakah orangnya. “Argh, tak guna!!!” tengkingnya menghempas telefon pintar ke meja sehingga pecah. Talian ant
“TUNGGU!” “Tunggu dulu awak... awak tunggu saya... awak tolong dengar kata-kata saya dahulu.. awak ... jangan awak.. jangan!!” Zakuan terus terbangun. Mata meliar ke setiap arah dalam kubikel sederhana luas tersebut. Gendang jantung masih bertalu. Muka diraup kasar seraya bibir ucapkan istigfar. “Aku bermimpi lagi....” bisiknya setelah wajah dikeringkan sedikit. Selimut diselak ke tepi dan Zakuan juga tergamam dengan satu lagi susuk tubuh sedang berbaring menghadap ke arahnya. Zakuan terdongak dengan kerutan dahi berlapisan. Mata dari pandang siling kini dia arahkan pula ke bawah dan bergerak pada longgokan pakaian miliknya serta pakaian perempuan. “Hei sayang dah bangun ke? Uhuh...” soal satu suara lebih pada rengekan. Daisy Aqila sengaja tidak mahu menarik selimut dan terus memeluk tubuh Zaku
RIO DE JANEIRO,WAKTU TEMPATAN.LIONS NIGHTCLUB,PANG! Semua yang ada dalam kamar eksklusif itu kaku. Dari bersuara meningkah kini membisu. Si gadis pula terus terbangun dari atas ribaan. Bergolek-golek botol hijau tinggal separuh ke dinding kamar berpenghawa dingin itu. Elissandro terus bangun dan curut di lemparkan ke tepi, panas hatinya panas mendengar perkhabaran tersebut. “Argh shit! How dare you are hah Antonio?” sanggahnya menyepak dan menampar secara rawak para konconya yang tidak bernasib baik. Kekasih hati yang mahu mendekati terus terhenti langkahnya. Ternyata baran Tuan Elissandro bukan kepalang mainan. Tidak kisah perempuan atau lelaki pasti akan kena tempias dan jika tidak bernasib
DEAR LOVE ( new episode) “SORRY!” ujar satu suara garau. Kapt. Zakuan terus menunduk untuk mengambil semula topi pilot yang terjatuh atas lantai. Begitu juga dengan lelaki berwajah orang Eropah tersebut, dia juga turut menunduk untuk mengutip topi yang sama. “It’s okay that’s my fault too...” terang Zakuan mengalihkan wajahnya dari pandang lantai dan topi ke wajah figura di sebelahnya itu. Ukiran senyuman menjadi sedikit kaku apabila lelaki berwajah orang Eropah itu menanggalkan kaca matanya. Sinar zamrud pada bola matanya telah membangkitkan semula sebuah memori lama. Susuk tubuh berjaket kulit hitam serta berseluar jeans juga dari rona sama mengangkat tubuhnya dengan pantas. Ada garis senyum dia lorekkan pada bibir namun kelihatan sinis. Zakuan juga turut
NELLY AUFIYA mengigit bibir. 'Aku tak boleh kalah, aku takkan mengalah pada betina gila tuh! You're mine ... You're mine!' hatikecil bertegas.Tangan Nelly juga spontan mengusap perutnya. "Takkan ada sesiapa yang tahu ini benih dari siapa," bisiknya tetap tersenyum walau hati semakin luluh.Memang dia ada skandal dengan Dato'E merangkap papa Zakuan tetapi Nelly pasti benih yang mulai bercambah dalam rahimnya itu bukan dari lelaki tua itu.Seperti biasa itu hanya sekadar poin untuk pasang perangkap untuk menjerat cinta lelaki-lelaki kaya dan bergelar di luar sana. Bukannya Dato Ebraheem sahaja yang telah Nelly Aufiya peluk cium!"Ini anak you Zack!" ujar Nelly terus merenung ke arah Cinta Alisya. Nelly tidak menyedari kelainan yang sedang berlaku pada waktu itu. Nelly hanya tahu tentang kewujudan semula Dr Kamal Pakar Psikiatri yang selama ini telah diwartakan sebagai arw