"MANA pula perginya ni? Aduhai.. Sudahlah kad tu penting ," keluh seorang gadis yang masih lagi menyelongkar isi beg. Habis segala-segalanya dia bawa keluar sehingga katil yang tadinya kemas kini berselerak dengan barang-barang milik gadis manis itu.
Ulahnya itu telah menyentak perasaan rakan sebilik yang baru tiba di unit tersebut. "Sya apa dah jadi ni.. Berselerak dah rupa tongkang pecah!" Sergah si rakan seraya duduk lalu mengenepikan barang yang hampir terjatuh ke dalam semula.
"Aku rasa ada barang aku yang tercicir lar.. Takpun maybe tertinggal..." Omel Sya tanpa menoleh belakang kerana di masa itu, kepalanya masih lagi menunduk dan jika dilihat dari jauh, kepala Sya seakan masuk ke dalam beg tersebut.
"Sebenarnya kau cari apa, Sya?"
"Barang aku lar..""Ya.. Aku tahu tu.. Tapi barang apa??""Aku tak pasti barang apa Laila.." terang Sya yang segan untuk memberitahu apakah barang tersebut. Namun, jauh disudut hati Laila, dia seakan dapat meneka. Tanpa mahu membuang masa lagi, Laila terus menyelak setiap halaman pada buku-buku yang ada atas tilam.
Sebagai kawan, Laila akan sedaya-upaya menjaga hati rakannya itu, Cinta Alisya. Apa yang telah terjadi pada Cinta Alisya, itu bukan dari kehendaknya tetapi dari keizinan Allah Swt. Laila tersenyum sambil menarik keluar kad pendua dari dalam laci miliknya.
"Cinta.." Seru Laila lalu mengangkat kad yang telah pun berada ditangannya. "Ya Allah Laila! Mana kau jumpa? soal Cinta Alisya selajur kad telah bertukar tangan.
"Adala.." Sahut Laila terus menapak ke arah dapur meninggalkan Cinta Alisya yang masih diserang persoalan.
"AKU dengar Zack fly ke Taiwan hari ini, betul ke? Nell, kau tak risau ke, tak silap aku lah kan... Ex-girl dia still kat sana lagi?" ujar Fisya seraya menyimpan kembali lipstik ke dalam tas tangan lalu dibutangkan pula sebelah atas bahagian dadanya yang terdedah. Nelly terus terbejat dari melakukan sapuan bedak pada mukanya. Roman wajahnya juga mengalami sedikit perubahan. Memang tidak dinafikan, dirinya dan Zack berlainan penerbangan buat beberapa bulan kebelakangan ini. Dia penerbangan ke Eropah manakala Zakwan pula sekitar Asia. Nelly kemudiannya mengambil kesempatan yang ada untuk memandang Fisya. Fisya yang terdongak lalu memandang cermin, terenung Nelly. Wajah sahabatnya kelihatan tegang. "Kau dah kenapa? Aku ada tersilap cakap ke?" soal Fisya kembali. Wig pada rambut kelihatan terletak dengan kemas sebelum Fisya merenung kekemasa
"AWAK! Saya rasa awak dah masuk salah bilik... Ni bilik saya wak. Ni kad saya," terang gadis itu lagi. Sedari tadi keduanya bermatian mempertahankan pendirian masing-masing tentang bilik hotel."Kau tu yang salah bilik!" bentak lelaki kacak berpakaian juruterbang itu juga meninggikan suara. Cinta Alisya makin hilang kesabaran apatah lagi dirinya di bentak dengan sewenangnya. Dia juga sudah bayar wang deposit."Woi cik abang! Cik abang fikir penat cik abang saje ke? Penat saya? Baik kalau macamtu bak tengok resit.. Kad ni kadang- kadang orang boleh tipu!" Cinta terus membuka tas tangan yang disandang untuk mencari resit.'Hek ellehh pompuan ni! Sudah lebih nampak! Nak sekolah kan aku pulakk?? Nasib baik ko tu comei kalu takkk...'.Kapt.Zakuan juga menarik kembali dompet yang baru dia simpankan tadi. 'Awal-awal aku dah locked kot!' omel hatinya lagi sambil menarik keluar lipatan resit langs
"EH, macamana boleh tertukar beg pula ni? Adoyai.. Zakuan Edan? Siapa pula dia ni, setahu aku masa departure tadi memang aku tak salah ambil beg .. Entah-entah... Alamakkk!" omel Cinta Alisya seraya merenung beg bagasi di tepinya itu.Bagasi terus ditarikkan zip untuk membukanya. Namun, apa yang terpapar di depan mata telah membenarkan telahan Cinta Alisya. Bagasi itu penuh dengan baju lelaki, minyak wangi dan segala mak nenek yang lain."Apa yang kau tenungkan tu lagi? Pergilah pulangkan balik? Lagipun tu semua bukannya saiz kau, Cinta. Boxer biar betul kau nak pakai!""What did you say? See him again? No.. No, I don't think so.." bantah gadis berambut ikal tu dengan pantas. Masih terngiang-ngiang lagi kata-ka
"CINTA! Kau bermimpi lagi?" soal si rakan berpaling ke arah katil. Dia yang sedang bercermin, terus terbaling sikat ke cermin kerana terkejut dengan jeritan yang tidak tersangka itu. Cinta Alisya terbangun sambil meliarkan pandangan mata ke setiap arah. Helaan nafas terdengar begitu ketara sekali seolah-olah dia terlihat sesuatu. Alisya Kirana pula menggelengkan kepalanya dia yakin tentu mimpi yang sama lagi. Tidur sahabatnya itu tak pernah selena sebelum berlakunya perkara jahanam tersebut! "Sampai bila kau harus begini,Cinta? Aku dah kata kau kena balas dendam pada lelaki tak guna tu! Aku mahu lena dia juga tak menentu sama seperti kau,Cinta Alisya..." "Kau cakap memang senang Alisya, sebab bukan kau yang menanggungnya tapi aku Alisya! Akuuu!" bentak Cinta terus memeluk lututnya. Airmata yang cuba dia tahankan d
"TAK sangka ya kita berjumpa lagi? Apa awak buat kat sini?" soal Zakuan tetap tersenyum walaupun gadis di depannya itu seolah-olah tidak menyedari akan kehadiran dia di situ. Cinta Alisya tetap dengan kamera ditangan. Dipetik berkali dan setelah itu, di lihat semula. Zakuan memang berasa berat untuk duduk di sebelah gadis ayu itu, Zakuan bersiul untuk menarik perhatian gadis itu lagi dengan harapan gadis ayu berkenaan akan mempelawanya duduk. Dia agak penat kini... Maklumlah baru lepas ke sana dan sini mencari barang untuk dibawa ke Malaysia nanti. "Zack? Kau Zack kan?". Pertanyaan itu telah mendongakkan wajah Zakuan yang sedari dia hadir tadi, begitu ralit merenung wajah ayu milik gadis yang sedang duduk di hadapannya itu. Cinta Alisya juga turut mendongak dan matanya meneliti empunya wajah tersebut dengan agak lama. Entah kenapa hati tenangn
MAHU tak mahu, Kapt.Zakuan terpaksa menerbangkan semula pesawat Boeing 777 ke Malaysia biarpun hatinya masih lagi berada di Taiwan. 'Sampainya hati kau, Cinta... Kau langsung tak mahu berjumpa dengan aku buat kali terakhir' lirihnya dengan berkali-kali. Kapt.Zakuan juga tidak memberi tumpuan pada penerbangan itu. Jarinya memetik setiap punat yang ada tanpa melihatnya dengan terlebih dahulu. "Zack!" "Zack!!" "Hey Zack are you hear me? We're going down!! Please pay attention to your rudder!!" Zakuan baru tersedar dari alam lamunan, lalu merenung teman disebelah yang semakin pantas menekan punat-punat papan asimilator at
"KAU kenal ke dengan mereka tu, Cinta. Aku tengok tenungan mata kau tu lain macam jer tambah kat lelaki Pilot tu!" Laila melajukan lagi langkah kakinya untuk menuruti Cinta Alisya yang secara tiba-tiba berjalan laju."Cinta, kau dengar tak apa aku soal kau tadi? Ke pura-pura tak dengar?" sindir Laila rakan sebilik Cinta. Panas pula hatinya melihat tingkah gadis tersebut yang terang-terangan cuba untuk tidak memperendahkan soalannya itu. Bukannya Laila tak perasan akan pandangan Cinta pada lelaki yang sedang berkepit dengan kekasihnya itu."Cinta!!" Laila terpaksa menaikkan oktaf suara memandangkan Cinta Alisya masih lagi dengan wajah tanpa perasaannya itu.Langkah terhenti. Lalu Cinta Alisya memalingkan wajahnya supaya dapat bertemu dengan mata Laila. Dan Laila pula, telah bersedia dengan jawapan gadis tersebut."Kenapa kau mahu tahu?""Tak salahkan?""Ya, aku kenal dengan mereka. Puas h
"WHAT mummy no! No! It can't be... Zack cannot cancel it!!! No mummy! No..." sanggah Nelly Aufiya mulai ingin meroyan. Dia terus terduduk lantas mata dia talakan ke arah perutnya yang makin hari makin membesar. Niatnya yang ingin ketemu Brian terus terencat disaat Puan Sri Luna memberitahunya akan berita tersebut. Wanita jelita bergelar vvip itu juga agak terkejut dengan berita yang baru dia dengari dari mulut Puan Esya. Itupun hanya melalui talian telefon. Keluarga Zakuan mahu memutuskan juga pertunangan tersebut biarpun mereka tahu akan risikonya. "Tak boleh mami, Nell tak benarkan ia berlaku. Zack tak boleh putus tunang dengan Nell.. Apa? Takkan mereka tak t
WINSTAR CASINO AND RESORT,OKLAHOMA.PERTUNJUKAN tari tiang masih lagi rancak di atas pentas kemilau. Beberapa orang lelaki separa mabuk yang kalah judi mengerumuni tiga penari tiang bertubuh mungil tersebut. Tangan serta kaki terawang-awang seolah mahu menangkap penari-penari seksi yang asyik meliuk-lentok tubuh. Dari jauh, Tuan Elissandro tersenyum sambil menghisap curut dan makin dalam hisapan. Dia tersenyum melihat kemeriahan pusat kasino miliknya itu. Sedang asyik memerhati datang seseorang terus membisik sesuatu ke telinganya. Hembusan huruf O naik ke udara bergilir-gilir bagaikan putaran roda meja judi Roulette. Terdengar sahaja nama anaknya itu, Tuan Elissandro terus merenyuk curut walau mas
WINSTAR CASINO AND RESORT, OKLAHOMA. PERTUNJUKAN tari tiang masih lagi rancak di atas pentas kemilau. Beberapa orang lelaki separa mabuk yang kalah judi mengerumuni tiga penari tiang bertubuh mungil tersebut. Tangan serta kaki terawang-awang seolah mahu menangkap penari-penari seksi yang asyik meliuk-lentok tubuh. Dari jauh, Tuan Elissandro tersenyum sambil menghisap curut dan makin dalam hisapan. Dia tersenyum melihat kemeriahan pusat kasino miliknya itu. Sedang asyik memerhati datang seseorang terus membisik sesuatu ke telinganya. Hembusan huruf O naik ke udara bergilir-gilir bagaikan putaran roda meja judi Roulette. Terdengar sahaja nama anaknya itu, Tuan Elissandro terus merenyuk curut walau masih ada bara hujungnya.&nbs
TAS TANGAN berjenama VERSACE dilemparkan atas katil. Rambut palsu juga ditarik secara kasar. Mekap indah terus disememehkan tanpa melihat cermin. Bahagian paling kerap dia tenyeh dengan kasar adalah bibir entah apa yang melekat pada bahagian itu, sebenarnya. Hanya dia seorang yang tahu. “Argh, benci. Aku jijik. Aku jijik tahu tak!” bebelnya menunduk tergeleng. Apa perkara yang sedang merunsingkan jiwa susuk tubuh itu. “Aku dah katakan takde jantan yang baik dalam dunia ini tapi kau degil. Tetap juga nak teruskan hidup yang kau anggap normal sangat itu. Siapa dia?” soal satu suara dari arah sebelah. Wanita itu terus mendongak serta pandang sisi. Dia menggeleng kemudian tertunduk semula.&n
“DATO E kan?” Alicia menapak laju apabila terpandang seseorang yang pada ketika itu sedang minum kopi seorang diri di kafe pusat beli-belah tersebut. Lelaki separuh baya namun masih kacak bergaya ditambahi pula dengan statusnya sebagai ahli korporat berjaya membuatkan dia kelihatan segak dan muda. Kopi tidak jadi diteguk kala mata menilik sekujur tubuh tegak berdiri sambil melemparkan senyuman padanya. Alicia tanpa dipelawa terus melabuhkan tubuhnya berhadapan dengan Dato E. Kacamata dari jenis Aviator Rayban ditarik keluar lalu menonjolkan lagi kejelitaan wajah kacukan tersebut. Dato E, pada mulanya agak terkejut dengan sapaan serta kehadiran wanita persis seorang model itu lantas dia cuba untuk tersenyum. Alicia menyilangkan kakinya yang terdedah dek kerana skirt ketat hitam yang dipakainya paras paha
“MACAMANA boleh tahu?” soal Drake sedikit melenting apabila pemergiannya itu telah diketahui oleh Tuan Elissandro. Sudah pastilah Tuan Elissandro memarahinya kini. Dia bukan sengaja atau jalan-jalan ke Malaysia, tetapi ada misi dia harus jalankan. Jika tidak dia takkan sanggup belah awan Brazil untuk ke seberang Lautan Pasifik. “What? Shit! How come?” Drake menekan semakin kuat suaranya apatah lagi dengan berita tersebut. Drake diburui. Rokok masih berbara seraya dikeronyok tanpa ada rasa panas. Drake pasti, tentu ada yang telah memberitahu Tuan Elissandro, dalam hati dia yakin siapakah orangnya. “Argh, tak guna!!!” tengkingnya menghempas telefon pintar ke meja sehingga pecah. Talian ant
“TUNGGU!” “Tunggu dulu awak... awak tunggu saya... awak tolong dengar kata-kata saya dahulu.. awak ... jangan awak.. jangan!!” Zakuan terus terbangun. Mata meliar ke setiap arah dalam kubikel sederhana luas tersebut. Gendang jantung masih bertalu. Muka diraup kasar seraya bibir ucapkan istigfar. “Aku bermimpi lagi....” bisiknya setelah wajah dikeringkan sedikit. Selimut diselak ke tepi dan Zakuan juga tergamam dengan satu lagi susuk tubuh sedang berbaring menghadap ke arahnya. Zakuan terdongak dengan kerutan dahi berlapisan. Mata dari pandang siling kini dia arahkan pula ke bawah dan bergerak pada longgokan pakaian miliknya serta pakaian perempuan. “Hei sayang dah bangun ke? Uhuh...” soal satu suara lebih pada rengekan. Daisy Aqila sengaja tidak mahu menarik selimut dan terus memeluk tubuh Zaku
RIO DE JANEIRO,WAKTU TEMPATAN.LIONS NIGHTCLUB,PANG! Semua yang ada dalam kamar eksklusif itu kaku. Dari bersuara meningkah kini membisu. Si gadis pula terus terbangun dari atas ribaan. Bergolek-golek botol hijau tinggal separuh ke dinding kamar berpenghawa dingin itu. Elissandro terus bangun dan curut di lemparkan ke tepi, panas hatinya panas mendengar perkhabaran tersebut. “Argh shit! How dare you are hah Antonio?” sanggahnya menyepak dan menampar secara rawak para konconya yang tidak bernasib baik. Kekasih hati yang mahu mendekati terus terhenti langkahnya. Ternyata baran Tuan Elissandro bukan kepalang mainan. Tidak kisah perempuan atau lelaki pasti akan kena tempias dan jika tidak bernasib
DEAR LOVE ( new episode) “SORRY!” ujar satu suara garau. Kapt. Zakuan terus menunduk untuk mengambil semula topi pilot yang terjatuh atas lantai. Begitu juga dengan lelaki berwajah orang Eropah tersebut, dia juga turut menunduk untuk mengutip topi yang sama. “It’s okay that’s my fault too...” terang Zakuan mengalihkan wajahnya dari pandang lantai dan topi ke wajah figura di sebelahnya itu. Ukiran senyuman menjadi sedikit kaku apabila lelaki berwajah orang Eropah itu menanggalkan kaca matanya. Sinar zamrud pada bola matanya telah membangkitkan semula sebuah memori lama. Susuk tubuh berjaket kulit hitam serta berseluar jeans juga dari rona sama mengangkat tubuhnya dengan pantas. Ada garis senyum dia lorekkan pada bibir namun kelihatan sinis. Zakuan juga turut
NELLY AUFIYA mengigit bibir. 'Aku tak boleh kalah, aku takkan mengalah pada betina gila tuh! You're mine ... You're mine!' hatikecil bertegas.Tangan Nelly juga spontan mengusap perutnya. "Takkan ada sesiapa yang tahu ini benih dari siapa," bisiknya tetap tersenyum walau hati semakin luluh.Memang dia ada skandal dengan Dato'E merangkap papa Zakuan tetapi Nelly pasti benih yang mulai bercambah dalam rahimnya itu bukan dari lelaki tua itu.Seperti biasa itu hanya sekadar poin untuk pasang perangkap untuk menjerat cinta lelaki-lelaki kaya dan bergelar di luar sana. Bukannya Dato Ebraheem sahaja yang telah Nelly Aufiya peluk cium!"Ini anak you Zack!" ujar Nelly terus merenung ke arah Cinta Alisya. Nelly tidak menyedari kelainan yang sedang berlaku pada waktu itu. Nelly hanya tahu tentang kewujudan semula Dr Kamal Pakar Psikiatri yang selama ini telah diwartakan sebagai arw