Hun Aqeel — Dikelilingi ahli keluarga yang sangat menyokong kerjayanya sudah memadai baginya. Apabila ditikam kawan baik sendiri yang sanggup bermain cinta dengan kekasih hatinya…punah segala benda untuk percaya orang lain selain ahli keluarga tercinta. Erina Durah — Masuk dalam kehidupan seorang artis yang sedang meningkat naik dengan kejayaan lakonan beliau, dia tumpang bahagia walau dia hanya seorang PA kepada Hun Aqeel. “I bagi you kepercayaan untuk handle segala akaun media sosial I. Jangan buat loklak pulak.” - Hun Aqeel. “Haha relax lah boss. Ya baik saya tak buat onar. Saya jaga penuh tatatertib bos punya Instagram Facebook dan segala benda lah. Tu termasuk hati bos tu.” - Erina Durah. “Aip! Hati hati jangan buat main. Karang jatuh hati kat I padan muka you. I malas layan..” - Hun Aqeel. Dan bila kata kata Hun Aqeel itu terkena batang hidung sendiri… “Be my girl, Erina Durah? I think I dah jatuh hati kat you.” - Hun Aqeel. Dugaan datang tatkala kebahagiaan menyembah mereka berdua. “Please, I want you back! Lupakan Erina. Dia takkan dapat bahagiakan you macam mana kita dulu sayang.” Segala kenangan lampau dia bersama Christina menjelma di fikiran Hun Aqeel. Berbelah bahagi rasa hati. Adakah dia tamak? Erina Durah pun dia mahu! “Lelaki semua sama! Ingat hati aku ni apa. Syok hora horei bila dipermainkan. Benci!!” Hati yang terluka baru saja dirawat. Tapi sudah dikecewakan balik. Tetapi, semudah itukah Erina Durah mahu melepaskan Hun Aqeel kepada Christina? Tidak! Dia akan membuka mata Hun bahawa kenangan Hun bersama Christina sudah lama terkubur. Dia yakin Hun Aqeel adalah takdirnya.
Lihat lebih banyakTak sanggup Hun Aqeel nak menghadap kakaknya yang sungguh memaksa dia untuk menerima gadis itu bekerja dengannya kerana selama 4 tahun bergelar pelakon, sungguh dia tak perlukan assistant. Dia boleh handle semua kerjanya seorang diri.
"Please lah my baby Hun, ambil lah dia bekerja dengan you. Dia bagus tau. Akak yakin dia boleh bekerjasama dengan you sebaik mungkin"
Ya itulah suara sumbang manusia yang bernama Farah Haziyah. Tak habis habis memaksa.
"Masalahnya akak faham tak? Hun dont need this. Hun selama ni elok je urus diri and kerjaya Hun sendiri. Ya, Hun faham dia tu adik kawan baik akak, kak Dina tu tapi sorry kak. Hun tak rasa Hun perlu ambil dia jadi PA Hun."
"But why? Belum cuba belum tahu Hun. Kesian lah dia. Kalau dia still tak dapat kerja untuk masa 2 3 minggu lagi, dia kata dia nak balik Sabah stay dengan parents dia. Sedihlah kak Dina nanti tinggal sorang sorang kat rumah. Hun tak kesian ke dengan kak Dina?"
siap mimik muka kesian. Ingat Hun kisah! "Hun takut apa? Takut dia demand gaji ke? Ala setakat bayar untuk satu kepala tak luak la payment Hun dapat untuk 1 episod drama. Tu baru 1 episod. Kalau drama tu ada 30 episod, hah lagi 29 episod Hun makan lah sensorang. Akak sure dia tak demand sangat pasal gaji" sambung Farah tidak mahu kalah.Hun memandang Farah. Amboi pandai pulak Farah bab bab payment Hun terima kan. Itu P&C okay! Hun merengus. Beria sungguh kakak dia ini semata untuk adik kawan baiknya itu.
"Cun tak budak Erin tu? Sedap mata Hun memandang tak? Kalau Hun terima dia jd PA Hun, hari hari dia kena follow bontot Hun pergi mana je. Hah sanggup tak dia? Bukan ke lebih baik dia cari kerja dekat pejabat. Senang tunggu duk berteleku je atas meja sendiri sambil uruskan bos dia."
"Masalahnya sekarang ni dia dah hantar resume dia kat beberapa syarikat tapi still takde jawapan. That's why dia dah give up. Dia nak balik Sabah stay sana cari kerja kat sana.."
"Hah dahtu biar jela dia kak. Alah kak Dina dah besar panjang lah. Takde lah dia nak takut stay sorang. Nanti bila adik dia dah blah, pandai lah kak Dina cari housemate baru. The end of this story."
Hun bangun untuk turun ke dapur. Basahkan tekak yang kering ni sebab asyik berkeras melawan kata dengan si kakak nya. Tak habis nak memaksa. Kalau dah A tu tiada corner ke B. Tetapi Farah masih tidak berputus asa. Bangun juga dari duduk nya sambil turut membontoti adiknya ke dapur.
"Stop it kakak! No means no kakak ku sayang. Serious talk bukan pasal payment. Tapi Hun tak bersedia nak ada PA"
"But why...Bukan ke lagi senang kerja Hun kalau ada orang lain yang uruskan you. Uruskan schedule Hun, pakaian shooting Hun. Deal dengan producer, you tinggal angguk atau geleng aje."
Hun mengeluarkan botol air sejuk dari peti ais lalu menuang air tersebut ke dalam cawan.
"Akak nak? Kita share cawan jela. Tak payah membazir tenaga kena basuh 2 cawan." Hun menunjukkan cawan yang dipegang.
"Don't change our topic Hun"
******
"Babe! Adik aku dah setuju untuk proceed adik kau untuk jadi PA dia. Nanti kau send wasap contact number adik kau" teruja Farah memberitahu perkara tersebut kepada Dina.
"Terbaik kau Farah. Mmg best friend aku! Yahooo, takdelah aku mati kesunyian duduk dekat rumah ni sorang sorang lepasni. Sob sob" Eliza Dina nama diberi. Merangkap kawan baik kepada Farah Haziyah.
"Ye babe. Takdelah telinga aku asyik dengar kau merengek tak tentu hala. Fuh selamat selamat."
"Ha ha thanks babe! Nanti aku belanja kau makan okay. Kau redeem je apa-apa kau nak makan. Yang penting tak over bajet aku please."
"Ye lah Dina wei. Eh jangan lupa send number phone adik kau. Besok adik aku nak interviu dia. Semoga adik aku lembut hati tengok muka lembut adik kau tu. Haih peliklah aku. Mana turun hah muka cantik adik kau. Asal muka kau kontra gila dengan dia?" Mengekek si Farah dapat membahan kawan baiknya itu.
"Haih kau agak agak lah. Kau nak kata aku ke dia anak angkat mak bapak aku ni? Kau jangan macam-macam. Okay nanti aku send kat wasap. Calo bete babe! Nak rest baru balik kerja ni. Thanks again!"
"Ok babe. Bye!"
Tak sampai seminit handphone Farah Haziyah terima 1 wasap.
- 01234565432
Adikku Erina"Semoga kau diterima bekerja Erina. Amiin!"
******
"Kakak! Doakan adik. Adik so nervous ni. Harap harap hati dia lembut terima adik bekerja. Kaklong doakan adik tau!"
"Ya salam kaklong cepat. Dah pergi. Lepastu cakap dengan kak Farah, kaklong tunggu dia dalam kereta je"
"Baik kaklong."
Erina Durah langsung teringat Ibu bapa di kampung haruslah dihulur duit untuk perbelanjaan. Cukuplah mereka tanggung kos pembelajaran dia sehingga umur dia sudah menjangkau 25 tahun. Sudah tiba masanya dia membalas semua itu. Mama papa! Doakan adik! Fighting!
Selesai bersalaman Erina Durah keluar dari kereta tersebut lalu menuju ke meja di dalam kedai makan Eat & Eat tersebut. Hun dan Farah sudah menunggu di situ.
"Assalamualaikum. Maaf buat menunggu."
Dua orang tersebut terus mendongak dari memandang handphone masing masing. "Waalaikumsalam Erina. Eh tak...Kami yang awal. Duduk duduk. Kakak you mana?" Farah menjawab.
"Oh ya kaklong kata dia tunggu dalam kereta aje. Tu kat luar" Sambil jari telunjuk menunjuk ke arah kereta Saga bewarna Merah metallic, kereta si Eliza Dina.
"Okay guys. I gerak dulu. Hun, behave!"
"Ya kakak. Dah lah. Shuh shuh. Erina, sit.."
Hun Aqeel pamit Erina Durah duduk kerusi yang kosong di hadapannya itu. Farah segera pergi meninggalkan berdua dan pergi ke kereta Dina kerana sudah berjanji untuk menemani Dina mencari barang di Watson.Hun Aqeel berdehem. "So Erina Durah. Bawak resume?"
"Ofcourse... Errr encik Hun?"
"Oh my…please no ber-encik encik dengan I. Just call me Hun. I think tak payah lah nak panjang sangat intro pasal kerja ni. I akan simpan resume you, and yes...I setuju untuk ambil you jadi Personal Assistant I"
Bersinar sinar mata Erina setelah ayat itu terlafaz dari Hun Aqeel. Teruja! "Thank you bos Hun! Panggil Bos lah, okay?" Hun menjeling kepada Erina. "Suka hati you lah Erina. Yang penting no encik encik. I rasa macam formal sangat. I tak biasa."
Erina mengangguk faham. "Baik, saya tak akan panggil encik. Tapi bos pun just call me Erin. Hmmm so confirm lah ya saya akan jadi PA bos?"
"Ya confirm. Tak payah lah I nak bagi details apa yang you perlu buat. You dah tahu sangat kan?"
"Yup bos. About your schedule, saya akan uruskan. Tapi saya tak perlu jadi alarm bos bangun tidur kan?"
"Tak payah. Alarm I kat rumah tu cukup untuk buat I terbangun. Bukan I seorang je yang akan auto bangun, dengan kak Farah sekali bangun. Haih mummy mummy.."
"Oh Aunty Farida. Sihat?"
"You kenal my mum?"
"Ya saya kenal. Pernah berjumpa sekali sekala di rumah saya. Sebab kak Farah slumber bawak Aunty melepak dengan kami sekali dan aunty sangat sporting! Boleh juga buat saya lepas rindu dekat mak saya yang nun jauh di Sabah tu."
Aduh, pilu pulak hati ni bila teringat wajah bersih mama ku. Mama! Nak balik!
‘Bila dua hati dah sebati, tak semudah itu untuk dileraikan.’ Petikan Filem Istanbul Aku Datang itu terngiang-ngiang dan Erina senyum.. Senyum bahagia. Alhamdulillah sudah menjangkau masuk tahun ke 3 perkahwinannya bersama Hun Aqeel. Ya, masih orang yang sama. Mereka berdua sekarang berada di rumah yang dibeli Hun Aqeel. Sudah duduk asing dari keluarga Hun, mahu hidup berdikari, cadangan itu diterima baik oleh Mommy Farida dan Farah. Mereka berdua itu faham kehendak Erina dan Hun. “Ayang… sedap tak abang masak lauk tadi?” tanya Hun Aqeel seraya memeluk isterinya itu. Dia baru sahaja selepas solat Isyak. Dan turun untuk bersama-sama isterinya yang sedang cuti solat itu menonton tv. Erina lantas mengangguk. “Sedap abang! Abang masak mana pernah failed. That’s why I love you so much!” Erina mendongak sedikit wajahnya dan menghadiahkan ciuman padu di pipi kiri suaminya. Hun Aqeel tersengih seraya tangan kirinya melingkari belakang pinggang Erina.
“Cerita lah Hun apa yang papa cakap kat awak.”Erina langsung tak berputus asa mahu tahu. Hun Aqeel hanya gelak sambil menarik gebar sehingga paras dada. Erina menggoncang kasar badan Hun. “Oh. I taknak cerita terus takmau panggil I abang ya? Dah tukar Hun balik?” Hun sembunyi senyum. “Meh join abang.” Hun Aqeel terus menarik comforter dan mendorong Erina masuk. Erina hanya menurut. Lalu Hun memeluk Erina rapat. Mencium ubun-ubun isterinya. Erina pun membalas pelukan Hun. Wanginya suami dia! “Papa pesan jaga Erina elok-elok. Jangan sesekali mengasari tubuh isteri sebab tubuh isteri ni untuk dibelai manja. Kalau you buat salah, tegur dengan berhemah. Kalau tak jalan gak, papa bagi izin piat telinga aje.” Hun Aqeel cerita kembali apa yang Encik Rahman berpesan kepadanya sebelum akad nikah mereka semalam. Encik Rahman dan Hun Aqeel sempat bersembang berdua sebelum itu. “Sayang you macam mana abang sayang diri abang. Hormat perasaan you tapi jangan sampai
Erina dan Hun Aqeel melangkah masuk ke suite mewah hotel mereka. Hun Aqeel terus membuka kesemua butang coat putihnya dan merebahkan badan di katil, Erina menggeleng kepala melihat itu. Erina juga penat melayan tetamu yang sungguh ramai dijemput di majlis perkahwinan mereka berdua. Hun dan Erina setuju untuk buat majlis di satu pihak je. Sekali harung. “Saya mandi dulu Hun. Awak berehat lah kejap. Lepastu turn awak pulak. Then kita Isyak sama-sama ya, husband…” Saja Erina meleretkan ayat itu. Ternyata istimewa sungguh panggilan itu untuk orang yang sangat istimewa di dalam hatinya. Erina terus menanggalkan segala aksesori dan tudung. Erina toleh kepada Hun Aqeel. Hun segera senyum lebar memandang mahkota isterinya itu. Hanya dia sahaja lelaki bukan muhrim isterinya yang layak tonton sekarang. “Ke you nak kita mandi sama, mine? I okey je.” Erina tunjuk penumbuk. Matanya mencerlung kepada Hun. “Jangan nak merepek. Okey lah, saya mandi kejap.” Mukanya suda
“Tadi aku tengok beribu je like, ni dah berpuluh ribu. Cayalah! Famous kawan baik aku harini. Cantiknya kau dalam gambar Nana!” Jerit kecil Erni berkata. Dia yang terlebih excited membuat ulasan tentang gambar pertunangan Erina dan Hun yang dimuat turun Hun Aqeel di media sosialnya.Mereka kini berada di rumah Erina. Saja Erni bosan-bosan datang ke situ mahu melepak bersama Dina dan Erina. Terperanjat dia melihat gambar Christina dan Hun yang tersebar. Namun, melihat wajah tenang Erina, tahulah Erni yang hubungan Erina dan Hun baik-baik sahaja.“Wei wei… tengoklah Ameer Mazlan pelakon tu wei comment ‘comellah korang! Kahwin jangan lupa jemput’… arghh! you pun terlalu hot darling.” Mulalah sifat merenyam Erni. Erina sudah membalikkan bebola matanya ke atas.“Dah lah Nini! Baca sorang-sorang ajelah nanti. Aku pun tengok gitu-gitu je tadi. Kau yang lebih asal?” Erina buat-buat mengeluh keras. Pejam celik
Hun Aqeel terkedu dengan message yang baru diterimanya… dari Sean. Terpejam sesaat mata Hun Aqeel. Sean ajak dia berjumpa. Apa pulak lelaki itu mahu. Cukuplah Christina muncul dengan membawa masalah. Aduh!Jumpa jela. Mungkin boleh beri sepatah dua maki. Huh!Mereka berdua berjanji untuk bertemu di salah satu restoran yang berdekatan Butik Hun.“Qeel…”Hun terpana seketika. Sean! Lama sungguh mereka tak bersua muka. Ralat, dia rindukan orang akan memanggilnya dengan nama singkatan itu. Dan itu hanya seorang sahaja yang guna.Sean mengambil tempat duduk berhadapan Hun Aqeel. Hun mengetap rahangnya dan genggam penumbuk.“Qeel. Aku…aku nak mintak maaf.” Sean bersuara.“Mimpi apa? Lepas 3 tahun? Huh…sampah.” Hun menyindir Sean.Sean hanya menelan apa sahaja yang diluah Hun.“Ya aku tahu aku dah terlambat. Tapi aku terpaksa Qeel, tru
“Good morning mama.” Erina berkata dan memberi sekilas ciuman pada pipi Datin Mila.“Morning anak mama. Dah breakfast?” Mereka berdua sekarang berada di ruang tamu.“Nanti lah makan. Tak lapar lagi. Sorry mama. Bangun lewat sikit. Dah pukul 9.00 pagi dah. Lepas subuh tertidur balik. Nini bukan nak kejut pergi kerja tadi.”“Tak apalah. Dia taknak kacau Nana lah tu. Ala, tak payah nak malu. Ni kan rumah kamu juga. Pergilah makan dulu. Jom mama teman. Kamu malu kan sebenarnya…” ujar Datin Mila tersengih. Erina pun turut gelak kecil. Mereka berdua beriringan pergi ke ruang makan.Erina cedok makan sendiri ke pinggan dan menuang air teh yang masih suam ke cawan dia dan Datin Mila.“Oh sayang! Baru mama teringat, hope mama tak terlambat nak wish congrates atas pertunangan Erina. Wah! Tunang dengan artis ya.” Datin Mila cuit lengan Erina sambil tergelak.Erina hanya mamp
Hun Aqeel sudah buntu. Dia melihat gambar Erina di telefon pintarnya. Sungguh dia rindukan tunangnya itu! Erina tidak langsung mahu on telefon. Hun terus memecut ke rumah Erina dan Dina.Sampai sahaja di depan rumah itu. Hun terus menghubungi Dina meminta Dina berjumpa dia sekejap.“Ya kenapa Hun?” soal Dina pelik melihat Hun tiba-tiba muncul di rumahnya.“Kak.. er, akak tahu Erina pergi mana?” soal Hun ingin tahu.Dina memandang pelik tetapi terus berubah mukanya. Fahamlah dia…“Bergaduh ya? Erina tu memang macam budak kecil sikit. Kuat merajuk. Anak bongsu kan. Dia beritahu dia pergi rumah Erni. And dia tak bagi akak bagitahu Hun sebenarnya… tapi biarlah. Mengada dia tu,” ujar Dina dan ketawa lepas.“Rumah Erni ya? Masalahnya dah masuk hari ketiga ni kak since malam hari Jumaat haritu. Cukuplah semalam saya bagi ruang kat dia satu hari. Hmmm, akak boleh bagi number phone E
Erina terus mematikan panggilan tanpa mendengar balasan daripada Hun Aqeel. Hun sebal. Damn it! Tina….Hun lantas bangun dan bersiap mahu keluar pergi ke rumah Erina. Ketika dia mahu melangkah keluar, kedengaran suara Aunty Farida menegurnya. Terus dia pergi ke arah Mommynya yang sedang duduk di ruang tamu itu.“Hun nak pergi mana malam-malam ni?” soal Aunty Farida.“Hun nak pergi rumah Erina, mum. Ada masalah sikit. Hun pergi dulu ye mum,” ujar Hun Aqeel agak kalut.“Stop Hun. Dah nak masuk tengah malam. Kenapa tak tunggu esok? Takkan lari gunung dikejar Hun. Dah pergi naik atas, ambil wuduk. Pastu tidur,” arah Aunty Farida. Hun Aqeel mengeluh perlahan. Dia takut terlambat.“Tapi mum…”“No tapi tapi. Pergi mommy cakap. Elok sangat ke Hun nak datang rumah anak dara tengah malam macamni? Apa cakap Dina nanti? Tu belum kalau jiran dia nampak. Kenapa Hun? Masalah apa samp
Selepas memasukkan kesemua barang kahwin yang dibeli mereka berdua ke dalam kereta, Erina dan Hun Aqeel beransur pulang ke rumah. Letih juga berjalan satu hari.“Are you happy for today?” tanya Hun Aqeel segera membuka mask dan topi. Wajib pakai bila keluar ke mana-mana. Tidak mahu dikenali sangat apabila berada di tempat awam.“Mestilah Hun. Thanks.” Erina tersandar di tempat duduk.Erina baru teringat sesuatu.“Eh Hun! Tina apa khabar? Lama dia duduk rumah cousin dia tu ya?” soal Erina. Pelik juga Erina. Sebelum hari pertunangan mereka berdua, Hun pesan yang Christina mahu duduk di rumah Milea sementara. Last Erina bertemu Christina masa malam Erina terima teddy bear dari Hun.Hanya Hun Aqeel sahaja yang faham. Christina kecewa kerana lamaran untuk dia mahu kembali kepada Hun, ditolak bulat-bulat oleh Hun.“Okey je kut dia kat sana. Biarlah dia.”“Itulah.
Komen