"Kaklong, adik gerak dulu. Kaklong nanti keluar tutup pagar tau! Pape wasap.."
Terpekik Erina didepan pintu rumah sambil memakai sneakers nya.
"Ye ye. Hati hati drive dik! Goodluck for your first day."
Selesai bersalaman, Erina meluru masuk ke dalam kereta untuk pergi menjemput Hun Aqeel dirumahnya kerana hari ini Hun start shooting awal pagi juga.
"Fuh ada lagi dua jam. Sempat!"
Selesai membaca doa perjalanan, Erina mula memandu. Rumah keluarga Hun dari rumah Erin tidaklah jauh mana. Hanya mengambil masa 20 minit.Apabila sampai didepan rumah Hun, Erina terus membuat panggilan kepada Hun mengatakan keberadaan dia.
"Hello bos. Saya sudah sampai depan rumah rumah bos. Bos dah siap kan?""Kejap saya keluar.." Hun terus keluar rumah mendapatkan Erina. Hun mengetuk cermin kereta Erina.
"Erina come join breakfast. Mum tunggu kat dalam. Sempat lagi. Tempat shooting kita tak jauh.""Eh tak apa lah bos. Saya dah breakfast tadi. Saya ada bawa lebih untuk bos jugak. Tapi bos jamah dulu breakfast yang Aunty buat. Saya bawak sandwich aje.." Erina menolak sopan ajakan Hun Aqeel.
"Sure. Tunggu sekejap.." Hun terus masuk kedalam rumah balik.
Setelah 10 minit menunggu di dalam kereta, lagi sekali cermin kereta ni diketuk Hun. "Okay Erina come kita gerak naik kereta I...Ambil your things.""Takpe ke park sini je bos?" Erina menunjukkan kereta dia.
"Ini rumah saya Erina oi. Takde sape nak marah pun. Bukan awak halang laluan orang lain." Hun berkata sambil pergi start enjin keretanya. Erina turut keluar dari keretanya setelah merapatkan cermin keretanya lalu keluar untuk pindah ke kereta Hun sambil memerhati sekeliling rumah Hun. Besar dan ruang parkir sungguh luas. Indahnya mahligai Aunty Farida."Oh ya mum kirim salam. Dia nak keluar jumpa you tadi, tapi tiba-tiba sakit perut pula. So dia kirimkan salam aje." Hun berkata selepas Erina duduk bahagian penumpang didalam keretanya. Erina baru tersedar...
"Eh bos, biar saya drive lah?"
"Tak apalah...Setakat drive. Takde masalah bagi I. Jom gerak.""So Erina, dah ready untuk hari ini? Jangan menggigil lutut ya.." Hun mengusik Erina untuk hilangkan rasa canggung. Tapi jujur dia selesa bersama gadis itu padahal baru semalam mereka berjumpa.
"Sudah bos. Saya dah ready untuk kerja ini."
Perjumpaan semalam antara Erin dan Hun berlangsung dengan amannya. Mereka dapat menyesuaikan diri. Lega Farah dan Dina apabila melihat adik-adik mereka rancak berborak setelah mereka balik dari membeli barang dari Watson.
"Harini I taktahu habis shoot pukul berapa. You tunggu dengan penuh kesabaran tau." Hun memberi peringatan.
"Eh mestilah saya tunggu bos. Tidak saya nak balik naik apa?" Gelak kecil Hun dengar Erina menjawab."Oh bukan sebab you PA I, sebab itu you kena tunggu I?" Hun mengusik kembali."Ha ha bos ni. Mestilah sebab tu jugak. Oh ya bos, semalam saya stalk bos punya IG. Aduhai helok sangat lah semua gambar bos..." Tak sempat Erina menghabiskan ayatnya, Hun sudah menyampuk."Habis depan depan ni tak helok ke Erin?" Hun ketawa kecil.
"Hishhh depan depan lagilah elok bos. Dan saya nak puji suara bos jugak. Merdu sungguh. Lena tidur saya semalam lepas dengar cover bos kat IG tu.."
"Amboi Rin. Puji I melambung ni sampai dah naik kembang dah I. I takde cash ni nak bagi you.." Ketawa seronok mereka berdua di dalam kereta berbual sambil menyusuri jalan raya. Hun menyambung.
"I bagi you kepercayaan untuk handle segala akaun sosial media I. Jangan buat loklak pulak."
Erina mengganguk faham. "Selama ni dapat stalk aje. Sekarang siap dapat pecah masuk. I'm so excited bossku!"
"Jangan buat pasal cik Erina. Eish tak tenteram lah aku macam ni..."
"Haha relax lah boss. Ya baik saya tak buat onar. Saya jaga penuh tatatertib bos punya Insta Facebok dan segala benda lah. Tu termasuk hati bos tu." Muncung muncung mulut Erina menunjuk ke arah dada kiri Hun. Dan bergelak lepas. Sungguh selesa dapat bekerja dengan Hun Aqeel.
"Aip! hati hati jangan buat main. Karang jatuh hati kat I padan muka you. I malas layan.." Hun mengenyit sebelah mata kepada Erina menyambut usikan Erina itu. Pandai budak kecik ni main hati dia. Tergelak Hun.
******
Perjalanan tak sampai 30 minit dan akhirnya Hun Dan Erina selamat sampai ke destinasi mereka.
"Tengok, tak ramai kru lagi.. Diorang ni tak pernah on time.." Hun komplen.
"Eh bukan ke kita yang awal sangat bos. Ada lagi 40 minit lagi ni before start." Mata Erina melilau melihat beberapa kru sedang set up tempat shooting. Hun memandang jam di dashboard kereta nya lalu baru sedar mereka yang terlebih awal."Rumah siapa ni bos?" Erina bertanya..Hun Aqeel langsung menjungkit bahu. "Orang yang pengarah kenal kut. Dia tunjuk muka pon masa first day shooting aje. Sempatlah borak sekejap dengan tuan rumah. Kita ada lagi beberapa bulan je ni. Almost 3 bulan dah kami kami ni shooting untuk drama ni. Huarghh tak sabar rasanya nak wrap! Lepastu I akan berehat dalam 2 bulan tau Erin.." Hun Aqeel pun kelihatan leka fokus memandang kru yang sedang membuat kerja.
Erina terpana. Memandang terus ke arah Hun Aqeel. "Serious bos 2 bulan? Alamak saya baru start kerja ni.." Erina berfikir adakah cuti nanti gaji dia akan dibayar.
"No worries Erin. I tak kejam. I akan still bayar gaji you sebab cuti ni atas I kan. Bukan masalah kepada you. Please jangan buat muka risau sangat. Risau I tengok.." Hun memandang Erina. "And please I rasa awkward lah you guna perkataan bos tu. Just call me Hun lah. Ya Erin?"
"Baiklah kalau itu yang bos nak.. Eh Hun. Semoga Hun selesa. Ops lupa, nah bekal saya bawa untuk Hun tadi."
Erina menghulur bekas makanan kepada Hun. Dari tadi dia mahu bagi sebenarnya tetapi memandangkan mahu Hun fokus memandu, bila sudah sampai baru dia bagi kepada Hun.
Hun mengambil sandwich tersebut dan menyumbat dalam mulut."Wow sedap! You buat ke kak Dina buat?" Hun memuji.
"Hehe kak Dina yang buat bos." Meleret Erina tersenyum. Kantoi pulak! Takkan nak menipu.
Hun tergelak. Dah agak... "Thanks for the Sandwich Erina. And kak Dina too." Hun senyum senget."Jom keluar diorang dah start ramai berkumpul tu. You tunggu dalam ruang menunggu kat dalam rumah. Takkan lah you nak duduk dalam kereta aje" Erina mengangguk setuju kata kata Hun. Bolehlah dia cuci mata tengok pelakon lain juga.*********
Dan seperti yang Hun Aqeel agak. Semua kru agak pelik melihat dia kerana selama 3 bulan mereka shooting Hun selalu datang solo. Selesai perkenalkan Erina kepada mereka semua, Hun menunjukkan kepada Erina bilik ruang menunggu untuk kru dan beberapa pelakon berehat sementara tunggu scene dan menyuruh Erina tunggu didalam bilik itu sahaja kerana dia mahu berbincang beberapa perkara dengan kru diluar sebentar. Sudah maklum pelakon lain selalu akan melepak di ruang menunggu lagi satu jadi Erina tidak perlu berasa janggal.
Sementara menunggu Hun, Erina membuka aplikasi Wasap. Untuk menghantar pesanan ke buah hati, Farhan Mikael. Rindunya dia kepada Farhan kerana sudah seminggu tidak berjumpa. Farhan agak busy menguruskan kerja nya. Executive di salah satu Syarikat kereta mewah.
Hi Bie! I miss you so much... Rin dah start kerja ni. - Erina.
Dan tidak lupa sekeping selfie untuk Farhan. Tidak lama Farhan membalas.Kerja what baby? Tak inform I pun! - Farhan
Habis semalam awak bluetick je Rin. Rin nak call takut disturb awak. Now boleh call me? - Erina
Sorry baby I'm super busy lately ni. I tengah drive ni. Later I call Rin. - Farhan
Eh drive jangan lah main phone! Okay bye Bie. - Erina
"Eh hi. Siapa awak?" Terdongak kepala Erina memandang susuk tubuh yang menegurnya. Oh mestilah dia kenal muka itu. Pelakon yang sama naik juga seperti Hun. Ameer Mazlan adalah hero kedua untuk drama yang Hun tengah shooting ini.
"Saya PA Hun Aqeel, Erina. Nice to meet you Ameer.."
"Glad to know you Erina. Mana Hun tak nampak pun dia kat depan?"
"Oh I tak sure lah sebab dia kata ada benda nak discuss dengan kru kat depan."
"Okay lah I check balik. Sorry if buat you tak selesa. Kitorang selalu lepak dekat bilik lagi satu. Ni I masuk untuk amik beg I semalam letak sini." Ameer berlalu ke beg yang dia letak bersebelahan tingkap itu.
"It's okay, Hun ada inform korang selalu lepak situ."
"Bye Erina. Nanti kita lepak sama-sama ya. Pelik tapi benar ni selama I kenal Hun tak pernah dia bawak orang lain. Perempuan pulak tu. Betul ke you PA dia? Ke girlfriend huh?" Ameer ketawa. Betul, selama dia kenal Hun, Hun tak pernah ternampak bersama perempuan walaupun ada juga pelakon perempuan lain seperti mahu lebih rapat dengan dia kerana rupa paras Hun sangat kacak dan berkarisma tetapi Hun macam itu juga. Lebih senang berborak kosong. Untuk join melepak dengan mereka diluar, jangan harap Hun nak ikut. Dalam grup wasap pun, Hun lebih banyak jadi 'cctv' aje. Tetapi berlakon memang A+ dan Hun seorang yang sangat bersih dari gosip murahan.
"Eh tak. Serious saya hanya PA dia sahaja. Semalam baru kami deal. Ini pun kalau awak nak tahu, sebab kakak kami berkawan rapat. Jadi mungkin sebab itu kut dia percaya untuk ambil saya jadi PA dia.." ujar Erina.
"Oh I see..." Tak sempat Ameer menghabiskan ayat kedengaran Hun menyampuk.
"Meer..."
"Wow panjang umur bos you Erina."
Erina dan Ameer menoleh ke arah Hun.
Farhan call Erina seperti yang dijanjikannya. "Bie! Lepas 3 jam baru awal call Rin? Like seriously? Busy betul.. Hmm" Tanpa mukadimah Erina terus menyembur Farhan. "Sorry baby. Dah sampai tadi terus busy briefing staff and meeting pulak dengan bos. Now dah tak busy sangat tu I dapat call you." Farhan memujuk. "Busy sangat lah Encik Farhan Mikael kita ni sekarang. Tahu tak Rin rindu awak sangat. Lama tak jumpa.." Rajuk Erina. "Faham I please baby. Dulu masa you busy study I okay aje faham you. Now your turn lah pula untuk faham I. Sudah... tukar topik." Dari dalam kereta lagi Farhan tak sabar nak tahu cerita dari Erina tentang kerja yang gadis itu sebut di dalam perbualan wasap mereka berdua pagi tadi. "You kerja apa baby?" Farhan bertanya. "Rin dapat jadi PA Hun Aqeel, Bie.. Sorry Rin taknak cerita thru wasap sebab tu petang semalam Rin suruh awal call Rin tapi awak tak layan pun, bluetick aje.." Erina mengeluh. "Hun Aqeel?
Setelah meminta diri sekejap untuk mengangkat panggilan dari Hun kepada Dina, Erina terus laju ke biliknya lalu mengunci pintu. “Assalamualaikum Erin..” Kedengaran suara Hun Aqeel memberi salam terlebih dahulu.. “Waalaikumsalam ya Hun. Ada apa call malam-malam ni?” “Errr Erin busy ke? I ada benda nak tanya ni..” “Tak, kenapa tu?” Pelik Erina apa yang urgent sangat sampai tak boleh tunggu esok untuk bertanya. “I nak tanya dari dalam kereta tadi tapi terlupa pula. Apa yang you bualkan dengan Ameer sebelum I masuk dalam bilik menunggu tadi?” Lah, itu
Farhan dengan gaya kedua pergelangan tangannya berada dalam kocek seluar kiri dan kanan menikmati suasana angin sepoi-sepoi, sungguh indah menatap keindahan pantai yang terbentang di depan matanya. Selepas mengambil adiknya, mereka sekeluarga terus datang ke Pantai Teluk yang berhampiran Kolej adiknya untuk menghiburkan hati dengan melihat alam semulajadi di sini sebelum bergerak ke rumah pakciknya yang terletak di kawasan perkampungan tidak jauh dari pantai ini. “Abang tak bawak kak Erina?” Kedengaran adiknya, Adila menegur. Farhan memandang sekilas Adila sambil menggeleng kecil. “Dia tak boleh nak ikut. Besok kerja. Lagipun, semua ada kan. Ibu, Ayah, kakak. Mana muat kereta. Ini pun nasib baik naik Alphard ayah, muatlah ramai sikit manusia boleh sumbat. Kau pun bukan nak inform kawan kau join balik rumah.” Panjang lebar Hun berkata sambil mata terarah kepada kawan Adila yang sedang du
"Sorry sangat Erin. Last minute lah baru cancel shoot. Heroin MC." Hun Aqeel kesal kerana baru tengok handphone nya."Ya salah saya juga. Baru perasan. Mr.Eric dah info saya jugak. Kesian awak dah siap-siap bangun awal, Hun.." Erina letak kembali handphone di dalam beg nya."Kenapa Hun..Erina? Ada masalah ke?" Aunty Farida menyampuk. Dia keluar rumah kerana mahu mengambil barang di dalam keretanya dan terserempak dengan mereka berdua."Shooting cancel mum. Kesian Erina dah sampai sini.." Hun mengeluh."Oh yeke? Ala takpelah. Jom Erina masuk. Kita baking cake harini. Lepak rumah aunty aje lah harini. Ke Erina ada hal lain?" pelawa Aunty Farida. Memand
Kereta yang dipandu Farhan selamat tiba di rumah banglo corner lot 3 tingkat milik keluarganya tepat jam 10.00 malam. Masing-masing keluar kereta lalu meregang badan kerana duduk di dalam kereta terlalu lama. Farhan yang memandu lagilah terasa sengal seluruh badan. Selepas bersalaman dengan semua, Arisa, kakak Farhan terus memandu keluar untuk balik ke rumahnya sendiri kerana esok hari Isnin, dia harus keluar bekerja. “Masuk Fatin. Buat je macam rumah sendiri. Jangan segan segan.” Ibu Farhan, Datin Rossa buka pintu utama rumah itu dan mempelawa Fatin sebagai tetamu rumah ini. “Ya, buat je macam rumah sendiri. Uncle dah anggap kamu macam anak sendiri jugak. Beg biar Farhan tolong angkatkan. Uncle dan Aunty naik dulu ya. Esok uncle kerja ni. ” Datuk Salman bersuara mengajak isterinya naik ke kamar.
Farhan menarik kasar brek tangan keretanya. “Tak guna Erina. Kerja sama tak sampai seminggu dah pandai nak backing mamat tu. Sial!” Farhan berkata kasar dan memukul stering keretanya. Lalu dia keluar kereta untuk masuk ke dalam rumah keluarganya. Buka je pintu, terjengul Fatin dari arah dalam. “Eh, nak pergi mana?” Farhan bertanya. “Tadi ambil handphone Fatin tertinggal. Nak pergi rumah sebelah ni, Adila and Aunty kat sana. Melepak.” “Taknak lepak dengan abang?” Farhan tersengih. “Hmm taknaklah. Fatin keluar dulu abang.” Farhan segera menahan tangan Fatin. “Hey, whats wrong? Semalam elok je?” Fatin memandang terus ke Farhan. “Abang ada gir
Erina mengeluh melihat balasan Wasap dari Farhan. Nak taknak aje reply! Hubungan mereka masih lagi dingin dari kes terserempak dengan Hun Aqeel di shopping mall tu. Dah lebih 2 minggu. Jenuh nak memujuk baby tua ni! Tapi hati dah rindu nak menatap muka kacak encik boyfriend, hailah nasib badan. Kadang-kadang ada juga tertanya di fikirannya, Farhan serius ke tidak di dalam hubungan cinta mereka. Tidak rasa ingin melangkah ke langkah seterusnya ke? Dia pun ingin merasa hidup berdua sebagai sepasang suami isteri, lebih bagus kerana sudah halal, tapi takkan dia yang nak mulakan bicara soal itu, dia masih segan! Mengeluh lagi. Jumpa jom? Bie tak rindu Rin ke? - Erina Busy - Farhan
“It’s a wrap!” kedengaran kuat suara suara pasukan produksi dan pelakon berkata ayat itu, bermaksud selama 4 bulan mereka berpenat lelah untuk menghabiskan penggambaran drama 45 episod yang diarah oleh Mr.Eric itu akhirnya telah tamat. Muka masing-masing ceria. Erina merakam situasi itu untuk Hun. Nanti dia akan hantar melalui wasap. Hun selepas ini akan bercuti selama dua bulan. Berehat sebentar dari dunia seni dia. Erina mesti akan rindukan Hun. Dia pun diberi cuti oleh Hun. Tapi Erina masih bertegas mahu mengikuti Hun dalam apa-apa benda yang Hun mahu lakukan. Contohnya, Hun mahu pergi ke butik, dia akan pergi ke sana juga. Mahu menolong apa yang patut dan Hun bersetuju. Tersenyum Erina melihat Hun Aqeel sakan bergambar dengan pelakon-pelakon dan
‘Bila dua hati dah sebati, tak semudah itu untuk dileraikan.’ Petikan Filem Istanbul Aku Datang itu terngiang-ngiang dan Erina senyum.. Senyum bahagia. Alhamdulillah sudah menjangkau masuk tahun ke 3 perkahwinannya bersama Hun Aqeel. Ya, masih orang yang sama. Mereka berdua sekarang berada di rumah yang dibeli Hun Aqeel. Sudah duduk asing dari keluarga Hun, mahu hidup berdikari, cadangan itu diterima baik oleh Mommy Farida dan Farah. Mereka berdua itu faham kehendak Erina dan Hun. “Ayang… sedap tak abang masak lauk tadi?” tanya Hun Aqeel seraya memeluk isterinya itu. Dia baru sahaja selepas solat Isyak. Dan turun untuk bersama-sama isterinya yang sedang cuti solat itu menonton tv. Erina lantas mengangguk. “Sedap abang! Abang masak mana pernah failed. That’s why I love you so much!” Erina mendongak sedikit wajahnya dan menghadiahkan ciuman padu di pipi kiri suaminya. Hun Aqeel tersengih seraya tangan kirinya melingkari belakang pinggang Erina.
“Cerita lah Hun apa yang papa cakap kat awak.”Erina langsung tak berputus asa mahu tahu. Hun Aqeel hanya gelak sambil menarik gebar sehingga paras dada. Erina menggoncang kasar badan Hun. “Oh. I taknak cerita terus takmau panggil I abang ya? Dah tukar Hun balik?” Hun sembunyi senyum. “Meh join abang.” Hun Aqeel terus menarik comforter dan mendorong Erina masuk. Erina hanya menurut. Lalu Hun memeluk Erina rapat. Mencium ubun-ubun isterinya. Erina pun membalas pelukan Hun. Wanginya suami dia! “Papa pesan jaga Erina elok-elok. Jangan sesekali mengasari tubuh isteri sebab tubuh isteri ni untuk dibelai manja. Kalau you buat salah, tegur dengan berhemah. Kalau tak jalan gak, papa bagi izin piat telinga aje.” Hun Aqeel cerita kembali apa yang Encik Rahman berpesan kepadanya sebelum akad nikah mereka semalam. Encik Rahman dan Hun Aqeel sempat bersembang berdua sebelum itu. “Sayang you macam mana abang sayang diri abang. Hormat perasaan you tapi jangan sampai
Erina dan Hun Aqeel melangkah masuk ke suite mewah hotel mereka. Hun Aqeel terus membuka kesemua butang coat putihnya dan merebahkan badan di katil, Erina menggeleng kepala melihat itu. Erina juga penat melayan tetamu yang sungguh ramai dijemput di majlis perkahwinan mereka berdua. Hun dan Erina setuju untuk buat majlis di satu pihak je. Sekali harung. “Saya mandi dulu Hun. Awak berehat lah kejap. Lepastu turn awak pulak. Then kita Isyak sama-sama ya, husband…” Saja Erina meleretkan ayat itu. Ternyata istimewa sungguh panggilan itu untuk orang yang sangat istimewa di dalam hatinya. Erina terus menanggalkan segala aksesori dan tudung. Erina toleh kepada Hun Aqeel. Hun segera senyum lebar memandang mahkota isterinya itu. Hanya dia sahaja lelaki bukan muhrim isterinya yang layak tonton sekarang. “Ke you nak kita mandi sama, mine? I okey je.” Erina tunjuk penumbuk. Matanya mencerlung kepada Hun. “Jangan nak merepek. Okey lah, saya mandi kejap.” Mukanya suda
“Tadi aku tengok beribu je like, ni dah berpuluh ribu. Cayalah! Famous kawan baik aku harini. Cantiknya kau dalam gambar Nana!” Jerit kecil Erni berkata. Dia yang terlebih excited membuat ulasan tentang gambar pertunangan Erina dan Hun yang dimuat turun Hun Aqeel di media sosialnya.Mereka kini berada di rumah Erina. Saja Erni bosan-bosan datang ke situ mahu melepak bersama Dina dan Erina. Terperanjat dia melihat gambar Christina dan Hun yang tersebar. Namun, melihat wajah tenang Erina, tahulah Erni yang hubungan Erina dan Hun baik-baik sahaja.“Wei wei… tengoklah Ameer Mazlan pelakon tu wei comment ‘comellah korang! Kahwin jangan lupa jemput’… arghh! you pun terlalu hot darling.” Mulalah sifat merenyam Erni. Erina sudah membalikkan bebola matanya ke atas.“Dah lah Nini! Baca sorang-sorang ajelah nanti. Aku pun tengok gitu-gitu je tadi. Kau yang lebih asal?” Erina buat-buat mengeluh keras. Pejam celik
Hun Aqeel terkedu dengan message yang baru diterimanya… dari Sean. Terpejam sesaat mata Hun Aqeel. Sean ajak dia berjumpa. Apa pulak lelaki itu mahu. Cukuplah Christina muncul dengan membawa masalah. Aduh!Jumpa jela. Mungkin boleh beri sepatah dua maki. Huh!Mereka berdua berjanji untuk bertemu di salah satu restoran yang berdekatan Butik Hun.“Qeel…”Hun terpana seketika. Sean! Lama sungguh mereka tak bersua muka. Ralat, dia rindukan orang akan memanggilnya dengan nama singkatan itu. Dan itu hanya seorang sahaja yang guna.Sean mengambil tempat duduk berhadapan Hun Aqeel. Hun mengetap rahangnya dan genggam penumbuk.“Qeel. Aku…aku nak mintak maaf.” Sean bersuara.“Mimpi apa? Lepas 3 tahun? Huh…sampah.” Hun menyindir Sean.Sean hanya menelan apa sahaja yang diluah Hun.“Ya aku tahu aku dah terlambat. Tapi aku terpaksa Qeel, tru
“Good morning mama.” Erina berkata dan memberi sekilas ciuman pada pipi Datin Mila.“Morning anak mama. Dah breakfast?” Mereka berdua sekarang berada di ruang tamu.“Nanti lah makan. Tak lapar lagi. Sorry mama. Bangun lewat sikit. Dah pukul 9.00 pagi dah. Lepas subuh tertidur balik. Nini bukan nak kejut pergi kerja tadi.”“Tak apalah. Dia taknak kacau Nana lah tu. Ala, tak payah nak malu. Ni kan rumah kamu juga. Pergilah makan dulu. Jom mama teman. Kamu malu kan sebenarnya…” ujar Datin Mila tersengih. Erina pun turut gelak kecil. Mereka berdua beriringan pergi ke ruang makan.Erina cedok makan sendiri ke pinggan dan menuang air teh yang masih suam ke cawan dia dan Datin Mila.“Oh sayang! Baru mama teringat, hope mama tak terlambat nak wish congrates atas pertunangan Erina. Wah! Tunang dengan artis ya.” Datin Mila cuit lengan Erina sambil tergelak.Erina hanya mamp
Hun Aqeel sudah buntu. Dia melihat gambar Erina di telefon pintarnya. Sungguh dia rindukan tunangnya itu! Erina tidak langsung mahu on telefon. Hun terus memecut ke rumah Erina dan Dina.Sampai sahaja di depan rumah itu. Hun terus menghubungi Dina meminta Dina berjumpa dia sekejap.“Ya kenapa Hun?” soal Dina pelik melihat Hun tiba-tiba muncul di rumahnya.“Kak.. er, akak tahu Erina pergi mana?” soal Hun ingin tahu.Dina memandang pelik tetapi terus berubah mukanya. Fahamlah dia…“Bergaduh ya? Erina tu memang macam budak kecil sikit. Kuat merajuk. Anak bongsu kan. Dia beritahu dia pergi rumah Erni. And dia tak bagi akak bagitahu Hun sebenarnya… tapi biarlah. Mengada dia tu,” ujar Dina dan ketawa lepas.“Rumah Erni ya? Masalahnya dah masuk hari ketiga ni kak since malam hari Jumaat haritu. Cukuplah semalam saya bagi ruang kat dia satu hari. Hmmm, akak boleh bagi number phone E
Erina terus mematikan panggilan tanpa mendengar balasan daripada Hun Aqeel. Hun sebal. Damn it! Tina….Hun lantas bangun dan bersiap mahu keluar pergi ke rumah Erina. Ketika dia mahu melangkah keluar, kedengaran suara Aunty Farida menegurnya. Terus dia pergi ke arah Mommynya yang sedang duduk di ruang tamu itu.“Hun nak pergi mana malam-malam ni?” soal Aunty Farida.“Hun nak pergi rumah Erina, mum. Ada masalah sikit. Hun pergi dulu ye mum,” ujar Hun Aqeel agak kalut.“Stop Hun. Dah nak masuk tengah malam. Kenapa tak tunggu esok? Takkan lari gunung dikejar Hun. Dah pergi naik atas, ambil wuduk. Pastu tidur,” arah Aunty Farida. Hun Aqeel mengeluh perlahan. Dia takut terlambat.“Tapi mum…”“No tapi tapi. Pergi mommy cakap. Elok sangat ke Hun nak datang rumah anak dara tengah malam macamni? Apa cakap Dina nanti? Tu belum kalau jiran dia nampak. Kenapa Hun? Masalah apa samp
Selepas memasukkan kesemua barang kahwin yang dibeli mereka berdua ke dalam kereta, Erina dan Hun Aqeel beransur pulang ke rumah. Letih juga berjalan satu hari.“Are you happy for today?” tanya Hun Aqeel segera membuka mask dan topi. Wajib pakai bila keluar ke mana-mana. Tidak mahu dikenali sangat apabila berada di tempat awam.“Mestilah Hun. Thanks.” Erina tersandar di tempat duduk.Erina baru teringat sesuatu.“Eh Hun! Tina apa khabar? Lama dia duduk rumah cousin dia tu ya?” soal Erina. Pelik juga Erina. Sebelum hari pertunangan mereka berdua, Hun pesan yang Christina mahu duduk di rumah Milea sementara. Last Erina bertemu Christina masa malam Erina terima teddy bear dari Hun.Hanya Hun Aqeel sahaja yang faham. Christina kecewa kerana lamaran untuk dia mahu kembali kepada Hun, ditolak bulat-bulat oleh Hun.“Okey je kut dia kat sana. Biarlah dia.”“Itulah.