author-banner
Nuuna Mohd
Nuuna Mohd
Author

Novels by Nuuna Mohd

Peluang Diriku Bahagia [Bahasa Malaysia]

Peluang Diriku Bahagia [Bahasa Malaysia]

Hun Aqeel — Dikelilingi ahli keluarga yang sangat menyokong kerjayanya sudah memadai baginya. Apabila ditikam kawan baik sendiri yang sanggup bermain cinta dengan kekasih hatinya…punah segala benda untuk percaya orang lain selain ahli keluarga tercinta. Erina Durah — Masuk dalam kehidupan seorang artis yang sedang meningkat naik dengan kejayaan lakonan beliau, dia tumpang bahagia walau dia hanya seorang PA kepada Hun Aqeel. “I bagi you kepercayaan untuk handle segala akaun media sosial I. Jangan buat loklak pulak.” - Hun Aqeel. “Haha relax lah boss. Ya baik saya tak buat onar. Saya jaga penuh tatatertib bos punya Instagram Facebook dan segala benda lah. Tu termasuk hati bos tu.” - Erina Durah. “Aip! Hati hati jangan buat main. Karang jatuh hati kat I padan muka you. I malas layan..” - Hun Aqeel. Dan bila kata kata Hun Aqeel itu terkena batang hidung sendiri… “Be my girl, Erina Durah? I think I dah jatuh hati kat you.” - Hun Aqeel. Dugaan datang tatkala kebahagiaan menyembah mereka berdua. “Please, I want you back! Lupakan Erina. Dia takkan dapat bahagiakan you macam mana kita dulu sayang.” Segala kenangan lampau dia bersama Christina menjelma di fikiran Hun Aqeel. Berbelah bahagi rasa hati. Adakah dia tamak? Erina Durah pun dia mahu! “Lelaki semua sama! Ingat hati aku ni apa. Syok hora horei bila dipermainkan. Benci!!” Hati yang terluka baru saja dirawat. Tapi sudah dikecewakan balik. Tetapi, semudah itukah Erina Durah mahu melepaskan Hun Aqeel kepada Christina? Tidak! Dia akan membuka mata Hun bahawa kenangan Hun bersama Christina sudah lama terkubur. Dia yakin Hun Aqeel adalah takdirnya.
Read
Chapter: Epilog
‘Bila dua hati dah sebati, tak semudah itu untuk dileraikan.’ Petikan Filem Istanbul Aku Datang itu terngiang-ngiang dan Erina senyum.. Senyum bahagia. Alhamdulillah sudah menjangkau masuk tahun ke 3 perkahwinannya bersama Hun Aqeel. Ya, masih orang yang sama. Mereka berdua sekarang berada di rumah yang dibeli Hun Aqeel. Sudah duduk asing dari keluarga Hun, mahu hidup berdikari, cadangan itu diterima baik oleh Mommy Farida dan Farah. Mereka berdua itu faham kehendak Erina dan Hun. “Ayang… sedap tak abang masak lauk tadi?” tanya Hun Aqeel seraya memeluk isterinya itu. Dia baru sahaja selepas solat Isyak. Dan turun untuk bersama-sama isterinya yang sedang cuti solat itu menonton tv. Erina lantas mengangguk. “Sedap abang! Abang masak mana pernah failed. That’s why I love you so much!” Erina mendongak sedikit wajahnya dan menghadiahkan ciuman padu di pipi kiri suaminya. Hun Aqeel tersengih seraya tangan kirinya melingkari belakang pinggang Erina.
Last Updated: 2021-09-17
Chapter: Part 32
“Cerita lah Hun apa yang papa cakap kat awak.”Erina langsung tak berputus asa mahu tahu. Hun Aqeel hanya gelak sambil menarik gebar sehingga paras dada. Erina menggoncang kasar badan Hun. “Oh. I taknak cerita terus takmau panggil I abang ya? Dah tukar Hun balik?” Hun sembunyi senyum. “Meh join abang.” Hun Aqeel terus menarik comforter dan mendorong Erina masuk. Erina hanya menurut. Lalu Hun memeluk Erina rapat. Mencium ubun-ubun isterinya. Erina pun membalas pelukan Hun. Wanginya suami dia! “Papa pesan jaga Erina elok-elok. Jangan sesekali mengasari tubuh isteri sebab tubuh isteri ni untuk dibelai manja. Kalau you buat salah, tegur dengan berhemah. Kalau tak jalan gak, papa bagi izin piat telinga aje.” Hun Aqeel cerita kembali apa yang Encik Rahman berpesan kepadanya sebelum akad nikah mereka semalam. Encik Rahman dan Hun Aqeel sempat bersembang berdua sebelum itu. “Sayang you macam mana abang sayang diri abang. Hormat perasaan you tapi jangan sampai
Last Updated: 2021-09-11
Chapter: Part 31
Erina dan Hun Aqeel melangkah masuk ke suite mewah hotel mereka. Hun Aqeel terus membuka kesemua butang coat putihnya dan merebahkan badan di katil, Erina menggeleng kepala melihat itu. Erina juga penat melayan tetamu yang sungguh ramai dijemput di majlis perkahwinan mereka berdua. Hun dan Erina setuju untuk buat majlis di satu pihak je. Sekali harung. “Saya mandi dulu Hun. Awak berehat lah kejap. Lepastu turn awak pulak. Then kita Isyak sama-sama ya, husband…” Saja Erina meleretkan ayat itu. Ternyata istimewa sungguh panggilan itu untuk orang yang sangat istimewa di dalam hatinya. Erina terus menanggalkan segala aksesori dan tudung. Erina toleh kepada Hun Aqeel. Hun segera senyum lebar memandang mahkota isterinya itu. Hanya dia sahaja lelaki bukan muhrim isterinya yang layak tonton sekarang. “Ke you nak kita mandi sama, mine? I okey je.” Erina tunjuk penumbuk. Matanya mencerlung kepada Hun. “Jangan nak merepek. Okey lah, saya mandi kejap.” Mukanya suda
Last Updated: 2021-09-09
Chapter: Part 30
“Tadi aku tengok beribu je like, ni dah berpuluh ribu. Cayalah! Famous kawan baik aku harini. Cantiknya kau dalam gambar Nana!” Jerit kecil Erni berkata. Dia yang terlebih excited membuat ulasan tentang gambar pertunangan Erina dan Hun yang dimuat turun Hun Aqeel di media sosialnya.Mereka kini berada di rumah Erina. Saja Erni bosan-bosan datang ke situ mahu melepak bersama Dina dan Erina. Terperanjat dia melihat gambar Christina dan Hun yang tersebar. Namun, melihat wajah tenang Erina, tahulah Erni yang hubungan Erina dan Hun baik-baik sahaja.“Wei wei… tengoklah Ameer Mazlan pelakon tu wei comment ‘comellah korang! Kahwin jangan lupa jemput’… arghh! you pun terlalu hot darling.” Mulalah sifat merenyam Erni. Erina sudah membalikkan bebola matanya ke atas.“Dah lah Nini! Baca sorang-sorang ajelah nanti. Aku pun tengok gitu-gitu je tadi. Kau yang lebih asal?” Erina buat-buat mengeluh keras. Pejam celik
Last Updated: 2021-09-04
Chapter: Part 29
Hun Aqeel terkedu dengan message yang baru diterimanya… dari Sean. Terpejam sesaat mata Hun Aqeel. Sean ajak dia berjumpa. Apa pulak lelaki itu mahu. Cukuplah Christina muncul dengan membawa masalah. Aduh!Jumpa jela. Mungkin boleh beri sepatah dua maki. Huh!Mereka berdua berjanji untuk bertemu di salah satu restoran yang berdekatan Butik Hun.“Qeel…”Hun terpana seketika. Sean! Lama sungguh mereka tak bersua muka. Ralat, dia rindukan orang akan memanggilnya dengan nama singkatan itu. Dan itu hanya seorang sahaja yang guna.Sean mengambil tempat duduk berhadapan Hun Aqeel. Hun mengetap rahangnya dan genggam penumbuk.“Qeel. Aku…aku nak mintak maaf.” Sean bersuara.“Mimpi apa? Lepas 3 tahun? Huh…sampah.” Hun menyindir Sean.Sean hanya menelan apa sahaja yang diluah Hun.“Ya aku tahu aku dah terlambat. Tapi aku terpaksa Qeel, tru
Last Updated: 2021-09-03
Chapter: Part 28
“Good morning mama.” Erina berkata dan memberi sekilas ciuman pada pipi Datin Mila.“Morning anak mama. Dah breakfast?” Mereka berdua sekarang berada di ruang tamu.“Nanti lah makan. Tak lapar lagi. Sorry mama. Bangun lewat sikit. Dah pukul 9.00 pagi dah. Lepas subuh tertidur balik. Nini bukan nak kejut pergi kerja tadi.”“Tak apalah. Dia taknak kacau Nana lah tu. Ala, tak payah nak malu. Ni kan rumah kamu juga. Pergilah makan dulu. Jom mama teman. Kamu malu kan sebenarnya…” ujar Datin Mila tersengih. Erina pun turut gelak kecil. Mereka berdua beriringan pergi ke ruang makan.Erina cedok makan sendiri ke pinggan dan menuang air teh yang masih suam ke cawan dia dan Datin Mila.“Oh sayang! Baru mama teringat, hope mama tak terlambat nak wish congrates atas pertunangan Erina. Wah! Tunang dengan artis ya.” Datin Mila cuit lengan Erina sambil tergelak.Erina hanya mamp
Last Updated: 2021-09-01
You may also like
His Soul & His Shame
His Soul & His Shame
Romance · Nuuna Mohd
2.9K views
You Belong To Me Book 2
You Belong To Me Book 2
Romance · Nuuna Mohd
2.9K views
HELLO MR RIGHT
HELLO MR RIGHT
Romance · Nuuna Mohd
2.9K views
His Bride
His Bride
Romance · Nuuna Mohd
2.9K views
Off Limits
Off Limits
Romance · Nuuna Mohd
2.9K views
DMCA.com Protection Status