Tak sanggup Hun Aqeel nak menghadap kakaknya yang sungguh memaksa dia untuk menerima gadis itu bekerja dengannya kerana selama 4 tahun bergelar pelakon, sungguh dia tak perlukan assistant. Dia boleh handle semua kerjanya seorang diri.
"Please lah my baby Hun, ambil lah dia bekerja dengan you. Dia bagus tau. Akak yakin dia boleh bekerjasama dengan you sebaik mungkin"
Ya itulah suara sumbang manusia yang bernama Farah Haziyah. Tak habis habis memaksa.
"Masalahnya akak faham tak? Hun dont need this. Hun selama ni elok je urus diri and kerjaya Hun sendiri. Ya, Hun faham dia tu adik kawan baik akak, kak Dina tu tapi sorry kak. Hun tak rasa Hun perlu ambil dia jadi PA Hun."
"But why? Belum cuba belum tahu Hun. Kesian lah dia. Kalau dia still tak dapat kerja untuk masa 2 3 minggu lagi, dia kata dia nak balik Sabah stay dengan parents dia. Sedihlah kak Dina nanti tinggal sorang sorang kat rumah. Hun tak kesian ke dengan kak Dina?"
siap mimik muka kesian. Ingat Hun kisah! "Hun takut apa? Takut dia demand gaji ke? Ala setakat bayar untuk satu kepala tak luak la payment Hun dapat untuk 1 episod drama. Tu baru 1 episod. Kalau drama tu ada 30 episod, hah lagi 29 episod Hun makan lah sensorang. Akak sure dia tak demand sangat pasal gaji" sambung Farah tidak mahu kalah.Hun memandang Farah. Amboi pandai pulak Farah bab bab payment Hun terima kan. Itu P&C okay! Hun merengus. Beria sungguh kakak dia ini semata untuk adik kawan baiknya itu.
"Cun tak budak Erin tu? Sedap mata Hun memandang tak? Kalau Hun terima dia jd PA Hun, hari hari dia kena follow bontot Hun pergi mana je. Hah sanggup tak dia? Bukan ke lebih baik dia cari kerja dekat pejabat. Senang tunggu duk berteleku je atas meja sendiri sambil uruskan bos dia."
"Masalahnya sekarang ni dia dah hantar resume dia kat beberapa syarikat tapi still takde jawapan. That's why dia dah give up. Dia nak balik Sabah stay sana cari kerja kat sana.."
"Hah dahtu biar jela dia kak. Alah kak Dina dah besar panjang lah. Takde lah dia nak takut stay sorang. Nanti bila adik dia dah blah, pandai lah kak Dina cari housemate baru. The end of this story."
Hun bangun untuk turun ke dapur. Basahkan tekak yang kering ni sebab asyik berkeras melawan kata dengan si kakak nya. Tak habis nak memaksa. Kalau dah A tu tiada corner ke B. Tetapi Farah masih tidak berputus asa. Bangun juga dari duduk nya sambil turut membontoti adiknya ke dapur.
"Stop it kakak! No means no kakak ku sayang. Serious talk bukan pasal payment. Tapi Hun tak bersedia nak ada PA"
"But why...Bukan ke lagi senang kerja Hun kalau ada orang lain yang uruskan you. Uruskan schedule Hun, pakaian shooting Hun. Deal dengan producer, you tinggal angguk atau geleng aje."
Hun mengeluarkan botol air sejuk dari peti ais lalu menuang air tersebut ke dalam cawan.
"Akak nak? Kita share cawan jela. Tak payah membazir tenaga kena basuh 2 cawan." Hun menunjukkan cawan yang dipegang.
"Don't change our topic Hun"
******
"Babe! Adik aku dah setuju untuk proceed adik kau untuk jadi PA dia. Nanti kau send wasap contact number adik kau" teruja Farah memberitahu perkara tersebut kepada Dina.
"Terbaik kau Farah. Mmg best friend aku! Yahooo, takdelah aku mati kesunyian duduk dekat rumah ni sorang sorang lepasni. Sob sob" Eliza Dina nama diberi. Merangkap kawan baik kepada Farah Haziyah.
"Ye babe. Takdelah telinga aku asyik dengar kau merengek tak tentu hala. Fuh selamat selamat."
"Ha ha thanks babe! Nanti aku belanja kau makan okay. Kau redeem je apa-apa kau nak makan. Yang penting tak over bajet aku please."
"Ye lah Dina wei. Eh jangan lupa send number phone adik kau. Besok adik aku nak interviu dia. Semoga adik aku lembut hati tengok muka lembut adik kau tu. Haih peliklah aku. Mana turun hah muka cantik adik kau. Asal muka kau kontra gila dengan dia?" Mengekek si Farah dapat membahan kawan baiknya itu.
"Haih kau agak agak lah. Kau nak kata aku ke dia anak angkat mak bapak aku ni? Kau jangan macam-macam. Okay nanti aku send kat wasap. Calo bete babe! Nak rest baru balik kerja ni. Thanks again!"
"Ok babe. Bye!"
Tak sampai seminit handphone Farah Haziyah terima 1 wasap.
- 01234565432
Adikku Erina"Semoga kau diterima bekerja Erina. Amiin!"
******
"Kakak! Doakan adik. Adik so nervous ni. Harap harap hati dia lembut terima adik bekerja. Kaklong doakan adik tau!"
"Ya salam kaklong cepat. Dah pergi. Lepastu cakap dengan kak Farah, kaklong tunggu dia dalam kereta je"
"Baik kaklong."
Erina Durah langsung teringat Ibu bapa di kampung haruslah dihulur duit untuk perbelanjaan. Cukuplah mereka tanggung kos pembelajaran dia sehingga umur dia sudah menjangkau 25 tahun. Sudah tiba masanya dia membalas semua itu. Mama papa! Doakan adik! Fighting!
Selesai bersalaman Erina Durah keluar dari kereta tersebut lalu menuju ke meja di dalam kedai makan Eat & Eat tersebut. Hun dan Farah sudah menunggu di situ.
"Assalamualaikum. Maaf buat menunggu."
Dua orang tersebut terus mendongak dari memandang handphone masing masing. "Waalaikumsalam Erina. Eh tak...Kami yang awal. Duduk duduk. Kakak you mana?" Farah menjawab.
"Oh ya kaklong kata dia tunggu dalam kereta aje. Tu kat luar" Sambil jari telunjuk menunjuk ke arah kereta Saga bewarna Merah metallic, kereta si Eliza Dina.
"Okay guys. I gerak dulu. Hun, behave!"
"Ya kakak. Dah lah. Shuh shuh. Erina, sit.."
Hun Aqeel pamit Erina Durah duduk kerusi yang kosong di hadapannya itu. Farah segera pergi meninggalkan berdua dan pergi ke kereta Dina kerana sudah berjanji untuk menemani Dina mencari barang di Watson.Hun Aqeel berdehem. "So Erina Durah. Bawak resume?"
"Ofcourse... Errr encik Hun?"
"Oh my…please no ber-encik encik dengan I. Just call me Hun. I think tak payah lah nak panjang sangat intro pasal kerja ni. I akan simpan resume you, and yes...I setuju untuk ambil you jadi Personal Assistant I"
Bersinar sinar mata Erina setelah ayat itu terlafaz dari Hun Aqeel. Teruja! "Thank you bos Hun! Panggil Bos lah, okay?" Hun menjeling kepada Erina. "Suka hati you lah Erina. Yang penting no encik encik. I rasa macam formal sangat. I tak biasa."
Erina mengangguk faham. "Baik, saya tak akan panggil encik. Tapi bos pun just call me Erin. Hmmm so confirm lah ya saya akan jadi PA bos?"
"Ya confirm. Tak payah lah I nak bagi details apa yang you perlu buat. You dah tahu sangat kan?"
"Yup bos. About your schedule, saya akan uruskan. Tapi saya tak perlu jadi alarm bos bangun tidur kan?"
"Tak payah. Alarm I kat rumah tu cukup untuk buat I terbangun. Bukan I seorang je yang akan auto bangun, dengan kak Farah sekali bangun. Haih mummy mummy.."
"Oh Aunty Farida. Sihat?"
"You kenal my mum?"
"Ya saya kenal. Pernah berjumpa sekali sekala di rumah saya. Sebab kak Farah slumber bawak Aunty melepak dengan kami sekali dan aunty sangat sporting! Boleh juga buat saya lepas rindu dekat mak saya yang nun jauh di Sabah tu."
Aduh, pilu pulak hati ni bila teringat wajah bersih mama ku. Mama! Nak balik!
"Kaklong, adik gerak dulu. Kaklong nanti keluar tutup pagar tau! Pape wasap.." Terpekik Erina didepan pintu rumah sambil memakai sneakers nya. "Ye ye. Hati hati drive dik! Goodluck for your first day." Selesai bersalaman, Erina meluru masuk ke dalam kereta untuk pergi menjemput Hun Aqeel dirumahnya kerana hari ini Hun start shooting awal pagi juga. "Fuh ada lagi dua jam. Sempat!"Selesai membaca doa perjalanan, Erina mula memandu. Rumah keluarga Hun dari rumah Erin tidaklah jauh mana. Hanya mengambil masa 20 minit. Apabila sampai didepan rumah Hun, Erina terus membuat panggilan kepada Hun mengatakan keberadaan dia."Hello bos. Saya sudah sampai depan rumah rumah bos. Bos dah siap kan?" "Kejap saya keluar.." Hun terus keluar rumah mendapatkan Erina. Hun mengetuk cermin kereta Erina. "Erina come join breakfast. Mum tunggu kat dalam. Sempat lagi. Tempat shooting kita tak jauh." "Eh tak apa lah bos. Saya
Farhan call Erina seperti yang dijanjikannya. "Bie! Lepas 3 jam baru awal call Rin? Like seriously? Busy betul.. Hmm" Tanpa mukadimah Erina terus menyembur Farhan. "Sorry baby. Dah sampai tadi terus busy briefing staff and meeting pulak dengan bos. Now dah tak busy sangat tu I dapat call you." Farhan memujuk. "Busy sangat lah Encik Farhan Mikael kita ni sekarang. Tahu tak Rin rindu awak sangat. Lama tak jumpa.." Rajuk Erina. "Faham I please baby. Dulu masa you busy study I okay aje faham you. Now your turn lah pula untuk faham I. Sudah... tukar topik." Dari dalam kereta lagi Farhan tak sabar nak tahu cerita dari Erina tentang kerja yang gadis itu sebut di dalam perbualan wasap mereka berdua pagi tadi. "You kerja apa baby?" Farhan bertanya. "Rin dapat jadi PA Hun Aqeel, Bie.. Sorry Rin taknak cerita thru wasap sebab tu petang semalam Rin suruh awal call Rin tapi awak tak layan pun, bluetick aje.." Erina mengeluh. "Hun Aqeel?
Setelah meminta diri sekejap untuk mengangkat panggilan dari Hun kepada Dina, Erina terus laju ke biliknya lalu mengunci pintu. “Assalamualaikum Erin..” Kedengaran suara Hun Aqeel memberi salam terlebih dahulu.. “Waalaikumsalam ya Hun. Ada apa call malam-malam ni?” “Errr Erin busy ke? I ada benda nak tanya ni..” “Tak, kenapa tu?” Pelik Erina apa yang urgent sangat sampai tak boleh tunggu esok untuk bertanya. “I nak tanya dari dalam kereta tadi tapi terlupa pula. Apa yang you bualkan dengan Ameer sebelum I masuk dalam bilik menunggu tadi?” Lah, itu
Farhan dengan gaya kedua pergelangan tangannya berada dalam kocek seluar kiri dan kanan menikmati suasana angin sepoi-sepoi, sungguh indah menatap keindahan pantai yang terbentang di depan matanya. Selepas mengambil adiknya, mereka sekeluarga terus datang ke Pantai Teluk yang berhampiran Kolej adiknya untuk menghiburkan hati dengan melihat alam semulajadi di sini sebelum bergerak ke rumah pakciknya yang terletak di kawasan perkampungan tidak jauh dari pantai ini. “Abang tak bawak kak Erina?” Kedengaran adiknya, Adila menegur. Farhan memandang sekilas Adila sambil menggeleng kecil. “Dia tak boleh nak ikut. Besok kerja. Lagipun, semua ada kan. Ibu, Ayah, kakak. Mana muat kereta. Ini pun nasib baik naik Alphard ayah, muatlah ramai sikit manusia boleh sumbat. Kau pun bukan nak inform kawan kau join balik rumah.” Panjang lebar Hun berkata sambil mata terarah kepada kawan Adila yang sedang du
"Sorry sangat Erin. Last minute lah baru cancel shoot. Heroin MC." Hun Aqeel kesal kerana baru tengok handphone nya."Ya salah saya juga. Baru perasan. Mr.Eric dah info saya jugak. Kesian awak dah siap-siap bangun awal, Hun.." Erina letak kembali handphone di dalam beg nya."Kenapa Hun..Erina? Ada masalah ke?" Aunty Farida menyampuk. Dia keluar rumah kerana mahu mengambil barang di dalam keretanya dan terserempak dengan mereka berdua."Shooting cancel mum. Kesian Erina dah sampai sini.." Hun mengeluh."Oh yeke? Ala takpelah. Jom Erina masuk. Kita baking cake harini. Lepak rumah aunty aje lah harini. Ke Erina ada hal lain?" pelawa Aunty Farida. Memand
Kereta yang dipandu Farhan selamat tiba di rumah banglo corner lot 3 tingkat milik keluarganya tepat jam 10.00 malam. Masing-masing keluar kereta lalu meregang badan kerana duduk di dalam kereta terlalu lama. Farhan yang memandu lagilah terasa sengal seluruh badan. Selepas bersalaman dengan semua, Arisa, kakak Farhan terus memandu keluar untuk balik ke rumahnya sendiri kerana esok hari Isnin, dia harus keluar bekerja. “Masuk Fatin. Buat je macam rumah sendiri. Jangan segan segan.” Ibu Farhan, Datin Rossa buka pintu utama rumah itu dan mempelawa Fatin sebagai tetamu rumah ini. “Ya, buat je macam rumah sendiri. Uncle dah anggap kamu macam anak sendiri jugak. Beg biar Farhan tolong angkatkan. Uncle dan Aunty naik dulu ya. Esok uncle kerja ni. ” Datuk Salman bersuara mengajak isterinya naik ke kamar.
Farhan menarik kasar brek tangan keretanya. “Tak guna Erina. Kerja sama tak sampai seminggu dah pandai nak backing mamat tu. Sial!” Farhan berkata kasar dan memukul stering keretanya. Lalu dia keluar kereta untuk masuk ke dalam rumah keluarganya. Buka je pintu, terjengul Fatin dari arah dalam. “Eh, nak pergi mana?” Farhan bertanya. “Tadi ambil handphone Fatin tertinggal. Nak pergi rumah sebelah ni, Adila and Aunty kat sana. Melepak.” “Taknak lepak dengan abang?” Farhan tersengih. “Hmm taknaklah. Fatin keluar dulu abang.” Farhan segera menahan tangan Fatin. “Hey, whats wrong? Semalam elok je?” Fatin memandang terus ke Farhan. “Abang ada gir
Erina mengeluh melihat balasan Wasap dari Farhan. Nak taknak aje reply! Hubungan mereka masih lagi dingin dari kes terserempak dengan Hun Aqeel di shopping mall tu. Dah lebih 2 minggu. Jenuh nak memujuk baby tua ni! Tapi hati dah rindu nak menatap muka kacak encik boyfriend, hailah nasib badan. Kadang-kadang ada juga tertanya di fikirannya, Farhan serius ke tidak di dalam hubungan cinta mereka. Tidak rasa ingin melangkah ke langkah seterusnya ke? Dia pun ingin merasa hidup berdua sebagai sepasang suami isteri, lebih bagus kerana sudah halal, tapi takkan dia yang nak mulakan bicara soal itu, dia masih segan! Mengeluh lagi. Jumpa jom? Bie tak rindu Rin ke? - Erina Busy - Farhan
‘Bila dua hati dah sebati, tak semudah itu untuk dileraikan.’ Petikan Filem Istanbul Aku Datang itu terngiang-ngiang dan Erina senyum.. Senyum bahagia. Alhamdulillah sudah menjangkau masuk tahun ke 3 perkahwinannya bersama Hun Aqeel. Ya, masih orang yang sama. Mereka berdua sekarang berada di rumah yang dibeli Hun Aqeel. Sudah duduk asing dari keluarga Hun, mahu hidup berdikari, cadangan itu diterima baik oleh Mommy Farida dan Farah. Mereka berdua itu faham kehendak Erina dan Hun. “Ayang… sedap tak abang masak lauk tadi?” tanya Hun Aqeel seraya memeluk isterinya itu. Dia baru sahaja selepas solat Isyak. Dan turun untuk bersama-sama isterinya yang sedang cuti solat itu menonton tv. Erina lantas mengangguk. “Sedap abang! Abang masak mana pernah failed. That’s why I love you so much!” Erina mendongak sedikit wajahnya dan menghadiahkan ciuman padu di pipi kiri suaminya. Hun Aqeel tersengih seraya tangan kirinya melingkari belakang pinggang Erina.
“Cerita lah Hun apa yang papa cakap kat awak.”Erina langsung tak berputus asa mahu tahu. Hun Aqeel hanya gelak sambil menarik gebar sehingga paras dada. Erina menggoncang kasar badan Hun. “Oh. I taknak cerita terus takmau panggil I abang ya? Dah tukar Hun balik?” Hun sembunyi senyum. “Meh join abang.” Hun Aqeel terus menarik comforter dan mendorong Erina masuk. Erina hanya menurut. Lalu Hun memeluk Erina rapat. Mencium ubun-ubun isterinya. Erina pun membalas pelukan Hun. Wanginya suami dia! “Papa pesan jaga Erina elok-elok. Jangan sesekali mengasari tubuh isteri sebab tubuh isteri ni untuk dibelai manja. Kalau you buat salah, tegur dengan berhemah. Kalau tak jalan gak, papa bagi izin piat telinga aje.” Hun Aqeel cerita kembali apa yang Encik Rahman berpesan kepadanya sebelum akad nikah mereka semalam. Encik Rahman dan Hun Aqeel sempat bersembang berdua sebelum itu. “Sayang you macam mana abang sayang diri abang. Hormat perasaan you tapi jangan sampai
Erina dan Hun Aqeel melangkah masuk ke suite mewah hotel mereka. Hun Aqeel terus membuka kesemua butang coat putihnya dan merebahkan badan di katil, Erina menggeleng kepala melihat itu. Erina juga penat melayan tetamu yang sungguh ramai dijemput di majlis perkahwinan mereka berdua. Hun dan Erina setuju untuk buat majlis di satu pihak je. Sekali harung. “Saya mandi dulu Hun. Awak berehat lah kejap. Lepastu turn awak pulak. Then kita Isyak sama-sama ya, husband…” Saja Erina meleretkan ayat itu. Ternyata istimewa sungguh panggilan itu untuk orang yang sangat istimewa di dalam hatinya. Erina terus menanggalkan segala aksesori dan tudung. Erina toleh kepada Hun Aqeel. Hun segera senyum lebar memandang mahkota isterinya itu. Hanya dia sahaja lelaki bukan muhrim isterinya yang layak tonton sekarang. “Ke you nak kita mandi sama, mine? I okey je.” Erina tunjuk penumbuk. Matanya mencerlung kepada Hun. “Jangan nak merepek. Okey lah, saya mandi kejap.” Mukanya suda
“Tadi aku tengok beribu je like, ni dah berpuluh ribu. Cayalah! Famous kawan baik aku harini. Cantiknya kau dalam gambar Nana!” Jerit kecil Erni berkata. Dia yang terlebih excited membuat ulasan tentang gambar pertunangan Erina dan Hun yang dimuat turun Hun Aqeel di media sosialnya.Mereka kini berada di rumah Erina. Saja Erni bosan-bosan datang ke situ mahu melepak bersama Dina dan Erina. Terperanjat dia melihat gambar Christina dan Hun yang tersebar. Namun, melihat wajah tenang Erina, tahulah Erni yang hubungan Erina dan Hun baik-baik sahaja.“Wei wei… tengoklah Ameer Mazlan pelakon tu wei comment ‘comellah korang! Kahwin jangan lupa jemput’… arghh! you pun terlalu hot darling.” Mulalah sifat merenyam Erni. Erina sudah membalikkan bebola matanya ke atas.“Dah lah Nini! Baca sorang-sorang ajelah nanti. Aku pun tengok gitu-gitu je tadi. Kau yang lebih asal?” Erina buat-buat mengeluh keras. Pejam celik
Hun Aqeel terkedu dengan message yang baru diterimanya… dari Sean. Terpejam sesaat mata Hun Aqeel. Sean ajak dia berjumpa. Apa pulak lelaki itu mahu. Cukuplah Christina muncul dengan membawa masalah. Aduh!Jumpa jela. Mungkin boleh beri sepatah dua maki. Huh!Mereka berdua berjanji untuk bertemu di salah satu restoran yang berdekatan Butik Hun.“Qeel…”Hun terpana seketika. Sean! Lama sungguh mereka tak bersua muka. Ralat, dia rindukan orang akan memanggilnya dengan nama singkatan itu. Dan itu hanya seorang sahaja yang guna.Sean mengambil tempat duduk berhadapan Hun Aqeel. Hun mengetap rahangnya dan genggam penumbuk.“Qeel. Aku…aku nak mintak maaf.” Sean bersuara.“Mimpi apa? Lepas 3 tahun? Huh…sampah.” Hun menyindir Sean.Sean hanya menelan apa sahaja yang diluah Hun.“Ya aku tahu aku dah terlambat. Tapi aku terpaksa Qeel, tru
“Good morning mama.” Erina berkata dan memberi sekilas ciuman pada pipi Datin Mila.“Morning anak mama. Dah breakfast?” Mereka berdua sekarang berada di ruang tamu.“Nanti lah makan. Tak lapar lagi. Sorry mama. Bangun lewat sikit. Dah pukul 9.00 pagi dah. Lepas subuh tertidur balik. Nini bukan nak kejut pergi kerja tadi.”“Tak apalah. Dia taknak kacau Nana lah tu. Ala, tak payah nak malu. Ni kan rumah kamu juga. Pergilah makan dulu. Jom mama teman. Kamu malu kan sebenarnya…” ujar Datin Mila tersengih. Erina pun turut gelak kecil. Mereka berdua beriringan pergi ke ruang makan.Erina cedok makan sendiri ke pinggan dan menuang air teh yang masih suam ke cawan dia dan Datin Mila.“Oh sayang! Baru mama teringat, hope mama tak terlambat nak wish congrates atas pertunangan Erina. Wah! Tunang dengan artis ya.” Datin Mila cuit lengan Erina sambil tergelak.Erina hanya mamp
Hun Aqeel sudah buntu. Dia melihat gambar Erina di telefon pintarnya. Sungguh dia rindukan tunangnya itu! Erina tidak langsung mahu on telefon. Hun terus memecut ke rumah Erina dan Dina.Sampai sahaja di depan rumah itu. Hun terus menghubungi Dina meminta Dina berjumpa dia sekejap.“Ya kenapa Hun?” soal Dina pelik melihat Hun tiba-tiba muncul di rumahnya.“Kak.. er, akak tahu Erina pergi mana?” soal Hun ingin tahu.Dina memandang pelik tetapi terus berubah mukanya. Fahamlah dia…“Bergaduh ya? Erina tu memang macam budak kecil sikit. Kuat merajuk. Anak bongsu kan. Dia beritahu dia pergi rumah Erni. And dia tak bagi akak bagitahu Hun sebenarnya… tapi biarlah. Mengada dia tu,” ujar Dina dan ketawa lepas.“Rumah Erni ya? Masalahnya dah masuk hari ketiga ni kak since malam hari Jumaat haritu. Cukuplah semalam saya bagi ruang kat dia satu hari. Hmmm, akak boleh bagi number phone E
Erina terus mematikan panggilan tanpa mendengar balasan daripada Hun Aqeel. Hun sebal. Damn it! Tina….Hun lantas bangun dan bersiap mahu keluar pergi ke rumah Erina. Ketika dia mahu melangkah keluar, kedengaran suara Aunty Farida menegurnya. Terus dia pergi ke arah Mommynya yang sedang duduk di ruang tamu itu.“Hun nak pergi mana malam-malam ni?” soal Aunty Farida.“Hun nak pergi rumah Erina, mum. Ada masalah sikit. Hun pergi dulu ye mum,” ujar Hun Aqeel agak kalut.“Stop Hun. Dah nak masuk tengah malam. Kenapa tak tunggu esok? Takkan lari gunung dikejar Hun. Dah pergi naik atas, ambil wuduk. Pastu tidur,” arah Aunty Farida. Hun Aqeel mengeluh perlahan. Dia takut terlambat.“Tapi mum…”“No tapi tapi. Pergi mommy cakap. Elok sangat ke Hun nak datang rumah anak dara tengah malam macamni? Apa cakap Dina nanti? Tu belum kalau jiran dia nampak. Kenapa Hun? Masalah apa samp
Selepas memasukkan kesemua barang kahwin yang dibeli mereka berdua ke dalam kereta, Erina dan Hun Aqeel beransur pulang ke rumah. Letih juga berjalan satu hari.“Are you happy for today?” tanya Hun Aqeel segera membuka mask dan topi. Wajib pakai bila keluar ke mana-mana. Tidak mahu dikenali sangat apabila berada di tempat awam.“Mestilah Hun. Thanks.” Erina tersandar di tempat duduk.Erina baru teringat sesuatu.“Eh Hun! Tina apa khabar? Lama dia duduk rumah cousin dia tu ya?” soal Erina. Pelik juga Erina. Sebelum hari pertunangan mereka berdua, Hun pesan yang Christina mahu duduk di rumah Milea sementara. Last Erina bertemu Christina masa malam Erina terima teddy bear dari Hun.Hanya Hun Aqeel sahaja yang faham. Christina kecewa kerana lamaran untuk dia mahu kembali kepada Hun, ditolak bulat-bulat oleh Hun.“Okey je kut dia kat sana. Biarlah dia.”“Itulah.