SELEPAS Woojin meninggalkan rumah Sherin. Gerak langkah membawa dia berjalan perlahan menyusuri kaki lima sebuah kedai serbaneka. Tiba-tiba suara seorang gadis sedang menjerit nyaring menusuk halwa telinga.
Pandangan Woojin tertoleh ke arah lorong sempit di tepinya. Perlahan-lahan dia menghampiri lorong gelap itu.
“Lepaskan akulah! Jantan tak guna!”
Suara gadis itu masih menjerit sambil tangan cuba menolak dada seorang lelaki yang sedang berdiri menghalang laluannya.
“Lepaskan aku! Argh!”
“Diam!” Rambut gadis itu direntap kasar sehingga menimbulkan jeritan nyaring sekali lagi.
Woojin yang menyaksikan kejadian itu mula berasa tidak tenteram dengan situasi itu.“Hoi!”
Kedua-dua mereka menoleh apabila suara Woojin menjerkah mereka turut berbunyi nyaring dan bergema.
“Alamak, kau siapa pula nak hoi hoi kan aku? Mengacau betul!”
Bicara lelaki itu diakhiri dengan meludah air liur ke tepi.
“Kau tunggu apa lagi? Blahlah!” jerkah lelaki itu yang berasa rimas dengan kehadiran Woojin di situ.
“Kau lepaskan perempuan tu dulu, baru aku pergi.”
Woojin langsung tidak gentar dengan jerkahan lelaki itu, sebaliknya semakin berani menghampiri mereka yang berada di tengah lorong gelap itu.
“Kau nak mati ke!”
Lelaki itu terus membuka larian laju sambil tangan diangkat mahu menumbuk wajah Woojin, namun tumbukan itu tersasar apabila Woojin dapat mengelak dengan pantas.
“Yah! Bangsat! Tak guna kau!” Laju lelaki itu mahu menghayun penumbuknya semula, tetapi tidak berjaya apabila kaki Woojin terlebih dahulu naik menendang perutnya.
Tubuh lelaki itu terdorong ke belakang lantas terjatuh menyembam jalan tar.“Tak guna!”
Woojin melangkah perlahan mendekati lelaki itu, tetapi laju lelaki itu bangun lantas melarikan diri. Dalam lariannya, sempat dia memberi amaran kepada gadis yang berdiri di belakang Woojin.
“Kau tunggu perempuan, urusan aku dengan kau belum selesai lagi!” Liur sekali lagi diludah ke tepi. Tanpa banyak bicara, perut yang senak dipegang dan langkah laju dibuka meninggalkan lorong sempit itu.
“Awak tak apa-apa ke?” tanya gadis itu kepada Woojin.
Pandangan Woojin tertoleh ke sisi. Di mana gadis itu sedang berdiri menghadapnya. Dari reaksi gadis itu jelas menunjukkan yang dia teramat risau dengan keadaan Woojin.
Hati Woojin berdetak-detik tidak menentu arah apabila mata amber gadis itu memukau pandangannya.Jari gadis itu naik mengelap peluh yang menitik di dahi Woojin membuatkan lelaki itu terkejut.
“Kesian awak, saya minta maaf sebab dah susahkan awak. Apa kata, saya bawa awak pergi minum? Sebagai tanda terima kasih dan minta maaf?”
Woojin segera menggeleng laju, langkahnya dibuka dua langkah ke belakang.
“Maaf, saya perlu balik.”
Gadis itu mula menayang wajah cemberut. Bibir sudah memuncung kerana perlawaannya ditolak keras.
“Sekejap pun tak boleh?” soalnya lagi. Masih tetap tidak mahu berputus asa walaupun jawapannya sudah diberi awal tadi.
Woojin menggeleng perlahan.
“Maaf,” ucap Woojin dengan lembut kerana tidak mahu gadis itu terasa dengan penolakannya.
“Kalau macam tu, awak teman saya pulang ke rumah boleh? Saya takut kalau-kalau lelaki tu datang semula serang saya.”Woojin terdiam sejenak. Pandangan melirik ke sekeliling. Tidak lama kemudian, dia mengangguk perlahan kerana kasihankan gadis itu.
“Terima kasih.” Akhirnya mereka bergerak meninggalkan lorong sempit itu.
Sepanjang perjalanan mereka, Woojin hanya mendiamkan diri. Dia tidak gemar untuk berbual-bual kosong. Apatah lagi dia langsung tidak mengenali siapa gerangan gadis itu, tetapi tidak bagi gadis itu.“Nama saya Bella Kim, nama awak?”
“Tahu... Nam Woojin,”
Berkerut dahi Bella apabila lelaki itu sudah mengetahui namanya.
“Macam mana awak tahu nama saya? Eh! Kejap! Saya rasa macam tahu muka awak ni. Macam familiar sangat!” kata Bella sambil tangan naik ke dagu sendiri. Mata pula memandang ke langit nan gelap di atas mereka.
Woojin hanya membiarkan saja Bella meneka siapa dirinya.
“Ah! Nam Woojin, pelajar sekolah tinggi Seoul. Awak peserta yang bertanding tadi petang kan? Awak rupanya!” Tekaan Bella tepat membuatkan Woojin hanya mengangguk, tetapi dahinya berkerut sedikit melihat gadis itu berjaya meneka. Bagaimana Bella mengetahui tentang dirinya. Sedangkan dia langsung tidak mengetahui tentang kewujudan Bella sebelum ini sehinggalah petang tadi.
“Wah! Tak sangka, saya dapat bertemu dengan lelaki paling diminati ramai. Haha…”Ketawa halus Bella kedengaran. Woojin hanya mendiamkan diri. Tidak mahu banyak bersuara.Rasa janggal mula menerpa.
“Betullah apa yang pelajar-pelajar sekolah saya kata, awak ni memang pendiam. Tengok muka awak dah kacak, tapi itulah aura pula lain macam.” Seloroh Bella. Rambutnya yang panjang ditolak ke belakang. Wajahnya yang gebu dan sedikit montel mula mempamerkan perasaan teruja. Mata ambernya memandang Woojin di sisi.
“Aura?” soal Woojin tidak mengerti.
“Ha’ah, aura. Awak ada aura dingin. Tengok muka awak pun dah boleh tahu. Awak ni ais batu sebab sekarang ni saya berjalan sebelah awak pun rasa sejuk.”
Tangan Bella terus naik memeluk tubuh sendiri lalu menggosok kedua-dua lengan. Sengaja dia melakukan perkara itu kerana mahu menunjuk yang dia benar-benar kesejukan ketika berjalan beriringan dengan lelaki itu.
Sejauh 2 kilometer mereka berjalan, akhirnya Bella berhenti bergerak.
“Dah sampai, sini rumah saya. Terima kasih ya. By the way, saya nak nombor telefon boleh?”
Woojin terkejut seketika.
“Untuk apa?” soalnya
“Untuk belanja awak makan bila awak free….”
Selamba Bella berkata membuatkan Woojin terkedu kerana mereka tidak mengenali antara satu sama lain malah baru saja bertemu tadi tetapi, Bella sudah berani meminta nombor telefonnya dengan alasan mahu belanjanya makan. Perasaan hairan mula terbit.
“Tapi kita baru je kenal. Kenapa nak belanja saya makan?”
“Suka hati sayalah, cepat bagi nombor telefon awak. Kalau tak nak, bagi telefon awak.”
“Hah?”
Tanpa menunggu Woojin memberikan telefon bimbit. Bella terus menyeluk poket seluar Woojin lalu menarik keluar telefon bimbit lelaki itu. Senyuman riang Bella pamerkan sambil tangan laju menekan butang nombor memandangkan Woojin langsung tidak meletakkan kata laluan pada telefon bimbitnya.
“Eh!” Woojin terkejut dengan tindakan drastik Bella itu. Semakin lebar Bella teryuman.“Nah, ini nombor saya. Saya dah simpankan untuk awak. Jangan lupa nanti telefon saya. Okey la, saya masuk dulu. Selamat malam…” Bella memberi lambaian selepas memulangkan semula telefon bimbit Woojin.
Lelaki itu terkedu, tergamam dan tidak percaya. Gadis itu sungguh berani bertindak di luar jangkaan!
“Bye.”
Ucap Woojin dengan perlahan, setelah dia tersedar akan kelakuan Bella tadi. Hatinya yang selama ini terasa kosong, perlahan-lahan terusik dek teletah Bella yang mencuit hati.
Senyuman Woojin terukir, tanpa banyak bicara langkah terus bergerak pulang ke rumah. Pertama kali dalam hidup, dia tersenyum begitu. Gadis bernama Bella itu benar-benar telah berjaya mengambil hatinya.WOOJIN melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah. Dilihat pintu rumah terbuka luas membuatkan dahi berkerut.Pandangan menoleh ke kiri dan ke kanan mencari-cari kelibat Puan Sora jika ibunya itu berada di luar, tetapi sayangnya tiada. Laju langkah dibuka mendekati pintu utama.“Ibu?” panggil Woojin ketika dia menolak pintu rumah untuk masuk ke dalam lantas pandangan Woojin disajikan dengan cecair berwarna merah yang bergelimpangan di atas lantai ruang tamu rumah.Mata Woojin terbuntang luas. Pandangan melirik ke sekeliling rumah.“Ibu!” jerit Woojin lantas kaki segera berlari menaiki anak tangga mahu mencari di mana Puan Sora berada.“Ibu!” jeritan demi jeritan dilaung, namun tiada sahutan.Woojin kembali turun ke bawah dalam keadaan cemas. Setibanya dia di bawah, rambut dikusutkan. Keadaan Woojin sudah tidak menentu arah. Muka diraup berkali-kali.“Ibuuu!” je
SEBULAN kemudian, Pengajian Woojin di sekolah tinggi Seoul akhirnya tamat. Selepas kejadian Puan Sora hampir-hampir terbunuh. Woojin sepakat dengan ibunya mahu berpindah keluar dari rumah itu dan memulakan kehidupan baru. Kini, Woojin hanya membantu Puan Sora di gerai mereka sementara menunggu mendapat tawaran sambung belajar ke peringkat lebih tinggi. “Woojin, bawa mi ni juga ya?” laung Puan Sora yang sedang sibuk di bahagian dapur memasak. Mangkuk yang sudah terisi dengan mi sup diletakkan di atas dulang. Puan Sora sibuk menguruskan bahagian memasak manakala Woojin pula sibuk melayani pelanggan di hadapan. Tidak putus-putus kunjungan pelanggan datang ke gerai mereka menyebabkan mereka agak sedikit keletihan. Woojin yang berada di bahagian luar hanya menyahut saja laungan ibunya itu. Woojin cuba mengubah diri secara perlahan-lahan selepas Puan Sora hamper kehilangan nyawa. Dia tidak mahu sakit bernanah yang dialami sejak kecil itu me
SELESAI Woojin berbual dengan Mingi di hujung talian. Akhirnya panggilan ditamatkan.“Siapa yang telefon Woojin?” tanya Puan Sora.“Mingi ibu, tak tahulah apa dia nak. Dia ajak jumpa kejap lagi. Ada perkara penting dia nak cakap, katanya.” Balas Woojin sambil menyimpan semula telefon bimbit ke dalam poket seluar.“Kalau begitu, selesai makan ni. Woojin pergilah jumpa dia, ibu tak apa-apa boleh balik dengan Sherin. Sherin boleh temankan imo kan?" Pandangan Puan Sora teralih ke arah Sherin yang sedari tadi asyik mendiamkan diri.“Boleh imo, tak ada masalah. Kalau awak ada urusan. Awak pergilah. Saya boleh temankan imo, awak jangan risau.”“Aku tak nak menyusahkan kau.” Suara Woojin mula kedengaran dingin.“Taklah, tak susahkan saya pun. Lagipun, boleh saya berborak panjang dengan imo. Sebulan tak jumpa, banyak perkara yang nak dibualkan." Senyuman Sherin teruk
SHERIN dengan sukarela hendak membantu Puan Sora mengemas meja. Dalam ralit Sherin melakukan kerja, tiba-tiba suara garau milik seorang lelaki tua kedengaran. Sherin terus menoleh ke arah suara itu dan terkejut.“Han Sora! Han Sora!” Gaya lelaki itu seolah-olah sedang kemabukan memanggil nama bekas isterinya berulang-kali.Puan Sora terus bangun dan berdiri di hadapan Sherin bagi melindungi gadis itu dari dilihat Jungwoo. Tangan Sherin turut dipaut agar gadis itu tidak berganjak dari tempat dia berdiri.“Apa lagi yang awak nak!” Puan Sora menyoal tegas. Dahi yang sudah berdekut turut berkerut menandakan yang dia tidak suka dengan kehadiran lelaki tua itu.Wajah Nam Jungwoo yang berada di hadapan dipandang dengan perasaan marah. Sherin yang berada di belakang Puan Sora cuba melangkah ke hadapan, namun tidak berjaya apabila tangan Puan Sora menghalang.Dia tidak mahu apa yang telah menimpanya sebulan yang lepas kembali menimpa Sherin pula.“Kau tak buat laporan polis tentang aku ke saya
LANGKAH Mingi laju menapak ke arah Sherin yang sedang menunggu di luar wad kecemasan sambil menunduk kepala.Lama Mingi menunggu Woojin di tempat perjumpaan mereka janjikan, tetapi kelibat Woojin langsung tidak kelihatan.Akhirnya, dia membuat keputusan untuk menelefon Woojin semula mahu bertanyakan sahabatnya itu berada di mana, tetapi perkara yang mengejutkan pula berlaku apabila yang menjawab panggilan itu adalah Sherin. Mendengar suara Sherin menangis di hujung talian membuatkan Mingi tidak mahu membuang masa dan bergegas ke hospital. “Sherin! Sherin!” laung Mingi dari kejuahan. Sherin yang sedang duduk di ruangan menunggu itu terus bangun dan menghadap ke arah Mingi. “Apa yang dah berlaku ni? Kenapa dengan imo, Woojin?” soal Mingi bertubi-tubi. Bahu gadis itu turut digoncang. Perasaan resah dan terkejut bercampur baur apabila mata Mingi melihat ada kesan percikan darah di wajah Sherin.“Sherin! Janganlah diam
KEESOKKANNYA, Mingi datang melawat Woojin di hospital sambil membawa buah tangan bersama.“Macam mana keadaan kau?” soal Mingi lantas tangan yang memegang beg plastik buah diletakkan di atas meja katil pesakit Woojin.“Bolehlah, cuma rasa sakit sikit dekat perut ni. Teruk ke lukanya sebab aku asyik rasa mengilu bila banyak bergerak.”“Kau tanya aku, manalah aku tahu. Tapi kalau dah rasa macam tu, memang teruklah luka tu. Eh! Mana Sherin?”Pandangan Mingi memandang ke sekeliling mencari di mana kelibat gadis itu berada.“Entah.” Hanya sepatah perkataan Woojin beri diiringi dengan bahu terangkat.Mingi terus merengus geram. Pelik dengan sikap Woojin yang seringkali bersikap acuh tidak acuh apabila nama Sherin disebut.“Pelik aku dengan kau ni, apa salah budak perempuan tu sampai kau tak suka sangat dengan dia.”“Dia bukan budak, dia tua set
AKHIRNYA, hari yang dinantikan telah pun tiba. Woojin sedang bersiap-siap hendak ke sebuah syarikat hiburan terbesar di Seoul iaitu WMC atau nama panjangnya Wonderful Music Concert Entertainment. Sebuah syarikat yang melahirkan pelbagai artis dan idol dalam industri seni tanah air.“Ibu.…” panggil Woojin dari pintu dapur. Puan Sora yang sedang sibuk membasuh pinggan segera menoleh.Selepas keluar dari hospital Puan Sora disarankan agar tidak melakukan kerja berat kerana risau dia kepenatan. Jadi, segala urusan kerja terpaksa dilakukan secara perlahan dari kebiasaan.“Awalnya anak ibu bangun, bersiap lawa-lawa ni nak pergi mana?” soal Puan Sora. Sapu tangan di dalam poket apron ditarik keluar lalu mengelap tangan yang basah.“Ada hal sikit ibu... saya mungkin balik lambat hari ni. Nak keluar dengan Mingi.” Puan Sora menarik wajah, jelingan manja menyapa pandangan Woojin.“Keluar d
"NAM Woojin!”Panggil seorang gadis membuatkan Woojin dan Mingi berpaling. Sebaik saja Woojin berpaling, wajah terus ditampar kuat oleh gadis itu.Kesemua mata melihat ke arah mereka. Mingi menekup mulut kerana terkejut. Entah siapa-siapa gadis itu tiba-tiba saja melaung nama Woojin dari kejauhan dan apabila sudah dekat sedap hati pula dia menampar lelaki itu tanpa sebab.Woojin terus berubah dingin, namun sebaliknya pula si gadis. Dia hanya menayang wajah gembira bahkan lebih ceria daripada tadi.“Akhirnya, tangan saya berjaya juga tampar muka awak.”Sorak gadis itu sendirian. Mata-mata yang melihat langsung tidak dihirau.“Bella-shi, awak sihat ke tak?” tanya Mingi ingin kepastian daripada gadis itu yang dari tadi tidak henti-henti bersorak kegirangan.“Aish! Mestilah saya sihat. Saya cuma teringin nak tampar wajah kacak Nam Woojin ni je.”“Apa ke pelik sangat
"NUNAA! Kejamnya!” Mulut Mingi terlopong selepas mendengar Sherin menceritakan tentang kejadian setahun yang lepas di mana Sherin dan Woojin bertemu di tempat peringatan Puan Sora. “Nunaa, kenapa tak ambil gambar dia? Susah tahu tak, nak tengok Woo menangis macam bayi.” “Awak lagi kejam Mingi, ada ke patut orang tengah sedih disuruh rakam gambar. Kasihanlah dia.” Tergeleng kepala Sherin melihat sikap Mingi seperti anak kecil saat ini. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke kafe Cheonsa, Saranghae. Mingi kata ada sesuatu yang dia mahu tunjukkan kepada kakaknya itu. Setibanya mereka di kafe tersebut, kelibat Woojin sedang menanti mereka mula menyapa mata. Sherin terus mengukirkan senyuman kepada lelaki itu. “Lambatnya Min, mandi peluh aku tunggu kau berdua.” “Kau berpeluh pun, aku lagi handsome!” seloroh Mingi membuatkan kepala Sherin tergeleng lagi. “Jomlah masuk,” ajak Woojin, namun belum sempat Woojin membuka langkah bahunya ditarik
WOOJIN melangkah masuk ke dalam tempat peringatan Puan Sora. Lariannya tidak henti sejak tadi. Dia perlu segera sebelum terlambat.Akhirnya, langkah kaki Woojin terhenti. Badannya membongkok kepenatan. Gadis bernama Jung Sherin itu sedang menghadap ke almari yang menempatkan abu Puan Sora.Selesai dia melihat gambar Puan Sora dan Woojin di dalam rak kaca. Langkah Sherin dibuka dan pandangan matanya dari bawah naik ke atas. Namun, sebaik saja matanya melihat wajah Woojin. Kaki Sherin terhenti sendiri. Mata pula terbuntang luas. Terkejut melihat lelaki itu berada di hadapannya.Woojin segera membuka langkah dengan laju. Penatnya berlari tadi langsung hilang apabila wajah Sherin menyapa mata.“Sherin.…”Tanpa menunggu Sherin menyahut. Dakapan erat Woojin berikan kepada gadis itu. Sherin tergamam dan tidak mampu memberikan apa-apa reaksi kerana terlalu terkejut.“Mana kau pergi? Kenapa kau hindarkan diri
SETAHUN sudah berlalu, Woojin kembali hidup seperti orang biasa. Tiada lagi impian untuk menjadi seorang artis, dirinya juga telah disingkirkan dari syarikat WMC kerana melanggari syarat-syarat yang mereka berikan.Kini, Woojin menyambung semula perniagaan kecil Puan Sora dahulu iaitu menjual mi sup dan nasi goreng kimchi di sebuah kafe yang diberikan nama Cheonsa, Saranghae!“Bos, kawan bos dah datang.”Woojin menoleh apabila ditegur salah seorang pekerjanya. Tangan segera dilap lantas dia bergerak keluar dari tempat penyimpanan barang masakan.Wajah Mingi yang tersenyum lebar menyapa mata. Woojin turut berbalas senyuman.“Apa khabar bro?” tegur Woojin terlebih dahulu. Tangan mereka dilagakan lantas bahu mereka bersentuhan.“Macam biasa, jadi macam mana perniagaan kau sekarang?”Woojin mengangguk sambil matanya melirik sekeliling.“Macam yang kau tengok sekara
TAYANGAN berita siaran langsung di kaca televisyen tadi membuatkan hati Sherin terusik serba sedikit. Tidak menyangka apa yang dikatakan oleh Mingi benar-benar dilakukan oleh adiknya itu.Kini, Sherin menyambung semula mengemas pakaian. Dia tidak dapat membongkok lama kerana lukanya belum pulih sepenuhnya. Saat Sherin sedang melakukan kerjanya itu pintu wad ditarik.“Nunaa!”Jerkahan Mingi membuatkan Sherin terkejut sehingga terhinjut bahu dan perutnya terus berasa senak.“Jangan banyak bergerak! Kan saya dah cakap, tunggu saya. Biar saya yang kemaskan.”Sherin tersenyum. Adiknya itu mengalahkan seorang ibu, bebelannya boleh sampai bernanah telinga Sherin dibuatnya.“Sikit je ni, bukannya banyak pun. Tak perlulah risau Mingi.”“Apa pula tak risaunya. Nunaa! Selagi nunaa tak kahwin. Selagi itulah nunaa tanggungjawab saya. Jadi, saya kena jaga
"TAHNIAH Kumpulan Mixter Girl sebab berjaya menduduki carta pertama. Selepas ini, kamu semua akan berkabolari dengan para senior, bahkan kumpulan kamu boleh memilih sendiri mentor yang kamu semua mahu.”“Yuna-shi, kami boleh pilih artis ke untuk jadi mentor kami?” soalan daripada Bella membuatkan Yuna mengangguk perlahan-lahan.“Melihat ke atas kesudian artis yang kamu pilih tu. Jika dia sudi, kamu semua boleh jadikan dia mentor.”Kumpulan Mixter Girl terus bersorak keriangan. Termasuklah Bella Kim memandangkan dia juga merupakan ahli Mixter Girl.“Untuk kumpulan Infinity Six. Saya dapati Woojin tak sertai kamu semua untuk membuat persembahan. Jadi ke mana dia pergi sepanjang tempoh show kita berlangsung? Kamu semua tak cuba cari dia?”Renjun dan rakan-rakannya saling berpandangan sesama sendiri lantas mereka m
SEDARI tadi Mingi menangis tidak berlagu di ruangan menunggu. Bilik kecemasan yang menempatkan Puan Sora tadi kini sudah digantikan dengan Sherin.Lampu berwarna merah di atas pintu bilik rawatan kecemasan itu mula berubah warna. Mingi mengigit bibir. Di saat pintu dibuka oleh seorang doktor yang merawat. Mingi segera bangun lantas air mata yang membasahi wajah dilap rakus.“Doktor macam mana dengan kakak saya?”Doktor itu hanya mempamerkan wajah serius saja. Barangkali keletihan menyapa dirinya. Tangan doktor itu naik ke bahu Mingi lalu menepuk beberapa kali.“Syukur kakak kamu tak apa-apa. Walaupun luka yang diterimanya agak dalam tetapi semangat kakak kamu masih kuat. Jika tidak mungkin kamu akan mendapat berita sedih untuk kedua kalinya.”Mingi meraup wajahnya berkali-kali, hati pula tidak henti-henti memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga.“Boleh saya melawat kakak saya?”
"MESTI imo bila terkejut dengar berita gembira ni nanti.” Senyuman Mingi terlukis bahagia di hadapan Sherin.Kini, mereka berdua sedang berjalan kaki mahu mengunjungi Puan Sora di rumahnya. Sejak Puan Sora keluar dari hospital, Sherin tidak membenarkan lagi Puan Sora membuka gerai kerana banyak risiko yang perlu mereka tempuhi sekiranya gerai itu masih dibuka, bahkan Sherin juga telah menyewakan sebuah rumah berdekatan dengan rumah keluarga tirinya untuk Puan Sora tinggal.Setibanya mereka di hadapan rumah Puan Sora. Sherin terlebih dahulu melangkah masuk.“Selamat tengah hari... imo!”Jeritan Sherin bergema apabila sekujur tubuh milik Puan Sora sudah terbaring di lantai.“Mingi!” laung Sherin meminta bantuan.Mingi turut kelam lantas berlari masuk ke dalam rumah. Keadaan mula bingit dengan keriuhan suara Mingi.“Imo! Imo!”“Kita bawa
"SAYA tak sangka... kita adik-beradik!”Sherin meluahkan rasa gembira kepada Mingi. Kini, mereka berdua berada di lobi hospita. Selepas mendapat keputusan ujian DNA yang mereka lakukan minggu lepas. Hari ini mereka datang semula untuk mengetahui keputusannya.“Jadi kita akan buka semula kes ayah.” Mingi masih mahu meneruskan hasratnya. Dia tidak mahu Sherin dituduh sebagai seorang pembunuh dan title bekas pembunuh dibawa Sherin sehingga ke akhir hayat.Wajah Sherin mengendur, dia tahu siapa yang melakukan pembunuhan tersebut membuatkan hatinya berbelah-bahagi.“Boleh tak mulai hari ni saya panggil awak [1]nunaa?”Sherin mengangguk memberi keizinan kepada Mingi untuk memanggilnya dengan panggilan itu.“Nunaa kata, nunaa tahu siapa pembunuh sebenar. Nunaa ada di tempat kejadian, jadi lebih mudah untuk kita buka semula kes.”Pandangan
TANGAN Woojin dilepaskan setelah mereka keluar dari ruangan lobi Syarikat WMC. Tangan Bella terus memeluk tubuh sambil jelingan menyampahnya diberi kepada Woojin.“Awak memang saja nak sakitkan hati saya kan?”“Apa maksud awak ni Bella? Saya tak faham.” Woojin memang tidak mengerti apa yang Bella cuba katakana, bahkan adegan Bella dan Sherin bergaduh tadi masih bermain difikiran.“Buat-buat tanya pula. Awak dah tahu saya tak sukakan perempuan tadi tu kenapa awak terima juga bekalan daripada dia?”“Waktu bila awak cakap dekat saya, awak tak sukakan dia?” Kening Woojin terangkat hairan.“Urgh! Bila-bila pun la. Lepas ni kalau saya tahu awak berjumpa dengan dia lagi. Saya tak teragak-agak tinggalkan awak.”Bahu Woojin ditolak kasar seraya langkah Bella dibuka luas meninggalkan Woojin keseorangan di situ.Woojin blur seketika dengan sit