USAI makan malam, Sherin cuba membantu Puan Sora mengemas meja makan. Baru saja Sherin hendak mengangkat pinggan mangkuk ke dapur. Puan Sora terus menghalangnya.
“Eh Sherin. Tak perlulah susah-susah, hari dah lewat. Kamu tak apa ke balik lambat?”Mata Sherin terus melirik ke jam tangan.“Dah pukul 10 malam, lama juga saya duduk rumah imo.”Sengihan sumbing Sherin terukir. Baru pertama kali bertemu, Sherin dan Puan Sora sudah terlalu mesra seolah-olah mereka sudah berkenalan lama.“Tak apalah, saya bantu imo mengemas sekejap. Kejap lagi dah selesai saya baliklah.”“Eish! Janganlah macam tu, Woojin. Kamu hantarkan Sherin balik ya? Kasihan dia, dia kanperempuan bahaya kalau jalan sorang-sorang malam sangat dah ni.”Kepala Woojin terus menoleh memandang Puan Sora. Hati mahu mengatakan 'tidak', tetapientah mengapa tidak terkeluar dari kerongkong suara.“Hm.…” Akhirnya, Woojin hanya mengumam perlahan. Menandakan yang dia akan menghantar Sherin pulang dalam keterpaksaan.“Aku tak dapat teman bro, aku nak balik dulu selesaikan kerja rumah. Imo terima kasih, sedapmasakan Woojin hari ni. Untung siapa jadi isteri dia nanti imo. Haha…”Sengaja Mingi mengusik sambil mengenyit mata. Tidak semena-mena belakang Mingi ditumbuk kasar. Hati Woojin turut menyumpah seranah kawan baiknya itu.“Haha... thanks bro. Rajin-rajinlah masak untuk aku lagi lepas ni, kenyang juga perut aku nanti.Tak yah susah-susah aku beli makanan.”“Siapa yang masak untuk kau, jangan nak perasan la!”“Oh! Jadi, kau masak untuk Sherin la kan?”Sherin hanya mendiamkan diri sambil melirik ke arah Woojin. Gurauan dua orang sekawan itulangsung tidak memberikan dia ruang untuk mencelah, tetapi sejak tadi juga wajahnya sudahmenahan kerutan dan senyuman.“Dah! Pergi balik sana,” halau Woojin sambil dia turut bangun dari duduk. Tubuh Mingi ditolak sehingga mereka keluar dari.“Ha! Alang-alang dah bangun tu, Sherin pergilah sekali. Woojin hantarkan Sherin balik.”Sampuk Puan Sora yang baru keluar dari dapur. Sherin mengangguk tanda mengerti, beggalas terus digapai. Perlahan-lahan dia bangun dari kerusi lantas menunduk hormat kepada Puan Sora.“Terima kasih imo jemput saya makan malam dengan keluarga imo. Saya minta diri dulu,” pamit Sherin lantas bergerak ke luar rumah.“Senang-senang nanti datang la lagi Sherin,” laung Puan Sora dari muka pintu. Sherin hanyamengangguk tanda mengerti.Setelah kelibat remaja-remaja itu berlalu pergi, Puan Sora segera menutup pintu rumah dan kembali semula ke ruangan dapur.•••Dalam perjalanan Woojin menghantar Sherin pulang ke rumah. Kedua-dua mereka membisu.Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulut masing-masing.Woojin masih mengekalkan wajah dingin tiada reaksi manakala Sherin pula sudah gelisahkerana sepanjang mereka berjalan seiringan tadi, mereka seperti ‘orang asing’ membuatkan Sherin tidak selesa.“Awak...” Sherin cuba memanggil Woojin perlahan.Woojin menoleh sekilas.“Terima kasih sebab jemput saya makan di rumah awak.”“Bukan aku yang jemput kau. Ibu aku yang jemput.”Terkedu Sherin dibuatnya. Liur cuba ditelan untuk menghilangkan rasa gugup yang tiba-tiba hadir.“Ah, terima kasih sediakan makan malam tadi.” Sengaja Sherin cuba mengambil hati lelaki itusupaya tidak begitu dingin dengannya.“Aku masak bukan untuk kau, aku masak sebab ibu aku tak berapa nak sihat. Itu je.”Sekali lagi Sherin terkedu. Senyuman manis cuba menghiasi wajahnya.“Ni rumah saya, terima kasih sebab hantarkan saya.”“Aku hantar kau balik sebab ibu aku yang minta. Jadi jangan salah faham atau fikir bukan-bukan. Tak perlu ucap terima kasih. Aku buat untuk ibu aku, bukan untuk kau.”Woojin cuba bergerak mahu meninggalkan Sherin, tetapi sesaat kemudian langkahnya terhenti dan dia cuba menarik nafas sedalam yang mungkin.Badan kembali memusing menghadap Sherin.“Satu je aku nak pesan, jangan suka masuk campur hal orang lain. Kau perempuan, kau takkenal siapa lelaki tua tu. Kau tak tahu apa yang dia boleh buat. Tenaga kau dengan dia tak sama. Jadi, ingat pesanan aku ni sampai bila-bila. Urusan keluarga aku, biar keluarga aku sendiri yang selesaikan. Aku tak mahu orang luar apatah lagi orang yang aku tak kenal masuk campur urusan kami. Maaf.”Hood baju hoddie Woojin terus ditarik menutupi seluruh kepala. Langkahnya laju dibuka meninggalkan Sherin yang terkesima mendengar kata-katanya sebentar tadi.Sherin terdiam dan tergamam. Dia tidak mengerti akan sikap lelaki itu. Sememangnya salah ke dia cuba membantu wanita tua yang sedang disakiti? Dia cuma hendak membantu bukannya mengeruhkan lagi keadaan. Sherin lantas bergerak masuk ke dalam rumah apabila kelibat Woojin hilang dari pandangan. Rasa terkilan turut menjalar di segenap ruangan hatinya.SELEPAS Woojin meninggalkan rumah Sherin. Gerak langkah membawa dia berjalan perlahan menyusuri kaki lima sebuah kedai serbaneka. Tiba-tiba suara seorang gadis sedang menjerit nyaring menusuk halwa telinga. Pandangan Woojin tertoleh ke arah lorong sempit di tepinya. Perlahan-lahan dia menghampiri lorong gelap itu. “Lepaskan akulah! Jantan tak guna!” Suara gadis itu masih menjerit sambil tangan cuba menolak dada seorang lelaki yang sedang berdiri menghalang laluannya. “Lepaskan aku! Argh!” “Diam!” Rambut gadis itu direntap kasar sehingga menimbulkan jeritan nyaring sekali lagi.Woojin yang menyaksikan kejadian itu mula berasa tidak tenteram dengan situasi itu. “Hoi!” Kedua-dua mereka menoleh apabila suara Woojin menjerkah mereka turut berbunyi nyaring dan bergema. “Alamak, kau siapa pula nak hoi hoi kan aku? Mengacau betul!” Bicara lelaki itu diakhiri dengan meludah air liur ke tepi. “
WOOJIN melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah. Dilihat pintu rumah terbuka luas membuatkan dahi berkerut.Pandangan menoleh ke kiri dan ke kanan mencari-cari kelibat Puan Sora jika ibunya itu berada di luar, tetapi sayangnya tiada. Laju langkah dibuka mendekati pintu utama.“Ibu?” panggil Woojin ketika dia menolak pintu rumah untuk masuk ke dalam lantas pandangan Woojin disajikan dengan cecair berwarna merah yang bergelimpangan di atas lantai ruang tamu rumah.Mata Woojin terbuntang luas. Pandangan melirik ke sekeliling rumah.“Ibu!” jerit Woojin lantas kaki segera berlari menaiki anak tangga mahu mencari di mana Puan Sora berada.“Ibu!” jeritan demi jeritan dilaung, namun tiada sahutan.Woojin kembali turun ke bawah dalam keadaan cemas. Setibanya dia di bawah, rambut dikusutkan. Keadaan Woojin sudah tidak menentu arah. Muka diraup berkali-kali.“Ibuuu!” je
SEBULAN kemudian, Pengajian Woojin di sekolah tinggi Seoul akhirnya tamat. Selepas kejadian Puan Sora hampir-hampir terbunuh. Woojin sepakat dengan ibunya mahu berpindah keluar dari rumah itu dan memulakan kehidupan baru. Kini, Woojin hanya membantu Puan Sora di gerai mereka sementara menunggu mendapat tawaran sambung belajar ke peringkat lebih tinggi. “Woojin, bawa mi ni juga ya?” laung Puan Sora yang sedang sibuk di bahagian dapur memasak. Mangkuk yang sudah terisi dengan mi sup diletakkan di atas dulang. Puan Sora sibuk menguruskan bahagian memasak manakala Woojin pula sibuk melayani pelanggan di hadapan. Tidak putus-putus kunjungan pelanggan datang ke gerai mereka menyebabkan mereka agak sedikit keletihan. Woojin yang berada di bahagian luar hanya menyahut saja laungan ibunya itu. Woojin cuba mengubah diri secara perlahan-lahan selepas Puan Sora hamper kehilangan nyawa. Dia tidak mahu sakit bernanah yang dialami sejak kecil itu me
SELESAI Woojin berbual dengan Mingi di hujung talian. Akhirnya panggilan ditamatkan.“Siapa yang telefon Woojin?” tanya Puan Sora.“Mingi ibu, tak tahulah apa dia nak. Dia ajak jumpa kejap lagi. Ada perkara penting dia nak cakap, katanya.” Balas Woojin sambil menyimpan semula telefon bimbit ke dalam poket seluar.“Kalau begitu, selesai makan ni. Woojin pergilah jumpa dia, ibu tak apa-apa boleh balik dengan Sherin. Sherin boleh temankan imo kan?" Pandangan Puan Sora teralih ke arah Sherin yang sedari tadi asyik mendiamkan diri.“Boleh imo, tak ada masalah. Kalau awak ada urusan. Awak pergilah. Saya boleh temankan imo, awak jangan risau.”“Aku tak nak menyusahkan kau.” Suara Woojin mula kedengaran dingin.“Taklah, tak susahkan saya pun. Lagipun, boleh saya berborak panjang dengan imo. Sebulan tak jumpa, banyak perkara yang nak dibualkan." Senyuman Sherin teruk
SHERIN dengan sukarela hendak membantu Puan Sora mengemas meja. Dalam ralit Sherin melakukan kerja, tiba-tiba suara garau milik seorang lelaki tua kedengaran. Sherin terus menoleh ke arah suara itu dan terkejut.“Han Sora! Han Sora!” Gaya lelaki itu seolah-olah sedang kemabukan memanggil nama bekas isterinya berulang-kali.Puan Sora terus bangun dan berdiri di hadapan Sherin bagi melindungi gadis itu dari dilihat Jungwoo. Tangan Sherin turut dipaut agar gadis itu tidak berganjak dari tempat dia berdiri.“Apa lagi yang awak nak!” Puan Sora menyoal tegas. Dahi yang sudah berdekut turut berkerut menandakan yang dia tidak suka dengan kehadiran lelaki tua itu.Wajah Nam Jungwoo yang berada di hadapan dipandang dengan perasaan marah. Sherin yang berada di belakang Puan Sora cuba melangkah ke hadapan, namun tidak berjaya apabila tangan Puan Sora menghalang.Dia tidak mahu apa yang telah menimpanya sebulan yang lepas kembali menimpa Sherin pula.“Kau tak buat laporan polis tentang aku ke saya
LANGKAH Mingi laju menapak ke arah Sherin yang sedang menunggu di luar wad kecemasan sambil menunduk kepala.Lama Mingi menunggu Woojin di tempat perjumpaan mereka janjikan, tetapi kelibat Woojin langsung tidak kelihatan.Akhirnya, dia membuat keputusan untuk menelefon Woojin semula mahu bertanyakan sahabatnya itu berada di mana, tetapi perkara yang mengejutkan pula berlaku apabila yang menjawab panggilan itu adalah Sherin. Mendengar suara Sherin menangis di hujung talian membuatkan Mingi tidak mahu membuang masa dan bergegas ke hospital. “Sherin! Sherin!” laung Mingi dari kejuahan. Sherin yang sedang duduk di ruangan menunggu itu terus bangun dan menghadap ke arah Mingi. “Apa yang dah berlaku ni? Kenapa dengan imo, Woojin?” soal Mingi bertubi-tubi. Bahu gadis itu turut digoncang. Perasaan resah dan terkejut bercampur baur apabila mata Mingi melihat ada kesan percikan darah di wajah Sherin.“Sherin! Janganlah diam
KEESOKKANNYA, Mingi datang melawat Woojin di hospital sambil membawa buah tangan bersama.“Macam mana keadaan kau?” soal Mingi lantas tangan yang memegang beg plastik buah diletakkan di atas meja katil pesakit Woojin.“Bolehlah, cuma rasa sakit sikit dekat perut ni. Teruk ke lukanya sebab aku asyik rasa mengilu bila banyak bergerak.”“Kau tanya aku, manalah aku tahu. Tapi kalau dah rasa macam tu, memang teruklah luka tu. Eh! Mana Sherin?”Pandangan Mingi memandang ke sekeliling mencari di mana kelibat gadis itu berada.“Entah.” Hanya sepatah perkataan Woojin beri diiringi dengan bahu terangkat.Mingi terus merengus geram. Pelik dengan sikap Woojin yang seringkali bersikap acuh tidak acuh apabila nama Sherin disebut.“Pelik aku dengan kau ni, apa salah budak perempuan tu sampai kau tak suka sangat dengan dia.”“Dia bukan budak, dia tua set
AKHIRNYA, hari yang dinantikan telah pun tiba. Woojin sedang bersiap-siap hendak ke sebuah syarikat hiburan terbesar di Seoul iaitu WMC atau nama panjangnya Wonderful Music Concert Entertainment. Sebuah syarikat yang melahirkan pelbagai artis dan idol dalam industri seni tanah air.“Ibu.…” panggil Woojin dari pintu dapur. Puan Sora yang sedang sibuk membasuh pinggan segera menoleh.Selepas keluar dari hospital Puan Sora disarankan agar tidak melakukan kerja berat kerana risau dia kepenatan. Jadi, segala urusan kerja terpaksa dilakukan secara perlahan dari kebiasaan.“Awalnya anak ibu bangun, bersiap lawa-lawa ni nak pergi mana?” soal Puan Sora. Sapu tangan di dalam poket apron ditarik keluar lalu mengelap tangan yang basah.“Ada hal sikit ibu... saya mungkin balik lambat hari ni. Nak keluar dengan Mingi.” Puan Sora menarik wajah, jelingan manja menyapa pandangan Woojin.“Keluar d
"NUNAA! Kejamnya!” Mulut Mingi terlopong selepas mendengar Sherin menceritakan tentang kejadian setahun yang lepas di mana Sherin dan Woojin bertemu di tempat peringatan Puan Sora. “Nunaa, kenapa tak ambil gambar dia? Susah tahu tak, nak tengok Woo menangis macam bayi.” “Awak lagi kejam Mingi, ada ke patut orang tengah sedih disuruh rakam gambar. Kasihanlah dia.” Tergeleng kepala Sherin melihat sikap Mingi seperti anak kecil saat ini. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke kafe Cheonsa, Saranghae. Mingi kata ada sesuatu yang dia mahu tunjukkan kepada kakaknya itu. Setibanya mereka di kafe tersebut, kelibat Woojin sedang menanti mereka mula menyapa mata. Sherin terus mengukirkan senyuman kepada lelaki itu. “Lambatnya Min, mandi peluh aku tunggu kau berdua.” “Kau berpeluh pun, aku lagi handsome!” seloroh Mingi membuatkan kepala Sherin tergeleng lagi. “Jomlah masuk,” ajak Woojin, namun belum sempat Woojin membuka langkah bahunya ditarik
WOOJIN melangkah masuk ke dalam tempat peringatan Puan Sora. Lariannya tidak henti sejak tadi. Dia perlu segera sebelum terlambat.Akhirnya, langkah kaki Woojin terhenti. Badannya membongkok kepenatan. Gadis bernama Jung Sherin itu sedang menghadap ke almari yang menempatkan abu Puan Sora.Selesai dia melihat gambar Puan Sora dan Woojin di dalam rak kaca. Langkah Sherin dibuka dan pandangan matanya dari bawah naik ke atas. Namun, sebaik saja matanya melihat wajah Woojin. Kaki Sherin terhenti sendiri. Mata pula terbuntang luas. Terkejut melihat lelaki itu berada di hadapannya.Woojin segera membuka langkah dengan laju. Penatnya berlari tadi langsung hilang apabila wajah Sherin menyapa mata.“Sherin.…”Tanpa menunggu Sherin menyahut. Dakapan erat Woojin berikan kepada gadis itu. Sherin tergamam dan tidak mampu memberikan apa-apa reaksi kerana terlalu terkejut.“Mana kau pergi? Kenapa kau hindarkan diri
SETAHUN sudah berlalu, Woojin kembali hidup seperti orang biasa. Tiada lagi impian untuk menjadi seorang artis, dirinya juga telah disingkirkan dari syarikat WMC kerana melanggari syarat-syarat yang mereka berikan.Kini, Woojin menyambung semula perniagaan kecil Puan Sora dahulu iaitu menjual mi sup dan nasi goreng kimchi di sebuah kafe yang diberikan nama Cheonsa, Saranghae!“Bos, kawan bos dah datang.”Woojin menoleh apabila ditegur salah seorang pekerjanya. Tangan segera dilap lantas dia bergerak keluar dari tempat penyimpanan barang masakan.Wajah Mingi yang tersenyum lebar menyapa mata. Woojin turut berbalas senyuman.“Apa khabar bro?” tegur Woojin terlebih dahulu. Tangan mereka dilagakan lantas bahu mereka bersentuhan.“Macam biasa, jadi macam mana perniagaan kau sekarang?”Woojin mengangguk sambil matanya melirik sekeliling.“Macam yang kau tengok sekara
TAYANGAN berita siaran langsung di kaca televisyen tadi membuatkan hati Sherin terusik serba sedikit. Tidak menyangka apa yang dikatakan oleh Mingi benar-benar dilakukan oleh adiknya itu.Kini, Sherin menyambung semula mengemas pakaian. Dia tidak dapat membongkok lama kerana lukanya belum pulih sepenuhnya. Saat Sherin sedang melakukan kerjanya itu pintu wad ditarik.“Nunaa!”Jerkahan Mingi membuatkan Sherin terkejut sehingga terhinjut bahu dan perutnya terus berasa senak.“Jangan banyak bergerak! Kan saya dah cakap, tunggu saya. Biar saya yang kemaskan.”Sherin tersenyum. Adiknya itu mengalahkan seorang ibu, bebelannya boleh sampai bernanah telinga Sherin dibuatnya.“Sikit je ni, bukannya banyak pun. Tak perlulah risau Mingi.”“Apa pula tak risaunya. Nunaa! Selagi nunaa tak kahwin. Selagi itulah nunaa tanggungjawab saya. Jadi, saya kena jaga
"TAHNIAH Kumpulan Mixter Girl sebab berjaya menduduki carta pertama. Selepas ini, kamu semua akan berkabolari dengan para senior, bahkan kumpulan kamu boleh memilih sendiri mentor yang kamu semua mahu.”“Yuna-shi, kami boleh pilih artis ke untuk jadi mentor kami?” soalan daripada Bella membuatkan Yuna mengangguk perlahan-lahan.“Melihat ke atas kesudian artis yang kamu pilih tu. Jika dia sudi, kamu semua boleh jadikan dia mentor.”Kumpulan Mixter Girl terus bersorak keriangan. Termasuklah Bella Kim memandangkan dia juga merupakan ahli Mixter Girl.“Untuk kumpulan Infinity Six. Saya dapati Woojin tak sertai kamu semua untuk membuat persembahan. Jadi ke mana dia pergi sepanjang tempoh show kita berlangsung? Kamu semua tak cuba cari dia?”Renjun dan rakan-rakannya saling berpandangan sesama sendiri lantas mereka m
SEDARI tadi Mingi menangis tidak berlagu di ruangan menunggu. Bilik kecemasan yang menempatkan Puan Sora tadi kini sudah digantikan dengan Sherin.Lampu berwarna merah di atas pintu bilik rawatan kecemasan itu mula berubah warna. Mingi mengigit bibir. Di saat pintu dibuka oleh seorang doktor yang merawat. Mingi segera bangun lantas air mata yang membasahi wajah dilap rakus.“Doktor macam mana dengan kakak saya?”Doktor itu hanya mempamerkan wajah serius saja. Barangkali keletihan menyapa dirinya. Tangan doktor itu naik ke bahu Mingi lalu menepuk beberapa kali.“Syukur kakak kamu tak apa-apa. Walaupun luka yang diterimanya agak dalam tetapi semangat kakak kamu masih kuat. Jika tidak mungkin kamu akan mendapat berita sedih untuk kedua kalinya.”Mingi meraup wajahnya berkali-kali, hati pula tidak henti-henti memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga.“Boleh saya melawat kakak saya?”
"MESTI imo bila terkejut dengar berita gembira ni nanti.” Senyuman Mingi terlukis bahagia di hadapan Sherin.Kini, mereka berdua sedang berjalan kaki mahu mengunjungi Puan Sora di rumahnya. Sejak Puan Sora keluar dari hospital, Sherin tidak membenarkan lagi Puan Sora membuka gerai kerana banyak risiko yang perlu mereka tempuhi sekiranya gerai itu masih dibuka, bahkan Sherin juga telah menyewakan sebuah rumah berdekatan dengan rumah keluarga tirinya untuk Puan Sora tinggal.Setibanya mereka di hadapan rumah Puan Sora. Sherin terlebih dahulu melangkah masuk.“Selamat tengah hari... imo!”Jeritan Sherin bergema apabila sekujur tubuh milik Puan Sora sudah terbaring di lantai.“Mingi!” laung Sherin meminta bantuan.Mingi turut kelam lantas berlari masuk ke dalam rumah. Keadaan mula bingit dengan keriuhan suara Mingi.“Imo! Imo!”“Kita bawa
"SAYA tak sangka... kita adik-beradik!”Sherin meluahkan rasa gembira kepada Mingi. Kini, mereka berdua berada di lobi hospita. Selepas mendapat keputusan ujian DNA yang mereka lakukan minggu lepas. Hari ini mereka datang semula untuk mengetahui keputusannya.“Jadi kita akan buka semula kes ayah.” Mingi masih mahu meneruskan hasratnya. Dia tidak mahu Sherin dituduh sebagai seorang pembunuh dan title bekas pembunuh dibawa Sherin sehingga ke akhir hayat.Wajah Sherin mengendur, dia tahu siapa yang melakukan pembunuhan tersebut membuatkan hatinya berbelah-bahagi.“Boleh tak mulai hari ni saya panggil awak [1]nunaa?”Sherin mengangguk memberi keizinan kepada Mingi untuk memanggilnya dengan panggilan itu.“Nunaa kata, nunaa tahu siapa pembunuh sebenar. Nunaa ada di tempat kejadian, jadi lebih mudah untuk kita buka semula kes.”Pandangan
TANGAN Woojin dilepaskan setelah mereka keluar dari ruangan lobi Syarikat WMC. Tangan Bella terus memeluk tubuh sambil jelingan menyampahnya diberi kepada Woojin.“Awak memang saja nak sakitkan hati saya kan?”“Apa maksud awak ni Bella? Saya tak faham.” Woojin memang tidak mengerti apa yang Bella cuba katakana, bahkan adegan Bella dan Sherin bergaduh tadi masih bermain difikiran.“Buat-buat tanya pula. Awak dah tahu saya tak sukakan perempuan tadi tu kenapa awak terima juga bekalan daripada dia?”“Waktu bila awak cakap dekat saya, awak tak sukakan dia?” Kening Woojin terangkat hairan.“Urgh! Bila-bila pun la. Lepas ni kalau saya tahu awak berjumpa dengan dia lagi. Saya tak teragak-agak tinggalkan awak.”Bahu Woojin ditolak kasar seraya langkah Bella dibuka luas meninggalkan Woojin keseorangan di situ.Woojin blur seketika dengan sit