author-banner
Lucyana
Lucyana
Author

Novels by Lucyana

From Contract To Jannah

From Contract To Jannah

Farah Anisa dan Kim Hongjoong adalah dua orang yang sulit akur. Sejak masa kuliah selalu ada persaingan, selalu ada kekesalan dan pertengkaran diantara mereka. Pantas saja rekan-rekan lain sudah matang dengan kelakuannya. Suatu hari, majikan mengirimkan memo yang mewajibkan Farah dan Hongjoong mengikuti program liburan perusahaan untuk 'mengembangkan kerja sama'. Namun keduanya langsung protes dan berusaha menghapus nama tersebut dari program tersebut. Sementara itu, Ny. Hongju, ibu Hongjoong telah merencanakan untuk menjodohkan Hongjoong dengan gadis pilihannya. Untuk menghindarinya, Hongjoong pun merencanakan sesuatu dengan melibatkan Farah dalam masalah keluarganya. "Aku tidak ingin menikah lagi, tapi ibuku suka memaksa. Jadi, aku ingin menikah denganmu." - Kim Hong Joong. "Apa?! Kamu gila Tuan Hongjoong!" - Farah Anisa. Ego masing-masing, tak mau mengakui perasaan yang tumbuh di hati. "Ini kontrak, aku tidak peduli kamu mau menerimanya atau tidak. Yang penting akhir pekan ini aku akan mengantarmu ke rumah ibu." - Kim Hong Joong. "Orang ini benar-benar gila. Aku bahkan tidak setuju, dia melemparkan kontrak itu ke wajahku!" -Farah Anisa. Keduanya terus adu mulut, ego masing-masing tak mau mengakui perasaan yang mulai tumbuh. Ketika akad nikah yang pertama hanya sekedar tipuan, akhirnya menjadi lebih dekat. Namun, mereka harus menghadapi perbedaan budaya, adat istiadat, dan agama yang menjadi tantangan. Akankah mereka mampu mengubah kontrak ini menjadi cinta sejati dan mungkin jannah bersama? Ataukah semua ini hanya drama seperti biasanya?
Read
Marry You (Bahasa Malaysia)

Marry You (Bahasa Malaysia)

10
"Ini yang kau nak kan! Puas hati kau sekarang?" - KHAIRUL ADAM Tanpa sedar, ayat itu menusuk ke benak hati yang paling dalam buat Imna Safira. Bukan itu yang dia mahukan dan bukan itu juga yang dia pinta. "Aku undurkan diri dari hubungan ni, bukan untuk kau tindas aku bertubi-tubi!" - IMNA SAFIRA. Namun semuanya sudah terlambat. Melihat orang-orang yang disayangi sedang bergembira. Dia hanya mampu mempamerkan senyuman bahagia. Walhal dalam hati sudah diamah perasaan luka. "Kalau kau nak dia, ambillah. Dengan kau aku percaya." - AISHA HANA Tetapi, prinsip hidup Imna Safira tidak akan sesekali merampas hak seseorang. Apatah lagi, kebahagian orang itu! Mampukah Imna Safira membuat pilihan yang tepat? Memilih untuk kebahagian dirinya sendiri atau pun berkorban demi orang yang dikasihi?
Read
The First Snow (Bahasa Malaysia)

The First Snow (Bahasa Malaysia)

10
Amsyar Munirah, seorang gadis remaja yang masih menuntut di sekolah tinggi sama seperti remaja lain. Sikapnya yang lasak dan seakan-akan lelaki menyebabkan semua orang menyangka dirinya benar-benar seorang lelaki. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk menyembunyikan identiti perempuannya. Sehinggalah muncul seorang lelaki yang secara tidak sengaja mengetahui dia adalah seorang perempuan. Kasyaf Safwan, seorang lelaki yang tiba-tiba muncul dalam kehidupan Amsyar Munirah. Merupakan pelajar pertukaran dari Malaysia ke Korea Selatan. Kemunculannya sering kali membawa masalah dalam kehidupan Amsyar Munirah yang pada awalnya dia sangkakan adalah seorang lelaki. "Boleh tak, kau jangan masuk campur hal aku? Rimaslah!" - KASYAF SAFWAN. "Masalahnya, kau yang suka tarik aku dalam masalah kau! Banyak mulut pula!" - AMSYAR MUNIRAH Dalam waktu yang sama, terdapat sekumpulan pelajar lelaki yang dianggotai 7 orang pelajar berpengaruh di sekolah tersebut telah mengetahui identiti sebenar Amsyar Munirah secara tidak sengaja. Tetapi, dua daripada anggota kumpulan itu mempunyai kesengalan yang agak luar biasa. "Ni semua salah kau, kalau kau tak tekan suis tu tadi. Tak adanya dia pengsan!" - PARK JAEBUM "Tak sengajalah, nak buat apa ni?" - PARK JINYOUNG Apakah yang berlaku sebenarnya? Adakah identiti Amsyar Munirah akan diketahui ramai? Semuanya dalam The First Snow!
Read
Satu Bintang (Bahasa Malaysia)

Satu Bintang (Bahasa Malaysia)

Ana Emelly, seorang gadis yatim yang seringkali diseksa oleh ibu kandung sendiri untuk melunaskan api dendam kesumat di dalam hati. Dia tidak meminta untuk dilahirkan dalam keadaan serba kekurangan, tetapi itulah yang menjadikan dia seorang yang mempunyai kelebihan luar biasa. Sejak kecil dia mempunyai rakan imaginasi yang diberi nama Elley Walker, dia menyangka rakan itu hanyalah khayalan semata-mata untuk membebaskan diri daripada kesakitan hidup di dunia realiti. Tetapi! Siapa sangka? Ternyata Elley Walker memang benar-benar wujud di sebalik bayang-bayang dan mempunyai satu misi untuk menyelamatkan dunia daripada ancaman musuh. Tanpa Ana sedar juga, selama ini Elley adalah penjaganya yang tidak terlihat dek mata kasar. "Kau wujud? Kenapa selama ni kau tak pernah beritahu aku yang kau betul-betul wujud?" - Ana Emelly. "Sebab aku takut...." - Elley Walker Elley memerlukan Ana untuk menyempurnakan misi di sebalik dunia kerana gadis itu sahaja yang mempunyai kunci dan satu-satunya bintang yang boleh menyelamatkan kedua-dua buah dunia. Bahkan gadis semuda Ana terpaksa menerima dan hadapi sebuah pengembaraan dunia yang tidak pernah dia terfikir untuk laluinya.
Read
Cheonsa, Saranghae! (Bahasa Malaysia)

Cheonsa, Saranghae! (Bahasa Malaysia)

10
Rapuhnya hati seorang anak lelaki apabila melihat ibu dan ayah seringkali berkelahi antara satu sama lain, menyebabkan dia nekad mahu mengejar impian. Namun, kedatangan seorang gadis bernama Bella Kim telah mewujudkan rasa cintanya yang mendalam. Tetapi... “Apa yang awak buat ni? Saya cuma anggap awak kawan je. Tak lebih dari itu!” – BELLA KIM Pahit perlu ditelan sendiri, dalam waktu yang sama kehadiran seorang gadis bernama Jung Sherin menambahkan lagi api yang sedang marak membara. “Woojin! Saya cuma nak bantu awak, tak lebih daripada apa yang awak tengah fikirkan pasal saya.” – JUNG SHERIN “Dahlah perempuan, jangan masuk campur urusan aku boleh tak?” – NAM WOOJIN. Keeogan yang menguasai, akhirnya memakan dirinya sendiri! Satu-persatu orang yang disayangi pergi menjauhi. Apakah kesudahan Nam Woojin? Mampukah dia hadapi semua itu dengan rasa tenang hati? Semuanya dalam sebuah kisah Cheonsa, Saranghae!
Read
My Love Story ( Bahasa Indonesia )

My Love Story ( Bahasa Indonesia )

"Kau dah gila ke! Perkara ni bukan boleh buat main-main?" - Hara "Alah, memanglah tapi kau tak sayang aku ke?" - Sara Di antara hubungan adik-beradik dan percintaan yang manakah menjadi keutamaan? Ikatan adik-beradik adalah sebuah perkara yang tidak dapat dijual beli dengan wang ringgit. 🍂🍂🍂 "Aku terima kau bukan sebab aku boleh terima kau tapi sebab ini aturan keluarga kita." - Jong In. "Tak mengapa, saya faham." - Hara Namun, bagaimana pula dengan kisah cinta yang baru tumbuh mekar tanpa diri sendiri sedari akan kebahagiaan yang sedang dirasai itu? 🍂🍂🍂 "Abang terlalu manjakan budak tu! Tengok apa dah jadi, abang masih nak lebihkan dia?" - Mama "Cakaplah apa awak nak cakap, saya dah tak tahu nak buat apa lagi supaya awak faham" - Ayah Dalam waktu yang sama, status diri ini sering menjadi persoalan kepasa mereka yang tidak dapat menerima kenyataan pahit ini.
Read
Scan code to read on App
DMCA.com Protection Status