Beg sekolah di atas katil terus digapai, langkah perlahan dibuka menuju ke pintu. Jam di dinding sempat dia melirik sekilas.
“Cepatlah woi!" jerit seseorang yang juga dari bawah. Woojin menuruni anak tangga dengan perlahan, kerutan di dahinya mula timbul. Wajah Mingi menyapa mata.
“Bersiap kalah perempuanlah kau ni, dah habis mi semangkuk aku telan kau tahu?”
Seloroh Mingi di samping sisa mi di dalam mangkuk dihirupnya dengan rakus.“Mimpi apa kau ni, pagi-pagi buta dah muncul dalam rumah aku?” soal Woojin sambil mengambil tempat duduk disisi Mingi.
Sora datang semula dengan mendulang mangkuk mi sup untuk anak kesayangannya.
“Ibu tak makan sekali?” tanya Woojin apabila ibunya tidak terus duduk selepas meletakkan makanan di atas meja sebaliknya membuka langkah menuju ke dapur.
“Ibu nak siapkan barang niaga sekejap. Kamu makan dulu,” usai kata begitu, Sora terus berlalu pergi meninggalkan Mingi dan Woojin di meja makan.
“Kau lupa ke? Hari ni ada ujibakat pencarian vokal pelajar berbakat. Nah! Aku datang awal sebab nak ajak kau sertai ujibakat tulah! Jadi, cepat-cepat makan. Takut lambat nak daftarkan diri nanti.”
Woojin hanya menggeleng dengan sikap Mingi itu. Mereka sudah berkawan lebih dari setahun. Mingi tahu, impian Woojin hanya satu iaitu mahu menjadi seorang penyanyi manakala Mingi pula hanya suka bermain dengan alat muzik.
Jadi, peluang yang ada di depan mata haruslah mereka gunakan sebaik mungkin. Jika terlepas peluang pertama belum tentu mereka akan perolehi peluang kedua.
Selesai mereka sarapan, Woojin bangun mendekati ibunya di ruangan dapur.“Ibu….” panggilan Woojin membuatkan Sora menoleh dan berhenti dari melakukan kerjanya.
“Nak pergi dah? Tunggu sekejap ya,” sapu tangan yang berada di dalam poket apron ditarik keluar lalu Sora mengelap tangannya di kain kecil tersebut. Kaki pula laju menuju ke kabinet dapur.
Satu sampul duit digapai dan Sora kembali mengorak langkah mendekati Woojin.
“Nah….” Sora menarik tangan Woojin lalu sampul duit itu diletakkan di atas telapak tangan Woojin.
“Belanja kamu untuk pergi ujibakat tu nanti.”
Mata Woojin membutang lantas tangannya menolak pemberian wang tersebut.
“Ibu... tak usahlah susah-susahkan diri lagi, ibu simpan duit ni. Saya ada duit sendiri.”
Penuh lembut Woojin menolak namun, Sora tetap berkeras. Sampul itu diletakkan semula di telapak tangan Woojin.
“Ambillah Woojin, ibu tahu kamu perlukan duit tambahan. Kalau tak nak guna, simpanlah buat sesak-sesak nanti.”
“Ibu... saya janji akan balas jasa ibu.” Tangan Sora terus naik mengusap wajah Woojin. Senyuman penuh kasih diukirkan di bibir.
“Dah besar dah anak ibu, dah kacak. Mesti ramai orang minat dengan anak ibu ni. Woojin jaga diri baik-baik ya, ingat selalu pesanan ibu.”
Woojin hanya mengangguk. Tangan Sora ditarik lembut lalu dicium belakang telapak tangan wanita tua itu.
“Terima kasih ibu, saya pergi dulu.” Pamit Woojin lantas mengorak langkah keluar dari dapur menuju ke pintu rumah.
“Imo meonjeo gaja - (Makcik, kami pergi dulu)” jerit Mingi sambil berlari anak mengejar Woojin. Tangannya pula melambai ke arah wanita tua itu.
Sora hanya mengangguk sambil membalas lambaian tangan kedua-dua remaja itu.
Setelah bayang Woojin dan Mingi tidak kelihatan, senyuman yang terukir di bibir berubah keruh. Wajah seseorang yang amat Sora kenali sedang berdiri di hadapan pagar rumahnya.Langkah Sora laju masuk ke dalam rumah semula. Dia tidak mahu ada apa-apa kaitan dengan orang itu. Bagi Sora, hubungan di antara mereka sudah lama berakhir. Namun, Jungwoo yang berdiri di hadapan pagar rumah Sora pula merasakan Sora sengaja mahu mengelak darinya.“Oh, dah berani kau sekarang. Kau tunggulah nanti, apa nasib kau. Anak dengan mak sama saja. Suka menyusahkan aku.”
Puntung rokok yang dihisapnya, dicampak ke bawah lalu dipijak geram. Air liur juga turut diludahkan ke tanah. Jelingan marah dilemparkan ke arah pintu utama rumah Sora. Tanpa melakukan apa-apa lagi, Jungwoo terus berlalu pergi dari situ.
Setelah kelibat Jungwoo tidak kelihatan dari sebalik tingkap. Sora memengang dadanya sendiri. Sesak nafas akibat ditahan tadi, baru kini terasa lega.
“Apa lagi yang kau nak Jungwoo, kita dah tak ada apa-apa ikatan. Janganlah ganggu kami lagi.”
Terbit rasa rimas dengan bekas suaminya itu. Seringkali datang menganggu ketenteraman dirinya apabila Woojin tiada bersama. Sora tidak mahu melenggahkan masa, akhirnya dia kembali ke dapur untuk membawa barang niaganya ke gerai dengan segera.
•••Usai ujibakat yang telah dianjurkan oleh sebuah Syarikat terkenal di Korea Selatan itu. Woojin segera menuruni pentas untuk mendekati Mingi.
“Mantap bro, nyanyian kau memang padu. Aku tak sangka kau lancar je bernyanyi atas pentas tu tadi. Tahniah bro, kalau nanti kau terpilih untuk jadi trainee jangan lupakan aku.”
Seronok Mingi berbicara sambil menumbuk-numbuk perlahan bahu Woojin namun, kerenah Mingi itu langsung tidak dilayan oleh Woojin.Mingi mula mencebik.
“Dari grade 9 sampai ke grade 12 mesti kau suka bersikap acah dingin. Poyo je lebih,” cemuh Mingi kerana geram dia diabaikan oleh Woojin seperti selalu.
“Dah tu, kau nak aku buat apa?”
Cuma satu perbezaan diri Woojin yang dulu dan yang kini. Jika dulu Woojin seorang yang pendiam dan agak sukar hendak mendengarkan suaranya. Seolah-olah ada emas dalam mulut tetapi, kini dia boleh diajak berbual dan bergurau senda seperti manusia lain.
Walaupun begitu, kedinginannya tetap terasa oleh sesiapa yang baru mengenali dirinya.“Cubalah layan aku ni ha, penat jadi kawan kau tau tak? Dari kecil sampai ke besar. Sikap kau ni sejuk macam ais batu. Kesian dekat aku.”
“Buat apa nak kesian dengan kau, kau sendiri yang cari penyakit tu. Bukan salah aku.”
Sekali lagi Mingi mencebik. Setiap kata-kata yang keluar dari mulut Woojin pasti menusuk ke hatinya yang paling dalam sejak-sejak lelaki itu menunjukkan sikap baharunya.“Tiba-tiba aku rasa macam bersyukur pula dapat kawan dengan diri kau yang dulu dari yang sekarang. Kalau sekarang, mulut kau macam tak ada insurans langsung. Kadang-kadang tu macam bau longkang pun ada. Aku rasa, kalau kau tembak burung tengah terbang guna mulut kau tu pun boleh mati burung tu.”
Sengaja Mingin berseloroh dalam waktu yang sama mahu memerli Woojin namun, sekali lagi Woojin tidak melayaninya.
“Baiklah, kali ini peserta yang akan diuji bakat adalah salah seorang pelajar dari sekolah terkenal sekitar kita. Mari kita panggil dia, sila naik ke pentas. Bella Kim.”
Sebaik saja nama itu disebut, begitu ramai pelajar bersorak dan berteriakkan di bahagian bawah pentas. Woojin dan Mingi turut melihat ke arah pentas namun, mereka tidak bersorak sebaliknya hanya memerhati.“Annyeong Bella Kim, okey saya dapat tahu. Awak ini memang terkenal disebabkan suara awak yang merdu dan awak juga mempunyai channel youtube sendiri. Betul ke?”
“Annyeong yeorobun - (Hai semua)” tangan gadis itu melambai ke hadapan dengan senyuman lebar terukir di bibirnya.
“Maj-ayo - (betul tu), tapi saya cuma ada channel youtube sendiri. Terkenal tu tidaklah.”
Kata-kata gadis itu disorak hampir kesemua pelajar di bawah pentas. Ada juga yang menjerit mengatakan ‘dia sedang menipu.’ Bella ketawa geli hati sambil menutup mulutnya dengan tangan melihat reaksi kawan-kawannya di bawah pentas itu.“Popular betul budak tu.” Mingi menjuihkan bibir ke arah gadis di atas pentas itu. Rasa menyampah tiba-tiba terbit dalam hatinya. “Betul ke terkenal? Aku tak tahu pun,” sambung Mingi lagi seolah-olah tidak percaya dengan apa yang diperkatakan oleh MC tadi.
"Padanlah, cantik orangnya. Dah, kalau dia popular pun buat apa dia nak beritahu kau?"
Jawab Woojin selamba membuatkan Mata Mingi terus membulat. Belum pernah dia mendengarkan Woojin memuji mana-mana perempuan sebelum ini dan ini adalah kali pertama dia mendengarkannya.“Yah! Yah!” bahu Woojin terus ditepuk kasar.
“Kau buang tabiat ke apa? Tiba-tiba puji perempuan tu?” soal Mingi terkejut dalam waktu yang sama dia merasa jengkel dengan sikap gadis itu.
“Macam gedik je,” sambung Mingi lantas membuat mimik muka tidak suka ke arah gadis tersebut.“Apa benda kau ni? Lantak dialah nak gedik ke apa ke, dia tak kacau kau pun. Dahlah, jom balik.”
Woojin segera bergerak keluar dari kawasan tersebut. Dia mahu segera pulang ke rumah. Hatinya tiba-tiba risaukan tentang Sora.
“Yah! Woojin! Aku nak tengok ujibakat sampai habis dulu." Jeritan dari Mingi langsung Woojin tidak
hiraukan. Terpaksa juga Mingi mengikuti Woojin pulang kerana mahu singgah di gerai Sora untuk menapau makanan seperti selalu.“SORA!”Sora terkejut apabila mangkuk-mangkuk yang belum dicucinya sengaja dijatuhkan oleh Jungwoo. Lelaki tua itu, tiba-tiba saja muncul di gerai Sora kerana ingin membuat kacau.“Jungwoo! Awak nak apa lagi? Saya tak ada duit nak bagi awak! Jadi, tolong pergi! Jangan ganggu saya!” Tegas Sora bersuara. Hampir kesemua pelanggan Sora yang berada di situ menyaksikan pertelingkahan di antara bekas pasangan suami isteri tersebut. “Berani kau nak melawan aku ya sekarang ni? Aku tak kira! Aku nak duit! Bagi aku cepat! Kalau tidak kau tunggulah nasib kau betina tua!” “Apa guna kaki dan tangan awak ada kalau awak tak reti nak cari duit sendiri. Ini tempat saya cari rezeki! Awak jangan ganggu saya. Jangan takutkan pelanggan-pelanggan saya!” sekali lagi Sora bertegas kerana dia tidak mahu digertak oleh Jungwoo. Dia sudah tidak mahu kelihatan lemah lagi di hadapan lelaki itu.“Argh! Aku peduli apa? Kau nak beri aku wang atau kau nak aku ambil secara kasar!”“Saya tak ada duit! Saya kerja bukan
“MINUMLAH nak, terima kasih sebab sudi bantu imo tadi.”Air suam yang baru diambil diruangan dapur diletakkan di atas meja makan sambil Sora melabuhkan punggung di atas kerusi. “Tak apa-apa imo, saya cuma tak suka ahjusi tu berkasar dengan imo.”Air yang dihulur Sora diambil oleh gadis itu lalu diteguk sedikit selepas meminta izin dengan isyarat kepala. Sora hanya tersenyum melihat gadis itu segan-segan untuk meminum air tersebut.“Apa nama kamu, nak?” soal Sora ingin tahu. “Nama saya Jung Sherin.” Semakin melebar senyuman Sora apabila mendengarkan nama gadis itu. Baginya, gadis ini mempunyai keberanian yang tidak ada pada gadis lain.“Sherin makan malam dekat rumah imo ya? Sebagai tanda terima kasih tolong imo tadi. Kalau Sherin tak ada, mungkin lagi teruk imo kena tadi.”“Eh, tak apalah Imo, buat susah-susah imo je.” “Eish, tak susahlah. Makan malam rumah imo ya?”Akhirnya, Sherin terpaksa mengangguk setuju agar tidak menghampakan harapan Sora.“Imo, kalau saya nak tanya sesuatu
USAI makan malam, Sherin cuba membantu Puan Sora mengemas meja makan. Baru saja Sherin hendak mengangkat pinggan mangkuk ke dapur. Puan Sora terus menghalangnya.“Eh Sherin. Tak perlulah susah-susah, hari dah lewat. Kamu tak apa ke balik lambat?”Mata Sherin terus melirik ke jam tangan.“Dah pukul 10 malam, lama juga saya duduk rumah imo.”Sengihan sumbing Sherin terukir. Baru pertama kali bertemu, Sherin dan Puan Sora sudah terlalu mesra seolah-olah mereka sudah berkenalan lama.“Tak apalah, saya bantu imo mengemas sekejap. Kejap lagi dah selesai saya baliklah.”“Eish! Janganlah macam tu, Woojin. Kamu hantarkan Sherin balik ya? Kasihan dia, dia kan perempuan bahaya kalau jalan sorang-sorang malam sangat dah ni.”Kepala Woojin terus menoleh memandang Puan Sora. Hati mahu mengatakan 'tidak', tetapi entah mengapa tidak terkeluar dari kerongkong suara.“Hm.…” Akhirnya, Woojin hanya mengumam perlahan. Menandakan yang dia akan menghantar Sherin pulang dalam keterpaksaan.“Aku tak dapat t
SELEPAS Woojin meninggalkan rumah Sherin. Gerak langkah membawa dia berjalan perlahan menyusuri kaki lima sebuah kedai serbaneka. Tiba-tiba suara seorang gadis sedang menjerit nyaring menusuk halwa telinga. Pandangan Woojin tertoleh ke arah lorong sempit di tepinya. Perlahan-lahan dia menghampiri lorong gelap itu. “Lepaskan akulah! Jantan tak guna!” Suara gadis itu masih menjerit sambil tangan cuba menolak dada seorang lelaki yang sedang berdiri menghalang laluannya. “Lepaskan aku! Argh!” “Diam!” Rambut gadis itu direntap kasar sehingga menimbulkan jeritan nyaring sekali lagi.Woojin yang menyaksikan kejadian itu mula berasa tidak tenteram dengan situasi itu. “Hoi!” Kedua-dua mereka menoleh apabila suara Woojin menjerkah mereka turut berbunyi nyaring dan bergema. “Alamak, kau siapa pula nak hoi hoi kan aku? Mengacau betul!” Bicara lelaki itu diakhiri dengan meludah air liur ke tepi. “
WOOJIN melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah. Dilihat pintu rumah terbuka luas membuatkan dahi berkerut.Pandangan menoleh ke kiri dan ke kanan mencari-cari kelibat Puan Sora jika ibunya itu berada di luar, tetapi sayangnya tiada. Laju langkah dibuka mendekati pintu utama.“Ibu?” panggil Woojin ketika dia menolak pintu rumah untuk masuk ke dalam lantas pandangan Woojin disajikan dengan cecair berwarna merah yang bergelimpangan di atas lantai ruang tamu rumah.Mata Woojin terbuntang luas. Pandangan melirik ke sekeliling rumah.“Ibu!” jerit Woojin lantas kaki segera berlari menaiki anak tangga mahu mencari di mana Puan Sora berada.“Ibu!” jeritan demi jeritan dilaung, namun tiada sahutan.Woojin kembali turun ke bawah dalam keadaan cemas. Setibanya dia di bawah, rambut dikusutkan. Keadaan Woojin sudah tidak menentu arah. Muka diraup berkali-kali.“Ibuuu!” je
SEBULAN kemudian, Pengajian Woojin di sekolah tinggi Seoul akhirnya tamat. Selepas kejadian Puan Sora hampir-hampir terbunuh. Woojin sepakat dengan ibunya mahu berpindah keluar dari rumah itu dan memulakan kehidupan baru. Kini, Woojin hanya membantu Puan Sora di gerai mereka sementara menunggu mendapat tawaran sambung belajar ke peringkat lebih tinggi. “Woojin, bawa mi ni juga ya?” laung Puan Sora yang sedang sibuk di bahagian dapur memasak. Mangkuk yang sudah terisi dengan mi sup diletakkan di atas dulang. Puan Sora sibuk menguruskan bahagian memasak manakala Woojin pula sibuk melayani pelanggan di hadapan. Tidak putus-putus kunjungan pelanggan datang ke gerai mereka menyebabkan mereka agak sedikit keletihan. Woojin yang berada di bahagian luar hanya menyahut saja laungan ibunya itu. Woojin cuba mengubah diri secara perlahan-lahan selepas Puan Sora hamper kehilangan nyawa. Dia tidak mahu sakit bernanah yang dialami sejak kecil itu me
SELESAI Woojin berbual dengan Mingi di hujung talian. Akhirnya panggilan ditamatkan.“Siapa yang telefon Woojin?” tanya Puan Sora.“Mingi ibu, tak tahulah apa dia nak. Dia ajak jumpa kejap lagi. Ada perkara penting dia nak cakap, katanya.” Balas Woojin sambil menyimpan semula telefon bimbit ke dalam poket seluar.“Kalau begitu, selesai makan ni. Woojin pergilah jumpa dia, ibu tak apa-apa boleh balik dengan Sherin. Sherin boleh temankan imo kan?" Pandangan Puan Sora teralih ke arah Sherin yang sedari tadi asyik mendiamkan diri.“Boleh imo, tak ada masalah. Kalau awak ada urusan. Awak pergilah. Saya boleh temankan imo, awak jangan risau.”“Aku tak nak menyusahkan kau.” Suara Woojin mula kedengaran dingin.“Taklah, tak susahkan saya pun. Lagipun, boleh saya berborak panjang dengan imo. Sebulan tak jumpa, banyak perkara yang nak dibualkan." Senyuman Sherin teruk
SHERIN dengan sukarela hendak membantu Puan Sora mengemas meja. Dalam ralit Sherin melakukan kerja, tiba-tiba suara garau milik seorang lelaki tua kedengaran. Sherin terus menoleh ke arah suara itu dan terkejut.“Han Sora! Han Sora!” Gaya lelaki itu seolah-olah sedang kemabukan memanggil nama bekas isterinya berulang-kali.Puan Sora terus bangun dan berdiri di hadapan Sherin bagi melindungi gadis itu dari dilihat Jungwoo. Tangan Sherin turut dipaut agar gadis itu tidak berganjak dari tempat dia berdiri.“Apa lagi yang awak nak!” Puan Sora menyoal tegas. Dahi yang sudah berdekut turut berkerut menandakan yang dia tidak suka dengan kehadiran lelaki tua itu.Wajah Nam Jungwoo yang berada di hadapan dipandang dengan perasaan marah. Sherin yang berada di belakang Puan Sora cuba melangkah ke hadapan, namun tidak berjaya apabila tangan Puan Sora menghalang.Dia tidak mahu apa yang telah menimpanya sebulan yang lepas kembali menimpa Sherin pula.“Kau tak buat laporan polis tentang aku ke saya
"NUNAA! Kejamnya!” Mulut Mingi terlopong selepas mendengar Sherin menceritakan tentang kejadian setahun yang lepas di mana Sherin dan Woojin bertemu di tempat peringatan Puan Sora. “Nunaa, kenapa tak ambil gambar dia? Susah tahu tak, nak tengok Woo menangis macam bayi.” “Awak lagi kejam Mingi, ada ke patut orang tengah sedih disuruh rakam gambar. Kasihanlah dia.” Tergeleng kepala Sherin melihat sikap Mingi seperti anak kecil saat ini. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke kafe Cheonsa, Saranghae. Mingi kata ada sesuatu yang dia mahu tunjukkan kepada kakaknya itu. Setibanya mereka di kafe tersebut, kelibat Woojin sedang menanti mereka mula menyapa mata. Sherin terus mengukirkan senyuman kepada lelaki itu. “Lambatnya Min, mandi peluh aku tunggu kau berdua.” “Kau berpeluh pun, aku lagi handsome!” seloroh Mingi membuatkan kepala Sherin tergeleng lagi. “Jomlah masuk,” ajak Woojin, namun belum sempat Woojin membuka langkah bahunya ditarik
WOOJIN melangkah masuk ke dalam tempat peringatan Puan Sora. Lariannya tidak henti sejak tadi. Dia perlu segera sebelum terlambat.Akhirnya, langkah kaki Woojin terhenti. Badannya membongkok kepenatan. Gadis bernama Jung Sherin itu sedang menghadap ke almari yang menempatkan abu Puan Sora.Selesai dia melihat gambar Puan Sora dan Woojin di dalam rak kaca. Langkah Sherin dibuka dan pandangan matanya dari bawah naik ke atas. Namun, sebaik saja matanya melihat wajah Woojin. Kaki Sherin terhenti sendiri. Mata pula terbuntang luas. Terkejut melihat lelaki itu berada di hadapannya.Woojin segera membuka langkah dengan laju. Penatnya berlari tadi langsung hilang apabila wajah Sherin menyapa mata.“Sherin.…”Tanpa menunggu Sherin menyahut. Dakapan erat Woojin berikan kepada gadis itu. Sherin tergamam dan tidak mampu memberikan apa-apa reaksi kerana terlalu terkejut.“Mana kau pergi? Kenapa kau hindarkan diri
SETAHUN sudah berlalu, Woojin kembali hidup seperti orang biasa. Tiada lagi impian untuk menjadi seorang artis, dirinya juga telah disingkirkan dari syarikat WMC kerana melanggari syarat-syarat yang mereka berikan.Kini, Woojin menyambung semula perniagaan kecil Puan Sora dahulu iaitu menjual mi sup dan nasi goreng kimchi di sebuah kafe yang diberikan nama Cheonsa, Saranghae!“Bos, kawan bos dah datang.”Woojin menoleh apabila ditegur salah seorang pekerjanya. Tangan segera dilap lantas dia bergerak keluar dari tempat penyimpanan barang masakan.Wajah Mingi yang tersenyum lebar menyapa mata. Woojin turut berbalas senyuman.“Apa khabar bro?” tegur Woojin terlebih dahulu. Tangan mereka dilagakan lantas bahu mereka bersentuhan.“Macam biasa, jadi macam mana perniagaan kau sekarang?”Woojin mengangguk sambil matanya melirik sekeliling.“Macam yang kau tengok sekara
TAYANGAN berita siaran langsung di kaca televisyen tadi membuatkan hati Sherin terusik serba sedikit. Tidak menyangka apa yang dikatakan oleh Mingi benar-benar dilakukan oleh adiknya itu.Kini, Sherin menyambung semula mengemas pakaian. Dia tidak dapat membongkok lama kerana lukanya belum pulih sepenuhnya. Saat Sherin sedang melakukan kerjanya itu pintu wad ditarik.“Nunaa!”Jerkahan Mingi membuatkan Sherin terkejut sehingga terhinjut bahu dan perutnya terus berasa senak.“Jangan banyak bergerak! Kan saya dah cakap, tunggu saya. Biar saya yang kemaskan.”Sherin tersenyum. Adiknya itu mengalahkan seorang ibu, bebelannya boleh sampai bernanah telinga Sherin dibuatnya.“Sikit je ni, bukannya banyak pun. Tak perlulah risau Mingi.”“Apa pula tak risaunya. Nunaa! Selagi nunaa tak kahwin. Selagi itulah nunaa tanggungjawab saya. Jadi, saya kena jaga
"TAHNIAH Kumpulan Mixter Girl sebab berjaya menduduki carta pertama. Selepas ini, kamu semua akan berkabolari dengan para senior, bahkan kumpulan kamu boleh memilih sendiri mentor yang kamu semua mahu.”“Yuna-shi, kami boleh pilih artis ke untuk jadi mentor kami?” soalan daripada Bella membuatkan Yuna mengangguk perlahan-lahan.“Melihat ke atas kesudian artis yang kamu pilih tu. Jika dia sudi, kamu semua boleh jadikan dia mentor.”Kumpulan Mixter Girl terus bersorak keriangan. Termasuklah Bella Kim memandangkan dia juga merupakan ahli Mixter Girl.“Untuk kumpulan Infinity Six. Saya dapati Woojin tak sertai kamu semua untuk membuat persembahan. Jadi ke mana dia pergi sepanjang tempoh show kita berlangsung? Kamu semua tak cuba cari dia?”Renjun dan rakan-rakannya saling berpandangan sesama sendiri lantas mereka m
SEDARI tadi Mingi menangis tidak berlagu di ruangan menunggu. Bilik kecemasan yang menempatkan Puan Sora tadi kini sudah digantikan dengan Sherin.Lampu berwarna merah di atas pintu bilik rawatan kecemasan itu mula berubah warna. Mingi mengigit bibir. Di saat pintu dibuka oleh seorang doktor yang merawat. Mingi segera bangun lantas air mata yang membasahi wajah dilap rakus.“Doktor macam mana dengan kakak saya?”Doktor itu hanya mempamerkan wajah serius saja. Barangkali keletihan menyapa dirinya. Tangan doktor itu naik ke bahu Mingi lalu menepuk beberapa kali.“Syukur kakak kamu tak apa-apa. Walaupun luka yang diterimanya agak dalam tetapi semangat kakak kamu masih kuat. Jika tidak mungkin kamu akan mendapat berita sedih untuk kedua kalinya.”Mingi meraup wajahnya berkali-kali, hati pula tidak henti-henti memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga.“Boleh saya melawat kakak saya?”
"MESTI imo bila terkejut dengar berita gembira ni nanti.” Senyuman Mingi terlukis bahagia di hadapan Sherin.Kini, mereka berdua sedang berjalan kaki mahu mengunjungi Puan Sora di rumahnya. Sejak Puan Sora keluar dari hospital, Sherin tidak membenarkan lagi Puan Sora membuka gerai kerana banyak risiko yang perlu mereka tempuhi sekiranya gerai itu masih dibuka, bahkan Sherin juga telah menyewakan sebuah rumah berdekatan dengan rumah keluarga tirinya untuk Puan Sora tinggal.Setibanya mereka di hadapan rumah Puan Sora. Sherin terlebih dahulu melangkah masuk.“Selamat tengah hari... imo!”Jeritan Sherin bergema apabila sekujur tubuh milik Puan Sora sudah terbaring di lantai.“Mingi!” laung Sherin meminta bantuan.Mingi turut kelam lantas berlari masuk ke dalam rumah. Keadaan mula bingit dengan keriuhan suara Mingi.“Imo! Imo!”“Kita bawa
"SAYA tak sangka... kita adik-beradik!”Sherin meluahkan rasa gembira kepada Mingi. Kini, mereka berdua berada di lobi hospita. Selepas mendapat keputusan ujian DNA yang mereka lakukan minggu lepas. Hari ini mereka datang semula untuk mengetahui keputusannya.“Jadi kita akan buka semula kes ayah.” Mingi masih mahu meneruskan hasratnya. Dia tidak mahu Sherin dituduh sebagai seorang pembunuh dan title bekas pembunuh dibawa Sherin sehingga ke akhir hayat.Wajah Sherin mengendur, dia tahu siapa yang melakukan pembunuhan tersebut membuatkan hatinya berbelah-bahagi.“Boleh tak mulai hari ni saya panggil awak [1]nunaa?”Sherin mengangguk memberi keizinan kepada Mingi untuk memanggilnya dengan panggilan itu.“Nunaa kata, nunaa tahu siapa pembunuh sebenar. Nunaa ada di tempat kejadian, jadi lebih mudah untuk kita buka semula kes.”Pandangan
TANGAN Woojin dilepaskan setelah mereka keluar dari ruangan lobi Syarikat WMC. Tangan Bella terus memeluk tubuh sambil jelingan menyampahnya diberi kepada Woojin.“Awak memang saja nak sakitkan hati saya kan?”“Apa maksud awak ni Bella? Saya tak faham.” Woojin memang tidak mengerti apa yang Bella cuba katakana, bahkan adegan Bella dan Sherin bergaduh tadi masih bermain difikiran.“Buat-buat tanya pula. Awak dah tahu saya tak sukakan perempuan tadi tu kenapa awak terima juga bekalan daripada dia?”“Waktu bila awak cakap dekat saya, awak tak sukakan dia?” Kening Woojin terangkat hairan.“Urgh! Bila-bila pun la. Lepas ni kalau saya tahu awak berjumpa dengan dia lagi. Saya tak teragak-agak tinggalkan awak.”Bahu Woojin ditolak kasar seraya langkah Bella dibuka luas meninggalkan Woojin keseorangan di situ.Woojin blur seketika dengan sit