All Chapters of PELAJAR TERUNGGUL (BAHASA MALAYSIA): Chapter 11 - Chapter 20

20 Chapters

BAB 11 PT

Pintu kereta bahagian belakang yang membawa Adrian terpelangah. Dalam pada masa yang sama, Adrian keluar dari perut kereta. Pintu ditutup lalu kereta pacuan empat roda itu bergerak meninggalkan sekolah itu. Adrian berjalan mendekati pondok pengawal. Di situ, seorang pengawas sedang duduk di kerusi yang terletak di sebelah meja buku kehadiran pelawat. Nadzrin, dia duduk di situ untuk menantikan ketibaan Adrian. "Ha, sampai pun kau!" lantas Nadzrin membingkas dari kerusi, melangkah menghampiri Adrian. "Ha, aku lupa nak tanya, macam mana dengan perancangan kau tu? Berjalan ke tidak?" Adrian terus bertanya. "Ala, sabar dulu. Benda baru nak mula ... Kau pun aku tengok dah mula ramai orang nak berkawan dengan kau. Cikgu-cikgu pun dah nampak mula okey dengan kau," ujar Nadzri seraya berjalan beriringan ke dewan bersama Adrian."Ini semua dari perancangan kau tau. Kalau kau tak ada, mungkin aku dah tewas terus dah. Tapi, bila kau na
Read more

BAB 12 PT

ZAIN berlari pantas menuju ke bawah pohon ketapang. Di situ, rakan-rakannya yang berlima itu sudah menunggu. Sebaik sahaja Zain tiba, Kazirul terus menarik lengan Zain supaya membongkok. Dia hanya menurut sahaja tanpa membantah. "Ha, sampai pun kau. Kenapa kau lambat?" Harith bertanya setelah berkelit di balik bangku tempat duduk. "Sorry geng. Aku sakit perut tadi." jawab Zain.  "Okey, kereta tu dah pergi," kata Kazirul yang sedari tadi ralit mengendap. “Mana?” soal Zain. Meliar anak matanya mencari kereta yang dimaksudkan. “Kat sana, tadi,” jawab Hana sambil menunding jari jauh ke arah simpang sana. "Ada dua orang lelaki dalam kereta tu tadi, tapi lelaki gila tu dah masuk ke rumah.” lanjutnya. Zain menghela nafas panjang. Kehadiran Zain yang tergesa-gesa tadi pasti berbahaya kepada mereka berenam yang mahu mengintip, mujurlah Kazirul cepat bertindak sebentar tadi. “Apa kita nak tunggu lagi?” soal Zain tiba-tiba, sekaligus
Read more

BAB 13 PT

ZAIN merenung langit dan suasana di persekitaran kawasan bersebelahan kantin. Pokok-pokok bunga yang ditanam menyejukkan mata yang memandang. Semak-samun juga kelihatan kemas dan tersusun, maklumlah baru dicantas."Zain, jauh termenung," tegur Helmi yang sudah lama duduk di sebelah Zain, tanpa disedari."Tak adalah," Zain menafikan seraya tersenyum memandang Helmi. "Malas nak borak." Helmi tersenyum sinis mendengar kata-kata Zain dan kemudian mengangguk. "Aku faham tapi termenung tu janganlah sampai lupa tugas kau, nanti tak fasal-fasal ada pula yang ambil kesempatan untuk lucutkan jawatan kau." Selepas itu Helmi bangun meninggalkan Zain. Zain menceber bibir. Diperhatikan sahaja gerak-geri Helmi yang sedang berjalan itu. Memanglah dia tahu akan tugasnya, tetapi tidak salahkan jika mahu mengelamun seketika.Jika Zain dan Helmi selalu melekat semasa bertugas, begitu jugalah Adrian dan Nadzri. Sambil mendahar, sambil Adrian menemani Nadzri
Read more

BAB 14

Sejak peristiwa salah gam kasut di bab lepas, Nadzri sudah tidak mahu membantu Adrian lagi. Dia merajuk. Habis rosak kasutnya. Mujurlah itu kasut lamanya. Jika tidak, pasti Adrian perlu menggantikannya.Disebabkan Nadzri sudah tidak mahu membantunya lagi, terpaksalah dia menggunakan cara lain. Sama ada cara kekerasan atau cara lembut, itu perancangannya. Dia akan berusaha sehingga berjaya. Di sekolah, dia tidak menunjukkan sebarang reaksi untuk menjalankan perancangan malah kelakuannya seperti murid lain, biasa saja. Dia juga mula bergaul dengan rakan-rakan yang lain yang mahu rapat dengannya.Aiman, kemudiannya Nadzri dan setelah itu Syah Huanran dan Faris. Mereka berdua bukanlah pelajar yang cemerlang dalam pelajaran, keputusan pun sekadar ala-ala kadar sahaja tetapi apa yang membuatkan Adrian mudah serasi dengan mereka ialah kerana mereka mudah menerimanya menjadi kawan.                    
Read more

BAB 15 PT

RINTIK-RINTIK hujan di perkarangan sekolah masih belum reda. Namun begitu, keriuhan penghuni-penghuninya masih belum padam. Suasana masih rancak. Adrian duduk keseorangan melayani diri. Pen di tangan dipusing-pusing, buku modul di hadapan masih suci dengan contengan dakwat pen."Apa yang dimenungkan tu, Adrian? Kau nak kena marah ke sebab tak siapkan kerja," getus satu suara.Mendengar suara itu, Adrian terkejut dan tergamam seketika. Dia memandang ke belakang, ke arah suara yang menegurnya."Oh, kau Ana. Ingatkan siapa tadi," balas Adrian menyambut sapaan Ana."Mengapa Adrian? Aku tengok kau ni diam semacam saja? Kau terdiam sebab soalan susah, atau kau dah tak sabar-sabar nak balik?" tanya Ana, cuba mengorek rahsia."Tak ada apa-apa. Biasa saja. Soalan ni pun bukannya susah mana untuk aku," jawab Adrian. Tiba-tiba perbualan mereka terhenti oleh deringan loceng yang menandakan waktu belajar telah tamat dan tiba masa untuk pulang. Adri
Read more

BAB 16 PT

SEJAK perkenalan Adrian dan Yana, hubungan mereka semakin lama semakin erat. Setiap kali sebelum masuk sekolah, memang tidak sah jika tidak bertemu di taman tasik, dah macam suami isteri! Sepanjang persahabatan mereka juga, corak kehidupannya semakin berubah. Adrian amat gembira. Dalam pada itu, Adrian dan Yana semakin ramai kawan, namun tugasnya sebagai seorang pelajar tetap dia utamakan demi cita-cita dan masa depan. Oh ya, juga untuk mengekalkan kedudukan nombor satu di peperiksaan akan datang untuk mengalahkan pesaing utamanya, Zain.Sementara itu, Shah Huanran dan Faris pula terasa dipinggirkan sahabat sendiri. Kadang-kadang, rasa menyesal pun ada. Menyesal kerana mengajak Adrian untuk melepak di taman tasik itu. Namun, hubungan Adrian dan Yana tidak bertahan lama. Satu peristiwa duka berlaku dalam hidup mereka. Mereka ralit berbual sesama sendiri di bawah limbu pohon-pohon menghijau. Mereka tertawa dan bercanda bersama
Read more

BAB 17 PT

Hana melenggung memandang kertas lukisannya. Kertas yang asalnya suci bersih, kini telah bertukar warna pudar. Di atasnya penuh dengan habuk-habuk pemadam.  Dia terkurung di penjara masalah, mengapa kali ini dirinya terlalu sukar untuk menyiapkan tugasan melukis poster yang diberikan oleh Cikgu Fatimah? Walhal benda senang kut. "Ish, geramnya aku!" Hana merentap pemadamnya lalu diseka permukaan kertas lukisan itu dengan kasar sehingga terkoyak.  "Alamak!" Kertas yang telah berlubang itu diangkat. Hana menoleh Faridah di sebelah sambil mengernyih.  Faridah menoleh memandang Hana. Melihatkan Hana mengangkat kertas lukisan yang berlubang sambil tersengih merenungnya, Faridah menepuk dahi.  Daripada riak wajah Faridah, pasti akan berdesing telinganya jika Faridah membelu-belai. Mana tidaknya, Faridah sudah memberikan tiga helai kertas lukisan pada Hana, tetapi tiga-tiga habis berlubang. "Astagfirullahal-Adzim, Hana ...
Read more

BAB 18 PT

"Kau orang tunggu sini, biar aku pergi dulu. Aku pasti dia ada di sekitar belakang semak ni," kata Zain pada rakan-rakannya.  Rakan-rakannya hanya membalas dengan anggukkan kepala. Tetapi itu tidak memberi istilah 'relaks' kerana mereka perlu bersiap sedia dan bertindak jika berlaku apa-apa terhadap Zain.  HARITH tidak mampu meloloskan diri. Dia yang terduduk di sebatang pokok sudah diikat kaki dan tangannya.  "Kau ingat kau boleh senang-senang nak dapatkan Zain? Kalau kau nak tahu, dia pernah belajar silat kat kampung dia. Sekali dia sampai, jangan haraplah kau akan terlepas." Kata Harith pada Adrian yang tercegat tidak jauh darinya.  Adrian berkalih, langkahnya diatur tenang menghampiri Harith. Wajah Harith dijenaki. "Relaks, Zain kan profesional orangnya, tak akanlah dia nak pukul aku kalau nampak kau okey, tak ada cedera apa-apa. Aku cuma mahukan populariti dia saja, bukannya nak suruh dia berambus dari sekolah tu!"
Read more

BAB 1 (BAHAGIAN 2)

SEMANGAT. Sukar untuk digambarkan perasaan itu melalui bait-bait bicara mahupun aksara. Setelah sebulan bercuti panjang, kini lembaran tahun baharu sudah dibuka. Sekaligus menutup lembaran tahun lalu.Zain masih setia menanti kehadiran rakan-rakannya di perhentian bas yang berlokasi di pintu masuk utama kawasan perumahan Taman Unggul. Dikerling jam yang tersarung pada pergelangan tangannya. 11.30 minit pagi. Kelibat yang ditunggu masih belum berkunjung tiba.Sebuah kereta Honda HR-V menyapa pandangan matanya. Zain bingkas berdiri. Senyuman tersibak di bibir melihatkan kereta itu menghampiri perhentian bas yang dihuninya.“Zain, marilah naik! Belakang ada ruang untuk kau tumpang sekali.” Melangsing tinggi suara Adrian sejurus tingkap kereta bahagian depan diturunkan.“Eh, tapi Harith dengan Kazirul belum sampai lagi. Tak akanlah aku nak tinggalkan dia orang pula.” Rasa gembira, sudah tentu berakar di perdu hatinya. Tetapi mengingatk
Read more

BAB 2 (BAHAGIAN 2)

ALIRAN angin bernafas lembut. Terasa hangat apabila digauli dengan terik sinar matahari. Hari ini Dhani datang awal ke sekolah dengan dua tujuan. Pertama, mengambil seluar sekolahnya yang tertinggal dan yang kedua, menuntut ilmu macam biasa.“Belajar elok-elok, niat kerana Allah.” Encik Shaari berpesan.“Baik, ayah.” Dhani sekadar menguntum senyum. Tidak akan pernah jemu telinganya ditadahkan dengan nasihat dan pesanan yang dititipkan untuk kebaikannya.Melangkah masuk ke dalam sekolah, beg sekolah terus diletakkan di dewan. Kawasan sekolah diteroka untuk mencari Pak Cik Sahak, pastinya lelaki itu telah menunggu kehadirannya sejak semalam kerana janji telah termeterai.“Pak cik, pak cik!” Menjerit-jerit Dhani apabila kelibat Pak Cik Sahak berjaya ditangkap oleh pandangan matanya.“Ha, pak cik ingatkan kamu dah tak nak seluar tu lagi. Lama pak cik tunggu semalam. Siap ada yang tanya seluar t
Read more
PREV
12
DMCA.com Protection Status