Halmy Ikram Lima tahun yang lepas ... Seorang lelaki yang berakhlak mulia dan paling penting dia pandai menjaga ikhtilatnya. Kerana akhlaknya aku terpesona. Tanpa aku sedar, dia membalas cinta aku sepenuh jiwa. Bila kasih bersemi, ikatan pertunangan tercipta. Namun ikatan itu tidak kekal lama bila dia pergi tanpa khabar berita. Halmy Ikram Lima tahun kemudian ... Seorang lelaki yang angkuh dan paling menjengkelkan dalam hidupku. Paling aku tak sangka, sikapnya berubah 360 darjah. Dia bukan crush aku yang dulu. Dia sangat berbeza. "Sorry, I memang tak kenal you. Jangan ganggu kerja I boleh tak? I benci lah dengan perempuan desperate macam you ni." Itulah ayat dia yang paling menyakitkan hati. Tapi tak apa, aku dah tak peduli. Aku taknak hilang dia macam dulu. Tanpa berputus asa, aku berusaha mendekati dia walaupun dia tetap berkeras beritahu yang dia tak pernah kenal aku. Biarlah orang kata pergi cari timba... Dulu dia yang beria-ia melamar aku. Sekarang ini biar aku pula terkejar-kejarkan dia. Apa yang pasti, aku nak kahwin dengan dia. "Halmy Ikram, hate me if you dare!" Berkat usaha aku, akhirnya dia termasuk dalam perangkapku. Namun, di saat aku dan dia mahu menjalin bahagia, aku dikejutkan dengan satu khabar berita. Khabar berita tentang rahsia kehilangan dia satu masa lalu. Mampukah kasih tercipta andai keraguan mula mekar dalam jiwa?
View MoreAKU menggoncang kuat tubuh ibuku. Aku mahu kepastian yang sebenar-benarnya. Hanya ibu yang boleh meyakinkan aku. Melihat keadaan aku begini, ibu terus mengerat kuat tubuhku. Merasa pelukan ibu hangat ditubuhku, sudah cukup membuatkan aku yakin bahawa semua yang dikatakan kepadaku benar belaka. Aku dengar esakan tangis ibu di tepi telingaku. Segera, aku leraikan pelukan kami. "Maafkan ibu sebab terpaksa rahsiakan hal ini sepanjang waktu achik ada di sana." Lututku melurut ke lantai. Lemah sungguh menerima kenyataan ini. Ya Allah, berat ujianmu kali ni. Jika ini caranya untuk engkau ampunkan dosaku yang lalu, aku cuba untuk terima. "Memang dia putuskan pertunangan kami? tapi kenapa?" aku bertanya lagi. Kepastian yang diinginkan. "Ibu tak ada jawapan untuk itu Achik. Maafkan ibu sebab dah buat anak ibu terluka." Ibu mengusap lembut kepalaku, mahu memberikan secebis ketenangan. "Bukan mak cik yang buat dia terluka, tapi Halmy! ter
ENAMbulan sudah berlalu. Hubungan aku dan Halmy Ikram baik-baik saja walaupun kami jarang bersua. Hari demi hari, cintaku terhadapnya semakin mendalam. Kata nasihat yang sering diberikan kepadaku, sentiasa aku simpan dalam ingatan. Sifat Halmy Ikram yang sentiasa menghormatiku sebagai wanita, membuatkan aku rasa sangat bertuah kerana bakal memiliki lelaki sepertinya. "Awak, saya cinta awak kerana Allah. Maafkan saya sebab tak mampu berikan awak jadi yang pertama dalam hati saya." "Jangan cintakan saya melebihi Allah dan rasulnya." "Solat jangan tinggal. Kita ni duduk dalam dunia hanya sementara." Itulah kata-katanya setiap kali berpeluang untuk bertemu. Setiap kali terkenangkan ayat-ayat itu, setiap kali itulah bibirku akan menguntum senyuman bahagia. "Hurm, rindunya dekat awak." Sambil berjalan menuruni anak tangga. sempat aku berbicara sendiri. Bila terkenangkan Halmy Ikram, hati aku berbunga-bunga. Aku ni dah
CUTI semester ke enam sudah menjelang tiba sebelum aku menjalankan praktikal di semester yang akan datang. Hari ini adalah hari bermakna dalam hidupku. Bermakna memang bermakna, tapi hari pertunangan begini lebih bermakna jika aku menjalinkan ikatan bersama seorang jejaka yang aku cintai. Iaitu, Halmy Ikram. Tidak mengapalah, mungkin Allah tidak makbulkan doa aku untuk memiliki dirinya kerana Allah ingin memberikan sesuatu yang aku perlu, bukan sesuatu yang aku ingini. Hanya Allah saja yang tahu betapa sedihnya diriku ketika ini. Pernah juga aku persoalkan, mengapakah ibu menerima lamaran itu sedangkan aku tidak memberi kata putus. Arghhh, sudah terlambat untuk memikirkan hal itu. Reda sajalah, kerana di sebalik sesuatu ada sesuatu. Usai Majlis pertunangan berlangsung ibu memanggil diriku di halaman rumah. “Achik … tak mahu jumpa bakal tunang Achik ke? Dia ada di luar tu.” Ibu tersenyum segaris ketika mata kami s
HARI berganti hari, semester ke enam pun sudah masuk ke pengakhirannya.Hal aku dan Almy hanya senyap begitu saja. Almy langsung tidak bertegur sapa denganku, begitu juga Fizi.Hari ini aku ke kafeteria untuk mengisi perut yang berkeroncong minta di isi.Hari ini, aku keseorangan menjamu selera. Al maklumlah, rakan-rakan aku sudah pulang ke kampung. Aku sahaja masih pulang ke rumahku memandangkan masih ada kerja yang belum diselesaikan.Saat aku melabuh duduk di meja makan, anak mataku mula tertumpu memandang Halmy Ikram yang bersendirian menjamu selera.Sejak dia menghantar mesej kepadaku sekitar bulan lepas, aku langsung tidak bersuara dengannya bila bertemu. Aku tiba-tiba jadi malu kucing pula.Sebenarnya, aku perasan juga yang Halmy Ikram bersendirian duduk di meja makan. Seperti tiada teman. Aku kehairanan.Dia tak ada kawan ke untuk makan bersama? Bukankah sebelum ini Fakhrul bersamanya.Mana
AKU merebahkan tubuh di atas katil. Peningnya kepala aku bila teringatkan hal pagi tadi. Haih, otak aku ni lagi berserabut fikirkan hal mereka berbanding hal pertunangan aku. Lebih membebankan minda aku bila Fizi menyebut perkataan penumpang di hadapan Halmy. Mengapa dia kata begitu? Sungguh aku kurang mengerti. “Untung kau Aj. Crush asyik jadi hero kau je bila ada orang nak sakitkan hati kau.” Bella yang baru masuk ke dalam kamar kami terus melabuh duduk di kerusi yang tersedia. “Eleh, dia tolong aku sebab dia memang perasanlah tu aku suka dia. Sajalah tu nak bagi harapan palsu dekat aku,” ujarku sambil melepaskan getah rambut agar rambut aku rasa lebih selesa bila dilepaskan. “Eeh, sejak bila kau bersangka buruk dengan crush sendiri? Dia bantu kau ikhlaslah.” Bella memuncung sedepa. Tangan diletakkan ke dagu sambil dia tayang riak wajah sedang berfikir. Aku sekadar menjongket bahu. Aku fikir begini
HARI ini, aku bertekad mahu memberitahu Fizi untuk mengenalinya sebagai kawan. Aku tak mahu jadikan dia musuh aku lagi. Walaupun dia selalu buat aku marah, tak salah rasanya kalau aku memaafkan kesalahannya.Lewat ekor mata, aku memerhatikan figuranya yang sibuk berbual dengan rakan-rakannya. Aku tak boleh nak berjumpa dengannya sekarang. Aku perlu cari masa sesuai untuk memberitahu kesudian aku untuk berkawan dengannya.“Weyh, betina!”Aku terkejut bila satu tangan tiba-tiba menolak belakang tubuhku sehingga aku hampir tersungkur.Almy … Aku terkejut dengan tindakannya.“Apa masalah kau ni tiba-tiba tolak aku?” Aku menolak kembali tubuhnya sehingga dia terjatuh ke tanah.Kalau kau berani-berani sentuh tubuh aku, memang kau mendapat! Aku pantang betul orang sentuh aku.“Hari Ahad hari tu ada orang nampak kau balik hostel dengan Fizi. Dia betul-betul h
HARI ini, Fakhrul mahu berjumpa aku. Entah kenapa pula dia nak berjumpa aku secara peribadi? Lebih-lebih lagi di bahagian pondok pengawal yang menempatkan mahasiswi kolej.Mendengar suaranya dari telefon, jelas dia mahu menerang suatu perkara yang mustahak.Setelah menunggunya selama beberapa minit, akhirnya Fakhrul muncul seorang diri. Aku bangkit dari kedudukan, kemudian berdiri di depannya.“Kenapa kau nak jumpa aku ni? Siap tak kasi aku bawa sesiapa lagi.” Aku keanehan. Wajah Fakhrul serius merenungku.“Kau balik dengan Fizi ke semalam?” sambil menyelup tangan di poket, dia bertanya.Aku tersentak mendengar pertanyaan itu. Hairan kerana dia dapat mengetahui hal aku dan Fizi.“Macam mana kau tahu? Bella atau Suzana yang beritahu ke?” Keningku sedikit bercantum.“Tak …,” ringkas jawapannya, tetapi cukup membuatkan aku terbelalak.“Dah tu? siapa yan
USAI sarapan pagi bersama keluargaku, Fizi terus mengangkat beg dari dalam bilik tetamu untuk pulang semula ke kolej. Aku berlari ke arah pintu kamar untuk berbicara dengannya. Semalam terlalu penat sehinggakan aku tidak sempat memberikan ucapan terima kasih secara formal dan tampak lebih ikhlas dari hati. Depan tandas semalam pun sibuk berbual hal lain. Memang terlupa nak memberi ucapan terima kasih kepadanya.Setelah hampir seminit menunggu, Fizi keluar dari dalam kamar tetamu. Dia agak terkejut melihat aku berdiri di hadapannya dengan penuh senyuman.“Kenapa duduk depan pintu ni? Kau intai aku ke?” soalnya sambil menyilang tangan ke dada. Aku mencemik bibir bila dia kata begitu.Haih, tak ada masa aku nak mengintai dia. Buang masa.“Sebelum kau balik, aku nak ucapkan terima kasih dulu. Aku sebenarnya tak sangka yang kau akan bantu aku,” ucapku jujur. Senyuman nipis aku hadiahkan kepadanya.
HAMPIR setengah jam perjalanan, satu suara pun tidak kedengaran di dalam kereta. Hanya bunyi radio yang memecahkan suasana sunyi. Sesekali aku melihat wajah Fizi yang fokus merenung jalan raya.Ikutkan hati tadi memang aku tak mahu terima pelawaan dia. Tapi bila Fizi buat ayat-ayat yang memerangkap aku untuk menolak pelawaannya, aku terima jelah dengan hati terbuka memandangkan aku dah terdesak nak balik rumah.Fizi kata kalau aku tak terima pelawaan dia, mesti dia akan jadi serba salah seumur hidup kalau ada apa-apa perkara buruk berlaku dekat diri aku.Daripada kata-kata dia menghantui diriku sepanjang perjalanan, lebih baik aku bersetuju dengan segala cadangannya.Aku harap dia memang nak hantar aku pulang ke rumah. Aku memang dah standby minyak wangi pemberian Bella di dalam poket, sebelum ada apa-apa buruk berlaku. Langkah berjaga-jaga perlu di ambil.“Selalunya kita ni bertengkar je dalam kelas. Tapi malam ni t
“HALMY… Betul ke awak tak kenal saya? Awak memang tak kenal atau pura-pura tak kenal?”Aku bertanya serius sambil tangannya aku paut agar dia tidak melarikan diri dariku lagi.Sumpah … aku tak mahu dia menjauh dariku.Sejak dari dalam bilik mesyuarat lagi bibirku bergetar-getar mahu meluahkan kekecewaan aku di hadapannya.Aku mahu bertanya depan muka, mengapa dia putuskan pertunangan kami begitu saja dan hanya meninggalkan pesanan mesej ringkas kepadaku.Aku mahu bertanya, kenapa dia dan ahli keluarganya langsung tidak mahu berjumpa aku untuk memutuskan pertunangan kami waktu itu.Aku mahu tahu segalanya tanpa ada sedikit pun persoalan yang tersisa.Selama bertahun-tahun aku pendamkan rasa sakit seorang diri.Perasaan pedih itu tak pernah pudar dalam sukmaku.Hari ini, rezeki aku dapat bertemu dengannya semula setelah beberapa tahun dia pergi menghilangkan diri.Aku akan
Comments