HARI ini, aku bertekad mahu memberitahu Fizi untuk mengenalinya sebagai kawan. Aku tak mahu jadikan dia musuh aku lagi. Walaupun dia selalu buat aku marah, tak salah rasanya kalau aku memaafkan kesalahannya.
Lewat ekor mata, aku memerhatikan figuranya yang sibuk berbual dengan rakan-rakannya. Aku tak boleh nak berjumpa dengannya sekarang. Aku perlu cari masa sesuai untuk memberitahu kesudian aku untuk berkawan dengannya.
“Weyh, betina!”
Aku terkejut bila satu tangan tiba-tiba menolak belakang tubuhku sehingga aku hampir tersungkur.
Almy … Aku terkejut dengan tindakannya.
“Apa masalah kau ni tiba-tiba tolak aku?” Aku menolak kembali tubuhnya sehingga dia terjatuh ke tanah.
Kalau kau berani-berani sentuh tubuh aku, memang kau mendapat! Aku pantang betul orang sentuh aku.
“Hari Ahad hari tu ada orang nampak kau balik hostel dengan Fizi. Dia betul-betul hantar kau depan hostel blok kau tinggal. Dan aku dapat tahu yang Fizi tidur dekat rumah kau sepanjang minggu lepas. Kau buat apa dengan dia haaa? Macam mana dia boleh tidur rumah kau?”
Suaranya berteriak kuat sehinggakan ada mata yang memandang kami dengan pandangan yang sangat sinis.
Sekilap, aku cuba melingas pandang segenap ruangan sebelum membalas kata-kata darinya.
“Memang betul pun dia tidur rumah aku. Tapi jangan salah faham dulu …” Aku tergagap-gagap. Masih mencari ayat yang sesuai untuk dilontarkan.
“Kurang ajar!” terbelalak mataku bila tangan Almy berani-berani melekat pada wajahku.
Melampau dia ni! Main tampar-tampar pula. Dia ingat muka aku ni kompang ke?
“Eeh, perempuan ni dah melebih. Kau apahal tampar aku?” ayunan penumbuk dilayangkan pada wajah Almy. Aku dah naik hantu tangan pun mula menggigil gara-gara dia memberi tekanan emosi kepadaku.
Dush …
Aku tak ada masa nak tampar-tampar. Kalau aku bengang aku tampar je. Aku tak suka kalau orang berani-berani nak lepaskan marah dekat aku hanya kerana seorang lelaki.
Aku ni punya emosi dahlah kelaut sejak beberapa hari ni! Boleh pula dia nak cari pasal dengan aku.
Hal Fizi pergi ke rumah aku sudah berlalu beberapa hari lepas. Kenapa baru sekarang sibuk dia nak ungkit?
Haih, kalau si Fizi beritahu Almy tentang hal aku dan dia tempoh hari, mesti perkara sebegini tak akan berlaku.
“Dia tidur rumah aku bersebab. Malam tu dia yang beria-ia nak hantar aku balik rumah. Lepas sampai rumah kita orang, aku tumpangkan dia tidur semalam sebab aku kasihankan dia. Aku tak mahu dia memandu dalam keadaan mengantuk,” jelasku cuba fahamkannya.
“Dia ni dengan Fizi macam anjing dengan kucing. Tiba-tiba berbaik, tak pelik ke?”
Salah seorang dari rakan Almy bersuara sinis saja mahu menambah perasa. Gadis yang berdiri di samping Almy sekarang ini bukanlah rakan kelasku. Jelas, aku pernah nampak dia tetapi tidak pernah menegurnya.
“Apa yang peliknya. Dia tu nak buat amal kebajikan, tak akan pula aku nak halang,” balas aku menaikkan nada suraku beroktaf-oktaf.
“Engkau saja buat macam tu sebab nak bagi dia terpikat dengan engkau, kan?” Bahu Almy dan aku saling berlaga walaupun tangan kanan masih menyentuh pipinya yang terasa pedih.
“Apa kau merepek ni? Tak akanlah sebab dia tolong aku pun dia nak terpikat?” laju tanganku mencengkam pergelangan tangannya. Cerlungan tajam aku hadiahkan padanya.
“Kalau dia tak terpikat dengan kau, kenapa dia minta putus dengan aku tanpa sebab?” Almy mengepal penumbuk seolah-olah menunggu masa mahu melayangkan kepalan penumbuk ke wajahku.
Jangan harap kau boleh jamah pipi aku lagi! Aku tak akan izinkan.
“Dia tu minta putus dengan kau sebab kau tu menggedik nak mampus. Tak ada lelaki yang tahan dengan perangai perempuan kuat mengongkong macam kau.”
Bella menempelak kasar. Suara Bella yang bertempik kuat itu membuatkan suasana menjadi semakin kacau.
Bella punya laungan satu bangunan boleh dengar.
“Betul tu. Kau tu yang tergedik-gedik sepanjang masa sampai laki pun bosan dengan kau.” Giliran Suzana pula membela nasibku. Dia siap tolak bahu Almy menggunakan satu jari lagi.
Pergh, gaya macam minah gangster minta wang pelindungan.
Bila melihat tingkah mereka pagi ini, aku dah tahu mengapa mereka saja yang sudi berkawan dengan aku sepanjang kami berada di kolej.
“Mulut kau orang jangan kurang ajar sangat eh?”
Almy cuba mengayun penampar pada wajah Bella tetapi segera tangannya menepis. Aku yang berdiri di sebelah Bella hanya mengherot bibir ke tepi. Kali ini aku menjadi pemerhati dan pendengar setia buat mereka.
Aku mahu melihat sejauh mana Almy boleh bertahan dengan sikap rakan-rakanku.
“Mulut engkau yang kurang ajar dulu! Kau ingatkan Fizi tu taste Aj ke sampai dia nak menggoda si Fizi tu?”
Bella buat suara mengejek. Riak wajahnya melucukan hatiku. Sempat aku meletus ketawa halus memandang mereka.
“Ewah, kau ingat Aj tu cantik sangat ke sampai tak mahu taste dekat Fizi tu?” Almy jegilkan biji mata. Dia tercabar melihat rakan-rakanku yang menghantamnya.
“Cantiklah daripada kau. Sebab tulah kau tercabar kalau Fizi tu tersuka tanpa sengaja dekat Aj. Hahaha,” sambung Bella sambil matanya dan Suzana saling bertatapan. Mereka gelak puas.
“Dahlah tu, jom kita pergi. Jangan layan perempuan separuh gila ni.” Pantas Suzana menarik tanganku untuk berlalu pergi.
Betul juga …
Kalau aku layan perempuan si rambut keriting ni, silap hari bulan aku yang masuk hospital tanjung rambutan.
BARU mengorak beberapa langkah masuk ke dewan kuliah, sepasang mataku sudah memasung ke arah Fizi yang sibuk berbual bersama Wawan. Dadaku turun naik bila melihat wajahnya pagi ini.
Aku perlu bersemuka dengannya untuk bertanyakan hal yang sebenar.
“Kenapa kau putus dengan Almy haaa?”
Aku terus mengutarakan soalan setelah berhenti di hadapannya. Fizi tayang wajah melongo bila aku, Bella dan Suzana menyergahnya tanpa memberi salam.
“Apa masalahnya kalau aku putus dengan dia?” soalan dibalas dengan soalan. Fizi yang tadinya duduk menyilang kaki sudah membangkitkan tubuh lantas berdiri dekat denganku.
“Disebabkan engkau minta putus dengan dialah, dia tampar aku dekat dekat depan kafe tadi!”
Aku menghamburkan perasaan marahku depan Fizi. Darah bagaikan tersiarap di seluruh wajah bila aku tidak mampu mengawal kemarahanku.
“Aaa aku…” Fizi terkebil-kebil. Aku yakin, dia sudah dapat menangkap butir ayat yang aku hamburkan depannya.
“Aku apa? Kenapa kau putus dengan dia?” Aku bertanya lagi. Aku saja memprovokasi Fizi dengan persoalan.
“Aku minta putus dengan dia sebab dia mengamuk-ngamuk bila dapat tahu yang aku tidur rumah kau. Aku ni rimaslah dengan dia tu,” jelas dia nada kalut. Fizi tayang wajah serabut depan aku.
Nampaklah wajahnya sangat tertekan melayan kerenah Almy yang sememangnya gedik.
Padanlah muka … siapa suruh bercinta dengan Almy, kan?
“Rimas dengan saya? Oh, lepas dah jumpa betina ni tidur semalaman dekat rumah dia, tiba-tiba awak kata yang awak rimas dengan saya?” Pandangan mataku beralih memandang Almy yang sudah berdiri depan dewan kuliah.
Mak aiii, drama sangat dah ni. Boleh pula Almy dengar perbualan di antara kami.
“Weyh, janganlah bergaduh. Malulah dekat pelajar lain.” Fakhrul yang berada di tempat duduknya cuba menghalang pergaduhan yang sepertinya akan berlaku sebentar lagi.
“Aku tak akan bergaduh kalau betina ni tak rampas Fizi dari aku.” Almy berlari ke arahku lantas rahangku dicengkam kuat. Tidak sampai beberapa saat berlalu dia terus menampak wajahku untuk kali yang kedua. Terkejut aku bila Almy naik syaitan begini.
“Kau ni memang melebih!” cepat-cepat aku tarik kasar tangannya agar menjauh dari menyentuh wajahku.
Hari ini aku rasa muka aku dah di cemari dengan tangan kotor si Almy. Balik rumah muka aku ni perlu di cuci dengan tujuh jenis air mutlak agaknya!
“Apa kecoh-kecoh ni?” Halmy yang baru masuk ke dalam kelas terus menuju ke arah kami.Aduhai, malunya bila crush nampak aku bergaduh.
“Kau tak payah nak sibuk sangatlah Halmy. Kau tu orang-orang baik tak perlu masuk campur!” Tidak semena-mena bahu Halmy menjadi mangsa Fizi.
Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba dia tolak Halmy.
“Fizi… Apahal kau tolak dia? Sepatutnya kau tolak perempuan ni.”
Aku membela Halmy yang sudah terkebelakang kerana di tolak.
“Awak tampar Ally Jasnita kenapa? Tak boleh ke berbincang baik-baik ke?” Halmy mengajukan persoalan kepada Almy.
Bila difikirkan semula, nama Halmy dan Almy lebih kurang je bunyinya. Jangan berjodoh sudah.
“Kau jangan masuk campurlah.” Almy bersuara separa teriak. Dia pun duakali lima perangai macam si Fizi.
Halmy punyalah baik hati nak datang untuk meleraikan pergaduhan, mereka sibuk nak tengking-tengking crush aku.
“Fizi … jom ikut aku.” Terpempan kami bila Halmy tiba-tiba menarik Fizi keluar dari kelas.
Apa yang dah berlaku sebenarnya? Kenapa perlu tarik Fizi sampai ke luar kelas?
“FIZI … Kau jangan bawa perangai lama kau datang sini boleh tak?” Tangan Halmy yang naik menyentuh Fizi mula diperhati dari pintu kelas. Aku curi-curi dengar perbualan mereka.
‘Perangai lama? Apa maksud dia?’ hatiku mula tertanya-tanya.
“Dah banyak kali aku pesan, jangan jeratkan diri dalam percintaan. Sekarang kau tengoklah apa jadi? Disebabkan cinta, orang yang tak salah pun bergaduh.” Aku tak sangka yang Halmy mampu menengking Fizi sekuat itu.
Cara Halmy berkata-kata seolah dia sering memberi pesanan sebegitu rupa kepada Fizi.
“Biarlah aku buat perangai lama pun, asalkan aku tak jadi manusia sebodoh kau. Sibuk jadi pak turut, sampai korbankan diri sendiri.” Aku yang mendengar paculan kata dari Fizi, sedikit kaget.
Apakah maksud di sebalik pergaduhan mereka? Aku kurang mengerti.
“Sekarang ini kita bincangkan hal engkau. Dan aku nasihat kau untuk kebaikan, jadi tak perlulah nak bangkitkan isu yang lain pula.” Halmy Ikram masih tenang.
Aku pula yang berdebar-debar mendengar perbualan mereka.
“Aduhai, aku bukan nak dengar nasihat dekat sinilah. Berambus boleh tak? Jangan asyik nak ganggu aktiviti aku dekat dalam kolej ni.”
Fizi menjeling dari hujung mata. Dia berpaling dari memandang Halmy.
“Islam dah ajar kita cara terbaik untuk bercinta. Islam dah ajar kita untuk bercinta mengikut syariat, tapi manusia dalam dunia ni sibuk nak jalinkan hubungan haram. Kalau nak tahu, islam tak mahu penganut dia bercinta sebelum nikah sebab tak mahu perkara macam sekarang ni terjadi. Islam ajar …” belum sempat Halmy menghabiskan kata nasihatnya, tangan Fizi menolak Halmy hingga tubuhnya terhempas ke dinding.
“Aku tak perlukan khidmat nasihat dari engkaulah! Kau sedar sikit yang kau ni penumpang. Kau tak payah nak tunjuk baik dengan aku.”
Penumpang? Apa maksud Fizi.
Hei, nampak gayanya mereka berdua ni macam ada ceritera tersendiri. Sebab itulah Fizi asyik nak mencari salah Halmy.
Lain macam sangat dah aku lihat cara mereka bertentangan mata.
SETELAH tamat sesi kuliah, aku mengajak Bella dan Suzana segera pulang ke hostel. Aku tidak mahu singgah ke mana-mana. Emosi aku masih tak stabil. Aku perlu merehatkan minda supaya hati aku ni tak terasa sakit sepanjang masa.
“Aj … tunggu kejap.” Belum sempat aku menapak keluar, Fizi tergesa-gesa memanggilku.
Kali ini aku malas nak layan dia. Disebabkan dialah aku dan Almy bergaduh besar.
“Kau nak apa ni? Jangan kacau aku boleh tak?” getusku geram.
“Aku cuma nak cakap yang aku betul-betul nak minta maaf.” Aku sekadar mengangguk kosong. Malas mahu menatap wajahnya pagi ini.
Ikutkan, hari ini aku membalas kata-kata yang terkandung dalam isi suratnya semalam. Tetapi bila keadaan jadi teruk begini, aku tak rasa yang kami boleh berkawan.
“Aj … janganlah ignore aku.” Dia bersuara separa merayu. Aku sedari tadi tayang wajah sebal.
Aku malas sangat nak hadap muka Fizi sekarang ini.
“Aku lagi suka kut kita berdua ni terus bertengkar macam selalu daripada kau buat baik dengan aku.” Aku menggigit bibir geram.
Aku jadi tak selesa bila Fizi semakin berhubung baik denganku. Aneh sangat rasanya.
“Betul tu. Lepas ni kau jangan baik hati nak buat amal kebajikan dekat Aj. Takut nanti awek kau meroyan, dia tampar Aj lagi.” Suzana sudah menempelak sambil dia menjeling dari hujung mata.
“Aj … Aku putus dengan Almy sebab aku tak boleh tipu perasaan aku.”
Jantung aku bagai terhenti sekejap bila mendengar butir ayat yang baru keluar dari pinggir bibir Fizi. Bundar mataku menatap wajahnya.
“Aku tak faham apa maksud kau dan aku tak mahu tahu apa yang kau cuba sampaikan!” laungku separa teriak.
Entah mengapa tubir mataku mula berkaca-kaca.
“Sebenarnya aku ni tukar kos semata-mata nak dekat dengan kau. Aku sengaja tukar kos pengajian islam sebab aku tahu yang kita akan kerap berjumpa.” Aku telan liur berkali-kali bila mataku dan Fizi saling bertatapan.
Sekarang, aku dah dapat tangkap setiap butir ayat yang dia sampaikan.
Argh, bodohnya kau Aj sebab tak perasaan yang Fizi sebenarnya ada hati dengan kau!
Sejujurnya aku tak tahu pun Fizi ni pelajar dari program yang lain. Baru aku faham kenapa sikap dia ni macam mat motor dan berbeza sungguh sikapnya dengan rakan-rakan yang lain. Dia mempunyai didikan agama dalam diri, tetapi dia bukanlah insan yang bersungguh-sungguh mahu mendalami ilmu agama yang sedia ada.
Walaupun Wawan tu dikira kawan rapat Fizi, tetapi aku nampaklah juga yang dia sejenis manusia yang mengambil berat tentang ibadah dan amalan sunah.Wawan juga tahu yang couple Islamic tak pernah wujud. Makanya dia tidak pernah bercinta.
“Wow … kita tunggu dekat luar dululah Su. Aku ada bau-bau cinta ni.” Bella dan Suzana berura-ura mahu tinggalkan aku dan Fizi.
“Weyh, tunggu aku.” Aku sudah berpaling untuk pergi.
“Aj, we need to talk.” Fizi menarik beg aku. Dan tindakannya membuatkan langkahku mati.
“Aku tak suka kau dan aku tak akan pernah sukakan engkau.” Jujurku tidak mahu memberi harapan.
“Aku tahu tu.” Dia menggaris senyuman tawar depanku.
Baguslah kalau dia dah tahu.
“Kalau dah tahu kenapa sibuk nak berterus-terang dengan aku pasal hati kau?” kerutan di dahiku semakin menebal.
Pertanyaan yang aku ajukan kepadanya sekadar mahu menduga.
“Cuba bayangkan kalau suatu hari nanti Halmy terima cinta kau. Apa yang kau buat?” terpempan aku bila mendengar persoalan itu mampu dipaculkan kepadaku.
Kenapa dia tanya aku soalan begitu?
“Haaa? Apa kau merepek ni?”
Aku buat-buat ketawa sekadar mahu menyedapkan hati yang semakin keliru.
“Tolong jawab.”
Dia seolah-olah mendesak aku untuk menjawab. Kali ini, aku berjeda sejenak untuk mencari jawapan. Setelah beberapa detik berdiam diri dan merenung wajahnya, aku terus mengherot senyuman senget.
“Aku akan terima dia. Memang dia yang aku tunggu pun,” tuturku bernada bahagia bercampur sinis. Aku nampak riak wajahnya terus berubah.
“Aku tak kisah kau sukakan orang lain, tapi jangan dia. Aku akan jadi sakit hati sangat kalau dengan dia,” bicara kata dari Fizi kali ini bernada kecewa.
Dia tundukkan wajah seolah-olah tidak mampu merenung wajahku.
“Apa masalah kau dengan Halmy eh? Kenapa kau dengan dia tu nampak macam dah kenal lama?”
Aku mengajukan beberapa soalan dengan harapan dia akan menjawab persoalanku dengan jujur.
“Tak kisahlah kau nak fikir apa pun pasal aku, tapi tolonglah buangkan perasaan hati kau untuk dia.” Dia masih bersungguh-sungguh meminta aku melupakan Halmy.
“Sebab apa?” aku jongket keningku ketika bertanya.
“Sebab …” Dia bagaikan tiada jawapan.“Tak ada sebab, kan? So, aku akan terus sukakan dia.” Terletus tawaku melihat riak wajahnya yang jelas bingung.
“Sebab dia lagi tua pada kita.” pegun aku mendengar jawapan yang baru terbit dari ulas delimanya.
“Huh?” hati aku disapa seribu tanda tanya.
Selama ini aku tak tahu pun ada perbezaan umur antara kami. Kalau ada perbezaan umur, sudah tentu kami memanggil Halmy dengan panggilan abang.
“Kita dua puluh empat tahun dan dia dah dua puluh sembilan tahun,” beritahu Fizi.
Aku tak faham, kenapa dia sibuk nak beritahu semua ni?
“Kau tak payah nak tipu akulah. Tak akan umur dua puluh sembilan tahun masih ambil degree?” Aku seolah-olah tak percaya.
Kebiasaannya, mereka yang berumur akhir dua puluhan takan bekerja dan menyara keluarga. Lelaki seusia itu sudah boleh ada anak dan isteri. Mustahil, Halmy setua itu.
“Dia belajar lambat dan dia belajar separuh masa je. Sebab itulah kau jarang tengok dia dekat sini. Kau tak pelik ke muka dia nampak matured sangat daripada kita? Jadi jawapan untuk soalan kau tadi, dia tua dan dia tak layak untuk kau.” Terasa lucu hatiku bila fizi jawab begitu.
Eeh, setakat beza lima tahun dengan kami, tak ada tua sangat pun.
Apa masalah dia ni? Asalkan Halmy masih bujang, sudah cukup bagiku untuk menaruh hati dengannya.
Eh, jangan lupa. Hakikatnya Halmy Ikram bakal berkahwin dengan pilihan hatinya.
“Umur bukan penghalang untuk seseorang jatuh cinta. Dah, aku nak balik. Aku penat nak melayan kau.”
Okey, kalini aku rasa aku tak betah nak layan perangai pelik Fizi. Jadi aku nak keluar dulu dari bilik kuliah ni. Rimas!
“Aku dah tahu siapa yang nak melamar kau. Aku harap kau tak terima lamaran tu, please?” belum sempat aku pusingkan tubuh, Fizi masih lagi melantunkan ayat-ayat yang mampu memasungkan tubuhku.
“Apa kau cuba beritahu aku ni?” hati aku terasa panas bila Fizi membuka terlalu banyak cerita baru sehingga aku tak tahu nak menghadam segala penceritaan.
“Aku kenal siapa anak Auntie Leha yang famili kau maksudkan tu,” beritahunya sambil kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket.
“Nama Leha dalam dunia ni banyaklah! Kau tak payah nak confident seolah-olah kau kenal aku dah lama.”
Aku dah naik angin. Makin lama kesabaranaku lebih nipis dari kulit bawang.
“Aj …” Fizi masih memanggil namaku. Dia masih berura-ura mahu berbincang denganku.
Aku rasa, tiada apa yang perlu dibincangkan. Aku mahu pulang dan tenangkan diri.
“Kalau kau rasa nak aku layan kau sebagai kawan, tolong jangan desak aku dengan ayat-ayat yang menyakitkan hati.”
Aku bersuara nada ugutan. Aku dah penat. Aku tak mahu tengok muka dia lagi.
AKU merebahkan tubuh di atas katil. Peningnya kepala aku bila teringatkan hal pagi tadi. Haih, otak aku ni lagi berserabut fikirkan hal mereka berbanding hal pertunangan aku. Lebih membebankan minda aku bila Fizi menyebut perkataan penumpang di hadapan Halmy. Mengapa dia kata begitu? Sungguh aku kurang mengerti. “Untung kau Aj. Crush asyik jadi hero kau je bila ada orang nak sakitkan hati kau.” Bella yang baru masuk ke dalam kamar kami terus melabuh duduk di kerusi yang tersedia. “Eleh, dia tolong aku sebab dia memang perasanlah tu aku suka dia. Sajalah tu nak bagi harapan palsu dekat aku,” ujarku sambil melepaskan getah rambut agar rambut aku rasa lebih selesa bila dilepaskan. “Eeh, sejak bila kau bersangka buruk dengan crush sendiri? Dia bantu kau ikhlaslah.” Bella memuncung sedepa. Tangan diletakkan ke dagu sambil dia tayang riak wajah sedang berfikir. Aku sekadar menjongket bahu. Aku fikir begini
HARI berganti hari, semester ke enam pun sudah masuk ke pengakhirannya.Hal aku dan Almy hanya senyap begitu saja. Almy langsung tidak bertegur sapa denganku, begitu juga Fizi.Hari ini aku ke kafeteria untuk mengisi perut yang berkeroncong minta di isi.Hari ini, aku keseorangan menjamu selera. Al maklumlah, rakan-rakan aku sudah pulang ke kampung. Aku sahaja masih pulang ke rumahku memandangkan masih ada kerja yang belum diselesaikan.Saat aku melabuh duduk di meja makan, anak mataku mula tertumpu memandang Halmy Ikram yang bersendirian menjamu selera.Sejak dia menghantar mesej kepadaku sekitar bulan lepas, aku langsung tidak bersuara dengannya bila bertemu. Aku tiba-tiba jadi malu kucing pula.Sebenarnya, aku perasan juga yang Halmy Ikram bersendirian duduk di meja makan. Seperti tiada teman. Aku kehairanan.Dia tak ada kawan ke untuk makan bersama? Bukankah sebelum ini Fakhrul bersamanya.Mana
CUTI semester ke enam sudah menjelang tiba sebelum aku menjalankan praktikal di semester yang akan datang. Hari ini adalah hari bermakna dalam hidupku. Bermakna memang bermakna, tapi hari pertunangan begini lebih bermakna jika aku menjalinkan ikatan bersama seorang jejaka yang aku cintai. Iaitu, Halmy Ikram. Tidak mengapalah, mungkin Allah tidak makbulkan doa aku untuk memiliki dirinya kerana Allah ingin memberikan sesuatu yang aku perlu, bukan sesuatu yang aku ingini. Hanya Allah saja yang tahu betapa sedihnya diriku ketika ini. Pernah juga aku persoalkan, mengapakah ibu menerima lamaran itu sedangkan aku tidak memberi kata putus. Arghhh, sudah terlambat untuk memikirkan hal itu. Reda sajalah, kerana di sebalik sesuatu ada sesuatu. Usai Majlis pertunangan berlangsung ibu memanggil diriku di halaman rumah. “Achik … tak mahu jumpa bakal tunang Achik ke? Dia ada di luar tu.” Ibu tersenyum segaris ketika mata kami s
ENAMbulan sudah berlalu. Hubungan aku dan Halmy Ikram baik-baik saja walaupun kami jarang bersua. Hari demi hari, cintaku terhadapnya semakin mendalam. Kata nasihat yang sering diberikan kepadaku, sentiasa aku simpan dalam ingatan. Sifat Halmy Ikram yang sentiasa menghormatiku sebagai wanita, membuatkan aku rasa sangat bertuah kerana bakal memiliki lelaki sepertinya. "Awak, saya cinta awak kerana Allah. Maafkan saya sebab tak mampu berikan awak jadi yang pertama dalam hati saya." "Jangan cintakan saya melebihi Allah dan rasulnya." "Solat jangan tinggal. Kita ni duduk dalam dunia hanya sementara." Itulah kata-katanya setiap kali berpeluang untuk bertemu. Setiap kali terkenangkan ayat-ayat itu, setiap kali itulah bibirku akan menguntum senyuman bahagia. "Hurm, rindunya dekat awak." Sambil berjalan menuruni anak tangga. sempat aku berbicara sendiri. Bila terkenangkan Halmy Ikram, hati aku berbunga-bunga. Aku ni dah
AKU menggoncang kuat tubuh ibuku. Aku mahu kepastian yang sebenar-benarnya. Hanya ibu yang boleh meyakinkan aku. Melihat keadaan aku begini, ibu terus mengerat kuat tubuhku. Merasa pelukan ibu hangat ditubuhku, sudah cukup membuatkan aku yakin bahawa semua yang dikatakan kepadaku benar belaka. Aku dengar esakan tangis ibu di tepi telingaku. Segera, aku leraikan pelukan kami. "Maafkan ibu sebab terpaksa rahsiakan hal ini sepanjang waktu achik ada di sana." Lututku melurut ke lantai. Lemah sungguh menerima kenyataan ini. Ya Allah, berat ujianmu kali ni. Jika ini caranya untuk engkau ampunkan dosaku yang lalu, aku cuba untuk terima. "Memang dia putuskan pertunangan kami? tapi kenapa?" aku bertanya lagi. Kepastian yang diinginkan. "Ibu tak ada jawapan untuk itu Achik. Maafkan ibu sebab dah buat anak ibu terluka." Ibu mengusap lembut kepalaku, mahu memberikan secebis ketenangan. "Bukan mak cik yang buat dia terluka, tapi Halmy! ter
“HALMY… Betul ke awak tak kenal saya? Awak memang tak kenal atau pura-pura tak kenal?”Aku bertanya serius sambil tangannya aku paut agar dia tidak melarikan diri dariku lagi.Sumpah … aku tak mahu dia menjauh dariku.Sejak dari dalam bilik mesyuarat lagi bibirku bergetar-getar mahu meluahkan kekecewaan aku di hadapannya.Aku mahu bertanya depan muka, mengapa dia putuskan pertunangan kami begitu saja dan hanya meninggalkan pesanan mesej ringkas kepadaku.Aku mahu bertanya, kenapa dia dan ahli keluarganya langsung tidak mahu berjumpa aku untuk memutuskan pertunangan kami waktu itu.Aku mahu tahu segalanya tanpa ada sedikit pun persoalan yang tersisa.Selama bertahun-tahun aku pendamkan rasa sakit seorang diri.Perasaan pedih itu tak pernah pudar dalam sukmaku.Hari ini, rezeki aku dapat bertemu dengannya semula setelah beberapa tahun dia pergi menghilangkan diri.Aku akan
SETIAP manusia mempunyai seseorang yang bisa membuatkan hatinya berbunga tatkala bersua. Setiap manusia mempunyai cita rasa yang berbeza-beza.Saat kita sudah berjumpa seseorang yang sudah terpaut di hati, jiwa kita mula ceria, hati pula mula terasa seperti hadirnya bunga-bunga cinta sedang mekar harum di dada. Begitu juga aku.Nama panggilan aku Aj. Haaa, Aj tu bukan singkatan nama Ayda Jebat si Penyanyi lagu siapa diriku tu. Tapi singkatan bagi namaku iaitu, Ally Jasnita. Aku seorang siswi di sebuah kolej swasta. Aku sedang menuntut Ilmu dalam bidang pendidikan. Sekarang ini aku meneruskan pelajaranku ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.Ketika aku sudah menjejakkan langkah ke semester baru, aku bersua dengan seorang mahasiswa. Saat itulah, hatiku mula terpaut untuk mencintai seorang jejaka yang menuntut Ilmu di dalam bidang pengajian Islam. Dia yang membuatkan jiwaku bagai berlayar di awangan tinggi.Aku kenal si dia kerana
“WEYH, budak samseng makan dekat kafe hari ni. Terus putus selera aku bila dia ada dekat sini.”Baru saja aku mahu menyua makanan ke dalam mulut, tiba-tiba Fizi dan Wawan berdiri di hadapan mejaku semata-mata mahu menyakiti hatiku.“Apa masalah kau orang berdua ni? Aku tak kacau korang pun. Jadi janganlah kacau aku.” Haih, kenapa mereka sibuk aje nak jadi pengganggu.Sejak dua menjak ini mereka memang kerap mengganggu aku. Asyik nak paculkan kata-kata sinis saja bila kami bertemu.“Aku tak ada masalah dengan kau kalau budak-budak kos kau tak menggatal dengan Fakhrul.” Membulat biji mataku bila nama Fakhrul di sebut-sebut.Hello, bila masa pula aku menggatal dengan si Fakhrul tu? Mereka tak tahu istilah berkawankah?Selama ini mereka marahkan kami semata-mata kerana Fakhrul?Alahai, kalau dah terlalu marahkan kami itu maknanya mereka simpan dendam terhadap kami.
AKU menggoncang kuat tubuh ibuku. Aku mahu kepastian yang sebenar-benarnya. Hanya ibu yang boleh meyakinkan aku. Melihat keadaan aku begini, ibu terus mengerat kuat tubuhku. Merasa pelukan ibu hangat ditubuhku, sudah cukup membuatkan aku yakin bahawa semua yang dikatakan kepadaku benar belaka. Aku dengar esakan tangis ibu di tepi telingaku. Segera, aku leraikan pelukan kami. "Maafkan ibu sebab terpaksa rahsiakan hal ini sepanjang waktu achik ada di sana." Lututku melurut ke lantai. Lemah sungguh menerima kenyataan ini. Ya Allah, berat ujianmu kali ni. Jika ini caranya untuk engkau ampunkan dosaku yang lalu, aku cuba untuk terima. "Memang dia putuskan pertunangan kami? tapi kenapa?" aku bertanya lagi. Kepastian yang diinginkan. "Ibu tak ada jawapan untuk itu Achik. Maafkan ibu sebab dah buat anak ibu terluka." Ibu mengusap lembut kepalaku, mahu memberikan secebis ketenangan. "Bukan mak cik yang buat dia terluka, tapi Halmy! ter
ENAMbulan sudah berlalu. Hubungan aku dan Halmy Ikram baik-baik saja walaupun kami jarang bersua. Hari demi hari, cintaku terhadapnya semakin mendalam. Kata nasihat yang sering diberikan kepadaku, sentiasa aku simpan dalam ingatan. Sifat Halmy Ikram yang sentiasa menghormatiku sebagai wanita, membuatkan aku rasa sangat bertuah kerana bakal memiliki lelaki sepertinya. "Awak, saya cinta awak kerana Allah. Maafkan saya sebab tak mampu berikan awak jadi yang pertama dalam hati saya." "Jangan cintakan saya melebihi Allah dan rasulnya." "Solat jangan tinggal. Kita ni duduk dalam dunia hanya sementara." Itulah kata-katanya setiap kali berpeluang untuk bertemu. Setiap kali terkenangkan ayat-ayat itu, setiap kali itulah bibirku akan menguntum senyuman bahagia. "Hurm, rindunya dekat awak." Sambil berjalan menuruni anak tangga. sempat aku berbicara sendiri. Bila terkenangkan Halmy Ikram, hati aku berbunga-bunga. Aku ni dah
CUTI semester ke enam sudah menjelang tiba sebelum aku menjalankan praktikal di semester yang akan datang. Hari ini adalah hari bermakna dalam hidupku. Bermakna memang bermakna, tapi hari pertunangan begini lebih bermakna jika aku menjalinkan ikatan bersama seorang jejaka yang aku cintai. Iaitu, Halmy Ikram. Tidak mengapalah, mungkin Allah tidak makbulkan doa aku untuk memiliki dirinya kerana Allah ingin memberikan sesuatu yang aku perlu, bukan sesuatu yang aku ingini. Hanya Allah saja yang tahu betapa sedihnya diriku ketika ini. Pernah juga aku persoalkan, mengapakah ibu menerima lamaran itu sedangkan aku tidak memberi kata putus. Arghhh, sudah terlambat untuk memikirkan hal itu. Reda sajalah, kerana di sebalik sesuatu ada sesuatu. Usai Majlis pertunangan berlangsung ibu memanggil diriku di halaman rumah. “Achik … tak mahu jumpa bakal tunang Achik ke? Dia ada di luar tu.” Ibu tersenyum segaris ketika mata kami s
HARI berganti hari, semester ke enam pun sudah masuk ke pengakhirannya.Hal aku dan Almy hanya senyap begitu saja. Almy langsung tidak bertegur sapa denganku, begitu juga Fizi.Hari ini aku ke kafeteria untuk mengisi perut yang berkeroncong minta di isi.Hari ini, aku keseorangan menjamu selera. Al maklumlah, rakan-rakan aku sudah pulang ke kampung. Aku sahaja masih pulang ke rumahku memandangkan masih ada kerja yang belum diselesaikan.Saat aku melabuh duduk di meja makan, anak mataku mula tertumpu memandang Halmy Ikram yang bersendirian menjamu selera.Sejak dia menghantar mesej kepadaku sekitar bulan lepas, aku langsung tidak bersuara dengannya bila bertemu. Aku tiba-tiba jadi malu kucing pula.Sebenarnya, aku perasan juga yang Halmy Ikram bersendirian duduk di meja makan. Seperti tiada teman. Aku kehairanan.Dia tak ada kawan ke untuk makan bersama? Bukankah sebelum ini Fakhrul bersamanya.Mana
AKU merebahkan tubuh di atas katil. Peningnya kepala aku bila teringatkan hal pagi tadi. Haih, otak aku ni lagi berserabut fikirkan hal mereka berbanding hal pertunangan aku. Lebih membebankan minda aku bila Fizi menyebut perkataan penumpang di hadapan Halmy. Mengapa dia kata begitu? Sungguh aku kurang mengerti. “Untung kau Aj. Crush asyik jadi hero kau je bila ada orang nak sakitkan hati kau.” Bella yang baru masuk ke dalam kamar kami terus melabuh duduk di kerusi yang tersedia. “Eleh, dia tolong aku sebab dia memang perasanlah tu aku suka dia. Sajalah tu nak bagi harapan palsu dekat aku,” ujarku sambil melepaskan getah rambut agar rambut aku rasa lebih selesa bila dilepaskan. “Eeh, sejak bila kau bersangka buruk dengan crush sendiri? Dia bantu kau ikhlaslah.” Bella memuncung sedepa. Tangan diletakkan ke dagu sambil dia tayang riak wajah sedang berfikir. Aku sekadar menjongket bahu. Aku fikir begini
HARI ini, aku bertekad mahu memberitahu Fizi untuk mengenalinya sebagai kawan. Aku tak mahu jadikan dia musuh aku lagi. Walaupun dia selalu buat aku marah, tak salah rasanya kalau aku memaafkan kesalahannya.Lewat ekor mata, aku memerhatikan figuranya yang sibuk berbual dengan rakan-rakannya. Aku tak boleh nak berjumpa dengannya sekarang. Aku perlu cari masa sesuai untuk memberitahu kesudian aku untuk berkawan dengannya.“Weyh, betina!”Aku terkejut bila satu tangan tiba-tiba menolak belakang tubuhku sehingga aku hampir tersungkur.Almy … Aku terkejut dengan tindakannya.“Apa masalah kau ni tiba-tiba tolak aku?” Aku menolak kembali tubuhnya sehingga dia terjatuh ke tanah.Kalau kau berani-berani sentuh tubuh aku, memang kau mendapat! Aku pantang betul orang sentuh aku.“Hari Ahad hari tu ada orang nampak kau balik hostel dengan Fizi. Dia betul-betul h
HARI ini, Fakhrul mahu berjumpa aku. Entah kenapa pula dia nak berjumpa aku secara peribadi? Lebih-lebih lagi di bahagian pondok pengawal yang menempatkan mahasiswi kolej.Mendengar suaranya dari telefon, jelas dia mahu menerang suatu perkara yang mustahak.Setelah menunggunya selama beberapa minit, akhirnya Fakhrul muncul seorang diri. Aku bangkit dari kedudukan, kemudian berdiri di depannya.“Kenapa kau nak jumpa aku ni? Siap tak kasi aku bawa sesiapa lagi.” Aku keanehan. Wajah Fakhrul serius merenungku.“Kau balik dengan Fizi ke semalam?” sambil menyelup tangan di poket, dia bertanya.Aku tersentak mendengar pertanyaan itu. Hairan kerana dia dapat mengetahui hal aku dan Fizi.“Macam mana kau tahu? Bella atau Suzana yang beritahu ke?” Keningku sedikit bercantum.“Tak …,” ringkas jawapannya, tetapi cukup membuatkan aku terbelalak.“Dah tu? siapa yan
USAI sarapan pagi bersama keluargaku, Fizi terus mengangkat beg dari dalam bilik tetamu untuk pulang semula ke kolej. Aku berlari ke arah pintu kamar untuk berbicara dengannya. Semalam terlalu penat sehinggakan aku tidak sempat memberikan ucapan terima kasih secara formal dan tampak lebih ikhlas dari hati. Depan tandas semalam pun sibuk berbual hal lain. Memang terlupa nak memberi ucapan terima kasih kepadanya.Setelah hampir seminit menunggu, Fizi keluar dari dalam kamar tetamu. Dia agak terkejut melihat aku berdiri di hadapannya dengan penuh senyuman.“Kenapa duduk depan pintu ni? Kau intai aku ke?” soalnya sambil menyilang tangan ke dada. Aku mencemik bibir bila dia kata begitu.Haih, tak ada masa aku nak mengintai dia. Buang masa.“Sebelum kau balik, aku nak ucapkan terima kasih dulu. Aku sebenarnya tak sangka yang kau akan bantu aku,” ucapku jujur. Senyuman nipis aku hadiahkan kepadanya.
HAMPIR setengah jam perjalanan, satu suara pun tidak kedengaran di dalam kereta. Hanya bunyi radio yang memecahkan suasana sunyi. Sesekali aku melihat wajah Fizi yang fokus merenung jalan raya.Ikutkan hati tadi memang aku tak mahu terima pelawaan dia. Tapi bila Fizi buat ayat-ayat yang memerangkap aku untuk menolak pelawaannya, aku terima jelah dengan hati terbuka memandangkan aku dah terdesak nak balik rumah.Fizi kata kalau aku tak terima pelawaan dia, mesti dia akan jadi serba salah seumur hidup kalau ada apa-apa perkara buruk berlaku dekat diri aku.Daripada kata-kata dia menghantui diriku sepanjang perjalanan, lebih baik aku bersetuju dengan segala cadangannya.Aku harap dia memang nak hantar aku pulang ke rumah. Aku memang dah standby minyak wangi pemberian Bella di dalam poket, sebelum ada apa-apa buruk berlaku. Langkah berjaga-jaga perlu di ambil.“Selalunya kita ni bertengkar je dalam kelas. Tapi malam ni t