HARI ini, Fakhrul mahu berjumpa aku. Entah kenapa pula dia nak berjumpa aku secara peribadi? Lebih-lebih lagi di bahagian pondok pengawal yang menempatkan mahasiswi kolej.
Mendengar suaranya dari telefon, jelas dia mahu menerang suatu perkara yang mustahak.
Setelah menunggunya selama beberapa minit, akhirnya Fakhrul muncul seorang diri. Aku bangkit dari kedudukan, kemudian berdiri di depannya.“Kenapa kau nak jumpa aku ni? Siap tak kasi aku bawa sesiapa lagi.” Aku keanehan. Wajah Fakhrul serius merenungku.
“Kau balik dengan Fizi ke semalam?” sambil menyelup tangan di poket, dia bertanya.
Aku tersentak mendengar pertanyaan itu. Hairan kerana dia dapat mengetahui hal aku dan Fizi.
“Macam mana kau tahu? Bella atau Suzana yang beritahu ke?” Keningku sedikit bercantum.
“Tak …,” ringkas jawapannya, tetapi cukup membuatkan aku terbelalak.
“Dah tu? siapa yang beritahu?” bibir digigit. Kepala didongak lebih tinggi agar pandangan mata aku dan Fakhrul semakin tepat.
“Halmy yang beritahu.” Aku terkesima mendengarnya.
Halmy Ikram yang memberitahu hal itu kepadanya? Biar betul.
“Macam mana pula Halmy boleh tahu? Hairan pula aku.” Aku berfikir sejenak. Mata memandang ke langit nan biru.
“Entahlah, aku pun hairan juga ni. Tapi, aku nampak muka dia macam kecewa bila beritahu hal kau dengan Fizi.” Aku membulatkan mata. Aku terpanar.
“Kenapa pula nak kecewa? Pelik-pelik je dia tu.” aku tertawa kecil. Perasaan aneh menyusup masuk dalam jiwa.
“Walaupun dia pelik, kau tetap sukakan dia.” Fakhrul menggariskan senyuman nipis.
“Jap … aku masih tak boleh brain, macam mana dia boleh tahu hal Fizi dan aku. Nak cakap hal ni sampai ke mulut pelajar lain, aku rasa tak ada pula.”
Setelah menyudah bicara, aku duduk di atas bangku yang tersedia depan pondok pengawal.
“Kalau kecoh pun, mestilah Halmy tak ambil tahu. Dia bukannya jenis suka buka telefon.” Fakhrul menjawab pula.
“Kalau macam tu, dia dapat tahu dari mana hal aku?” Aku mengetuk-ngetuk dagu beberapa kali.
“Kalau aku tahu, tak adalah aku musykil.” Getusnya melepas nafas.
“Itu je ke kau nak beritahu aku? Rasanya benda ni boleh sembang dalam telefon je.”
Aku ingatkan hal apalah tadi yang nak dibincangkan. Rupanya dia mahu bertanya tentang Fizi sahaja. Buang tenaga aku saja berjalan sampai ke pondok pengawal.
“Aku nak tanya sesuatu. Sebab itulah aku jumpa kau,” ucap Fakhrul tayang wajah yang penuh tanda tanya. Kali ini, aku panahkan pandangan ke dalam mata Fakhrul.
Okey, kali ini pasti hal penting ingin dikatakan kepadaku.
Agak-agaknya hal apa yang ingin diungkapkan?
Semerta, dadaku disentuh lembut. Aku dapat merasakan, jantungku tiba-tiba berdegup laju.
“Hal apa pula ni?” soalku terketar-ketar. Sedikit gelisah. Fakhrul sudah memutarkan matanya sebelum bersuara. Mungkin mencari idea untuk menyusun kata.
“Halmy beritahu aku, yang dia tamatkan zaman bujang. Dia nak berkahwin.”
Laju-laju dia memberitahu, kemudian dia halakan pandangan ke tempat lain. Riak wajahnya berubah mendung.
Mungkin berat hati mahu memberitahu hal itu.
“Jaaa jadi? Keee kenapa kau beritahu aku?”
Aku sedikit tersentak. Jantung bagai nak gugur mendengar kenyataan itu.
Aku tidak tahu, bagaimana mahu menggambarkan perasaan hatiku dikala ini.
“Aku beritahu kau sebab aku nak kau berhenti berharap. Kau jangan bersedih ya?” Suara Fakhrul makin lama makin perlahan. Aku pula memejamkan kelopak mataku, menggali secebis ketenangan.
“Hurm, aku dan dia tak pernah jalinkan hubungan. Tak ada sebab aku nak sedih.” Aku tarik senyuman. Tetapi senyum itu hanya plastik sekadar mahu melegakan kesedihan di hati.
“Kalau kau nak menangis sekarang, kau menangislah. Aku boleh temankan.” Aku terkejut bila ayat itu terlontar keluardari bibir Fakhrul.
Mungkin sedari awal dia yakin bahawa hatiku terluka mendengar kenyataan ini.
Walaupun aku sembunyikan rasa di hati ini, Fakhrul tetap menyedarinya.
“Hahaha, kau dah kenapa? Aku okey je. Aku tak rasa nak menangis pun.”
Aku menggesa tawa yang dibuat-buat. Masih berusaha mahu sembunyikan kehampaan.
“Sekarang, memanglah tak menangis. Entah-entah, kat rumah nanti kau menangis.” Fakhrul seperti dapat menghidu tingkahku selepas ini.
Aduhai, Fakhrul ni panjang akallah.
“Okey, aku okey je.” Aku tunduk wajah. Kolam air mata terasa panas.
“Betul ni? Kau yakin?” Fakhrul sengetkan kepalanya dan mendekatkan wajah agar dapat merenungku yang kian menunduk.
“Kau ni kenapa tanya banyak kali? Kalau aku kata aku okey, maknanya aku okey.” Aku angkat semula wajah, kemudian aku bersuara nada keras.
Rasa rimas bila dia mempersoalkan emosiku kala ini.
Aku tewas. Air mata aku tumpah akhirnya. Ini kali pertama, aku menangis depan Fakhrul.
“Aku dah agak kau tak okey.” Dia melabuh duduk di sebelahku. Aku menyeka air mata agar tidak terus mencemari pipi.
“Kenapa dia kahwin awal sangat. Aku tak sempat lagi nak feeling lebih dengan dia.” Aku menekup wajah. Perasaan sedih seolah-olah menembak hingga ke lubuk hati paling mendalam.
Aku hanya mampu mengejar bayangnya, bukan orangnya. Bayang dia akan terus kekal dalam jiwaku.
“Lagi bagus kalau perasaan kau dekat dia tu tak terlalu mendalam. Kalau tidak, mesti kau lagi sakit.” Dalam sejarah hidup aku, ini kali pertama aku benar-benar rasa terluka.
Aku terluka kerana cintaku yang hanya bertepuk sebelah tangan.
Ah, aku yang bersalah! Bukannya orang lain. Aku tak patut setia kepada kasih yang bukan aku punya. Aku perlu sedar, cinta kepada manusia itu menyakitkan jika aku terlalu sibuk mencari cinta yang tak pasti itu.
“Sebenarnya hati aku ni dah sakit sejak mak aku beritahu aku yang dia nak jodohkan aku dengan pilihan dia. Sekarang ni, mungkin hati aku dah beransur pulih lepas kau berterus-terang hal Halmy.”
Aku mencengkam dada sendiri. Bila teringatkan perancangan ibu dan keluargaku, jiwaku semakin sakit.
Hari ini, Aku lepaskan segala kesedihan depan Fakhrul. Aku dah tak peduli riak hodohku depannya.
“Kau pun nak kahwin?”
Aku dapat melihat, riak wajah Fakhrul terkejut sehinggakan dia terbangun dari duduk. Aku pantas mengangguk dan turut berdiri depannya.
“Ada hikmah jugakan aku pun nak berkahwin? Kalau sekarang ni aku masih forever alone, mesti hati aku lagi sakit disebabkan Halmy.” Aku senyum tawar. Mata aku masih berkaca-kaca.
“Kenapa kawan-kawan aku nak kahwin awal ni? Kasihan aku sebab single.” Fakhrul memuncung bibir sedepa. Dia merengek kecil depanku.
Aku yakin, dia saja buat suara chipmunk depan aku semata-mata mahu menghilangkan kesedihanku.
“Kau ingat best sangat ke kahwin awal ni? Kalau boleh, aku tak mahu kahwin tau? Tapi disebabkan mak aku dah terima lamaran lelaki tu, aku kena terima.”
Aku sudah menjeling dari hujung mata. Fakhrul suka buat aku berleter panjang.
“Jom kita makan kat kafe? Kau jangan sedih-sedih. Kawan kau ni akan bersedih kalau kau bersedih.”
Fakhrul mengajak aku untuk ke kafe. Aku tengah bersedih, boleh pula dia ajak aku mencekik.
“Alolo, sweet juga kau ni, kan?” aku tersenyum melihat gelagat Fakhrul.
“Ofcourse. Sebelum kau kahwinlah aku boleh layan kau macam permaisuri, lepas ni kalau kau jadi milik orang, entah-entah nak jumpa kau pun susah.” Dia mengeyit mata sebelah kanan.
Alahai, Fakhrul memang suka buat aku terharu. Dia sentiasa menjaga aku seperti keluarganya sendiri.
SAAT aku dan Fakhrul baru saja menapak masuk ke dalam kafe, aku perasan yang kereta Fizi meluncur masuk depan kafe. Dia siap hon kereta berulang kali seolah-olah mahu memberi isyarat supaya kami berhenti.
“Aj …” Aku terkejut bila Fizi melambai-lambai aku dengan senyuman. Aku memandang pantas memandang Fakhrul seolah-olah meminta keizinannya. Laju Fakhrul menggeleng, tanda dia tidak membenarkan aku bersua Fizi.
Sesekali, aku meliar pandang ke arah kafateria. Nyata, suasana di sini agak kosong. Tak ramai yang makan waktu-waktu begini.
Melihat aku tidak berganjak, fizi terus keluar dari perut kereta dan menghampiri kami berdua.
“Aj, kenapa tak datang dekat aku?” Fizi bertanya hairan. Dia masih dengan karakternya ketika di rumah aku.
“Dah kenapa kau panggil dia?” Fakhrul menyoal. Aku masih berdiam sambil mataku bersilih ganti memandang mereka.
“Fakhrul … aku nak bercakap dengan dia kejap boleh tak?” Fizi meminta keizinan. Bertaut keningku bila dia bersuara nada lembut depan Fakhrul.
Aik, hari ini dia tak memperli pula.
“kenapa nak cakap dengan dia? Hal apa yang penting sangat tu?” Fakhrul melirik soalan. Fizi di depan kami mengangguk sebelum menyambung kata.
“Ada benda yang aku perlu bincangkan dengan dia. Hanya berdua.” Dia pandang aku pula.
“Kau nak cakap apa pula ni? Kau sedar tak yang kita dekat kolej?”
Aku bersuara nada berbisik. Aku kurang selesa bila berdiri di tengah alam bersamanya.
“Aku sedar. Tak salahkan kalau aku nak jumpa kau kat sini? Kita ni dah berkawan dah pun.”
Fizi tersungging senyum. Aku menggaru sisi kepala.
“Aduhai, dekat sini ada Almy. Kalau dia nampak aku dengan kau, dia akan salah faham.”
Aku bukan tidak mahu berjumpa dia, cuma aku risau jika ada mata-mata yang memerhatikan kami. Aku lagi risau jika Almy yang melihat kami di sini.
“Betul tu bro. Kau tak payah sibuklah dekat sini. Almy tu dahlah tak sukakan Aj. Kalau dia nampak kau dengan Aj dekat sini, nanti dia yang susah.”
Fakhrul mengingatkan Fizi. Riak wajah Fizi sedikit hampa bila aku menolak pelawaan untuk berbincang dengannya.
“Kita betul-betul perlu berbincang. Aku nak beritahu kau hal mustahak ni.” Fizi bersuara separa merayu. Tetapi aku tetap menggeleng tidak mahu.
“Fakhrul, aku balik hostel dulu. Kalau kau nak makan, kau makanlah.”
Segera aku memusing tubuh untuk berlalu pergi.
“Ally Jasnita …” Langkah aku terhenti bila Fizi memanggil penuh namaku.
“Aku bukan tak nak berbual dengan kau, tapi kita kat kolej. Makwe kau tu kuat meroyan. Kalau dia nampak aku dengan kau dekat sini, dia akan cakap yang aku goda kau.”
Aku menjulingkan mata ke atas. Rimas pula bila Fizi buat suara terdesak.
Kalau orang tak nak jumpa, tak naklah. Tak perlulah nak mendesak.
“Dia tak ada hak pun nak halang apa yang aku nak buat. Dia bukannya isteri aku pun” Aku tergelak bila Fizi kata begitu. Semerta, aku pusing semula tubuh agar menghadapnya semula.
“Tapi dia perempuan yang kau sayang, kan?” Aku jongket kening sebelah ketika bertanya.
“Tak. Aku tak sayangkan dia, tapi …” belum sempat Fizi menghabiskan kata, Fakhrul menekup mulutnya. Aku terkejut dengan tindakan Fakhrul.
“Jom kita baliklah bro. kalau Aj kata tak mahu jumpa, maknanya tak mahu.” Sambil dia menekup mulut, sambil dia merengkuh tubuh Fizi agar pulang.
“Kau jangan sibuk boleh tak?” sekuat hati Fizi melepaskan rengkuhan.
“Aku akan menyibuk kalau kau sibuk nak buat Aj tak selesa.” Tangan Fakhrul mencengkam pergelangan Fizi. Memberi isyarat wajah agar pergi meninggalkanku.
Aku semakin pelik melihat tingkah mereka berdua. Tanpa berlengah, aku berlari anak meninggalkan mereka.
Daripada lebih banyak masalah berlalu, lebih baik aku pergi.
“AJ …” Aku terdengar suara seseorang melaung kuat saat aku baru tiba di kawasan pekarangan bangunan hostel. Aku memandang ke kanan dan kiri untuk mencari arah suara itu.
“Wuit, sinilah.” Di kejauhan, aku dapat melihat lambaian Bella dan Suzana dari bangunan sebelah.
Eeh, mereka buat apa pula tu?
“Datanglah sini, ada orang sedekah makanan dekat hostel kita.” Keningku terangkat tinggi.
Wow, ada orang sedekah makanan? Siapa pula yang baik hati ni?
Tanpa membuang masa, aku terus berlari menuju ke bangunan sebelah. Aku pun dah lapar sangat ni. Tak makan lagi dari pagi.
Setelah tiba di lokasi Bella dan Suzana berkumpul bersama beberapa rakan yang lain, aku terus membulat bibir.
Tak sangka, berkotak-kotak pizza terhidang di atas meja.Pizza berkotak-kotak. Patutlah semua orang seronok.
“Makanlah dekat sini. Makan sampai kenyang tau?”
Bella menarik laju tanganku agar duduk di sebelahnya. Dia melebar senyuman sambil tersipu-sipu memandangku.
“Aku call kau banyak kali tadi, kenapa tak jawab?” Suzana menepuk pergelanganku gaya geram. Tercantum keningku bila dia kata begitu.
Pantas, tangan mencapai telefon pintar dari poket.
“Yalah, kau call. Tak dengar pun,” tuturku seraya mata masih merenung skrin telefon.
Aku sedih sangat agaknya, sampai telefon berbunyi pun aku tak dengar.
“Kau dating dengan seseorang ke sampai tak dengar?” Bella mencuit-cuit pinggangku.
“Huh?” hanya itu yang terpacul dari bibirku.
“Ada orang hantar mystery box untuk kau sekali dengan pizza ni. Aku tak tahulah siapa yang bagi, tapi pakguard kata, pelajar lelaki kolej sebelah yang bagi. So, dijamin halal.”
Kak Sarah menghulur kotak berwarna biru kepadaku. Membulat besar bibir memandang kotak tersebut.
Aik, siapa pulalah yang hadiahkan mystery box kepadaku.
“Siapa pula yang bagi ni?” tangan menyentuh penutup kotak. Ragu-ragu pula mahu membukanya. Takut terkena sihir melalui kotak.
Maklumlah, zaman sekarang ini kita perlu berhati-hati. Orang zaman sekarang ni panjang akal untuk berbuat sesuatu perkara jahat.
“Bukalah sekarang. Lepas tu bagitahu kitorang, siapa yang bagi.” Bella pula yang tak sabar.
“Aku takut nak buka.” Masih ragu-ragu.
“Jangan risau, pakguard kata orang yang beri hadiah ni kenalan kita.” Setelah beberapa detik berfikir, akhirnya aku membuka kotak tersebut.
Dimulakan dengan bismillah …
Saat kotak sudah di buka, aku perasan ada sepucuk surat tersimpan di dalamnya.
“Wow, banyaknya coklat.” Suzana bersuara teruja. Bella dan Kak Sarah tersenyum-senyum. Aku pula hanya tayang wajah selenga.
“Ada suratlah. Bacalah depan kitorang?”
Bella kalau bab-bab begini, dia memang suka. Semerta, aku menggeleng. Aku bangkit dari kedudukan untuk membaca sepucuk surat itu.
Mahu tahu, siapakah sang pemberi yang baik hati.
“Aj … bacalah surat tu depan kitorang. Mesti tu secret admire kau.” Kawan-kawanku masih bersuka ria.
Beberapa detik memerhati surat ditangan, mataku kini tertumpu kepada isi kandungan yang terkandung di dalamnya.
‘Makanlah pizza ni dengan kawan-kawan kau. Aku ikhlas beri sebab kau dah layan aku baik-baik semalam. Terima kasih Aj, sebab kau hadirkan memori terindah untuk aku bersama keluarga kau semalam. Aku tak pernah ada memori makan dengan keluarga aku. Jadi, pertemuan aku dengan keluarga kau membuatkan aku rasa bahagia. Tiba-tiba aku rasa teringin nak hidup dalam sebuah keluarga. Tapi sayang, aku tak pernah rasa suasana macam tu. Akua da keluarga, tapi macam tak ada. Hah, terima kasih sebab kau sudi layan aku baik-baik, walaupun aku suka sakitkan hati kau. Okey last one, sudi tak kau jadi kawan aku? Aku dah penat nak bergaduh. Kalau kau sudi, besok kita jumpa lepas kelas.
Ikhlas, Hafizi Fikhree’
Membaca bait penulisan darinya, setitis demi setitis airmata membasahi pipi. Bait ayat yang terluah membuatkan aku tersentuh. Sekarang baru aku faham, kenapa Fizi jadi diri dia yang sekarang. Mungkin dia broken family.
Ya Allah, selama ini aku selamba menjurikan hidup dia tanpa aku sedar dia rupanya melalui jalan berliku dalam hidupnya.
HARI ini, aku bertekad mahu memberitahu Fizi untuk mengenalinya sebagai kawan. Aku tak mahu jadikan dia musuh aku lagi. Walaupun dia selalu buat aku marah, tak salah rasanya kalau aku memaafkan kesalahannya.Lewat ekor mata, aku memerhatikan figuranya yang sibuk berbual dengan rakan-rakannya. Aku tak boleh nak berjumpa dengannya sekarang. Aku perlu cari masa sesuai untuk memberitahu kesudian aku untuk berkawan dengannya.“Weyh, betina!”Aku terkejut bila satu tangan tiba-tiba menolak belakang tubuhku sehingga aku hampir tersungkur.Almy … Aku terkejut dengan tindakannya.“Apa masalah kau ni tiba-tiba tolak aku?” Aku menolak kembali tubuhnya sehingga dia terjatuh ke tanah.Kalau kau berani-berani sentuh tubuh aku, memang kau mendapat! Aku pantang betul orang sentuh aku.“Hari Ahad hari tu ada orang nampak kau balik hostel dengan Fizi. Dia betul-betul h
AKU merebahkan tubuh di atas katil. Peningnya kepala aku bila teringatkan hal pagi tadi. Haih, otak aku ni lagi berserabut fikirkan hal mereka berbanding hal pertunangan aku. Lebih membebankan minda aku bila Fizi menyebut perkataan penumpang di hadapan Halmy. Mengapa dia kata begitu? Sungguh aku kurang mengerti. “Untung kau Aj. Crush asyik jadi hero kau je bila ada orang nak sakitkan hati kau.” Bella yang baru masuk ke dalam kamar kami terus melabuh duduk di kerusi yang tersedia. “Eleh, dia tolong aku sebab dia memang perasanlah tu aku suka dia. Sajalah tu nak bagi harapan palsu dekat aku,” ujarku sambil melepaskan getah rambut agar rambut aku rasa lebih selesa bila dilepaskan. “Eeh, sejak bila kau bersangka buruk dengan crush sendiri? Dia bantu kau ikhlaslah.” Bella memuncung sedepa. Tangan diletakkan ke dagu sambil dia tayang riak wajah sedang berfikir. Aku sekadar menjongket bahu. Aku fikir begini
HARI berganti hari, semester ke enam pun sudah masuk ke pengakhirannya.Hal aku dan Almy hanya senyap begitu saja. Almy langsung tidak bertegur sapa denganku, begitu juga Fizi.Hari ini aku ke kafeteria untuk mengisi perut yang berkeroncong minta di isi.Hari ini, aku keseorangan menjamu selera. Al maklumlah, rakan-rakan aku sudah pulang ke kampung. Aku sahaja masih pulang ke rumahku memandangkan masih ada kerja yang belum diselesaikan.Saat aku melabuh duduk di meja makan, anak mataku mula tertumpu memandang Halmy Ikram yang bersendirian menjamu selera.Sejak dia menghantar mesej kepadaku sekitar bulan lepas, aku langsung tidak bersuara dengannya bila bertemu. Aku tiba-tiba jadi malu kucing pula.Sebenarnya, aku perasan juga yang Halmy Ikram bersendirian duduk di meja makan. Seperti tiada teman. Aku kehairanan.Dia tak ada kawan ke untuk makan bersama? Bukankah sebelum ini Fakhrul bersamanya.Mana
CUTI semester ke enam sudah menjelang tiba sebelum aku menjalankan praktikal di semester yang akan datang. Hari ini adalah hari bermakna dalam hidupku. Bermakna memang bermakna, tapi hari pertunangan begini lebih bermakna jika aku menjalinkan ikatan bersama seorang jejaka yang aku cintai. Iaitu, Halmy Ikram. Tidak mengapalah, mungkin Allah tidak makbulkan doa aku untuk memiliki dirinya kerana Allah ingin memberikan sesuatu yang aku perlu, bukan sesuatu yang aku ingini. Hanya Allah saja yang tahu betapa sedihnya diriku ketika ini. Pernah juga aku persoalkan, mengapakah ibu menerima lamaran itu sedangkan aku tidak memberi kata putus. Arghhh, sudah terlambat untuk memikirkan hal itu. Reda sajalah, kerana di sebalik sesuatu ada sesuatu. Usai Majlis pertunangan berlangsung ibu memanggil diriku di halaman rumah. “Achik … tak mahu jumpa bakal tunang Achik ke? Dia ada di luar tu.” Ibu tersenyum segaris ketika mata kami s
ENAMbulan sudah berlalu. Hubungan aku dan Halmy Ikram baik-baik saja walaupun kami jarang bersua. Hari demi hari, cintaku terhadapnya semakin mendalam. Kata nasihat yang sering diberikan kepadaku, sentiasa aku simpan dalam ingatan. Sifat Halmy Ikram yang sentiasa menghormatiku sebagai wanita, membuatkan aku rasa sangat bertuah kerana bakal memiliki lelaki sepertinya. "Awak, saya cinta awak kerana Allah. Maafkan saya sebab tak mampu berikan awak jadi yang pertama dalam hati saya." "Jangan cintakan saya melebihi Allah dan rasulnya." "Solat jangan tinggal. Kita ni duduk dalam dunia hanya sementara." Itulah kata-katanya setiap kali berpeluang untuk bertemu. Setiap kali terkenangkan ayat-ayat itu, setiap kali itulah bibirku akan menguntum senyuman bahagia. "Hurm, rindunya dekat awak." Sambil berjalan menuruni anak tangga. sempat aku berbicara sendiri. Bila terkenangkan Halmy Ikram, hati aku berbunga-bunga. Aku ni dah
AKU menggoncang kuat tubuh ibuku. Aku mahu kepastian yang sebenar-benarnya. Hanya ibu yang boleh meyakinkan aku. Melihat keadaan aku begini, ibu terus mengerat kuat tubuhku. Merasa pelukan ibu hangat ditubuhku, sudah cukup membuatkan aku yakin bahawa semua yang dikatakan kepadaku benar belaka. Aku dengar esakan tangis ibu di tepi telingaku. Segera, aku leraikan pelukan kami. "Maafkan ibu sebab terpaksa rahsiakan hal ini sepanjang waktu achik ada di sana." Lututku melurut ke lantai. Lemah sungguh menerima kenyataan ini. Ya Allah, berat ujianmu kali ni. Jika ini caranya untuk engkau ampunkan dosaku yang lalu, aku cuba untuk terima. "Memang dia putuskan pertunangan kami? tapi kenapa?" aku bertanya lagi. Kepastian yang diinginkan. "Ibu tak ada jawapan untuk itu Achik. Maafkan ibu sebab dah buat anak ibu terluka." Ibu mengusap lembut kepalaku, mahu memberikan secebis ketenangan. "Bukan mak cik yang buat dia terluka, tapi Halmy! ter
“HALMY… Betul ke awak tak kenal saya? Awak memang tak kenal atau pura-pura tak kenal?”Aku bertanya serius sambil tangannya aku paut agar dia tidak melarikan diri dariku lagi.Sumpah … aku tak mahu dia menjauh dariku.Sejak dari dalam bilik mesyuarat lagi bibirku bergetar-getar mahu meluahkan kekecewaan aku di hadapannya.Aku mahu bertanya depan muka, mengapa dia putuskan pertunangan kami begitu saja dan hanya meninggalkan pesanan mesej ringkas kepadaku.Aku mahu bertanya, kenapa dia dan ahli keluarganya langsung tidak mahu berjumpa aku untuk memutuskan pertunangan kami waktu itu.Aku mahu tahu segalanya tanpa ada sedikit pun persoalan yang tersisa.Selama bertahun-tahun aku pendamkan rasa sakit seorang diri.Perasaan pedih itu tak pernah pudar dalam sukmaku.Hari ini, rezeki aku dapat bertemu dengannya semula setelah beberapa tahun dia pergi menghilangkan diri.Aku akan
SETIAP manusia mempunyai seseorang yang bisa membuatkan hatinya berbunga tatkala bersua. Setiap manusia mempunyai cita rasa yang berbeza-beza.Saat kita sudah berjumpa seseorang yang sudah terpaut di hati, jiwa kita mula ceria, hati pula mula terasa seperti hadirnya bunga-bunga cinta sedang mekar harum di dada. Begitu juga aku.Nama panggilan aku Aj. Haaa, Aj tu bukan singkatan nama Ayda Jebat si Penyanyi lagu siapa diriku tu. Tapi singkatan bagi namaku iaitu, Ally Jasnita. Aku seorang siswi di sebuah kolej swasta. Aku sedang menuntut Ilmu dalam bidang pendidikan. Sekarang ini aku meneruskan pelajaranku ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.Ketika aku sudah menjejakkan langkah ke semester baru, aku bersua dengan seorang mahasiswa. Saat itulah, hatiku mula terpaut untuk mencintai seorang jejaka yang menuntut Ilmu di dalam bidang pengajian Islam. Dia yang membuatkan jiwaku bagai berlayar di awangan tinggi.Aku kenal si dia kerana
AKU menggoncang kuat tubuh ibuku. Aku mahu kepastian yang sebenar-benarnya. Hanya ibu yang boleh meyakinkan aku. Melihat keadaan aku begini, ibu terus mengerat kuat tubuhku. Merasa pelukan ibu hangat ditubuhku, sudah cukup membuatkan aku yakin bahawa semua yang dikatakan kepadaku benar belaka. Aku dengar esakan tangis ibu di tepi telingaku. Segera, aku leraikan pelukan kami. "Maafkan ibu sebab terpaksa rahsiakan hal ini sepanjang waktu achik ada di sana." Lututku melurut ke lantai. Lemah sungguh menerima kenyataan ini. Ya Allah, berat ujianmu kali ni. Jika ini caranya untuk engkau ampunkan dosaku yang lalu, aku cuba untuk terima. "Memang dia putuskan pertunangan kami? tapi kenapa?" aku bertanya lagi. Kepastian yang diinginkan. "Ibu tak ada jawapan untuk itu Achik. Maafkan ibu sebab dah buat anak ibu terluka." Ibu mengusap lembut kepalaku, mahu memberikan secebis ketenangan. "Bukan mak cik yang buat dia terluka, tapi Halmy! ter
ENAMbulan sudah berlalu. Hubungan aku dan Halmy Ikram baik-baik saja walaupun kami jarang bersua. Hari demi hari, cintaku terhadapnya semakin mendalam. Kata nasihat yang sering diberikan kepadaku, sentiasa aku simpan dalam ingatan. Sifat Halmy Ikram yang sentiasa menghormatiku sebagai wanita, membuatkan aku rasa sangat bertuah kerana bakal memiliki lelaki sepertinya. "Awak, saya cinta awak kerana Allah. Maafkan saya sebab tak mampu berikan awak jadi yang pertama dalam hati saya." "Jangan cintakan saya melebihi Allah dan rasulnya." "Solat jangan tinggal. Kita ni duduk dalam dunia hanya sementara." Itulah kata-katanya setiap kali berpeluang untuk bertemu. Setiap kali terkenangkan ayat-ayat itu, setiap kali itulah bibirku akan menguntum senyuman bahagia. "Hurm, rindunya dekat awak." Sambil berjalan menuruni anak tangga. sempat aku berbicara sendiri. Bila terkenangkan Halmy Ikram, hati aku berbunga-bunga. Aku ni dah
CUTI semester ke enam sudah menjelang tiba sebelum aku menjalankan praktikal di semester yang akan datang. Hari ini adalah hari bermakna dalam hidupku. Bermakna memang bermakna, tapi hari pertunangan begini lebih bermakna jika aku menjalinkan ikatan bersama seorang jejaka yang aku cintai. Iaitu, Halmy Ikram. Tidak mengapalah, mungkin Allah tidak makbulkan doa aku untuk memiliki dirinya kerana Allah ingin memberikan sesuatu yang aku perlu, bukan sesuatu yang aku ingini. Hanya Allah saja yang tahu betapa sedihnya diriku ketika ini. Pernah juga aku persoalkan, mengapakah ibu menerima lamaran itu sedangkan aku tidak memberi kata putus. Arghhh, sudah terlambat untuk memikirkan hal itu. Reda sajalah, kerana di sebalik sesuatu ada sesuatu. Usai Majlis pertunangan berlangsung ibu memanggil diriku di halaman rumah. “Achik … tak mahu jumpa bakal tunang Achik ke? Dia ada di luar tu.” Ibu tersenyum segaris ketika mata kami s
HARI berganti hari, semester ke enam pun sudah masuk ke pengakhirannya.Hal aku dan Almy hanya senyap begitu saja. Almy langsung tidak bertegur sapa denganku, begitu juga Fizi.Hari ini aku ke kafeteria untuk mengisi perut yang berkeroncong minta di isi.Hari ini, aku keseorangan menjamu selera. Al maklumlah, rakan-rakan aku sudah pulang ke kampung. Aku sahaja masih pulang ke rumahku memandangkan masih ada kerja yang belum diselesaikan.Saat aku melabuh duduk di meja makan, anak mataku mula tertumpu memandang Halmy Ikram yang bersendirian menjamu selera.Sejak dia menghantar mesej kepadaku sekitar bulan lepas, aku langsung tidak bersuara dengannya bila bertemu. Aku tiba-tiba jadi malu kucing pula.Sebenarnya, aku perasan juga yang Halmy Ikram bersendirian duduk di meja makan. Seperti tiada teman. Aku kehairanan.Dia tak ada kawan ke untuk makan bersama? Bukankah sebelum ini Fakhrul bersamanya.Mana
AKU merebahkan tubuh di atas katil. Peningnya kepala aku bila teringatkan hal pagi tadi. Haih, otak aku ni lagi berserabut fikirkan hal mereka berbanding hal pertunangan aku. Lebih membebankan minda aku bila Fizi menyebut perkataan penumpang di hadapan Halmy. Mengapa dia kata begitu? Sungguh aku kurang mengerti. “Untung kau Aj. Crush asyik jadi hero kau je bila ada orang nak sakitkan hati kau.” Bella yang baru masuk ke dalam kamar kami terus melabuh duduk di kerusi yang tersedia. “Eleh, dia tolong aku sebab dia memang perasanlah tu aku suka dia. Sajalah tu nak bagi harapan palsu dekat aku,” ujarku sambil melepaskan getah rambut agar rambut aku rasa lebih selesa bila dilepaskan. “Eeh, sejak bila kau bersangka buruk dengan crush sendiri? Dia bantu kau ikhlaslah.” Bella memuncung sedepa. Tangan diletakkan ke dagu sambil dia tayang riak wajah sedang berfikir. Aku sekadar menjongket bahu. Aku fikir begini
HARI ini, aku bertekad mahu memberitahu Fizi untuk mengenalinya sebagai kawan. Aku tak mahu jadikan dia musuh aku lagi. Walaupun dia selalu buat aku marah, tak salah rasanya kalau aku memaafkan kesalahannya.Lewat ekor mata, aku memerhatikan figuranya yang sibuk berbual dengan rakan-rakannya. Aku tak boleh nak berjumpa dengannya sekarang. Aku perlu cari masa sesuai untuk memberitahu kesudian aku untuk berkawan dengannya.“Weyh, betina!”Aku terkejut bila satu tangan tiba-tiba menolak belakang tubuhku sehingga aku hampir tersungkur.Almy … Aku terkejut dengan tindakannya.“Apa masalah kau ni tiba-tiba tolak aku?” Aku menolak kembali tubuhnya sehingga dia terjatuh ke tanah.Kalau kau berani-berani sentuh tubuh aku, memang kau mendapat! Aku pantang betul orang sentuh aku.“Hari Ahad hari tu ada orang nampak kau balik hostel dengan Fizi. Dia betul-betul h
HARI ini, Fakhrul mahu berjumpa aku. Entah kenapa pula dia nak berjumpa aku secara peribadi? Lebih-lebih lagi di bahagian pondok pengawal yang menempatkan mahasiswi kolej.Mendengar suaranya dari telefon, jelas dia mahu menerang suatu perkara yang mustahak.Setelah menunggunya selama beberapa minit, akhirnya Fakhrul muncul seorang diri. Aku bangkit dari kedudukan, kemudian berdiri di depannya.“Kenapa kau nak jumpa aku ni? Siap tak kasi aku bawa sesiapa lagi.” Aku keanehan. Wajah Fakhrul serius merenungku.“Kau balik dengan Fizi ke semalam?” sambil menyelup tangan di poket, dia bertanya.Aku tersentak mendengar pertanyaan itu. Hairan kerana dia dapat mengetahui hal aku dan Fizi.“Macam mana kau tahu? Bella atau Suzana yang beritahu ke?” Keningku sedikit bercantum.“Tak …,” ringkas jawapannya, tetapi cukup membuatkan aku terbelalak.“Dah tu? siapa yan
USAI sarapan pagi bersama keluargaku, Fizi terus mengangkat beg dari dalam bilik tetamu untuk pulang semula ke kolej. Aku berlari ke arah pintu kamar untuk berbicara dengannya. Semalam terlalu penat sehinggakan aku tidak sempat memberikan ucapan terima kasih secara formal dan tampak lebih ikhlas dari hati. Depan tandas semalam pun sibuk berbual hal lain. Memang terlupa nak memberi ucapan terima kasih kepadanya.Setelah hampir seminit menunggu, Fizi keluar dari dalam kamar tetamu. Dia agak terkejut melihat aku berdiri di hadapannya dengan penuh senyuman.“Kenapa duduk depan pintu ni? Kau intai aku ke?” soalnya sambil menyilang tangan ke dada. Aku mencemik bibir bila dia kata begitu.Haih, tak ada masa aku nak mengintai dia. Buang masa.“Sebelum kau balik, aku nak ucapkan terima kasih dulu. Aku sebenarnya tak sangka yang kau akan bantu aku,” ucapku jujur. Senyuman nipis aku hadiahkan kepadanya.
HAMPIR setengah jam perjalanan, satu suara pun tidak kedengaran di dalam kereta. Hanya bunyi radio yang memecahkan suasana sunyi. Sesekali aku melihat wajah Fizi yang fokus merenung jalan raya.Ikutkan hati tadi memang aku tak mahu terima pelawaan dia. Tapi bila Fizi buat ayat-ayat yang memerangkap aku untuk menolak pelawaannya, aku terima jelah dengan hati terbuka memandangkan aku dah terdesak nak balik rumah.Fizi kata kalau aku tak terima pelawaan dia, mesti dia akan jadi serba salah seumur hidup kalau ada apa-apa perkara buruk berlaku dekat diri aku.Daripada kata-kata dia menghantui diriku sepanjang perjalanan, lebih baik aku bersetuju dengan segala cadangannya.Aku harap dia memang nak hantar aku pulang ke rumah. Aku memang dah standby minyak wangi pemberian Bella di dalam poket, sebelum ada apa-apa buruk berlaku. Langkah berjaga-jaga perlu di ambil.“Selalunya kita ni bertengkar je dalam kelas. Tapi malam ni t