CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA)
Bekerja sebagai seorang anggota polis berjawatan tinggi cukup membuatkan ASP Jimmy sentiasa disanjungi.
Namun, lumrah manusia. Dalam seribu menyukai, pasti ada satu yang membenci.
Thufaila Ajwa, jiran setaman yang sentiasa menganggap ASP Jimmy hidup dalam dunia kepura-puraan.
Apa yang pasti, gadis itu sangat membecinya kerana kisah silam mereka.
Prinsip Thufaila hanya satu.Selagi kudratnya masih ada, walaupun sesaat dia tidak akan membenarkan dirinya di bantu oleh lelaki spesis Jimmy.
“Sekarang ini memanglah engkau tak perlukan aku lagi. Tapi nanti, percayalah yang kau perlukan aku dalam hidup kau. So, if anything happens just call my name!" -ASP JIMMY
“Aku rasa mata aku ni membawa satu sumpahan! Kadang, aku rasa aku nak butakan mata disebabkan mata aku boleh tembus nampak ke dinding.” -AHMAD
Kehadiran Ahmad sebagai jiran sebelah rumah Thufaila, membawa seribu misteri. Karakter dingin dan penampilan Ahmad berkaca mata hitam sepanjang masa, menjadi tanda tanya insan sekeliling.
Di sebalik gaya yang cukup misteri, hanya ASP Jimmy sahaja yang mengetahui kelebihan Ahmad yang mampu meneliti objek tersembunyi di sebalik dinding.
Pandangan mata boleh tembus ke dinding? Macam cerita fantasi saja bunyinya. Tapi itulah realiti yang Ahmad hadapi.
Datangnya membawa ASP Jimmy mengembara ke peristiwa yang lama. Kerana dia, lelaki itu sanggup mengkaji semula kes pembunuhan bersiri, dua puluh tahun yang lalu. Kebenaran di sebalik pembunuhan bersiri itu perlukan jawapan.
"Kenapa tuan sibuk nak buka semula kes lama? Kita nak cari dalang sebenar untuk kes Razlan Ishak! bukannya kes pembunuhan bersiri yang dah basi."
Kerana tekadnya untuk merungkai sebuah misteri, kini ASP Jimmy berdepan masalah.
Orang yang disayangi menjadi sasaran dan berdepan bahaya.
"Kalau engkau nak betina ni selamat, engkau serahkan Ahmad dekat aku! Sebab dia tu hak aku. Engkau pilih antara dua. Ahmad atau dia."
ASP Jimmy buntu.
Mampukah dia menjadi pelindung buat Thufaila sedangkan dia tahu si gadis tidak perlukannya?
Mampukah dia menempuh segalanya andai hati berbelah bahagi?
Read
Chapter: BAB 35ENTAH mengapa, hatinya tergerak mahu bersua Inspektor Keith dalam keadaan dia berbaju t-shirt. Waktu kerjanya sudah tamat, tetapi sibuk pula si jejaka datang di waktu malam semata-mata mahu melawat. Walhal, siang tadi dia sudahpun mengemukakan beberapa soalan di bilik siasatan. Semua soalan dia menyakitkan hati sehinggakan Keith merasa sangat jengkel. Saat ini, Inspektor Keith yang berdiri di sangkar besi itu tayang riak meluat depan ASP Jimmy. Langsung tidak mengalu-alukan kehadiran lelaki itu.Keith tidak berminat untuk meluangkan masa bersama ASP Jimmy, walaupun dia sedar bahawa dia harus menghormati orang atasannya. Ah, rasa hormatnya hilang terhadap ASP Jimmy semenjak lelaki itu langsung tidak mempercayainya. "Kenapa tuan datang sini? Tuan nak tengok kesengsaraan pembunuh macam saya ke?" Selamba dia menyoal sambil tangan menyilang dada. Ditatap dalam-dalam wajah itu. "Keith, saya minta maaf tentang petang tadi." Lambat-lam
Last Updated: 2021-10-06
Chapter: BAB 34SUASANA di dalam jeruji besi itu membuatkan Inspektor Keith tertekan. Sangat tertekan bila dirinya menjadi mangsa keadaan. Kini dirinya ditemani cahaya lampu malap dan dinding putih pudar. Ekor matanya meliar pandang seluruh tubuh yang hanya berbaju T-shirt nipis.Takdir telah memisahkannya bersama teman wanitanya. Dan kini takdir telah menguji jiwa yang selama ini bahagia. Sabar. Itulah yang perlu diterapkan dalam hati untuk terus kuat menghadapi jalan cerita hidupnya yang mampu menduga jiwa dan mentalnya. Sungguh, jiwanya bercelaru bila terkurung dalam jeruji besi itu. Hampir seharian dia menangis mengenangkan nasib diri. Tidak pernah dia menangis seperti ini. "Tuan... Mana tuan? Kenapa tuan tak datang sini untuk bantu saya? Kalau saya tak ikut perancangan tuan datang ke sini, mesti saya tak jumpa rakan sepasukan sekejam Tuan Jimmy!" mutiara jernih segera diseka agar tidak terus mengalir di wajahnya. Dia terkenangkan orang atas
Last Updated: 2021-08-20
Chapter: BAB 33"ROSAK?biar betul? cuba encik periksa betul-betul CCTV dekat semua kawasan ni. Dah beberapa hari kami beri awak masa untuk periksa seluruh CCTV tau? saya ingat awak akan berikan maklumat yang terbaru, tapi rupanya kami terima maklumat yang tak membantu siasatan langsung!" Inspektor Mastura meragui penjelasan dari pengawal keselamatan di kawasan perumahan tersebut. Sesekali, wajah ASP Jimmy dipandang sebal. Dia tampak sangat berminat untuk menguruskan kes ini berbanding kes-kes yang sebelumnya. "Betul puan, kalau tak rosak kami dah berikan segala maklumat kepada pihak polis." Mendengar penjelasan lanjut, Inspektor Mastura melepas berat nafasnya. Tangan menggenggam penumbuk, mengawal perasaan yang semakin bahang. "Kalau dia kata rosak, maknanya rosaklah. Penjenayah ni memang sejenis makhluk yang bijak sembunyikan bukti. Kalau tak bijak, mereka dah tertangkap awal." ASP Jimmy mengerutkan dahi. Kepala didongak tinggi memanda
Last Updated: 2021-08-02
Chapter: BAB 322009, Kuala Lumpur. JIMMY menggaru kepala. Diperhatikan wajah kekasihnya yang gigih ke siber kafe untuk menyelidik tentang Pusat Latihan Polis. Dalam-dalam dia merenung wajah yang gigih memerhati komputer di depan mata. "Faila memang nak Jimmy pergi sini ke? beria-ia sangat cari tahu hal pulapol ni." Thufaila mengangguk perlahan. Lantas, pandangan mata berkalih merenung Jimmy. Tangan menongkat dagu, mata sebelah dikenyit. Dalam-dalam Jimmy menarik nafas bila Thufaila mengatakan hal itu kepadanya. Hati merasa kurang senang melihat tekad si gadis. "Ya, Faila nak Jimmy kejar cita-cita dekat sini. Jimmy minat jadi polis dari dulu lagi, kan? jadi jangan sia-siakan peluang yang ada. Awak tu pelajar cemerlang dalam pelajaran dan juga kokurikulum, jadi memang peluang awak cerah dekat sini." Terkebil-kebil Jimmy mendengar penjelasan Thufaila. Bibir diketap rapat. Usahanya yang keras itu membuatkan hati Jimmy sediki
Last Updated: 2021-07-28
Chapter: BAB 31LENA terganggu sejak malam semalam. ASP Jimmy langsung tidak mampu menenangkan emosi bila mindanya berselirat dengan persoalan yang masih tiada jawapan. Sekejap dia terkenangkan hal Ahmad. Kemudian, dia fikirkan pula hal Inspektor Keith. Dia langsung tidak mampu merehatkan minda sendiri. Isu jenayah sudah sebati dalam jiwa sehinggakan dia sendiri sudah terbiasa membiarkan otaknya penat. Bangun saja dari katil empuknya, ASP Jimmy menapak perlahan menghampiri jendela. Memandang langit yang masih gelap ditemani titisan hujan renyai. Nafas dihela berat sambil mata dipejam rapat. Sulit sungguh hidupnya pagi ini. Sulit kerana perlu menghapi masalah yang mungkin akan menjadi lebih serius berbanding semalam. Namun, apa pun terjadi dia perlu berhadapan dengan semua itu. Keluh sebanyak mana pun, masalah itu tetap perlu ditempuhi dengan relanya. Setelah beberapa minit bermenung, dia teringatkan mesej yang dihantar oleh Ahmad. Mesej t
Last Updated: 2021-07-19
Chapter: BAB 30"TUAN, saya nak cakap sesuatu. Tapi benda ni agak mengejutkan dan saya harap pihak tuan dapat menerima berita ni dengan baik." Mendengar bicara dari Akhbar yang merupakan pakar kanan siasatan jenayah, hati ASP Jimmy diserang debaran. Direnung wajah lelaki lewat 30an itu sedalam mungkin. Cuba memasang telinga dengan baik."Kami dah dapatkan akses telefon mangsa. Dan orang terakhir menghubungi mangsa, teman lelakinya sendiri. Mangsa telah pun dihantar ke unit patologi untuk dibedah siasat lebih lanjut. Kami akan bedah siasat mangsa, dan pastikan bukti-bukti yang lain akan dikumpul secepat mungkin. Saya rasa, pembunuh dalam kes Rubeyla Jessica dan Fiona orang yang sama."Lelaki itu menyudahkan kata dengan nafas yang dihela dalam-dalam. Ditatap wajah ASP Jimmy yang sudah tayang riak serius.Pakai rasa-rasa pula."Teman lelaki mangsa? Siapa namanya?" Mata terkebil-kebil. Bibir terasa berat ingin bertanya. Mendengar pertanyaan ASP J
Last Updated: 2021-07-19
NOTICE ME, MR. CRUSH (BAHASA MALAYSIA)
Halmy Ikram Lima tahun yang lepas ...
Seorang lelaki yang berakhlak mulia dan paling penting dia pandai menjaga ikhtilatnya.
Kerana akhlaknya aku terpesona.
Tanpa aku sedar, dia membalas cinta aku sepenuh jiwa. Bila kasih bersemi, ikatan pertunangan tercipta. Namun ikatan itu tidak kekal lama bila dia pergi tanpa khabar berita.
Halmy Ikram Lima tahun kemudian ...
Seorang lelaki yang angkuh dan paling menjengkelkan dalam hidupku. Paling aku tak sangka, sikapnya berubah 360 darjah. Dia bukan crush aku yang dulu. Dia sangat berbeza.
"Sorry, I memang tak kenal you. Jangan ganggu kerja I boleh tak? I benci lah dengan perempuan desperate macam you ni." Itulah ayat dia yang paling menyakitkan hati.
Tapi tak apa, aku dah tak peduli. Aku taknak hilang dia macam dulu.
Tanpa berputus asa, aku berusaha mendekati dia walaupun dia tetap berkeras beritahu yang dia tak pernah kenal aku.
Biarlah orang kata pergi cari timba... Dulu dia yang beria-ia melamar aku. Sekarang ini biar aku pula terkejar-kejarkan dia. Apa yang pasti, aku nak kahwin dengan dia.
"Halmy Ikram, hate me if you dare!"
Berkat usaha aku, akhirnya dia termasuk dalam perangkapku.
Namun, di saat aku dan dia mahu menjalin bahagia, aku dikejutkan dengan satu khabar berita. Khabar berita tentang rahsia kehilangan dia satu masa lalu.
Mampukah kasih tercipta andai keraguan mula mekar dalam jiwa?
Read
Chapter: BAB 13AKU menggoncang kuat tubuh ibuku. Aku mahu kepastian yang sebenar-benarnya. Hanya ibu yang boleh meyakinkan aku. Melihat keadaan aku begini, ibu terus mengerat kuat tubuhku. Merasa pelukan ibu hangat ditubuhku, sudah cukup membuatkan aku yakin bahawa semua yang dikatakan kepadaku benar belaka. Aku dengar esakan tangis ibu di tepi telingaku. Segera, aku leraikan pelukan kami. "Maafkan ibu sebab terpaksa rahsiakan hal ini sepanjang waktu achik ada di sana." Lututku melurut ke lantai. Lemah sungguh menerima kenyataan ini. Ya Allah, berat ujianmu kali ni. Jika ini caranya untuk engkau ampunkan dosaku yang lalu, aku cuba untuk terima. "Memang dia putuskan pertunangan kami? tapi kenapa?" aku bertanya lagi. Kepastian yang diinginkan. "Ibu tak ada jawapan untuk itu Achik. Maafkan ibu sebab dah buat anak ibu terluka." Ibu mengusap lembut kepalaku, mahu memberikan secebis ketenangan. "Bukan mak cik yang buat dia terluka, tapi Halmy! ter
Last Updated: 2021-08-31
Chapter: BAB 12ENAMbulan sudah berlalu. Hubungan aku dan Halmy Ikram baik-baik saja walaupun kami jarang bersua. Hari demi hari, cintaku terhadapnya semakin mendalam. Kata nasihat yang sering diberikan kepadaku, sentiasa aku simpan dalam ingatan. Sifat Halmy Ikram yang sentiasa menghormatiku sebagai wanita, membuatkan aku rasa sangat bertuah kerana bakal memiliki lelaki sepertinya. "Awak, saya cinta awak kerana Allah. Maafkan saya sebab tak mampu berikan awak jadi yang pertama dalam hati saya." "Jangan cintakan saya melebihi Allah dan rasulnya." "Solat jangan tinggal. Kita ni duduk dalam dunia hanya sementara." Itulah kata-katanya setiap kali berpeluang untuk bertemu. Setiap kali terkenangkan ayat-ayat itu, setiap kali itulah bibirku akan menguntum senyuman bahagia. "Hurm, rindunya dekat awak." Sambil berjalan menuruni anak tangga. sempat aku berbicara sendiri. Bila terkenangkan Halmy Ikram, hati aku berbunga-bunga. Aku ni dah
Last Updated: 2021-08-31
Chapter: BAB 11CUTI semester ke enam sudah menjelang tiba sebelum aku menjalankan praktikal di semester yang akan datang. Hari ini adalah hari bermakna dalam hidupku. Bermakna memang bermakna, tapi hari pertunangan begini lebih bermakna jika aku menjalinkan ikatan bersama seorang jejaka yang aku cintai. Iaitu, Halmy Ikram. Tidak mengapalah, mungkin Allah tidak makbulkan doa aku untuk memiliki dirinya kerana Allah ingin memberikan sesuatu yang aku perlu, bukan sesuatu yang aku ingini. Hanya Allah saja yang tahu betapa sedihnya diriku ketika ini. Pernah juga aku persoalkan, mengapakah ibu menerima lamaran itu sedangkan aku tidak memberi kata putus. Arghhh, sudah terlambat untuk memikirkan hal itu. Reda sajalah, kerana di sebalik sesuatu ada sesuatu. Usai Majlis pertunangan berlangsung ibu memanggil diriku di halaman rumah. “Achik … tak mahu jumpa bakal tunang Achik ke? Dia ada di luar tu.” Ibu tersenyum segaris ketika mata kami s
Last Updated: 2021-07-09
Chapter: BAB 10HARI berganti hari, semester ke enam pun sudah masuk ke pengakhirannya.Hal aku dan Almy hanya senyap begitu saja. Almy langsung tidak bertegur sapa denganku, begitu juga Fizi.Hari ini aku ke kafeteria untuk mengisi perut yang berkeroncong minta di isi.Hari ini, aku keseorangan menjamu selera. Al maklumlah, rakan-rakan aku sudah pulang ke kampung. Aku sahaja masih pulang ke rumahku memandangkan masih ada kerja yang belum diselesaikan.Saat aku melabuh duduk di meja makan, anak mataku mula tertumpu memandang Halmy Ikram yang bersendirian menjamu selera.Sejak dia menghantar mesej kepadaku sekitar bulan lepas, aku langsung tidak bersuara dengannya bila bertemu. Aku tiba-tiba jadi malu kucing pula.Sebenarnya, aku perasan juga yang Halmy Ikram bersendirian duduk di meja makan. Seperti tiada teman. Aku kehairanan.Dia tak ada kawan ke untuk makan bersama? Bukankah sebelum ini Fakhrul bersamanya.Mana
Last Updated: 2021-07-09
Chapter: BAB 9AKU merebahkan tubuh di atas katil. Peningnya kepala aku bila teringatkan hal pagi tadi. Haih, otak aku ni lagi berserabut fikirkan hal mereka berbanding hal pertunangan aku. Lebih membebankan minda aku bila Fizi menyebut perkataan penumpang di hadapan Halmy. Mengapa dia kata begitu? Sungguh aku kurang mengerti. “Untung kau Aj. Crush asyik jadi hero kau je bila ada orang nak sakitkan hati kau.” Bella yang baru masuk ke dalam kamar kami terus melabuh duduk di kerusi yang tersedia. “Eleh, dia tolong aku sebab dia memang perasanlah tu aku suka dia. Sajalah tu nak bagi harapan palsu dekat aku,” ujarku sambil melepaskan getah rambut agar rambut aku rasa lebih selesa bila dilepaskan. “Eeh, sejak bila kau bersangka buruk dengan crush sendiri? Dia bantu kau ikhlaslah.” Bella memuncung sedepa. Tangan diletakkan ke dagu sambil dia tayang riak wajah sedang berfikir. Aku sekadar menjongket bahu. Aku fikir begini
Last Updated: 2021-07-04
Chapter: BAB 8HARI ini, aku bertekad mahu memberitahu Fizi untuk mengenalinya sebagai kawan. Aku tak mahu jadikan dia musuh aku lagi. Walaupun dia selalu buat aku marah, tak salah rasanya kalau aku memaafkan kesalahannya.Lewat ekor mata, aku memerhatikan figuranya yang sibuk berbual dengan rakan-rakannya. Aku tak boleh nak berjumpa dengannya sekarang. Aku perlu cari masa sesuai untuk memberitahu kesudian aku untuk berkawan dengannya.“Weyh, betina!”Aku terkejut bila satu tangan tiba-tiba menolak belakang tubuhku sehingga aku hampir tersungkur.Almy … Aku terkejut dengan tindakannya.“Apa masalah kau ni tiba-tiba tolak aku?” Aku menolak kembali tubuhnya sehingga dia terjatuh ke tanah.Kalau kau berani-berani sentuh tubuh aku, memang kau mendapat! Aku pantang betul orang sentuh aku.“Hari Ahad hari tu ada orang nampak kau balik hostel dengan Fizi. Dia betul-betul h
Last Updated: 2021-07-04
GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)
Senyum... kerana senyum, aku hilang orang yang aku sayang. Aku tak akan biarkan senyuman itu mekar dibibir aku lagi.
Esra Elvina. Hidupnya di masa lalu menjadikan dia seorang yang dingin dan terlihat misteri. Bibirnya yang tidak pernah mengukir senyum membuatkan orang sekeliling menganggapnya manusia pelik. Dia merupakan pembantu peribadi 'segera' kepada selebriti terkenal, Erbach Arsalan.
Kehadirannya di dalam Villa Edmond, telah membuatkan kehidupan lelaki itu menjadi huru-hara. Perkenalan mereka bermula dengan pergaduhan.
Sikap Elvina yang tidak mudah untuk dibuli membuatkan Erbach Arsalan tercabar. Lelaki itu mencuba pelbagai cara untuk menyingkirkan Elvina, tetapi gagal. Pelbagai adegan lucu dan pergaduhan wujud ketika dia menjalankan misi untuk 'menyingkir' si gadis.
Tanpa Erbach menyangka, Elvina telah mengambil berat terhadapnya walaupun dia melayan Thufaila bagaikan boneka. Sikap Elvina yang sedemikian rupa membuatkan hati Erbach terjentik perasaan bahagia. Namun, kerana ego dia hanya menafikan perasaannya.
Erbach Arsalan hidup dalam suasana yang serba mewah sejak kecil. Tetapi dia merasa sunyi kerana hidup dalam suasana yang mementingkan harta berbanding kasih dan sayang. Setelah mengenali sikap sebenar Elvina, dia dapat merasakan kehangatan kasih sayang yang telah Elvina pamerkan depannya, walaupun kasih itu tidak pernah terlafaz dari bibir.
"Aku selalu berjanji dengan diri aku supaya menjaga kau, selagi kau perlukan aku. Jadi, izinkan aku jadi pelindung tak bersayap kau."
Erbach Arsalan terpanar. Setiap butir bicara yang terpacul dari bibir si gadis, seolah-olah membawa maksud tersirat.
Janji? Kenapa dia perlu berjanji untuk menjaganya?
"Kau hadir tak diundang, tiba-tiba nak jadi guardian angel untuk aku pula. Jangan susahkan hidup kau untuk aku!"
"I know who are you, and i still remember the first day I meet you."
Siapa dia yang sebenarnya? kenapa dia hadir bagai suatu misteri?
Read
Chapter: BAB 30"KAUnak jumpa siapa? Din ke? Kalau dia tu aku tak mahu jumpa..." Esra Elvina sekerasnya tidak mahu temankan Noah bertemu seseorang jika orang itu adalah Din. Dia tak mampu melihat riak wajah lelaki yang pernah merampas seluruh kebahagiaan hidupnya.Noah terus menggelengkan kepalanya lantas matanya merenung ke dalam anak mata Esra Elvina yang masih memandang polos."Awak jangan risau ya? Saya takkan buat benda yang awak tak suka. Kalau boleh saya nak buat awak bahagia je di samping saya. Boleh?"Senyum Noah terukir manis. Elvina seperti biasa tayang riak wajah tidak beriak.Buatlah ayat gula tumpah macam manapun, dia sukar ingin mempamerkan riak wajah dan emosi bahagia melainkan emosi yang orang lain sendiripun sukar ingin tafsirkan."Kau mampu ke jaga a
Last Updated: 2021-08-31
Chapter: BAB 29“HI Erba kesayangan hamba.” Tanpa segan silu Thea Freya mencubit halus pipi Erbach Arsalan setelah dia berdiri tepat di hadapan kawasan parkir kereta.Pak guard ni benarkan pula si Freya ni masuk…Desus Noah meluat.Perasaan menyampahnya tidak akan berubah sampai bila-bila selagi wanita itu menggedik. Perangai palsu!“Hi my darling Freya, kenapa datang malam-malam ni? ada hal yang mustahak untuk dibincangkan ke?” Erbach menyoal. Dia masih terkebil-kebil sendiri memandang wajah Freya. Sebenarnya, dia kurang selesa bila pipi diusap lembut tanpa rasa malu.Perlahan-lahan Erbach Arsalan menolak tangan Thea Freya yang masih
Last Updated: 2021-08-13
Chapter: BAB 28PAGI-PAGI lagi Elvina dan Erbach Arsalan ke Kuala Selangor dan mereka menuju ke set pengembaraan drama Tolong Indahkan Takdir Kita. Walaupun Erbach Arsalan masih tidak berpuas hati dengan pertukaran yang telah dibuat, dia tetap meneruskan lakonannya dalam drama tersebut. Rezeki teLah ditetapkan dan dia tidak boleh menolaknya kerana keegoan sendiri.Dari pagi lagi dia duduk di atas sofa sambil menghafal skrip. Si jejaka langsung tidak menghiraukan Khalaf Ajmal dan Mila Beysha yang akan bergandingan dengannya sebentar nanti. Dia mahu mereka yang menegurnya terlebih dahulu.Noah yang sesekali merenungnya mula merasa hairan bila si jejaka tayang wajah dingin. Orang lain sibuk bermera-mesraan, dia boleh pula silang kaki sambil berdiam diri. Senyuman pun langsung tidak dipamerkan.
Last Updated: 2021-08-11
Chapter: BAB 27DATO EDMOND tersenyum segaris saat melihat Esra Elvina sibuk duduk bersendirian di atas tangga kolam merendam kaki. Pagi-pagi begini dah basahkan kaki. Tak sejukkah?Perlahan-lahan Dato Edmond menapak ke arah si gadis muda sambil dia menyingsing baju T-shirt berlengan panjang hingga ke paras siku. Pagi ini dia akan ke kelab hoki memandangkan hujung minggu begini tidak ada kerja yang perlu dilakukan. Sementara menunggu Awie pulang dari mencuci kereta di Carwash, tak ada salahnya jika dia beramah mesra dengan penghuni baru di villa. Mereka jarang bertegur sapa."Duduk termenung je? Kalau tak ada kerja hari ini kenapa tak sambung tidur?" soal Dato Edmond bersahaja sambil tangannya menepuk perlahan bahu Esra Elvina. Gadis itu mengerling sekilas ke arah sebelum memusingkan semula tubuhnya memandang kolam.
Last Updated: 2021-08-07
Chapter: BAB 26"EH, cik nak angkat barang-barang ni seorang diri ke?" Khalaf Ajmal yang baru saja keluar dari perut kereta untuk menuju ke bahagian White Studio terus menuju laju ke arah but kereta kepunyaan Erbach Arsalan.Esra Elvina yang baru saja ingin mengangkat bagasi yang terisi baju-baju dan barang milik majikannya terus terpusing saat mendengar sebuah pertanyaan."Aku dah biasa," balas Elvina senada tidak beriak.Perempuan?Tapi biasa angkat berat macam ini...Dia tak tahu bahaya ke?"Badan perempuan nak pakai lamakut mana boleh angkat berat cik." Khalaf Ajmal memberi kata nasihat. Kedengaran suara
Last Updated: 2021-08-07
Chapter: BAB 25ZAFRAN ALIF, komposer dan penaung Syarikat rakaman Star Music menghamburkan kemarahan di hadapan Mila Beysha yang baru saja masuk ke dalam Studio untuk bersua si jejaka. Wajah tegang lelaki itu tampak jelas saat Mila Beysha baru saja mahu menapak masuk ke dalam studio. "Kau tak payah masuklah dalam studio aku ni! Orang yang mulut biadab macam engkau ni tak layak jadi penyanyi bawahan aku!" tengking Zafran melontarkan kemarahan yang tidak bertapis. Sesak dada Mila Beysha bila suara itu bertempik marah ke arahnya. Tengkingan itu membuatkan seluruh jiwanya tertembak perasaan malu dan sedih bila lelaki itu tergamak menjerit depan artis rakaman yang ada di dalam studio. Masing-masing sudah saling berpandangan ke arahnya. "Apa benda ni abang? Tiba-tiba marah saya. Apa salah saya?" terketar-ketar suara Mila Beysha b
Last Updated: 2021-08-05