CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA)

CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA)

last updateTerakhir Diperbarui : 2021-10-06
Oleh:  RabetkhaOn going
Bahasa: Bahasa_melayu
goodnovel16goodnovel
10
0 Peringkat. 0 Ulasan-ulasan
35Bab
6.0KDibaca
Baca
Tambahkan

Share:  

Lapor
Ringkasan
Katalog
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi

Sinopsis

Bekerja sebagai seorang anggota polis berjawatan tinggi cukup membuatkan ASP Jimmy sentiasa disanjungi. Namun, lumrah manusia. Dalam seribu menyukai, pasti ada satu yang membenci. Thufaila Ajwa, jiran setaman yang sentiasa menganggap ASP Jimmy hidup dalam dunia kepura-puraan. Apa yang pasti, gadis itu sangat membecinya kerana kisah silam mereka. Prinsip Thufaila hanya satu.Selagi kudratnya masih ada, walaupun sesaat dia tidak akan membenarkan dirinya di bantu oleh lelaki spesis Jimmy. “Sekarang ini memanglah engkau tak perlukan aku lagi. Tapi nanti, percayalah yang kau perlukan aku dalam hidup kau. So, if anything happens just call my name!" -ASP JIMMY “Aku rasa mata aku ni membawa satu sumpahan! Kadang, aku rasa aku nak butakan mata disebabkan mata aku boleh tembus nampak ke dinding.” -AHMAD Kehadiran Ahmad sebagai jiran sebelah rumah Thufaila, membawa seribu misteri. Karakter dingin dan penampilan Ahmad berkaca mata hitam sepanjang masa, menjadi tanda tanya insan sekeliling. Di sebalik gaya yang cukup misteri, hanya ASP Jimmy sahaja yang mengetahui kelebihan Ahmad yang mampu meneliti objek tersembunyi di sebalik dinding. Pandangan mata boleh tembus ke dinding? Macam cerita fantasi saja bunyinya. Tapi itulah realiti yang Ahmad hadapi. Datangnya membawa ASP Jimmy mengembara ke peristiwa yang lama. Kerana dia, lelaki itu sanggup mengkaji semula kes pembunuhan bersiri, dua puluh tahun yang lalu. Kebenaran di sebalik pembunuhan bersiri itu perlukan jawapan. "Kenapa tuan sibuk nak buka semula kes lama? Kita nak cari dalang sebenar untuk kes Razlan Ishak! bukannya kes pembunuhan bersiri yang dah basi." Kerana tekadnya untuk merungkai sebuah misteri, kini ASP Jimmy berdepan masalah. Orang yang disayangi menjadi sasaran dan berdepan bahaya. "Kalau engkau nak betina ni selamat, engkau serahkan Ahmad dekat aku! Sebab dia tu hak aku. Engkau pilih antara dua. Ahmad atau dia." ASP Jimmy buntu. Mampukah dia menjadi pelindung buat Thufaila sedangkan dia tahu si gadis tidak perlukannya? Mampukah dia menempuh segalanya andai hati berbelah bahagi?

Lihat lebih banyak

Bab terbaru

Pratinjau Gratis

BAB 1

“BERHENTI! Razlan Ishak.” ASP Jimmy melaung kuat. Matanya masih melingas ke kiri dan ke kanan. Dia mahu memastikan lorong kecil itu benar-benar kawasan mati. Dia tidak mahu penjenayah tak guna seperti Razlan Ishak terlepas lagi. Sudah banyak nyawa yang hilang kerana lelaki itu. Sudah banyak kerjanya terganggu kerana ketangkasan Razlan Ishak. “Engkau tak akan dapat tangkap aku.” Dalam sekelip mata, lelaki itu memanjat ke arah tong sampah besar yang berada di sebelah kanan lorong. ASP Jimmy terus tersenyum senget. “Engkau nak lari ke mana lagi? Engkau dah sampai ke penghujung lorong,” jelas ASP Jimmy meneruskan langkah ke hadapan. Inspektor Mastura yang baru tiba di kawasan tersebut sudah menghalakan muncung pistol ke arah lelaki itu. Razlan Ishak mati akal untuk mencari jalan keluar. Dia masih terpinga-pinga sendiri. Sekali-sekala Razlan Ishak menekan punat pistol, tapi sayangnya pistol di tangan sudah keh...

Buku bagus disaat bersamaan

Komen

Tidak ada komentar
Jelajahi dan baca novel bagus secara gratis
Akses gratis ke berbagai novel bagus di aplikasi GoodNovel. Unduh buku yang kamu suka dan baca di mana saja & kapan saja.
Baca buku gratis di Aplikasi
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi
DMCA.com Protection Status