Home / Romance / CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA) / Chapter 1 - Chapter 10

All Chapters of CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA): Chapter 1 - Chapter 10

35 Chapters

BAB 1

   “BERHENTI! Razlan Ishak.” ASP Jimmy melaung kuat. Matanya masih melingas ke kiri dan ke kanan. Dia mahu memastikan lorong kecil itu benar-benar kawasan mati. Dia tidak mahu penjenayah tak guna seperti Razlan Ishak terlepas lagi. Sudah banyak nyawa yang hilang kerana lelaki itu. Sudah banyak kerjanya terganggu kerana ketangkasan Razlan Ishak. “Engkau tak akan dapat tangkap aku.” Dalam sekelip mata, lelaki itu memanjat ke arah tong sampah besar yang berada di sebelah kanan lorong. ASP Jimmy terus tersenyum senget. “Engkau nak lari ke mana lagi? Engkau dah sampai ke penghujung lorong,” jelas ASP Jimmy meneruskan langkah ke hadapan. Inspektor Mastura yang baru tiba di kawasan tersebut sudah menghalakan muncung pistol ke arah lelaki itu. Razlan Ishak mati akal untuk mencari jalan keluar. Dia masih terpinga-pinga sendiri. Sekali-sekala Razlan Ishak menekan punat pistol, tapi sayangnya pistol di tangan sudah keh
last updateLast Updated : 2021-06-12
Read more

BAB 2

“ARGH, saya ingatkan Razlan Ishak tu dalang dalam kes ini. Rupanya ada lagi penyangak yang terlepas. Kenapa dia tak mahu beritahu kita siapa dalang yang sebenar? Setakat cerita ada orang upah dia, tapi tak mahu sebut nama lebih baik tak payah!” ASP Jimmy melempiaskan geram di hadapan rakan sepasukannya. Rupanya masih ada lagi penjenayah yang melepaskan diri. “Tuan sibuk sangat tumpukan sepenuh perhatian kepada dia sampai Pendapat orang lain sikit pun tuan tak mahu dengar.” Selamba Inspektor Mastura menempelak. “Saya dah agak yang Razlan Ishak tak buat kerja ini seorang diri. Mesti ada orang lain yang arahkan dia untuk menjalankan kegiatan jahat ni. Saya dah pernah handle kes yang lebih kurang sama dengan kes ini dulu.” Koperal Raju bersuara pula. Masing-masing jeda buat seketika. Kes kali ini memerlukan akal yang panjang untuk membuat andaian dan spekulasi. “Kes ini masih belum selesai selagi kita semua belu
last updateLast Updated : 2021-06-12
Read more

BAB 3

“THUFAILA!” jerkah ASP Jimmy dari arah rumah sebelah. Terkejut Thufaila bila lelaki itu selamba menjerit di cuping telinganya. Kalau tak ganggu hidup orang memang tak sah dia ni! “Astaghfirullah. Engkau ni dah kenapa Jimmy! pagi-pagi sibuk nak buat orang naik hantu. Dah tak ada kerja lain ke yang engkau nak buat selain mengejutkan jantung aku ni?” Thufaila mengomel nada sebal. Bibir diketap rapat. Benci betul dengan mamat ni. Suka sangat buat orang nak gugur jantung. Hatinya sungguh sakit melihat ASP Jimmy muncul depan mata. Lelaki itu sering menghilangkan keceriaan setiap kali mereka bersua muka. “Aku memang tak ada kerja pun hari ini. Sebab itulah aku kacau hidup kau. Tak boleh ke?” Lelaki itu tersenyum nakal sambil anak matanya melirik nakal di hadapan Thufaila. “Engkau ni memang tak ada rumah, kan? Asalkan cuti aje engkau melepak dekat rumah Ahmad. Kahwinlah cepat-cepat supaya engkau tak men
last updateLast Updated : 2021-06-12
Read more

BAB 4

MIMPI itu datang lagi. Ahmad terjaga dari tidur lenanya. Dia melihat jam yang melingkar di dinding. Jarum jam menunjukkan ke angka lima setengah pagi. Lantas, Ahmad sandarkan tubuhnya pada kepala katil. Kerap benar mimpi itu hadir dalam lenanya. Adakah mimpi itu hanyalah mainan syaitan semata atau ia sebenarnya petunjuk? Kalau benar ianya satu petunjuk, apakah yang perlu Ahmad lakukan andai ia menjadi kenyataan? Tak akan pula dia perlu menyelamatkan manusia yang hadir dalam mimpinya itu? “Musibah apa lagi yang bakal menimpa hidup aku!” Ahmad buntu. Dia tertekan bila terpaksa membebankan minda dengan mimpi yang aneh. Ahmad melepaskan perasaan yang bercampur-campur. Bibir bergetar-getar menahan perasaan takut yang sudah menjelma. “Mata aku ni selalu bawa musibah. Sekarang ini, mimpi aneh pula yang hadir untuk bebankan emosi aku. Kenapa hidup aku tak pernah aman haaa?” Ahmad memejamkan mata. Dia
last updateLast Updated : 2021-06-12
Read more

BAB 5

“SAYA tak fahamlah dengan Puan Mastura. Dia selalu cari kesalahan Tuan Jimmy. Dia tak pernah nak berfikiran positif bila suatu perkara itu melibatkan tuan.” Sarjan Munir meluah perasaan aneh yang sudah sekian lama terpendam. Koperal Raju yang baru saja menyedut air menggunakan straw terus mendongak kepala. Pantas matanya meneliti Sarjan Munir. Sambil menunggu ASP Jimmy tiba di kedai makan, mereka sempat lagi bercerita berdua. “Saya pun pening juga. Tapi apa yang Puan Mastura katakan tu, ada betulnya. Kita pun dah sedia maklum yang Tuan Jimmy memang suka tukar pelan last minute. Mungkin ada baiknya Puan Mastura selalu menegur kelemahan yang wujud dalam pasukan kita. Walaupun dia baru berpindah ke unit kita setahun yang lepas, dia juga ada hak untuk berikan pendapat tersendiri.” Sarjan Munir mencemik bibir. Kurang bersetuju dengan pandangan tersebut. Mereka perlu hormati orang atasan dan bukannya jadi pembangkang tega
last updateLast Updated : 2021-06-12
Read more

BAB 6

ASP Jimmy mengintai bahagian dalam gudang sambil dia berselindung di sebalik guni yang tersusun tinggi di bahagian pintu gudang tersebut. Lelaki itu terpaksa memanjat papan-papan yang tersusun tinggi agar pandangan matanya mampu melihat suasana dari arah dalam. Inspektor Mastura yang berada di bahagian bawah bersama beberapa anggota yang lain hanya duduk menunggu. Menanti maklumat dan arahan dari orang atasan mereka. ASP Jimmy berhati-hati meneliti segenap ruang. Tidak mahu penjenayah perasan akan kehadiran mereka yang mahu membuat serbuan. Tidak mahu rancangan mereka kali ini gagal. Sudah beberapa kali mereka gagal menumpas sindiket dadah. “Sampai bila kita nak duduk di sini? Kita perlu masuk ke dalam segera sebelum mereka dapat hidu gerak-geri kita.” Inspektor Mastura bersuara nada bisik dari bawah. Kepala mendongak agar lebih fokus memerhatikan AP Jimmy yang sibuk mengintai-ngintai tanpa suara. Dia membiarkan persoalan Inspektor Mastu
last updateLast Updated : 2021-06-13
Read more

BAB 7

“HEI, Abang Jimmy.” Athuf terus menepuk bahu ASP Jimmy dari belakang. Lelaki itu mencangkung untuk mengambil milo dari dalam peti. Mendengar sapaan Athuf, segera ASP Jimmy berdiri dan memusing tubuh menghadap suara itu. Riak wajahnya sedikit terkejut memerhati wajah yang sudah lama tidak ditemui. “Athuf.” Nama itu menitip di bibirnya. ASP Jimmy melebarkan senyuman. Athuf pun begitu. Bertemu juga mereka setelah sekian lama tidak bersua. “Makin kacak ya bakal adik ipar abang ni. Dah pandai pakai seluar koyak-koyak dah sekarang.” ASP Jimmy jatuhkan pandangan ke arah seluar jeans berwarna biru. Tergelak Athuf mendengar usikannya. Perangai Jimmy tidak pernah berubah walaupun sudah menjadi pegawai polis. “Inilah seluar trend terkini. Abang orang tua, mestilah abang tak tahu sangat trend remaja zaman sekarang.” Athuf membalas lagak bersahaja. “Pandai eh panggil ab
last updateLast Updated : 2021-06-13
Read more

BAB 8

ATHUF tersengih seperti kerang busuk bila Mak Awe menghulurkan bekal makanan kepada kakaknya Thufaila. Dia yang berdiri di hadapan pintu sudah memasang telinga untuk mendengar perbualan Mak Awe bersama kakaknya.“Susah-susah aje Mak Awe masakkan makanan untuk kami. Saya ni dah boleh masaklah Mak Awe,” tutur Thufaila sopan. Tidak menyangka wanita itu sanggup berjalan kaki semata-mata mahu menghantar bekal. Rajin sungguh.“Jimmy beria-ia suruh mak sediakan lauk ni untuk kamu. Dia kata kaki kamu terseliuh teruk sebab itulah dia nak Mak Awe sediakan makanan untuk kamu adik-beradik.” Pipi Thufaila memerah menahan malu.Alahai, kenapalah Mak Awe ni baik sangat? Jimmy tu pun dah kenapa beria-ia sangat suruh Mak dia masakkan makanan untuk aku?“Kaki saya ni dah sembuh dah. Kaki ni terseliuh hari khamis minggu lepas. Bengkak pun dah surut dah Mak Awe,” jelas Thufaila perlahan. Dia tidak mahu wanita itu
last updateLast Updated : 2021-06-13
Read more

BAB 9

“SELAMAT kau siap cepat bro. Aku dah kebulur sangat dah ni,” tutur ASP Jimmy yang sudah mengusap lembut perutnya. Ahmad hanya mengangguk seraya mata memandang ke hadapan. Seperti biasa, Ahmad tidak akan mulakan perbualan sebelum ASP Jimmy yang bercerita panjang.“Eh, aku nak tanya pasal jiran sebelah rumah kau boleh tak?” semerta, jantung Ahmad berdetak laju. Dia hairan bila ASP Jimmy bertanyakan hal Thufaila Ajwa. Teragak-agak ingin mengangguk.“Lately ni aku nampak kau kerap keluar dengan dia. Kau dengan dia tu ada hubungan istimewa ke? Kalau ia, sejak bila pula kau berkenalan dengan dia?” ASP Jimmy menyoal tenang walaupun hati sudah bergejolak ingin tahu tentang hubungan sebenar mereka. Ahmad menarik nafas sedalamnya sebelum memberi jawapan yang sebenar.“Tak ada hubungan yang istimewa. Aku dan dia hanya jiran sebelah rumah. Kenapa?” Ahmad memberi ja
last updateLast Updated : 2021-06-14
Read more

BAB 10

INSPEKTOR Mastura masih lagi tidak percaya bahawa ASP Jimmy mampu menumpaskan penjenayah yang terlibat dalam kes culik, malam semalam.Pagi-pagi lagi dia sudah mengeluh berat saat meluahkan perasaan di hadapan Koperal Raju dan Inspektor Keith.Sejak di rumah lagi, Inspektor Mastura terkenangkan kisah semalam. Selagi dia tidak mendapat jawapan dari segala persoalan yang melanda minda, selagi itulah dia mahu mencari jawapan yang sebenar.“Apa yang peliknya? Kira okeylah tu kalau Tuan Jimmy dapat tumpaskan jenayah tu,” tutur Inspektor Keith sambil menjongket kening kanan.“Kita semua tahu yang dia tak ada dekat pejabat semalam. Kes kanak-kanak tu dilaporkan hilang pun tak sampai lima belas minit. Tahu-tahu dia dah dapat tangkap penjenayah tu. Tak pelik ke dia boleh tangkap penculik tu sedangkan dia berada di luar waktu berkerja.” Turun naik dadanya saat bercerita. Bila bercerita hal ASP Jimmy, ada saja yang tak ken
last updateLast Updated : 2021-06-17
Read more
PREV
1234
DMCA.com Protection Status