Share

BAB 9

Author: Rabetkha
last update Last Updated: 2021-06-14 23:59:32

SELAMAT kau siap cepat bro. Aku dah kebulur sangat dah ni,” tutur ASP Jimmy yang sudah mengusap lembut perutnya. Ahmad hanya mengangguk seraya mata memandang ke hadapan. Seperti biasa, Ahmad tidak akan mulakan perbualan sebelum ASP Jimmy yang bercerita panjang.

“Eh, aku nak tanya pasal jiran sebelah rumah kau boleh tak?” semerta, jantung Ahmad berdetak laju. Dia hairan bila ASP Jimmy bertanyakan hal Thufaila Ajwa. Teragak-agak ingin mengangguk.

Lately ni aku nampak kau kerap keluar dengan dia. Kau dengan dia tu ada hubungan istimewa ke? Kalau ia, sejak bila pula kau berkenalan dengan dia?” 

ASP Jimmy menyoal tenang walaupun hati sudah bergejolak ingin tahu tentang hubungan sebenar mereka. Ahmad menarik nafas sedalamnya sebelum memberi jawapan yang sebenar.

“Tak ada hubungan yang istimewa. Aku dan dia hanya jiran sebelah rumah. Kenapa?” Ahmad memberi jawapan jujur. Kemudian, sepasang mata memerhatikan reaksi ASP Jimmy. Kaca mata hitam segera ditanggalkan agar pandangan lebih jelas dan selesa.

“Oh, saja tanya. Baguslah kalau tak ada hubungan istimewa.” Bibir menggaris senyuman indah. Ahmad di sebelah menyedari perubahan air muka ASP Jimmy.

“Tapi kalau ada hubungan istimewa pun tak ada salahnya. Dia bujang dan aku pun bujang.”  Ahmad berseloroh. Dia senyum senget memandang ke arah ASP Jimmy. Sengaja dia lantunkan soalan begitu semata-mata mahu melihat riak wajah lelaki di sebelahnya. Ahmad dapat menghidu bau cemburu yang ASP Jimmy sembunyi darinya.

“Hari tu engkau ada beritahu yang umur kau dua puluh enam tahun. Dia tu sebaya aku, jadi tak sesuai kalau dia bercinta dengan kau.” Senada ASP Jimmy membalas. Nafas berat dilepaskan.

“Hurm, dia sesuai dengan siapa? Dia sesuai dengan engkau ke?” Ahmad menduga lagi.

Jujur, ASP Jimmy tiada jawapan untuk pertanyaan itu. Dia diam tanpa suara.

“Jangan risaulah dengan perhubungan aku dan dia. Kitorang baru sangat berkenalan lepas aku bantu dia untuk ke hospital.” Ahmad membalas di celahan tawa. Tangan kanan laju menepuk bahu si kawan yang kelihatan suram di sebelahnya. Ahmad yakin bahawa ASP Jimmy dirundung kecewa jika dia dan Thufaila Ajwa menjalinkan hubungan rapat.

“Perlu ke aku risau kalau kau dengan dia tu bercinta pun?”

“Mestilah perlu. Kawan aku dekat sebelah ni sukakan dia,” ujar Ahmad melebarkan senyuman. Kening dijongket tinggi. ASP Jimmy membulatkan bibir. Liur ditelan pekat.

Aduhai, kantoi.

“Aku tak cakap pun yang aku …”

“Dari gaya kau bercakap dengan aku pun aku dapat hidu perasaan cemburu yang bersarang dalam hati kau.” Mendengar bidasan itu, bibir ASP Jimmy melebar sengihan. Pipi berona merah.

“Kau jangan goda dia pula eh? Aku ni dah lama sukakan dia. Jangan caras member punya pula.” ASP Jimmy mengecilkan biji mata ketika memberi pesanan.

Ada baiknya dia jujur tentang perasaannya supaya Ahmad berhati-hati dalam berkawan.

“Kau sukakan dia je, maknanya engkau tak cinta dan sayangkan dia. So, aku masih ada peluang nak pikat hati dia.” Kata-kata Ahmad membuatkan ASP Jimmy keliru. Kening berkerunyut panjang. Sengihan kian memudar.

“Aku suka, sayang dan cintakan dia. Puas hati?” Ahmad mengangguk berulang kali seraya dia meledak tawa. Lucu melihat tingkah ASP Jimmy.

Sekarang ini, baru dia mengerti kenapa lelaki itu selalu menganggu hidup si gadis.

“I’am always spend my weekends to get her attection.”

ASP Jimmy tertawa sndiri terkenangkan usahanya untuk mendapat perhatian Thufaila Ajwa. Sejak dia mengakui bahawa hatinya tidak mampu melupakan Thufaila, sejak itulah dia tidak pernah berputus asa untuk menghampiri sang pencuri hati.

“Geli pula aku bila ASP Jimmy bercerita soal perasaan. Rasa nak terkeluar muntah pelangi pula.” Wajah ASP Jimmy berona merah bila Ahmad sengaja mengusiknya.

“Polis pun manusia juga. So, apa salahnya kalau bercerita soal hati.” ASP Jimmy mengecilkan biji mata.

“Jangan risau. Kalau aku dah limit kan seseorang itu untuk menjadi seorang kawan, maknanya hati aku ni hanya suka berkawan dengan dia,” jelas Ahmad lagi. Dia tidak mahu ASP Jimmy berfikir hal yang bukan-bukan tentangnya.

“Engkau jangan pernah buka cermin kau tu depan dia. Kalau dia tergoda, susah pula aku nanti.”

“TOLONGLAH ikut kereta tu. Aku merayu dengan kau.” Tergesa-gesa Ahmad meminta ASP Jimmy mengikuti jejak kereta di hadapan mereka.

“Apa yang kau merepek ni Ahmad? Kita dah on the way balik dah ni, tak akan pula nak kena ikut kereta tu.” Terbelalak mata ASP Jimmy cuba menghadam ungkapan yang baru di lafazkan oleh Ahmad. Rayuan Ahmad membuatkan dia keanehan.

Kenapa tiba-tiba di nampak aneh? Pandangan matanya pula fokus merenung ke arah kereta yang tidak jauh jaraknya dari mereka.

“Kita perlu ikut kereta depan ni. Ada manusia dalam but kereta tu.” Ahmad bertegas. Dia cuba meyakinkan ASP Jimmy tentang apa yang dia tahu.

“Macam mana kau boleh tahu yang dekat but tu ada manusia? Engkau dengan aku je tau dari tadi. Kereta depan kita ni pun kita nampak dekat atas jalan raya.” ASP Jimmy bertanya hairan. Dia tak mahu Ahmad hanya sekadar meneka jika perkara itu tidak sahih.

“Percayalah cakap aku untuk sekali ni. Pemandu tu sembuyikan budak perempuan dalam but tu. Budak tu pakai baju belang-belang hitam putih.”

ASP Jimmy telan air liur. Riak wajahnya berubah sekilap. Hairan dengan tingkah yang Ahmad pamerkan. Maklumat yang disampaikan oleh Ahmad meyakinkan ASP Jimmy untuk mempercayainya.

“Engkau ni biar betul?” dia bertanya lagi sekadar inginkan kepastian.

“Please follow him. Kau polis, engkau berhak nak tahan dia. Cakaplah yang dia tu nampak mencurigakan. Lagipun kau masih pakai uniform polis.” Ahmad semakin gelisah. Lirikan matanya bergetar-getar seperti mahu mengalirkan air mata risau.

Ahmad berharap agar ASP Jimmy percayakannya.

“Kerja gila ni kalau aku tiba-tiba nak tahan kereta. Ini dah luar dari waktu berkerja dah ni.” Suara ASP Jimmy sedikit meninggi. Dia merasa buntu dan rimas melihat tingkah laku Ahmad yang terburu-buru meminta dia melakukan hal yang merumitkan.

“Kau sanggup ke nak tanggung perasaan serba salah seumur hidup kalau kau dapat tahu yang budak dalam kereta ni mati? Tak sanggup, kan?”

ASP Jimmy tarik nafas sedalamnya saat dia sudah menahan kereta wira berwarna kelabu pudar.

Perasaan hati masih berdebar-debar mahu menegur si pemandu. Sebelum mengatur langkah keluar dari kereta, ASP Jimmy memandang Ahmad untuk memesan suatu perkara. Mata fokus merenung.

“Kalau betul dalam tu ada manusia, engkau hubungi pihak polis untuk datang ke sini lepas aku keluar dari kereta ni. Laporkan kes ini sebagai kes penculikan. Berani?” ASP Jimmy sengaja kata begitu semata-mata mahu melihat reaksi Ahmad. Tanpa dia menduga, lelaki itu tidak berkira-kira utuk angguk kepala di hadapannya.

Beberapa detik, kaki terus melangkah setapak untuk keluar dari perut kereta.

“Tadi sebelum keluar, dia standby simpan pisau dalam stoking dan dia simpan pistol dekat poket seluar. Perhatikan lelaki tu baik-baik sebelum dia perangkap kau.” Ekor mata ASP Jimmy terus membulat mendengar setiap butir ayat yang dilafazkan Ahmad. Hati diserang debaran.

Macam mana dia boleh tahu? Hati ASP Jimmy mula tertanya-tanya.

Beberapa saat kemudian, lelaki berbaju putih menghampiri ASP Jimmy yang sudah berdiri di hadapannya.

“Ada apa ya tuan?” Lelaki itu bertanya hairan. Gerak gayanya benar-benar mencurigakan. Wajahnya yang bersinar garang menghadirkan perasaan kurang senang dalam hati ASP Jimmy.

“Tunjukkan kad pengenalan,” ujarnya. Tanpa berlengah, lelaki itu menghulurkan kad pengenalan yang dia keluarkan dari dalam beg.

“Angkat tangan, saya nak buat pemeriksaan.” Wajah lelaki itu sedikit terkejut mendengar arahan dari ASP Jimmy. Tanpa membantah, dia mengangkat ke atas. ASP Jimmy pula terus menjalankan kerjanya.

Saat pemeriksaan di jalankan, tangan ASP Jimmy meraba-raba bahagian poket seluar. Saat tangannya berhenti di kawasan tersebut, biji mata membuntang besar.

‘Macam pistol.’ Segera dia mengeluarkan objek tersebut.

“Pistol …” bibir diketap kuat. Dada berdegup kencang. Mata terus mengerling sekilas ke arah Ahmad yang masih bersembunyi dalam kereta.

Tak sangka, apa yang Ahmad katakan tadi benar belaka. Tanpa berlengah lagi, tangannya menjalar untuk menyentuh bahagian stoking.

Pisau. Aku perlu keluarkan pisau dari dalam stoking.

“Kenapa awak simpan pisau dalam stoking? Awak nak merompak ke? Selalunya perompak saja yang sembunyikan pisau dekat tempat yang orang tak boleh nak jangka.” ASP Jimmy senyum sinis. Lelaki itu diam. Dia tidak tahu mahu memberi reaksi yang bagaimana.

“Buka but ni,” arah ASP Jimmy tanpa berfikir panjang. Kali ini, lelaki itu sudah tayang wajah membengis.

“Tuan tak ada hak nak suruh saya buat macam-macam,” tengking si jejaka. Bengang!

Kali ini dia seolah-olah memberontak. Mungkin kerana hilang sabar.

“Saya nak pastikan tak ada senjata haram yang awak simpan di dalam. Kalau pistol pun awak ada, tak mustahil ada senjata haram yang awak simpan. Jadi, tolong buka but kereta ni sekarang.” ASP Jimmy bertegas. Kerutan di dahi semakin menebal.

“Tuan tak ada hak.” Masih lagi berkeras.

“Kenapa takut? Kau punya takut tu macam kau ada simpan budak dalam but ni, kan?” ASP Jimmy menyeringai. Jelas sinis.

Lelaki itu beriak marah. Bibir diketap rapat. Semakin resah dengan situasi yang dia perlu hadapi. Tanpa menghiraukan pertanyaan dari ASP Jimmy, dia terus pusingkan tubuh untuk masuk ke dalam kereta.

“Jangan lari ke mana-mana.” Tanpa membuang masa, ASP Jimmy menggari tangan tersebut. Walhal, dia masih tidak tahu kebenaran tentang kanak-kanak dalam kereta.

“Kenapa kau gari aku? Lepaskan akulah bodoh!”  Lelaki itu cuba melepaskan diri tetapi gagal.

“Ahmad, tolong bukakan but ni!” ASP Jimmy melaung kuat. Segera Ahmad melangkah keluar dari kereta.

Setelah but kereta di buka, ASP Jimmy yang menumpukan sepenuh perhatian memandang ke arah sudut itu terus membuntang mata. Kaget.

Ahmad berkata benar.

Mulut anak kecil yang di tutup menggunakan kain terus di tanggalkan. Nafasnya bagai sesak seperti terlalu lama dia berada di dalam ruang kecil itu.

Bagaimana dia dapat mengetahui segalanya? Misteri.

INSPEKTOR Mastura terkejut mendengar maklumat dari Inspektor Keith.

“Tuan Jimmy dan seorang kawan dia yang tangkap penculik. Mereka terserempak di atas jalan.” Koperal Raju pula bersuara memberi jawapan. Dan-dan, dia terkejut seperti terkena renjatan elektrik.

What? Kalau terserempak pun, macam mana dia boleh tahu yang lelaki tu pencuri? Setahu saya, Tuan Jimmy tak tahu pun tentang hal ni.” Matanya tepat kepala Koperal Raju dan Inspektor Keith yang masih berdiri di muka pintu pejabat.

“Alahai, buat apa nak pertikaikan hal ni? Kita dah jumpa budak tu kira baik.” Bebola mata Inspektor Keith bergerak-gerak meratah seluruh wajah Inspektor Mastura yang jelas dengan kerutan.

“Mana boleh tak pertikai. Hal aneh macam ni kita perlu tahu.” Tergelak kecil Inspektor Keith mendengar jawapan dari Inspektor Mastura.

Haih, ada saja yang tak kena di mata dia. Dosa apa yang ASP Jimmy lakukan sehingga dia tidak duduk senang jika lelaki itu melakukan sesuatu kebaikan.

“Apa yang anehnya? Engkau tu yang anehlah.” Si jejaka menggetus geram.

“Shut up you.” Inspektor Mastura menjeling dari hujung mata. Sakit pula hati melihat Inspektor Keith menyampuk.

“Puan Mastura …” Saat mereka sibuk bertikam lidah, Sarjan Munir masuk ke dalam dan berdiri di depannya.

“Tuan Hasyim nak jumpa puan dengan kadar segera.” Sarjan Munir memberi pesanan dari pihak atasan.

“Jumpa saya? Kenapa?” sedikit gumam.

“Orang atasan nak jumpa kau pun kau sibuk nak pertikaikan. Pergilah jumpa, jangan banyak tanya.” Inspektor Keith masih mahu mencari pasal.

“Hei, aku tanya je. Kau ni apahal asyik nak cari pasal dengan aku sejak dua menjak ni?” Kepala mendongak tinggi. Tangan pula digenggam gaya penumbuk.

“Sejak kau tak nak bantu aku.” Inspektor Keith menjelir lidah. Tertawa sarjan dan koperal melihat gelagatnya. Sikap selamba Keith yang membuatkan suasana menjadi ceria.

“Perangai macam budak-budaklah dia ni.” Keluhan berat terbit dari bibir Inspektor Mastura. Malas pula nak melayan si Keith ni.

“Memang aku lagi budak dari kau. Jangan lupa, aku ni baby face.” Sekali lagi, Inspektor Keith menjawab sambil menjelir lidah.

“Malas betul aku nak layan playboy macam kau ni.”

Related chapters

  • CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA)   BAB 10

    INSPEKTORMastura masih lagi tidak percaya bahawa ASP Jimmy mampu menumpaskan penjenayah yang terlibat dalam kes culik, malam semalam.Pagi-pagi lagi dia sudah mengeluh berat saat meluahkan perasaan di hadapan Koperal Raju dan Inspektor Keith.Sejak di rumah lagi, Inspektor Mastura terkenangkan kisah semalam. Selagi dia tidak mendapat jawapan dari segala persoalan yang melanda minda, selagi itulah dia mahu mencari jawapan yang sebenar.“Apa yang peliknya? Kira okeylah tu kalau Tuan Jimmy dapat tumpaskan jenayah tu,” tutur Inspektor Keith sambil menjongket kening kanan.“Kita semua tahu yang dia tak ada dekat pejabat semalam. Kes kanak-kanak tu dilaporkan hilang pun tak sampai lima belas minit. Tahu-tahu dia dah dapat tangkap penjenayah tu. Tak pelik ke dia boleh tangkap penculik tu sedangkan dia berada di luar waktu berkerja.” Turun naik dadanya saat bercerita. Bila bercerita hal ASP Jimmy, ada saja yang tak ken

    Last Updated : 2021-06-17
  • CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA)   BAB 11

    “AKUmasih tertanya-tanya tentang hal hari itu.” ASP Jimmy yang baru saja menongkat motosikal terus bertanya hairan.Baru saja pulang dari tempat kerja, dia sudah datang menyinggah ke rumah Ahmad semata-mata ingin mencari jawapan.“Hal apa pula ni?” Ahmad yang baru membuka pintu terus tayang wajah hairan. Dia terpinga-pinga buat seketika.“Macam mana kau boleh tahu ada budak dalam kereta tu? Engkau siap tahu lagi lelaki dalam kereta tu ada simpan senjata.” ASP Jimmy menyilang kaki saat melabuhkan punggung di atas motor. Ahmad yang bersandar di pagar mencemik bibir.“Aku tak tahu nak terangkan macam mana. Aku takut engkau tak percayakan aku.” Ahmad menjongket bahu. Ahmad tak mahu bercerita lebih lanjut kerana dia yakin bahawa insan bernama Jimmy tidak percayakannya.“Aku yakin yang aku akan percayakan engkau.” ASP Jimmy berbicara tenang dalam senyuman.“Be

    Last Updated : 2021-06-20
  • CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA)   BAB 12

    ASP JIMMYtercengang melihat Pak Jabir tersandar pada bahagian pokok rambutan. Sepasang mata ASP Jimmy dapat melihat tubuh lelaki tua itu ditolak kasar tanpa belas dan kasihan.Mengapa mereka melakukan hal sedemikian terhadap Pak Jabir.ASP Jimmy yang baru saja keluar dari rumah, terus memerhatikan lelaki itu dari jarak jauh. Tanpa melengahkan masa, si jejaka berjalan kaki untuk melintasi seberang jalan. Dia mahu mengetahui hal yang sebenar.Mata melingas memandang sekeliling. Nyata, mereka tidak menyedari kehadirannya.Setapak demi setapak ASP Jimmy melangkah. Sepasang matanya dapat melihat tubuh lelaki tua itu menjadi mangsa pukulan bertubi-tubi.ASP Jimmy tidak menyergah kerana mahu perhatikan apa yang berlaku di sebalik kejadian itu. Sepantas kilat, dia bersembunyi di belakang pohonan rendang.Aku nak hutang kau langsai! kalau kau tak nak kena pukul macam hari ni …Ugutan itu cukup jelas berdeng

    Last Updated : 2021-06-23
  • CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA)   BAB 13

    SEGALA jenis maklumat di papan putih diperhati satu per satu. ASP Jimmy memerhati gambar Razlan Ishak dan beberapa mangsa yang menjadi mangsa pembunuh bersiri itu. Inspektor Keith dan Sarjan Munir yang berdiri di sebelah turut memerhatikan papan putih tersebut. Sedari tadi, mereka mendengar maklumat terperinci tentang Razlan Ishak sebelum meneruskan tugas untuk menyoal siasat suspek utama dalam kes yang sedang diuruskan olehnya. “Keith … saya nak awak minta IP address dekat pekerja bahagian siber. Saya nak tahu dengan siapa Razlan Ishak hubungi sekitar beberapa tahun yang lepas sehingga tahun ni. Saya nak awak siasat nombor telefon yang berdaftar di bawah nama dia,” arah ASP Jimmy sepatah-sepatah bersama kerut di dahi. “Tuan yakin ke kita akan tangkap dalang sebenar kalau kita buat semua ni?” soal Inspektor Keith sedikit ragu. ASP Jimmy mengangguk-angguk kepalanya sambil tangan sudah mencekak pinggang. “Saya nak soal siasat semua ken

    Last Updated : 2021-06-24
  • CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA)   BAB 14

    BULU tengkuk Ahmad semerta meremang. “Engkau yakin ke nak suruh aku pergi club tu?” Biji matanya membuntang besar mendengar arahan yang baru disampaikan kepadanya. Cuba menggali nafas sedalamnya dan menyoal dengan nada tersekat-sekat. ASP Jimmy mengangguk yakin. “Aku cuma nak kau perhatikan dekat mana mereka sembunyikan pelacur dan di mana bilik mereka proses dadah. Berdasarkan maklumat undercover, mereka lakukan banyak aktiviti haram dekat dalam tu. Ada bilik kawalan dan rahsia yang tersembunyi.” ASP Jimmy menjelaskan strategi yang telah dirancang sejak awal. Ahmad pegun tidak memberi sebarang reaksi. “Kenapa aku yang perlu pergi? Bukan ke pihak polis yang perlu pecah masuk dan cari bahan bukti?” sejenak, Ahmad menggigit bibir bawah. Dia bertanya ingin tahu. “Ini tugas kau yang pertama. Ikutkan, semua hal yang melibatkan jenayah aku boleh je siasat sendiri. Tapi, aku sengaja buat macam ni sebab aku

    Last Updated : 2021-06-26
  • CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA)   BAB 15

    ASP JIMMY berdiri di hadapan pagar rumah Ahmad. Dia mahu memohon maaf sebelum malam menjelma. Ahmad langsung tidak menghubunginya dan bertanyakan hal misi untuk malam ini. Risau jika Ahmad tidak mahu menyertainya untuk memerhatikan kawasan kelab malam tersebut. “Kau datang lagi rumah Ahmad? Kau ni memang tak ada life ke? Pagi petang asyik pergi rumah orang je.” Thufaila menyapanya di sebalik tembok penghadang. Tangan disandar pada jeruji. ASP Jimmy tersentak. Kepala terus dihalakan memandang Thufaila. Uish, dia tegur aku? Biar betul. Terpinga-pinga Jimmy bila Thufaila yang mulakan perbualan bersamanya. “Ya, aku datang nak minta maaf.” ASP Jimmy menjawab ringkas walaupunsuara Thufaila jelas menyinis. Lambat-lambat dia menghala wajah menghadap Thufaila. “Minta maaf? Kau gaduh dengan dia?” Terjongket kening Thufaila. Hairan mendengar jawapan si jejaka. “Tak.” Sisi kepala digaru. Pelik bila Thufaila terlihat mesra.

    Last Updated : 2021-06-27
  • CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA)   BAB 16

    BERDEBAR-DEBAR. Nafas dihembus lantas dilepaskan semula.Bunyi rancak disko bergema di segenap ruang. Ahmad memerhati setiap sudut dalam keadaan gelisah. Ahmad takut misi bersama ASP Jimmy gagal.Ini misi pertamanya, Ahmad takut dia tersalah langkah dan takut jika kesalahannya mampu mengorbankan nyawa seseorang.“Perhatikan setiap dinding. Engkau perlu beramah mesra dengan orang-orang dalam tu. Kau pura-pura ke tandas dan pastikan reaksi kau tu tak nampak gugup masuk ke tempat tu. Just enjoy you self.”Pesanan ASP Jimmy diingat satu per satu. Sambil berfikir, matanya sempat meliar ke arah para pengunjung yang asyik mengangguk-angguk kepala. Menghayati muzik yang berkumandang.Ini kali pertama dia masuk ke dalam kelab malam. Telinganya agak bingit mendengar bunyi muzik yang tidak kena dengan jiwa. Macam nak pecah gegendang telinga bila bunyi muzik terlalu kuat menyapa telinga. Mata pula terasa pedih kerana cahay

    Last Updated : 2021-06-28
  • CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA)   BAB 17

    “THUFFAHUN!” Mendengar suara ASP Jimmy memanggilnya, Thufaila hentikan langkah. Kening dijongket tinggi.Aku dah agak, dia tak akan tunaikan janji untuk jauhkan diri dari aku. Ergh, dia nak apa datang rumah aku pagi-pagi ni? Kalau nak ke tempat kerja, pergi sajalah.“Apahal datang rumah aku? Kata nak menjauh dari hidup aku?” Thufaila buat rolling eyes. Langkahnya diatur menghampiri Jimmy yang sudah tersengih-sengih tayang gigi putihnya.“Kali ni aku tak boleh menjauh. Sebab aku perlukan bantuan kau.” Mata sebelah kanan dikenyit.“Aku ni tengok muka kau pun aku menyampah, apa entah lagi nak bantu kau.” Thufaila naik rimas setiap kali ASP Jimmy muncul.Cakap tak serupa bikin. Konon nak menjauh, tapi masih muncul depan rumah orang. Dasar muka tak tahu malu. Muka tembok.“Aku terdesak ni.” ASP Jimmy memuncung bibir macam cencorot. Hanya Thufaila saja yang dapat

    Last Updated : 2021-07-01

Latest chapter

  • CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA)   BAB 35

    ENTAH mengapa, hatinya tergerak mahu bersua Inspektor Keith dalam keadaan dia berbaju t-shirt. Waktu kerjanya sudah tamat, tetapi sibuk pula si jejaka datang di waktu malam semata-mata mahu melawat. Walhal, siang tadi dia sudahpun mengemukakan beberapa soalan di bilik siasatan. Semua soalan dia menyakitkan hati sehinggakan Keith merasa sangat jengkel. Saat ini, Inspektor Keith yang berdiri di sangkar besi itu tayang riak meluat depan ASP Jimmy. Langsung tidak mengalu-alukan kehadiran lelaki itu.Keith tidak berminat untuk meluangkan masa bersama ASP Jimmy, walaupun dia sedar bahawa dia harus menghormati orang atasannya. Ah, rasa hormatnya hilang terhadap ASP Jimmy semenjak lelaki itu langsung tidak mempercayainya. "Kenapa tuan datang sini? Tuan nak tengok kesengsaraan pembunuh macam saya ke?" Selamba dia menyoal sambil tangan menyilang dada. Ditatap dalam-dalam wajah itu. "Keith, saya minta maaf tentang petang tadi." Lambat-lam

  • CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA)   BAB 34

    SUASANA di dalam jeruji besi itu membuatkan Inspektor Keith tertekan. Sangat tertekan bila dirinya menjadi mangsa keadaan. Kini dirinya ditemani cahaya lampu malap dan dinding putih pudar. Ekor matanya meliar pandang seluruh tubuh yang hanya berbaju T-shirt nipis.Takdir telah memisahkannya bersama teman wanitanya. Dan kini takdir telah menguji jiwa yang selama ini bahagia. Sabar. Itulah yang perlu diterapkan dalam hati untuk terus kuat menghadapi jalan cerita hidupnya yang mampu menduga jiwa dan mentalnya. Sungguh, jiwanya bercelaru bila terkurung dalam jeruji besi itu. Hampir seharian dia menangis mengenangkan nasib diri. Tidak pernah dia menangis seperti ini. "Tuan... Mana tuan? Kenapa tuan tak datang sini untuk bantu saya? Kalau saya tak ikut perancangan tuan datang ke sini, mesti saya tak jumpa rakan sepasukan sekejam Tuan Jimmy!" mutiara jernih segera diseka agar tidak terus mengalir di wajahnya. Dia terkenangkan orang atas

  • CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA)   BAB 33

    "ROSAK?biar betul? cuba encik periksa betul-betul CCTV dekat semua kawasan ni. Dah beberapa hari kami beri awak masa untuk periksa seluruh CCTV tau? saya ingat awak akan berikan maklumat yang terbaru, tapi rupanya kami terima maklumat yang tak membantu siasatan langsung!" Inspektor Mastura meragui penjelasan dari pengawal keselamatan di kawasan perumahan tersebut. Sesekali, wajah ASP Jimmy dipandang sebal. Dia tampak sangat berminat untuk menguruskan kes ini berbanding kes-kes yang sebelumnya. "Betul puan, kalau tak rosak kami dah berikan segala maklumat kepada pihak polis." Mendengar penjelasan lanjut, Inspektor Mastura melepas berat nafasnya. Tangan menggenggam penumbuk, mengawal perasaan yang semakin bahang. "Kalau dia kata rosak, maknanya rosaklah. Penjenayah ni memang sejenis makhluk yang bijak sembunyikan bukti. Kalau tak bijak, mereka dah tertangkap awal." ASP Jimmy mengerutkan dahi. Kepala didongak tinggi memanda

  • CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA)   BAB 32

    2009, Kuala Lumpur. JIMMY menggaru kepala. Diperhatikan wajah kekasihnya yang gigih ke siber kafe untuk menyelidik tentang Pusat Latihan Polis. Dalam-dalam dia merenung wajah yang gigih memerhati komputer di depan mata. "Faila memang nak Jimmy pergi sini ke? beria-ia sangat cari tahu hal pulapol ni." Thufaila mengangguk perlahan. Lantas, pandangan mata berkalih merenung Jimmy. Tangan menongkat dagu, mata sebelah dikenyit. Dalam-dalam Jimmy menarik nafas bila Thufaila mengatakan hal itu kepadanya. Hati merasa kurang senang melihat tekad si gadis. "Ya, Faila nak Jimmy kejar cita-cita dekat sini. Jimmy minat jadi polis dari dulu lagi, kan? jadi jangan sia-siakan peluang yang ada. Awak tu pelajar cemerlang dalam pelajaran dan juga kokurikulum, jadi memang peluang awak cerah dekat sini." Terkebil-kebil Jimmy mendengar penjelasan Thufaila. Bibir diketap rapat. Usahanya yang keras itu membuatkan hati Jimmy sediki

  • CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA)   BAB 31

    LENA terganggu sejak malam semalam. ASP Jimmy langsung tidak mampu menenangkan emosi bila mindanya berselirat dengan persoalan yang masih tiada jawapan. Sekejap dia terkenangkan hal Ahmad. Kemudian, dia fikirkan pula hal Inspektor Keith. Dia langsung tidak mampu merehatkan minda sendiri. Isu jenayah sudah sebati dalam jiwa sehinggakan dia sendiri sudah terbiasa membiarkan otaknya penat. Bangun saja dari katil empuknya, ASP Jimmy menapak perlahan menghampiri jendela. Memandang langit yang masih gelap ditemani titisan hujan renyai. Nafas dihela berat sambil mata dipejam rapat. Sulit sungguh hidupnya pagi ini. Sulit kerana perlu menghapi masalah yang mungkin akan menjadi lebih serius berbanding semalam. Namun, apa pun terjadi dia perlu berhadapan dengan semua itu. Keluh sebanyak mana pun, masalah itu tetap perlu ditempuhi dengan relanya. Setelah beberapa minit bermenung, dia teringatkan mesej yang dihantar oleh Ahmad. Mesej t

  • CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA)   BAB 30

    "TUAN, saya nak cakap sesuatu. Tapi benda ni agak mengejutkan dan saya harap pihak tuan dapat menerima berita ni dengan baik." Mendengar bicara dari Akhbar yang merupakan pakar kanan siasatan jenayah, hati ASP Jimmy diserang debaran. Direnung wajah lelaki lewat 30an itu sedalam mungkin. Cuba memasang telinga dengan baik."Kami dah dapatkan akses telefon mangsa. Dan orang terakhir menghubungi mangsa, teman lelakinya sendiri. Mangsa telah pun dihantar ke unit patologi untuk dibedah siasat lebih lanjut. Kami akan bedah siasat mangsa, dan pastikan bukti-bukti yang lain akan dikumpul secepat mungkin. Saya rasa, pembunuh dalam kes Rubeyla Jessica dan Fiona orang yang sama."Lelaki itu menyudahkan kata dengan nafas yang dihela dalam-dalam. Ditatap wajah ASP Jimmy yang sudah tayang riak serius.Pakai rasa-rasa pula."Teman lelaki mangsa? Siapa namanya?" Mata terkebil-kebil. Bibir terasa berat ingin bertanya. Mendengar pertanyaan ASP J

  • CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA)   BAB 29

    TANGANberdarah-darah. Bajunya pula dipenuhi darah kering yang tersisa dan melekit. Inspektor Keith tergamam melihat keadaannya sendiri. Terkejut bukan kepalang. "Keee kenapa ni?" Kepala yang terasa pening sejak semalam terus dipicit. Tidak dapat mengimbas kembali ingatannya tentang semalam. Mindanya bagaikan kosong, tidak mampu mengingat beberapa perkara yang berlaku semalam. Apakah yang tak kena dengan dirinya? "Argh, keee kenapa jadi macam ni? Aku bunuh siapa?" Sumpah, dia tidak mengerti apa yang berlaku. Tergeleng-geleng kepala memerhatikan tubuh sendiri. Kepala diketuk-ketuk berulang kali cuba memikirkan hal apa yang terjadi semalam. Tetapi, minda tidak dapat memproses apa-apa hal lain selepas makan malam. Setahunya, lepas bersua teman wanitanya dia pulang ke rumah memandangkan emosinya tidak stabil selepas mereka bergaduh. Rasanya dia tiada ke tempat lain. "Argh, aku tak ingat aku tak

  • CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA)   BAB 28

    BERLARI-lari Athuf menuju ke arah Thufaila yang sibuk membalas mesej dari para pelanggan yang berduyun-duyun masuk. Sampai tidak menang tangan dibuatnya. Jumlah pelanggan naik mendadak tanpa Thufaila tahu puncanya. Sejak pagi tadi, dia dikejutkan dengan mesej dari aplikasi Shopdan juga f*. Ini namanya rezeki yang diturunkan dari Tuhan buatnya. Dia perlu hargai rezeki itu sebaik mungkin. Customer always right. Dia perlu melayan mereka sebaik mungkin dan memberi servis terbaik supaya sentiasa dipercayai. "Kau dah kenapa lari-lari macam nampak hantu?" Kepala segera ditoleh memandang Athuf. Si adik berlari punyalah laju sampai termengah-mengah menggali nafasnya sendiri. Dari hujung mata, Thufaila memerhati sekilas. "Akak tahu tak sebab apa dari pagi mesej tak henti-henti masuk untuk beli baju jualan akak?" Soalnya sambil mata membulat. Setelah menyudah bicara, na

  • CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA)   BAB 27

    MATA melilau memandang sekeliling. Tangan diangkat mendekati wajah. Terasa bahagian kepalanya dibaluti sesuatu. Pantas, jemari menyentuh dahi. Ahmad terkejut bila kepalanya dibaluti dengan kain anduh. Terfikir, siapakah yang membalut kain pada kepalanya. Sesekali, liur ditelan likat. Apa yang berlaku? Kepala aku luka ke? Bisik hatinya perlahan. Dia tidak ingat, apa yang berlaku kepadanya semalam ketika berada di rumah. Selepas terjumpa Pak Jabir dan bertikam lidah bersama Thufaila, dia sudah terlupa apa yang berlaku terhadap dirinya. Mungkin kerana kemarahannya semalam menguasai tubuh dan mindanya. Seketika, Ahmad berjeda. Ahmad cuba muhasabah diri sendiri terkenangkan hal semalam. Pagi ini, dia merasa lebih tenang berbanding semalam. Dia dapat mengawal emosi dan minda dari terus marahkan orang tua itu. "Ahmad... Kawal emosi. Teringatkan orang tua tu tak apa, tapi jangan jadi syaitan sampai

DMCA.com Protection Status